Anda di halaman 1dari 24

KKT

6033

KAUNSELING PERKAHWINAN
DAN KELUARGA
Tajuk Tugasan:
Tugasan Kumpulan
(Temu bual dan Pembentangan Dalam Kitaran
Perkembangan)

Nama Pelajar:
Ching Suit Li (M20172001791)
Kuan Huey Zhi (M20172002355)

Nama Pensyarah:
Profesor Madya Dr. Fauziah Hanim binti Jalal

Tarikh Serahan:
5 April 2019
Halaman

Halaman Judul
Isi Kandungan

1.0 Pengenalan Kitaran Perkembangan 2

2.0 Latar Belakang Responden 3

3.0 Tahun Bagi Setiap Tempoh Kitaran

4.0 Peringkat Kitaran Perkembangan 5

4.1 Keluarga Dengan Anak Remaja

4.2 Keluarga Dengan Anak Dewasa (Pelepasan)

4.3 Keluarga Pada Usia Tua

5.0 Gambar

6.0 CD Audio

7.0 Pembentangan Temu Bual

Rujukan 13
Lampiran
Lampiran A : Borang Temu Bual 14
Pengenalan

Keluarga adalah institusi paling asas dalam kehidupan individu dan menjadi persekitaran
pertama yang membentuk sahsiah individu. Pembentukan masyarakat yang sejahtera perlu
dimulakan rmula dengan pembentukan institusi keluarga yang sihat melalui ikatan
kekeluargaan yang utuh. Ikatan keluarga pula terbentuk melalui penyatuan suci di antara dua
orang individu lelaki dan perempuan. Penyatuan ini dibuat mengikut hukum syarak dan
undang-undang yang sah atau juga dikenali sebagai perkahwinan. Perkahwinan adalah satu
ikatan antara dua individu yang sah dari segi undang-undang, mempunyai komitmen bersama
dalam aspek-aspek seperti emosi, kemesraan fizikal, tugas rumah tangga dan sumber ekonomi
(Olson & DeFrain, 2000), Hubungan perkahwinan yang sihat dan berkualiti dapat membentuk
keluarga dan masyarakat yang sejahtera.

Kitaran hidup keluarga yang dilalui oleh individu amat dipengaruhi oleh perbezaan gaya
hidup dalam kelas sosial dan latar belakang ahli keluarga atau masyarakat tersebut (Goldenberg
& Goldenberg, 2008). Sesetengah individu melihat kitaran hidup sebagai satu proses yang
perlu dilalui mengikut peringkat-peringkatnya, dan ada juga yang berpendapat bahawa kitaran
ini adalah satu proses yang tidak berlaku mengikut fasa-fasanya. Hal ini kerana proses dalam
setiap keluarga itu berbeza-beza bergantung kepada dinamik sesebuah keluarga.

Setiap fasa transisi dalam kitaran keluarga memerlukan keupayaan ahli keluarga untuk
berubah, menentukan semula keutamaan dan menguruskan keluarga untuk berhadapan dengan
cabaran peringkat baru dalam kitaran hidup mereka (Gerson, 1995). Sekiranya ahli dalam
sistem kekeluargaan dapat menyesuaikan diri mereka pada setiap fasa kitaran, keluarga akan
dapat berfungsi dengan baik. Menurut Carter dan McGoldrick (1999), terdapat enam peringkat
dalam kitaran hidup keluarga iaitu:
1. Meninggalkan rumah : Individu dewasa bujang
2. Penggabungan keluarga melalui perkahwinan : Pasangan baru
3. Keluarga dengan kehadiran anak-anak
4. Keluarga dengan anak remaja
5. Keluarga dengan anak dewasa
6. Keluarga pada usia tua
Tugasan ini memerlukan proses temu bual dengan seorang ahli keluarga yang telah
berkahwin dan mempunyai anak bagi mengetahui 3 fasa kitaran perkembangan keluarga.
Tujuan temu bual dijalankan adalah untuk mengetahui tugas perkembangan setiap fasa, isu-isu
yang dihadapi dan mengenalpasti kewujudan fakta seperti dalam Teori McGoldrick. Kumpulan
kami menemu bual responden untuk mengetahui maklumat-maklumat berkaitan dengan 3
peringkat akhir kitaran perkembangan keluarga iaitu Peringkat Keluarga dengan Anak Remaja,
Peringkat Keluarga dengan Anak Dewasa dan Peringkat Keluarga Pada Usia Tua.
Latar Belakang Responden

