Anda di halaman 1dari 42

[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 1



KEMAHIRAN BAHASA
Pengenalan
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar dan bertutur (kemahiran
lisan), kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Kemahiran-kemahiran ini
membolehkan murid-murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam
kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup.
















Komponen utama
kemahiran
bahasa
Kemahiran
Mendengar
Kemahiran
Bertutur
Kemahiran
Membaca
Kemahiran
Menulis
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 2

Kemahiran Lisan
Secara umumnya lisan merupakan aspek kemahiran bahasa yang penting dan
utama.Aspek ini merupakan aspek asas bagi bahasa pertama yang dikuasai oleh
seseorang kanak-kanak yang normal sebelum mempelajari kemahiran membaca dan
juga menulis.Kemahiran lisan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur.Secara konsepnya, kemahiran mendengar adalah kebolehan murid-
murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi pengucapan dan juga dapat memberikan maklum balas.


Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar di peringkat sekolah rendah merujuk kepada keupayaan











Mendengar dengan baik
Memahami dan menghayati perkara yang didengar
Dapat memberikan maklum balas
Kemahiran
mendengar
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 3

Definisi Mendengar
Kemahiran mendengar adalah kebolehan murid-murid mendengar dengan teliti,
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan juga dapat
memberikan maklum balas.



Proses Mendengar
Proses mendengar berlaku dalam 4 peringkat:













Proses
mendengar
Mendengar
deretan
bunyibunyi
bahasa
Memahami
bunyi bunyi
Menilai
bunyi
Bertindak terhadap
bunyi-bunyi tadi
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 4

Jenis-Jenis Mendengar
1. Mendengar secara aktif
Mendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara
interaktif.Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur
dan pendengar.Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan
tersebut.Untuk menjadi pendengar yang baik, kita perlu menghayati apa yang
diperkatakan. Menghayati memerlukan perhatian, penganalisisan dan mengingati
setiap stimulasi yang didengar.Kedua-dua aspek ini penting untuk membolehkan
seseorang menjadi pendengar yang aktif.
Sebagai panduan, adalah wajar seseorang itu mendengar dengan aktif dan
serius tentang apa yang diperkatakan dari segi :
i. Intensif memberi penumpuan secara intensif di samping menganalisis maklumat.
ii. Empati menganggap diri sebagai penutur dan mempunyai kesanggupan
menerima masalah penutur di samping memberi buah fikiran
iii. Membina kemahiran mendengar yang efektif.
iv. Membina kemahiran bertindak balas.


2. Mendengar secara pasif
Tidak melibatkan tindak balas secara langsung oleh pendengar.Hal ini
terjadi kerana pendengar tidak boleh mencelah.Mendengar jenis ini dipanggil
juga sebagai mendengar secara tidak interaktif.




[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 5

Peringkat-Peringkat Kemahiran Mendengar




















Peringkat Awal
Mengesan,
mengajuk
dan memilih
bunyi
Mentafsir
maksud
orang yang
bercakap
Peringkat Kedua
Peringkat Ketiga
Mengenali
sebab dan
akibat
Mengecam
dan mengingat
fakta secara
terperinci
Melakukan
aktiviti-aktiviti
yang disuruh
oleh guru
Mengenal
isi penting
Mengenal
sikap dan
perasaaan
orang yang
bercakap
Mengenal
maklumat
khusus
Membezakan
tekanan dan
intonansi dalam
pertuturan
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 6

Bentuk- Bentuk Kemahiran Mendengar




















Mendengar tanpa tindak balas
Mendengar secara kritikal
Mendengar secara berhati-hati
Mendengar secara kreatif
Mendengar secara pasif
Mendengar secara bertalu-talu
Mendengar secara menebuk-nebuk
Bentuk-bentuk
kemahiran
mendengar
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 7

Kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar




















Kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar
Mendengar bahasa
yang standard dan
fasih
Perhatian harus diberi
kepada intonansi,
irama keselamatan
dan perasaan
Ujian boleh
dijalankan untuk
menilai kemahiran
mendengar
Tajuk dan tema bahan
rakaman sesuai
dengan minat dan
perkembangan intelek
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 8

Cara Meningkatkan Kemahiran Mendengar










Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan
kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar:

(7)







