Anda di halaman 1dari 12

Tujuan: Perkara Yang Perlu Diambil Kira: Membina suasana alam sekeliling Suasana terapeutik Ruang untuk berkomunikasi

asi Penampilan diri Ekspresi muka Kontak mata Cara duduk dalam sesi kaunseling Pergerakan tangan dan kaki Senyuman Nada suara Menggalakkan klien bercakap Membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Untuk memperbetulkan dalih ataupun ketidakseimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien.

Kemahiran Membina Perhubungan

Beberapa Sub Kemahiran Asas: Membina suasana alam sekeliling Suasana terapeutik Ruang untuk berkomunikasi Penampilan diri Ekspresi muka Kontak mata Pergerakan tangan dan kaki Nada suara Senyuman Cara duduk dalam kaunseling.

Membina Suasana Alam Sekeliling Kerusi meja yang sesuai perlu digunakan Keadaan bilik haruslah tidak terlalu panas, tidak terlalu sempit, tidak terlalu bising dan tidak ada bau yang tidak menyenangkan serta kemas

Suasana Terapeutik
Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan membolehkan serta memudahkan perbincangan, penghayatan perasaan dan penglahiran idea-idea tanpa rasa terancam. Ruang Untuk Berkomunikasi Kaunselor haruslah sensitif akan perkara-perkara yang dapat menjadi petunjuk dalam menentukan ruang antara kaunselor dengan klien termasuklah agama, jantina, umur, budaya dan latar belakang etnik serta tajuk perbincangan. Jarak atau ruang antara klien dan kaunselor harus dianggarkan tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh sehingga menyukarkan kedua-dua pihak. Jarak antara 1-1.5 meter dapat menimbulkan rasa selesa dan klien berasa beliau diberikan perhatian yang baik.

Penampilan Diri

Kaunselor dan klien harus berpakaian mengikut norma-norma tempatan. Penampilan kaunselor yang boleh mengganggu tumpuan klien adalah seperti bau minyak wangi yang terlalu kuat, berpakaian yang menjolok mata, berpakaian terlalu selekeh atau badan terlalu berbau busuk
Ekspresi Muka

Ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi.
Kontak Mata

Fungsi kontak mata adalah untuk membolehkan kaunselor memberi tumpuan, menunjukkan minat, menunjukkan tanda hormat, menggalakkan perundingan, menimbulkan rasa penerimaan, menimbulkan rasa percaya mempercayai, menimbulkan rasa keselesaan dan menimbulkan rasa kesungguhan.

Cara Duduk Dalam Sesi Kaunseling Kedudukan dan pergerakan badan ini juga memberi nada dan makna dalam hubungan kaunseling. Seseorang yang bersikap terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya. Manakala orang yang bersifat tidak menerima, lebih cenderung duduk menyandar ke belakang menjauhi kliennya. Jangan duduk menyandar di kerusi sambil menggoyang-goyangkan badannya secara tidak berhenti, jangan menyilang kaki dengan kaki sebelah di atas lutut, atau sambil tangan diletak di belakang tengkuk dan menyadar. Kaunselor juga jangan menjadi terlalu rigid dan tidak bergerak langsung

Pergerakan Tangan Dan Kaki


Pergerakan tangan dan kaki yang sesuai dapat memudahkan komunikasi tetapi pergerakan yang terlalu banyak kadangkala akan menjadi halangan dalam komunikasi antara kaunselor dengan klien. Pergerakan tubuh badan biasanya dipelajari berasaskan budaya masingmasing. Berpeluk Tubuh Pergerakan tubuh ini membawa erti seorang yang tertutup, kurang selamat atau kurang bersedia untuk berbincang, merasa negatif terhadap diri dan bersifat defensif. Tangan di dalam kocek Tangan di dalam kocek seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Kedua-dua belah tangan memegang kuat pada tangan kerusi- merasa takut atau risau

Tergaru-garu

Pergerakan tangan yang tergaru-garu seolah-olah menunjukkan rasa ragu-ragu dan tidak pasti
Menggigit Jari

Klien yang menggigit jari boleh menunjukkan rasa tertekan, cemas dan risau
Senyuman

Senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien. Klien akan berasa lebih selesa dan mudah untuk memulakan perbincangan. Senyuman juga harus diberikan mengikut kesesuaian dalam sesi kaunseling. Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin akan tersenyum untuk menutup rasa takut, risau keliru atau serba salah, malu dan sebagainya. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai menepati matlamatnya.
Nada Suara

Nada suara membantu dalam memahami kontak dan situasi perkara yang dirundingkan. Dengan mendengar nada suara, kaunselor dapat memahami klien dengan lebih tepat. Nada suara selalunya membawa emosi yang terkandung di dalam sesuatu perkataan atau ayat.

Matlamat:
Mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian.

Ciri-ciri Kemahiran Menyoal:


Paling banyak Merupakan kaedah yang digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling. Cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat.

