Anda di halaman 1dari 2

Kaunselor telah menggunakan Teori Gestalt semasa sesi kaunseling ini

dijalankan. Teori gestalt ini digunakan adalah bertujuan untuk mewujudkan


kesedaran yang tinggi dalam diri dan memfokuskan kepada di sini dan sekarang
(here and now). Teori ini juga membuat klien supaya akan lebih berdikari, tidak
bergantung kepada orang lain dan menyedarkan mereka bahawa mereka mampu
melakukan perkara-perkara yang jauh lebih baik daripada apa yang disangkakan
mereka sendiri.

Melalui terapi Gestalt, klien boleh mengalami dengan sebenar-benarnya


perasaan dan tidak sekadar bercakap mengenainya sahaja. Terapi ini mempunyai
pelbagai teknik untuk mencapai matlamat bagi menambahkan kesedaran mengenai
diri individu. Terapi Gestalt juga mengkaji masa lampau dimana terdapat urusan
yang belum selesai (unfinished business) klien dengan cara yang menarik dan
mengiktirafkan kepentingannya. Dengan cara ini, klien akan menjadi lebih sedar
akan perasaannya dan berupaya untuk hidup sepenuhnya dengan cara mengatasi
semua perasaan masa lampau yang telah menghalang kemajuannya.

Oleh itu, kaunselor telah menggunakan teknik kerusi kosong (empty chair)
yang mana dilakukan dengan menggunakan dua buah kerusi. Dalam keadaan ini,
kedua-dua kerusi tersebut mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza. Kedua-dua
kerusi ini masing-masing berperanan sebagai top dog dan underdog (Corey, 1996).
Teknik ini digunakan supaya klien dapat meluahkan apa yang selama ini ingin
dilakukan dan diceritakan dengan memainkan dua peranan berbeza. Ini dapat dilihat
dimana klien ada menceritakan bahawa dia takut untuk menerangkan apa yang
berlaku kerana bimbang suaminya tidak memaafkan dan menerimanya kembali. Ini
dapat dilihat bahawa akibat daripada urusan yang belum selesai itu (unfinished
business) telah mempengaruhi tingkahlaku dan pemikirannya walaupun dirinya
sudah sedar akan kesilapannya.

Oleh itu, kaunselor telah mengaplikasikan teknik kerusi kosong ini bagi
mendapatkan gambaran yang sebenarnya mengenai diri klien dari segi perasaan dan
pemikirannya. Dalam proses teknik ini, klien akan meluahkan dan menerangkan apa
yang ingin diperkatakan kepada suaminya dan kemudiaan menukar peranan sebagai
suaminya dimana ia akan membalas dan merespon apa yang klien ceritakan. Disini
dapat dilihat bahawa klien akan berperanan sebagai suaminya dimana segala respon
tersebut diutarakan sesuai dengan apa yang diharapkan dalam situasi yang sebenar.
Pada ketika ini kaunselor bertindak sebagai fasilitator dimana memerhati dan
mendengar apa yang diceritakan oleh klien.

Teknik ini diteruskan sehinggalah klien berasa lega dan semua permasalahnya
telah diluahkan. Setelah selesai teknik kerusi kosong ini, dapat dilihat bahawa klien
lebih bersemangat dan berfikiran positif dimana dia tekad untuk dengan
cadangannya tersebut untuk memohon maaf dan berterus terang kepada suaminya.
Oleh itu, teknik ini sedikit sebanyak dapat membantu klien untuk lebih sedar bahawa
dirinya kuat dan mampu melakukan perkara tersebut dan bukannya seorang lemah.
Klien terus bertekada untuk melakukan dan meneruskan cadangan yang telah
dikemukana itu.

Anda mungkin juga menyukai