Tumpuan yang tinggi
Fokus apa yang ditunjuk
Perhatikan apa yang ditulis
Latih diri banyak mendengar dari bertutur
Memandang kepada pengucap
Berprasangka baik
Niat yang betul
Cara
meningkatkan
kemahiran
mendengar
Aktiviti untuk meningkatkan
kemahiran mendengar
Mendengar rakaman kaset Pertandingan kuiz
Menjalankan
permainan bahasa
Mendengar lagu melayu yang sesuai
dengan perkembangan dan emosi
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 9

Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur di peringkat sekolah rendah merujuk kepada :











Definisi Kemahiran Bertutur
kemahiran bertutur pula merupakan kebolehan murid-murid berbual untuk
menjalinkan hubungan serta menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea
yang kreatif dan juga kritis dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul
secara bertatasusila. Di samping itu juga, penekanan diberikan kepada penggunaan
pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang bersesuaian.





Menyatakan pendapat dengan kreatif dan kritis
dengan intonansi yang betul
Penekanan kepada perucapan mengunakan
tatabahasa yang betul
Berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan
Meyampaikan maklumat
Meluahkan perasaan
kemahiran
bertutur
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 10

Tujuan Bertutur
Dalam komunikasi lisan terdapat dua pihak, iaitu penutur sebagai penghantar
komunikasi lisan dan pendengar sebagai penerima komunikasi lisan.Terdapat beberapa
tujuan bertutur iaitu :



























Mempengaruhi
Menyelesaikan masalah
Memaklumkan sesuat perkara
Keseronokan
Tujuan
bertutur
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 11

Aspek-Aspek Pertuturan
Bahasa pertuturan melibatkan pelbagai aspek.Antara yang penting adalah sebutan
intonasi, tekanan, jeda, mora, dan sebagainya.



















Aspek
pertuturan
Sebutan
Tatabahasa
Peraturan atau
undang undang
Tekanan menguatkan aspek makna dalam
konteks ayat
Jeda hentian sebentar dan boleh membawa
makna berbeza
Intonasi nada suara iaitu menaik atau menurun
Morfologi
Fonologi
Dialek
Standard
Sintaksis
Kefasihan menyebut perkataan dengan tepat dan
jelas serta lancar
Laras bahasa boleh menggunakan bahasa dalam
berbagai konteks, suasana dan situasi
Panjang dan pendek (mora) - Sama dengan
harakat dalam bahasa Arab

Kelancaran bertutur dengan baik dan kemas
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 12

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pertuturan




















Jantina
Kecerdasan
Kesihatan
Umur
Alam sekitar
Fizikal
Faktor-faktor yang
mempengaruhi
pertuturan
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 13

Peringkat-Peringkat Kemahiran Bertutur




















Peringkat Awal
Bertanya tentang hal-hal
berkaitan diri serta
pengalaman murid
Peringkat
Pertengahan
Peringkat Maju
Membuat ucapan
pendek dan ringkas
Membuat deskripsi tentang
sesuatu objek dan gambar
Guru harus bercakap
dengan terus-terang dan
ikhlas
Membuat analisis,
inferens, ramalan,
pandangan dan justifikasi
Membuat ulasan,
memberi pendapat atau
pandangan
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 14

Cara-Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur




















Cara
meningkatkan
kemahiran
bertutur
Bercakap untuk
keseronokan
Bercakap
untuk
memaklum
Menyampaikan lawak
atau jenaka
Menyampaikan cerita
Menyampaikan sajak
Menyanyi
Murid membuat
demonstrasi
Murid membaca berita
Membuat pengumuman
Memberi taklimat
Bercakap untuk
mempengaruhi
Bercakap mengatasi masalah
Aktiviti perbahasan
Berkempen
Berucap
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 15

Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca di peringkat sekolah rendah merujuk kepada keupayaan :










Definisi Kemahiran Membaca
Membaca ialah proses menterjemahkan lambang-lambang bertulis kepada
lambang-lambang bunyi. Membaca melibatkan aktiviti verbal dan literasi secara
serentak di mana kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada
masa yang sama menghuraikan pertuturan kepada pemikiran.





