Anda di halaman 1dari 4

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN KAUNSELING

Setiap kaunselor di sekolah perlulah mempunyai kemahiran asas sebelum menjalankan


sesi bimbingan dan kauseling. Kemahiran asas kaunseling ini diperlukan bagi
melicinkan lagi sesi kaunseling antara kaunselor dan klien. Antara kemahiran asas
tersebut ialah :

Tingkah laku memberi perhatian.

Setiap kaunselor perlulah mampu untuk memberi perhatian yang teliti serta peka
terhadap klien. Hal ini akan membuatkan kaunselor dapat memahami dengan lebih
mendalam lagi masalah klien. Selain itu, dalam situasi sebegini klien akan lebih rasa
hormat dan selamat dan tidak berasa ragu-ragu. Melalui tingkah laku kaunselor yang
memberi perhatian terhadap kliennya juga akan membantu menjalin hubungan yang
baik antara satu sama lain.

Terdapat beberapa komponen tingkah laku yang mampu memberi perhatian.

-Kedudukan tubuh badan (posture) kaunselor


Kedudukan kaunselor perlulah berada dalam keadaan condong ke hadapan iaitu
mengahadap ke arah klien. Perkara ini penting bagi menunjukkan yang kaunselor itu
berminat untuk mendengar masalah klien. Namun, dari semasa ke semasa kaunselor
boleh mengubah kedudukan tubuhnya untuk mendapatkan keselesaan dan
ketenangan.

-Ekspresi muka
Setiap orang mempunyai ekspresi muka yang tersendiri. Namun sebagai seorang
kaunselor, ekspresi muka perlulah sentiasa dalam keadaan berseri. Hal ini penting bagi
menunjukkan bahawa kaunselor tersebut berminat dan bersedia untuk menerima klien.
Jika ekspresi muka kaunselor kelihatan masam, ini boleh membuatkan klien rasa
terganggu.

-Tentangan mata
Setiap kaunselor yang melakukan sesi kaunseling perlulah melakukan tentangan mata
terhadap klien. Perkara ini akan menunjukkan bahawa kaunselor tertarik dengan cerita
atau masalah yang diluahkan oleh klien. Walau bagaimanapun, kaunselor perlulah
mengalihkan pandangan matanya jika didapati kliennya berasa malu.

-Dorongan minimum untuk bercakap


Dorongan minimum di sini termasuk gerak isyarat, anggukan kepala, perkataan tunggal,
perwatakan badan atau ulangan perkataan penting yang menunjukkan kaunselor itu
berminat akan kata-kata klien. Dorongan minimum ini sangat penting bagi
menggalakkan klien itu terus bercakap dan tidak mendiamkan diri.

Skala Kadar : Tingkah Laku Memberi Perhatian


-Tentangan mata
1. Kurang memberi perhatian, kurang tentangan mata.
2. Tentangan mata konsisten.
3. Perhatian teliti, mengubah penggunaan tentangan mata dan sering memberi perhatian
penuh terhadap klien.

-Kedudukan tubuh badan, pergerakan dan gerak-geri


1. Tegang, kurang selesa.
2. Terlalu tenang.
3. Selesa, memberikan perhatian penuh, gerak geri munasabah.

-Kadar pertuturan dan nada suara.


1. Terlalu lambat atau cepat, nada suara tidak berubah.
2. Teragak-agak, kurang pasti.
3. Kadar pertuturan yang sesuai.

Kemahiran Mendengar

Setiap orang akan ada masalah seperti berasa sedih, tertekan dengan kehidupan
ataupun gelisah. Dalam situasi seperti ini, kita akan memerlukan seseorang untuk
medengar masalah dan membantu kita dalam menyelesaikan masalah begitu juga
dengan orang lain.

Sebagai seorang kaunselor, kita perlulah belajar kemahiran mendengar iaitu


bagaimana cara untuk mendengar dengan berkesan sebelum bertindak membantu
klien menyelesaikan masalahnya. Setiap sesi kaunseling dijalankan, para kaunselor
perlulah mendengar secara aktif bukan secara pasif. Mendengar secara aktif
bermaksud kaunselor bukan sahaja mendengar masalah klien tetapi kaunselor perlu
memahami perasaan klien dengan lebih mendalam. Kemahiran mendengar secara aktif
ini boleh diibaratkan kaunselor tersebut bersama sama masuk ke dalam dunia kliennya.
Kaunselor tidak boleh mengetepikan apa yang diceritakan oleh klien dengan hanya
berkata, “Saya faham akan perasaan anda”, tetapi kaunselor perlu merasakan apa
yang dirasakan oleh klien. Hal ini disebut sebagai kemahiran mendengar secara
empati.

Dengan adanya kemahiran mendengar dalam diri kaunselor, kaunselor dapat


membuktikan kepada klien bahawa beliau telah mendengar, memahami serta
menerima apa jua yang disampaikan kepadanya. Seterusnya, kemahiran mendengar
secaraaktif ini membawa kepada dua kebaikan iaitu membekalkan lebih banyak
maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut dan membolehkan individu itu
meluahkan masalah yang dihadapinya serta hal ini akan membawa kepada pelepasan
emosi.

Kemahiran Menyoal
Setiap kaunselor perlulah membaiki kemahiran menyoal yang dimilik dalam diri mereka.
Hal ini bertujuan untuk membolehkan kaunselor mendapatkan lebih banyak maklumat
mengenai sesuatu masalah klien.

