Anda di halaman 1dari 10

http://sudutpsikologi.blogspot.my/2010/08/senarai-semak-masalah-mooney.

html

https://www.scribd.com/doc/4991391/aplikasi-psikologi-dalampengurusan-sumber-manusia-perkhidmatan-awam-malaysia-1
http://studentsrepo.um.edu.my/2519/4/BAB_3.pdf

SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY


prepared by: Eddlie Stanis

1.
2.
3.
4.
5.

TAJUK
PENGENALAN
PERINGKAT PENGUKURAN MPCL
LATAR BELAKANG ALAT UJIAN
TUJUAN SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY
SUMBER-SUMBER PEMBENTUKAN ITEM DALAM SENARAI SEMAK

6.
7.
8.

KEBOLEHPERCAYAAN
KAEDAH PENGANALISISAN DATA SENARAI SEMAK
LANGKAH DAN TEKNIK MENGURUSKAN SENARAI SEMAK DALAM SOAL
SELIDIK
9.
KESIMPULAN
10. SENARAI RUJUKAN
11. LAMPIRAN
SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY (MOONEY PROBLEM CHECKLIST)
Pengenalan
Alat ukuran yang dipilih adalah Senarai Semak Masalah Mooney (Ross L. Mooney &
Leonad V. Gordon, 1950) College Form yang dibina bagi mengenalpasti masalahmasalah yang sering dihadapi oleh para pelajar sekolah, pelajar kolej dan juga
sesuai untuk golongan Dewasa [1].
Senarai Semak Masalah Mooney ini bukan suatu ujian. Ianya hanya suatu senarai
masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja. Masalahmasalah yang disenaraikan ialah masalah fizikal dan kesihatan, kewangan, sosial
dan hiburan, pergaulan dan seks, social psikologikal, psikologikal, moral dan agama,
keluarga, akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan pengajaran.
Alat ukuran ini juga amat sesuai digunakan sebagai pra sesi kaunseling individu dan
juga dalam pembentukan kelompok. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti masalah
utama yang dihadapi oleh para pelajar bagi menyedarkan mereka akan kepentingan
berbincang mengenai masalah yang dihadapi bersama dengan kaunselor. Para guru
dan kaunselor juga boleh menggunakan senarai semak ini bagi memahami
masalah-masalah para pelajar mereka dalam usaha untuk membantu klien.
Senarai Semak Masalah Mooney ini bukanlah diketagorikan sebagai suatu ujian.
Ianya hanya suatu senarai masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar
dan remaja. Masalah-masalah yang disenaraikan ialah seperti masalah fizikal dan
kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan, pergaulan dan seks, sosial psikologikal,
moral dan agama, keluarga, akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum
dan pengajaran.
Terdapat beberapa alat ujian dan inventori yang boleh digunakan untuk
mendiagnosis dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien. Alat ujian dan
inventori yang biasanya digunakan adalah Mooney Problem Checklist (MPCL) [2]. Alat

ukuran MPCL sangat popular di Malaysia kerana ia sangat mudah ditadbir dan tidak
memerlukan pengetahuan yang mendalam. Disamping itu, MPCL selalunya
dgunakan untuk mengenal pasti masalah klien sebelum menjalankan sesuatu sesi
kaunseling. Senarai Semak Masalah Mooney ini adalah dibentuk untuk mengenal
pasti masalah-masalah yang menggangu kaum remaja atau pelajar di peringkat
pelajar junior (J), pelajar sekolah tinggi (H), dan pelajar kolej (C).
Peringkat Pengukuran MPCL
1.

Pelajar Junior (J)

2.

Pelajar Sekolah Tinggi (H)

3.

Pelajar Kolej (C).