Kemahiran
membaca
Membaca dengan sebutan intonansi, jeda
dan kelancaran yang betul
Penekanan perlu diberukan pada aspek
pemahaman dan penaakulan
Keupayaan menghayati teks bacaan
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 16

Konsep Membaca
Menurut Pumfrey (1977), membaca adalah satu proses pemikiran yang membina di
mana dengan membaca seseorang itu harus dapat membina kebolehan menilai,
mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi
dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang
terbuka dan positif.


Proses Membaca
Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks kerana ia
meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati
fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan menganalisis.



Proses
Membaca
Membaca
Dengan
Pantas
Memahami
Fakta
Mengingati
Fakta
Membuat
Interpretasi
Analisis
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 17

Jenis-Jenis Bacaan









Jenis -
Jenis
Bacaan
Bacaan
Ekstensif
Bacaan
Intensif
(Pantas
Dan
Imbasan)
Bacaan
Mentalis
(Senyap)
Bacaan
Mekanis
(Bersuara )
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 18

1. Bacaan Mekanis
Bacaan mekanis ialah aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas
untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan.Pembaca
hendaklah menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan
intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan
alat pertuturan.

Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan
apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus
memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga
harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan cepat agar jelas
maknanya bagi para pendengar.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang
digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan daripada
pemahaman. Tujuan membaca mekanis ialah :










Membaca
mekanis
Membaca dengan cepat dan pantas, dengan
sebutan dan intonansi yang betul dan jelas.
Membaca dengan irama yang betul.
Tahu menggunakan tanda baca dan berhenti
pada tempat yang betul.
Mencapai kemahiran dan kecekapan untuk
membaca bersuara.
Menggunakan kemahiran membaca dalam
matapelajaran lain.
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 19

2. Bacaan Mentalis (senyap)
Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukar
isi bacaan dengan maknanya tanpa mengeluarkan suara.Bacaan jenis ini
melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan
ingatan.Tujuannya ialah untuk memperolehi informasi dan pemahaman.Bacaan
mentalis melibatkan 2 jenis bacaan iaitu membaca intensif dan membaca
ekstensif.

Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara kerana
beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara seperti nada suara,
sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan.Bacaan senyap ini
dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan
bersuara. Tujuannya ialah:


















Membaca
senyap
Membaca sendiri
Memahami apa yang dibaca
Membaca senyap dengan pantas
Hiburan
Mendapatkan pengetahuan
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 20

3. Bacaan Intensif (Pantas dan Imbasan)
Bacaan intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan
dilakukan secara saksama yang melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci
sesuatu bahan bacaan.Dua perkara yang terlibat ialah membaca telaah isi dan
membaca telaah bahasa.Dalam telaah isi ini, membaca teliti, membaca
pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan.

Bacaan intensif bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti,
memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Penekanan
diberi kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan
penggunaan perkataan serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi
yang berlainan.

Bacaan intensif boleh dibaca dengan beberapa cara iaitu:
i. Bacaan pantas
ii. Bacaan imbasan (scanning)











Cara-cara bacaan intensif
Bacaan Pantas
Dilakukan dengan kadar
kelajuan tertentu.
Tujuan: menjimatkan masa
Berlaku melalui bacaan
senyap dan membaca
dalam.
Bacaan Imbasan (Scanning)
Dilakukan secara sepintas lalu
atau membaca tinjauan.
Sebelum permbacaan,
pembaca meneliti bahagian
bahagian buku atau apa
sahaja untuk mendapat
gambaran awal dan gambaran
keseluruhan.
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 21

Bacaan intensif bertujuan :




















Membaca
intensif
Membaca dengan baik, betul dari segi sebutan,
intonansi, lancar dan tahu menggunakan tanda
baca.
Mentafsir apa yang ditulis.
Membaca senyap dengan kepantasan yang
sewajarnya.
Mengesan, memahami dan menikmati unsurunsur
estetik dalam bahasa.
Menilai atau mengulas isi isi bahan bacaan.
Membuat rumusan dan kesimpulan.
Mengenal pasti laras bahasa.
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 22

4. Bacaan Ekstensif
Kegiatan membaca secara luas meliputi sebanyak mungkin teks dalam
jangka waktu singkat. Tujuannya ialah untuk memahami isi penting dengan cepat
dan ia menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif
biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:
a. Membaca tinjauan (survey reading)
b. Membaca sekilas (skimming)
c. Membaca dangkal (superficial reading)
















Bacaan ekstensif
Membaca Tinjauan
(Survey Reading)
Dilakukan sebelum
memulakan bacaan.
Meneliti apa yang
akan ditelaah.
Membaca Sekilas
(Skimming)
Mata bergerak dengan
cepat, memerhati bahan
bahan bertulis untuk
mendapatkan maklumat
dan penerangan.
Tujuan: Mendapatkan
kesan umum daripada teks
yang akan ditelaah.
Menemukan halhal
tertentu seperti bahan
bahan daripada pusat
sumber.
Membaca Dangkal
(Superficial Reading)
Tujuan: Mendapatkan
pemahaman yang
dangkal yang tidak
mendalam.
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 23

Tujuan bacaan ekstensif ialah:










5. Bacaan Rekreasi
Bacaan rekreasi tidak melibatkan perahan otak yang serius.Tujuannya
adalah untuk bersenang-senang dan dilakukan dalam keadaan bersantai.Bahan-
bahan bacaannya terdiri daripada bahan-bahan ringan yang dapat merangsang
kepuasan dan menghiburkan seperti komik, cerita-cerita pendek, berita, bahan
sastera dan pelbagai bentuk pengetahuan yang menyenangkan.






Tujuan
bacaan
EKSTENSIF
Pengkuhan asas bacaan
Menambah kemahiran memahami dan
menaakul isi bacaan
Meningkatkan kepantasan membaca
Kebolehan memetik isi-isi penting
Membina dan mengkuhkan minat membaca
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 24

6. Bacaan Kritis
Bacaan kritis ialah kegiatan membaca yang dilakukan secara bijaksana,
penuh ketelitian, mendalam, evaluatif serta analitis.Bacaan tersebut tidak hanya
tertumpu kepada kesalahan-kesalahan atau kelemahan yang terdapat dalam
bahan-bahan yang dibaca.Membaca kritis biasanya berdasarkan keupayaan
memahami yang tinggi.

Proses bermula dengan penggalian yang mendalam di bawah permukaan
untuk menemukan bukan hanya keseluruhan kebenaran tentang apa yang
diperkatakan, tetapi juga menemukan alasan-alasan mengapa penulis
mengetengahkan perkara yang dibincangkan.



Teknik membaca SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson
(1961).Teknik ini merupakan satu kaedah membaca yang memerluan seseorang
mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca
dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R ialah singkatan bagi :
S Survey / tinjau
Q Question / soal
R Read / baca
R Recite / imbas kembali / nyatakan secara lisan
R Review / baca semula

[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 25

Survey (tinjauan) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan
dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran
grafik, membaca perenggan pengenalan dan perenggan akhir di bahagian-bahagian
buku atau teks.Di sini pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu
akimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar
menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut
berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan
keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut dan
ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari
jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks
tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan
yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan
menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan
keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal
pendapat atau maklumat lain yang dapat ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat di mana setelah selesai membaca,
pelajar cuba mengingati kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah
diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya.
Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang telah disenaraikan sebelumnya
tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Reiew (baca semula) merupakan peringkat akhir.Pelajar membaca bahagian-
bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada
soalan yang dibuatnya di peringkat ketiga.Pelajar juga memastikan tiada fakta penting
yang tertinggal.

[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 26

Peringkat kemahiran membaca
Ada lima peringkat mengajar membaca iaitu :



















Memberi
perhatian
kepada
a. Perangai
murid
b. Bahaya
murid
Kenal
pasti
kebolehan
Buku
menarik
Bahan
bacaan
sesuai
Bacaan
senyap
Isi bacaan
sesuai dengan
peringkat umur
dan
kecenderungan
Membaca Untuk
Hiburan Dan
Pengetahuan
Membina
Sikap Gemar
Membaca
Peringkat
Menyediakan Murid
Mendirikan
Asas Bacaan
Melatih Membaca
Dan Memahani
Bahan pada
menarik dan
disusun
dengan
cermat
Pelbagai
buku cerita
yang sesuai
dengan umur
danminat
Teknik
mengajar
yang baik
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 27

Peringkat pemahaman




















Menggunakan
lambang atau
perkataan
Mengumpul dan
mencantumkan idea,
perkataan dan ayat
hingga lengkap
Menghuraikan dan
mengelaskan idea
Mengaitkan
lambang atau
perkataan dengan
bunyi atau makna
Menteremahkan makna
dengan mengaitkan
dengan pengetahuan
sdia ada
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 28

Kecekapan berbahasa dalam kemahiran membaca
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda dan kelancaran yang betul.Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan kemahiran menggunakan pelbagai teknik membaca untuk tujuan
menimba ilmu pengetahuan dan memperoleh maklumat daripada pelbagai bahan
bacaan. Kecekapan berbahasa bagi kemahiran membaca adalah seperti berikut:







(13)








Kecekapan berbahasa dalam
kemahiran membaca
Membaca
secara
kuat
dengan
intonansi
yang
betul dan
lancar
Mengenal
pasti isi
penting
sama ada
tersurat
atau
tersirat
Memperkayakan
perbendaharaan
kata dan
menggunakande
ngan betul
dalam konteks
ayat
Menghayati
bahan
sastera
melayu
dalam
bentuk
prosa dan
puisi
Mentafsir
bahan
yang
dibaca
dengan
perkataan
sendiri
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 29

Cara-cara meningkatkan kemahiran membaca











KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran menulis di peringkat sekolah rendah merujuk kepada keupayaan







Meningkatkan kemahiran membaca
Membaca kuat,
menegaskan
penyebutan,
intonansi yang
betul dan lancar
Membaca senyap
Membaca petikan
dan membuat
ulasan
Menjawab
soalan sama ada
dalam bentuk
lisan atau
bertulis
Mencari erti
perkataan, frasa
simpulan bahasa
dan peribahasa
Membaca petikan
kesusasteraan
melayu untuk
memahami dan
menghayati
Kemahiran
menulis
Keupayaan menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kretif
Menghasilkan penulisan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan
yang jelas dan kemas
Galakan menggunakan kreativiti dalam menghasilkan
penulisan ilmiah dan imaginatif
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 30

Definisi menulis
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), menulis ialah
mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena.
Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur
berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-
ayat.Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di
samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.


Konsep menulis
Menulis dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara
bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens
dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan
secara lebih menyeluruh.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting
kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan
mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di
mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal.Di sekolah, pelajaran menulis dan
membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan
serentak atau dalam masa selari.





[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 31

Fungsi-fungsi kemahiran menulis
Ann Raimes (1983 : 3) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui
bukunya Techniques In Teaching Writing, iaitu :


















Fungsi
Kemahiran
menulis
Merangsang dan memahirkan tata bahasa, idea,
perbendaharaan kata dan perasaan.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai
bidang bahasa
Memperluaskan pengetahuan, melahirkan idea dan
menggunakan seluruh anggota mekanis (mata,tangan,
akal) untuk merangsang pembelajaran
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 32

Tujuan menulis



















Tujuan
menulis
Tujuan
Serta-
Merta
Tujuan
Lanjut
Membina asas menulis yang kukuh

Mengeja perkataan dengan pantas dan
menyusun ayat dengan betul dan boleh
difahami

Membolehkan kanak-kanak
mengulangkai pelajaran

Melahirkan fikiran dan perasaan

Menyuburkan minat suka menulis dan
mengarang

Menambahkan pengetahuan dalam
pembendaharaan kata,perkembangan
bahasan dan tulisan

Menyediakan kanak-kanak untuk
menghadapi peperiksaan

Meluaskan pengetahuan, pengalaman
perhubungan dan matlamat menerusi
penulisan

Memberi kepuasan jiwa dalam pemikiran
pengalaman dan perasaan

Menyediakan mereka dengan
pengetahuan supaya dapat memenuhi
kehendak dan hasrat masyarakat moden

[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 33

Menurut Down Bryne (1979) pula, kemahiran menulis amat penting untuk dipelajari
kerana beberapa tujuan iaitu :



















Tujuan
menulis
(down bryne)
Terdapat perbezaan kecenderugan pada yang
menguasai kemahiran belajar
Memenuhi keperluan psikologi pelajaran
Dapat menyediakan pelbagai alat dalam bilik darjah
dan ia dapat mengelakkan rasa jemu dan bosan
Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat
dijalankan secara serentak
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 34

