Anda di halaman 1dari 29

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

1.0

Pendahuluan Kaunseling ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang

kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien. Kaunseling juga adalah satu proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Dalam proses ini, seorang kaunselor akan membina satu perhubungan yang profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya, kebolehan, kemampuan dan keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindak balasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya. Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang. Namun, ramai yang mentafsirkan maknanya

dalam pengertian yang berbeza mengikut kesesuaian masing-masing. Sebenarnya, setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti runding cara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga. Secara ringkasnya, proses kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip tertentu. Antaranya, manusia membuat penentuan kendiri pada asasnya. Klien yang terlibat perlu lebih maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi. Selain itu, klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri. Akhir sekali, objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor untuk memastikan proses kaunseling ini membawa perubahan kepadanya.
1

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

Terdapat dua jenis kaunseling iaitu kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Kerja kursus ini akan menyentuh tentang kemahiran asas kaunseling dan faedahnya dalam membantu klien untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang masalahnya. Selain itu, bahagian B pula menekankan matlamat kaunseling kelompok diadakan dan faktor-faktor yang membantu keberkesanannya dalam menolong klien yang melalui proses kaunseling.

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

2.0

Kemahiran Asas dan Faedah Kaunseling

Bimbingan dan kaunseling bertujuan untuk membantu dan menolong seseorang itu mengenali dirinya sendiri, permasalahan yang dihadapinya serta kemahuan dan kehendaknya ketika itu supaya ia dapat bergerak dengan sendirinya bersama-sama dengan potensi yang ada pada dirinya. Maka, perlu bagi seorang kaunselor untuk menguasai dan sekaligus mempraktikkan kemahiran asas kaunseling bagi membantu klien. Kemahiran asas kaunseling yang utama yang perlu diberi perhatian oleh kaunselor adalah kemahiran dalam membina hubungan. Hubungan yang baik di antara kaunselor dengan kliennya mampu meyakinkan klien bahawa kedatangannya ke sesi diterima dengan ikhlas, serta sudi untuk membantu klien tersebut. Menurut Mok Soon Sang (2008), hubungan yang baik dapat diperlihatkan di dalam situasi seperti: a) kemesraan perhubungan dalam pertemuan b) klien memberitahu masalahnya tanpa keraguan atau helah bela c) tanda kepercayaan tersebut lahir akibat penerimaan klien sepenuhnya tanpa syarat. Di dalam proses kaunseling, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi dengan bertanyakan khabar. Kaunselor perlu elakkan pertanyaan yang menyentuh terus perkara masalah klien kerana hal ini boleh menyebabkan klien berasa kurang selesa. Selain itu, kaunselor juga perlulah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan dan melancarkan proses kaunseling di samping mewujudkan rasa selesa dan selamat bagi klien untuk berkongsi masalahnya. Menurut Skinner, personaliti seseorang boleh terbentuk melalui peneguhan yang positif. Oleh yang demikian, kaunselor perlulah menunjukkan ekspresi yang positif dan perasaan empati terhadap situasi perbincangan dengan intonasi suara yang menyakinkan klien supaya dapat memotivasikan klien dan memberi keyakinan kepada klien bahawa dirinya mampu berubah dan mengatasi masalah yang dihadapinya. Kemahiran kedua yang perlu dimiliki oleh kaunselor adalah kemahiran memberi perhatian. Menurut Mok Soon Sang (2008), hasil kajian Mehrabian (1971)
3

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

menunjukkan peratus jenis komunikasi yang berlaku di antara dua orang individu adalah dibahagikan kepada lisan dan bukan lisan iaitu: a) 7% b) 38% c) 55% : verbal iaitu kata sahaja : vokal iaitu nada suara sahaja : bukan verbal, iaitu gerak isyarat, gaya, air muka, kontak mata.

Jenis komunikasi ini amat perlu diperhatikan oleh kaunselor supaya kaunselor dapat membaca perasaan klien pada waktu sesi tersebut. Hal ini kerana kebiasaannya komunikasi bukan lisan menyokong apa yang diucap, dan banyak kala membuktikan bahawa komunikasi bukan lisan menggambarkan situasi lebih tepat daripada komunikasi lisan (Mok Soon Sang, 2008). Misalnya seorang klien yang berusaha mengelakkan kontak mata serta menggoyangkan kaki tidak henti-henti boleh menunjukkan bahawa klien tersebut berdebar dan cuba untuk menghilangkan kebimbangan yang terdapat di fikirannya. Dengan mendengar nada suara juga, kaunselor dapat memahami klien dengan tepat kerana nada suara selalunya menunjukkan emosi sesorang. Melalui komunikasi inilah kaunselor dapat

mengenalpasti situasi diri klien yang sebenar dan akibatnya klien tidak akan cuba untuk berdalih sekiranya kaunselor bijak menafsirkannya. Malah, kaunselor juga dapat menenangkan perasaan klien di samping menggalakkan klien tersebut untuk terus berkongsi dan sekaligus mewujudkan rasa percaya dalam hubungan tersebut. Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperoleh dengan adanya pendengaran yang baik. Menurut Dr. Sapora Sipon (2010), Jones (2004) menjelaskan terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif iaitu seperti di bawah: Kemahiran 1: Memiliki sifat menghormati dan menerima Kemahiran 2 : Memahami sudut pandangan klien Kemahiran 3 : Menghantar mesej suara yang baik Kemahiran 4 : Menghantar mesej badan yang baik Kemahiran 5: Gunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka.
4

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

Kemahiran 6: Parafrasa Kemahiran 7: Membuat refleksi perasaan Kemahiran 8: Menunjukkan kefahaman konteks perbualan Kemahiran 9: Mengurus resistan di peringkat awal Kemahiran 10 : Elakkan perkataan jangan Menurut Rogers (1995) pula, tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud (Mok Soon Sang, 2008). Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Rogers, jelaslah bahawa kaunselor perlulah mendengar dengan sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap kliennya sewaktu sesi berlangsung. Hal ini kerana apabila kaunselor memberikan tumpuan sepenuhnya kepada klien tanpa berbelah bahagi, ini bermaksud kaunselor tersebut telah menyediakan dirinya untuk mendengar. Selain itu, kaunselor juga perlulah menunjukkan minat terhadap apa yang ingin diperkatakan oleh klien dengan cara menyatakan semula, menggambarkan semula dan memberikan respon dengan sebaiknya. Melalui cara ini, kaunselor perlu memberi fokus kepada perkara yang perlu didengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Dengan ini, kaunselor dapat mewujudkan persefahaman dan sekaligus dapat membantu klien meluahkan perasaan. Namun kaunselor perlu prihatin terhadap keadaan persekitaran, emosi dan fizikal klien, serta kesediaan klien sebelum memulakan sesi kerana hal ini penting bagi menggalakkan klien untuk berbincang secara terbuka dan kaunselor juga dapat memahami keadaan klien tersebut. Di dalam kaunseling juga, adalah juga penting bagi kaunselor mempunyai kemahiran dalam mengendalikan kesenyapan dan membuat interpretasi. Shostrom (1968) menunjukkan bahawa kesenyapan ini mempunyai pelbagai kegunaan. Mengikut kajian, kesenyapan ini akan membuat seseorang berucap; mereka memberikan ruang untuk klien berfikir mengemaskan idea, dan membuat refleksi (Mok Soon Sang, 2008). Kesenyapan selalunya membawa makna yang kompleks. Situasi ini selalunya berlaku ketika memulakan sesi ataupun sewaktu sesi berlangsung dimana klien tidak berucap dan kesenyapan diteruskan buat sementara
5

