Anda di halaman 1dari 4

9.

0 Cara Merawat Mangsa Sumbang Mahram Melalui Kaunseling

Sesi kaunseling merupakan salah satu cara bagi mangsa sumbang mahram untuk
memulihkan serta mengembalikan keyakinan dirinya untuk berhadapan dengan orang ramai.
Seperti mangsa, Livia, dia sendiri yang secara sukarela berjumpa dengan kaunselor atau
pengkaji mengenai sumbang mahram kerana dia berminat untuk mengetahui dengan lebih
lanjut mengenai perkara ini pada mulanya. Namun, setelah beberapa kali perjumpaan,
kaunselor dapat mengesan sesuatu yang lain mengenai Livia. Walaupun dia tidak pernah
mendedahkan apa yang berlaku ke atas dirinya, namun melalui beberapa perjumpaan,
kaunselor merasakan yang Livia datang berjumpa dengannya bukan sebab minat dan sifat
ingin tahu, tetapi beliau tidak mahu untuk menekan Livia.

Di dalam kaunseling, terdapat enam sesi kesemuanya. Sesi yang pertama adalah
sesi membina hubungan. Pada permulaan sesi, kaunselor boleh mengaplikasikan Teori
Pemusatan Klien yang menekankan bahawa kaunselor bersikap ikhlas, tulus, kongruen,
menerima tanpa syarat dan empati untuk membina hubungan dengan klien. Sikap ini adalah
bertujuan untuk membuktikan keikhlasan kaunselor yang ingin membantu klien. Selain
daripada itu, kaunselor juga menunjukkan sifat-sifat yang mesra seperti senyuman, kontak
mata, kedudukan badan dan juga nada suara. Sifat-sifat ini perlu ditunjukkan oleh kaunselor
supaya klien merasakan dirinya diterima oleh pihak kaunselor. Menurut Rogers (1974),
beliau berpendapat bahawa kedua-dua kaunselor dan klien perlu berada dalam keadaan
kontak, yang bermaksud situasi dengan setiap individu mempunyai kelainan dari segi
pengalaman antara satu sama lain.

Selain itu, Keadaan yang kedua perlu ada pada klien adalah dia tidak berada dalam
keadaan yang tidak kongruen dan bimbang. Beliau percaya bahawa jika individu tersebut
semakin bimbang, sesi kaunseling akan lebih berjaya. Ini bermakna, untuk seseorang itu
berubah, klien tersebut perlu berada dalam situasi yang tidak selesa. Kaunselor pula perlu
berada dalam keadaan kongruen atau jujur dalam perhubungan dengan klien. Apa yang
klien rasai secara dalaman perlulah kongruen dengan mesej yang disampaikan oleh
kaunselor kepada klien secara luaran. Keadaan ini akan menjadikan kaunselor sedar dan
jujur tentang jenis perasaan yang dialami oleh klien. Kaunselor juga perlu mewujudkan sifat
positif tanpa syarat kepada klien. Penerimaan yang ikhlas dari semua aspek pengalaman
klien adalah pusat kepada kaunselor untuk menggunakan teori pemusatan klien. Tanggapan
positif tanpa syarat ini bermaksud menghormati klien tanpa mengira perbezaan nilai antara
kaunselor dengan klien. Bagi mengekalkan sikap sedemikian, kaunselor perlulah bersikap
tidak menilai , seperti tidak menilai yang mana satu tingkah laku positif dan tingkah laku
mana yang negatif.
Di samping itu, pihak kaunselor perlulah menunjukkan sikap pemahaman empati
terhadap klien. Rogers menekankan bahawa pihak kaunselor perlu membina penahaman
yang tepat terhadap klien. Namun yang paling penting adalah bagi kaunselor untuk
meletakkan dirinya di tempat klien. Walaupun kaunselor tidak boleh menjadi diri klien tetapi
dia boleh cuba untuk memahami seolah-olah dia berada di tempat klien. Klien pula mesti
mengaggap bahawa kaunselor menerima tanpa syarat dam memahami secara empati. Tidak
cukup sekadar kaunselor menerima klien secara tulen, memahami dan berempati terhadap
klien. Penerimaan dan pemahaman hanya akan bernilai jika kaunselor menyampaikan
penerimaan dan pemahaman kepada klien agar dia merakan dirinya diterima dan disedari
oleh pihak kaunselor. Kaunselor juga perlu membuat penstrukturan dengan menerangkan
berkenaan proses kaunseling yang bakal klien ikuti dari segi masa dan etika semasa dalam
sesi kaunseling. Semasa berlau penstrukturan ini, perkara berikut merupakan perkara yang
boleh disentuh oleh kaunselor, iaitu perana kaunselor untuk mendengar, memahami dan
membantu klien klien untuk berunding mengenai perkara yang dibawa oleh klien.

