Anda di halaman 1dari 16

COURSE / KURSUS : INTRODUCTION TO COUNSELLING

CODE / KOD : ABPG2203

DATE / TARIKH : 16 APRIL 2021

NO I/C : 850428145640

BAHAGIAN A

SOALAN 1

Bincangkan KELIMA-LIMA peringkat dalam kaunseling.


a. Membina hubungan : Dalam peringakat ini, kaunselor akan bertemu dengan
klien untuk kali pertama untuk memulakan sesi. Ini lebih kepada sesi
perkenalan dan mengenali klien dengan lebih dekat. Dengan car aini adalah
memberikan klien kepercayaan, membuatkan klien selesa dan tidak malu untuk
menceritakan masalah beliau. Pada pringakat ini, kaunselor perlu memainkan
peranan untuk merangsang klien berkongsi atau meluahkan dan melanjutkan
sesi temubual itu dengan soalan-soalan yang khusus. Apabila klien sudah mula
bersedia, kaunselor perlu melakukan penstrukturan supaya klien perlu jelas dan
faham dengan matlamat sesi tersebut. Antaranya adalah dengan menyatakan
peranan dan tanggungjawab kaunselor dan klien, etika kerahsiaan, tempoh
masa, peraturan sesi kaunseling dan bayaran, jika berkaitan. Dalam fasa ini
kaunselor perlu membina hubungan baik dengan klien, tunjukkan minat, empati
dan kefahaman melalui beberapa peringakat.

b. Penerokaan masalah : Tugas kaunselor adalah utnuk mendapatkan maklumat


yang relevan untuk memberi makna kepada masalah dan menganalisis
meklumat tersebut untuk mencari punca masalah. Masalah yang timbul
berpunca daripada tiga keadaan samada diri sendiri, orang lain tetapi
melibatkan diri klien dan takdir yang berlaku. Setelah punca masalah dapat
dikenalpasti kaunselor serta klien akan menganalisis secara terperinci.
Kemahiran meneroka dengan mengaplikasikan segala asas kemahiran
kaunseling. Ini adalah bertujuan untuk membantu kaunselor membuat
penerokaan secara mendalam terhadap kliennya dan menimbulkan perasaan
empati terhadap permasalahan klien. Pernyataan klien pada peringkat awal
tidak semestinya betul dan tepat, tetapi terpulang pada kebijaksanaan kaunselor
mencungkil mempelawa dan memujuk kliennya menghuraikan aspek-aspek
tertentu dalam masalah itu. Semua ini akan membatu kaunselor mengenal pasti
punca dan pokok masalah awal. Menurut Eisenberg dan Delaney (1977),
peringkat penerokaan adalah proses berlakunya komunikasi yang didorong
keikhlasan dan kejujuran serta berterus terang terhadap peranan sebenar yang
hendak dibincangkan antara ke dua-dua pihak. Segala perasaan tidak logic,
tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor atau klien perlu dihindari supaya
tidak mengganggu pencapaian matlamat sebenar kaunseling. Bagi menjayakan
sesi penerokaan kaunselor perlu bermatlamat untuk mendapatkan sebanyak
yang mungkin permasalahan klien. Selain itu, kaunselor juga perlu
mewujudkan perasaan terapeutik di dalam sesi.

c. Mengenalpasti Masalah : Ini adalah peringat seterusnya setelah mendengar


segala masalah klien, kaunselor perlu mengenalpasti masalah yang menjadi
punca utama klien tersebut. Kaunselor perlu mentafsir masalah dan cuba
berbincang dengan klien. Sebagai kaunselor tidak boleh meletakkan nilai pada
klien, jangan ada bias dan meletakkan kesalahan seratus peratus kepada klien.
Kaunselor perlu membantu klien

d. Memilih Alternatif Penyelesaian dan Tindakan : Pada peringkat ini,


kaunselor perlulah berbincang dengan klien untuk membentuk pelan tindakan.
Mereka akan membincangkan mengenai alternatif yang dipilih dengan
mengambil kelebihan dan kekurangan setiap pilihan yang dipilih. Kaunselor
juga akan menentukan jangka masa sesuatu perubahan harus berlaku. Selain
daripada itu, kaunselor juga bertanggungjawab menilai kejayaan sesuatu
alternatif yang dipilh melalui maklumbalas yang diterima oleh klien itu sendiri.
Dalam memilih strategi-strategi ini, Suradi (1996) berpendapat bahawa ada
empat strategi yang harus diutamakan oleh seseorang kaunselor bagi memberi
informasi kepada kliennya.
i. Satu gambaran tentang pendekatan rawatan yang ada kaitan dengan kliennya
ii. Ada persefahaman pada tiap-tiap prosedur
iii. Kemungkinan sesuatu keadaan bagi setiap taip-taip prosedur itu termasuklah
kebaikan dan risikonya sekali
iv. Waktu dan aktiviti-aktiviti yang terlibat pada setiap strategi itu
Kesimpulannya, peringkat alternatif penyelesaian dan tindakan kaunselor
perlu Prihatin terhadap kemampuan perkembangan klien supaya dapat
mengambil tindakan yang sesuai bagi membantu klien.

