Anda di halaman 1dari 1

PBKK3093 MAKMAL AMALI BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK

PISMP AMBILAN JUN2018

Topik perkongsian dalam kelompok dipilih berdasarkan matlamat kelompok dan matlamat
ahli yang diterjemahkan dalam bentuk masalah atau isu. Proses meneroka dan mengenal
pasti punca masalah atau isu yang dialami boleh dilakukan oleh ketua, ahli yang bercerita
atau ahli lain. Punca masalah kemudian dijadikan isu untuk kelompok berbincang dalam
konteks yang lebih luas. Proses ini berlaku pada peringkat perkembangan fasa konflik atau
konfrantasi kaunseling kelompok di mana kepelbagaian idea atau pendapat akan
disumbangkan dalam prose menolong atau membantu dalam kaunseling kelompok.
Perkongsian isu atau masalah oleh ahli memerlukan perhatian dan kerjasama kelompok
untuk diselesaikan.

Contoh:-

Ahli Zoey berkongsi tentang masalah hubungannya dengan kawan sebilik. Selepas
penerokaan, ketua mendapat Zoey mengharapkan kawannya berubah sikap dari seorang
yang membuat kerja di saat akhir kepada seorang yang lebih berdisiplin. Zoey ingin meliihat
kawannya berubah tetapi kawannya menuduh Zoey mengganggu urusan peribadinya. Zoey
berasa sangat kecewa dengan tanggapan negatif kawannya.

Berdasarkan isu atau masalah yang disediakan, berikan contoh-contoh respon atau
sumbangan kepelbagaian idea atau pendapat oleh ketua, ahli-ahli kelompok dan ahli yang
bercerita dalam proses menolong atau membantu.

Contoh-contoh respon atau sumbangan kepelbagaian idea atau pendapat oleh


ketua, ahli-ahli kelompok dan ahli yang bercerita dalam proses menolong atau membantu
ialah mengalakkan ahli supaya mengingat apa yang mereka hendaki dari kelompok.
Contohnya ketua kelompok boleh meminta murid untuk mengingatkan tujuan mereka
menyertai sesi kaunseling kelompok ini. kaunselor juga boleh menerangkan kesan dan
akibat jika mereka terus mengamalkan sikap menentang dan tidak bekerjasama dalam sesi
kaunseling kelompok iaitu sesi yang dijalankan tidak dapat mencapai matlamat dan tidak
dapat membawa manfaat kepada mereka bagi menyedarkan ahli kelompok dan memupuk
mereka melibatkan diri secara aktif dalam kelompok. Kaunselor perlu memberitahu semua
klien bahawa matlmat kaunseling kelompok ini ialah mengubah tingkah laku dan semua ahli
kelompok hendaklah memberi idea dan pendapat yang sesuai untuk membantu Zoey.
Semua ahli kelompok hendaklah menghormati antara satu sama lain dan tidak menyakitkan
hati Zoey supaya Zoey akan berasa bermakna untuk menyertai kaunseling kelompok serta
berusaha untuk mengubah.

Anda mungkin juga menyukai