Selain daripada kaunselor, klien juga turut memainkan perana dalam sesi kaunseling.
Klien bebas untuk menceritakan segala yang berlaku dan memilih tajuk apa yang ingin
dibincangkan dengan kaunselor. Kaunselor akan menyatakan jumlah masa untuk setiap sesi
adlah antara 30-45 minit. Kaunselor juga perlu menjelaskan keterbatasan etika kerahsiaan,
iaitu semua perkara yang diceritakan oleh klien akan dirahsiakan kecuali rahsia yang boleh
membahayakan diri klien dan orang lain, dan ianya akan dilaporkan kepada pihak yang
berkenaan. Penstrukturan ini perlu dilakukan supaya klien jelas dengan apa yang dia akan
lalui semasa sesi kaunseling dijalankan dan juga untuk mewujudkan rasa selamat kerana
klien tahu yang kaunselor akan berpegang kepada etika dalam kaunseling. Penstrukturan
yang ringkas dan mudah ini akan dapat membantu klien faham apa yang dilaksanakan dan
apa yang diharapkan oleh klien daripada pihak kaunselor. Klien juga faham yang dia
mempunyai masa selama 30 minit untuk berbincang dan perkara yang dibincangkan akan
dirahsiakan. Syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa selamat dan
percaya pada diri klien terhadap kaunselor untuk dia menceritakan apa sahaja masalah yang
dialaminya.

Meneroka masalah klien merupakan peringkat yang kedua. setiap masalah yang
dibawa oleh klien perlu diteroka. Penerokaan ini dilakukan bertujuan supaya pihak kaunselor
dank lien dapat memahami setiap masalah dengan betul dan membantu klien untuk
menganalisis setiap masalah dengan lebih objektif. Dalam proses penerokaan masalah,
kaunselor menggunakan tiga pendekatan teori, iaitu Teori Pemusatan Klien, Teori Rasional
Emotif Tingkah Laku (Orientasi Kongnitif) dan Teori Tingkah Laku. Sebelum pihak kaunselor
memulakan proses penerokaan masalah, kaunselor memulakan perbincangan dengan
menanyakan klien dengan soalan terbuka. Soalan terbuka ini bertujuan untuk menggalakkan
penerokaan perkara yang dirundingkan oleh klien kepada kaunselor. Dengan soalan terbuka
ini, rasa selesa dan diterima oleh pihak kaunselor akan dirasai oleh klien.

Jika semasa dalam proses penerokaan itu klien tidak dapat mengawal perasaannya,
kaunselor perlulah membiarkan klien untuk menenangkan dirinya terlebih dahulu. Setelah
klien dilihat tenang, kaunselor boleh menyambung kembali sesi kaunseling tersebut dan
menggunakan kemahiran dorongan minimum dan prafasaagar klien terus bercerita tentang
masalah dapat dilakukan dengan lancer tanpa sebarang halangan. Semasa dalam
menjalankan proses penerokaan, kaunselor menggunakan Teori Pemusatan Klien Carl
Rogers. Dalam teori tersebut, aspek “di sini dan sekarang” diberi tumpuan. Aspek ini meliputi
aspek kewujudan individu di dalam dan luar hubungan kaunseling. Apa yang berlaku pada
masa lalu akan menyebabkan kesukaran dan ianya tidak penting bagi kaunselor. Apa yang
penting adalah bagaimana klien berfungsi sekarang. Dalam sesi ini, klien akan mempun
mempunyai rasa benci terhadap pelakunya. Melalui pendekatan Rogers, rasa benci klien
terhadap pelakunya adalah tidak penting tapi kaunselor akan lebih menumpukan kepada
bagaimana perasaan benci klien terhadap pelakunya mempengaruhi keseluruhan tingkah
lakunya. Oleh itu, penekanan ini adalah bertujuan untuk menolong klien untuk focus kepada
perasaannya pada masa kini dengan meluahkannya secara lisan kepada kaunselor. Maka,
kaunselor akan menggunakan refleksi perasaan agar dapat meneroka perasaan klien secara
lebih mendalam semasa sesi ini.

