Anda di halaman 1dari 4

Apa yang dimaksudkan dengan Tingkap Johari ?

1. Arena (Open area @ free area) [A]


- Bahagian ini dipanggil open area kerana semua maklumat adalah terbuka kepada semua orang. Jendela
ini mengandungi maklumat yang saya ketahui tentang diri saya dan tentang apa yang diketahui oleh
kumpulan saya. Arena ini meliputi proses komunikasi yang menyeluruh. Bahagian ini ditandai dengan
pertukaran maklumat yang bebas dan terbuka kepada orang lain. Maklumat bahagian ini meliputi sikap,
perasaan, emosi, pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan pandangan. Semua maklumat ini dikongsi
oleh kumpulan dan semua ahli kumpulan mengetahui dan memahami dan mengetahui maklumat
tersebut.

2. Titik Hitam (Blind area) [BS]


- Bahagian ini merujuk kepada maklumat tentang diri saya yang diketahui oleh orang lain tetapi tidak
diketahui oleh diri saya. Titik hitam kita adalah disedari oleh kita sendiri dan secara tidak sedar kita telah
memaklumkan kepada orang lain. Maklumat ini mungkin dalam bentuk bahasa tubuh, kebiasaan atau
kelakuan, intonasi suara, gaya dan sebagainya.

3. Kawasan tersembunyi (Hidden area) [F]


- Bahagian ini merujuk kepada maklumat yang diketahui oleh saya tentang diri saya sendiri, tetapi tidak
diketahui oleh orang lain kerana saya sengaja ingin menyembunyikannya daripada orang lain. Maklumat
ini mungkin termasuk perasaan, pendapat, prasangka dan pengalaman lalu. Orang memang selalu
mempunyai pelbagai alasan untuk menyimpan rahsia, kemungkinan takut akan ditolak atau diejek oleh
orang lain. Contohnya, seseorang lelaki yang mempunyai fikiran seksual terhadap seorang wanita yang
disukainya tidak akan berani memberitahu kawannya kerana takut diejek. Lelaki tersebut akan
menyembunyikan rahsia supaya tidak diketahui oleh orang lain dengan tidak memberitahu perkara ini
kepada orang lain.

4. Perkara yang diketahui (Unknown area) [U]


- Bahagian ini mengandungi maklumat tentang diri saya yang tidak diketahui oleh saya dan juga orang
lain. Terdapat maklumat yang sangat penting wujud di bahagian yang sangat mendalam sehingga saya
tidak dapat mengetahuinya di sepanjang hayat saya. Walaubagaimanapun, ada juga maklumat yang
tidak jauh dari kesedaran sehingga jika ada pendapat dengan orang lain akan dapat menolak maklumat
tersebut ke dalam kesedaran saya. Maklumat ini termasuk perasaan, kebolehan atau potensi yang
terpendam, ingatan zaman kanak-kanak, sikap dan lain-lain.

MODEL TINGKAP JOHARI


1. Tingkap Unggul
- Kawasan Arena adalah luas, bahagian titik hitam kecil.
- Arena luas, semakin bertambah kepercayaan.
- Seseorang dapat memberi, dan berkongsi pendapat, pandangan, perasaan dan pengalaman
dengan orang lain.
- Seseorang dapat memberi dan menerima umpan balik secara optimum melalui komunikasi
dengan orang lain.

2. Penemu duga
- Arena kecil
- Bermaksud individu di tingkap ini suka menanyakan soalan kepada orang lain untuk mendapat
umpan balik tapi tak suka beri maklumat kepada orang lain.
- Individu ini biasa beri tindak balas tak percaya, suka marah apabila ditanya sesuatu mengenainya
dan suka sembunyikan sesuatu.
- Individu ini tidak suka berkomitmen.
- Sukar untuk emnegtahui tentang pendirian mereka.
- Untuk besarkan arena, mereka perlu berkongsi maklumat tentang diri mereka.
3. Bull-in China Shop
- Bertentangan dengan Penemu duga.
- Titik hitam adalah besar dan arena tak luas.
- Individu ini jenis yang banyak beri umpan balik kepada orang lain tetapi mendapat sedikit shaja
umpan balik daripada orang lain.
- Individu sering bagi pendapat tentng apa yang akan berlaku. Bukan pendengar yang baik, mereka
tidak peka dengan pengaruh tingkah lakunya terhadap orang lain.
- Selalu memberi respon yang negatif, seperti marah, menangis, mengancam untuk pergi sehingga
orang lain tak ingin bercakap dengan individu ini.
- Kalau nak ubah, individu perlu mempunyai pemikiran yang rasional dan sanggup mendapat
umpan balik dan perlu mendengar pandangan, pendapat, perasaan daripada orang lain.

4. Penyu
- Arena yang sempit.
- Individu tidak diketahui luas.
- Suka memerhati dan pendiam. Mereka tidak banyak memberi dan mendapatkan umpan balik
daripada kumpulan.
- Sukar untuk orang lain tahu pendirian sebab proses komunikasi tak lancar.
- Suka bagi alasan “saya lebih banyak memerhati” untuk elakkan perbincangan.
- Kalau nak ubah, kena biasakan diri dan beranikan diri memberi umpan balik.
- Kena ubah konsep tak hanya jadi pendengar tapi libatkan diri secara aktif dalam perbincangan
kumpulan.

2. Jelaskan konsep kendiri dan huraikan faktor yang mempengaruhinya.


- Seseorang yang dikaitkan dengan kejayaan dalam hidup lazimnya ialah mereka yang dapat
membina konsep kendiri positif. Mereka yang mempunyai konsep kendiri positif sentiasa
menerima layanan dan perhatian yang baik sama ada daripada ibu bapa, rakan, keluarga
mahupun orang yang berada di sekitarnya.
- Individu ini sentiasa mengalami lebih banyak kejayaan berbanding dengan kegagalan. Individu ini
sering merasa gembira dan berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap
dirinya.
- Faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif :-
 Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri yang positif
di dalam diri seseorang individu. Pertamanya ialah sentiasa memperoleh ganjaran yang
positif seperti pujian yang membina, hadiah dan sebagainya sejak kecil apabila melakukan
sesuatu sama ada mendapat kejayaan mahupun kegagalan. Peneguhan yang paling
berkesan datangnya daripada ibu bapa kerana mereka merupakan orang yang paling
dekat dengan individu tersebut. Antara peneguhan yang positif ialah kata-kata bagus cuba
lagi yang lebih baik, pandai anak ibu dan sebagainya.
Individu yang sentiasa mendapat kasih sayang dan layanan yang baik daripada ibu bapa
dan keluarga juga berkemungkinan besar dapat membentuk konsep kendiri yang positif.
Ini kerana individu tersebut tidak merasa kekurangan dan kekosongan dalam hidupnya.
Mereka sentiasa merasa dihargai dan merasa ada orang yang ada bersama-samanya
dalam melakukan sesuatu. Keadaan dan persekitaran keluarga juga turut mempengaruhi
seseorang individu dalam membentuk konsep kendiri yang positif. Keadaan keluarga yang
stabil dan harmoni dapat membantu seseorang membina konsep kendiri yang baik.
Sekiranya keluarga berada dalam keadaan yang harmoni dan ceria, setiap daripada ahli
keluarga sentiasa berasa selamat dan gembira dilahirkan dalam keluarga tersebut. Selain
itu, individu yang sering mendapat pengiktirafan sama ada daripada ibu bapa, guru, dan
rakan- rakannya berjaya membentuk konsep kendiri positif. Individu ini sentiasa dalam
keadaan riang dan gembira kerana dapat membuatkan orang yang berada di sekelilingnya
mempercayai dan yakin dengan kebolehannya. Selain itu keyakinan yang tinggi yang ada
dalam diri individu sendiri juga dapat membentuk konsep kendiri yang positif dalam
dirinya. Ini kerana kepercayaan yang kuat dan teguh kepada diri sendiri menyebabkan
individu terbabit berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk dirinya tanpa merasa
takut dan malu apabila mengalami kegagalan.
3. Huraikan faktor penyebab tingkah laku prososial
1. Faktor sosiobiologi > sosiologi dikaitkan dengan aplikasi teori revolusi terhadap tingkah laku
sosial individu yang menerangkan tentang berlakunya sesuatu tingkah laku sosial seperti
altruisme dan agresif. Ia diandaikan perkara seperti :-
i) sebahagian besar tingkah laku sosial ditentukan oleh faktor genetik.
ii) Tingkah laku diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

2. Faktor sosialisasi > individu mempelajari banyak tingkah laku sosial daripada ibu bapa di
peringkat paling muda. Banyak nilai yang diajarkan ibu bapa. Rakan sebaya juga terlibat dalam
proses sosialisasi. Kanak-kanak cenderung meniru tingkah laku yang diberi penghormatan tinggi
dalam sosial dan tingkah laku berpengaruh.

3. Faktor peneguhan > Apabila sesuatu tingkah laku yang dilakukan dipuji (peneguhan), individu
cenderung untuk mengulangi tingkah laku tersebut.

4. Faktor norma > dua norma iaitu norma tanggungjawab (mengarah individu untuk menolong
mereka yang memerlukan) dan norma resiprositi (anggapan bahawa orang lain akan melayan kita
bagaimana kita melayan mereka. Sama dengan konsep balas budi.) Kalau patuh norma sosial, kita
akan lebih minat untuk tolong sebab pertolongan tu satu tanggungjawab kita.

5. Faktor situasi > i) keadaan persekitaran : tahap kebisingan yang tinggi, orang tak mahu peduli,
keadaan cuaca seperti hujan menyebabkan orang kurang ingin menolong.
ii) Suasana angin : faktor angin baik dan kurang baik. Angin baik kelihatan gembira dan mukanya cerah.
iii) Kehadiran orang lain : contoh kes kecurian barang, kehadiran orang lain telah menggalakkan saksi
melaporkan kes.
iv) Desakan masa : orang yang tak terkejar masa mungkin akan menghulurkan bantuan jika berlaku
sebarang kemalangan dijalan raya berbanding orang yang sibuk dan terkejar masa.

4. Ciri Individu yang dibantu dalam tingkahlaku prososial


1. Jantina (Lelaki lawan Wanita) > Wanita lebih banyak dibantu berbanding lelaki. Contoh, kalau ada
wanita memerlukan bantuan, maka akan ada ramai yang akan bantu. Manakala, jika jika lelaki
meminta bantuan, mungkin hanya ada seorang ssaja yang bantu.

2. Bangsa (Bangsa yang sama lawan bangsa yang berbeza) > orang kulit putih cenderung menolong
orang berkulit putih, namun orang yang berkulit hitam akan membantu orang berkulit ptuih dan
berkulit hitam dan tidak berat sebelah.

3. Persamaan (pakaian) >manusia lebih cenderung membantu individu yang sama dengan diri
mereka berbanding individu yang tidak sama (merujuk kepada pakaian). Contoh, orang yang
memakai tudung hanya membantu orang yang memakai tudung sahaja.

5.Faktor yang mempengaruhi tingkah laku agresif


i) Jantina > bayi laki lebih agresif berbanding bayi perempuan
ii) Tingkah laku ibubapa > Ibu bapa yang kasar dengan anak kerana tak mahu dengar nasihat dan
memberikan hukuman kejam akan membentuk tingkah laku agresif.
iii) Pendapatan ibu bapa > Ibu bapa yang berpendapatan rendah dan sederhana biasanya
menggunakan kekerasan fizikal untuk mendisiplinkan anak maka anak akan bertingkah laku
agresif.
iv) Sikap ibubapa > Ibu bapa yang bersikap tidak ambil peduli dan tidak sabar menggalakkan
tinkah laku agresif.
v) Cara mengasuh > Ibubapa yang kurang berusaha untuk mengasuh anak mereka sejak awal
dari segi sosial, pembentukan sahsiah dan moral akan membawa kepada kesan buruk.
Misalnya, bergaduh dengan rakan-rakan.
vi) Persekitaran > Pengaruh persekitaran seperti televisyen, akhbar dan majalah. Kanak-kanak
akan meniru segala yang dilihatnya contohnya aksi pergaduhan tanpa dikawal oleh ibu bapa.
vii) Dalaman diri individu > tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa, guru, masyarakat
menyebabkan timbulnya iri hati dan perasaan marah yang dapat mewujudkan tingkah laku
agresif.

6.Jenis Tingkah laku agresif


i) Instrumental (penyerang proaktif) > berkaitan dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu
seperti kanak-kanak mahukan mainan dengan cara mencederakan sesuatu atau orang.
ii) Matlamat (penyerang reaktif) > mempunyai tujuan untuk mencederakan sesuatu atau
seseorang kerana [erasaan benci atau iri hati

7. Langkah-langkah untuk mencapai konsep kendiri positif


 Membina satu kemahiran
 Belajar menerima diri seperti mana diri sekarang
 Memerhati orang yang mempunyai harga diri yang tinggi
 Menyenaraikan kelebihan yang ada pada diri
 Berhenti daripada berlengah-lengah
 Mencari seorang mentor
 Menggunakan kata-kata perangsang motivasi diri

8. Faktor penyebab tingkah laku tidak normal


i) Faktor Biologi (Genetik,Hormon,Kecacatan fizikal,pemakanan)
ii) Pandangan dari perspektif psikodinamik (konflik yang wujud menyebabkan seseorang
mengalami masalah mental seperti kesedihan, histeria, kemurungan)
iii) Faktor pembelajaran ( terhasil daripada salah satu pembelajaran dan proses pelaziman yang
tak sesuai.)
iv) Pandangan kemanusiaan (masalah mental wujud apabila terdapat halangan yang perlu
dihadapi dalam usaha mencapai makna hidup
v) Pandangan psikososial (hubungan antara manusia dengan manusia boleh sebabkan
kecelaruan mental seperti dipukul oleh penjaga dengan teruk yang menjadi trauma pada
zaman kanak-kanaknya)
9. Fizikal dan Penyakit Menurut Perspektif Islam
Amalan membawa kepada kesihatan fizikal :-
1. Solat lima waktu sehari > solat stau senaman yang boleh menguatkan fizikal seseorang yang
mengamalkannnya. Perbuatan yang melibatkan gerakan menggunakan anggota oleh seseorang
seolah-olah mereka sedang bersenam.
2. Amalan berpuasa > Tujuan merehtakan sistem penghadaman didalam perut. Apabila sistem
penghadaman manusia berehat, maka sistem ini dapat berfungsi dengan baik. Secara tidak
langsung akan menambahkan kualiti kesihatan mereka.
3. Amalan pemakanan > Rasulullah SAW menyeru umatnya agar memakan atau mengambil
makanan dengan kuantiti yang sedikit dan sekadarnya. Makan makanan yang banyak boleh bawa
penyakit.

Anda mungkin juga menyukai