Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN

saya opsyen dari 2 pismp bimbingan dan kaunseling. Pada semester ini kami diberikan
dua tugasan iaitu kami perlu menyediakan satu video yang mengenai prose kemahiran
kaunseling yang dijalankan. Tugasan ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu individu
dan berkumpulan. Kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas
kaunseling bagi melancarkan perjalanan sesi kaunseling yang akan dikendalikan
olehnya. Oleh yang demikian, sebelum seseorang kaunselor memberi perkhidmatan
kaunseling , mereka perlulah terlebih dahulu menguasai beberapa kemahiran asas yang
perlu di dalam proses menolong. Di antara kemahiran kemahiran yang dimaksudkan
adalah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran memparafrasa, kemahiran
membuat refleksi, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran berempati dan lain- lain.

1
2.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
Kemahiran Prasesi
Sebelum sesuatu sesi kaunseling dijalankan, kaunselor sewajarnya terlebih dahulu
menyemak rekod peribadi klien untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu
kelancaran sesi kaunseling yang akan dijalankan. Selain itu, kaunselor juga hendaklah
menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak berlakunya
gangguan semasa sesi kaunseling berlangsung. Ini adalah kerana sesuatu sesi
kaunseling itu akan dapat berjalan dengan baik apabila klien merasa selesa
meneruskan sesi dan kaunselor pula perihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh
klien.

Kemahiran Membina Hubungan


Kemahiran membina perhubungan ini termasuklah memberi perangsang kepada klien
supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Kaunselor mesti berusaha membina
suasana persekitaran yang kondusif lagi meyakinkan dan menunjukkan kemesraan
kepada klien. Sesuatu perhubungan yang baik boleh diperhatikan melalui beberapa
perlakuan berikut:
Kemesraan perhubungan dalam pertemuan.
Klien berkongsi masalah tanpa rasa ragu.
Tanda kepercayaan lahir disebabkan penerimaan tanpa syarat oleh
kaunselor.
Di bawah kemahiran membina perhubungan ini terdapat beberapa sub kemahiran asas
seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapuitik, ruang untuk
berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan
kaki, nada suara, senyuman dan cara duduk dalam kaunseling. Kesemua kemahiran-
kemahiran ini adalah bertujuan untuk memperbetulkan ketidak seimbangan kenyataan
yang diberikan oleh klien.

Membina Suasana Persekitaran


Memandangkan biasanya sesuatu perbincangan kaunseling selalunya berlangsung
selama 30 minit atau lebih sedikit semetara tajuk yang dibincangkan mungkin serius,
maka tempat yang sesuai amat diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu digunakan

2
seperti kerusi tadi tidak menyakitkan pinggang atau bergoyang sehingga boleh
menghilangkan tumpuan tehadap sesi yang dijalankan. Suhu bilik pula tidak terlalu
panas atau sejuk. Bilik atau ruang sesi kaunseling mestilah kemas dan tidak
menyakitkan penglihatan klien dan kaunselor.

Suasana Teraputik
Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan perasaan
dan pengaliran idea-idea tanpa rasa terancam. Oleh itu suasana teraputik merupakan
asas penting yang membolehkan sesi kaunseling berjalan baik dan lancar .

Ruang Untuk Berkomunikasi


Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang penting dalam menentukan proses
kaunseling dapat berjalan dengan berkesan tanpa gangguan fizikal atau psikologikal.
Kaunselor perlulah memahami beberapa pertunjuk berhubung masalah ruang ini seperti
peraturan agama, perbezaan jantina, umur, budaya , latar belakang etnik dan isu yang
dibincangkan. Di dalam sesi kaunseling jarak/ruang kaunselor dan klien haruslah tidak
terlalu hampir atau terlalu jauh sehingga boleh menyukarkan interaksi kedua-dua pihak.

Penampilan Diri
Pandangan kali pertama penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang
bakal terjalin di antara kaunselor dan klien. Sebagai contoh kaunselor dan klien harus
berpakaian mengikut norma - norma tempatan. Penampilan yang luar biasa pula boleh
menganggu tumpuan semasa sesi seperti berpakaian dengan pakaian yang menjolok
mata, pakaian terlalu serebih mahupun bau badan busuk atau bau minyak wangi yang
terlalu kuat dan merangsangkan.

Ekspresi Muka
Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka merupakan satu cara manusia
menghantar mesej. Oleh itu, adalah penting kaunselor mempamerkan ekspresi
muka atau wajah yang dapat meyakinkan klien. Ekspresi muka yang tidak sama
dengan kata-kata akan menimbulkan reaksi kurang senang klien. Seperti mulut
tersenyum tetapi nada suara sinis. Senyuman seperti ini tidak akan ditafsirkan
sebagai ikhlas tetapi ia lebih kepada mengejek.

3
Kontak Mata
Kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien, tetapi
menumpukan perhatian ke arah muka klien. Tujuan sebenar kontak mata adalah
bertujuan untuk memberi tumpuan, menunjuk minat, menunjuk tanda hormat,
menggalakkan perundingan dan mempamerkan kesungguhan kaunselor terhadap isu
yang dibawa oleh klien.

Kemahiran Menyoal

Satu lagi kemahiran asas yang penting dalam proses komunikasi ialah kemahiran
menyoal. Menyoal di sini bermaksud keupayaan kaunselor untuk mengemukakan
sesuatu soalan yang bertujuan memudahkan kefahaman klien terhadap tajuk atau isu
yang sedang dibincangkan. Kesesuaian soalan yang dikemukakan amat penting agar
maklum balas yang diperoleh boleh membantu proses bimbingan yang sedang
berlangsung. Kemahiran menyoal ini dapat dipraktikkan melalui dua bentuk soalan, iaitu
soalan terbuka dan soalan tertutup.

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merupakan perkara asas yang perlu dikuasai dengn baik oleh
seseorang kaunselor. Secara amnya dapatlah kita katakan bahawa mendengar itu
adalah satu proses yang dinamik dimana kita cuba sedaya upaya memberi sepenuh
tumpuan dari segi jasmani, emosi dan perasaan untuk memahami dan mendapatkan
mesej yang hendak disampaikan secara berkesan.

Biasanya dalam proses komunikasi, individu akan memberi tumpuan kepada dua
bentuk penyampaian yang berbeza, iaitu yang melibatkan lisan dan bukan lisan.
Penumpuan terhadap bentuk lisan melibatkan usaha kita untuk memahami
mesej yang disampaikan secara pertuturan, sebutan ataupun ucapan. Biasanya
mesej secara lisan lebih mudah difahami melalui nada, kata-kata, bahasa, gaya,
sebutan dan sebagainya.

Tumpuan bukan lisan pula memerlukan kaunselor mendapatkan mesej secara


tidak langung melalui penggunaan bahasa isyarat yang mana ia dipersembahkan

4
melalui pelbagai cara. Salah satunya ialah dengan cara memberi tumpuan
kepada gerak geri badan (contoh: cara duduk), mimik muka (contoh: senyum) ataupun
pergerakan anggota badan (contoh : mendakap tangan). Mesej yang tersirat ini
sebenarnya membantu kita untuk memahami dengan lebih jelas tentang apa yang
disampaikan secara lisan. Reik (1948) dalam bukunya Listening With The Third Ear
pernah menegaskan tentang kepentingan mendengar yang dimaksudkan di atas di
mana beliau menyatakan mendengar dengan telinga ketiga.

Parafrasa atau Menyatakan Semula


Dalam keadaan-keadaan tertentu, kaunselor perlu membuat penegasan tentang
sesuatu perkara yang sedang dibincangkan. Ketika ini kaunselor bolehlah 6Seminar
Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
membuat parafrasa, iaitu menyatakan semula isi cerita secara ringkas supaya mudah
difaham

Meminta Penjelasan
Kaunselor akan meminta kliennya untuk memberi penerangan yang lebih lanjut
mengenai sesuatu isu yang sedang dibincangkan. Keadaan ini berlaku apabila isu yang
cuba dibincangkan oleh klien menjadi semakin kabur dan sukar difahami.

Kemahiran Berempati
Empati bermaksud memahami orang lain melalui kendiri dalaman orang itu (rangka
rujukan) yang dijadikan sebagai asas bagi memahaminya dan untuk berkomunikasi
dengannya (Kurpius, 1986). Sebagai kaunselor, kemahiran berempati amat penting
untuk menunjukkan bahawa kaunselor betul-betul berada di sisi klien.