Dalam penggunaan borang soal selidik MPCL [3], terdapat beberapa perbezaan yang
ketara dapat digunakan oleh penyelidik atau kaunselor dalam mengenal pasti
masalah klien. Antaranya ialah, borang MPCL pada peringkat junior (J) hanya
terdapat 220 item atau soalan yang digunakan manakala borang MPCL peringkat
pelajar sekolah tinggi (H) dan pelajar kolej (C) mengandungi 330 soalan. Perbezaan
item dalam penggunaan borang MPCL adalah kerana mungkin disebabkan oleh
faktor umur klien. Contohnya, kandungan soalan atau masalah klien dalam
penggunaan borang MPCL peringkat junior adalah lebih sedikit berbanding dengan
borang peringkat sekolah tinggi dan kolej disebabkan oleh kemungkinan klien pada
peringkat junior tidak dapat menghabiskan soalan sekiranya mereka menjawab
soalan yang terlalu banyak. Apabila hal ini berlaku, maka kebolehpercayaan
terhadap klien mungkin kurang jika dibandingkan dengan pengisian soalan pada
peringkat yang sepatutnya (borang MPCL peringkat junior).
Latar Belakang Alat Ujian
Senarai semak masalah ini bermula apabila hasrat utama penerbit adalah untuk
mempunyai satu kaedah yang sistematik dalam meneroka permasalahan yang
dihadapi oleh para remaja. Pada tahun 1941 dan 1942 [4], edisi pertama yang
merangkumi tiga borang untuk bidang pendidikan telah diterbitkan buat pertama
kalinya. Penggunaan prosedurnya adalah mudah di mana para pelajar hanya perlu
membaca sepintas lalu item-item dan menggariskan item yang berkaitan dengan
masalah yang dinyatakan dan membulatkan item-item yang ditanda pada awalnya

berdasarkan keutamaan masalah yang sering dihadapi. Mereka juga dikehendaki


menulis satu rumusan pada akhir item tersebut bagi membolehkan mereka
memahami tentang isi kandungan item dan permasalahan yang mereka hadapi.
Selain itu, dua lagi borang iaitu untuk para pelajar di kolej nursing dan "rural Youth"
yang telah diterbitkan pada tahun 1945 dan 1946 [5].
Tujuan Senarai Semak Masalah Mooney
1.

Membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling dengan klien setelah melihat


senarai masalah itu dan memberi perhatian yang wajarterhadap masalah-masalah
yang hendak dibincang.

2.

Untuk memudahkan wawancara kaunseling dengan memberikan pelajar peluang


untuk meninjau dan meringkaskan masalah mereka sendiri.

3.

Untuk kajian pada rancangan tindakan individu, sehingga termasuk masalah yang
paling biasa dinyatakan oleh pelajar sebagai asas untuk pembangunan baru dan
semakan, kurikulum, dan program bimbingan sekolah.

4.

Sebagai dasar untuk kelas induk, bimbingan kumpulan, dan program orientasi yang
akan membincangkan topik dan aktiviti kumpulan yang berkaitan dengan
kepentingan peribadi dan keperluan peserta.

5.

Untuk meningkatkan pemahaman guru dalam mengajar kelas biasa dan


menyarankan pendekatan di mana mereka dapat membina hubungan yang lebih
mendalam terhadap murid-muridnya.

6.

Untuk melakukan kajian atas masalah pelajar, membincangkan masalah yang


berkaitan dengan umur, latar belakang sosial, dan kemampuan sekolah;
menafsirkan pola, dan sebagainya.

7.

Memahami masalah klien dan mengenal pasti klien yang memerlukan kaunseling
dan tujuan perkembangan kurikulum program kerjaya.

8.

Digunakan sebagai asas program kerjaya kelompok dan program orientasi.

9.

Untuk merangsang klien memahami dan menganalisis dengan cepat keperluankeperluannya.

10. Untuk meningkatkan pemahaman guru kelas mengenai masalah pelajar di dalam
darjahnya.
11. Menjalankan penyelidikan masalah-masalah pelajar di sekolah.

12. Untuk mengenal pasti perubahan dan perbezaan masalah dari segi umur, jantina,
latar belakang sosial, pola-pola minat dan lain-lain.
13. Untuk

mengukur

perubahan-perubanan

yang

terhasil

daripada

program

pengurangan masalah pelajar yang dilaksanakan.


