Anda di halaman 1dari 17

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PENGERTIAN DAN KONSEP Pengertian Konsep dan

Perkaitan antara Pentaksiran, Pentaksiran Pengujian Penilaian Pengujian dan Penilaian


Pengujian dan penilaian

Rajah1:Kerangka Konsep Pentaksiran PENTAKSIRAN Definisi Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topic,bukti dan prestasi.Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan,manakala produk pula melibatkan pengetahuan,kemahiran dan nilai.Proses pendidikan pula melibatkan operasi,dapatan dan hasil. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Kesimpulannya, pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

PENGUJIAN Definisi Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2). Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN Definisi Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Rajah 2 :Perkaitan pengujian, pengukuran dan penilaian

TUJUAN PENILAIAN

Diagnosis Tujuan penilaian

Pemilihan & Penempatan

Pencapaian

Bimbingan & Kaunseling Rajah 3: Tujuan Penilaian

Diagnosis Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya. Pencapaian Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada

peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar. Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan. Pemilihan dan Penempatan Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran. Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan

Bimbingan dan kaunseling Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Tujuan lain Penilaian Ujian

1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar. 2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. 3. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain. 4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya 5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan 6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar. terhadap pembelajaran. 7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. 8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. 9. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya

PERBEZAAN ANTARA PENGUJIAN,PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

ASPEK PERBEZAAN

PENGUJIAN

PENTAKSIRAN

PENILAIAN

Pengertian

Proses Menentukan perubahan tingkah laku

Proses pencapaian dan kedudukan antara murid.

Untuk membaiki rancangan mengajar,kurikulum. pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan

Tujuan

Menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran

Membuat perbandingan Pencapaian dan Kedudukan di antara murid dalam penguasaan pembelajaran

Jadual/gred berdasarkan Teknik perangkaan.

Kegunaan

Untuk menempatkan Murid dalam kumpulan yang sesuai.

Untuk pengelasan ,penSijilan,menempatkan murid dalam jurusan yang sesuai dan untuk penyelidikan

Sebelum,semasa dan selepas satu atau beberapa Pelajaran.

Bentuk

Pemerhatian, ujian, lisan bertulis

Ujian bertulis dengan markah dan gred

1.Proses 2.Proses penganali 3.Proses Interpretasi 4.Melapor

Masa

Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran

Selepas beberapa pelajaran

Sebelum,semasa dan selepas satu atau beberapa pelajaran.

Proses Pelaksanaan

1.Persediaan Ujian 2.Pentadbiran 3.Pemeriksaan

1.Proses pengujian 2.Merekod markah/gred

1.Proses 2.Proses Penganalisisan 3.Proses Intepretasi 4.Melapor

Jadual 1: Perbezaan antara Pengujian,Pentaksiran, dan Penilaian

JENIS JENIS PENILAIAN BAHASA


Pendahuluan

Selepas tamatnya sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran,sama ada mengenai sesuatu tajuk atau unit pembelajaran guru tentunya ingin mengetahui keberkesanan pengajarannya.Guru tentu ingin mengetahui adakah murid-muridnya sudah menguasai kemahiran-kemahiran yang telah diajarkannya,apakah daerahdaerah kelemahan murid-murid dan sebagainya.Untuk menjawab soalan-soalan ini,seseorang guru itu perlu menjalankan ujian dan penilaian dalam proses pengajarannya. Perancangan pentaksiran dan penilaian bukan sahaja untuk digunakan semasa pengajaran-pembelajaran pengajaran-pembelajaran.. Sebelum tetapi juga sebelum mengakhiri sesuatu menutup sesuatu pelajaran,guru harus pelajaran.Komponen penutup adalah bahagian terakhir dalam sesuatu proses menjalankan aktiviti penilaian untuk mengukur sejauh manakah objektif pelajaran telah dicapai.Aktiviti penilaian ini boleh dijalankan dengan cara pemerhatian terhadap aktiviti susulan,pemeriksaan kerja murid,atau melalui satu ujian lisan atau tulisan. Dengan berbuat demikian,guru akan dapat mengetahui setakat mana kemampuan dan pencapaiannya dan di manakah pula kekurangan dan kelemahan dirinya sendiri juga murid-muridnya.Berasaskan hasil ujian dan penilaian yang dijalankannya itu,guru dapat memperbaiki pengajarannya dengan melaksanakan strategi-strategi baru dalam pengajaran demi mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah dikesan.