Kemahiran Refleksi
Kemahiran ini memperlihatkan sejauh mana kaunselor boleh membaca mesej atau
maklumat yang hendak disampaikan oleh klien. Pada waktu yang sama kaunselor
dengan menggunakan kemahiran refleksi cuba menyatakan kembali mesej tersebut
kepada kliennya. Dengan cara ini, kita boleh membuktikan kepada klien bahawa
kaunselor sedang berusaha menerokai serta melihat alam klien sebagaimana apa yang
sedang dilihat oleh klien sendiri ketika itu. Kemahiran refleksi boleh dibahagikan kepada
tiga bahagian, iaitu refleksi perasaan, refleksi pengalaman dan refleksi isi

5
Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang
kaunselor. Kaunselor hendaklah menggunakan perkataan-perkataan yang mudah
difahami oleh klien.. lni adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi
atau mempunyai pengetahuan yang sama. Di samping itu juga, kaunselor hendaklah
mengelakkan penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit kerana
mengelakkan klien daripada keliru dan tidak faham apa. yang telah dikatakan oleh
kaunselor. Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan , kontak mata seperti
kaunselor boleh mengangguk kepalanya dan duduk mencodong ke hadapan sedikit
sebagai tanda menunjukkan minat dan lain-lain gerak balas

Kemahiran Melakukan Dorongan Minimum


Dorongan minima sangat diperlukan tanda sokongan dan dorongan kepada klien untuk
meneruskan perbincangan. Dorongan minima adalah merupakan respon dalam bentuk
ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang mengalakkan klien untuk terus
bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima dalam bentuk
perkataan adalah seperti bagus , teruskan, selepas itu, jadi, terangkan lagi, oh , dan
dalam bentuk anggota seperti sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya
dan lain-lain lagi. Tujuan dorongan minima adalah untuk memberikan rangsangan
kepada klien untuk terus bercerita. Di samping ia menunjukkan kaunselor mendengar
dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien yang telah dikatakan oleh
kaunselor. Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan , kontak mata seperti
kaunselor boleh mengangguk kepalanya dan duduk mencodong ke hadapan sedikit
sebagai tanda menunjukkan minat dan lain-lain gerak balas

Kemahiran Melakukan Dorongan Minimum

Dorongan minima sangat diperlukan tanda sokongan dan dorongan kepada klien untuk
meneruskan perbincangan. Dorongan minima adalah merupakan respon dalam bentuk
ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang mengalakkan klien untuk terus
bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima dalam bentuk
perkataan adalah seperti bagus , teruskan, selepas itu, jadi, terangkan lagi, oh , dan

6
dalam bentuk anggota seperti sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya
dan lain-lain lagi. Tujuan dorongan minima adalah untuk memberikan rangsangan
kepada klien untuk terus bercerita. Di samping ia menunjukkan kaunselor mendengar
dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien.

Kemahiran Mengendali Kesenyapan


Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling
berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk mengalakkan klien terus
bercakap atau mengekalkan kesenyapan untuk beberapa ketika. Kesenyapan ini
memberikan peluang kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan yang
sewajarnya diambil seterusnya. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada klien
untuk berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali
sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya.

Kemahiran Aplikasi Teori Dan Teknik Kaunseling


Apabila seseorang kaunselor menguasai teori-teori dan teknik-teknik kaunseling,
kaunselor akan lebih berupaya untuk menolong klien untuk berhadapan dengan
masalah yang dihadapi oleh klien dengan lebih yakin . Apa yang lebih penting ialah
kaunselor perlu tahu bagaimana dan bila masanya untuk mengaplikasi kemahiran teori
dan teknik-teknik kaunseling yang ada padanya. Kaunselor juga perlu bijak memilih
teknik sesuai digunakan apabila berhadapan dengan seseorang klien itu.

Kemahiran Merumus
Merumus boleh difahami sebagai pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan
perasaan penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut.
Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan dengan parafrasa. Kemahiran
merumus ini bertujuan untuk menyedarkan klien serta mengimbas kembali apa yang
telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu. Sesuatu rumusan boleh dilakukan di
permulaan, di tengah atau pun di akhir sesi kaunseling. Rumusan yang dibuat pada
hujung sesi kaunseling, biasanya merupakan rumusan keseluruhan bagi sesuatu sesi
kaunseling

7
Kemahiran Konfrontasi
Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik antara klien
dengan kaunselor. Semasa kemahiran konfrontasi dijalankan, kaunselor menggunakan
nada yang lembut yang mengandungi unsur- unsur ambil berat agar mesej yang
disampaikan tidak tersalah tafsir oleh klien. Biasanya kemahiran konfrontasi akan
digunakan oleh kaunselor kepada klien

