Anda di halaman 1dari 23

BBD 30302 BIMBINGAN DAN

KAUNSELING

BAB 5: KEMAHIRAN ASAS


DALAM KAUNSELING
5.1 KEMAHIRAN MENDENGAR

Merupakan kemahiran paling asas dan penting dalam


kaunseling
Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi
perhatian.
Rogers (1951) merumuskan “Tanpa perhatian,
mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman,
maka komunikasi tidak akan wujud”.
Proses kemahiran mendengar
Apa yang diperkatakan
Bagaimana diperkatakan
Bagaimana keadaan emosi yang mengiringi
kata-kata.
Pergerakan tubuh badan semasa berkata
Konteks situasi kata-kata itu diluahkan.
Panduan mendengar berkesan

Kekalkan tumpuan mata


Gunakan pendengaran yang aktif
Tidak buat penilaian dan hukuman
Fikir dan fahami apa yang diperkatakan
Kesalahan dan kesilapan semasa mendengar

Di peringkat permulaan telah buat andaian


Memotong cerita atau idea klien
Mengkritik atau menentang idea atau tindakan yang dibuat.
Berpura-pura mendengar dan memikirkan perkara lain.
Hubungan sehala.
SOLER

• S - (squarely)
• O - (open posture)
• L - (lean forward)
• E - (eye contact)
• R - (relax)
5.2 EMPATI

Empati bermaksud “memahami orang lain melalui kendiri dalaman


orang itu(rangka rujukan) yang dijadikan sebagai asas bagi
memahaminya dan untuk berkomunikasi dengannya” (Kurpius,
1986).

Sebagai kaunselor, kemahiran berempati amat penting untuk


menunjukkan bahawa kaunselor betul-betul berada di sisi klien.
***klien boleh merasakan bahawa dia betul-betul sedang dibantu
dari segi jasmani, emosi, perasaan serta mental ketika itu.
Mencerminkan perasan dan emosi

Nyatakan perasaan / emosi seseorang yang terselindung.


Beri maklumat spesifik berkenaan emosi seseorang.
Jelaskan emosi bercelaru yang melanda seseorang.
Contoh:

KLIEN: “Saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi. Saya acap
kali memikirkan masalah ini. Ayah dan ibu saya seolah-olah tidak
memahami bahawa saya sudah tidak peduli lagi terhadap kehendak
mereka.”

KAUNSELOR: “Saya dapat merasakan kekecewaan yang anda


alami.”
5.3 MEMBUAT REFLEKSI

Kemahiran ini memperlihat sejauh mana kaunselor boleh


membaca mesej atau maklumat yang hendak disampaikan oleh
klien.

 Pada waktu yang sama kaunselor dengan menggunakan


kemahiran refleksi cuba menyatakan kembali mesej tersebut kepada
kliennya.

 Dengan cara ini, kita boleh membuktikan kepada klien bahawa


kaunselor sedang berusaha menerokai serta melihat alam klien
sebagaimana apa yang sedang dilihat oleh klien sendiri ketika itu.
Kemahiran refleksi

Refleksi perasaan

Refleksi pengalaman

Refleksi isi
5.4 PARAFRASA
•Respons kaunselor setelah mendengar isi dan
memerhati tingkah laku klien

•Matlamat utama ialah memudahkan penerokaan ke


atas klien
Tujuan parafrasa
•Menunjukkan kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien

•Sangat sesuai digunakan di peringkat awal hubungan kaunseling parafrasa


merupakan pernyataan semula kenyataan dan mesej yang dibawa oleh klien untuk
mendapatkan kepastian

•Refleksi kepada apa yang dikatakan oleh klien

•Memberi peluang kepada klien mendengar kembali apa yang dirasa dan
dikatakannya
· Mengulangi semula kepada klien kata-kata yang baru disebutkan.
· Menjelas dan memberikan tumpuan kepada apa yang klien baru
sebutkan.
· Memberitahu klien bahawa kaunselor mendengar apa yang
diperkatakan.
· Mendorong klien untuk meneruskan penerokaan
· Mengelak kekeliruan dan ketidaksefahaman
· Membantu klien untuk berfikir dan menumpukan perhatian
terhadap situasi, orang, objek atau idea dengan lebih jelas (Ismail,
1999)
Contoh:

• Klien :“Dah lama saya menunggu keputusan


darinya… selama tiga belas tahun, satu respons pun tidak
ada.”

• Kaunselor : “Selama 13 tahun, anda menunggu respons


darinya tapi satu respons pun tidak ada.”
5.5 MENYOAL DAN KONFRANTASI
•MENYOAL
•Tujuan mengemukakan soalan
Maklumat khusus tentang klien dan masalahnya.
Diagnos masalah
Memerhati cara & gaya percakapan serta penyampaian mengenai sesuatu
isu
Mengetahui isu yang ingin disampaikan ( fakta / perasaan )
•Jenis soalan :-
Soalan terbuka
Soalan tertutup
Soalan
tertutup
dan terbuka
Contoh:

Soalan Tertutup : Soalan Terbuka :


Adakah saudari Boleh saudari
berasa jemu? jelaskan kenapa
saudari berasa jemu?
Konfrantasi

•Digunakan apabila terdapat percanggahan pendapat atau


maklumat dari klien / pelajar
5.6 MERUMUS DAN MENGGULUNG

• Merumus dapat dilakukan pada awal, pertengahan dan


akhir sesi.
• Kaunselor akan menyatakan semula bahagian isi dan
perasaan penting yang sudah dikatakan oleh klien
dalam sesi kaunseling.
• Kemahiran merumus terbahagi kepada dua :

• Rumusan kecil
• Rumusan besar

Rumusan kecil – dilakukan sama ada permulaan, tengah ataupun


akhir sesi kaunseling.

Rumusan besar – dilakukan sekali sahaja pada hujung sesi


kaunseling iaitu membuat rumusan keseluruhan.
• Dalam kaedah merumus dan menggulung, seseorang itu akan
menceritakan semula apa yang didengarnya mengikut ayat-ayat
dan pemahaman sendiri.

• Membuat rumusan dan penggulungan merupakan satu cara


mengenal pasti dan memberikan semula inti pati komunikasi
yang dibuat oleh klien dalam bentuk maklum balas.
Sekian,
terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai