Anda di halaman 1dari 3

Halangan-halangan dalam kaunseling kelompok

1. Fizikal
- merujuk kepada halangan terhadap proses komunikasi yang terbentuk fizikal.
- terdiri daripada gangguan secara nyata dan langsung)
- contohnya, bunyi bising seperti TV, radio, mesin-mesin atau telefon.
- Bunyi bising akan menyebabkan maklumat yang disampaikan terganggun dan menjadi
tidak jelas.
- kesannya. Mesej atau maklumat yang disampaikan sukar untuk difahami.

2. Psikologikal
- timbul disebabkan pemikiran atau tanggapan yang berbeza antara penghantar mesej
dengan penerima mesej.
- tanggapan seseorang individu mungkin dipengaruhi oleh latar belakang, budaya,
pendidikan, keperrcayaan dan pengalaman hidup individu yang berkenaan tersebut.
- Contohnya, individu yang terlibat dalam kemalangan akan berasa takut untuk memandu
kenderaan dengan kelajuan tinggi.
- malah, orang yang tidak pernah mengalami kemalangan akan membiasakan diri memandu
kenderaan dengan laju di jalan raya.

3. Sosial
- timbul disebabkan perbezaan dari segi persekitaran budaya dan sosial antara seseorang
individu dengan individu lain.
- halangan sosial boleh dilihat dari segi perbezaan umur, budaya, jantina, kaun, agama,
taraf, hidup dan latar belakang pendidikan atau kehidupan.
- Contohnya, seperti orang gelak dengan kuat di rumah sendiri adalah tidak salah walaupun
tindakan itu mungkin dianggap sebagai tindakan yang kurang sopan di tempat atau di rumah
lain.

4. Persekitaran
a) Persepsi negatif
- pelajar terhadap guru displin apabila masuk ke bilik kaunseling mereka akan dilabelkan
sebagai pelajar yang bermasalah.
- Pelajar turut menganggap kaunselor seperti guru-guru lain iaitu untuk mencari kesalahan
pelajar.
- Hal ini memerlukan kaunselor menjelaskan kepada pelajar mengenai perkhidmatan yang
disediakan oleh kaunselor Jantina
b) Jantina
1. Sekiranya berlainan jantina antara klien dan kaunselor, proses kaunseling akan menjadi
kurang selesa.
2. Sebagai contoh, pelajar perempuan yang mempunyai masalah sulit akan berasa kurang
selesa untuk dikongsikan bersama kaunselor lelaki.

c) Kumpulan etnik
- Kaunselor perlu memahami cara pergaulan etnik lain.
- Boleh menimbulkan masalah ruang rujuk dan menjejaskan kefahaman serta kurangnya
rasa empati di kalangan kaunselor dan pelajar.
d) Peringkat Umur
- Menurut Miza(1987) guru-guru muda dan cergas lebih sesuai untuk sekolah bandar. Hal ini
kerana jarak umur tidak jauh membolehkan kaunselor memahami pelajar dengan lebih baik
dan mengurangkan jurang antara generasi.
- Bagi sekolah luar bandar pula, guru dewasa lagi sesuai untuk menjadi kaunselor. Ini
kerana kaunselor dapat mengganti tempat ibu atau bapa yang diperlukan oleh pelajar.
Namun begitu, ia akan memberi masalah sekiranya pelajar mempunyai masalah dengan ibu
atau bapa di rumah dan menganggap kaunselor yang sedang mereka tatapkan adalah
sama seperti ibu bapa mereka.

5. Kemahiran fasilitator
a) kaunselor bersifat memerintah atau mengarah.
- Kaunselor yang memerintah menunjukkan ciri-ciri paksaan terhadap klien untuk
menjalankan sesi kaunseling.
- Pada masa ini, kaunselortidak menunjukkan ciri-ciri professional yang mana kaunselor
perlu sabar dan mendengar cerita klien dengan teliti.
- Apabila kaunselor menunjukkan reaksi memerintah, klien akan berasa takut, malah klien
akan mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan sesi tanpa memulakannya

b) kaunselor mendengar secara memilih.


- Kaunselor hanya berminat pada cerita-cerita klien yang agak menarik sebaliknya apabila
tiba cerita tentang diri klien, kaunselor mula menunjukkan kebosanan.
- Hal ini akan menyebabkan klien berasa bahawa kaunselor tidak menumpukan tumpuan
kepada penceritaannya.
- Klien juga beranggapan bahawa kaunselor tidak berminat untuk membantunya sebaliknya
hanya berminat untuk mendengar cerita yang menarik sahaja.
- Maka, kaunselor tidak dapat untuk mengetahui punca sebenar permasalahan klien.
c) kaunselor kerap mencelah atau menyampuk.
Hal ini akan menyebabkan penceritaan klien menjadi tersekat dan terganggu.
- Klien tidak mendapat kepuasan untuk bercerita dan sesi tidak dapat berjalan dengan
lancar.
- Klien juga akan berasa bosan dan marah kerana kaunselor tidak menghormatinya dan
bertindak terburu-buru.
- Klien juga tidak dapat bercerita dengan lancar dan terasa tidak selesa untuk menyambung
penceritaan.

d) kaunselor kerap memberi arahan dan mengkritik.


- Sikap ini menunjukkan bahawa kaunselor memilih dalam menjalankan sesi kaunseling.
- Apabila kaunselor memberi arahan, klien akan berasa seolah-olah dia disuruh untuk
bercerita walaupun dalam keadaan yang tidak sedia.
- Apabila klien mula bercerita, kaunselor dengan mudahnya mengkritik klien.
- Hal ini akan menyebabkan klien berasa bersalah dan dia akan merasakan bahawa segala
masalah yang berlaku adalah disebabkannya.

e) fikiran kaunselor menerawang dan tidak fokus.


- Kaunselor hilang tumpuanmendengar dengan teliti masalah klien dan mengenalpasti
masalah klien.
- Kaunselor seakanakan malas dan tidak suka untuk menjalankan sesi.
- Manakala, klien akan berasakan bahawa kaunselor tidak mahu mendengar masalahnya
dan kaunselor seperti tidak menyenangi kehadirannya.
- Selain itu, kaunselor gemar menyindir atau memuji klien secara berlebihan.
- Hal ini akan menyebabkan klien berasa tidak selesa dan terasa hati.

f) kaunselor gemar menyiasat dan membuat penghakiman awal.


- kaunselor akan menyalahkan klien sekiranya dia melakukan kesalahan.
- Pada masa ini, klien akan berasa dirinya dipersalahkan dan mendapat kritikan dan kutukan
daripada kaunselor.
- Proses kaunseling akan tergantung kerana klien akan bertindak untuk berdiam diri dan
tidak meneruskan penceritaan.
- Klien juga terganggu apabila kaunselor gemar dan kerap memberi nasihat.
- Kaunselor hanya tahu memberi nasihat, menyuruh dan melarang klien melakukan sesuatu.
- Klien akan berasa terikat dan tidak dapat menyelesaikan masalahnya.

Anda mungkin juga menyukai