8
3.0 FASA 1 : SEBELUM PROSES MENJALANKAN SESI KAUNSELING

1. Pra-persediaan

Sebelum memulakan sesi kaunseling, peringkat ini digelar sebagai pra-


persediaan, Pra-persedian merupakan satu peringkat yang amat penting sebelum
memulakan sesi kaunseling. Dalam peringkat ini, kaunselor perlu membuat kajian atau
penyelidikan tentang latar belakang seseorang klien. Segala maklumat peribadi klien
perlu dikumpul secara teratur dan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut
memahami persoalan sebenar kliennya. Kaunselor juga perlu menyediakan sebuat
tempat yang kondusif dan teraputik sebelum menjalankan sesi kaunseling. Kaunselor
boleh menggunakan terapi muzik dan terapi aroma untuk membentukkan suasana
teraputik kerana muzik dan bau wangi boleh membantu seseorang melepaskan tekanan
yang ada pada dirinya.

Pada permulaan sesi kaunseling, kaunselor perlu membentuk dan membina


hubungan yang baik dengan kliennya, Teknik membina hubungan adalah sangat penting
supaya klien tidak berasa rendah diri atau benci dengan kaunselor. Oleh demikian,
kaunselor perlu mempunyai kemahiran-kemahiran yang baik seperti mendengar,
memerhati, cara berkomunikasi yang baik dan seterusnya memberikan pertolongan.
Sebagai contohnya, kaunselor harus menumpukan perhatian semasa klien meluahkan
perasaan atau masalahnya dengan kaunselor. Kaunselor perlu mempunyai
bertentangan mata atau eye contact dengan klien supaya klien berasa kaunselor
sedang memberi perhatian semasa klien mengeluarkan suara hatinya.

Selain itu, kaunselor haruslah menyediakan tempat serta menentukan masa


yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Klien perlu membuat temu janji
dengan kaunselor sebelum mempunyai sesi kaunseling. Tempat yang selesa dan
menarik akan menggalakkan klien tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi
kaunseling tersebut dan seterusnya dapat diadakan dengan jayanya. Kaunselor perlu
mahir dalam pengurusan masa supaya kaunselor dapat menepati janjinya dengan klien
untuk menjalankan sesi kaunseling. Contohnya, kaunselor perlu berjumpa dengan klien

9
dengan masa yang ditetapkan supaya klien berasa dirinya adalah diperhatikan oleh
orang lain.

Sebelum memulakan sesi kaunseling, seseorang kaunselor perlu mengambil kira


tahap kemampuannya sama ada dirinya sendiri mahupun klien. Kaunselor yang
kelihatan letih akan menimbullkan rasa kurang yakin di kalangan klien terhadap
kaunselor. Oleh demikian, kaunselor perlu memberi senyuman yang mesra dan
memberi tindak balas yang wajar sepanjang sesi kaunseling dijalankan supaya klien
berasa dirinya dihormati oleh kaunselor. Contohnya, kaunselor akan memberi dorongan
dengan menjawab Ya atau Sila Teruskan sepanjang sesi kaunseling dijalankan
supaya klien rasa terdorong dan berminat untuk berkongsi perasaan dengan kaunselor
tersebut.

Apabila kaunselor dan klien masing-masing bersedia untuk memulakan proses


kaunseling, persetujuan antara kedua-dua pihak bagi memulakan proses kaunseling
mestilah dipersetujui. Blocher (1966) menganggap persetujuan ini sebagai satu kontrak
antara kaunselor dan kliennya serta sebagai tanda permulaan sesuatu proses
kaunseling. Persetujuan antara kontrak ini akan berubah pada bila-bila masa mengikut
kehendak dan keadaan klien itu sendiri. Jika seseorang klien berasa letih, malas atau
lemah, kaunselor harus bertanya sama ada klien ingin meneruskan sesi kaunseling atau
tidak. Kaunselor juga boleh menjalankan aktiviti yang klien minati untuk menarik minat
klien tersebut. Contohnya, kaunselor boleh menggunakan terapi lukisan untuk
mengetahui fikiran kliennya.

Seterusnya, kaunselor perlu mengatasi halangan-halangan yang akan dihadapi


semasa sesi kaunseling dijalankan. Antara halangan-halangan termasuklah agama,
budaya, kepercayaan seseorang klien. Kaunselor perlu mengetahui halangan tersebut
sebelum menjalankan sesi kaunseling supaya tidak melakukan sebarang kesalahan. Ini
dapat mengelakkan klien berasa benci atau rendah diri semasa sesi kaunseling
dijalankan. Kaunselor juga harus mengamalkan sikap atau nilai penerimaan tanpa
syarat terhadap semua klien. Jika seseorang kaunselor tidak mengamalkan nilai
tersebut, maka sesi kaunseling tersebut tidak akan berjaya dan kaunselor juga mungkin
akan mengkritik klien sepanjang sesi dijalankan.

Secara kesimpulannya, kaunselor harus membuat persediaan yang mencukupi


supaya sesi kaunseling dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya. Tanggungjawab

10
seseorang kaunselor adalah berat dan penting untuk membantu seseorang klien
menjadi cara penyelesaian supaya mereka dapat mencari sifatnya yang terpendam
dalam diri sendiri.

Laporan semasa kaunseling individu


Peringkat Penyediaan dan Kemasukan

Di tahap ini, temubual secara minima antara kaunselor dan klien akan berlaku.
Sewaktu memulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah menggunakan
soalan-soalan yang tidak menakutkan serta mempamerkan perlakuan yang membantu
umpamanya perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan kaunselorter
sebut hendaklah disesuaikan. Jarak kedudukan antara kaunselor dan klien juga perlu
diberi perhatian bagi memudahkan proses komunikasi. Selain dari pada itu, kedaan
tempat juga merupakan satu perkara yang penting dalam permulaan hubungan antara
klien - kaunselor. Ini amat penting kerana suasana bilik yang tenangakan
memberansangkan serta menggalakkan klien untuk meluahkan perasaannya.

Seperti dalam video yang diambil oleh kumpulan saya, kaunselor menanyakan
soalan yang tiada kaitan dengan masalah yang dihadapi oleh klien.

Peringkat Penetapan Penjelasan

Padaperingkatini, kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas


tentang persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan
matlamat kaunseling yang diperlukan mengikutkehendakklien. Biasanya dua cara boleh
dilakukan iaitu jika klien mudah bercakap dan meluahkan segala isi hatinya, kaunselor,
akan terus mendorong klien tersebut untuk terus bercerita.Jika klien tersebut sukar
untuk bercerita, maka kaunselor hendaklah bijak mengemukakan soalan-soalan yang
terbuka agar menggalakkan klien tersebut untuk bercerita.

Peringkat Penstrukturan

Di peringkat ini, kaunselor dan klien akan menetapkan samaada perhubungan


mereka itu boleh diteruskan atau tidak. Kaunselor harus menilai dirinya sendiri sama
ada beliau berkemahiran membantu klien,memenuhi harapan, berasa selesa dengan
klien tersebut dan perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan klien. Bagi
pihak klien juga sudah dapat menentukan sama ada kaunselor tersebut boleh dipercayai

11
atau tidak dan bersediakah ia melibatkan diri serta menerima syarat-syarat yang
dikenakan oleh kaunselor nanti.

Tahap penstrukturan ini akan rnenentukan sifat, batasan dan matlarnat


perhubungan menolong. Kaunselor boleh memberitahu klien langkah-langkah yang
akan diambil bagi menyedarkannya arah yang sedang ditujui. Kontrak kaunseling akan
dibuat pada peringkat ini iaitu persetujuan antara kaunselor dan klien bagi berusaha
mencapai matlarnat yang di tentukan serta bertanggungjawab untuk menepatinya.
Dengan adanya kontrak ini, klien akan merasa lebih komited menjalankan sesuatu
tindakan untuk rnencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan.

Peringkat menjalin hubungan

Di peringkat ini, matlamat utama kaunseling ialah untuk mengeratkan


perhubungan antara kaunselor dengan klien.Perhubungan akan terbina dengan baik
melaluikeyakinandan rasaselamat yang dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling. Pada
peringkat ini, kaunselor hendaklah mewujudkan suasana sekeliling dan tingkahlaku yang
meyakinkan serta sentiasa menunjukkan kemesraan.Kaunselor hendaklah membina
tanggapan pertama yang positif dan untuk tujuan ini, kaunselor perlu mengambil kira
beberapa perkara yang dapat membina perhubungan yang baik dan selesa.Membina
suasana alam sekeliling yang kondusif.

Jarak antara kaunselor dengan klien

Dalam melaksanakan sesi kaunseling, jarak atau ruangantara klien dengan


kaunselor harus diambil kira bagi mempastikan agar tidak terlalu dekat sehingga
menyukarkan kedua-dua pihak untuk berkomunikasi. Jarak antara 1 hingga 1.5 meter
dapat menimbulkan rasa selesa dan klien akan berasa mendapat perhatian yang baik.

Penampilan diri

Pandangan pertama amat penting dalam menentukan keberkesanan hubungan


yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan gembira dengan
penampilan kaunselor, ia merupakan cirri pertama yang akan menentukan kejayaan sesi
seterusnya. Kaunselor atau klien hendaklah berpakaian mengikut norma-norma
tempatan, tidak keterlaluan sehingga klien memerlukan masa untuk menerima kaunselor
atau sebaliknya.

12
Ekspresi muka/wajah

Ekspresi wajah yang timbul dari penglahiran rasa hati, emosi,fikiran, penilaian
dan keadaan diri individu juga perlu diambil kira.Dalam sesi kaunseling, ekspresi wajah
dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, amat
penting bagi parakaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat
menyakinkan klien.

Cara duduk dalam sesi kaunseling

Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap orang


lain.Seseorang yang bersifat terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit kearah
orang yang bercakap dengannya.

Senyuman

Senyuman merupakan unsur penting dalam sesi kaunseling terutama sekali di


peringkat awal sesi tersebut. Ini adalah kerana senyuman bertindakSebagai penjalin
hubungan yang baik antara kaunselor dengan klien.Lazimnya, senyuman kaunselor
boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien. Senyuman juga harus diberikan
mengikut kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak bersesuaian, ia
akan mengakibatkan kesilapan interpretasi di kalangan pihak klien.

Nada suara

Nada suara selalunya membawa bersama emosi yang Terkandung dalam sesuatu
perkataan atau ayat. Sesuatu perkataan yang disebut dengan nada yang berbezaakan
membawa erti yang berbeza. Oleh itu, adalah penting bagi kaunselor mendengar dan
memahami nada suara tersebut kerana ia akan memberi peluang kepadanya untuk
memahami emosi klien seperti nada tegang, geram, pemarah, sedih, tidak bermaya,
merungut dan sebagainya.

13
Peringkat Penerokaan

Pada peringkat ini, kaunselor akans emakin mengenali klien terutamanya dari
segi pendirian, matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk membantu kliennya.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh kaunselor di peringkatin ialah ;

Terus mewujuddan mengeratkan hubungan agar perasaan yakin, percaya dan


selama ttimbul di pihak klien terhadap kaunselor.
Klien di waktu ini digalakkan untuk meneroka masalah dan perasaannya bagi
mencapai kesedaran
kendiri.
Kaunselor boleh memutuskan sama adaakan meneruskan hubungan sesi
kaunseling ini atau menghentikannya atas sebab sebab tertentu.
Kaunselor boleh member panduan kepada klien tentang

kemahiran-kemahiran yang perlu bagi mencapai matlamatnya. Kaunselor boleh


memberikan aktiviti kerjarumah untuk klien bagi membolehkannya mencapai
matlamat.Pada tahap ini, kaunselor harus lebih bersifat aktif, tegas dan cergasd alam
tindakannya. Kaunselor seharusnya semakin jelas tentangapa yang diperlukan oleh
kliennya. Kaunselor juga perlu menggunakan segala kemahirannya untuk meneroka
persoalan klien. Menurut Eisen berg dan Delaney (1977), peringkat ini merupakan
proses berlakunya komunikasi yang didorong oleh keikhlasan dan kejujuran serta
berterus-terang terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara kedua-dua
pihak.Segala perasaan tidak logik, tidak rasional samaada dalam diri kaunselor atau
klien mestilah dikikis dan dihindari segera supaya tidak mengganggu pencapaian
matlamat sebenarnya. Perhubungan yang erat sangat penting untuk menimbulkan
keyakinan sehingga klien dapat berasa bebas, selamat dan selesa serta terbuka dan
sedia berkongsi perasaan dan masalah dengan kaunselor.

14
FASA TIGA: SELEPAS PROSES KAUNSELING

Berada di fasa ini bererti, kaunselor yang telah berjaya melaksanakan peringkat-
peringkat dalam fasa ke tiga perlu melakukan peringkat penamatan.