JENIS PENILAIAN

Berdasarkan program KBSR,terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu penilaian mengesan penguasaan,penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian.Penilaian penguasaan dijalankan semasa guru mengajar di dalam kelas.Tujuannya adalah untuk mengesan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran,misalnya matematik,yang sedang diajarkan,supaya kelemahan itu dapat diperbetulkan dengan serta merta.Oleh itu,cara penilaian yang sesuai digunakan ialah penilaian tak formal. Penilaian mengesan kemajuan biasanya dijalankan selepas beberapa kemahiran dalam sesuatu topik telah selesai diajarkan.Tujuan penilaian ini diadakan adalah untuk mengesan kemajuan murid tentang kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan.Aktiviti penilaian ini boleh dijalankan dengan cara formal atau tak formal.Keputusan-keputusan penilaian setiap orang murid biasanya direkodkan dalam boring Rekod Prestasi. Penilaian mengesan pencapaian pula dijalankan oleh guru selepas guru telah mengajar beberapa topik pelajaran,biasanya dalam tempoh satu penggal.Tujuan mengadakan penilaian ini ialah untuk menentukan kedudukan mereka dalam kumpulan masing-masing.Aktiviti penilaian ini hanya boleh dijalankan dengan cara formal.Keputusan penilaian akan direkodkan dalam suatu boring yang dinamakan Rekod Profil dengan markah dang red serta catatan dan tindakan yang sewajarnya. Secara amnya,ketiga-tiga aktiviti penilaian yang dihuraikan di atas bolehlah digolongkan kepada dua jenis penilaian ;penilaian formatif yang digunakan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan dan penilaian sumatif yang digunakan untuk mengesan pencapaian.

PENILAIAN FORMATIF

Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan untuk mengesan perkembangan atau kemajuan murid dalam pembelajaran.Penilaian boleh dibuat melalui pemerhatian secara tidak formal atau boleh juga dibuat secara formal dengan menggunakan pensel dan kertas. Secara tidak formal,guru boleh memerhatikan perubahan tingkah laku yang diperlihatkan oleh murid melalui soal jawab yang dijalankan semasa pengenalan pengajaran di bilik darjahatau set induksi,melalui penglibatan mereka dalam aktiviti yang dijalankan semasa penyampaian isi pelajaran atau pada akhir pengajaran iaitu semasa aktiviti pengukuhan serta melalui latihan-latihan harian. Penilaian secara formal pula,boleh berupa latihan atau ujian bertulis atau ujian-ujian lisan yang dibuat secara terancang.Guru boleh membuat penilaian ini pada bila-bila waktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah.Satu perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh guru untuk melaksanakan penilaian jenis ini ialah,sekiranya ujian bertulis dijalankan,jawapan murid mestilah diperiksa dengan cara teliti dan terperinci supaya daerah-daerah kelemahan mereka dapat dikenalpasti.Ini bertujuan untuk memudahkan guru menyusun strategi baru bagi membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam pelajaran tidak terus ketinggalan. Jadi,dapatlah disimpulkan bahawa penilaian formatif lebih bersifat diagnostik,iaitu bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan murid-murid dan daripadanya dapatlah dirancang langkah-langkah untuk membantu murid-murid mempertingkatkan prestasi.

