Anda di halaman 1dari 40

KONSEP PROSES MENOLONG

DALAM KONTEKS UMUM DAN


BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
Disediakan oleh : V.PIRAKHAS
LEE YEN YIN
M.PARAMESWERY

DEFINISI MENOLONG
Merujuk kepada proses membantu
mengurangkan tekanan seseorang atau
klien yang tidak berkaitan dengan bidang
perubatan.
Bertujuan untuk memberi klien
perkhidmatan nasihat untuk mengatasi
krisis yang dihadapi oleh mereka dalam
segala aspek kehidupan serta
mengurangkan tekanan klien.

Klien boleh membuat pilihan yang lebih baik


dan dapat meningkatkan keupayaan kendiri
seseorang dan mencapai matlamat.
Memerlukan jangka masa yang tidak
menentu dan pada bila bila masa sahaja.
Proses ini tidak membabitkan pendekatan
yang khusus dan kebiasaannya dari segi
nasihat dan bimbingan kepada orang lain.

KONSEP PROSES MENOLONG


DALAM KONTEKS UMUM

Tiga kategori helper


Professional

Separa
professional

Tidak
professional

Professional
Mempunyai kepakaran pada peringkat
ijazah tinggi dan mendapat latihanlatihan yang berkaitan tingkah laku
manusia.
Mempunyai strategi-strategi dalam
menolong dan pengalaman-pengalaman
klinikal dalam membantu individu,
kumpulan atau keluarga.

Contohnya, psikiatris yang mempunyai


pengetahuan tentang psikofarmakologi.
Mereka boleh menyenaraikan ubatubatan tertentu.
Juga boleh mengecam penyakit-penyakit
dan cara mengubati dan berpengalaman
dengan penyakit-penyakit tertentu.

Separa professional
Menerima latihan-latihan berkaitan
perhubungan manusia pada peringkat
kolej
Golongan ini biasanya berkerja dalam
bentuk kumpulan bersama-sama dengan
golongan professional
Contohnya, technician, pekerja gereja
dan lain-lain

Tidak professional
walaupun kumpulan ini mungkin tidak
mempunyai latihan formal untuk menolong.
Tetapi pernah menghadiri seminar atau
bengkel berhubung pelbagai isu yang
berkaitan perhubungan dan kemanusiaan
dari semasa ke semasa.

Contohnya, guru, penyelia, penemubual,


sukarelawan, kawan, saudara mara dan rakan
sekerja.

Isu-isu yang mempengaruhi


proses menolong

nilai-nilai peribadi
mempengaruhinya dalam proses menolong
seperti sikap dan perasaan tentang jenis
individu dan kumpulan tertentu, perkaraperkara yang boleh diterima dan tidak boleh
diterima, perkara-perkara yang penting
dalam membuat sesuatu pilihan.
pegangan dan nilai-nilai helper tidak akan
terjejas sekiranya proses menolong itu
mempunyai matlamat yang jelas dan helper
tidak mempunyai apa-apa pertalian dengan
kliennya.

Penting bagi helpers menyedari sistem


nilai yang dipegang oleh beliau dan
sistem nilai kliennya agar beliau dapat
menghormati sistem nilai kliennya.

Helpers tidak seharusnya mempengaruhi


klien untuk mengubah sistem nilainya
sebaliknya helpers boleh membantu
klien dalam proses untuk meningkatkan
kefahaman dan kemampuan dirinya
membuat pilihan yang efektif.

perkongsian nilai
Untuk mewujudkan situasi yang empatik
dalam perhubungan menolong, helper
perlu menerima dan melayani orang lain
dengan penuh perasaan kemanusiaan.
Tidak bermakna helper terpaksa
mengorbankan nilainya dan menerima
nilai orang lain kerana apa-apa yang baik
bagi sesorang mungkin tidak baik bagi
orang lain.

Tindak balas yang responsive seperti


mendengar dengan baik dan teknik
menyampaikan mesej boleh membantu
kelancaran komunikasi kedua-dua pihak
serta secara tidak langsung perasaanperasaan tertentu yang dialami oleh
kedua-dua pihak dapat disampaikan
dalam keadaan yang harmoni.

Umur
Ada helper yang menganggap orang yang telah
berumur sukar untuk dibantu, oleh itu untuk
selamat helper mengelakkan diri daripada
golongan ini.
Helper perlu mengkaji dan meningkatkan
kemahiran, kecekapan dan pengetahuan untuk
mendekati atau untuk berhadapan dengan
golongan ini seperti kesabaran, empati, masa
dan kemahiran komunikasi.

Etika menolong helpers

keistimewaan komunikasi dan kerahsiaan


Kerahsiaan yang dimaksudkan ialah tanggung jawab
helper untuk menjaga segala rahsia kliennya
semasa dalam proses perhubungan menolong.