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

waktu. Hal ini kerana kebanyakan klien kurang yakin pada orang yang baru dikenali terutamanya klien yang baru pertama kali bertemu kaunselor. Situasi ini juga berlaku kerana klien tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbincangan dan berfikir idea yang ingin diutarakan. Menurut Dr. Sapora Sipon (2010), Ishamuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan interpretasi ialah: a) Kaunselor menawarkan satu bentuk ruang rujukan (perspektif) yang baru. Masalah adalah sama, yang diubah adalah persepsi iaitu dengan memberi alternatif atau wawasan kepada perkara yang diperkatakan. b) Mengenal pasti perhubungan-perhubungan antara mesej-mesej dan tingkah laku klien yang berterus-terang dan yang berbentuk kiasan. c) Membantu klien untuk lebih memahami terhadap perkara-perkara yang tidak dapat dilihat (yang tersirat ) dengan mudah. d) Menokok tambah pemahaman diri klien atau memberi wawasan(celik akal) supaya klien dapat mencapai perubahan yang diingini. Maka, kaunselor perlu bijak dalam mentafsirkan kesenyapan bermakna yang ditunjukkan oleh klien dengan cara menunjukkan rasa empati terhadap apa yang ingin disampaikan. Melalui perasaan empati yang ditunjukkan oleh kaunselor, klien akan terdorong untuk meluahkan masalah yang mengganggu fikirannya. Namun begitu, kaunselor tidak boleh membiarkan kesenyapan berlaku begitu lama dengan cara kaunselor tersebut membuat interpretasi kesenyapan terhadap perkara yang telah dibincangkan. Walau bagaimanapun, kesenyapan dalam sesuatu situasi tersebut perlu untuk memberi masa kepada klien untuk menyesuaikan diri dan bersedia untuk meluahkan perasaan. Teknik menyoal merupakan suatu kaedah yang paling banyak digunakan dalam kaunseling kerana ia merupakan cara yang paling mudah mendapatkan sesuatu maklumat daripada klien. Di dalam kaunseling, kaunselor perlu mengelakkan bentuk soalan bertumpu kerana ia digunakan untuk mendapatkan sesuatu jawapan yang spesifik. Hal ini menyebabkan skop perbincangan akan menjadi terhad. Bentuk soalan mencapah atau terbuka perlu digunakan apabila mengharapkan sesuatu perbincangkan dapat diteruskan atau mendapatkan maklumat. Secara amnya,
6

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

soalan sesuai digunakan untuk mendapatkan pandangan, penjelasan atau misalan (Mok Soon Sang, 2008). Sebagai contoh; Apa yang anda rasakan sekarang, setelah berbincang berkenaan perkara ini? Apa perasaan anda dahulu. Soalan mencapah ini digunakan untuk: a) Sewaktu hendak memulakan sesi. b) Ia membantu klien memberi penerangan yang lebih terperinci berkenaan dengan sesuatu. c) Ia membantu kaunselor mendapatkan contoh yang lebih spesifik berkenaan dengan sesuatu perlakuan. d) Ia membantu klien menumpu perhatian kepada perasaan. Namun begitu, kaunselor digalakkan tidak terlalu banyak menyoal. Kemahiran menyoal hendaklah digunakan apabila perlu sahaja. Jones (2004) menjelaskan kaunselor perlu membuat perkara yang perlu diambilkira dalam membuat soalan seperti berikut: a) Tujuan soalan: Kaunselor yang efektif bertanya soalan yang mengundang kepada perkembangan pemahaman masalah klien dan dirinya. b) Jumlah soalan: Kaunselor boleh bertanya soalan yang hanya bertumpu kepada masalah semasa atau soalan yang lebih umum. c) Tahap intimasi: Kaunselor perlu bersifat sensitif kepada soalan boleh memberi kesan kepada intimasi perhubungan. Maka, kaunselor perlu bijak untuk menggunakan teknik menyoal ini semasa sesi dengan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan usaha

menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Malah, soalan yang ditanya juga perlulah mempunyai tujuan yang tertentu dan sekaligus mendorong klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa rasa sangsi terhadap kaunselor. Oleh itu, perlu bagi kaunselor menggunakan soalan yang bersesuaian, mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawab soalan tersebut dengan rela. Secara keseluruhannya, jika kemahiran asas kaunseling ini dapat

diaplikasikan oleh kaunselor dengan baik, ia mampu membantu kaunselor dan klien untuk membina satu hubungan yang baik di samping dapat menyelesaikan konflik
7

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

atau masalah diri klien tersebut. Sekiranya kemahiran asas ini tidak mampu diaplikasikan dengan baik, ianya akan mempengaruhi seluruh proses kaunseling seperti klien akan sukar menyelesaikan masalahnya kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor. Namun begitu, bukan kemahiran asas kaunseling ini sahaja yang mempengaruhi kejayaan atau kelancaran suatu proses kaunseling, penampilan dan personaliti kaunselor juga amat mempengaruhi pandangan pertama klien. Maka, kaunselor perlulah menitikberatkan penampilan dan personaliti diri supaya dapat membina hubungan yang baik dengan klien .

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

3.0

Matlamat Kaunseling Kelompok Kaunseling kelompok merupakan perjumpaan antara 6-10 individu yang

mempunyai masalah yang sama dan diselia oleh seorang kaunselor bertauliah. Oded Manor (1994) mengatakan bahawa jumlah minimum bagi sesi kaunseling kelompok biasanya melibatkan enam orang. Dalam sesi ini, ahli-ahlinya diberi kebebasan untuk memberi maklum balas di antara satu sama lain. Maklum balas ini termasuklah meluahkan perasaan terhadap perkara yang diperkatakan atau dilakukan oleh seseorang ahli tersebut. Menurut Gibson dan Mitchell (1981), kaunseling kelompok adalah satu proses pertolongan kepada sekumpulan klien seupaya dapat menyesuaikan dirinya dengan hal persekitaran sehariannya dari aspek tingkah laku, nilai diri dan perhubungan kemasyarakatan. Kaunseling kelompok boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Jenis kaunseling kelompok ini pula dapat dibahagikan kepada tujuan kelompok itu dibentuk seperti saiz kelompok, jangka masa kelompok itu berjalan, tanggungjawab pemimpin, tahap keseriusan masalah, kecekapan dan keterampilan pemimpin dan kandungan perbincangan kelompok (Mahler, 1971). Corey (2000) pula mengklasifikasikan kelompok kepada kelompok psikoterapi, psiko pembelajaran, kelompok bantu diri, kelompok brief dan kelompok orientasi tugas. Namun, kesemua jenis kaunseling kelompok ini mempunyai matlamat yang serupa walaupun berbeza fungsinya. Antara matlamat utama dalam proses kaunseling secara kelompok ialah menggalakkan perubahan tingkah laku ahliahlinya. Ellis (1995) berpendapat bahawa manusia mempunyai pemikiran rasional dan tidak rasional. Pemikiran rasional merupakan punca yang menyebabkan gangguan psikologi berlaku. Penglibatan dalam kaunseling secara berkelompok ini dapat memberikan kesedaran kepada klien untuk berubah kerana setiap ahli akan berbicara tentang dilema yang dipunyai mereka. Kadangkala, terdapat juga individu yang bukan sahaja tidak tahu cara yang sesuai untuk berubah, malah tidak menyedari masalah dirinya sehingga sesi kaunseling ini berlangsung. Dalam konteks kaunseling kelompok di sekolah, masalah yang biasa dihadapi oleh klien biasanya
9