Peringkat ketiga merupakan peringkat mengenal pasti masalah. Terapi Rasional


Emotif Tingkah Laku (REBT) yang berorientasikan kognitif turut digunaan oleh kaunselor
semasa dalam proses untuk mengenal pasti masalah klien. Kaunselor dapat melihat yang
emosi klien terganggu akibat daripada peristiwa yang berlaku ke atas dirinya. Albert Ellis
telah menggunakan konsep A-B-C-D-E dalam teorinya. (A) ialah peristiwa, (B) ialah sistem
kepercayaan, (C) ialah kesan emosi yang dialami oleh klien, (D) ialah mempertikaikan sistem
kepercayaan dan (E) ialah emosi yang normal. Dalam sesi kaunseling yang dijalankan oleh
kaunselor, kejadian klien dirogol oleh pelakunya adalah (A). akibat daripada oeristiwa
tersebut, klien rasa sedih dan kecewa (C). Hal ini menyebabkan klien merasakan dirinya
tidak suci dan kotor (B). Oleh itu, kaunselor telah menggunakan teknik menambah (D) dan
hasilnya ialah (E), dalam usaha untuk membantu klien untuk mengatasi masalahnya.

Apabila pemikiran berubah, emosi juga turut akan berubah. Tingkah laku juga turut
akan berubah kerana ketiga-tiga komponen ini bertindak secara serentak dan bersama.
Semasa mengaplikasikan teori ini, kaunselor menyelitkan kaedah kognitif melalui cara
mempertikaikan idea yang tidak rasional. Kaunselor telah mencabar idea yang tidak rasional
dengan menanyakan soalan kepada klien. Hasil daripada itu, klien telah celik akal dengan
mendapati bahawa semua masalah yang dihadapinya adalah berpunca daripada pemikiran
klien yang tidak rasional kerana dia menganggap dirinya tidak suci akibat daripada peristiwa
yang telah berlaku terhadap dirinya.

Kaunselor juga menggunakan Teori Tingkah Laku melaui teknik Latihan Rekreasi ke
atas diri klien. Latihan ini merupakan satu kaedah untuk mengajar seseorang untuk
menangani tekanan dalam kehidupan seharian. Kaunselor memberi Latihan Rekreasi
supaya klien lebih tenang setelah menghadapi satu peritiwa yang pahit berlaku dalam
hidupnya. Klien akan diberi satu set arahan untuk bertenang dank lien mempraktikkan rasa
ketenangan dalam persekitaran yang sunyi sementara melonggarkan otot secara berselang.
Pada masa yang sama, klien belajar untuk mengeluarkan segala perasaan dan pemikiran
yang kerap mengganggu dirinya kepada pemikiran dan imaginasi yang menyeronokkan
seperti membayangkan dirinya berada di suatu tempat yang nyaman. Dalam latihan ini, ia
dapat menolong klien untuk mempelajari dan mengalami keadaan yang tenang.

Peringkat yang keempat merupakan peringkat untuk membincangkan alternatif.


Setelah klien berjaya untuk mengenal pasti masalahnya, pelbagai alternatif yang boleh
dibincangkan bersama klien unruk menyelesaikan masalahnya. Alternatif merupakan satu
kemungkinan yang boleh diambil kira oleh klien untuk menyelesaikan masalahnya. Dalam
sesi kaunseling ini, klien boleh memberitahu kaunselor bahawa dia ingin tinggal bersama ibu
kandungnya atau ahli keluarga yang dipercayainya kerana bimbang akan keselamatan
dirinya jika dia terus tinggal bersama pelakunya itu. Jika klien tidak berjaya dengan
pilihannya itu, langkah seterusnya adalah untuk klien bersedia untuk mendapatkan khidmat
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat demi masa depannya sendiri.

Peringkat kelima merupakan peringkat untuk mengambil tindakan. Pada


peringkat ini, kaunselor akan menghubungi ibu kandungnya atau ahli keluarga yang lain
setelah dipersetujui oleh klien. Setelah mengadakan sesi perbincangan dengan mereka,
mereka boleh memilih sama ada untuk membenarkan klien untuk tinggal bersama mereka
atau ke rumah kebajikan. Mereka harus membuat pilihan yang tepat kerana ini melibatkan
keselamatan dan masa depan klien. Peringkat yang keenam merupakan menamatkan sesi.
Sesi kaunseling telah ditamatkan dengan persetujuan daripada klien. Penamatan ini
dilaksanakan pada setiap sesi atau setelah satu permasalahan dapat diselesaikan oleh
kaunselor.

Anda mungkin juga menyukai