Keistimewaan komunikasi merujuk kepada klien


bukannya kepada helper, iaitu hak klien untuk
menghalang helper daripada mendedahkan segala
rahsia berkaitan dengan kesnya.
Dalam ertikata lain, kerahsiaan mengikat helper
daripada mendedahkan perkara-perkara yang
berlaku dalam perhubungan menolong bersama
klien.

penyimpanan rekod
Merujuk kepada penyimpanan rekod
klien, helper digalakkan untuk mencatat
matlamat, informasi tentang tingkah
laku dan mengelakkan daripada
merekodkan hal-hal yang berbentuk
subjektif seperti nilai, sikap dan
penilaian tentang perkara tersebut

konflik peribadi
helper mengalami konflik antara organisasi yang
disertai dengan kliennya.
helper perlu sentiasa ingat bahawa tanggung
jawabnya yang paling besar semasa proses
menolong ialah terhadap kliennya bukan kepada
individu atau kumpulan tertentu yang lain.
jika konflik tersebut wujud, helper perlu
memastikan dia tidak melampaui kerahsiaan
klienya disebabkan oleh ketidakselamatan dan
ketidakcekapan dirinya.

KONSEP PROSES MENOLONG


DALAM BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Brammer (1973)
kaunselor boleh membahagikan proses
kaunseling kepada beberapa fasa sewaktu
melaksanakan kaunseling
Setiap fasa ini mengandungi beberapa
peringkat serta langkah tertentu.

Fasa Satu: Sebelum proses


membantu/kaunseling
Pra-persediaan
Perkara-perkara yang perlu dilihat oleh
kaunselor ialah mengkaji latar belakang klien.
Segala maklumat peribadi klien perlu
dikumpul secara teratur dan sistematik.
Memudahkan kaunselor tersebut memahami
persoalan sebenar kliennya

Di tahap ini, kaunselor tersebut perlu


membentuk hubungan dan seterusnya
memberikan pertolongan.

Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslah


menjadikan klien lebih selesa.
Kaunselor tersebut perlu menyatakan tujuan
pertemuan dengan jelas dan tekankan bahawa
dirinya sentiasa prihatin dan bersedia
membantu setakat yang terdaya.

Fasa Dua:Semasa proses kaunseling


Setelah memastikan peringkat pra-persediaan
berjalan dengan lancar.
kaunselor boleh memasuki fasa kedua iaitu
fasasemasa proses kaunseling.
Dalam fasa ini,beberapa peringkat terlibat
iaitu (peringkat penyediaan dan kemasukan,
penetapan, penstrukturan, perhubungan,
penerokaan, pengukuhan dan perancangan.)

Peringkat Penyediaan dan Kemasukan


Temu bual secara minima antara kaunselor
dan klien.
Ketika temu bual, kaunselor patut
menggunakan soalan soalan yang tidak
menakutkan serta mempamerkan perlakuan
yang membantu.

Cth : Perbuatan pertentangan mata.


Kedudukan tubuh badan kaunselor patut
bersesuaian.
Jarak kedudukan antara kaunselor dan klien
juga perlu diberi perhatian bagi
memudahkan proses komunikasi.

Keadaan tempat penting dalam


permulaan hubungan antara klien
dengan kaunselor.
Suasana bilik tenang akan
memberangsangkan serta
menggalakkan untuk meluahkan
perasaannya.

Peringkat Penetapan / Penjelasan


Kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas

tentang persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh


klien.
Menentukan matlamat kaunseling yang diperlukan mengikut
kehendak klien.
Dua cara untuk mengenali klien tersebut :( I ) Klien mudah bercakap dan meluahkan perasaan segala
isi hatinya, kaunselor akan terus mendorong dia untuk terus
bercerita.

( II ) Jika klien tersebut sukar untuk untuk bercerita,


maka kaunselor hendaklah bijak mengemukakan soalan
soalan terbuka agar menggalakkan klien tersebut untuk
bercerita.
Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan soalselidik kerana ia menyebabkan klien tersebut merasa
terancam atau takut.
Mahir menggunakan pendekatan psikologi yang boleh
menimbulkan suasana selesa, sayang, hormat dan
terbuka.
Menunjukkan sifat - sifat sebagai pendengar yang baik
dan kritikal serta membantu klien jika menghadapi keadaan
tersekat - tersekat sewaktu meluahkan pengalaman dan
perasaannya.

Menggalakkan klien menghurai dan menentukan


pernyataannya tentang bentuk dan jenis
pertolongan yang dikehendaki.
Kaunselor juga harus mengamati menentukan
bahawa siapa yang menghadapi masalahnya iaitu
sama ada klien tersebut ataupun melibatkan orang
lain
Pengetahuan dan kemahiran ini membantu
merangka alternatif ke arah penyelesaian.

