Anda di halaman 1dari 2

Temu bual dengan murid

Tempat : Bilik guru


Bersama : Koh Tze Qian
Masa : 10.15 a.m. – 10.30a.m.
Tarikh : 20/8/2013
Perkara : Pembelajaran dan Pengajaran di dalam kelas

Soalan 1: Adakah anda suka belajar di sini? Kenapa?


Jawapan: Ya. Saya sangat suka dan berminat belajar di sini kerana dapat belajar
benda baru setiap hari dan banyak aktiviti yang menyeronokkan
terdapat di dalam kelas.

Soalan 2: Pada pendapat anda, guru anda mengajar dengan baik atau
tidak?
Jawapan: Baik walaupun garang dan selalu menggunakan smart board untuk
mengajar. Program rakan sebaya juga dilaksanakan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Dengan ini, kami dapat menyuarakan
pandangan masing-masing. Guru juga akan membetulkan sebarang
kesilapan dengan serta-merta.

Soalan 3: Adakah anda menghadapi masalah atau kesukaran semasa


belajar? Apakah masalah yang anda hadapi?
Jawapan: Banyak kerja rumah dan ujian kecil. Kadangkala ada soalan yang
susah untuk dijawab. Tambahan pula, saya mempunyai masalah
dalam pembahagian masa. Saya kekurangan masa untuk
mengulang kaji dan membuat kerja rumah.

Soalan 4: Bagaimanakah anda mengatasinya?


Jawapan: Saya selalunya mencari maklumat di perpustakaan ataupun
bertanyakan kepada guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.
Selain itu, saya menghadiri tuisyen pada waktu petang.
Pengesahan oleh guru yang ditemui:

Tandatangan :

Nama : Koh Tze Qian

Jawatan : Murid Tahun Lima Teratai

Anda mungkin juga menyukai