14. Sebagai alat persediaan kumpulan yang menjurus kepada pembentukan rancangan
tindakan
15. Sebagai asas untuk pembentukan kelompok bimbingan, program orientasi.
16. Sebagai alat penyelidikan permasalahan remaja.
Sumber-Sumber Pembentukan Item Dalam Senarai Semak
Item-item untuk edisi pra 1950'an [6] telah dibentuk berdasarkan kepada senarai
utama "master lists" sebanyak 5000 item daripada sumber-sumber berikut:
1.

Pengalaman peribadi penulis sebagai kaunselor dan juga pentadbir sekolah.


Dalam pembentukan soal selidik MPCL, pengalaman peribadi penulis sebagai
kaunselor dan juga pentadbir sekolah adalah sangat perlu. Ini kerana, setiap
pengalaman yang dilalui oleh individu juga akan dilalui oleh individu lain pada masamasa tertentu.

2.

Analisis rekod-rekod kes dan temubual kaunseling dengan para pelajar sekolah dan
juga kolej.
Selain itu, analisis rekod-rekod kes dan temubual kaunseling dengan para pelajar
sekolah dan juga kolej juga adalah menjadi sumber rujukan utama penulis dalam
menyediakan item-item pada borang senarai semak.

3.

Kajian penulisan lepas tentang masalah para pelajar.


Kajian penulisan lepas merujuk kepada bahan-bahan rujukan lain seperti buku,
artikel dan lain-lain yang dijadikan rujukan oleh penulis untuk membuat soal selidik
MPCL. Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya masalah dalam kalangan
pelajar dan remaja yang boleh dimasukkan dalam item tersebut. Ini kerana,
kemungkinan terdapatnya persamaan tingkah laku antara individu.

4.

Analisis perkataan yang telah ditulis oleh sebanyak 4,000 pelajar sekolah
menengah di Amerika Syarikat yang menjelaskan masalah peribadi.
Menurut Mooney (1950), penyediaan borang senarai semak ini juga adalah
berdasarkan kepada analisis kajian yang dibuat keatas 4000 pelajar di amerika

syarikat. Melalui analisis ini, beliau percaya bahawa tingkah laku yang ditunjukkan
juga adalah dihadapi oleh pelajar-pelajar atau remaja lain.
5.

pelbagai sumber-sumber lain.


Dengan adanya sumber lain seperti pemerhatian tingkah laku ke atas individu,
penyediaan borang senarai semak dapat dilaksanakan dengan baik.
Dalam pemilihan item dalam senarai semak, penulis atau kaunselor akan
menggunakan beberapa kriteria yang penting untuk memudahkan klien menjawab
soalan senarai semak yang diberi. Di antara kriteria pemilihan item yang digunakan
adalah berkaitan dengan[7]:

1.

Bahasa yang mudah difahami oleh pelajar.

2.

Perkataan yang pendek dan ringkas untuk pembacaan berulang.

3.

Kesesuaian dari segi frasa individu.

4.

Kenyataan yang "common" apabila ditadbirkan secara berterusan kepada


sekumpulan pelajar yang besar dan cukup serius untuk mewakili keutamaan kes-kes
individu.

5.

Kepentingan tahap kepayahan dari masalah minor kepada perkara yang utama.

6.

Cukup

kabur

dalam

bidang

yang

menyentuh

peribadi

"touchy"

supaya

membolehkan pelajar menanda item tersebut dengan perasaan bahawa dia masih
boleh menyembunyikan sesetengah hal spesifik berkaitan masalahnya.
7.

Tertumpu kepada orientasi masalah peribadi berbanding orientasi sosial secara


umum.

8.