Namun terdapat beberapa tujuan menulis yang diterangkan secara umum iaitu :




















tujuan
menulis
Memberi respons memberi reaksi terhadap suatu
perkara dengan menggunakan bahasa sebagai
perantaraan
Komunikasi
Ekspresi kendiri memberi peluang untu
menyatakan idea, harapan, falsafah hidup dan
gambaran personaliti
Mengikut peraturan
Tujuan: mengawal penulis supaya menyampaikan
mesej dengan tepat dan bermakna
Sifat sejagat prosedur penulisan dan bahan yang
ditulis
Proses pembelajaran - penulis menunjukkan
penguasaannya yang mendalam dalam bidang
penulisan secara sistematik
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 35

Kemahiran menulis
1. Kemahiran menulis secara mekanis
Merupakan kemahiran menulis peringkat awal seperti membuat corak,
menekap dan membentuk huruf.Kematangan urat saraf dan urat daging adalah
diperlukan bagi mengawal jari dan tangan. Kematangan tersebut juga perlu
untuk penyelarasan antara mata dan tangan
Aktiviti mekanikal yang perlu ditekankan supaya lebih mahir dalam
kemahiran menulis adalah seperti :














Aktiviti
mekanikal
Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan dan
membentuk garisan-garisan, bulatan, segi-segi dan
sebagainya
Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan,
pasir, papan tulis
Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan
susun blok mainan serta melatih menulis unsur-unsur
huruf dan perkataan
Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, jarak,
kekemasan dan lain-lain
Tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan
dan ayat
Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 36

2. Kemahiran menulis secara mentalis (pelahiran)
Selalunya dikuasai oleh murid-murid setelah mereka mendapat kemahiran
mekanis.Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Aktiviti yang patut dijalankan
untuk mendapatkan kemahiran menulis untuk pelahiran ialah:







Peringkat-peringkat kemahiran menulis
1. Peringkat pramenulis (persediaan)
Tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum
mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul.Ketika tempoh ini, latihan
otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi
pendedahan.Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut:






AKTIVITI
kemahiran
mentalis
Latihan pernyataan fikiran atau pendapat
Latihan pernyataan perasaan
Latihan pernyataan kehendak
Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli
dari pemikiran sendiri
Latihan
pramentalis
t
Melakukan latihan pergerakan tangan
Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh
menullis dengan selesa dan sempurna
Melakukan latihan pergerakan mata
Melakukan latihan koordinasi tangan dan mata
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 37

2. Peringkat Asas Menulis (Mekanis).
Peringkat ini dijalankan secara serentak dengan pengajaran bacaan
murid-murid.Mereka diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang
bersesuaian dengan gambar dan seterusnya menulis ayat pendek.Semasa
menulis, pelajar digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan
tersebut.Aktiviti-aktiviti yang perlu ditekankan dalam melatih murid-murid semasa
peringkat asas menulis adalah seperti :






















Aktiviti
menulis
peringkat
asas
Menekap huruf mengukit urutan yang ditetapkan
Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan
Memadan dan menyalin dua suku kata supaya
menjadi perkataan bermakna
Menyalin ayat mudah
Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau
petak yang dikosongkan
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 38

3. Peringkat Menulis untuk Pelahiran.
Kaedah-kaedah yang dicadangkan adalah bermula daripada yang terkawal
iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong,
melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh
menghasilkan tulisan tanpa panduan.Contoh-contoh aktiviti yang sesuai dijalankan
adalah seperti berikut :























AKTIVITI
menulis
peringkat
PELAHIRAN
Memanjangkan ayat dengan menambahkan
rangkaian kata yang sesuai
Menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang
diberi
Membentuk ayat-ayat bagi memudahkan cerita
Menulis jawapa kefahaman
Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan
Menulis keterangan daripada tajuk yang disediakan
Menulis ayat berdasarkan gambar
Mengisi silang kata
Mengisi tempat kosong dalam ayat
Melengkapkan ayat dengan menambah rangkaian
kata yang sesuai
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 39