Nama : Wong Ooi Leng


No.K/P : 700316-08-5520
Umur : 49 tahun
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Guru
Pengalaman Berkahwin : 26 tahun
Bilangan Anak : 3 anak perempuan
Maklumat Anak :

Bil. Nama Umur Pekerjaan Tempat


1. Yin Kai Xing 24 Guru Selangor
2. Yin Kai Yi 24 Guru Selangor
3. Yin Kai Er 13 Pelajar SMJK San Min, Teluk Intan
Tahun Bagi Setiap Kitaran Perkembangan
Peringkat Kitaran Perkembangan 4 :
Keluarga dengan Anak Remaja

1. Sila ceritakan perubahan yang berlaku pada anak remaja anda.


 Pemikiran mula menjadi matang, mampu membuat keputusan sendiri.
Contohnya, memilih sekolah menengah, kokurikulum yang ingin sertai dan
sama ada ingin mengikuti tuisyen.
 Emosi mula menjadi sensitif, ingin berdikari dan berusaha untuk mencari
identiti sendiri.

2. Bagaimana pula dengan perhubungan sosial dan tingkah lakunya?


 Perhubungan sosial menjadi semakin luas, kerana menyertai banyak aktiviti
kokurikulum, mengenali banyak rakan baru. Dia mudah mengikut-ikuti
tingkah laku rakan.
 Dari segi tingkah laku, dia sentiasa berminat untuk mencuba perkara yang
baru.

3. Apakah jenis gaya keibubapaan yang anda amalkan semasa pengasuhan anak
remaja?
 Terdapat perubahan gaya keibubapaan berbanding dengan peringkat kanak-
kanak. Dulu, saya mengamalkan jenis authoritarian.
 Saya mengenakan kawalan yang ketat, menentukan peraturan keluarga yang
perlu dipatuhi dan menggunakan kaedah disiplin yang bersifat hukuman.
 Apabila anak membesar menjadi remaja, saya mengamalkan gaya autoritatif.
Saya masih bersifat tegas, namun sedia mendengar pandangan anak-anak
mereka.
 Saya berbincang bersama dengan anak semasa pembentukan peraturan, agar
mereka lebih bersedia untuk mematuhinya.
 Saya tidak lagi menggunakan hukuman, sebaliknya saya menasihati dan
membimbing.
4. Sejauh mana kualiti perhubungan anda dengan anak remaja?
 Saya melayan anak seperti rakan. Saya cuba mendengar luahan anak sebagai
rakan tanpa banyak menilai. Semasa dia merujuk masalah kepada saya, saya
tidak panjang lebar, saya mendengar dan memahami masalah dengan sabar.
 Bagi mengeratkan hubungan, saya juga sentiasa memberikan penghargaan
kepadanya agar dia rasa dihormati dalam hubungan ini.

5. Apakah yang anda harapkan terhadap anak remaja anda?


 Saya tidak mengharapkan dia mesti mencapai kecemerlangan dalam bidang-
bidang tertentu. Saya menggalakkan dia berkembang dengan holistik.
 Saya sentiasa galakkan anak menetapkan matlamat yang realistik seiring
dengan perkembangan dan kebolehan, jangan beri tekanan kepada sendiri.

6. Minta kongsikan tahap kebebasan yang anda berikan kepada anak ?


 Saya memberikan kebebasan yang terkawal. Peraturan diwujudkan di
peringkat awal dengan perbincangan bersama.
 Saya juga mengajar langkah pencegahan untuk menyediakan sempadan
tingkah laku, misalnya semasa penggunaan Facebook, saya mengajar dia
bahawa jangan menerima permintaan kawan daripada orang yang tidak
dikenali.
 Contohnya, tabiat berbelanja, tempoh masa keluar dengan rakan, batasan dan
keselamatan menggunakan media sosial.

7. Apakah peranan ibu bapa terhadap perkembangan pendidikan seks anak


remaja?
 Anak saya mempunyai rasa ingin tahu yang sederhana terhadap seks.
 Apabila dia ingin mengambil tahu, saya tidak menggalakkan anak
mendapatkan maklumat daripada sumber sendiri. Sebaliknya, saya
memberitahu perkara yang sewajarnya.
 Saya mengajar langkah keselamatan, contohnya apabila iklan filem lucah
keluar, atau lelaki mengeluarkan perkataan lucah.
8. Adakah terdapat perubahan pada masa kualiti yang diluangkan bersama
dengan anak?
 Dulu semasa kanak-kanak, kami sentiasa berborak saja-saja.
 Semasa dia remaja, saya cuba meluangkan masa untuk memahami pemikiran
dan perasaannya.
 Walaupun pada mula-mula dia rasa segan untuk menceritakan masalah
peribadi, tapi dia berasa semakin selesa apabila saya sudi mendengar tanpa
banyak menilai.
 Kami mempunyai aktiviti keluarga bersama, contohnya berkelah dan hiking.

9. Cabaran terbesar semasa membesarkan anak remaja?


 Pemikiran dipengaruhi oleh media sosial.
 Remaja dipengaruhi oleh sikap ingin mencuba dalam diri mereka sehingga
mereka sanggup membuat apa-apa perkara demi memenuhi kepuasan diri.
 Remaja ketagihan internet dan media sosial. Mereka suka meluahkan perasaan
negatif di facebook, wechat dll.

10. Bagaimana anda mengatasinya?


 Saya mengawasi gerak-geri anak di media sosial, termasuk rakan yang
dikenali.
 Saya menasihatinya untuk menggunakan laman sosial secara berhemah. Saya
mengajar dia menyekat laman sesawang yang tidak berfaedah.
 Saya mengehadkan masa tidur selewat-lewatnya pada pukul 11 malam, untuk
mengelakkan penggunaan internet bagi tempoh yang panjang.
BAHAGIAN B : RUMUSAN TEMU BUAL

Tugas Perkembangan Yang Dilakukan

Peranan • Menjadi role model bagi anak

Gaya keibubapaan • Berubah dari autoritarian kepada autoritatif

Cara berinteraksi • Sikap menghormati,layan seperti kawan

• Harapan yang seiring dengan perkembangan dan kebolehan


Harapan
anak

Tahap kebebasan • Memberikan lebih banyak kebebasan

Perkembangan
• Pendidikan keselamatan dan pengetahuan tentang seks
biologi

Masa kualiti • Sudi meluangkan masa bersama dengan anak

Isu Perkembangan Yang Dihadapi

• Pemikiran / mental : tahap kematangan berfikir belum


matang sepenuhnya, kurang mahir membuat keputusan
sendiri
Perubahan • Emosi : sensitif, ingin berdikari, mencari identiti sendiri
perkembangan anak
• Sosial : terikut-ikut dengan pengaruh rakan sebaya
• Tingkah laku : mencuba perkara yang baru, melibatkan diri
dalam aktiviti luar kelas secara aktif
Mengenalpasti Kewujudan Fakta Seperti Teori McGoldrick

• Remaja dapat merasakan sesikit kuasa dengan pengawasan


Proses dan bimbingan daripada ibu bapa
empowerment • Kefahaman yang realistic terhadap pergaulan sosial
• Penglibatan remaja dalam proses membuat keputusan.