Peringkat Penamatan

Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan. Lazimnya satu


penamatan sesi dicapai melalui persetujuan pihak kaunselor dengan klien. Di peringkat
ini hasil atau pencapaian klien akan dirumuskan. Jika masih terdapat matlamat-
matlamat yang tidak tercapai, maka sebab-sebabnya haruslah dikenalpasti. Di peringkat
ini pihak klien seharusnya sudah berpuas hati dengan proses kaunseling. Sebaliknya
jika ia tidak mahu meneruskan sesinya maka klien tersebut bolehlah merujuk kepada
kaunselor atau pakar-pakar lain. Penamatan juga boleh berlaku jika kaunselor
mendapati klien tidak rnahu bekerjasama, tidak mahu berubah atau pun atas permintaan
klien sendiri. Dapatlah dirumuskan bahawa peringkat penamatan ini merupakan peringkt
penilaian kaunselor terhadap keberkesanannya strategi atau teknik yang telah
diaplikasikan terhadap kliennya. Sebaliknya, jika tidak berkesan mungkin sesi dan
tindakan susulan akan di teruskan. Walaupun proses kaunseling sudah ditamatkan, ini
tidak bererti hubungan antara kedua-duanya akan terputus langsung. Sebaik-baiknya
adalah digalakkan supaya kaunselor mengikuti perkembangan klien yang pernah
dibantunya.

Dalam kes ini sesi perjumpaan dengan klien dapat ditamatkan dalam keadaan
yang baik. Ini dimaksudkan klien dapat memahami situasi yang sebenar dengan jelas.
Klien (Hoo) Sebenarnya tidak minat dalam subjek Matematik dengan guru
Matematiknya. Selepas berjumpa dengan cikgu Sattiawathy Arumugam, dia mendapat
idea- idea baru dan penyelesaian bagi masalah dia. Dia membuat keputusan bahawa
berusaha untuk dapat kejayaan dalam subjek Matematik.

Hubungan kaunseling sama ada antara kaunselor-klien atau klien-kaunselor


memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesuatu proses kaunseling.
Hackney & Cormier dalam (Gibson & Mitchell, 1981) telah menyatakan bahawa
hubungan kaunselor-klien bukan sahaja bertindak untuk meningkatkan peluang-peluang
bagi klien mencapai matlamatnya, malah bertindak sebagai model untuk mewujudkan

15
perhubungan interpersonal yang boleh digunakan oleh klien untuk mempertingkatkan
kualiti bentuk hubungan lain di luar setting kaunseling .

Belkin (1988) mengemukakan lima garis panduan bagaimana kaunselor boleh


mewujudkan perhubungan yang fasilitatif antara dirinya (kaunselor) dengan klien. Lima
garis panduan tersebut adalah Kaunselor mesti mempunyai keinginan atau minat untuk
mendengar apa sahaja yang ingin diluahkan oleh klien. Dalam kes ini Kaunselor dapat
mendengar masalah klien dengan cara yang baik. Kaunselor tidak membuat sebarang
halangan persepsi terhadap luahan tersebut. Kaunselor dapat berkomunikasi dengan
klien dari permulaannya dengan menyebut "saya di sini sedia membantu anda".
Kaunselor menunjukkan perasaan dan idea yang boleh membantu klien untuk
berkembang.

Hubungan teraputik merupakan teras kepada proses memberi bantuan kepada


klien. Hubungan teraputik berlaku secara timbal-balik dan saling faham memahami serta
melalui persetujuan bersama. Kepentingan hubungan kaunseling boleh dilihat melalui
penglibatan klien dalam proses kaunseling melalui sifat keterbukaan antara klien dengan
kaunselor, kemesraan serta penerimaan klien terhadap kaunselor di mana terdapat
saling hubung kait yang signifikan terhadap hasil yang positif.

Kejayaan sesuatu proses kaunseling adalah di tentukan oleh peranan dan


tanggungjawab kaunselor dan klien. Bagi pihak kaunselor, beliau perlu mengenali ciri-ciri
klien, dapat mengagak dan mengenal pasti jangkaanjangkaan klien serta boleh
mewujudkan hubungan teraputik. Ini boleh dilakukan melalui personallti dan kemahiran-
kemahiran yang ada pada kaunselor. Bagi klien pula, beliau perlu mengetahui rnengapa
beliau datang rnenemui kaunselor,tahu matlamat serta tahu peranannya sewaktu sesi
kaunseling.

Briggs (1994) mengatakan terdapat tiga keadaan di mana individu boleh di


kategorikan sebagai klien dalam sesi kaunseling. Apakah keadaan ini? Steffire dan
Grant (1972) mendefinisikan klien sebagai individu yang sedang mengalami pelbagai
kerumitan peribadi, terdapat ketidak puasan atau kemurungan dalam dirinya.
Disebabkan oleh kekurangan kemahiran dalam dirinya untuk menyelesaikan masalah
telah menyukarkan sesuatu perubahan dibuat tanpa bantuan.

16
Dalam kaunseling, lazimnya terdapat tiga kategori klien yang memerlukan
bantuan kaunselor. Kategori tersebut adalah klien yang dirujuk, klien yang datang sendiri
dan klien yang rela.

Jangkaan- jangkaan Klien

Engelkes dan Vandergoot (1982) menjelaskan klien sering rnernpunyai jangkaan


tertentu terhadap proses tertentu. Belkin (1988) menyatakan klien menemui kaunselor
bukan sahaja dengan tujuan tertentu malah kedatangannya diiringi oleh satu
kepercayaan dan jangkaan-jangkaan tertentu. Ada kalanya jangkaan-jangkaan tersebut
rnungkin sukar dicapai kerana tidak bersifat realistik. Cottler dan Brown (1996)
menyenaraikan contoh jangkaan-jangkaan klien terhadap perhubungan kaunseling
seperti Klien rnengharapkan kaunselor rnemberikan jawapan kepada rnasalah klien,
Klien rnengharapkan kaunselor mernberitahunya bahawa segala rnasalah akan selesai
apabila berjumpa dengan kaunselor. Kaunselor boleh tahu sama ada klien rnenipu atau
tidak. Cottler dan Brown menyatakan jangkaan-jangkaan klien yang salah boleh
diselesaikan rnelalui perbincangan diperingkat awal temubual sesi kaunseling.

Peringkat Pengukuhan

Pada peringkat pengukuhan ini, klien akan menjelaskan dengan lebih lanjut
tentang perasaannya serta menentukan pilihan-pilihan yang boleh diambil
olehnya.Kemahiran-kemahiran baru juga perlu diamalkan. Klien seharus nya telah
benar-benar melibatkan dirinya secara langsung dan secara aktif di peringkat ini.
Seboleh-bolehnya,sesuatu pilihan telah dibuat, diterima dan diyakinkan serta
disepadukan mengikut proses-proses yang telah dipersetujui bersama.

Peringkat Perancangan

Peringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan kata muktamad


kepada rancangan tindakan yang khusus. Kaunselor seboleh-bolehnya menolong
kliennya merancang strategi-strategi yang hendak diambil termasuk langkah-langkah
perlaksanaan strategic tersebut. Peringkat ini lebih merupakan peringkat
memperjelaskan matlamat yang diharapkan oleh klien dan menyesuaikannya dengan
tindakan yang bakal diambil. Di tahap ini, proses perancangan sudah hamper kepada
tahap penyelesaian.

17
4.0 REFLEKSI

Dalam kerja kursusu ini saya telah dapat mempelajari teknik dan proses
kemahiran kaunseling. Apabila kami telah menambil sebuah berkaitan kaunselor
dank lien barulah dapat melihat kemahiran kemahiran yang digunakan. Prof
Datin Dr Aizan(2002) menyatakan antara kemahiran yang asas dalam membantu
adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan klien
bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran menyoal,
kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran memimpin secara
langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima,
kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi,
kemahiran membuat klasifikasi, kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan,
kemahiran mencabar, kemahiran berempati, kemahiran menghadapi
kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling,
kemahiran memberi maklumat, kemahiran merumus, kemahiran meninjau klien,
kemahiran konfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi.

Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak


rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna.
Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna untuk
membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian
nanti. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang
sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.
Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah
cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab
pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin
dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan.
Jika tidak klien akan berasa terancam dan menjadi defensif. Sekian terima kasih

18
5.0 KESIMPULAN

Secara dasarnya, untuk menjadikan seorang kaunselor yang berjaya adalah


tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor
harus mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses
menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Sekiranya kemahiran yang
diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling
sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan
dan kepercayaan terhadap kaunselor.

19
KESIMPULAN

Secara dasarnya, untuk menjadikan seorang kaunselor yang berjaya adalah


tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor
harus mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses
menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Sekiranya kemahiran yang
diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling
sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan
dan kepercayaan terhadap kaunselor.

20

Anda mungkin juga menyukai