e. Penamatan dan susulan : Sebelum Membuat penamatan dalam peringkat


akhir dalam sesi kaunseling Selepas klien dapat membantu dan memilih
alternatif yang dianggap sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.
Pada peringkat ini, kaunselor perlulah menggunakan peneguhan dengan tujuan
menyakinkan klien dan memastikan klien tersebut benar-benar melaksanakan
alternatif yang dipilih. Selain itu, kaunselor juga perlu memastikan objektif
klien tercapai dan dia dapat mengaplikasi pembelajarn yang diperolehi semasa
sesi di dalam pergaulan seharian. Kemahiran lain yang perlu dilakukan oleh
kaunselor iaitu menstruktur sesi untuk penamatan, menyemak semula kemajuan
dan pencapian matlamat dan pengukuhan pembelajaran yang diperolehi. Secara
keseluruhannya, proses kaunseling diakhiri dengan penamatan iaitu kaunselor
akan membuat rumusan besar pada peringkat ini. Kaunselor akan menyatakan
semula isi penting yang diceritakan oleh klien pada awal sesi hingga mendapat
jalan penyelesaian
SOALAN 2

(a) Jelaskan secara terperinci mengapakah ‘empathy’ penting dalam mendengar.

Empati adalah keupayaan untuk berkongsi dan memahami emosi orang lain. Ia adalah salah
satu proses bagi membina pelbagai komponen, ini juga bole dikaitkan dengan rangkaian
otaknya sendiri. Terdapat tiga cara untuk melihat empati. Pertama terdapat empati afektif.
Inilah keupayaan untuk berkongsi emosi orang lain. Orang-orang yang mendapat tinggi pada
empati afektif adalah orang-orang yang, misalnya, menunjukkan reaksi mendalam yang kuat
ketika menonton filem menakutkan. Mereka berasa takut atau merasakan kesakitan orang lain
dengan kuat dalam diri sendiri apabila melihat orang lain takut atau sakit. Empati kognitif,
sebaliknya, ia adalah keupayaan untuk memahami emosi orang lain. Salah satu contoh yang
baik ialah psikologi yang memahami emosi klien dengan cara yang rasional, tetapi tidak
semestinya berkongsi emosi pelanggan.Dan satu lagi cara untuk memahami empati adalah
dengan membezakannya dari pembinaan lain yang berkaitan. Contohnya, empati melibatkan
kesedaran diri, serta perbezaan antara diri dan yang lainnya. Dalam erti kata itu, ia berbeza
dari peniruan, atau tiruan.

Empati adalah penting dalam proses mendengar kerana ia membantu kita memahami
bagaimana perasaan orang lain supaya kita dapat bertindak balas dengan sewajarnya kepada
keadaan. Ia biasanya dikaitkan dengan tingkah laku sosial dan ada banyak kajian yang
menunjukkan bahawa empati yang lebih tinggi membawa kepada tingkah laku yang lebih
membantu. Walau bagaimanapun, ini tidak selalu berlaku. Empati juga boleh menghalang
tindakan sosial, atau ianya akan membawa kepada tingkah laku moral. Sebagai contoh,
seseorang yang melihat kemalangan kereta dan diliputi oleh emosi yang menyaksikan
mangsa dalam kesakitan yang teruk mungkin kurang membantu orang itu. Begitu juga,
perasaan empati yang kuat untuk ahli keluarga kita sendiri atau kumpulan sosial atau kaum
kita sendiri mungkin membawa kepada kebencian atau pencerobohan terhadap orang yang
kita anggap sebagai ancaman. Fikirkan tentang ibu atau bapa yang melindungi bayi mereka
atau nasionalis yang melindungi negara mereka.
b) EMPAT tip penting untuk maklum balas yang dengan berkesan.

1. Jadilah khusus

Matlamat menyediakan apa-apa jenis maklum balas yang membina adalah untuk mengubah
tingkah laku. Orang lain tidak akan faham mengapa tingkah laku mereka adalah masalah
melainkan jika anda menyatakan dengan tepat perilaku secara terperinci.

2.Memberi maklum balas secara proaktif.

Adalah penting untuk mengenal pasti konflik apabila mereka mula-mula berlaku. Jika tidak,
anda lebih cenderung untuk menahan rasa dendam, yang dapat mewujudkan dirinya dengan
memukul orang yang tidak sengaja di kemudian hari. "Anda tidak perlu melihat masa depan,
tetapi anda perlu memastikan perkara tidak terlalu lama, " jelas Blake. "Selalunya masalah
yang kita ada, sama ada teknikal atau peribadi … tidak akan menjadi masalah besar jika
seseorang berkata [sesuatu] kali pertama, kedua atau bahkan kelima, tetapi kali ketujuh belas,
kita snap."

3. Ambillah Nafas

Apabila anda perlu berhadapan dengan tingkah laku yang bermasalah, penting untuk
melangkah ke belakang dan biarkan diri anda terdingin terlebih dahulu. Blake menjemput
seluruh penonton untuk menarik nafas dalam dan keluar dua kali. "Jangan melompat dengan
marah, " tegas pembentangan itu. Oleh kerana maklum balas yang membina memerlukan
banyak tenaga, terutama buruh emosi, mengambil masa untuk memproses sepenuhnya
pemikiran anda. Kecuali situasi yang mendesak, tuliskan bagaimana anda menggambarkan
tingkah laku dan membacanya dengan kuat kepada diri sendiri. Buat pengeditan yang
diperlukan untuk membantu mempersiapkan diri untuk perbualan bersemuka sebenar.

4. Semak kecenderungan anda

Terdapat dua sisi untuk setiap cerita. "Persepsi anda terhadap isu ini mungkin tidak sesuai
dengan pengalaman hidup orang lain, " nyatakan salah satu slaid Blake. Mengakui bias anda
boleh membantu, terutama jika anda berada dalam kedudukan kuasa berdasarkan bangsa atau
jantina anda. "Saya mempunyai orang yang terintimidasi dengan cara saya melihat, " kata
Blake. Sebagai contoh, dalam pengalaman profesionalnya, sebelum ini dia mempunyai
penyelia yang membuat andaian berdasarkan identitinya, yang menghalang mereka daripada
berkomunikasi dengan berkesan antara satu sama lain.
5. Jemput perbincangan

"Membuat banyak andaian dapat memegang perbualan kembali, " cerapan persembahan
membaca. Untuk memerangi andaian, mulakan perbincangan dengan orang lain. Jangan
menjadikannya satu sisi sama ada. Dengar orang lain. Lagipun, anda tidak tahu apa tekanan,
di luar tempat kerja, mereka membawa setiap hari.

6. Mengikuti

Selepas masa yang sesuai telah berlalu, menilai sama ada tingkah laku orang lain berubah.
Jika ia berubah, tanya diri anda bagaimana ia berubah. Sekiranya mereka menangani dan
memperbaiki tingkah laku mereka, pertimbangkan untuk berterima kasih pada masa yang
sesuai. Sebaliknya, jika tingkah laku masih berlaku, bersiaplah untuk memiliki pengalaman
anda dan jangan membatalkan perasaan anda.
BAHAGIAN B

1. Bincangkan halangan-halangan kaunseling pelbagai budaya. Berikan contoh-contoh

yang relevan untuk menyokong jawapan anda.

Budaya didefinisikan sebagai perkara-perkara berkaitan dengan budi dan akal.

Istilah budi membawa maksud asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna manakala daya

pula dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan (Rohana Yusof, 2010: 75). Istilah

budi juga dimaksudkan sebagai kecergasan fikiran dan akal seseorang manusia dalam usaha

mengatasi permasalahan dengan mencari jalan penyelesaian manakala istilah daya merujuk

kepada kekuatan tenaga dan kuasa yang digunakan untuk membantu menjana pemikiran

bagi menangani sesuatu permasalahan. Jika penyelesaian yang diambil daripada hasil

pemikiran tersebut diterima dan dapat dijadikan amalan bersama, ianya diterima sebagai

budaya dalam kehidupan (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon, 2010: 1-2).

Istilah budaya dalam bahasa Inggeris ialah ‘culture’ yang berasal daripada

perkataan bahasa Latin yang berbunyi ‘colere’. Ia bermaksud kehidupan manusia yang

sentiasa memelihara dan mengerjakan pelbagai tindakan yang boleh menghasilkan tindakan

budaya (Suwardi Endraswara, 2006:4). Pandangan Abdul Latif Abu Bakar (1987: v)

bahawa, istilah budaya merupakan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan dan ianya

mempunyai pengertian yang luas, jelas menunjukkan teminologi budaya mempunyai

pelbagai pengertian dan tafsiran berbeza dalam kalangan para sarjana. Dalam usaha mencari
pendefinisian istilah budaya, pengkaji mendapati wujudnya

jurang perbezaan pendapat di antara sarjana Barat, tempatan dan Tamil. Oleh yang

demikian, pengkaji melihat pandangan mereka secara berasingan supaya dapat

memperlihatkan satu hubungkait yang lebih tersusun dalam usaha mencari pendefinisian

istilah budaya tersebut.


Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Oleh itu,
perkhidmatan kaunseling juga harus seiring dengan akar yang wujud sekian.Perkhidmatan
yang dimaksudkan adalah perkhidmatan kaunseling silang budaya. Perkara asas dalam negara
ini adalah persefahaman antara satusama lain. Maka, dengan itu perkhidmatan ini sangat
releven dan berguna kepada masyarakat Malaysia. Berdasarkan kesefahaman inilah yang
memudahkan setiap sesi yang dinamakan silang budaya yang dijalankan menampakkan
kelancaran. Penggunaan bahasa yang selaras iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain
yang difahami oleh masyarakat Malaysia menjadi satu peluang keemasan dalam penyelidikan
kompenan silang budaya itu sendiri. Melihat kepada kenyataan yang dinyatakan oleh
sesetengah pengkaji bahawa tiada satu teori pun yang sesuai untuk kelancaran kaunseling
silang budaya, Oleh itu, ia lebih tertumpu kepada keterbukaan pelbagai teknik yang sesuai
dengan budaya yang ada.

Situasi ini merupakan cabaran bagi kaunselor di Malaysia kerana mereka perlu memahami
budaya masyarakat yang ada dan kewujudan budaya baru yang melibatkan perkahwinan
campur. Kaunselor perlu berhati-hati dengan setiap perkataannya kerana kepelbagaian
budaya yang unik di Malaysia ini sangat menarik dan perlu difamahi dengan teliti supaya
kaunselor tidak tersalah memberi tafsiran dan pandangan yang boleh mennjejaskan padangan
budaya klien.

Disebalik keunikan ini ada kekangannya iaitu dari segi pemikiran dan komunikasi yang
berkesan. Walaupun negara ini mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Namun, terdapat
pelbagai dialek dan bahasa yang masih pekat dibibir masyarakat di Malaysia ini. Oleh yang
demikian, Penggunaan bahasa yang standard dapat memudahkan sesi supaya berlangsung
dengan lancarnya. Bagi memudahkan sesi, kaunselor sendiri perlu lebih terbuka dalam
memahami setiap dialek dan bahasa yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia ini dan
memahami budayanya sekali.

Selain daripada itu, faktor agama juga perlu dititikberatkan dalam penelitian kaunselor
supaya memahami sensitiviti ini dan kaunselor perlu memahami perlembangaan Malaysia
bahawa agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan kaum-kaum lain boleh mengamalkan
agama masing-masing. Berlandaskan perlembagaan ini kaunselor perlu memahami nilai dan
pegangan sesuatu agama itu bagi memastikan kaunselor tidak meletakkan nilai pada klien.
Dalam hal ini, penekanan prinsip penerimaan tanpa syarat adalah sangat berguna.Dalam
mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Fungsi kaunselor dalam negara yang
berbilang bangsa seperti Malaysia ini adalah sangat diperlukan. Kini, telah banyak sektor
swasta yang menawarkan perkhidmatan kaunseling untuk masyarkat umum dan
perkhidmatan ini digunakan oleh masyarakat yang mempunyai masalah yang tidak boleh
diselesaikan secara sendiri. Oleh itu, peranan seorang kaunselor adalah sangat penting.
Kaunseling silang budaya boleh dilakukan dalam sesi individu, kelompok, keluarga dan lain-
lain.

Lantaran itu, adalah wajar setiap bakal kaunselor dilatih untuk menjalankan kaunseling silang
budaya supaya apabila dia berada di lapangan masyarakat dia akan dapat menjalankan sesi
silang budaya dengan berkesan. Namun begitu, dapat kita lihat bahawa Malaysia masih lagi
belum mencapai tahap perkembangan dalam aspek kaunseling silang budaya ini. Tidak
banyak kajian berkenaannya sedangkan negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang
bangsa. Keadaan ini masih belum berkembang sepenuhnya dan diharapkan selepas ini
Malaysia akan menjadi peneraju dalam penyelidikan kaunseling silang budaya.

Kesimpulannya, tidak terdapat satu teknik atau kaedah pun yang sesuai digunakan oleh
pegawai psikologi atau kaunseling dalam menjalankan sesi kaunseling silang budaya. Banyak
cara dan kaedah yang boleh diguna pakai oleh mereka untuk menjalankan sesi dan
menjadikan sesi bergerak secara efektif dankreatif. Asasnya kaunseling silang budaya ini
sangat signifikan dan relevan dijalankan di Malaysia.
2. Analisis mengapakah pernyataan ini penting dalam sesi kaunseling: "Membuat keputusan
etika memberikan kriteria dan kerangka rujukan untuk membuat keputusan praktik
kaunseling profesional".

Etika adalah Batasan yang dikenakan bagi menghadkan tingkahlaku individu. Ianya
merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor. Individu yang terlibat dalam profesion
kaunseling ini haruslah memahami etika yang telah ditetapkan supaya dapat menjaga imej
dalam bidang ini. Etika juga menyentuh mengenai persoalan yang berkaitan apakah yang
terbaik dan tidak, samada dari segi perlaku ataupun nilai. Berdasarkan perkara ini, penetapan
tingkahlaku beretika perlulah berlandaskan agama atau sistem kepercayaan masyarakat
tempatan.

Kepentingan Etika

Berdasarkan Rafidah Aga & Lau Poh li (2016) boleh memahami kepentingan etika dengan
memahami tema umum yang wujud dalam kebanyakkan kod etika. Sebagai contoh, Koocher
dan Keith- Speiget (2008) merumuskan tema- tema itu seperti berikut :

1. Menjaga kebajikan klien (pelanggan)

2. Memberikan khidmat skop kompetensi diri

3. Tidak memberi kesan yang buruk kepada profesion klien

4. Bertindak secara beretika dan bertanggungjawab (contoh: tingkah laku beretika)

5. Mengelakkan eksploitasi (contoh tingkahlaku tidak beretika)

6. Menjaga maruah profesion dengan berusaha untuk mencapai standard amalan profesion
paling tinggi.

Secara umunya etika adalah merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi
membantu seseorang ahli profesional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah
ditetapkan. Pada dasarnya istilah etika berasal daripada istilah Yunani iaitu “ethos” yang
bermaksud hukum, adat resam, budi pekerti dan kebiasaan. Secara umumnya terdapat tiga
ciri utama etika iaitu bertindak sebagai peraturan, manual kerja atau prosedur kerja, dan nilai-
nilai murni yang perlu dipatuhi (Professional Counseling, 2010). Etika memainkan peranan
penting dalam menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika
digubal adalah untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi (Francis,
2009). Etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan
dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi
mengukuhkan lagi tahap profesional mereka.

Dalam perkhidmatan kaunseling terdapat beberapa kod etika yang boleh dijadikan sebagai
panduan dan rujukan, antaranya ialah seperti kod etika yang digariskan oleh Persatuan
Kaunseling Amerika (ACA). Lazimnya setiap negara mempunyai kod etika dalam amalan
kaunseling yang dijalankan dalam negara tersebut, sebagai contohnya di malaysia badan yang
bertanggungjawab mengeluarkan kod etika dan prinsip-prinsip kaunseling dijalankan oleh
Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Secara amnya kesemua kod etika yang
digariskan oleh persatuan-persatuan kaunseling tersebut mempunyai persamaan iaitu
menitikberatkan amalan profesionalisme kaunselor dan hal ehwal kebajikan klien. Matlamat
utama etika ini digubal adalah untuk menjamin perkhidmatan kaunseling agar menjadi lebih
cekap, telus, amanah, serta menjamin keselamatan dan kerahsiaan klien.

Terdapat pelbagai etika yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling, secara ringkasnya
etika profesional yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling dapat dibahagikan kepada
empat prinsip etika yang utama iaitu yang pertama ialah autonomi, merujuk kepada syarat
yang membenarkan klien untuk bebas membuat pilihan. Prinsip kedua ialah bukan berbentuk
kejahatan (nonmaleficence), iaitu merujuk kepada tindakan kaunselor untuk mengelak
daripada perkara-perkara yang membawa mudarat kepada klien. Prinsip ketiga ialah
kepatuhan yang merujuk kepada persetujuan limitasi perhubungan di antara kaunselor dengan
klien. Seterusnya prinsip yang keempat ialah kebajikan yang merujuk kepada tindakan
kaunselor untuk memberikan hasil yang positif kepada klien (Pack-Brown & Williams,
2003). Huraian dalam perbincangan kertas kerja ini akan memfokuskan kepada rasional
penekanan etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling.

1.Dalam profesion menolong, etika adalah merupakan panduan yang dapat memastikan tugas
kaunselor dapat dijalankan dengan lebih cekap selari dengan matlamat kaunseling yang ingin
dicapai. Antara tujuan utama etika profesional sangat ditekankan dalam perkhidmatan
kaunseling adalah untuk menjadikan kaunselor menjadi lebih cekap dimana sebarang
kesilapan yang dilakukan oleh kaunselor dapat diminimakan. Selain itu, etika yang
ditekankan akan dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan
(Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, 2002).

Dari segi rasionalnya, etika profesional ini dapat membantu seseorang kaunselor dapat
menjalankan tugas dan peranan mereka dengan lebih baik. Dari sudut pandangan masyarakat,
kaunselor dilihat sebagai seorang model sosial yang baik kerana mereka terlibat dengan
profesion menolong, oleh itu jika berlaku perkara-perkara seperti ketidakcekapan yang
dilakukan oleh kaunselor maka tanggapan masyarakat mungkin akan berubah terhadap
kaunselor dan ahli-ahli profesional yang lainnya. Dalam hal ini, ketidakcekapan seorang
kaunselor lazimnya akan digeneralisasikan secara keseluruhannya oleh segelintir individu
terhadap profesion kaunseling. Sebagai contohnya disini segilintir individu dalam masyarakat
tentu akan memandang serong terhadap profesion seorang kaunselor apabila mereka
mendengar kes-kes dimana kaunselor yang melanggar etika seperti melakukan aktiviti
seksual dengan klien mereka atau cubaan mencabul kehormatan klien mereka. Kesannya
masyarakat akan sentiasa memberi kritikan sehingga membentuk stereotaip secara
keseluruhannya ke atas mereka yang berada dalam bidang profesion kaunseling. Oleh sebab
itulah mengapa etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling sangat ditekankan untuk
mengelak kaunselor bertindak di luar daripada etika yang digariskan, jika etika profesional
dipatuhi oleh kaunselor maka perkhidmatan kaunseling akan dapat dijalankan dengan cekap
dan baik.

Satu lagi faktor yang menyebabkan etika sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling
ialah menggalakkan kaunselor mengarah ke arah tahap profesional. Dalam profesion
kaunseling, profesionalisme membantu membawa kepada nama baik (good will) kepada
mereka yang yang mengamalkan kod etika dengan baik (Francis, 2009). Secara rasionalnya
apabila seseorang kaunselor mempunyai nama baik maka ini tentu akan mengekalkan
reputasi baik mereka dan boleh membawa manfaat yang lain kepada mereka. Sebagai
contohnya bagi kaunselor profesional yang mempunyai reputasi yang baik, hal ini akan
menyebabkan mereka mudah mendapatkan klien untuk menerima perkhidmatan kaunseling
daripada mereka kerana klien biasanya akan lebih yakin dengan kaunselor-kaunselor yang
mempunyai nama baik dan rekod reputasi yang baik dalam menjalankan perkhidmatan
kaunseling mereka.

2.Salah satu etika profesional utama yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling ialah
persetujuan termaklum. Menurut Fisher (2003), persetujuan termaklum adalah merupakan
perjanjian utama bagi melindungi hak-hak privasi klien yang dilakukan pada awal sebelum
perkhidmatan kaunseling dijalankan. Prinsip etika ini menekankan kepada keperluan
seseorang kaunselor untuk memberikan penerangan yang secukupnya kepada klien tentang
perkara-perkara berkaitan matlamat kaunseling, teknik dan prosedur dalam perkhidmatan
kaunseling, kerahsiaan, limitasi dan risiko tertentu serta hal-hal penting lain yang melibatkan
kaunselor dan juga klien. Dalam hal ini kaunselor juga seharusnya menjelaskan dengan lebih
mendalam kepada klien terhadap perkara-perkara seperti implikasi daripada proses
kaunseling, penarikan diri daripada terus menerima perkhidmatan, pengunaan ujian dan
laporan serta jumlah bayaran bagi khidmat kaunseling yang dijalankan tersebut.

Secara rasionalnya dengan adanya etika ini, klien dapat mengetahui dengan lebih mendalam
dan dapat memberi gambaran secara kasar tentang proses-proses yang akan berlaku pada
keseluruhan khidmat kaunseling yang diterima oleh mereka. Klien juga akan dapat menilai
sejauhmana keberkesanan daripada khidmat kaunseling yang bakal dijalankan di samping
mempunyai kebebasan untuk menarik diri jika syarat-syarat yang dijelaskan seperti mana
yang dijelaskan oleh kaunselor tidak dipatuhi. Selain itu, melalui makluman dan penjelasan
yang diberikan juga membantu klien untuk mengelak daripada sebarang penipuan dalam
aspek-aspek tertentu seperti bayaran bagi khidmat kaunseling yang dijalankan, klien juga
dapat mengetahui hak-hak mereka dalam undang-undang. Bagi kaunselor pula, perkara-
perkara yang dijelaskan dalam etika persetujuan termaklum ini berperanan sebagai panduan
kepada mereka untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling secara cekap dan telus sesuai
dengan prinsip profesional yang dipegang oleh mereka. Dengan erti kata lainnya kaunselor
akan melaksanakan tugas berdasarkan kepada apa yang telah dijelaskan dan dimaklumkan
kepada klien.

3.Rasional penekanan prinsip etika keadilan

Satu lagi prinsip utama dalam etika profesional perkhidmatan kaunseling ialah keadilan.
Prinsip etika ini menekankan kaunselor bersikap adil secara sama rata terhadap klien yang
datang mendapatkan bantuan kaunseling. Mengikut etika ini, kaunselor tidak boleh
mengamalkan atau melakukan diskriminasi terhadap perbezaan manusia dari segi aspek-
aspek seperti budaya, umur, gender, bangsa, etnik, agama, kepercayaan, ketidakupayaan
fizikal dan mental, orientasi seksual, bahasa yang digunakan, status perkahwinan, status
sosioekonomi dan apa-apa sahaja yang membezakan di antara klien dengan kaunselor
(NCDA, 2007). Kaunselor seharusnya perlu mengambil kira isu-isu sensitif yang dimiliki
oleh klien. Kaunselor haruslah mempunyai kemampuan mengubah perasaan negatif mereka
terhadap sesetengah klien suapaya klien merasa diri mereka dihormati (Sapora Sipon, Ahmad
Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, 2002).