Untuk membaiki lagi kemahiran menyoal, para kaunselor perlulah mengetahui jenis-
jenis soalan yang boleh dikemukakan. Terdapat dua jenis soalan yang boleh
dikemukakan oleh kaunselor iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup. Soalan tertutup
biasanya menggunakan perkatan “ya” atau “tidak” manakala soalan terbuka
memerlukan penghuraian daripada klien.

Soalan tertutup tidak menggalakkan klien menghuraikan tentang sesuatu jika


dibandingkan dengan soalan terbuka kerana soalan tertutup membolehkan maklumat
yang didapati oleh kaunselor terhad. Sebaliknya, soalan tebuka akan membolehkan
kaunselor memperoleh banyak maklumat. Jadinya, seseorang kaunselor perlu
berusaha untuk mengemukakan lebih banyak soalan terbuka berbanding dengan
soalan tertutup. Melalui soalan terbuka, kaunselor akan mendapat maklumat yang
mencukupi dan mampu untuk membentuk gambaran jelas tentang masalah yang
dihadapi oleh klien.

Oleh itu, setiap kaunselor perlu menggunakan lebih banyak soalan terbuka
berbanding dengan soalan tertutup kerana maklumat yang mencukupi boleh didapati
daripad soalan terbuka yang diajukan oleh kaunselor dan perkara ini memudahkan
kaunselor mengenali masalah klien sekali gus menyelesaikan masalah klien.

Kemahiran Memahami

Sebagai kaunselor, kita hendaklah berusaha untuk memahami masalah klien bukan
sahaja mendengar masalahnya. Seseorang kaunselor perlu memahami masalah
kliennya sebelum menyelesaikannya. Hal ini kerana terdapat sesetengah kaunselor
hanya mendengar masalah kliennya dan tergesa-gesa untuk menyelesaikannya.
Perkara seperti ini tidak dapat membantu menyelesaikan masalah klien tersebut.

Para kaunselor seharusnya memahami dengan teliti masalah yang dihadapi oleh
klien. Hal ini kerana apabila kaunselor mendengar dengan teliti masalah klien, barulah
mereka boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang masalah yang dihadapi
oleh klien. Dalam keadaan seperti, barulah kaunselor boleh membantu klien untuk
menyelesaikan masalahnya.

Kemahiran Berempati

Kemahiran berempati disini membawa maksud kemahiran kaunselor cuba memahami


serta merasai apa ayang dirasakan oleh kliennya. Kemahiran ini sangat penting kerana
dapat membantu kaunselor memahami perkara yang dinyatakan oleh klien dan dia juga
merasai perasaan yang dialami oleh kliennya.

Kemahiran berempati kaunselor mampu untuk membentuk gambaran kepada klien


yang kaunselor telah pun memahami masalah, idea dan perasaannya. Perkara ini juga
mampu mendorong klien untuk menceritakan lebih lanjut masalahnya. Apabila
kaunselor sudah mengetahui dan memahami segala maklumat yang disampaikan oleh
klien, barulah kaunselor berada dalam keadaan yang baik untuk menyelesaikan
masalah kliennya.

Pemberian Nasihat

Ramai orang pada usia remaja akan menjalankan aktiviti mengikut keamahuan mereka
sendiri tanpa mendengar nasihat daripada orang dewasa. Jadinya jika kaunselor hanya
memberikan nasihat pada kliennya mungkin nasihat tersebut tidak diterima dengan
mudah oleh kliennya.

Kemahiran pemberian nasihat ini merupakan teknik-teknik yang sama dengan


teknik pujukan. Dalam sesi kaunseling, seeloknya para kaunselor menerokai sesuatu
strategi penyelesaian masalah dengan klien. Sebagai contoh, sekiranya pelajar
mengahdapi masalah dalam pembelajaran, kaunselor tidak boleh terlalu cepat untuk
mencadangkan dia mengikuti kelas tuisyen. Hal ini kerana cadangan seperti ini tidak
memerlukan latihan dalam bimbingan atau kaunseling.

Jadinya, kaunselor perlulah menerokai masalah pelajar dengan bertanyakan apa


yang dia boleh buat untuk memperbaiki pencapaiannya dalam pembejaran. Kaunselor
tidak disarankan untuk terburu-buru dalam memberikan cadangan atau nasihat kerana
kemungkinan akan menambahkan lagi masalah kliennya.

Kemahiran Ketika Ini (Immediacy)

Kemahiran ketika ini membawa maksud setiap kaunselor dapat meramalkan perasaan
klien dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, apabila klien cuba melihat jam tangan
beberapa kali, kemungkinan dia sudah berasa bosan dengan sesi kaunseling yang
panjang itu.

Sebenarnya, kemahiran ketika ini/immediacy merupakan suatu pengakuan tentang


apa yang berlaku di sini dan pada ketika ini. Kemahiran ketika ini perlulah digunakan
secara berwaspada kerana ianya boleh mengganggu perasaan klien.

Kemahiran Membuat Rumusan

Tindakan kaunselor untuk membuat rumusan merupakan proses menggulung segala


perbincangan yang dilakukan oleh kaunselor dan klien dalam sesi kaunseling. Hal ini
kerana membuat rumusan merupakan cara untuk menamatkan sesi kaunseling. Dalam
membuat rumusan, perkara-perkara yang penting akan diutamakan. Dengan membuat
rumusan, para kaunselor mampu untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam
tentang kliennya dan membantunya untuk menyelesaikan masalah serta membantu
kaunselor meninjau kemajuan yang dicapai oleh kliennya.

Anda mungkin juga menyukai