Rasa • Ibu bapa membangkitkan rasa bertanggungjawab dan


bertanggungjawab membina matlamat dalam kehidupan anak.

Pengiktirafan • Pengikitirafan perlu diberi


Peringkat Kitaran Perkembangan 5 :
Keluarga dengan Anak Dewasa (Pelepasan)

BAHAGIAN A : PROSES TEMU BUAL

1. Sudah berapa lama anak dewasa anda meninggalkan rumah? Apakah tujuan
meninggalkan rumah?
 Anak dewasa pertama saya sudah meninggalkan rumah 6 tahun. 5 tahun
pertama belajar, 1 tahun kemudian bekerja.

2. Apakah perubahan berlaku kepada keluarga apabila anak sudah dewasa dan
bekerja?
 Dulu,semasa anak masih belajar di universiti, kami perlu menanggung
sebahagian daripada kos sara hidup mereka.
 Selepas mereka mula bekerja, tanggungan kewangan kurang, beban kewangan
pun sudah ringan. Anak yang sudah bekerja mula memberikan sokongan
kewangan kepada keluarga.
 Kami juga dapat menyimpan lebih banyak duit untuk tujuan kecemasan atau
melancong.

3. Kekerapan anak anda kembali ke rumah?


 Anak saya hanya kembali semasa cuti sekolah, secara purata sebulan sekali.

4. Adakah kekerapan ini merisaukan anda?


 Tidak sebenarnya, saya percayai bahawa mereka boleh menguruskan
kehidupan dengan berdikari.
 Berdasarkan pengalaman lepas bahawa mereka pernah mengalami kehidupan
di luar negara selama tiga bulan, kepercayaan saya terhadap mereka
meningkat.

5. Adakah anda sudah bersedia menerima kemasukan ahli baru dalam keluarga?
 Belum lagi, kerana anak belum bertemu dengan jodoh lagi.
 Sekiranya sudah ada, kami perlu bersedia untuk menerima kemasukan ahli.
 Dulu, anak saya pernah bercinta. Semasa dia bercinta, kami pernah mengajak
dia melancong bersama-sama. Kami sentiasa bersedia menerima ahli baru
dengan hati terbuka.

6. Adakah anda melepaskan anak-anak dengan kehidupan mereka sendiri dengan


sepenuhnya?
 Mereka baru mula bekerja. Saya masih bimbang lagi dengan tahap
penyesuaian anak terhadap kehidupan di bandar.
 Saya sentiasa menelefon dan mengambil berat tentang kehidupannya.
 Saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan ini,
bahawa melepaskan anak-anak dengan kehidupan mereka sendiri,
terutamanya mereka kini perlu menguruskan kewangan dan kos sara hidup
sendiri di bandar. Berbanding dengan dahulu, kos sara hidup di pekan kecil
jauh lebih rendah.

7. Pada pandangan anda, pada peringkat pelepasan ini, apakah yang boleh ibu
bapa lakukan?
 Mengekalkan komunikasi yang baik dengan anak melalui media sosial dan
telefon. Berkongsi cerita kehidupan antara satu sama lain, walaupun tinggal
berjauhan.
 Sentiasa memberikan penghargaan kepada mereka terhadap keputusan yang
dibuat.
 Sentiasa memberikan sokongan moral terhadap keputusan yang dibuat oleh
mereka.
BAHAGIAN B : RUMUSAN TEMU BUAL

Tugas Perkembangan Yang Dilakukan

• Menggunakan media sosial untuk mengekalkan komunikasi


Komunikasi
dengan anak

Bebanan kewangan • Tanggungan kurang, sebab anak sudah bekerja

Melepaskan anak • Percayai anak mampu berdikari

Persediaan mental • Anak kurang masa di rumah

Isu Perkembangan Yang Dihadapi

• Kehilangan anak untuk hidup sekeluarga, serta berhadapan


Cabaran emosi
dengan ibu bapa yang telah tua serta menunggu kematian.

Cabaran • Membina semula perhubungan yang telah “lama terabai”


perhubungan dengan pasangan.

• Menanti kepulangan anak-anak yang akan pulang sekali-


Rasa kesunyian
sekala.

• Dulu biasa membuat keputusan bagi anak, sekarang kena


Penyesuaian dengan
melepaskan tangan, memberikan kebebasan sepenuhnya
pelepasan anak
bagi anak menguruskan kehidupan sendiri.
Mengenalpasti Kewujudan Fakta Seperti Teori McGoldrick

• Ibu bapa mula rasa kesepian dan kesunyian apabila anak-


anak mula meninggalkan mereka kerana pekerjaan.
Rasa kesepian
• Rasa kesunyian akibat fenomena empty nest, serta menanti
kepulangan anak-anak yang pulang sekali-sekala
Peringkat Kitaran Perkembangan 6 :
Keluarga Pada Usia Tua

BAHAGIAN A : PROSES TEMU BUAL

1. Bila anda bersara?


 Saya akan bersara semasa berumur 56 tahun, masih ada 7 tahun lagi.

2. Adakah anda telah membuat persiapan yang lengkap atau sewajarnya untuk
meniti usia tua sebelum bersara?
 Ya, saya sudah merancang dari segi kewangan. Saya ada membeli produk
insurans untuk menyediakan tabung saraan hidup.

3. Bagaimana pula dengan persediaan mental?


 Anak-anak dewasa mungkin akan meninggalkan rumah dan meninggalkan
kami dua orang di rumah. Saya berpendapat pada peringkat ini merupakan
masa terbaik bagi kami mulakan kehidupan yang baru dan bermakna.
 Sudah lama hidup dengan anak, masa itu boleh fokus pada perhubungan
dengan pasangan.
 Dulu, semasa anak kecil, kami banyak bergaduh demi hal anak dan keluarga.
Selepas bersara, dengan mempunyai lebih banyak masa, mungkin boleh
lakukan perkara yang bermakna bersama.

4. Apa yang anda ingin lakukan selepas bersara nanti?


 Saya ingin melancong ke tempat yang berlainan untuk menikmati keindahan
dunia ini.

5. Bagaimana anda boleh bersedia untuk mengisi rasa kekosongan nanti?


 Saya akan buat kawan baru. Saya mungkin akan sertai kelab, sukarelawan
atau lakukan apa sahaja di mana saya boleh bertemu rakan baru untuk
memanfaatkan masa yang banyak nanti.
6. Sekiranya rasa kekosongan itu mengganggu emosi anda, apakah yang anda
boleh buat?
 Saya boleh dapatkan sokongan daripada rakan. Saya boleh berkongsi
perasaan dengan rakan-rakan, terutamanya jika mereka yang juga telah
melaluinya. Saya percayai bahawa mereka boleh membantu saya menangani
fasa kehidupan baru nanti.

BAHAGIAN B : RUMUSAN TEMU BUAL

Tugas Perkembangan Yang Dilakukan

Cara mengisi
• Aktiviti berfaedah atau sukarelawan
kekosongan

Harapan terhadap
• Kurangkan ekspetasi terhadap diri sendiri.
sendiri

• Merancang dan menyediakan kewangan bagi kegunaan


Kewangan
kehidupan selepas bersara.

• Banyak bersosial untuk mengenali rakan baru. Saling


Hubungan sosial
berkongsi cara mengatasi masalah empty nest.

Isu Perkembangan Yang Dihadapi

Cabaran
• Mengekalkan hubungan merentas generasi yang ada.
perhubungan

Cabaran kesihatan • Ketidapastian penyakit dan kematian

Cabaran empty nest • Risau anak kurang memberikan perhatian kepada kami
Mengenalpasti Kewujudan Fakta Seperti Teori McGoldrick

• Bimbang berhadapan dengan penyakit kronik, risiko kanser,


Proses penuaan dan
peningkatan ketidakupayaan fizikal dan ketidakupayaan
penyakit
intelektual, penglihatan dan pendengaran.