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

berkaitan dengan masalah interpersonal atau hubungan dengan orang sekeliling. Dalam suasana kumpulan kecil, klien diberi kebebasan untuk meneroka masalah dirinya berdasarkan perkongsian ilmu yang terhasil daripada idea-idea klien lain. Ahli-ahli kelompok ini biasanya menghadapi permasalahan yang sama. Justeru, mereka secara bebasnya boleh meluahkan pandangan dan pendapat masingmasing tentang cara mereka mengendalikan masalah yang dihadapi. Secara tidak langsung, klien yang bermasalah ini telah dibentangkan dengan cara penyelesaian yang pelbagai hasil perbincangan dalam kaunseling kelompok untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Melalui penerapan Terapi Rasional Emotif Behavioral (REBT) yang dijalankan semasa sesi kaunseling, klien dapat mempertimbangkan kembali pemikiran-pemikiran tidak rasional yang telah bersarang dalam minda mereka apabila ahli-ahli dalam kelompok memberi cadangan dan saranan mereka. Dalam hal ini, klien telah dibimbing untuk melihat dan menganalisis peristiwa emosi yang dialami seterusnya menggalakkan proses perubahan tingkah laku berlaku Melalui sesi kaunseling secara berkelompok, perhubungan yang positif berjaya diwujudkan antara klien yang terlibat. Dalam sesi kaunseling kelompok, ahli-ahlinya merupakan mereka yang datang dari latar ekonomi, status atau sosial yang berbeza. Maka, setiap ahli perlu mengamalkan prinsip menghormati kelainan dan menerima keunikan diri masing-masing. Sekiranya berlaku percanggahan pendapat, seelok-eloknya para klien ini menyuarakan pandangan dengan lebih berhemah supaya perhubungan positif yang wujud semasa sesi ini dikekalkan untuk masa yang panjang. Selain itu, kelompok ini telah disatukan untuk mencapai objektif yang sama. Justeru, setiap klien akan merasa nilai sepunya dan rasa diterima oleh orang lain. Untuk mengukuhkan lagi matlamat ini, kaunselor juga sepatutnya memainkan peranannya untuk memastikan suatu perhubungan yang harmonis dapat dihasilkan. Walaupun tugas kaunselor hanyalah memberi panduan kelompok tersebut berbincang, beliau juga berperanan untuk melatih ahli berkaitan kemahiran sosial yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian termasuklah kemahiran komunikasi dan membina perhubungan yang mesra sesama ahli kelompok. Dengan melakukan sesi kaunseling kelompok, kaunselor dapat melihat secara terus perwatakan dan tingkah laku setiap kliennya dalam melontarkan idea dan perasaan mereka terhadap permasalahan yang melibatkan dirinya atau ahli yang lain. Melalui pemerhatian dalam konteks sosial tersebut, kaunselor dapat menyediakan atau
10

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

memberikan pandangan yang bernas kepada setiap klien yang dikendalikannya dalam sesi kaunseling secara berkumpulan itu. Hal ini seterusnya menimbulkan kesedaran dalam diri mereka tentang kemahiran interpersonal yang perlu diubah atau ditingkatkan supaya suatu interaksi yang positif dapat diwujudkan dan dikekalkan. Selain itu, matlamat kaunseling kelompok yang penting ialah membantu kliennya mengurus diri. Harapan ibu bapa terhadap anak-anak mereka sering kali memberi kesan yang tidak dijangka. Pola tingkah laku yang dipelajari masa kecil akan menimbulkan masalah kepadanya apabila meningkat dewasa. Dalam situasi demikian, kaunseling secara berkumpulan dapat melatih kliennya mengurus diri dengan lebih berkesan terutama dalam situasi dan tuntutan baru. Berada dalam satu kumpulan yang mempunyai masalah yang sama menunjukkan situasi yang dilalui oleh seseorang itu bukanlah sesuatu yang asing. Hal ini menunjukkan bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi masalah tersebut. Perkara ini memudahkan lagi komunikasi antara ahli yang terlibat kerana masing-masing boleh menyumbangkan buah fikiran yang bernas untuk mengendalikan masalah yang dihadapi dan seterusnya membantu klien menguruskan dirinya supaya tidak melakukan lagi perkara-perkara yang ingin ditinggalkan. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial pula menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan peniruan (modelling). Seseorang yang mengikuti sesi kaunseling kelompok boleh menjadikan ahli lain yang telah berjaya mengendalikan masalahnya sebagai pencetus semangat untuk dirinya berubah dan boleh meniupkan semangat kepada diri sendiri bahawa setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya. Apabila setiap ahli cuba melaksanakan perubahan diri, mereka boleh saling memberikan motivasi dan menyokong klien-klien lain supaya turut sama melakukan perkara itu. Hal ini dapat mengukuhkan lagi rasa ingin berubah dalam diri klien sendiri kerana terdapat sokongan daripada ahli untuk mereka melaksanakan revolusi tersebut. Menurut Bandura lagi, peneguhan diri memerlukan konsep kendiri yang positif serta kemahiran memanipulasi diri untuk mencapai piawai yang ditetapkan. Justeru sokongan daripada ahli kelompok mempunyai kepentingan yang besar untuk seseorang itu mempunyai konsep kendiri yang positif. Perkara ini seterusnya akan menentukan kemahirannya untuk mengawal tindak-tanduk yang akan dilakukan
11

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

supaya bertepatan dengan keadaan yang ingin dicapai yang terlebih dahulu telah ditetapkan. Seterusnya, matlamat kaunseling kelompok adalah untuk menggalakkan proses membuat keputusan yang efektif. Proses membuat keputusan adalah

penting dan kadangkala amat menyukarkan untuk sesetengah orang. Matlamat kaunseling kelompok bagi klien sebegini ialah membantunya membuat sesuatu keputusan penting dalam hidupnya. Keputusan muktamad diambil oleh klien sendiri dan mereka mesti memahami dan tahu cara dan sebab sesuatu keputusan itu diambil. Melalui perbincangan secara berkumpulan, pelbagai cara penyelesaian boleh dikongsi bersama. Ahli-ahli kelompok akan memberi pandangan dan pendapat berkaitan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku untuk setiap keputusan yang bakal diambil. Disebabkan ahli-ahli kelompok telah mempunyai rasa sepunya dan diterima oleh ahli lain, maka cadangan-cadangan alternatif turut dikemukakan di atas rasa tanggungjawab supaya rakan mereka yang menghadapi masalah itu tidak menanggung penyesalan di kemudian hari. Secara tidak langsung, setiap klien dapat mempelajari cara untuk membuat pilihan yang terbaik dalam menangani masalah yang dihadapi dan berdasarkan perbincangan kelompok, diharapkan klien boleh membuat keputusan yang benar-benar menepati situasi mereka dalam mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan mereka. Mereka ini juga mempunyai peluang untuk mencuba keputusan yang diambil dalam keadaan selamat dengan sokongan ahli-ahli lain atau pun maklum balas yang diterima. Daripada keputusan yang diambil, klien sendiri boleh menilai kemajuan kendiri atau pencapaian mereka dengan memberi maklum balas kepada ahli-ahli lain. Menerusi respons yang diutarakan, klien ini dapat menambah baik lagi tindakan yang diambil supaya masalah dirinya berjaya diselesaikan sepenuhnya. Matlamat kelima dalam sesi kaunseling kelompok ialah membantu

perkembangan dan pencapaian potensi klien. Manusia diciptakan sebagai makhluk paling mulia dan terbaik di antara makhluk ciptaan Tuhan lainnya kerana terdapat pelbagai potensi yang tidak dimiliki oleh makhluk lain. Namun, kadangkala kita tidak sedar bahkan tidak tahu sama sekali potensi yang terdapat dalam diri kita sehinggakan kita hidup dengan kondisi seadanya, mudah menyerah dan tidak mempunyai impian besar. Kita menjalani rutin hidup sehari-harian tanpa ada
12

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

kekuatan untuk menjadikan hidup kita lebih baik. Teori personaliti yang dikemukakan oleh Carl Rogers turut menyatakan asas kejadian manusia adalah bersikap positif. Justeru, semua manusia berkeinginan untuk menjadi lebih sempurna dan mempunyai potensi diri yang boleh diperkembangkan lagi. Matlamat ini bermaksud memberi peluang kepada klien untuk mempelajari cara-cara menggunakan kebolehan dan minatnya ke tahap yang paling maksimum. Matlamat kaunseling kelompok ialah mengurangkan atau mengatasi perkara yang menyekat dan membantutkan perkembangan potensi kebolehan dan minat seseorang.. Apabila satu perhubungan yang positif telah diwujudkan sesama ahli kelompok, rasa saling mempercayai dan hormat-menghormati akan wujud. Melalui sikap ini, ahli-ahli kelompok akan saling membantu untuk memperkembangkan lagi pencapaian potensi rakan-rakan mereka. Dalam hal ini, kaunselor turut membantu untuk menguatkan lagi proses perkembangan potensi kelompok yang dikendalikannya. Sebagai contoh, klien-klien dalam kaunseling kelompok yang dijalankan oleh seseorang kaunselor itu merupakan mereka yang mempunyai keyakinan diri yang rendah untuk berucap di hadapan orang ramai. Kaunselor boleh menggunakan teknik sumbang saran untuk membincangkan masalah tersebut di antara ahli dalam kelompok tersebut., kaunselor boleh mengendalikan hala tuju kelompok itu dengan memberikan rangsangan atau stimulus kepada klien yang lain untuk menyuarakan pendapat mereka. Setiap klien dalam kumpulan tersebut akan cuba memberitahu masalah yang dihadapi mereka sambil dipantau oleh kaunselor. Untuk sesi seterusnya, sedikit demi sedikit, kaunselor akan cuba meminimumkan

penglibatannya dan hanya membantu mereka sekiranya perlu. Lama-kelamaan, setiap klien dalam kelompok tersebut akan menunjukkan keupayaan diri yang sebenar dan secara tidak langsung mengatasi masalah keyakinan diri yang dialami mereka. Melalui kaedah seperti ini, setiap ahli dalam kelompok tersebut akan memperoleh peluang untuk memperkembangkan kemahiran mereka dalam suasana yang menyokong mereka untuk mencapai matlamat tersebut. Secara tuntasnya, kaunseling kelompok merupakan kaedah yang efektif untuk membantu klien menyedari situasi yang mereka hadapi. Melalui penglibatan ahli, setiap klien dapat berkongsi pengalaman, mempelajari sesuatu daripada orang lain dan tidak bersendirian dalam menghadapi masalah tersebut.

13

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

4.0

Faktor Keberkesanan Kaunseling Kelompok. Carl Rogers (1970) mentakrifkan kaunseling kelompok sebagai orientasi

permasalahan dan pemuihan proses apabial setiap individu dirasionalkan mengikut kehendak majoriti. Dalam erti kata lain, kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan antara individu secara berkelompok yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa ahli yang mencerminkan diri mereka serta situasi yang dialami. Bagi memastikan bahawa kaunseling ini berjalan seperti yang dikehendaki, terdapat beberapa faktor yang membawa kepada keberkesanan kaunseling dalam mencapai matlamatnya. Antara faktor yang terlibat adalah tujuan kaunseling dilaksanakan. Bertepatan dengan konsep kaunseling kelompok, keberkesanannya bergantung kepada tujuan yang ingin dicapai. Tujuan ini merujuk kepada aspek yang ingin diperbaiki dan dibantu. Sebagai contoh, kaunseling kelompok yang dijalankan kepada perokok tegar harus berkisar tentang pengubahsuaian sikap kepada aspek yang lebih postif. Maka, Peranan kaunselor adalah penting dalam memastikan kaunseling yang dijalankan menepati tujuan asal dan tidak terpesong kepada aspek yang berada di luar jangkaan awal. Di dalam proses kaunseing kelompok, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik. Masalah individu yang menyertai kaunseling kelompok berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan. Namun, jika dihalusi, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu-individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Maka, jika tujuan ini tidak dipenuhi, kaunseling kelompok yang dilaksanakan hanya dilihat sebagai medium yang tidak kukuh dalam mengatasi masalah klien. Hansen, Warner dan Smith (1980) menghuraikan bahawa kaunseling kelompok adalah satu perhubungan antara kaunselor dan beberapa ahli. Fokusnya adalah pada pencegahan dan rawatan yang menolong ahli-ahli menyelesaikan masalah sebeum

14

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

ia bertambah rumit. Maka jelas bahawa tujuan memainkan peranan yang penting daam memastikan keberkesanan kaunseling kelompok. Faktor kedua adalah kesediaan klien dalam melaksanakan sesi kaunseling. Seperti yang telah dinyatakan, kaunseling kelompok melibatkan beberapa ahli dengan kehadiran seorang kaunselor. Kesediaan klien ini merujuk kepada kesediaan kumpulan tersebut untuk teribat dalam sesi yang dijalankan. Kesediaan klien mahupun situasi dan tempat untuk memulakan sesi kaunseling adalah penting untuk memastikan kaunseling dapat berjalan dengan lancar. Dalam hal ini, kaunselor seharusnya bijak menyakinkan kliennya bahawa dia benar-benar bersedia dan

bersungguh-sungguh ingin membantunya dan mengambil berat masalah yang dibawa, secara jujur dan ikhlas sama ada dinyatakan secara lisan atau gerak tubuh di samping menyediakan fasiliti yang sesuai dalam memulakan sesi kaunseling.faktor kesediaan ini membawa impak yang besar kepada keberkesanan sesi kaunseling kelompok yang dilaksanakan. Hal ini kerana, hanya klien yang bersedia untuk meneruskan sesi dalam menzahirkan masalah diri mereka dengan bantuan daripada kaunselor. Namun, jika klien berada dalam keadaan tidak bersedia atau tidak selesa, masalah tidak dapat dikenalpasti. Kesediaan ini juga merujuk kepada kesediaan semua ahli. Konsep kaunseling kelompok adalah penyelesaian masalah secara berkumpulan. Walaubagaimanapun, jika ada antara ahli yang tidak bersedia, sesi yang dilaksanakan tidak dapat berjalan lancar. Ketidaksediaan ahli akan

mengundang rasa kurang senang terhadap ahli-ahli lain serta menggugat keberkesaan kaunseling. Sebagai contoh, kaunseling kelompok bagi pelajar yang mempunyai masalah disiplin akan mengundang kepada pergaduhan dan rasa tidak puas hati jika ada di antara pelajar yang tidak bersedia untuk berkongsi masalah dan pendapat. Perlu ditekankan bahawa kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Perubahan berpaksi kepada klien dengan bantuan daripada kaunselor. Oleh itu, ketidaksediaan klien akan mengundang kepada kegagalan sesi. Maka, kaunselor perlu bijak untuk mengendalikan situasi ini agar semua ahli dalam kaunseling kelompok bersedia dan terbuka untuk meneruskan sesi kaunseling secara sukarela. Faktor ketiga adalah persekitaran yang sesuai untuk sesi dilaksanakan. Persekitaran ini merujuk kepada keadaan teraputik iaitu keadaan sekeliling yang
15

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

kondusif serta keselesaan dalaman kepada klien. Matlamat sesi pertama kaunseling kelompok adalah penting bagi klien membina kepercayaannya kepada kaunselor yang akan sentiasa memerhatikan segala apa yang dilakukan oleh klien semasa perbincangan tersebut dimana matlamat utamanya adalah mengasaskan satu hubungan yang baik, supaya perbincangan selanjutnya akan lebih mudah dan mesra. Suasana teraputik ini menyumbang kepada keserasian antara ahli dan kaunselor dan hal ini banyak membantu ahli-ahli kumpulan untuk meluahkan serta berkongsi pendapat masing-masing. Ahli dapat menilai pemikiran dan tindakan tetapi tidak melabelkan ahli lain atas sikap mereka. Kaunselor dan klien juga boleh menerima kesilapan diri serta orang lain.Persekitaran fizikal ini tidak semestinya berada di dalam kawasan yang tertutup tetapi boleh dilaksanakan secara terbuka di kawasan yang sesuai dengan keadaan ahli kumpulan. Keselesaan dalaman pula perlu diwujudkan antara ahli bagi memastikan tujuan utama kaunseling dijalankan dapat dicapai dengan baik. Faktor keempat adalah keperibadian kaunselor. Satu hakikat yang harus diterima adalah personaliti atau sahsiah seorang kaunselor adaah faktor yang membawa kepada keberkesanan sesi kaunseling kelompok. Oleh kerana guru bertindak sebagai kaunselor, keperibadian harus diutamakan. Holden (1969) dan Hamblin (1980) menyatakan bahawa, tidak semua guru boleh menjadi guru kaunseling yang berjaya. Personaliti guru akan mempengaruhi hubungan yang terbina antara kaunselor dan klien. Sahsiah positif kaunselor berupaya untuk membina kepercayaan dan rasa selamat dalam kalangan ahli. Namun, jika kaunselor mempunyai sahsiah yang negatif, klien akan hilang kepercayaan terhadapnya dan menggugat keberkesanan kaunseling. Sebagai contoh, kaunselor yang

menguruskan sesi bagi masalah merokok mestilah individu yang tidak merokok. Hal ini kerana, kaunselor akan bertindak sebagai fasilitator yang akan membantu klien untuk mengatasi masalah mereka. Kepincangan sahsiah kaunselor akan

meruntuhkan rasa hormat klien terhadapnya dan kemungkinan bahawa klien akan mempertikaikan kesesuaian sahsiah kaunselor dalam proses kaunseling.

Keunggulan peribadi kaunselor juga mampu untuk dijadikan role model kepada ahli kaunseling kelompok. Keperibadian yang baik akan mewujudkan suasana yang mesra dan berpotensi untuk mengganggu sesi.

16

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

Faktor terakhir adalah pendekatan yang digunakan semasa sesi kaunseling dijalankan. Pendekatan yang digunakan harus sesuai dengan klien dan isu yang dihadapi. Pendekatan ini juga boleh berubah mengikut keperluan klien dan peringkat kaunseling. Sebagai contoh, penggunaan teori Humanistik dapat dilaksanakan untuk membantu ahli-ahli kaunseling kelompok meningkatkan keyakinan diri serta autonomi. Hal ini dapat dijalankan pada kemuncak sesi kaunseling apabila kaunselor bertujuan untuk membentuk ahli-ahli yang berupaya menguruskan kehidupan masing-masing dengan baik dan menghargai kebolehan masing-masing.

Keberkesanan sesi kaunseling ini bergantung kepada keberkesanan pendekatan yang digunakan. Hal ini kerana, setiap pendekatan mempunyai matlamat yang berbeza walaupun tujuan amnya adalah untuk membantu mengatasi masalah klien. Contohnya, pendekatan psikoanalitik yang menggunakan kaedah motif dan konflik sebagai titik permulaan penyelesaian masalah. Pendekatan juga harus sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh klien serta peringkat klien. Guru yang bertindak sebagai kaunselor tidak sesuai untuk menggunakan kaedah psikoanalitik kepada pelajar yang mempunyai masalah ponteng tetapi lebih sesuai untuk menggunakan kaedah rasional emotif. Melalui kaedah ini, kaunselor boleh mengesan emosi ahliahli kaunseling kelompok dan merancang tindakan yang lebih baik bagi mengatasi masalah tersebut.

17

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

5.0

Kesimpulan Di Malaysia, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bermatlamat untuk

mengembangkan potensi individu ke arah kecemerlangan bagi melahirkan generasi masa depan yang mampu berdaya saing dalam arena antarabangsa selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aspirasi Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Memandangkan dunia kita berkembang dan berubah dengan pesat pada hari ini, maka amat penting perkhidmatan bimbingan dan kaunseling disediakan di sekolah, mahupun di peringkat menengah atau rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha dalam memperkenalkan beberapa jenis kursus di beberapa jenis institusi bertujuan melahirkan guru binmbingan dan kaunseling yang mempunyai ilmu dan kemahiran asas bimbingan dan kaunseling. (Choong Lean Keow, 2010) Nilai terapi yang terdapat melalui kaunseling kelompok adalah banyak

terutama dalam aspek mempertingkatkan kemahiran berhubung melalui interaksi dalam kumpulan. Satu daripadanya ialah wujudnya perasaan hormat menghormati di antara satu dengan lain melalui kerjasama dalam satu kumpulan kecil. Suasana kaunseling kelompok berbentuk persamaan di antara semua klien dan kaunselor. Mereka mempunyai hak untuk memberi dan menerima pertolongan daripada klien lain. Kebebasan self expression dalam kaunseling kelompok menggalakkan peserta menjadi penyumbang yang aktif dalam berhubung dengan orang lain. (Zuraidah Ab. Rahman, 1988) Shertzer, Bruce & Sherley (1980) menjelaskan bahawa proses kaunseling adalah satu proses pembelajaran yang dijalankan untuk menolong seseorang individu yang memerlukan bantuan untuk mengenali alam sekitarnya dengan lebih jelas dan terang.Hansen, Stevic & Warner (1972) dalam buku mereka menjelaskan:
18

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]
not

altought

individuals

experience

problems,

counseling

is

necessarily remedial. The consellor may assist an individual with the dicision-making process in educational and vocational matters as well as resolving interpersonal concerns. Counseling is an applied field in wich the counselor uses behavioral knowledge to help the client. Perkataan kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan individu yang memperaktikkannya tetapi intipati tugas seorang kaunselor terhadap kliennya sama ada dari kelompok kecil atau individu yang bermasalah dan memerlukan bantuan adalah sama-sama memikirkan cara penyelesaian kesulitan dan kekusutan yang dialami seterusnya memilih alternatif-alternatif yang sesuai dan dengan bantuan kaunselor mereka melaksanakan jalan penyelesaian yang dipilih. Walaupun kelompok dianggap sebagai persekitaran semulajadi bagi manusia berinteraksi dan berkongsi kebimbangan mereka, tetapi bukan semua manusia mampu untuk melakukannya. Maka, kaunselor perlu memainkan peranan yang penting dengan memainkan peranan sebagai pemudahcara dan menguasai kesemua kemahiran asas sebagai kaunselor. Penjelasan di atas menunjukkan bahawa proses kaunseling merupakan satu proses yang berterusan dan melalui fasa-fasa tertentu apabila wujud persetujuan dan kata sepakat antara kaunselor dan klien yang membolehkan pelaksanakan proses tersebut berjalan seterusnya mengatasi isu yang wujud. Selain itu, matlamat kaunseling juga perlu selari dengan situasi dan masalah yang dihadapi oleh klien. Jelas di sini matlamat kaunseling perlulah mengikut kemahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata. Walaupun demikian kehendak ini perlulah dipersetujui bersama. Menurut Hansen, Stevic dan Warner, (1972),

once the client has developed this new understanding of his behavior, his behavior will change. The counselor can enhance this process by providing encouragement to the client, so that, this encouragement takes the form of helping the client understand that he was the one who was causing his own

19

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

difficulty and, further, he is the one in whom the responsibility lies for improving his situation

Maka, jelas bahawa untuk melakukan suatu proses perubahan diri bagi seseorang individu itu, kaunselor perlu terlebih dahulu mengetahui serta

menggunakan pengetahuan tingkah laku manusia itu terlebih dahulu. Dengan mengetahui selok belok pengetahuan ini setiap pertolongan dapat memanfaatkan klien sepenuhnya.

20

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

6.0 6.1

Refleksi Norizan Binti Abdullah ALHAMDULILLAH, akhirnya dapat juga saya dan ahli kumpulan saya, Zarina bt

Othman dan Putih Fairuz Hanna bt Mohd Jamil menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi matapelajaran Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, terdapat sedikit kesulitan saya hadapi namun dapat diatasi dengan baik. Pada awal tugasan ini diberikan, saya dan pelajar-pelajar lain telah diberikan taklimat sebelum KKP ini dimulakan. Bagi memantapkan pemerolehan ilmu semasa saya menyiapkan tugasan ini, saya mendapatkan bahan-bahan daripada sumber internet, bahan bercetak dan buku bagi menambahkan pemahaman saya mengenai tugasan yang diberikan tersebut. Namun begitu, walaupun saya mempunyai sedikit sebanyak bahan rujukan, saya tetap mendapatkan tunjuk ajar daripada pensyarah saya, Puan Saroya bt Che Ab. Rahman untuk mendapatkan bimbingan sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan. Beliau memberikan banyak tunjuk ajar dalam proses saya menyiapkan tugasan ini terutama mengenai kemahiran asas kaunseling, matlamat kaunseling kelompok dan faktor-faktornya. Sungguhpun begitu, saya juga membuat beberapa sesi perbincangan secara tidak formal dengan ahli kumpulan bagi mendapatkan pemahaman dan idea tentang tugasan yang diberikan. Kami berbincang bersamasama untuk mendapatkan idea untuk menghasilkan satu penulisan yang baik untuk tugasan ini. Melalui pengalaman ini, saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk berinteraksi dengan orang lain dengan lebih baik dan dapat mengeratkan hubungan saya dan rakan-rakan disamping dapat berkongsi idea serta dapat menambahkan pengetahuan saya tentang subjek ini secara tidak langsung. Malah, saya juga dapat mengetahui tentang kemahiran asas dalam kaunseling yang amat perlu diaplikasikan dalam proses kaunseling dan matlamat dan faktor kaunseling kelompok. Bagi tugasan di bahagian A, saya diminta untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan kemahiran asas dalam kaunseling. Walaubagaimanpun, saya telah memilih beberapa bahan yang agak menepati isi-isi yang perlu dimasukkan ke dalam
21

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

penulisan saya. Selain itu juga, saya juga mencari bahan melalui internet, namun terdapat beberapa bahan yang diperoleh daripada internet terutamanya ada juga yang tidak dapat dikepilkan kerana tidak dapat dicetak secara online. Namun begitu, saya cuba mengatasi setiap kekangan yang dihadapi ini dengan mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan bantuan rakan-rakan. Saya juga sentiasa membuat perbincangan dengan rakan kumpulan dan rakan kelas tentang tugasan yang diberikan. Melalui tugasan ini, saya menyedari betapa pentingnya ilmu terhadap kita, malah kita tidak perlu kedekut ilmu dengan rakan-rakan malahan kita perlulah saling berkerjasama dalam mencapai satu matlamat yang sama. Selain itu, dalam tugasan ini saya memahami bahawa terdapat lima kemahiran asas kaunseling yang penting dalam proses kaunseling iaitu: a) Kemahiran membina hubungan: mewujudkan rasa percaya, selamat serta kaunselor dapat meyakinkan klien bahawa kaunselor tersebut ikhlas untuk membantunya. Dengan hubungan yang baik ini, kaunselor dapat

memotivasikan klien disamping melancarkan proses kaunseling itu sendiri. b) Kemahiran memberi perhatian: kaunselor tersebut perlu memberikan perhatian kepada komunikasi bukan lisan klien kerana komunikasi ini saling bersandar dengan komunikasi lisan. Melalui kemahiran ini, kaunselor dapat mengenalpasti keadaan sebenar klien dan memberi peluang kepada kaunselor untuk mengcungkil permasalahan klien dengan lebih mendalam. c) Kemahiran mendengar: mendengar merupakan deria yang paling utama dalam kaunseling. Melalui mendengar, kaunselor dapat menyentuh hati klien dengan mewujudkan perasaan empati dalam diri kaunselor itu sendiri. Maka, melalui kemahiran ini klien akan merasakan ada seseorang yang mendengar keluahan hatinya dan sudi untuk membantunya. d) Kemahiran mengendalikan kesenyapan dan membuat interpretasi: kemahiran ini pula penting bagi memberi ruang kepada klien untuk berfikir tentang apa yang telah dilakukan oleh klien itu sendiri dan menggalakkan klien untuk memulakan perbicaraan. e) Kemahiran menyoal: melalui teknik ini, kaunselor dapat menggalakkan klien untuk berbincang dan bercerita dengan lebih lanjut. Namun, kaunselor perlulah bijak dalam menggunakan teknik ini kerana jika tersilap klien akan berasa dirinya seperti dipaksa untuk bercerita. Maka, sebagai kaunselor
22

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

minimumkan soalan tertutup, gunakan soalan terbuka supaya hanya sedikit sahaja soalan yang diutarakan, namun banyak jawapan yang diterima dari klien dengan rela. Bagi tugasan di bahagian B, saya diminta untuk menyediakan penulisan berkaitan dengan matlamat kaunseling kelompok dan faktor-faktornya. Sebagai kaunselor yang efektif, setiap langkah yang diambil perlulah sesuai dengan matlamat yang ditetapkan oleh klien dengan mengaplikasikan pelbagai teknik dan kemahiran bagi membantu klien mencapai matlamat yang dikehendaki. Dalam mencapai matlamat kaunseling kelompok ini, kaunselor perlulah menitikberatkan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi proses kaunseling seperti kesediaan klien, persekitaran dan personality kaunselor itu sendiri. Hal ini kerana, semua ini akan mempengaruhi reaksi klien untuk berkongsi masalah yang dihadapi. Berdasarkan tugasan ini, saya menyedari bahawa tugasan sebagai seorang kaunselor agak sukar. Namun demikian, melalui tugasan yang diberikan ini, saya dapat menimba pengalaman bagaimana untuk menjadi seorang kaunselor yang baik sama ada untuk proses kaunseling secara individu mahupun secara kelompok. Saya juga menyedari pengetahuan tentang bimbingan dan kaunseling adalah penting bagi seorang guru. Di samping itu, saya sedar bahawa guru seharusnya mampu menjadi seorang guru pembimbing supaya dapat mengenalpasti masalah pelajar dan sekaligus membantu pelajar sama ada dalam masalah pelajaran mahupun peribadi. Semua perkara ini terletak kepada guru, dan guru haruslah sentiasa peka dengan keadaan pelajar. Maka melalui kemahiran dan matlamat bimbingan dan kaunseling inilah guru dapat mengatasi setiap permasalahan yang berlaku di sekolah. Secara keseluruhannya, saya berasa amat bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya. Namun bagi saya, perkara paling penting adalah pemerolehan ilmu dalam matapelajaran ini untuk saya manfaatkan semasa peperiksaan dan apabila saya mengajar nanti. Walau bagaimanapun, saya amat berharap jika kami diberikan masa yang lebih panjang dan bimbingan yang secukupnya, saya akan cuba membuat sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah saya sediakan ini. Akhir kata, segala kekurangan pada pengisian KKP ini adalah datangnya daripada saya dan segala yang baik itu datang dari-Nya. Sekian.

23

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

6.2

Putih Fairuz Hanna Bt. Mohd Jamil Secara keseluruhannya, subjek EDU 3107 -Bimbingan dan Kaunseling Kanak-

kanak- telah membuka dimensi baru dalam diri saya dalam meluaskan lagi pengetahuan berkaitan ilmu pedagogi kanak-kanak. Jika sebelum ini, pengetahuan saya adalah terbatas, kini setelah subjek ini diperkenalkan, pelbagai ilmu baru yang telah saya peroleh daripada kursus ini. Kepelbagaian ilmu ini sangat membantu saya khususnya apabila telah melangkah ke alam kerjaya. Jika dilihat situasi semasa di negara kita, ramai murid yang mengalami masalah sama ada yang berkaitan dengan sosial atau pun latar ekonomi keluarga yang meruncing. Namun, golongan ini tiada tempat mengadu. Maka, di sinilah terletaknya peri penting pengajian bimbingan dan kaunseling kanak-kanak kepada golongan tersebut untuk mencari jalan dalam menyelesaikan masalah mereka. Hal ini kerana perkhidmatan bimbingan di sekolah bukan sahaja dijalankan oleh guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu sahaja semata-mata, malahan, semua guru yang terlatih boleh turut sama menjalankan peranan tersebut. Perkara ini turut melenyapkan tanggapan saya sebelum ini yang memikirkan golongan yang mempunyai masalah merupakan tanggungjawab kaunselor sahaja. Menerusi subjek EDU 3107 ini juga, secara tidak langsung saya dapat memperkukuhkan lagi kefahaman tentang teori-teori kaunseling yang juga berkaitan dengan subjek major saya. Antara teori yang diketengahkan dalam kursus ini adalah teori behavioris yang menekankan perubahan tingkah laku melalui konsep peneguhan, hukuman dan pelupusan. Seterusnya, teori pemusatan perorangan atau klien (humanis) yang lebih mementingkan sifat afektif kliennya dalam menangani masalah yang dihadapi turut diketengahkan. Manakala, terapi rasional emotif merupakan teori yang diperkenalkan oleh Albert Ellis yang menggunakan pendekatan A (activating), B (belief), C (consequence), D (dispute), E (effect). Kesemua teori yang dipelajari menerusi subjek ini mampu membentuk persepsi baru kepada saya untuk bertindak dan mengendalikan masalah kanak-kanak yang bakal dipertanggungjawabkan kelak.

24

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

Selain itu, kerja kursus yang perlu saya siapkan bersama-sama ahli kumpulan yang lain telah banyak membantu saya dalam memahami kemahiran asas yang diperlukan untuk menjalankan sesi kaunseling dan juga keberkesanan kaunseling kelompok. Kami bertiga telah sepakat untuk lari daripada kaedah tradisional yang hanya memerlukan ahlinya membuat tugasan untuk bahagian masing-masing dan menghimpunkannya apabila telah selesai menyiapkan tugasan ini. Sebaliknya, ahli kumpulan saya bersama-sama melakukan aktiviti sumbang saran bagi setiap tugasan yang diberi. Maka di sini, kita dapat lihat perkongsian idea secara ilmiah telah berlaku dan kesemua ahli kumpulan berjaya mendapatkan pengetahuan walaupun tidak membuat bahagian tersebut. Melalui aktiviti tersebut, pelbagai idea dan buah fikiran berjaya dibentangkan. Seterusnya, segala ketidakfahaman yang berlaku semasa memahami kehendak soalan dapat diselesaikan dengan mudah apabila setiap ahli saling membantu dan bertanggungjawab untuk membantu rakan yang berada dalam kekeliruan tersebut. Kolaborasi secara aktif menerusi perbincangan seperti ini dapat menjana cadangan atau alternatif lain yang lebih bernas berbanding kaedah konvensional yang sering dilakukan oleh pelajar institut perguruan ini. Selain daripada perbincangan sesama sendiri, perbincangan turut dijalankan bersama pensyarah mata pelajaran yang mengajar subjek ini. Menerusi input dan maklumat yang diberikan oleh pensyarah, kami bertiga telah meningkatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaan kerja kursus ini. Pensyarah pembimbing tentulah seorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidangnya. Justeru, tiada ragu-ragu lagi untuk kami menunjukkan hasil kerja kumpulan yang telah diselesaikan kepada beliau. Melalui kerjasama dengan pensyarah, kerja kursus ini telah berjaya dihasilkan dengan begitu cemerlang. Terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa lapangnya untuk menyemak draf awal isi perbincangan kami dan memberikan cadangan supaya penambahbaikan boleh dilakukan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Kesimpulannya, kursus EDU 3107 ini benar-benar membantu saya dalam memahami konsep dan fitrah kanak-kanak yang sentiasa ingin diberi perhatian. Melalui cara atau kaedah yang bersesuaian, golongan ini tidak lagi berasa keseorangan sekiranya menghadapi masalah. Justeru, kursus ini sangat tepat diadakan pada penghujung semester Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