Jenis-jenis penulisan
1. Terkawal dan separa terkawal
Penulisan terkawal ialah segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh
guru. (Salleh Akib, (1975:135).Susunan penulisan ini dkawal ketat dan sedikit-
sedikit dipimpin ke arah penulisan bebas.Tujuan penulisan terkawal ini adalah
untuk mengurangkan kesilapan berlaku dalam kalangan murid-murid.Kelancaran
dalam penggunaan bahasa dan membolehkan murid-murid mengeluarkan fikiran
mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa.Peringkat penulisan terkawal adalah
amat penting yang bertujuan untuk :








Seterusnya, pada peringkat separa terkawal pula murid-murid masih
diberikan kawalan walaupun tidak sepenuhnya.Mereka diberi peluang untuk
menggunakan sedikit daya pemikiran untuk memilih perkataan dan disesuaikan
dengan pengajaran guru.

2. Berpandu
Jenis penulisan berpandu pula ialah jenis penulisan yang diberi kawalan atau
panduan ketika hendak membuat karangan.





Tujuan
Mengurangkan kesilapan
Menjadi asas kepada penulisan bebas
Menggunakan bahasa dengan lancar dan
mengeluarkan pendapat
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 40

3. Separa berpandu
Penulisan separa berpandu pula merupakan jenis penulisan yang tidak dikawal
sepenuhnya.Walau pun diberi garis panduan tertentu, namun murid-murid diberi
sedikit kebebasan untuk membuat karangan.
4. Bebas
Pada peringkat ini, mereka diberi tajuk-tajuk umum dan diminta untuk terus
menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi
bagaimana hendak menulisnya.



kecekapan berbahasa bagi kemahiran menulis
Kecekapan berbahasa bagi kemahiran menulis adalah seperti berikut:












Kecekapan
berbahasa
bagi
kemahiran
menulis
Menghasilkan rumusan daripada pelbagai bahasa
prosa
Membolehkan pelajar berkomunikasi secara
bertulis dalam urusan rasmi atau rakansebaya
untuk memenuhi pelbagai keperluan
Melahirkan fikiran, perasaan dan pengalaman
dengan jelas, tersusun, logik dan mengunakan
tatabahasa yang betul
Menyumbangkan daya cipata untuk menulis
sesuatu yang kreatif datau kritis
Menterjemahkan bahan prosa bahasa tertentu ke
dalam Bahasa Nasa Baku dengan memastikan
makna asalnya
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 41

Prinsip-prinsip kemahiran menulis
Prinsip-prinsip kemahiran menulis yang boleh dijadikan garis panduan adalah seperi
berikut :


















Prinsip
kemahiran
menulis
Penulisan karangan pada peringkat awal mestilah
bersifat terpimpin atau terkawal
Guru patut mendedahkan pelajar kepada kara
penulisan yang baik
Guru mestilah menitikberatkan kesalahan yang
sering dilakukan oleh pelajar termasuk kesalahan
ejaan, tanda baca, imbuhan
Latihan ilmiah mestilah diberi penguasaan wajar
kerana ia memberi latihan menulis yang berguna
Memberikan latihan yag mencukupi untuk
membolehkan pelajar membuat ayat yang betul
Pelajar mesti diberi latihan yang memadai untuk
ayat yang teratur dan lojik
[Type text]

BMM 3101 PN SAKILA DOLLAH Page 42

Cara untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis






















Meningkatkan
kemahiran
menulis
Membuat rumusan daripada pelbagai bahasa
prosa
Menterjemah petikan daripada bahasa tertentu
ke Bahasa Malaysia tanpa menjejas makna asal
Latihan mengatur semula sebilangan
ayatsupaya menjadi satu perenggan yang
tersusun dan logik
Penulisan surat biasa
Penulisan karangan bergambar
Penulisan notis, ucapan, mesej, kad jemputan
Menulis rangka karangan berformat
Menilai suatu karanga dari segi kekuatan dan
kelemahan
Mengenal teknik-teknik untuk menghasilkan
sebuah karangan yang baik
Latihan mengenal pasti dan membetulkan
kesalahan (termasuk perbendaharaan kata, ejan,
tanda baca, imbuhan) dalam sesebuah karangan
Latihan ilmiah
Latihan menyempurnakan ayat atau urutan ayat
Latihan menyusun semula bahagian ayat
supaya ayat menjadi ayat yang betul
tatabahasanya

Anda mungkin juga menyukai