Anda di halaman 1dari 3

Kemahiran Mendengar

Kemahiran yang paling penting & aktif semasa sesi kaunseling. Definisi Adalah proses secara sengaja dan mempunyai tujuan/objektif. Ianya merangkumi mendengar dengan tujuan untuk mengetahui, memahami, mengingat, meneroka dan membantu. (Mendengar secara aktif) (Mohd. Mansur, 1995)

5.2.2 - Kemahiran Mendengar

Kemahiran Mendengar
Definisi Bukan sahaja mendengar dengan teliti tetapi kesungguhan dalam memahami makna sama ada ia berbentuk perasaan atau pemikiran yang hendak disampaikan oleh klien melalui secara lisan atau bukan lisan. (Maznah & Zainal, 2007) Mendengar dengan baik harus melibatkan penggunaan telinga, mata, hati dan pemikiran. (S. Ismail & A. Subki, 2010)

Kemahiran Mendengar
Persediaan Diri Kaunselor Cara duduk & body language semasa mendengar Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan terhadap orang lain Duduk condong sedikit ke arah klien seorang yg bersikap terbuka, mesra dan sedia membantu Duduk menyandar ke belakang- seorang yang bersifat tidak menerima

Samb Samb - Egan (1990) memberikan akronim S.O.L.E.R. untuk menggambarkan cara duduk untuk mendengar semasa bersama klien. S = Face the client Squarely (L Shape) - Menghadap klien (ekspresi wajah yg. sesuai) & tiada sekatan antaranya. O = Open posture - Postur terbuka. Elakkan berpeluk tubuh, silang kaki, goyang kaki, menyeluk kocek tetapi beri perhatian & tunjukkan minat.

Samb.. Samb.. L = Lean Forward - Condong sedikit ke hadapan menghadapi klien. Menunjukkan keterlibatan, mendengar, minat, mesra & menerima E = Eye Contact - Fungsinya menunjukkan memberi perhatian, minat, tanda hormat, menggalakkan perundingan, peluahan perasaan yang jujur, menimbulkan rasa penerimaan, dipercayai, keselesaan & kesungguhan - Melihat kpd muka & gerak-geri klien serta bersahaja (bukan renungan tajam)

Samb.. Samb..

R = Relax - Kendalikan sesi dlm keadaan tenteram, tenang, relax dan natural. Bukti kestabilan & mampu membantu. Ketenangan membantu lebih tumpuan/perhatian untuk mendengar

Persediaan Diri Kaunselor (samb) Tahap tenaga - kesediaan mental & fizikal Persediaan seluruh deria - mendengar, melihat, memerhati & mengamati Fokus/konsentrasi menumpukan sepenuh perhatian kepada klien Elakkan gangguan psikologi (dalaman diri sendiri stress, masalah peribadi dsb) & fizikal (luaran & persekitaran kebisingan, perbualan, kipas, lalu lintas, dsb)

Panduan Umum
Jarak kaunselor - klien yang sesuai Mendengar dengan penuh tumpuan untuk mendapat pemahaman yang tepat Mendengar isi kandungan yang dinyatakan. Fokus pada apa yang diucapkan serta cara & nada ia ucapkan Mendengar perasaan yang dinyatakan (lisan). Mendengar perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan (body language).

Panduan Umum
Menghayati perasaan klien Berminat; disertai dorongan yang luhur Kenalpasti isu utama klien Mengawal emosi ketika mendengar Anggap apa yang disampaikan ada kebaikan dan kepentingan Hindarkan judgemental / penilaian awal / prasangka negatif beri masa untuk mendengar dengan sabar hingga tamat

Panduan Umum
Berikan respon yang sesuai Tanyakan soalan yang berkaitan Buat rumusan mengenai apa yang telah dinyatakan oleh klien

Aktiviti
Bentukkan kumpulan perbincangan seramai 3 orang sekumpulan. Seorang ahli mainkan peranan sebagai klien yang bercerita, seorang sebagai kaunselor yang mendengar & seorang lagi sebagai pemerhati. Pemerhati akan mencatatkan segala tingkah laku kaunselor ketika mendengar cerita klien. (2 minit) Seterusnya buat perbincangan (dalam kumpulan ) berdasarkan hasil catatan pemerhati & penerangan kuliah tadi, hasilkan satu senarai semak panduan kemahiran mendengar yang sesuai (8 minit).

KEDUDUKAN JARAK KERUSI YANG BAIK UNTUK SESI KAUNSELING INDIVIDU

Anda mungkin juga menyukai