Dapat merangkakan ketetapan untuk melihat


matlamat klien dan boleh mencungkil kehendak
sebenar klien.

Peringkat Penstrukturan
Kaunselor dan klien akan menetapkan sama ada
perhubungan mereka itu boleh diteruskan atau tidak.

Menilai dirinya sama ada berkemahiran untuk


membantu klien, memenuhi harapan, berasa selesa
dengan klien dan perlu atau tidak mengadakan kontrak
kaunseling dengan klien.
Pihak klien dapat menentukan sama ada kaunselor
tersebut boleh dipercayai atau tidak dan bersedia
melibatkan diri serta menerima syarat syarat dikenakan
oleh kaunselor nanti.
Tahap ini menentukan sifat, batasan dan matlamat
perhubungan menolong.

Kaunselor boleh memberitahu klien langkah


langkah yang diambil bagi menyediakannya arah

yang sedang dituju.


Kontrak kaunseling akan dibuat pada peringkat ini.
Persetujuan antara kaunselor dan klien bagi
berusaha mencapai matlamat yang ditentukan
serta bertanggungjawab untuk menepatinya.

Dengan kontrak ini, klien akan merasa lebih komited


menjalankan sesuatu tindakan untuk mencapai
matlamat matlamat yang ditetapkan.

Peringkat perhubungan

Matlamat utama ialah untuk mengeratkan


perhubungan antara kaunselor dengan klien.
Melalui keyakinan dan rasa selamat yang
dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling.
Mewujudkan suasana sekeliling dan tingkah
laku yang meyakinkan serta sentiasa
menunjukkan kemesraan.
Membina tanggapan pertama yang positif dan
perlu mengambil kira perkara yang dapat
membina perhubungan yang baik dan selesa.

Peringkat penerokaan
Kaunselor akan semakin mengenali klien
terutamanya dari segi pendirian, matlamat
dan juga strategi yang bakal diambil untuk
membantu kliennya.

Peringkat pengukuhan
Klien akan menjelaskan dengan lebih lanjut
tentang perasaannya serta menentukan pilihanpilihan yang boleh diambil olehnya.
Klien seharusnya telah benar-benar melibatkan
dirinya secara langsung dan secara aktif di
peringkat ini.
Seboleh- bolehnya, sesuatu pilihan telah dibuat,
diterima dan diyakinkan serta disepadukan
mengikut proses-proses yang telah dipersetujui
bersama

Peringkat perancangan
Satu peringkat ketetapan dan kata muktamad
kepada rancangan tindakan yang khusus.

Kaunselor seboleh-bolehnya menolong


kliennya merancang strategi-strategi yang
hendak diambil termasuk langkah-langkah
perlaksanaan strategi tersebut.
Peringkat ini lebih merupakan peringkat
memperjelaskan matlamat yang diharapkan
oleh klien dan menyesuaikannya dengan
tindakan yang bakal diambil.

Fasa Tiga: Selepas proses kaunseling


Kaunselor yang telah berjaya
melaksanakan peringkat-peringkat
dalam fasa kedua perlu melakukan
peringkat penamatan.

Peringkat penamatan
Merupakan tahap pencapaian keputusan.
Satu penamatan sesi dicapai melalui
persetujuan pihak kaunselor dengan klien.

Hasil atau pencapaian klien akan


dirumuskan. Jika masih terdapat matlamatmatlamat yang tidak tercapai, maka sebabsebabnya haruslah dikenalpasti.
Pihak klien seharusnya sudah berpuas hati
dengan proses kaunseling.

Jika klien tidak mahu lagi meneruskan sesi,


maka klien tersebut bolehlah merujuk kepada
kaunselor atau pakar-pakar lain.
Penamatan juga boleh berlaku jika kaunselor
mendapati klien tidak mahu bekerjasama,
tidak mahu berubah ataupun atas permintaan
klien sendiri.
Dapatlah dirumuskan bahawa peringkat
penamatan ini merupakan peringkat penilaian
kaunselor terhadap keberkesanan strategi
atau teknik yang telah diaplikasikan terhadap
kliennya.

Sebaliknya, jika tidak berkesan, mungkin sesi


dan tindakan susulan akan diteruskan.
Walaupun proses kaunseling sudah
ditamatkan, tidak bererti hubungan antara
kedua-duanya akan terputus langsung.

Adalah digalakkan supaya kaunselor mengikuti


perkembangan klien yang pernah dibantunya.
Penamatan dalam konteks ini hanya
merupakan pemberhentian proses kaunseling
sahaja.

SEKIAN TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai