Anda di halaman 1dari 27

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI /

KEMAHIRAN
MELAKSANAKAN INTERVENSI

KEMAHIRAN PRASESI Merujuk kepada persediaan bagi


seseorang kaunselor untuk memberi perkhidmatan kepada seseorang klien.

Melalui ini, kaunselor merancang sesi kaunseling dari aspek memberi keselesaan, pemahaman tentang bentuk pertolongan dan tujuan sesi dijalankan.

KEMAHIRAN MEMBINA HUBUNGAN Memberi ransangan kepada klien untuk


sentiasa tenang dengan memberi persepsi pertama yang positif. Aspek-aspek yang perlu ditekankan :- suasana alam sekeliling - suasana teraputik - jarak komunikasi

Membina Suasana Persekitaran


Kerusi meja yang sesuai perlu digunakan seperti kerusi tadi tidak menyakitkan pinggang atau bergoyang sehingga boleh menghilangkan tumpuan tehadap sesi yang

dijalankan.
Suhu bilik pula tidak terlalu panas atau sejuk.

Bilik atau ruang sesi kaunseling mestilah kemas dan tidak


menyakitkan penglihatan klien dan kaunselor

Suasana Teraputik
Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan perasaan dan pengaliran idea-idea tanpa rasa terancam. Oleh itu suasana teraputik merupakan asas penting yang membolehkan sesi kaunseling berjalan baik dan lancar .

Ruang Untuk Berkomunikasi


Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang penting dalam menentukan proses kaunseling dapat berjalan dengan berkesan tanpa gangguan fizikal atau psikologikal. Kaunselor perlulah memahami beberapa pertunjuk berhubungmasalah ruang ini seperti

peraturan agama, perbezaan jantina, umur, budaya ,latar belakang etnik dan isu yang
dibincangkan.Didalam.sesi.kaunseling jarak/ruang kaunselor dan klien haruslah tidak terlalu hampir atau terlalu jauh sehingga boleh menyukarkan interaksi kedua-dua pihak.

KEMAHIRAN MELAYAN Kemahiran melayan bermakna


pembimbing 'sentiasa bersama klien' dengan mengorientasikan diri secara fizikal dan psikologi kepada diri klien. Melibatkan kombinasi seperti kontak mata, kualiti vokal, bahasa tanpa lisan, kemahiran memfokus, ekspresi muka, tahap tenaga, kedudukan dan jarak dan dorongan minima.

KEMAHIRAN MEMBERI PERHATIAN Kaunselor memberi perhatian terhadap


gerak-geri klien. Dengan ini, kaunselor dapat memahami lebih mendalam tentang keadaan klien. Tingkah laku ini termasuk kedudukan klien,bertenang, postur badan, Ekspresi muka, tentangan mata, dorongan minima untuk bercakap dan intonasi suara.

KEMAHIRAN MENDENGAR Kemahiran Mendengar memerlukan


kemahiran menyata semula isi dan refleksi perasaan. MENDENGAR = NILAI TERAPEUTIK Boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :- Mendengar secara fizikal - Mendengar dengan psikologi - Mendengar dengan perasaan

REFLEKSI
Kemahiran memberi tindak balas.

bayangan semula tentang perasaan terhadap percakapan klien, perasaan yang tersirat dan idea-idea daripada pengalaman klien.

REFLEKSI ISI
Pernyataan semula idea penting klien

dengan frasa kata yang ringkas. Cth : Klien : Komputer saya diserang virus dan ini menyebabkan persembahan powerpoint yang saya sediakan telah terpadam. Pensyarah pula marah saya sebelum saya memberikan penjelasan. Itulah geram sangat.

Kaunselor : Nampaknya situasi tersebut memang menyebabkan anda tidak dapat mempersembahkan persembahan powerpoint anda dan dikena marah oleh pensyarah.

REFLEKSI PERASAAN
Bermaksud membuat respons terhadap fakta yang berkaitan dengan emosi yang klien lahirkan.

Refleksi yang tepat dapat membantu klien meluahkan lebih banyak isi penting berkaitan dengan perasaannya.

Cth : Kaunselor : Nampaknya, Ros sangat sedih sejak kebelakangan ini semenjak kehilangan ibu yang tersayang. Klien : Ya, Ros sangat sedih sekali.

REFLEKSI PENGALAMAN
Memfokus kepada gerak-geri tubuh

badan seperti cara sebutan, air muka, cara duduk dan gerak-geri tubuh yang memberi maklum balas kepada pengalaman yang menyeluruh oleh klien.

Cth : Klien

: Saya sebenarnya sangat sayang dan setia dengan teman lelaki saya. Inilah yang saya tak faham, mengapa dia sanggup meninggalkan saya.

Kaunselor : Anda terlalu sedih sekali kerana ditinggalkan oleh teman lelaki yang anda sayangi.

KEMAHIRAN MENYOAL
Soalan tertutup ialah soalan yang dikehendakkan kepada jawapan khusus, tepat dan tanpa memerlukan penjelasan lanjut tentangnya. Cth : Kaunselor : Berapakah umur anda? Klien : Umur saya 20 tahun.

Soalan terbuka ialah bentuk soalan yang memerlukan jawapan yang lebih luas dan huraian agak panjang. Cth : Kaunselor : Bagaimana kemalangan itu berlaku? Klien : Begini cikgu, semasa saya dan emak saya balik dari pasar..

PARAFRASA
Dalam keadaan-keadaan tertentu, kaunselor perlu membuat penegasan tentang sesuatu perkara yang sedang dibincangkan. Ketika ini kaunselor bolehlah membuat parafrasa, iaitu menyatakan semula isi cerita secara ringkas supaya mudah difahami. Contoh: Klien : Saya memang begitu serius sekali dengan semua rakan-rakan saya. Kaunselor : Jadi anda begitu serius sekali dengan rakanrakan anda. Klien : Ya, saya memang serius.

PERDEDAHAN KENDIRI keadaan dimana kaunselor berkongsi


maklumat berdasarkan pengalaman sendiri ataupun pengalaman lain yang berkaitan. Ia adalah bagi membolehkan klien berasa masalah yang dihadapi bukanlah sesuatu yang teruk.

KEMAHIRAN MENYEMAK PERSEPSI Mengesahkan persepsi kaunseling tentang apa yang klien katakan. Garis panduan untuk membuat penyemakan persepsi ialah dengan membuat parafrasa apa yang kaunselor fikir dan telah dengar.

KEMAHIRAN MENGHADAPI KESENYAPAN


Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa
sesi kaunseling berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk mengalakkan klien terus bercakap atau mengekalkan kesenyapan

untuk beberapa ketika. Kesenyapan ini memberikan peluang kepada


kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakanyang sewajarnya diambil seterusnya. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada klien untuk

berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat


kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya

ataumahu mengubah fikirannya.

KEMAHIRAN KONFRONTASI
Kemahiran kaunselor. ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik antara klien dengan Semasa kemahiran konfrontasi

dijalankan, kaunselor menggunakan nada yang


lembut yang mengandungi unsur- unsur ambil berat agar mesej yang disampaikan tidak tersalah tafsir oleh klien. Biasanya kemahiran konfrontasi akan digunakan oleh kaunselor kepada klien dalam keadaan keadaan berikutnya

a) Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya. b) Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada satu masa apa yang dikatakan pada masa yang lain. c) Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan. d) Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yangdikatakan oleh klien mengenai dirinya

Contoh l : "Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung tiada persediaan untuk berjaya". Contoh 2 : "Tadi saya dengar anda rasa kecewa dengan pensyarah itu, tapi dalam masa yang sama, anda rasa takut berhadapan dengan pensyarah itu untuk mengetahui isu yang sebenar".

KEMAHIRAN MEMINTA PENJELASAN


Kaunselor akan meminta kliennya untuk memberi penerangan yang lebih lanjut mengenai sesuatu isu yang sedang dibincangkan. Keadaan ini berlaku apabila isu yang cuba dibincangkan oleh klien menjadi semakin kabur dan sukardifahami.

Contoh: Kaunselor: Saya kurang faham tentang apa yang anda cakapkan,bolehkah anda terangkan dengan lebih lanjut satu persatu.

KEMAHIRAN MERUMUS
Merumus boleh difahami sebagai pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh

klien dalam sesi kaunseling tersebut. Rumusan adalah lebih meluas


jika dibandingkan dengan parafrasa.Kemahiran merumus ini

bertujuan untuk menyedarkan klien serta mengimbas kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu. Sesuatu rumusan boleh dilakukan di permulaan, ditengah ataupun diakhir sesi kaunseling. Rumusan yang dibuat pada hujung sesi kaunseling, biasanyamerupakan rumusan keseluruhan bagi sesuatu sesi

kaunseling. lshamuddin Ismail (1999) menjelaskan tujuan merumus ialah;

a) Menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien

b)Mengenalpasti satu paten atau tema yang konsisten atau yang selalutimbul selepas beberapa mesej tersebut. c) Supaya klien mendengar semula kata katanya. d) Supaya tidak ada berlaku perubahan rupa. Sesuai digunakan apabila sesi terhenti atau terbantut e) Dalam kesenyapan yang berpanjangan, rumusan bolehmempercepatkan proses kaunseling.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


AHLI KUMPULAN :
D.KAVITHA K.GUNAVATHY

S.SINDHUMATHI

Anda mungkin juga menyukai