Anda di halaman 1dari 3

TAHAP KESEDIHAN MENGHADAPI KEHILANGAN AHLI KELUARGA

Dunia diancam dengan wabak Covid 19 yang telah meragut ratusan ribu nyawa
manusia dan angka kematian terus meningkat saban hari.Insiden ini menimbulkan
rasa duka terhadap kita yang membaca atau mengikuti perkembangan wabak
ini.Bagaimana pula perasaan dan emosi ahli keluarga terdekat ataupun rakan
mangsa?Yang paling memilukan adalah jenazah dikebumikan tanpa kehadiran ahli
keluarga,sanak saudara mahupun sahabat handai.Kita cuba memahami dengan lebih
lanjut tentang tahap kesedihan yang akn wujud pada seseorang individu akibat
kehilangan orang yang tersayang.

Dr Elisabeth Kubler Ross, seorang pakar psikiatri dalam bukunya On Death and
Dying (1969) mengatakan bahawa terdapat lima fasa yang dihadapi oleh individu
apabila menghadapi kematian orang yang dikasihi.

Fasa tersebut adalah seperti berikut :

1) Penafian (Denial): Apabila seseorang individu itu baru sahaja mengetahui


mengenai kematian tersebut, adalah normal untuk rasa terkejut serta tidak
mempercayai bahawa perkara itu berlaku. Ini merupakan satu mekanisme
pertahanan diri yang sementara untuk menangani emosi yang membuak.

2) Kemarahan (Anger): Selepas itu, akan datang perasaan kecewa dan tidak
berdaya apabila seseorang itu menyedari bahawa ia adalah realiti yang harus
dihadapi. Perasaan ini akan bertukar menjadi marah sama ada kepada orang yang
meninggal dunia, orang lain atau kehidupan secara umum. Perasaan marah
terhadap mereka yang telah meninggal dunia timbul disebabkan oleh individu
tersebut merasakan bahawa beliau telah ditinggalkan sendirian.

3) Tawar-menawar (Bargaining): Pada fasa ini, mereka akan terfikir dengan pelbagai
kebarangkalian yang boleh atau patut dilakukan agar kematian tersebut dapat
dielakkan. Ada yang berasakan bahawa nyawanya patut dijadikan galang ganti atau
seolah berunding dengan tuhan agar mereka yang telah meninggal dapat hidup
kembali.

4) Kesedihan (Depression): Kesedihan mula dirasai apabila individu tersebut mula


memahami bagaimana kehilangan tersebut akan mempengaruhi hidup
mereka.Tanda-tanda yang dialami adalah seperti menangis, sukar tidur, kurang
selera makan serta berasa keseorangan.

5) Penerimaan (Acceptance): Apabila fasa sebelum ini ditempuhi dengan lancar,


maka individu tersebut akhirnya dapat mencapai fasa penerimaan (acceptance),
yang merupakan fasa terakhir dalam menghadapi duka akibat kematian. Apabila
mencapai fasa ini, barulah individu tersebut dapat menerima kematian keluarga
tersayang dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Setiap individu menjalani fasa-fasa di atas secara berbeza dari segi masa serta ada
yang tidak melalui fasa tertentu secara langsung. Ada juga yang tidak mampu
melepasi fasa tertentu sehingga menyebabkan kedukaan akibat kematian ini
berpanjangan (prolonged grief).

Dr Holly Prigerson, profesor dalam bidang Sosiologi mengatakan bahawa sekiranya


perasaan sedih berlarutan melebihi enam bulan selepas kehilangan, maka ia
dinamakan 'Prolonged grief disorder'. Bagaimanapun, mengikut Diagnostic
Statistical Manual 5th edition (DSM-V) oleh American Psychiatric
Association (APA), jika kedukaan akibat kehilangan ini memenuhi kriteria untuk
diagnosa kemurungan atau 'Major Depressive Disorder', maka ia tidak lagi normal.
RUJUKAN

Kubler-Ross, E. (1969). On Death and Dying. London: Routledge.

Kubler-Ross & Kessler. (2005). On Grief and Grieving: Finding the Meaning of Grief
through the Five Stages of Loss. New York: Scribner.

Anda mungkin juga menyukai