Penilaian formatif bukanlah bertujuan untuk membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid yang lain.Oleh yang demikian,penilaian ini tidak

memerlukan guru memberikan markah atau gred tertentu,tetapi cukup dengan mengisikan ruang-ruang tertentu dalam borang pencapaian atau laporan prestasi murid bagi menunjukkan bahawa seseorang murid itu sudah mencapai tahap kemajuan yang diharapkan.Borang rekod prestasi haruslah disediakan untuk tujuan ini dan guru perlu menandakan ( / ) bagi setiap kemajuan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Contoh:
Kemahiran Nama Murid Mengenal huruf dan bunyinya Membunyikan suku kata Menggabungkan frasa untuk membentuk perkataan / / / / Membaca perkataan Membaca ayat-ayat pendek / / / / / / /

Aina Maisarah Batriesyia M.Amirul M.Najib Mageswary Chen Wai Ling Liew Seng Hock

/ / / / / / /

/ / / / / / /

Jadual 2:Borang Rekod Prestasi Sekiranya murid lemah dalam sesuatu aspek pembelajaran,maka langkahlangkah pemulihan boleh dijalankan segera dan sekiranya murid menunjukkan pencapaian yang memuaskan maka aktiviti pengayaan boleh disediakan bagi mempertingkatkan lagi prestasi mereka.Ini bermakna,murid yang lemah dapat dielakkan daripada terus tercicir sementara murid yang pandai dapat digerakkan untuk terus meningkat.

Penilaian secara berterusan ini hendaklah direkodkan supaya perkembangan pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas.Penilaian ini dibuat dalam setiap pengajaran untuk melihat kekuatan dan kelemahan murid dalam

mengikuti sesuatu unit atau isi pelajaran.Daripada penilaian yang dibuat secara berterusan dalam setiap pengajaran ini,guru dapat merancang strategi-strategi tertentu dalam pengajaran .berikutnya.Tegasnya,tujuan penilaian formatif ialah untuk memperbaiki kelemahan murid-murid dan mengatasi masalah mereka sepanjang proses pembelajaran.. Bidang kandungan penilaian ini pula,haruslah mencakupi seluruh unit pembelajaran atau sekurangt-kurangnya unit-unit yang penting dan kesukaran butiran mestilah sesuai dengan kesukaran unit itu sendiri.Penilaian boleh dipertingkatkan mengikut pemeringkatan unit-unit tersebut dalam proses pengajaran. Sebagai kesimpulannya pelaksanaan penilaian formatif ini dapat dirumuskan melalui Rajah di bawah.

Menentukan topik pembelajaran

Perlaksanaan Penilaian Formatif

Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk

Menentukan aspek dan tahap penguasaan

Membentuk soalan ujian

Mencadangkan tindakan susulan

Rajah 4 : Perlaksanaan Penilaian Formatif

PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif

merupakan penilaian yang biasa diamalkan oleh guru-guru di melihat taraf pencapaian murid-murid secara

sekolah.Penilaian ini bertujuan

keseluruhan setelah tamat sesuatu tajuk atau unit pembelajaran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan.Oleh yang demikian ,penilaian ini tidaklah dibuat secara berterusan,sebaliknya secara berkala.Misalnya setelah sebulan,dua bulan,sepenggal,setengah tahun dan seterusnya. Penilaian dibuat dengan memberikan markah dan gred tertentu kemudian hasilnya direkodkan untuk simpanan pihak sekolah,juga laporan kepada ibu bapa. Hasil ujian ini dengan jelas memperlihatkan prestasi murid-murid dalam sesuatu jangka waktu pengajaran dan dapat dijadikan landasan oleh guru untuk meningkatkan kemajuan murid-muridnya secara keseluruhan.Murid-murid dapat melihat kemampuan pembelajaran mereka dalam tempoh masa tersebut dan boleh berusaha memperbaiki prestasi mereka. Bidang kandungan penilaian ini dan butiran-butiran yang dikemukakan haruslah mewakili seluruh isi pelajaran yang tercatat dalam kurikulum,iaitu merangkumi semua aspek kemahiran bahasa dan unsur-unsur bahasa yang perlu dikuasai oleh seseorang penutur bahasa yang inginkan penguasaan yang berkesan.Tegasnya,seluruh kandungan penilaian itu haruslah menepati objektif dan kandungan kurikulum. Dari segi kesukaran pula,instrument penilaian itu haruslah mencakupi aras kesukaran yang menyeluruh , iaitu soalan tersebar daripada aras yang mudah hinggalah ke aras yang lebih sukar.Ini disebabkan tujuannnya adalah untuk melihat prestasi secara keseluruhan yang dapat dicapai oleh seseorang murid itu dalam menguasai bahasa yang dipelajarinya.Keputusan penilaian dan pengujian ini secara langsung akan dapat juga memperlihatkan keberkesanan pengajaran guru,di samping dapat dijadikan asas untuk meneruskan pengajaran yang selanjutnya kepada murid berkenaan.Ini terutamanya kalau keputusan penilaian dan pengujian itu digunakan bagi tujuan penempatan. Selain daripada peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun,penilaian sumatif juga meliputi peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR),Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah(PKBS),dan Penilaian Menengah Rendah (PMR),Termasuk peperiksaan-peperiksaan seperti Sijil Pelajaran

Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM),di mana keputusankeputusannya digunakan untuk menggredkan pelajar-pelajar mengikut peringkat pencapaian dalam satu tahap persekolahan serta menentukan taraf pensijilan. Bagi memastikan keberkesanan penilaian sumatif,langkah-langkah berikut harus diberi penekanan semasa menggubal ujian sumatif seperti dalam rajah.

6.Pemilihan Isi Kandungan Perlaksanaan Penilaian Sumatif 5.Menyiapkan skema pemarkahan 3.Mengumpul soalan secara sistematik 4.Menguji soalan melalui kajian rintis

1.Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian

2.Membina Soalan

Rajah 5 : Perlaksanaan Penilaian Sumatif

UJIAN PENCAPAIAN Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru,yang

meliputi pengetahuan,kefahaman dan aplikasi.Ujian ini juga menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru dan mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk-tajuk yang diuji. Ujian pencapaian boleh dibahagikan kepada dua jenis;iaitu ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria.Ujian rujukan norma dibina untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar yang lain,yang biasanya meliputi sukatan pelajaran yang lebih luas,seperti UPSR.Ujian rujukan kriteria dibina untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu,seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan. Pada peringkat bilik darjah atau sekolah,ujian pencapaian biasanya dibina oleh guru atau kumpulan guru,manakala pada peringkat kebangsaan,ujian ini disediakan oleh institusi tertentu,seperti Lembaga Peperiksaan Malaysi(LPM) atau Majlis Peperiksaaan Malaysia (MPM).Contoh ujian pada peringkat bilik darjah atau sekolah ialah ujian diagnosis,ujian bulanan, dan ujian penggal.Contoh ujian pada peringkat kebangsaan pula ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),Penilaian Menengah Rendah (PMR),Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tin ggi Persekolahan Malaysia (STPM).

UJIAN KEMAJUAN Ujian kemajuan kerap digunakan di dalam bilik darjah.Tiap-tiap ujian kemajuan yang digunakan di dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu kelas yang dan hanya

sesuai dinilai oleh guru kelas itu sendiri,jkerana dia mempunyai pengetahuan penuh tentang keperluan ujian yang direkabentuk olehnya itu.Sememangnya tidak wajar menggunakaan ujian umum seperti PMr untuk memenuhi keperluan sesuatu keadaaan yang khusus di dalam bilik darjah.Jadi,guru digalakkan membentuk ujiannya bagi memenuhi keperluan sendiri. Ujian kemajuan ini bertujuan mengukur dan menilai,setakat manakah pelajarpelajar dapat menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajarkan di bawah satusatu tajuk tertentu.Ujian ini berasaskan rancangan pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar.Jadi ujian itu bukan sahaja penting untuk menilai kemajuan pelajar dalam pelajarannya,tetapi juga menilai tugas-tugas guru itu sendiri dalam mengajar muridmuridnya. Hasil daripada ujian kemajuan ini membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajarnya dan juga kemajuan kelasnya secara keseluruhan.Satu ujian kemajuan yang tinggi mutunya dapat menggerakkan motivasi pelajar ke arah pencapaian yang lebih tinggi dengan cara yang lebihn positif.Jadi ujian ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mengukuhkan pembelajaran dan aspek-aspek tertentu yang telah dipelajari. Biasanya satu ujian kemajuan harus menghasilkan markat pencapaian yang tinggi,dan ini akan mendorong pelajar untuk berusaha lagi.

Anda mungkin juga menyukai