• Mengharapkan kebebasan untuk melakukan apa-apa sahaja


Kebebasan
yang mereka suka.
Gambar

Gambar 1 : Bergambar bersama responden (Puan Wong Ooi Leng)

Gambar 2 : Proses menemu bual responden


CD Audio
Rujukan

Gerson, R. (1995). The family life cycle: Phases, stages and crises. Dalam R. H. Mikesell, D.-
D. Lusterman & S. H. McDaniel (Eds.), Integrating family therapy: Handbook of family
psychology and systems theory (Eds ed.). Washington DC: American Psychological
Association.

Goldenberg, H. & Goldenberg, I. (2008). Family Therapy: An Overview. United States:


Cengage Learning.

McGoldrick, M., Gerson, R., & Shellenberger, S. (1999). Genograms: Assessment and
intervention. New York: W. W. Norton.

McGoldrick, M., Carter, B. (2003). “The Family Life Cycle,” in Walsh F., Normal Family
Processes. Guilford.

Olson, D. H. (2011). FACES IV and the circumplex model: Validation study. Journal of
marital and family therapy, 37.

Olson, D. H., & Gorall, D. M. (2003). Circumplex Model Of Marital And Family Systems:
Normal family processes (3rd ed). New York: Guilford.

Olson, D. H., Russell, C. S., & Sprenkle, D. H. (1989). Circumplex Model: Systemic assessment
and treatment of families. New York: Haworth Press.
Olson, D. H., Sprenkle, D. H., & Russell, C. (1979). Circumplex Model Of Marital And Family
Systems: Cohesion and adaptability dimensions, family types, and clinical apllications.
Family process, 18, 3-28.
Lampiran A: Borang Temu Bual

Borang Temu Bual


KKT6033 Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga

Tujuan Temu Bual :


 Bertujuan untuk memahami perkembangan tugasan keluarga bagi setiap fasa, termasuklah :
1. Tugas perkembangan setiap fasa yang dilalui oleh individu.
2. Isu-isu yang di hadapi bagi setiap fasa

(KEIKHLASAN ANDA DALAM MENJALANKAN SESI TEMU BUAL INI DIDAHULUI


DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH)
Soalan Temu Bual

Peringkat Keluarga dengan Anak Remaja

1. Sila ceritakan perubahan yang berlaku pada anak remaja anda.


o Pemikiran / mental (tahap kematangan berfikir / membuat keputusan)
o Emosi (sensitif / kurang keyakinan diri / ingin berdikari / mencari identiti sendiri /
mudah marah / memberontak / merajuk dll)
o Sosial (adakah dipunyai dan diterima oleh rakan dalam sesuatu kumpulan /
pengaruh rakan sebaya)
o Tingkah laku (mencuba perkara yang baru, kreatif / terjebak dalam aktiviti
berbentuk apa)

2. Apakah jenis gaya keibubapaan yang telah anda amalkan semasa pengasuhan anak remaja?
o Autoritatif : bersifat tegas, namun sedia mendengar pandangan anak-anak mereka.
Anak-anak dididik dengan penuh kemesraan.
o Autoritarian : bersifat tidak bertolak ansur, mengenakan kawalan yang ketat,
menentukan peraturan keluarga yan perlu dipatuhi tanpa membenarkan mereka
mempersoalkannya, menggunakan kaedah disiplin yang bersifat hukuman dan
setiap keputusan yang dibuat oleh ibu bapa tidak boleh dibantah.
o Permisif : ibu bapa memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka
tanpa ada kawalan. Ibu bapa lebih kepada memenuhi keperluan anak-anak mereka.
Mereka juga tidak membentuk peraturan keluarga yang jelas.

3. Sejauh mana kualiti perhubungan anda dengan anak remaja?


o Adakah anda menjadikan anak sebagai rakan?
o Bagaimanakah anda berinteraksi dengan anak? (sentiasa panjang lebar / nasihat /
marah)
o Adakah anak remaja sentiasa merujuk masalahnya kepada anda?
o Adakah anda pernah memberikan penghargaan kepada anak? Apakah kepentingan
penghargaan itu kepada anak?

4. Adakah anda mengharapkan anak remaja mencapai kecemerlangan dalam bidang-bidang


tertentu?
o Akademik / kokurikulum
o Adakah anda bersikap realistik terhadap kemampuan anak anda seiring dengan
perkembangan umur?
o Apa akibat sekiranya mengenakan harapan yang tidak realistik terhadap anak?
o Adakah memenuhi keperluan emosi anak penting?

5. Tahap kebebasan yang diberikan kepada anak remaja anda


o Ketat / terkawal / bebas sepenuhnya
o Adakah peraturan diwujudkan di peringkah awal? Bagaimanakah peraturan ini
dibentuk? (ibu bapa menentukan sendiri / perbincangan bersama)
o Adakah langkah pencegahan termasuklah pengajaran dan latihan dijalankan?
Untuk membina kebolehan remaja serta penyediaan sempadan bertingkah laku.
o Contoh pengajaran dan latihan pencegahan yang disediakan.
o Sekiranya anak remaja bertingkah laku salah, bagaimanakah anda membetulkan
salah laku remaja dan membantu mereka supaya tidak mengulangi lagi? Sila
kongsikan contoh pembetulan yang pernah jalankan.

6. Sejauhmana anda prihatin atau peka dengan perkembangan biologi remaja?


o Apabila anak remaja mempunyai perasaan ingin tahu mengenai seks, apakah
tindakan anda? (memberitahu remaja perkara yang sewajarnya / remaja itu sendiri
mendapat maklumat daripada sumber sendiri)
o Apakah pandangan anda mengenai membicarakan mengenai seks secara terbuka
dengan anak-anak?

7. Sejauh mana anda meluangkan masa kualiti dengan anak?


o Adakah anda sentiasa sedia mendengar apa jua ingin diberitahu oleh anak atau
luangkan masa membantu anak?
o Adakah anda dengan anak sentiasa berbincang dan mencari penyelesaian bersama
untuk mengatasi masalah yang dihadapi?
o Kepentingan masa kualiti terhadap keluarga

8. Apakah cabaran terbesar semasa anak anda menghadapi usia keremajaan?


o Bagaimanakah anda mengatasinya?
o Adakah wujudnya perbincangan bersama pasangan untuk mengatasinya?
o Adakah cabaran ini mempengaruhi kualiti kehidupan keluarga?

Peringkat Keluarga dengan Anak Dewasa (Pelepasan)

1. Sudah berapa lama anak dewasa anda meninggalkan rumah? Apakah tujuan meninggalkan
rumah?
2. Apakah perasaan anda apabila anak dewasa meninggalkan rumah?
3. Apakah perubahan yang anda masih berusaha untuk menyesuaikan diri?
4. Apakah perubahan positif kepada keluarga?
5. Adakah keluarga awak sudah bersedia menerima kemasukan ahli baru, misalnya menantu?
6. Sekiranya berlaku kemasukan ahli baru, bagaimanakah awak akan menyesuaikan diri dengan
perubahan baru?

Peringkat Keluarga Pada Usia Tua

1. Bila anda bersara?


2. Adakah anda telah membuat persiapan yang lengkap atau sewajarnya untuk meniti usia tua
sebelum bersara?
3. Bagaimana pula dengan persediaan mental?
4. Apakah yang anda ingin lakukan selepas bersara nanti?
5. Bagaimana anda boleh bersedia untuk mengisi rasa kekosongan?
6. Sekiranya rasa kekosongan itu mengggangu emosi anda, apakah yang anda boleh buat?

Anda mungkin juga menyukai