Reaksi yang spontan dalam jawapan yang akan diberikan oleh klien.
Kaedah Penganalisisan Data Senarai Semak
Kaedah penganalisisan Senarai Semak Masalah Mooney adalah sangat mudah iaitu
diketagorikan kepada 11 ketagori. (Sila lihat contoh Senarai Semak Masalah
Mooney di bahagian lampiran).
Di dalam senarai semak ini, Mooney (1950) membahagikan masalah-masalah yang
menggangu klien kepada 11 ketagori, setiap ketagori mengandungi 20 item, seperti
yang ditunjukkan dalam jadual 1.1[9].
Kekerapan
Ketago Ketagori masalah

Susunan item

Meng- Amat

ri

ganggu mengganggu

Kesihatan

dan

pertumbuhan1-10

fisiologi
2

111120

Kewangan,keadaan

kehidupan11-20

121-

dan pekerjaan

130

Kegiatan sosial, hobi dan hiburan 21-30

131140

Pergaulan

muda-mudi,31-40

perkhawinan dan seks


5

Hubungan sosial

141150

41-50

151160

Perhubungan

peribadi

dan51-60

psikologi (emosi)
7

Rohani, moral dan agama

161170

61-70

171180

Rumah tangga dan keluarga

71-80

181190

Pelajaran dan kerjaya masa depan 81-90

191200

10

Penyesuaian dalam kerja

91-100 201210

11

Kurikulum dan pembelajaran

101-

211-

110

220

Jadual 1.1: kaedah penganalisisan data Senarai Semak Masalah Mooney


Langkah Dan Teknik Menguruskan Senarai Semak Dalam Soal Selidik
1.

Tentukan objektif soal selidik.

2.

Tentukan responden yang akan diambil dalam kajian.

3.

Sediakan inventori dan alat soal selidik.

4.

Edarkan senarai semak kepada responden diikuti dengan taklimat menjawabnya.

5.

Kumpulkan semula senarai semak untuk membuat tafsiran.

6.

Menyediakan laporan dengan cadangan mengatasi masalah kepada pihak yang


berkenaan.

7.

Tindakan susulan.
Kesimpulan

Walapun MPCL telah digunakan dalam beberapa kajian di malaysia dan dengan
meluasnya di barat, Sewart & Deiker, 1976 [10] dalam Maznah (2000) menyatakan
bahawa amat sedikit sekali kajian dibuat tentang nilai psikometrik alat pengukuran
MPCL. Kajian oleh Stewart & Deiker (1976) yang melibatkan tiga kumpulan remaja
di barat iaitu remaja delinkuen, gangguan emosi dan remaja biasa telah mengkaji
struktur faktor di peringkat item. Hasilnya mendapati bahawa terdapat satu faktor
umum yang dapat menjelaskan 20% daripada jumlah varians. Hasil dapatan kajian
ini juga serupa menurut kajian oleh Joshi (1964) dalam Maznah (2000) yang
melibatkan sekumpulan kanak-kanak di India. Dengan itu, dapat disimpulkan
bahawa walaupun MPCL dapat mengesan masalah-maslah khusus yang dihadapi
oleh pelajar, namun ia tidak dapat menjelaskan struktur faktor yang menjadi asas
kepada masalah-masalah ini. (Stewart & Deiker, (1976), dalam Maznah dan Kim
phaik Lah, (2000)).
Waters (1954) dalam Maznah (2000) menyatakan lagi bahawa alat ini digunakan
untuk menentukan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dan maklumat dari
jawapan pelajar-pelajar dapat menolong kaunselor dalam memahami masalah yang
dihadapi oleh pelajar.
Senarai Rujukan
1.

Abdul Rashid Hj. Mohamad, Bimbingan Dan Kaunseling 1, Longman, Petaling


Jaya, 2005.

2.

Amir Awang, Pengantar Bimbingan Dan Kaunseling Di Malaysia. Pulau Pinang:


Universiti Sains Malaysia, 1984.

3.

Zainal Abidin Ahmad, Bimbingan Dan Kaunseling. Open University, Malaysia, 2006.

4.

Mok Soon Sang, Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling, Penerbitan Multimedia,


2009.

5.

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

6.

Pusat

Perkembangan

Kurikulum.(

1996). Penilaian

Kendalian

Sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia.


7.

Raminah Haji Sabran. (1991) Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia:


Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

8.

Mooney, R. L., & Gordon, L. V. (1950).Manual: the Mooney problem checklists. New
York: Psychological Corporation.

Anda mungkin juga menyukai