Anda di halaman 1dari 20

KULIAH 3

KEPENTINGAN PERSONALITI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

INTIPATI

Personaliti dan hubungannya dengan pelbagai elemen dalam kehidupan manusia Pencapaian Esteem diri
akademik
Spiritual/nilai Emosi

Tekanan
Pemilihan kerjaya Kepuasan kerja Kesihatan mental/kesejahteraan diri Lain-lain

Motivasi
Sosial Tingkahlaku

PERBINCANGAN
Berdasarkan tugasan yang diberi dalam Kuliah 2, sila bincangkan dan bentangkan hasil pembacaan yang telah anda lakukan.

Pencapaian akademik

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI ELEMEN KEHIDUPAN

Sanchez, Rejano dan Rodriguez (2001) menjalankan kajian terhadap 103 pelajar universiti bagi meninjau kepentingan tret personaliti berbanding tahap intelek terhadap prestasi kegagalan akademik.
Pelajar yang mengalami kegagalan akademik mahu diri difahami, diramah mesra dan diberi pertimbangan yang sewajarnya dan juga memerlukan sokongan dari orang lain. Mereka juga mempunyai nilai untuk mahukan hak melakukan apa yang diingini dan disukai. Mereka juga lebih bersyak wasangka dan mengalami konflik kendiri, rasa tertekan, meletakkan diri dalam tekanan, tidak sabar, tidak berprotokol, lebih

Pencapaian akademik

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI ELEMEN KEHIDUPAN


Pelajar yang mendapat skor yang rendah dalam conscientiousness (peka dan sensitif kepada persekitaran) dan mempunyai skor yang tinggi pada elemen extraversion (inginkan keseronokan dan suka berkawan) secara signifikannya kurang mendapat kejayaan dalam peperiksaan.

Kajian Lievens et al (2002)

Pencapaian akademik

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI ELEMEN KEHIDUPAN

Dapatan Lievens et al (2002) turut disokong oleh Furham (2002) dan Petrides et al (2005) yang juga menunjukkan hubungan signifikan secara songsang antara extraversion dengan keputusan peperiksaan. Kajian Johson dan Bloom (1995) serta kajian oleh Schouwenburg dan Lay (1995) mendapati conscientiousness berhubung secara negatif dengan sikap suka menangguhkan kerja.

Pencapaian akademik

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI ELEMEN KEHIDUPAN


Kajian terhadap 900 kanak-kanak oleh pengkajipengkaji dari Columbia University mendapati ibu yang bekerja lebih dari 30 jam seminggu ketika bayi berusia 9 bulan pertama akan memberi kesan terhadap kemahiran kognitif dan bahasa apabila bayi tersebut berada di peringkat umur prasekolah. Walau bagaimanapun, dapatan ini tidak memberi implikasi bahawa ibu yang mempunyai anak kecil tidak boleh bekerja.

Kajian Jacobson (2002)

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI


Emosi Kajian Xue Zheng, David Sang dan Qiu Lin (2004) mendapati individu yang berpersonaliti ekstrovert secara tidak langsung mempunyai tahap individualism yang tinggi dan berkait dengan emosi yang positif serta kurang terlibat dengan tingkahlaku membunuh diri. Dengan demikian tret personaliti ekstrovert adalah faktor jangkaan kepada kegembiraan (happiness) dalam kalangan masyarakat Cina di Hong Kong.

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI


Sosial Fagen dan Cowen (dalam Rozumah et al, 2002) mendapati ibu bapa yang mempamerkan sikap mesra dan mengambil berat mempunyai anak yang bagus dari segi imej diri, kecekapan sosial dan keupayaan kawalan diri.

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI


Tingkahlaku Tingkah laku remaja dianggap hasil daripada hubungan dengan orang lain berdasarkan desakan budaya, sosial, biologikal dan fizikal (Powell, 1963). Apabila remaja gagal menyelesaikan krisis, mereka akan mempamerkan tingkah laku bilazim dan nakal (Erikson, 1968).

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI


Tingkahlaku
Fontaine & Hammond (1996) berpendapat lelaki gay tidak wujud secara tiba-tiba ketika dewasa. Proses pembentukan identiti ini bermula pada zaman remaja di mana remaja mempersoalkan identiti seksual masing-masing, iaitu sama ada gay, biseksual atau heteroseksual, berdasarkan pengalaman dan perasaan seksual yang dialami. Apabila remaja menghadapi masalah sama ada pengasingan sosial dan emosional, dan kesunyian, mereka akan terlibat dengan hubungan seksual sesama jenis bagi memenuhi keperluan hubungan sosial (Hetrick & Martin dalam Fontaine &

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI


Tingkahlaku
Menurut McKenry (dalam Grabmeier, 1999), gaya pertautan yang dibina pada zaman kanak-kanak, iaitu biasanya dengan ibu bapa akan memberi kesan pada zaman dewasa. Jika pada zaman kanak-kanak hubungan tidak selamat dimiliki, masalah yang sama turut dihadapi pada masa akan datang. Individu yang mengalami pengalaman keganasan sewaktu kecil pula akan bertindak ganas ketika dewasa terutamanya sewaktu mengalami stress dalam perhubungan. Lelaki dewasa yang mengalami stress yang tinggi dan memiliki gaya perhubungan tidak selamat lebih banyak menggunakan keganasan dalam perhubungan berbanding dengan lelaki yang mengalami stress yang tinggi tetapi memiliki gaya perhubungan yang selamat.

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI


Tingkahlaku Didapati keluarga yang tidak berfungsi, simptom personaliti anti-sosial dan penderaan fizikal oleh ibu bapa dan rakan sebaya yang delinkuen memberi kesan terhadap tingkah laku negatif di kalangan kanak-kanak tersebut (Dawes, et. al., 1999).

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI


Kerjaya Semakin tinggi status pekerjaan semakin baik caragaya keibubapaan. Ibu lebih cenderung menggunakan caragaya autoritatif kerana pengalaman yang diperolehi di tempat kerja dan mereka lebih bersikap terbuka (Saodah, 2002)

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI


Pemilihan kerjaya (Hogan Assessment Systems) Ujian personaliti dan temuduga berstruktur digunakan dalam pemilihan pekerja di organisasi. Ujian personaliti dapat memberi gambaran dari segi kebolehan kognitif, tahap motivasi, kawalan diri, penyesuaian (adjustment), kepimpinan dan sebagainya.

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI


Tekanan Individu yang berlokus kawalan dalaman dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan sihat (Burger, 2000). Individu ini dapat menangani tekanan dengan lebih baik berbanding individu berlokus kawalan luaran (Rathus & Nevid, 2002; Schultz & Schultz, 1998).

Kesihatan mental/kesejahteraan diri

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI


Terdapat perkaitan antara personaliti dengan kesejahteraan diri. Personaliti dilihat sebagai satu faktor jangkaan yang stabil dan kuat terhadap kesejahteraan diri (Diener,1984).

Kesihatan mental/kesejahteraan diri

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI


Individu yang mempunyai kesejahteraan diri yang tinggi / baik lebih cenderung untuk meneutralkan sesuatu peristiwa ke arah positif. Mereka yang mempunyai kesejahteraan diri yang baik bukan sahaja mengalami sesuatu peristiwa secara objektif malah membuat tanggapan terhadap sesuatu peristiwa secara lebih positif jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai kesejahteraan diri yang rendah (Scheieir dan Carver, 1993).

Berdasarkan video yang dipaparkan ini, bincangkan: a. ciri-ciri personaliti yang terdapat pada setiap karakter. b. kemungkinan yang menyebabkan mereka mempunyai personaliti sedemikian

PERBINCANGAN

SEKIAN. TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai