Anda di halaman 1dari 6

LMCR 2252 PENGURUSAN

EMOSI

TOPICAL PRESENTATION
EMOSI, TRET PERSONALITI & TINGKAHLAKU

Ahmad Asyraf Bin Osman (GA04040)


Nurshazwana binti Mohamad Rajnikani (GA04070)
Thanaletchumy a/p Thamarasa (GA04079)
Loganathan a/l Anandan (GA04049)
PENGENALAN

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh, setinggi- tinggi kesyukuran kehadrat


llahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami membuat pembentangan dan
menyiapkan laporan ini dengan sempurna dan lancar.

Kami sekumpulan telah berusaha mencari maklumat dari pelbagai sumber dan hasil
tugasan ini dapat disiapkan atas usaha keras dan kerjasama antara ahli. Kami kumpulan
yang pertama diberi masa seminggu untuk membuat persiapan pembentangan yang
bertajuk Tret personaliti, tingkahlaku dan emosi.

Di sini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Prof. Dr.
Khairul Anwar @ Johari Bin Mastor kerana telah banyak membantu dalam memberi tunjuk
ajar dalam memahami topik ini dan memberi panduan dalam pelaksanaannya.

Kami amat berbangga kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada waktunya,
akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan.

Sekian, teriam kasih.

Page 1 of 5
Pengenalan

Definisi PERSONALITI

Sifat dan sikap seseorang yang membentuk perwatakannya: keperibadian.


Ciri ciri personaliti contohnya, memperlakukan, mengolah, menganggap, menyifatkan, merawat,
mengubati, membincangkan dan memperkatakan.

Definisi TINGKAHLAKU

Tindakan atau tinda balas sesuatu object organisme, biasanya sehubungan dengan persekitaran.

Definisi TRET

Merujuk kepada ciri ciri personaliti yang agak kekal dan stabil iaitu personaliti interovert &
ekstrovert.

Page 2 of 5
Bagaimana tret personaliti berkaitan dengan emosi & tingkahlaku

Keterbukaan Kepada Pengalaman Baharu (Openess)


Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempuyai sikap atau minda yang terbuka terhadap
sesuatu idea atau pendapat. Di samping itu, mereka ingin sangat terdedah kepada sesutu
pengalaman yang baru. Bagi golongan ini dunia ini merupakan Tempat Pembelajaran mereka,
dan bagi golongan ini setiap daripada pengalaman yang diterima atau datang pada mereka
akan digunakan dengan sepenuhnya.
Mereka mempunyai sifat ingin tahu yang begitu mendalam. Mereka suka pada sesuatu benda
yang cantik dan menghargai kesenian. Golongan ini juga lebih peka terhadap emosi mereka dan
suka membandingkan diri mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka. Mereka
bertindak dan berfikir secara cara tersendiri dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi.
Orang yang kurang mempunyi sifat dominan dalam ciri ini mempunyai daya presepsi dan
pemikiran yang cetek dalam sesuatu hal. Mereka lebih suka pada sesuatu yang terus terang dan
kurang rumit. Mereka mempunyai tanggapan (prasangka) atau kekhuatiran (wasangka) yang
salah tentang perkara yang berkaitan dengan seni dan sains. Golongan ini lebih bersifat
konservatif dan tidak suka pada perubahan khususnya yang drastik.
Sifat Berhati-hati (Conscientiousness)
Nilai mempunyai kesedaran yang tinggi ialah satu ciri personaliti dimana seorang individu itu amat
berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan, atau satu kualiti yang wujud dalam diri
seorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya.
Ciri ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di antaranya merangkumi
kehidupan sehariannya, persekitarannya dan masyarakat sekelilingnya. Bentuk kesedaran kita
wujud melalui tindak balas impuls kita. Kesedaran kita berdasarkan cara kita mengawalnya,
mengurusnya dan cara kita bertindak berdasarkan impuls yang diterima.
Antara ciri yang dipunyai oleh golongan ini adalah seperti boleh dipercayai, sanggup berkerja
keras untuk sesuatu, menepati masa, kemas dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya,
berdisiplin, bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur.
Ekstroversi (Extraversion)
Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap mesra, penuh bertenaga dan
biasanya bersikap positif. Individu yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat terhadap
orang lain atau persekitaran mereka berbanding dirinya sendiri.
Persepsi dan perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada
kebiasaannya ialah positif. Bagi golongan ini, dunia ini merupakan gelanggang mereka. Semasa
berada di dalam kumpulan, mereka suka sangat bercakap, menilai diri mereka dan mendapat
perhatian.
Berbanding dengan kumpulan ini terdapat satu kumpulan lagi yang betul-betul berbeza dari
kumpulan peramah atau extrovert iaitu kumpulan yang dikenali sebagai golongan pendiam.
Golongan pendiam atau introvert ini kurang dari segala aspek yang dimiliki oleh kumpulan
golongan peramah. Antara ciri personaliti yang di miliki oleh golongan ini adalah seperti kurang
bertenaga, suka persendirian, dan biasanya kurang berhubung dengan masyarakat sekeliling.

Menyenangkan (Agreeableness)
Seseorang individu mempunyai pendapat yang berbeza tentang sesuatu perkara yang berkaitan
dengan kerjasama dan keharmonian sosial diantara masyarakatnya.
Individu yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini menghargai perhubungan diantara orang
ramai. Lazimnya orang yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini bersifat perikemanusian,

Page 3 of 5
peramah, suka menolong, dermawan dan sanggup berkompromi dengan orang lain walaupun
dengan kepentingan mereka yang akan mungkin tergugat.
Individu yang senang berkompromi ini mempunyai pandangan yang optimistik terhadap manusia,
mereka senang melihat pada kebaikan yang ada pada orang. Mereka juga senang mendapat
dan mengekalkan hubungan dengan orang lain. Mereka dapat mengekalkan status populariti
mereka dengan baik.
Neurotisisme (Neurotism)
Sifat ini merujuk kepada mereka yang kebiasaannya berpandangan negatif. Mereka yang
bertahap tinggi dalam sifat ini pada mulanya merasa satu sifat yang negatif yang khusus
seperti kemarahan, kemuraman, ketakutan atau kebimbangan pada sesuatu isu, tapi
kemungkinan orang ini akan merasakan lebih daripada salah satu emosi-emosi negatif ini pada
satu-satu masa yang tertentu atau pada masa yang sama juga.
Mereka dalam golongan ini mempunyai emosi yang reaktif. Ini dikatakan demikian kerana mereka
bertindak dengan lebih beremosi terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang pada
pandangan atau tindak balas orang lain adalah biasa. Reaksi mereka terhadap perkara-perkara
ini adalah lebih tertekan.

Bagaimana tret personaliti berkaitan dengan tingkah laku?


Gambar- gambar ini menunjukkan watak, perangai, intelek, bentuk badan yang stabil yang
menentukan penyesuaian unik individu terhadap persekitarannya.

Dari gambar di atas dapat kita lihat bagaimana tret personaliti seseorang membentukan peribadi
dan tingkah laku seseorang. Lihat pada gambar di atas, ada pelajar yang bersikap positif dan ada
yang bersikap negatif. Bagaimana ini berlaku bergantung pada baik atau tidak insitusi sesebuah
kekeluargaan. Pelajar yang bersifat negatif ini mungkin dipengaruhi emosi yang lebih kepada
keganasan kerana di rumah atau masyarkat sekeliling memberi pandangan yang tidak baik
sekaligus memberi moral yang tidak baik kepada baik. Oleh sebab itu terjadinya tingkahlaku yang
negatif ini.

Page 4 of 5
Soal Jawab
1. Bagaimana otak lelaki dan perempuan berhubung berkait dengan tret personaliti dan
emosi seseorang.

Lelaki dan perempuan mempunyai kotak fikiran yang berbeza. Contohnya, bagi seseorang
lelaki jika dia teringatkan peristiwa lampau,mereka tidak akan terlalu terkesan dan bijak
dalam mengawal emosi. Manakala jika seseorang perempuan mengimbas kembali
peristiwa lampau, mereka cepat terkesan dan akan bersedih dan murung walaupun
perkara tersebut telah lama berlalu.

2. Perpecahan kekeluarga menyebabkan anak terabai.


Sememangnya kes penceraian dalam Malaysia semakin meningkat, dan dilihat juga
terdapat remaja atau anak-anak yang ibu bapanya bercerai tercederung untuk
melakukan perkara yang tidak baik, terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Perkara ini tidak boleh dituding jari kepada ibu bapa tersebut semata-mata kerana
sebagai seorang manusia yang mempunyai pemikiran yang semakin matang, emosi yang
boleh dikawal sendiri sepatutnya semakin bijak dalam menentukan yang terbaik untuk diri
sendiri walaupun keadaan keluarga sebegitu.

3. Apakah pendapat anda tentang ibu bapa yang berpewatakan yang baik, tidak terdedah
dengan aktiviti social yang negative dan mempunyai pegangan agama yang baik tetapi
sebaliknya pada anak.

Dalam soalan ini kita boleh nampak jelas sangat iaitu ibu bapa memainkan peranan
cukup baik tetapi masalahnya bukan di dalam rumah tetapi luar rumah. Oleh itu, mereka
mungkin mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya, persekitaran atau pun kemajuan
teknologi. Tingkah laku negatif di kalangan remaja juga disebabkan oleh konflik dan
tekanan.Mereka gagal lihat persekitaran di luar. Sebagai contohnya mereka akan
mempunyai kringinan untuk mencuba perkara-perkara yang tidak pernahmereka alami.
Justeru itu, apa- apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan
mendorong wujudnya perasan ingin tahu di dalam diri mereka.

Page 5 of 5

Anda mungkin juga menyukai