Dalam hal ini, terdapat rasionalnya mengapa etika keadilan ini sangat ditekankan, perkara ini
dapat membantu klien berasa selesa semasa menerima khidmat kaunseling. Bayangkan jika
seseorang kaunselor itu menekan klien dengan isu-isu sensitif yang tidak disukainya, keadaan
ini akan membawa kepada kesan negatif kepada klien tersebut. Keadilan dalam perkhidmatan
kaunseling ini bukan sahaja terhad kepada isu-isu yang sensitif tetapi juga kepada
pengalaman-pengalaman lepas yang dilalui oleh klien. Sebagai contohnya kaunselor tidak
sepatutnya cuba menghakimi klien tentang pengalaman lepas klien yang pernah terlibat
dengan masalah mendera anak-anaknya dengan teruk. Akibatnya apabila berlaku perkara-
perkara seperti ini, persepsi negatif akan wujud di antara kaunselor dan juga klien, contohnya
dalam situasi tadi kaunselor akan cenderung menilai klien sebagai seorang yang “jahat”
kesannya klien mula hilang kepercayaan kepada kaunselor dan beranggapan bahawa tidak
ada sesiapa lagi di dunia ini yang sudi memaafkan kesalahan lampaunya. Situasi-situasi
seperti ini akan menjejaskan perjalanan kaunseling, kesannya matlamat kaunseling yang
dibina tidak tercapai. Perkara ini membuktikan kepada kita bahawa etika keadilan dalam
perkhidmatan kaunseling sangat penting, ia juga menjadi garis panduan kepada kaunselor
agar tidak bersikap prejudis kepada klien dan melayan klien secara sama rata tanpa
mengimbilkira perbezaan yang ada pada manusia.

4. Rasional penekanan prinsip etika kesejahteraan (wellness)

Kod etika profesional juga mengariskan bahawa dalam perkhidmatan kaunseling, kaunselor
seharusnya menjaga kesejahteraan klien yang datang mendapatkan khidmat kaunseling. Etika
ini menekankan seseorang kaunselor perlu menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan
klien dengan cara memelihara minat dan kesejahteraan klien (Pack-Brown & Williams,
2003). Kesejahteraan klien tersebut termasuklah memberi perlindungan kepada klien dari
segi fizikal, emosi dan juga trauma psikologikal. Selain itu, etika ini juga menggariskan
bahawa klien tidak boleh diperalatkan untuk kepentingan diri kaunselor bagi tujuan
kewangan, emosi, seksual dan sebagainya. Seseorang kaunselor tidak boleh
menyalahgunakan hasil penilaian dan intrepretasi dalam kaunseling dan mereka juga
bertanggungjawab untuk menghalang orang lain daripada menggunakan maklumat tersebut.
Bagi menjaga perasaan klien, kaunselor juga perlu menghormati hak klien yang mana klien
berhak untuk mengetahui keputusan sesi yang dijalankan, intrepretasi, kesimpulan dan
cadangan-cadangan yang dibuat oleh kaunselor (ACA, 2005).

Secara rasionalnya etika ini ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah agar
memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan klien dapat dijaga sepanjang mereka
menerima khidmat kaunseling. Bayangkanlah jika terjadi perkara-perkara yang tidak diingini
dalam sesi kaunseling sehingga menyebabkan emosi dan mental klien terganggu disebabkan
oleh kaunselor, maka perkara ini boleh menyebabkan matlamat kaunseling yang dibina di
antara klien dan kaunselor tidak akan dapat tercapai. Matlamat utama perkhidmatan
kaunseling adalah untuk membimbing klien dalam mencari penyelesaian masalah dan
bukannya untuk lebih memudaratkan lagi keadaan klien dengan menyebabkan emosi dan
mental mereka terganggu. Oleh yang demikian, etika untuk menjaga kesejahteraan klien ini
sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling bagi mengelak kaunselor bertindak yang
tidak sepatutnya dilakukan. Etika ini juga membantu ke arah proses menolong secara
profesional dimana dengan adanya sikap untuk melindungi klien dan menjaga kesejahteraan
mereka dari aspek fizikal, emosi dan juga psikologikal maka perkhidmatan kaunseling yang
dijalankan akan dapat dilaksanakan dengan baik dan lebih berkesan.

5. Rasional penekanan prinsip etika perhubungan kaunselor dan klien dalam kaunseling

Satu lagi aspek yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah etika berkaitan
dengan perhubungan kaunselor dengan klien dan juga ahli profesional yang lain. Etika
profesional ini menggariskan bahawa seseorang kaunselor tidak boleh menjalankan
perkhidmatan kaunseling dengan klien yang mempunyai pertalian atau hubungan tertentu
dengan kaunselor, jika perkara itu berlaku kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut
kepada ahli profesional yang lain. selain itu, kaunselor juga harus mengelak hubungan
hubungan dua hala (dual relationship) dengan klien yang boleh mempengaruhi penilaian
profesional ataupun apa-apa yang boleh menyebabkan risiko kemudaratan kepada klien
(Pack-Brown & Williams, 2003). Sebagai contohnya disini kaunselor terlibat dengan
perhubungan intimasi dan seksual dengan klien. Dalam etika profesional seseorang kaunselor
tidak boleh mengadakan sebarang interaksi dan hubungan peribadi dengan klien ataupun
mana-mana ahli keluarga klien dalam jangka masa selama lima tahun selepas perkhidmatan
kaunseling terakhir dilakukan. Selain itu terdapat juga etika lain yang melibatkan
perhubungan di antara kaunselor dengan klien, antaranya ialah kaunselor tidak boleh terlibat
dengan aktiviti yang memberi kepentingan kepada mereka seperti terlibat dengan perniagaan
atau aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh klien.

Dalam hal ini terdapat rasional mengapa etika ini ditekankan oleh kaunselor dalam
perkhidmatan kaunseling. Salah satu perkara yang menyebabkan etika ini rasional ditekankan
ialah jika klien yang datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling tersebut adalah
merupakan ahli keluarga, saudara mara dan orang-orang yang dikenali seperti sahabat handai
maka hal ini sudah tentu akan mempengaruhi pertimbangan kaunselor secara profesional
ketika melakukan sesi kaunseling. Begitu juga halnya pertimbangan wajar sebagai seorang
kaunselor juga akan terganggu jika mereka terlibat dengan sebarang perhubungan emosi
(percintaan) dan seksual dengan klien, apabila keadaan seperti ini berlaku sesi kaunseling
yang dijalankan cenderung akan berubah kepada suasana romantik yang mana ia boleh
mempengaruhi pemikiran dan emosi kaunselor. Keadaan seperti ini boleh lari daripada
prinsip profesionalisme yang dipegang oleh seseorang kaunselor, sebagai akibatnya perkara-
perkara seperti ini boleh menjejaskan matlamat proses kaunseling.

6. Rasional penekanan prinsip etika kerahsiaan.

Seterusnya etika profesional yang sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling ialah
prinsip kerahsiaan. Berdasarkan etika yang digariskan, seseorang kaunselor tidak boleh
mendedahkan maklumat sulit tanpa persetujuan daripada klien. Kaunselor juga harus
memastikan bahawa setiap rekod maklumat berkaitan klien seperti laporan, rakaman kaset
dan video disimpan di tempat yang selamat dan hanya pihak yang mempunyai kuasa tertentu
sahaja boleh mendapatkan rekod maklumat tersebut (ACA, 2005). Prinsip kerahsiaan dalam
etika kaunseling ini sangat penting dan perlu diterangkan kepada klien pada setiap sesi
kaunseling yang dijalankan.

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan prinsip etika ini sangat rasional ditekankan
dalam perkhidmatan kaunseling. Salah satu di antaranya ialah untuk mengelakkan klien
daripada menerima keaiban daripada orang lain, sebagai contohnya klien tersebut mungkin
terlibat dengan isu-isu sensitif atau peristiwa trauma yang berlaku dalam dirinya seperti
penderaan, menjadi mangsa rogol, masalah seksual, terlibat dengan penyalahgunaan dadah,
mempunyai keinginan untuk membunuh diri, menyertai kumpulan haram dan sebagainya.
Setiap klien yang menerima perkhidmatan kaunseling tidak akan dapat mengelak daripada
meluahkan pengalaman tidak kira pahit atau pun manis terhadap kaunselor. Oleh itu prinsip
kerahsiaan dalam bidang kaunseling ini sangat rasional ditekankan agar menjadikan klien
lebih yakin, percaya dan berasa selamat dengan maklumat yang mereka dedahkan. klien juga
dapat meluahkan masalah yang dihadapinya dengan rasa bebas tanpa wujud perasaan ragu-
ragu. Kesannya hal ini akan menyebabkan kaunselor mudah mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh klien. Dengan adanya prinsip kerahsiaan ini, kaunselor akan dapat
menonjolkan diri sebagai individu yang boleh dipercayai, amanah dan bertanggungjawab
untuk menjaga hak dan kepentingan privasi klien.

Anda mungkin juga menyukai