25

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

kerana dapat menyediakan diri guru pelatih dengan ilmu yang mencukupi untuk digunakan sewaktu menyandang jawatan sebagai penjawat awam kelak.

6.3

Zarina Binti Othman Alhamdulillah..berkat izin daripada Yang Maha Esa, tugasan ini dapat jua

disempurnakan seperti yang dirancang. Pada semester ini, saya dikehendaki untuk melaksanakan kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak (EDU3107). Secara umumnya, sepanjang proses pelaksanaan tugasan, terdapat beberapa kekuatan yang dapat dikenal pasti. Pertama, tugasan ini siap jauh lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan berkat hasil usaha semua ahli kumpulan. Tambahan pula, saya dan ahli kumpulan berpeluang untuk menyerahkan draf awal tugasan kepada Puan Saroya untuk disemak terlebih dahulu. Maka, hasil yang diperoleh dapat ditambahbaik dalam kadar yang segera. Selain itu juga, bimbingan daripada pensyarah amat mudah diperoleh dan sangat berkesan. Hal ini memudahkan kami untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi tugasan ini. Dalam konteks pelaksanaan tugasan, proses pengumpulan maklumat bagi tugasan ini tidak sukar namun terdapat sedikit kekeliruan ketika membezakan di antara kemahiran asas dan tahap kaunseling. Namun, atas tunjuk ajar Puan Saroya Bt Che Ab. Rahman, segala kekeliruan tersebut dapat diatasi dengan

penambahbaikan yang menepati kehendak soalan. Tugasan ini dilaksanakan secara berkumpulan, jadi sebagai mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif, kumpulan saya melakukan teknik sumbangsaran bagi mendapatkan idea yang terbaik. Hasilnya, tugasan menjadi lebih mudah dan efektif kerana semua ahli kumpulan terlibat dalam semua aspek penilaian dan pelaksanaan.Terdapat juga kelemahan yang berlaku sepanjang pelaksanaan tugasan. Bahan yang diperoleh agak terhad dan ada juga yang kurang membantu. Bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan wujud dalam bilangan yang sangat terhad. Maka, kami perlu mencari alternatif lain bagi memastikan bahan yang diperoleh mampu untuk memberikan kami maklumat tentang kaunseling kelompok. Walaubagaimanapun, kelemahan ini

26

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

diambil sebagai satu cabaran buat saya dan ahli kumpulan dalam proses pembelajaran ke arah profesion keguruan. Jika dihalusi secara lebih spesifik, tugasan ini banyak memberikan info tentang aspek-aspek penting dalam kaunseling terutamanya kaunseling kelompok. Saya yakin bahawa pembelajaran itu tidak semestinya secara bersemuka tetapi memadai melalui pengalaman. Melalui tugasan ini, dapat disimpulkan bahawa pentakrifan kaunseling itu berbeza namun mempunyai matlamat yang sama iaitu mengatasi isu-isu yang muncul dalam diri individu mahupun kelompok serta membangunkan potensi individu secara optimum ke arah yang lebih baik. Definisi kaunseling ini berbeza mengikut perspektif individu seperti yang dinyatakan oleh beberapa tokoh. Walaubagaimanapun, hakikat kaunseling itu tetap sehala. Tugasan ini banyak mengajar saya khususnya dalam mempersiapkan diri sebagai guru pada masa akan datang. Hal ini kerana, guru berpotensi dan peru untuk mempunyai ilmu sebagai seorang kaunselor. Peranan guru tidak terhad kepada mengajar tetapi mendidik. Pada tahun 2005, Institut Kesihatan Kanak-Kanak dan Perkembangan Manusia telah melaporkan bahawa seramai 2.7 juta kanakkanak sedang mengalami masaah tingkah laku dan emosi yang serius. Masalah ini membawa kesan negatif kepada pembelajaran, suasana kekeluargaan dan proses sosialisasi mereka. Maka, bagi menangani isu ini, guru dipersiapkan dengan ilmuilmu bimbingan dan kaunseling agar dapat membantu pelajar mengecapi masa depan yang lebih baik. Oleh itu, pelaksanaan tugasan ini dilihat sebagai medium yang sangat baik dalam pemerolehan ilmu. Pada pendapat saya, tugasan ini akan menjadi lebih menarik sekiranya pelajar diberikan peluang untuk mengkaji dan menganalisis kes-kes kaunseling yang pernah wujud di sekolah khususnya sekolah rendah. Peluang ini dapat memberikan pelajar mengenalpasti kemahiran yang telah diapikasikan serta menganalisis tahap keberkesanan teori yang digunakan. Selain itu juga, pelajar boleh melakukan satu soal selidik tentang tahap pengetahuan umum berkenaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal ini kerana, ramai pihak yang tidak menyedari kewujudan kaunseling serta meragui tahap keberkesanannya.

27

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

Jika terdapat peluang untuk melaksanakan kembai tugasan ini, saya akan memastikan bahawa bimbingan yang diperoleh melebihi yang diperoleh kini bagi memastikan ketepatan isi dan huraian yang tugasan. Selain itu juga, maklumat yang diperoleh akan diperbaiki dan diperbanyakkan sumber rujukan.

28

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

[Year]

7.0

Bibliografi

Keaw, C. L. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor: Kumpulan Budiman. Dr. Sapora Sipon (2010). Kemahiran Asas Kaunseling.

http://www.scribd.com/doc/4657380/Kemahiran-Asas-kaunseling. USIM. Mohd Aziz Shah Mohd Arip, Mohd Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh, Syed Sofian Syed Salim, Md Noor Saper (2009). Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling. PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd, Kuala Lumpur. OUM,(2006). Bimbingan dan Kaunseling, Selangor Darul Ehsan Manor, O. (1994). Group psychotherapy. In Petrska Clarkson & Michael Pokorny (Eds.), The handbook of psychotherapy. New York, NY: Routledge. Yalom, I. D., & Lesczc, M. (2005). The theory and practice of group psychotherapy. New York, NY: Basic Books Zuraidah Ab. Rahman.(1988). Pengenalan Kaunseling Kelompok, IBS Buku Sdn. Bhd, petaling Jaya.

29