Kemahiran Menyoal
Jenis Soalan:
Soalan terbuka soalan tertutup dengan

Soalan berbentuk klarifikasi Soalan yang memerlukan maklumat spesifik Kaunselor perlu pastikan bahawa soalan yang hendak ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawabnya dengan penuh rela.

Biasanya, soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien . Soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya terggugat.

Ciri soalan tertutup:


Soalan yang menghadkan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja dan jawapan ini dapat memberikan maklumat yang khusus.

Tujuan :
Untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat yang khusus. Memberhentikan orang daripada terlalu banyak bercakap serta memberi arah tertentu di dalam perbincangan.

Soalan Tertutup

Contoh soalan:
Bila perkara ini telah berlaku?. Berapa lama hubungan ini telah terjalin?.

Menggalakkan sesi kaunseling daripada terkeluar dari topik perbincangan, memenuhi jurang maklumat yang spesifik dan mengurangkan percakapan klien yang banyak.

Tujuan:
Menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar untuk menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan.

Ciri-ciri:
Tidak memerlukan jawapan yang khusus. Dapat menimbulkan rasa selesa pada diri klien dan rasa diterima.

Kelebihan:
Memberi peluang kepada klien untuk menerokai dan membincangkan segala yang dialami dan dirasainya. Menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih banyak ataupun memberikan penjelasan yang lebih jelas. Membolehkan klien untuk bebas bercerita atau menerangkannya. Memberi ruang kepada klien meluahkan perasaannya mengikut arah yang dipilihnya sendiri dan dikhususkan oleh kaunselor. klien memberi maklumat tanpa menimbulkan rasa defensif dan membolehkan klien mengeluarkan pendapat sendiri. Memberi peluang kepada klien memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya sendiri tanpa dinilai terlebih dahulu.

Soalan Terbuka

Contoh Soalan:
Kalau tidak keberatan, boleh anda kongsikan penderitaan anda tersebut dengan saya. Agaknya bagaimana hal ini boleh berlaku. Boleh tolong renggang itu. jelaskan lagi maksud

Tujuan Soalan: Tahap Intimasi: Kaunselor perlu bersifat sensitif kepada soalan yang boleh memberi kesan kepada intimasi perhubungan. Kaunselor yang efektif bertanya soalan yang mengundang kepada perkembangan pemahaman masalah klien dan dirinya.

Jones (2004). Perkara Yang Perlu Diambilkira Dalam Membuat Soalan :


Jumlah Soalan: Kaunselor boleh bertanya soalan yang hanya bertumpu kepada masalah semasa atau soalan yang lebih umum.

Definisi:
Abdul Ghani (1999), perhatian yang diberikan kepada klien akan memberi gambaran kepada berkaitan sikap dan minat kaunselor dalam menolongnya.

Tujuan:
Dapat memberikan pengukuhan kepada klien supaya terus bercakap. Memberi mesej kepada klien bahawa kaunselor menghormatinya. Sebagai satu model kepada klien bahawa cara komunikasi kaunselor adalah efektif. Kelakuan kaunselor dapat membantu dirinya dalam memberikan perhatian sepeuhnya kepada klien

Kemahiran Memberi Perhatian Ivet et al. (1993), komponen yang perlu difokus:
Gestur badan Kontak mata Ekspresi muka Mengikut dan cuba memahami kilen Galakan dalam perbincangan Elakkan melabel dan menilai

Dorongan Minimum Untuk Bercakap:


Gerak isyarat, anggukan kepala, perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan.

Kendudukan Tubuh Badan Kaunselor:


Kaunselor hendaklah condong ke hadapan arah klien untuk menunjukkan minat

Komponen-komponen Tingkah Laku Memberi Perhatian Soalan Terbuka:


Cara menggalakkan klien bercakap dengan panjang lebar dan memberi peluang untuk klien bercakap lebih banyak lagi.

Ekspresi Muka:
Hendaklah berseri, menunjukkan pembimbing bersedia menerima klien.

Tentangan Mata:
Bertentangan mata dengan klien mengikut keselesaan klien dan menunjukkan minat.

Tentangan Mata:
1. Kurang memberikan perhatian, kurang tentangan mata 2. Tentangan mata konsisten 3. Perhatian teliti, mengubah penggunaan tentangan mata, sering memberikan perhatian penuh

Kadar Pertuturan dan Nada Suara:


1. Terlalu lambat atau cepat, nada suara tidak berubah 2. Teragak-agak, kurang pasti 3. Kadar pertuturan yang sesuai

Skala Kadar: Tingkah Laku Memberi Perhatian Kedudukan Tubuh Badan, Pergerakan dan Gerak-geri:
1. Tegang, kurang selesa 2. Terlalu Senang 3. Selesa, memberikan perhatian penuh, gerak-geri munasabah

Anda mungkin juga menyukai