Anda di halaman 1dari 125

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 3

TERMOKIMIA: HABA (ENTALPI ) DAN HABA


TINDAK BALAS

SINOPSIS
Semua tindak balas kimia melibatkan tenaga. Ada tindak balas kimia yang
menyerap haba daripada persekitaran dan ada juga tindak balas yang
membebaskan haba ke persekitaran.Dalam tajuk ini, anda akan mengenali
entalpi bahan dan hubungan perubahan entalpi dengan haba tindak tindak
balas. Anda juga akan mengkaji pelbagai tindak balas yang melibatkan haba
seperti tindak balas peneutralan, pembakaran, pemendakan dan penyesaran
sambil berupaya menyelesaikan masalah mengenai haba tindak balas

HASIL PEMBELAJARAN

Mendefinisikan entalpi

Mentakrifkan haba tindak balas peneutralan, pemendakan, pembakaran


dan penyesaran

Menyelesaikan masalah berangka mengenai haba tindak balas

Melukis gambar rajah tahap tenaga sesuatu tindak balas

KERANGKA TAJUK-TAJUK

3.1 Haba (Entalpi)


3.TERMOKI
MIA

3.2 HabaTindak balas

ISI KANDUNGAN
3.1

Entalpi

Tindak balas kimia seperti pembakaran, pengaratan dan penyejatan air dalam
kolam semua melibatkan tenaga. Entalpi adalah istilah termodinak merujuk
kepada kandungan haba dalam sesuatu sistem. Simbol untuk entalpi ialah H
Kita tidak dapat mengukur nilai mutlak entalpi sistem,tetapi kita dapat
mengukur perubahan entalpi. Perubahan entalpi diwakili oleh simbol H dan
diukur dalam unit kJ.
Jika diukur pada tekanan tetap, haba tindak balas sama dengan perubahan
entalpi bagi sistem ini.
Bagi tindak balas

F+G

Perubahan entalpi (H)

J+K
= haba tindak balas
= (HJ + HK) (HF + HG)

Jika haba diserapkan semasa tindak balas berlaku, H adalah positif kerana
sistem kimia ini menerima tenaga dari persekitarannya. Tindak balas ini
dikenali sebagai tindak balas endotermik (Rajah 1)
PERSEKITARAN

SISTEM
Menyerap Haba

HABA

H = + (POSITIF)
Rajah 1

Jika haba dibebaskan semasa tindak balas berlaku, H adalah negatif


kerana sistem kimia ini membebaskan tenaga ke persekitarannya. Tindak
balas ini dikenali sebagai tindak balas eksotermik.
PERSEKITARAN
SISTEM
Membebaskan
Haba

HABA
H = - (NEGATIF)

Rajah 2
Nilai berangka perubahan entalpi dipengaruhi oleh:

Suhu eksperimen dijalankan,

Keadaan fizik (pepejal,cecair atau gas) bahan tindak balas dan


hasil tindak balas,

Tekanan bahan tindak balas bergas, dan

Kepekatan larutan yang terlibat

Kita harus menentukan bahawa keadaan sistem adalah sama sebelum


dan selepas tindak balas. Keadaan piawai untuk ukuran termokimia
ialah
0

Suhu 25 C (298 K)

Tekanan 1 atm (101kPa) dan

Larutan yang terlibat mempunyai kepekatan 1 mol dm

-3

Perubahan entalpi pada keadaan piawai dinyatakan sebagai tindak balas


piawai dan bersimbol H

298

atau H

Contohnya: Persamaan termokimia pada keadaan piawai bagi tindak


balas pembakaran metana dalam oksigen berlebihan adalah berikut:
CH4(g) + 2O2(g)

CO2(g) + 2H2O (ce)

298

= -890 kJ

Latihan
1. Jawab soalan berdasarkan tindak balas ini:
H2(g) + O2(g)

H2O(ce)

298

= -287kJ

(a) Adakah tindak balas ini eksotermik atau endotermik?


(b) Yang manakah mempunyai entalpi yang lebih besar, bahan tindak
balas ataupun hasil?
(c) Kirakan kuantiti haba yang dibebaskan jika 3 mol hidrogen terbakar
dalam oksigen berlebihan.
(d) Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas ini.

3.2

Haba tindak balas

Haba tindak balas boleh ditakrifkan sebagai tenaga haba yang diserap atau
dibebaskan apabila satu mol bahan tindak balas digunakan atau satu mol hasil
tindak balas terbentuk dalam keadaan piawai. Haba tindak balas sama dengan
perubahan entalpi jika diukur dalam keadaan piawai. Semua tindak balas kimia
melibatkan haba. Anda akan mempelajari beberapa tindak balas kimia dan
cara mengira haba tindak balasnya.
3.2.1 Haba Peneutralan
Peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan bes (atau alkali)
untuk menghasilkan garam dan air sahaja.
Asid + Bes/Alkali
Contoh:

HCl(ak) + KOH
H2SO4(ak)

KCl(ak)

+ 2NaOH(ak)
H2O(ce)

Garam + Air
+ H2O(ce)
Na2SO4(ak) +

Adakah tindak balas peneutralan eksotermik?


Semua tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik,
kerana haba dibebaskan dan H bertanda negatif
Haba peneutralan ialah haba yang dibebaskan apabila satu mol ion H

bertindak balas dengan satu mol ion OH untuk menghasilkan satu mol air
pada keadaan piawai.
+

H (ak) + OH (ak)

H2O(ce)

H ialah haba peneutralan dalam unit kJmol

H = negatif

-1

Contohnya, dalam tindak balas peneutralan antara asid nitrik (HNO 3) dan
-1

natrium hidroksida (NaOH), haba peneutralan ialah -57.3kJmol .


Contoh Pengiraan Haba Peneutralan
3

-3

Soalan: Apabila 50cm asid hidroklorik 1.2 mol dm dicampurkan kepada


3

-3

50 cm larutan ammonium hidroksida 1.2 mol dm , suhu larutan berubah


o

daripada 30 C kepada 37.5 C. Hitungkan haba peneutralan untuk tindak balas


antara asid hidroklorik dengan larutan ammonia.
-1o

-1

-3

(Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg C ; ketumapatan larutan = 1.0 gcm )


Penyelesaian:
Langkah 1: Hitungkan haba yang dibebaskan dalam eksperimen ini
Haba yang dibebaskan = m x c x T
= (50 + 50) x 4.2 x (37.5 30.0)
= 3150J = 3.15kJ
Langkah2: Hitungkan bilangan mol molekul air yang dihasilkan dalam
eksperimen ini.
Bilangan mol HCI (ak) yang digunakan = MV/1000
= 1.2 x 50 /1000
= 0.06mol

Bilangan mol NH4OH (ak) yang digunakan = MV/1000


= 1.2 x 50 /1000
= 0.06mol
Daripada persamaan HCl(ak) + NH4OH(ak) NH4Cl + H2O(ce), boleh
+

disimpulkan bahawa 0.06 mol ion H bertindak balas dengan 0.06 mol ion
-

OH untuk menghasilkan 0.06 mol molekul air.


Langkah 3: Daripada langkah 1 dan 2, pembentukan 0.06 mol molekul H2O
membebaskan 3.15 kJ tenaga.
Maka, pembentukan 1.0 mol molekul H2O membebaskan
3.15kJ x (1/0.06) = 52.5 kJ
Kesimpulannya, haba peneutralan untuk tindak balas antara
asid hidroklorik dengan larutan ammonium hidroksida ialah
-1

-52.5 kJ mol . Ini dapat ditulis secara ringkas sebagai


-1

H = - 52.5 kJ mol .

Latihan
1.

Kirakan haba peneutralan bagi tindak balas berikut:


3

(a)

25 cm asid nitrik (HNO3) 1.5M bertindak balas dengan 25 cm


larutan natrium hidroksida (NaOH) 1.5M, larutan suhu berubah
o
o
daripada 23 C kepada 32 C

(b)

Lukis gambarajah aras tenaga bagi tindak balas peneutralan ini.

3.2.2 HABA PEMBAKARAN


Pembakaran ialah tindak balas antara satu bahan api dengan oksigen untuk
menghasilkan tenaga haba. Pembakaran biasanya disertai dengan cahaya
atau nyalaan api. Semua tindak balas pembakaran merupakan tindak balas
eksotermik.
Haba pembakaran ialah haba yang dibebaskan apabila 1 mol bahan api
terbakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan pada keadaan
piawai.
Contoh: Haba pembakaran unsur karbon dan hidrogen adalah -392 kJmo

l-1

dan

-1

-286 kJmol masing-masing.

C(p) + O2(g)
H2(g) + O2(

g)

CO2(g)
H2O(ce)

H= -392 kJmol
H= -286kJmol

-1

-1

Haba pembakaran boleh ditentukan dengan membakar bahan api dan haba
yang dibebaskan digunakan untuk memanaskan air. Haba pembakaran bahan
api tersebut dapat ditentukan daripada kenaikan suhu air. Anggapkan haba
tidak hilang ke alam persekitaran, maka haba yang terbebas semasa
pembakaran bahan api sama dengan haba yang diserap oleh air.

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat mengenai haba


pembakaran pelbagai jenis alkohol. Bandingkan haba pembakaran bagi
metanol, etanol,propan-ol dan butan-ol. Dapatkah anda hubungkait
bilangan atom karbon dalam satu molekul alkohol dengan haba
pembakaran alkohol?

Pengiraan haba pembakaran


Soalan:
Apabila 2.7 g glukosa (C6H12O6) dibakar dengan lengkap dalam oksigen
berlebihan, haba yang terbebas dapat menaikkan suhu 600g air
sebanyak
0

12.5 C. Hitungkan haba pembakaran glukosa.


(Muatan haba tentu air: 4.2 Jg

-1 0

-1

C , Ketumpatan larutan = 1.0g cm

-3,

Jisim atom relatif: H,1;C,12; O,16)


Penyelesaian
Langkah 1: Hitungkan haba yang terbebas dalam eksperimen ini.
Haba yang dibebaskan = Jisim air (m) x Muatan haba tentu (c) x kenaikan
suhu (T)
= 600 x 4.2 x 12.5 J = 31 500 J=31.5 kJ
Langkah 2: Hitungkan bilangan mol glukosa yang terbakar dalam eksperimen ini.
Jisim molekul relatif glukosa (C6H12O6) =(6 x 12) + 12 x 1 + 6 x 16)= 180
Bilangan mol glukosa yang terbakar = 2.7/180 = 0.015mol
Langkah 3: Hitungkan haba yang dibebaskan apabila 1 mol glukosa
terbakar Daripada langkah 1 dan 2, 0.015 mol glukosa membebaskan
31.5kJ tenaga haba.
Maka, 1 mol glukosa membebaskan 31.5 x (1/0.015) = 2100 kJ
-1

Jadi, haba pembakaran glukosa (C6H12O6), H = -2100 kJmol .

Latihan

1. Haba pembakaran propana ialah -2220 kJmol

-1

C3H8(g) + 5O2(g) 3CO2(g) + 4H2O(ce) H= - 2220kJmol

-1

(a) Lukis gamba rajah aras tenaga bagi tindak balas ini
(b) Berapakah tenaga haba yang dibebaskan apabila 20g
karbon dioksida dihasilkan daripada pembakaran lengkap
propana?
2. Haba pembakaran metanol yang ditentukan dalam satu
eksperimen ialah -560 kJmol-1. Sebenarnya, nilai teori haba
pembakaran ialah
-1

-715 kJmol . Mengapa perbezaan ini boleh berlaku?

Memikir

Cuba anda fikirkan satu eksperimen yang dapat dijalankan dalam


makmal untuk mengenal pasti haba pembakaran etanol
Apakah langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen ini?

3.2.3 HABA PEMENDAKAN


Haba pemendakan ialah perubahan tenaga haba apabila satu mol mendakan
terbentuk daripada ion-ionnya. Contohnya: Larutan plumbum(II) nitrat bertindak
balas dengan larutan kalium sulfat untuk menghasilkan mendakan plumbum(II)
sulfat. Persamaan termokimia bagi tindak balas ini adalah seperti yang
berikut:
2+

Pb (ak) + SO42-(ak)

PbSO4(p)

H = -51kJmol-1

Haba sebanyak 51kJ dibebaskan apabila 1 mol plumbum sulfat


dimendakan pada keadaan piawai.

Latihan
-3

-3

1. Apabila 1mol dm argentum nitrat bertindak balas dengan 1 mol dm kalium


klorida, 1mol argentum klorida dimendakan dan haba sebanyak 58.8kJ
dibebaskan
(a)

Tuliskan persamaan termokimia.

(b)

Kirakan haba yang dibebaskan jika 0.4 mol argentum klorida


dimendakan.

(c)

Lukis gambar rajah aras tenaga bagi pemendakan argentum


klorida.
n+

n-

Haba pemendakan bagi pepejal M X ditentukan dengan menyukat perubahan


suhu semasa pemendakan berlaku, iaitu apabila isipadu tertentu larutan ion M
n+

dicampurkan kepada isi padu tertentu larutan ion X . Anda perlu tahu
kepekatan kedua-dua larutan.
Pengiraan Haba pemendakan
Soalan:
3

25 cm larutan argentum nitrat dicampurkan kepada 25 cm larutan kalium


klorida. Keputusan eksperimen yang diperoleh adalah seperti yang berikut:
0

Suhu awal larutan kalium klorida

= 32.5 C

Suhu awal argentum nitrat

= 31.5 C

Suhu maksimum campuran larutan

= 37.6 C

Dengan menggunakan data eksperimen, kira haba pemendakan argentum


klorida. (Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg
+

-1 0

-1

C ; Larutan tersebut masing-

masing mengandungi 0.23 mol ion Ag dan 0.023 mol ion Cl )

n+

Penyelesaian:
0

Suhu purata larutan sebelum tindak balas = (32.5 + 31.5) 2 = 32 C


0

Perubahan suhu = 37.6 C 32.0 C= 5.6 C.


Isi padu campuran tindak balas = 25 + 25 = 50 cm

3
-3

Dengan menganggap ketumpatan larutan = 1.0 g cm , jisim campuran tindak


3

-3

balas = 50cm x 1.0 g cm = 50.0 g


Langkah1: Hitungkan haba yang terbebas dalam eksperimen ini.
Haba yang dibebaskan = m x c x T = 50 x 4.2 x 5.6
= 1176 J = 1.176 kJ
Langkah 2: Hitungkan bilangan mol AgCl yang terbentuk dalam eksperimen ini.
+

Daripada persamaan ion: Ag (ak) + Cl (ak)

AgCl(p)

0.023 mol ion Ag bertindak balas dengan 0.023 mol ion Cl untuk
membentuk 0.023 mol AgCl.
Langkah 3: Hitungkan haba yang dibebaskan apabila 1 mol AgCl terbentuk.
Daripada Langkah 1 dan 2, pembentukan 0.023 mol AgCl
menghasilkan 1.176 kJ haba.
Maka, pembentukan 1 mol AgCl akan menghasilkan
1.176 x (1/ 0.023) = 51.1 kJ
Jadi, haba pemendakan argentum klorida, H = -51.1 kJ mol

-1

Latihan

1.

CuSO4(p) + air CuSO4(ak)

H = -66 kJmol

-1

Hitungkan jisim kuprum(ll) sulfat kontang yang diperlukan untuk dilarutkan


dalam air supaya 16.5 kJ haba dibebaskan.
(Jisim atom relatif Cu: 64, S = 32, O =16 )

2.

Apabila larutan plumbum(ll) nitrat dan larutan natrium bromida


dicampurkan, plumbum(ll) bromida dihasilkan:
2+

Pb (ak) + 2Br (ak)

PbBr2(p)

-1

H = -x kJmol
2+

dicampurkan dengan

2+

dicampurkan dengan

2+

dicampurkan dengan

(a) Berapakah perubahan haba jika 1.0 mol ion Pb


-

1.0 mol ion Br ?


(b) Berapakah perubahan haba jika 1.0 mol ion Pb
-

2.0 mol ion Br ?


(c) Berapakah perubahan haba jika 2.0 mol ion Pb
4.0 mol ion Br

3.2.4 HABA PENYESARAN


Haba penyesaran ialah haba yang dibebaskan apabila satu mol logam
disesarkan daripada larutan garamnya pada keadaan piawai. Logam yang
reaktif menyesarkan ion logam yang kurang reaktif daripada larutannya.
Contohnya, apabila serbuk magnesium berlebihan dicampurkan kepada larutan
ferum(ll) klorida, larutan hijau ferum(II) klorida menjadi tidak berwarna dan
serbuk ferum yang berwarna kelabu dihasilkan.Haba juga dibebaskan dalam
tindak balas ini. Tindak balas penyesaran boleh diwakili oleh persamaan
termokimia:
Mg(p) + FeCl2(ak)

MgCl2(ak) + Fe(p)

H= - 202 kJmol

-1

Di makmal, haba penyesaran ditentukan dengan mencampurkan serbuk


logam yang lebih elektropositif dengan berlebihan kepada isi padu tertentu
larutan garam logam lain dan seterusnya menyukat suhu maksimum yang
tercapai.

Memikir

Cuba anda fikirkan satu eksperimen yang dapat dijalankan dalam


makmal untuk menentukan haba penyesaran kuprum oleh zink
Apakah langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen ini?

Pengiraan haba penyesaran


Soalan:
3

Apabila serbuk aluminium berlebihan ditambahkan kepada 100 cm larutan


ferum(ll)sulfat, 0.48 g ferum dihasilkan dan suhu larutan berubah daripada 30
0

C kepada 35.5 C. Hitungkan haba penyesaran ion ferum oleh aluminium

berdasarkan tindak balas:


2+

3Fe (ak) + 2Al(p)

3+

3Fe(p) + 2Al (ak)

(Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg

-1 0

-1

-3

C , Ketumpatan larutan =1.0gcm , Jisim

atom relatif: Fe = 56)


Penyelesaian:
Langkah 1: Hitungkan haba yang dibebaskan dalam eksperimen ini
0

Kenaikan suhu = 35.5 30.0 = 5.5 C


Haba yang dibebaskan = Jisim larutan x Muatan haba tentu x
kenaikan suhu
= 100 x 4.2 x 5.5 J = 2310J = 2.31kJ
Langkah 2: Hitungkan bilangan mol ferum yang disesarkan
Jisim atom relatif Fe = 56
Bilangan mol Fe yang dihasilkan = jisim jisim atom relatif = 0.480/56
= 0.0086

Langkah 3: Hitungkan haba penyesaran ion ferum oleh aluminium


Pembentukan 0.0086 mol ferum membebaskan haba sebanyak
2.31 kJ haba
Pembentukan 1.0 mol ferum membebaskan haba sebanyak:
= 2.31 x (1/ 0.0086) = 268.6 kJ
Jadi, haba penyesaran ion ferum oleh aluminium,
H = - 268.6 kJmol

-1

Latihan

1.

Zn(p) + CuSO4(g)

Cu(p) + ZnSO4(ak)

H = -218 kJmol

-1

(a) Lakarkan gambarajah aras tenaga bagi tindak balas penyesaran ini
(b) Hitungkan jisim minimum zink yang perlu digunakan supaya
tindakannya terhadap larutan kuprum(ll)sulfat berlebihan
dapat menghasilkan 46.8 kJ haba. (Jisim atom relatif zink :
65.4)

Tutorial (2 Jam)

1. (a) Apa yang anda faham tentang istilah entalpi


(b) Ramalkan perubahan entalpi yang berlaku dalam tindak balas
berikut: (nyatakan sama ada entalpi berkurang atau bertambah)

i.

Br2(g)

ii.

NaCl(s) + ak

iii

CO(g)

+ O2(g)

Br2 (ce)
NaCl (ak)

CO2(g)

(c) Mengapakah keadaan piawai patut dinyatakan dalam


pengiraan perubahan entalpi?
3

-3

2. 100 cm natrium hidroksida (1 mol dm ) meneutralkan 50cm asid


-3

sulfurik (1mol dm ) dan suhu awal larutan pada 21.0 C meningkat ke


0

29.0 C
(Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg

-1 0

-1

C ,

-3

Ketumpatan larutan =1.0 gcm )

(a)

Kirakan haba peneutralan

(b)

Lakarkan gambarajah aras tenaga bagi tindak balas ini

Tiga jenis alkohol dibakar dan haba yang dibebaskan diukur seperti
ditunjukkan dalam jadual berikut:
Alkohol

Jisim alkohol terbakar

Haba dibebaskan

(g)

(kJ)

Metanol

3.2

71

Etanol

9.2

268

Propan-ol

7.5

252

(a) Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi setiap jenis alkohol.


(b) Kirakan bilangan mol setiap alkohol yang dibakar
-1

(c) Kirakan haba pembakaran (kJmol ) setiap alkohol


(d) Alkohol manakah boleh dijadikan bahan api yang paling efisen?
Terangkan
4.

Apabila 500 cm larutan M

+1

-3

1.0 mol dm dicampurkan dengan

500cm larutan ion sulfat SO42- 1.0 mol dm-3, suhu larutan naik
0

sebanyak 6 C.
Hitungkan haba pemendakan M2SO4 dalam tindak balas ini.
(Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg

5.

-1 0

-1

C )

Zn(p) + CuSO4(ak) ZnSO4(ak) + Cu (p) H= -218kJmol


(a) Lakar gambarajah aras tenaga bagi tindak balas ini
(b) Kirakan haba yang dibebaskan jika 12.4g kuprum
dimendakkan. ( jisim atom relatif kuprum = 63.5 )

-1

TAJUK 4 TERMOKIMIA: HABA PEMBENTUKAN DAN


HUKUM HESS
SINOPSIS
Tajuk ini mengandungi dua sub topik iaitu haba pembentukan dan Hukum
Hess. Anda dapat mentakrifkan haba pembentukan dan menghubungkait
nya dengan kestabilan bahan. Dalam tajuk ini juga, Hukum Hess
diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan entalpi
bahan.

HASIL PEMBELAJARAN

Mentakrifkan haba pembentukan

Mengira perubahan haba tindak balas menggunakan nilai berangka


haba pembentukan

Meramal kestabilan relatif sesuatu sebatian

Mendefinisikan Hukum Hess

Mengaplikasikan Hukum Hess

KERANGKA TAJUK-TAJUK

4.1 HABA PEMBENTUKAN


Pengiraan nilai
TERMOKIMIA
4.2 HUKUM HESS
Aplikasi Hukum Hess

ISI KANDUNGAN
4.1

Haba Pembentukan

Haba pembentukan piawai suatu bahan ialah haba yang dibebaskan atau
diserap apabila 1 mol bahan itu terbentuk dari unsur-unsurnya di bawah
keadaan piawai. Misalnya, haba (entalpi) pembentukan piawai bagi air ialah
-1

-285.5 kJmol . Ini bererti apabila 1 mol air cecair terbentuk dari hidrogen dan
oksigen dalam keadaan bergas, 285.5 kJ haba dibebaskan (eksotermik). Haba

pembentukan piawai bagi bahan diberi simbol Hf .


H2(g) + O2(g)

H2O(ce)

Hf = -187.6 kJmol

Boleh anda ramalkan tenaga yang perlu untuk menguraikan satu mol air

kepada hidrogen dan oksigen? Nilai Hf membantu ahli sains untuk


meramalkan kestabilan bahan.

Latihan
1. Haba pembentukan piawai beberapa sebatian diberi dalam Jadual 1
Jadual 1
Sebatian

-1

Hf (kJmol )

Al2O3

-1676

NaCl

-411

C2H4

+52.3

Tulis persamaan termokimia bagi setiap tindak balas dalam Jadual 1.

4.1.1 Kestabilan Sebatian


Haba pembentukan piawai bagi sebatian mewakili tenaga yang dipindah dari
atau kepada persekitaran apabila ikatan kimia dalam unsur pecah dan
ikatan

baru terbentuk dalam sebatian itu. Nilai Hf sebatian memberi maklumat tentang
kestabilannya tentang penguraian kepada unsur-unsurnya. Sebatian yang
terbentuk dengan membebaskan tenaga haba yang tinggi dan mempunyai
nilai

Hf yang paling negatif biasanya paling stabil. Sebatian ini tidak mudah terurai
menjadi unsur-unsurnya. Sebaliknya sebatian yang terbentuk dengan

menyerap haba dan mempunyai nilai Hf yang paling positif tidak stabil.
Sebatian jenis ini
mudah terurai apabila dipanaskan sedikit ataupun pada keadaan biasa.

Sebatian
Stabil

-1

Hf (kJmol )

Sebatian
Tak Stabil

-1

Hf (kJmol )

Al2O3

-1676

Cl2O7

+75.7

NaCl

-411

NCl3

+230

C2H4

+52.3

SnH4

+163

Sebatian yang mengandungi entalpi positif yang tinggi boleh bertindak balas
sangat reaktif dan boleh meletup. Contohnya, Mekuri fulminat Hg(ONC)2
yang mempunyai haba pembentukan +269kJ digunakan dalam bahan letupan
4.1.2 Pengiraan perubahan entalpi tindak balas

Entalpi pembentukan piawai Hf diguna untuk menghitung perubahan


entalpi dalam tindak balas kimia.
Perubahan entalpi piawai bagi tindak balas

=hasil tambah Hf bagi hasil hasil tambah Hf bagi bahan tindak balas

=Hf (hasil) - Hf (bahan tindak balas)

Contoh: Hf bagi karbon monoksida dan karbon dioksida masing-masing

adalah -110 kJmol-1 dan -393.5 kJmol-1. Hitung nilai Hf bagi tindak balas
CO(g) + O2(g)
CO2(g)
Penyelesaian:

CO(g) + O2(g)
CO2(g) (-110)

(0)

(-

393.5)
(Perhatian: entalpi pembentukan piawai bagi unsur diberi nilai sifar
pada keadaan piawai)

H = (-393.5) (-100 + 0) = -283.5 kJmol

-1

Latihan

1. Hf bagi Ag+, Cl- dan AgCl masing-masing adalah +105.0 kJ,

-167 kJ dan -127 kJ. Hitung Hf bagi tindak balas


+

Ag + Cl

4.2

AgCl

Hukum Hess

Pada tahun 1841, Germain Henri Hess, seorang saintis Swiss telah
menunjukkan haba yang dibebaskan atau diserap dalam sesuatu tindak
balas adalah sama dan tidak bergantung kepada proses tindak balas. Proses
tindak balas boleh melibatkan beberapa langkah atau secara terus-menerus.
Hukum Hess menyatakan bahawa haba yang dibebaskan atau diserap
semasa perubahan kimia tidak bergantung kepada jalan perubahan itu
disempurnakan. Rajah 1 menunjukkan bahawa bahan A bertindak balas menjadi
B melalui dua cara:

secara terus menerus melibatkan haba tindak balas Hr

melalui 3 langkah iaitu bahan A bertindak balas menjadi X dan X


bertindak balas menjadi Y dan Y bertindak balas menukar ke B
yang melibatkan haba tindak balas H1, H2, H3 masing-masing.

Mengikut Hukum Hess, Hr = H1, + H2 + H3

Rajah 1
Satu contoh untuk menjelaskan Hukum Hess ialah tindak balas di antara
karbon dan oksigen untuk menghasilkan karbon dioksida.
Cara pertama: Secara langsung 1 mol karbon bertindak balas dengan oksigen
berlebihan untuk menghasilkan karbon dioksida dan haba yang dibebaskan
ialah
-1

393kJ mol .
C(p) + O2(g)

CO2

H = -393kJ

Cara kedua: 2 langkah


Langkah1: 1 mol karbon terbakar dalam oksigen yang terhad dan
menghasilkan karbon monoksida. Haba terbebas hanya
-1

111kJ mol .
C(p) + O2(g)

CO(g)

H = -111kJ

Langkah2: Karbon monoksida boleh bertukar kepada karbon dioksida


dengan pembebasan haba sebanyak 282kJ mol-1
CO(g) + O2(g)

CO2(g)

H = -282kJ

Haba tindak balas keseluruhan ialah hasil tambah haba peringkat berasingan
iaitu -393 = -111 + (-282). Rajah 2 merumuskan haba tindak balas yang terlibat
dalam pembentukan karbon dioksida.
CO(g)
+ O2(g)

H=-111kJ

+ O2(g)
H=-282kJ

C(p)

+O2
H=-393kJ

CO2

Rajah 2: Kitaran Tenaga Pembentukan Karbon Dioksida

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat mengenai Hukum Hess.


Bagaimana anda mengait Hukum Hess dengan Hukum Keabadian
Tenaga

4.2.1 Aplikasi Hukum Hess


Hukum Hess digunakan oleh ahli kimia untuk mengira entalpi tindak balas
yang tidak dapat diukur secara langsung. Contohnyanya, entalpi tindak balas
bagi tindak balas antara karbon dan hidrogen tidak dapat diukur secara
langsung:

4C(p) + 5H2(g)

C4H10(g)

Bagaimanapun, karbon, hidrogen dan butana mudah terbakar dan entalpi


pembakaran dapat ditentukan melalui eksperimen menggunakan kalorimeter.
Satu kitaran tenaga dibina (Rajah 3) untuk mudahkan pengiraan entalpi.
H1
4C

5H2(g)

C4H10(g)

+6O2(g)

+6O2(g) H2

H3
4CO2(g) + 5H2O(ce)
Rajah 3: Kitaran Tenaga Pembentukan Butana
Mengikut Hukum Hess:
H3 = H1 + H2
H1 = H3 - H2

H3 dan H2 dapat diketahui melalui eksperimen

Maka H1 dapat dikira.


Soalan: Hitungkan H bagi tindak balas S(p) + 1O2 (g)
SO3(g). Diberi:

(1)

S(p) + O2(g)

SO2(g)

H1

= -297 kJ
(2) SO2(p) + O2(g)

SO3(g)

H 2 = -297 kJ

Penyelesaian:
Apabila persamaan (1) + persamaan (2), kita akan dapat:
S(p) + 1O2 (g)

SO3

Jadi, H = H1 + H2 = -297 + (-99) = -396 kJ

Tutorial (2 jam)

1. Nilai entalpi berikut berkait dengan sebatian CF4 ,sejenis gas pada
suhu bilik.
C(s) + 2F2(g)
kJ CF4(p)

CF4(g)

H = -92

CF4(g)

H = +15

kJ
(a) Terangkan mengapa tanda nilai haba tindak balas berbeza.
(b) Terangkan mengapa nilai H bagi kedua-dua tindak balas jauh
berbeza.
(c) Bolehkah gas CF4 berada dalam keadaan stabil pada suhu bilik.
Jelaskan
(d) Nyatakan keadaan piawai tindak balas ini berlaku.
2. (a) Nyatakan Hukum Hess
(b) Kirakan entalpi pembentukan propana berasaskan data
berikut: C(s) + O2(g)

CO2 (g)

H = -

393 kJ H2O(ce) H2(g) + O2(g)

H = +

285 kJ C3H8(g) + 5O2(g) 3CO2(g) + 4H2O(ce)

H = -

2217 kJ
(c) Tindak balas manakah yang eksotermik?
3. Kirakan perubahan entalpi piawai apabila kalsium klorida
diturunkan oleh logam natrium.
CaCl2(p) + 2Na(s)
Diberi :

Ca(p) + 2NaCl(p)

Ca(p) + Cl2(g)
Na(p) + Cl2(g)

CaCl2(p)
NaCl(p)

H = - 796 kJ
H = - 411 kJ

4.

Kirakan H untuk tindak balas:


Hg2Cl2(p) + Cl2(g)

2HgCl2(p)

Diberi: 2Hg(ce) + Cl2(g)


Hg(ce) + Cl2(g)
5.

Hg2Cl2(p)

H = -265 kJ

HgCl2(p)

H = -224 kJ

Bandingkan haba pembakaran satu gram gas hidrogen dan


asetilen (acetylene C2H2). Pilih gas yang sesuai untuk
kimpalan(welding). Gunakan maklumat yang berikut:
H2(g) + O2(g)

H2O(ce)

H = -285 kJ

C(p) + O2(g)

CO2(g)

H = -393 kJ

2C(p) + H2(g)

C2H2(g)

H = +227 kJ

TAJUK 5 TERMOKIMIA: MAKANAN DAN BAHAN API


TENAGA SOLAR
SINOPSIS
Tajuk ini dibahagikan kepada tiga subtopik; makanan, bahan api dan tenaga
solar. Anda akan memahami makanan sebagai bahan api untuk badan kita
dan

dapat

menerangkan

perubahan

kimia

yang berlaku

di

sel -sel

untuk mengeluarkan tenaga. Anda juga akan bandingkan pelbagai bahan api
sebagai sumber api dan menerangkan kepentingan tenaga solar kepada
manusia,haiwan dan tumbuhan.
HASIL PEMBELAJARAN

Menyatakan makanan sebagai sumber tenaga

Menerangkan perubahan kimia yang terlibat dalam penghasilkan


tenaga daripada makanan

Menjelaskan bahan api sebagai sumber api

Menerangkan perubahan kimia yang terlibat dalam penghasilkan


tenaga daripada bahan api

Menerangkan kepentingan tenaga solar kepada semua benda


hidup

Mengenalpasti cara untuk menggunakan aktiviti PPIK (Pengetahuan


Pedagogi Isi Kandungan) untuk mengajar bidang kurikulum yang sesuai

KERANGKA TAJUK-TAJUK

5.1 MAKANAN DAN BAHAN API


Nilai bahan api
TERMOKIMIA
5.2 TENAGA SOLAR

ISI KANDUNGAN
5.1

MAKANAN DAN BAHAN API

Makanan adalah satu sumber tenaga untuk badan kita. Makanan


mempunyai tiga fungsi:

Membekalkan tenaga untuk aktiviti badan seperti berlari dan berjalan

Memberikan bahan atau nutrien untuk tisu atau sel-sel badan


bertumbuh dan membaiki sel badan

Membekalkan bahan untuk mengawal proses badan seperti


perkumuhan, bernafas dan penghadaman

Makanan yang kita makan dihadam dan menukar bahan ringkas seperti
glukosa dan asid amino. Bahan ringkas ini dihantar ke sel-sel seluruh badan
melalui sistem salur darah. Respirasi adalah satu proses di mana bahan
ringkas makanan seperti glukosa bertindak balas dengan oksigen untuk
membekalkan tenaga. Tindak balas yang berlaku semasa respirasi ialah:
C6H12O6(ak) + 6O2(g)

6CO2(g) + 6H2O(ce) H= -2803kJmol

Sebahagian tenaga kimia terkandung dalam glukosa ditukar ke haba untuk


memanaskan badan, sebahagian tenaga untuk gerakan di otot dan juga
sebagai tenaga elektrik di urat saraf. Proses respirasi ialah satu tindak balas
pengoksidaan dan makanan dianggap seperti bahan api untuk badan kita.
5.1.1 Pengukuran Kandungan Tenaga Makanan
Bagaimanakah anda tahu kandungan tenaga sesuatu makanan? Makanan
dibakar dalam kalorimeter bom dan tenaga yang dikeluarkan semasa
penoksidaan makanan dapat diukur. Kita boleh anggapkan tenaga makanan
yang diukur adalah sama dengan tenaga yang dibebaskan semasa respirasi.
Makanan biasanya mengandungi tiga jenis bahan; karbohidrat (gula dan
kanji); lipid (minyak dan lemak) dan protin. Setiap bahan ini mengandungi
kandungan tenaga yang berbeza (Jadual 1). Lemak mengeluarkan dua kali
lebih tenaga berbanding karbohidrat atau protin.

-1

-1

Jenis bahan

Tenaga (kJg )

Karbohidrat

17

Lemak

37

Protin

17

Jadual 1: Kandungan Tenaga Karbohidrat, Lemak dan Protin


Kandungan tenaga sesuatu makanan bergantung kepada kadar kuantiti tiga
jenis bahan yang ada dalam makanan. Jadual 2 senaraikan kandungan tenaga
beberapa makanan.
Makanan

Karbohidrat

Lemak

Protin

Nilai tenaga/

(%)

(%)

(%)

Nilai Klori
-1

(kJg )
Mantega

80.3

29.9

Ayam goreng

17.6

29.4

12.1

ubi kentang (rebus)

22.0

2.0

4.2

Roti

53.2

4.0

8.0

11.7

Telur (rebus)

0.6

11.8

12.5

6.7

Susu

5.0

4.0

3.3

3.0

Keju

4.0

37

28

20.0

Jadual 2: Komposisi dan kandungan tenaga beberapa makanan

Latihan
1. Sekeping roti 1.5g dibakar dengan sempurna dalam kalorimeter bom.
3

Haba yang dibebaskan menaikan suhu air 300 cm dari 18.6 C ke 20 C.


-1

Berapakah nilai kalori (dalam unit kJg ) roti?


-1

-1

(Muatan haba tentu air = 4.2 Jg C .)


3

2. Kirakan kandungan tenaga satu kotak susu 100cm yang mengandungi


5.2g lemak, 6.8g karbohidrat dan 3.4 protin. (Rujuk Jadual 1)
5.1.2 BAHAN API
Bahan api ialah bahan kimia yang mudah terbakar dalam udara untuk
membebaskan tenaga haba. Bahan api boleh dikelaskan kepada tiga
kumpulan mengikut keadaan fiziknya:
(a) bahan api pepejal: arang batu, arang kok
(b) bahan api cecair: petrol, diesel dan kerosin
(c) bahan api gas : gas asli dan gas hidrogen
Bahan api berbeza dari segi nilai bahan api. Nilai bahan api ialah tenaga haba
yang dibebaskan apabila satu gram bahan api terbakar dalam oksigen
-1

berlebihan. Unit nilai bahan api ialah kJ/g atau kJg . Jadual 3 menunjukkan nilai
bahan api bagi beberapa jenis bahan api
Bahan api

Nilai bahan api/kJg

Hidrogen

143

Kayu

21

Arang batu Gas

34

asli Petrol Butana

52
42
50

Jadual 3: Nilai tenaga bahan api

-1

Dari segi tenaga haba yang dibebaskan per gram bahan api, hidrogen
merupakan bahan api yang terbaik. Kayu api merupakan bahan api yang
membebaskan tenaga yang sedikit berbanding bahan api lain. Nilai bahan api
digunakan dalam bidang perindustrian untuk membandingkan kos
penghasilan tenaga bagi pelbagai bahan api melalui kaedah penghitungan.
-1

Contoh: Jadual berikut menunjukkan nilai bahan api (kJg ) dan


kos (ringgit per kg) bagi dua bahan api, gas asli dan petrol
-1

Bahan api
Gas asli

Nilai tenaga (kJg )


52

kos
RM0.35 per kg

Petrol

42

RM 1 per kg

Bandingkan gas asli dan petrol dari segi


(a) kos bahan api.
(b) kos tenaga.
Penyelesaian:
(a)

Kos bahan api: Petrol lebih mahal daripada gas asli dari segi kos
per gram bahan api

(b)

Kos tenaga:
Gas asli
1 kg gas asli berharga RM 0.35
1 kg gas asli menghasilkan 52 x 1000kJ tenaga haba
52 x 1000kJ tenaga haba berharga RM0.35
Jadi, 1000kJ tenaga berharga RM 0.035/52 = RM0.0067
Petrol
1kg petrol berharga RM 1.00
1kg petrol menghasilkan 42 x 1000 kJ tenaga haba
1000kJ tenaga haba berharga RM1/42 = RM0.024
Berdasarkan kiraan, petrol lebih mahal daripada gas asli

Pemilihan bahan api


Apabila memilih bahan api yang sesuai bagi tujuan tertentu, tiga
faktor utama dipertimbangkan:

Nilai bahan api


Semakin tinggi nilai bahan api, semakin banyak tenaga haba
dibebaskan per gram bahan api

Kesan terhadap persekitaran


Kebanyakan bahan api mengeluarkan banyak jelaga apabila
dibakar dan ini menyebabkan pencemaran udara. Hidrogen
dikenali sebagai bahan api bersih kerana pembakaran hidrogen
tidak menghasilkan jelaga atau gas-gas yang mencemarkan udara

Kos per gram bahan api


Arang batu merupakan bahan api yang paling murah
manakala bahan api seperti butana dan petrol agak mahal.

Latihan

1.

Berdasarkan tiga kupulan makanan iaitu, karbohidrat, lemak dan


protin, cadangkan makanan yang sesuai untuk:

2.

(a)

bayi

(b)

remaja

(c)

ibu berkandung

Bandingkan penggunaan gas asli dengan arang batu untuk memasak


di rumah.

5.2

TENAGA SOLAR

Tenaga solar atau tenaga suria merupakan sumber tenaga terbesar di dunia.
Malangnya manusia masih kekurangan teknologi untuk menggunakan tenaga
solar sepenuhnya. Pada hari yang terang lebih kurang 1kJ tenaga solar
terdapat pada 1 meter persegi tanah di permukaan bumi setiap saat.
Tenaga solar sangat penting untuk kehidupan manusia, haiwan dan
tumbuhan serta proses-proses semula jadi yang berlaku di bumi. Contohnya,
proses fotosinthesis dan kitaran hidrologi tidak boleh berlaku tanpa tenaga
solar.

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat tentang


kepentingan tenaga solar kepada:
(a)
sistem bumi (proses-proses semula jadi)
(b)
tumbuhan
(c)
manusia
Lakarkan satu peta minda yang menggambarkan penggunaan tenaga
solar

5.2.1 Aplikasi tenaga solar


Tenaga solar digunakan melalui dua kaedah:
Kaedah 1: Cahaya matahari boleh ditukarkan kepada arus elektrik dalam sel
fotoelektrik. Kadar keberkesanan sel fotoelektrik semakin bertambah melalui
penyelidikan Sel fotovoltik yang digunakan untuk menjanakan elektrik bagi
satelit. Rajah 1 menunjukkan sel fotoelektrik yang ringkas untuk menyalakan
sebuah mentol. Di Portugal selatan, penjana elektrik berasaskan tenaga solar
telah
dibina pada tahun 2006. Kawasan seluas 150 ekar digunakan dan
berupaya menjana 11MW(megawat) kuasa elektrik. Kuasa elektrik ini
mencukupi membekal elektrik untuk 8000 rumah.

Matahari

Panel Solar

Panel Elektrik

Motor Elektrik

Rajah 1 :Tenaga solar ditukar ke tenaga elektrik melalui sel fotoelektrik

Kaedah 2: Tenaga solar diserap ke atas plat pengumpul yang bercat hitam.
Kaedah pemanasan solar pasif ini digunakan untuk memanaskan bekalan air di
rumah (Rajah 2). Rekabentuk rumah yang menggunakan tenaga solar berbeza
dengan rumah biasa. Pintu rumah atau sebahagian besar rumah menuju ke
matahari supaya tenaga diserap dan dibebaskan waktu malam.Rumah yang
menggunakan tenaga solar akan mengumpul seberapa banyak haba yang
boleh
dan mengalirkan haba itu melalui pengaliran udara yang asli.

Pengumpul
tenaga solar

Tangki
Air

Rajah 2 : Sistem pemanasan air menggunakan tenaga solar

Mengumpul Maklumat

Kaji huraian sukatan pelajaran sains sekolah rendah Tahun Lima dan
Tahun Enam dan senaraikan semua aktiviti pembelajaran yang
berkaitan dengan topik haba. Komen tentang kesesuaian aktiviti-aktiviti
pembelajaran berkenaan.Cadangkan aktiviti alternatif jika anda fikirkan
aktiviti pembelajaran itu kurang sesuai.

Tutorial (2 jam)

Jawab semua soalan


1.

Sejenis kacang mengandungi 62% karbohidrat, 22% protin dan 1.5%


lemak. Anggarkan nilai makanan kacang ini. (Rujuk Jadual 1)

2.

Semasa senaman ringan, seperti berjalan, seorang dewasa


menggunakan 15kJ/min. Berapa minitkah senaman ini boleh diteruskan
jika tenaga yang dibekalkan bersamaan dengan semangkuk sup ayam
yang mengandungi 13g protin, 20g karbohidrat dan 5g lemak?

3.

Sebotol yang mengandungi 10g minyak Canola bernilai tenaga 346kJ,


manakala sebotol lain yang mengandungi 60 g sirap buah-buahan
bernilai tenaga 820kJ. Jelaskan perbezaan nilai tenaga kedua-dua bahan
makanan.

4.

Sarapan pagi seorang pelajar sekolah terdiri daripada 120g susu, 30g
roti dan sebiji telur masak. Gunakan nilai makanan purata di jadual 1
untuk mengira tenaga yang diperolehi melalui sarapan pagi ini

5.

Tenaga solar merupakan tenaga masa depan di bumi ini.


Berikan kebaikan dan kelemahan tenaga solar.

Perbincangan ( 1 jam)

PPIK 3
Tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh
diperbaharui. Tenaga boleh dibahagi kepada dua jenis yang tersebut di
atas.
1. Hasilkan penyusun grafik tentang tenaga yang boleh diperbaharui dan
tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
2. Apakah peranan anda dalam penjimatan tenaga dalam kehidupan harian
? Bincangkan.
Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan-soalan berikut:
Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti tersebut?
Dari bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah
rendah yang berkaitan dengan topik berkenaan?
Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

TAJUK 6 ELEKTROKIMIA: PENGOKSIDAAN DAN


PENURUNAN
SINOPSIS
Kebanyakan tindak balas kimia yang berlaku melibatkan pengoksidaan dan
penurunan yang berlaku serentak. Pengoksidaan ialah tindaka balas yang
berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas mengalami penambahan
oksigen atau kehilangan hidrogen. Penurunan ialah tindak balas yang
berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas mengalami kehilangan oksigen
atau penambahan hidrogen. Tindak balas yang melibatkan kedua -dua
proses pengoksidaan dan penurunan dikenali sebagai tindak balas redoks.
Bahan tindak balas yang dioksidakan apabila mengalami penambahan
oksigen atau kehilangan hidrogen dikenal sebagai agen penurunan . Agen
pengoksidaan ialah bahan yang mengoksidakan bahan tindak balas lain dan
sendiri mengalami proses penurunan. Tindak balas redoks dapat
dikenalpasti melalui perubahan nombor pengoksidaan.

HASIL PEMBELAJARAN

Mentakrifkan pengoksidaan

Mentakrifkan penurunan

Mengenali nombor pengoksidaan

Mengenali tindak balas redoks dari segi perubahan nombor pengoksidaan

Mengimbangan persamaan tindak balas redoks

KERANGKA TAJUK-TAJUK

6.1 PENGOKSIDAAN

6.2 PENURUNAN

ELEKTROKIMIA

6.3 NOMBOR PENGOKSIDAAN


6.4 TINDAK BALAS REDOKS DARI SEGI
PERUBAHAN NOMBOR PENGOKSIDAAN
6.5 MENGIMBANGAN PERSAMAAN REDOKS

TINDAK BALAS REDOKS


melibatkan

PENGOKSIDAAN
(Dialami oleh agen penurunan)

melibatkan
Penambahan oksigen
Kehilangan Hidrogen

Kehilangan elektron
Penambahan nombor
pengoksidaan

PENURUNAN
(Dialami oleh agen pengoksidaan)

melibatkan
Kekurangan oksigen

Penambahan Hidrogen
Penambahan elektron

Pengurangan nombor
pengoksidaan

ISI KANDUNGAN
6.1

Pengoksidaan

Udara mengandungi 21% oksigen. Banyak bahan bertindak balas


dengan oksigen secara semula jadi.
Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila sesuatu bahan tindak
balas mengalami penambahan oksigen atau kehilangan hidrogen. Bahan
yang mengalami penambahan oksigen atau kehilangan hidrogen dikenali
sebagai agen penurunan.
Contohnya:

Magnesium bergabung dengan oksigen di udara untuk


menghasilkan magnesium oksida. Magnesium bertindak sebagai
agen penurunan.

Gas metana bertindakbalas dengan oksigen untuk menghasikan


karbon dioksida dan air. Metana kehilangan hidrogen dalam proses
ini. Metana dikenali sebagai agen penurunan.

6.2

Penurunan

Bagi sesetengah tindak balas, bahan tindak balas kehilangan oksigen


atau penambahan hidrogen. Tindak balas ini dikenali sebagai penurunan.
Bahan yang mengalami kehilangan oksigen atau penambahan hidrogen
dikenali sebagai agen pengoksidaan.
Contohnya:

Magnesium bertindakbalas dengan zink oksida menghasilkan


magnesium oksida dan zink. Dalam tindak balas ini, zink oksida
bertindak sebagai agen penurunan kerana kehilangan oksigen.

Gas metana bertindakbalas dengan oksigen untuk menghasikan


karbon dioksida dan air. Oksigen merupakan sebagai agen
pengoksidaan kerana mengalami penambahan hidrogen
menjadi air.

6.3

Nombor Pengoksidaan

Satu atom atau molekul sesuatu unsur dalam keadaan bebas


mempunyai nombor pengoksidaan sama dengan sifar.
Contoh:

Formula

nombor pengoksidaan

H2

O2

Fe

Cu

Untuk ion monoatom, nombor pengoksidaan ialah cas pada ion itu.
Contoh:

Ion

Nombor pengoksidaan

Na

+1

Cu

2+

+2

3+

+3

Fe
F

-1

2-

-2

3-

-3

O
N

Untuk ion poliatomik, jumlah nombor pengoksidaan untuk semua


atom yang hadir dalam ion itu sama dengan cas yang ada pada ion
tersebut.
Contoh:

SO4

2-

(+6)+4(-2)=-2
MnO4

(+7)+4(-2)=-1

Untuk sebatian ion atau sebatian kovalen, jumlah nombor


pengoksidaan untuk semua atom yang hadir dalam formula
sebatian adalah sifar.
Contoh:

CaCO3

(+2)+(+4)+3(-2)=0
CO2

(+4)+2(-2)=0

Dalam sebatian kovalen, atom yang lebih elektonegatif akan diberi


nombor pengoksidaan negatif dan yang kurang elektronegatif
akan diberi nombor pengoksidaan positif.
F2O

HClO

2(-1) (+2)

(+1) (+1) (-2)

I,Br,Cl,N,O,F Keelektronegatifan bertambah

Latihan
Cari nombor pengoksidaan untuk unsur-unsur yang dihitamkan berikut:
(a)

CH4

(b)

S2O3

(c)

ClO3-

(d)

NO3-

(e)

MgCl2

6.4

Tindak balas redoks dari segi perubahan nombor pengoksidaan

6.4.1 Tindak Balas Pengoksidaan

Satu proses yang melibatkan kehilangan elektron.

Satu proses yang melibatkan penambahan dalam nombor


pengoksidaan.

Proses pengoksidaan dapat diwakili oleh persamaan setengah.


Contoh: Mg Mg

2+

+2e

(perubahan no. pengoksidaan magnesium dari 0 ke +2)

2+

3+

Fe Fe + e

(perubahan no. pengoksidaan ion Fe

2I I2 + 2e

2+

dari +2 ke +3)

(perubahan no. pengoksidaan ion I dari -1 ke +0)

6.4.2 Tindak Balas Penurunan

Satu proses yang melibatkan penerimaan elektron.

Satu proses yang melibatkan pengurangan dalam nombor


pengoksidaan.

Proses penurunan dapat diwakili oleh persamaan setengah.


Contoh:

Cl2 + 2e 2 Cl

(perubahan no. pengoksidaan Cl2 dari 0 ke -1)

MnO4 + 8H+ + 5e- Mn2+ + 4H2O


(perubahan no. pengoksidaan Mn dari +7 ke +2)

3+

Fe + e Fe

2+

(perubahan no. pengoksidaan ion Fe

3+

dari +3 ke +2)

6.4.3 Tindak balas redoks


Satu proses di mana kedua-dua tindak balas pengoksidaan dan
penurunan berlaku serentak.
Contoh:

2+

3+

2+

5Fe 5Fe + 5e
+
2+ + 4H O
2
MnO4 + 8H + 5e Mn

Pengoksidaan
Penurunan

5Fe + MnO4 + 8H+ 5Fe3+ + Mn2+ + 4H2O

6.5

Redoks

Mengimbangkan persamaan redoks


Untuk pengimbangan, langkah-langkah yang berikut patut diikuti:

Tulis persamaan pengoksidaan dan penurunan yang betul.

Letakkan

pekali

di

hadapan

kedua-dua

tindak

balas

pengoksidaan dan penurunan (jika perlu) supaya bilangan


elektron untuk kedua- dua tindak bals adalah sama.

Jumlahkan kedua-dua persamaan setengah untuk mendapat


persamaan redoks yang seimbang.
Sila rujuk contoh di 6.4.3

Latihan
Imbangkan persamaan-persamaan yang berikut:
2+

Sn

(b)

Cu

(c)

Cr2O72-(ak) + I- (ak) + H+ (ak)

(ak)

2+

Sn

4+

(a)

(ak)

(ak)

Cu(p)
Cr3+(ak) + I2(ak) + H2O(c)

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat mengenai tinadak balas


redoks yang berlaku dalam:
i pembakaran gas asli (metana)
ii proses respirasi
iii pengaratan besi

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial (2 jam)

1.

Gunakan kaedah nombor pengoksidaan, kenalpastikan agen


pengoksidaan dan agen penurunan untuk tindak balas yang berikut:

2.

(a)

CuO(p) + H2(g)

Cu(p)

+ H2O(c)

(b)

FeO(p) + C(g)

Fe(p)

+ CO(g)

(c)

4NH3(g) + 5O2(g)

4NO(g) + 6H2O(g)

Tulis persamaan setengah bagi tindak balas yang berikut:


(a)

2Na(p) + I2(g)

(b)

2Ag

+
(ak)

+ Mg(p)

2NaI(p)
(ak)

2Ag(p) + Mg2+

TAJUK 7 ELEKTROKIMIA: SEL KIMIA (SEL VOLTA)


SINOPSIS
Tindak balas redoks yang berlaku dalam sesuatu sistem mempunyai tenaga
kimia. Jika tenaga kimia itu dapat diubah kepada tenaga elektrik, maka satu
sel kimia telah dihasilkan dalam sistem tersebut.
HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan tindak balas redoks yang berlaku dalam sel kimia


untuk menghasilkan tenaga elektrik

Menerangkan proses molekular di elektrod

Menyedari bahawa bateri adalah sel kimia

Mengenalpasti cara untuk menggunakan aktiviti PPIK


(Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan) untuk mengajar bidang
kurikulum yang sesuai

Menggunakan Eksperimen 4 untuk menerangkan tindak balas


redoks dan pemindahan elektron pada satu jarak dalam satu sel
kimia

KERANGKA TAJUK-TAJUK

ELEKTROKIM
IA

7.1

7.2

TINDAK
BALAS
REDOKS DI
SEL KIMIA

PROSES
MOLEKULAR
DI
ELEKTROD

7.3
BATERI
SEBAGAI SEL
KIMIA

ISI KANDUNGAN
7.1

Tindak balas redoks yang berlaku dalam sel kimia

Tenaga kimia yang dibebaskan dalam tindak balas redoks spontan boleh
ditukar kepada tenaga elektrik yang berguna. Pertukaran tenaga kimia kepada
tenaga elektrik dapat dilakukan melalui satu alat yang dipanggil sel kimia atau
sel volta. Sel kimia atau sel volta adalah satu alat di mana pemindahan
elektron berlaku melalui litar luar dan pergerakan ion-ion berlaku di litar
dalam.

Contoh: Sel Volta Daniell (Sel kimia Zn-Cu)

El
ekt
ro
d
Ku
pr
u

El
ekt
ro
d
Zi
nk

Rajah 1: Sel Volta Daniell (Sel kimia Zn-Cu)

Elektrod zink

Elektrod ini dicelup dalam larutan zink sulfat yang merupakan satu
elektrolit.

Perhatikan bahawa zink adalah lebih elektropositif berbanding


dengan kuprum, maka adalah lebih cenderung untuk ion positif
zink dibentuk. (Sila rujuk Siri Elektrokimia yang dilampirkan di
hujung bahagian ini untuk keelektropositifan unsur-unsur)
2+

Tindak balas yang berlaku adalah: Zn(p) Zn (ak) + 2e

Maka elektrod zink merupakan terminal negatif yang dipanggil


anod.

Tindak balas ini merupakan tindak balas pengoksidaan dan zink


bertindak sebagai agen penurunan.

Perhatikan bahawa elektron yang telah dibebaskan akan mengalir


melalui litar luar (wayar) dari elektrod zink ke elektrod kuprum.

Elektrod zink menjadi semakin nipis (terhakis/terkakis) kerana telah


diionkan.

Elektrod kuprum

Elektrod ini dicelup dalam larutan kuprum (II) sulfat yang


merupakan satu elektrolit.

Perhatikan bahawa kuprum adalah kurang elektropositif berbanding


dengan zink, maka adalah lebih cenderung untuk ion positif kuprum
dari elektrolit untuk menerima elektron yang telah dibebaskan oleh
zink.
2+

Tindak balas yang berlaku adalah: Cu (ak) + 2 e Cu(p)

Maka elektrod kuprum merupakan terminal positif yang dipanggil


katod.

Tindak balas ini merupakan tindak balas penurunan dan ion


2+

Cu (ak) bertindak sebagai agen pengoksidaan.

Elektrod kuprum menjadi semakin tebal kerana kuprum (pepejal


perang) dimendakkan pada elektrod kuprum

Warna biru larutan kuprum(II) sulfat semakin pudar kerana


ion kuprum daripada larutan ini telah diturunkan kepada
kuprum.

Tindak balas keseluruhan redoks


2+

Zn(p) Zn (ak) + 2e
2+

Pengoksidaan

Cu (ak) + 2 e Cu(p)
2+

Penurunan
2+

Zn (p) + Cu (ak) Zn (ak) + Cu (p)

Redoks

Perhatikan bahawa pemindahan elektron berlaku melalui wayar di


litar luar (anod ke katod) manakala ion-ion mengalir di litar dalam
melalui titian garam untuk melengkapkan litar elektrik ini.

Siri Elektrokimia
Li
K
Ca
Na
Mg
Al
Zn
Fe
Sn
Cu
Ag

Keel
ektr
opo
sitif
an
sem
akin
bert
amb

Latihan

Satu sel kimia Zn-Ag terdiri daripada satu elektrod zink yang dicelup
dalam larutan akues zink nitrat dan satu elektrod argentum yang dicelup
dalam larutan argentum nitrat. Kedua-dua elektrod ini disambung
melalui wayar di litar luar dan melalui satu titian garam di litar dalam.
(a) Tulis persamaan setengah yang berlaku di kedua-dua elektrod
ini. (b) Tulis persamaan redoks untuk sel kimia ini.
(c) Nyatakan pemerhatian yang mungkin diperhatikan.
(d) Namakan satu bahan kimia yang boleh digunakan sebagai titian garam.
Mengapakah bahan ini sesuai digunakan?

7.2

Proses molekular di elektrod untuk Sel Volta Daniell (Sel kimia Zn-Cu)

7.2.1 Pergerakan elektron di litar luar (wayar)


Perhatikan bahawa pada permukaan eletrod zink (anod), atom zink hilang
/membebaskan dua elektron dan menjadi ion zink(ak). Dua elektron ini akan
mengalir dari anod ke katod melalui litar luar (wayar). Apabila dua elektron ini
sampai ke permukaan katod, ion kuprum(ak) daripada larutan kuprum(II) sulfat
akan menerima elektron ini dan diturunkan kepada atom kuprum yang
dienapkan pada permukaan katod itu.
7.2.2 Pergerakan ion di litar dalam (titian garam)
Perhatikan bahawa litar hanya dapat dilengkapkan jika ada pergerakan ion
untuk mengekalkan pengimbangan cas keseluruhan di kedua-dua elektrod. Oleh
itu,
ion zink(ak) di anod dan ion sulfat di katod akan bergerak ke arah titian
garam untuk bergabung menjadi zink sulfat.

7.3

Bateri sebagai sel kimia

Semua jenis bateri merupakan sel kimia yang dapat mengubah tenaga kimia
kepada tenaga elektrik. Ada bateri yang mengandungi satu sel volta dengan dua
elektrod dan elektrolit yang sesuai. Contohnya, sel Daniell dan sel kering. Ada
juga bateri yang mengandungi dua atau lebih sel volta yang disambung secara
bersiri untuk meningkatkan jumlah voltan bateri tersebut. Contohnya,
akumulator asid-plumbum. Untuk keterangan lanjut mengenai tindak balas kimia
yang berlaku dalam beberapa jenis bateri, sila rujuk Tajuk 10 dalam modul ini.

Layari Internet

Kumpul maklumat tentang pelbagi jenis bateri dan kegunaannya.

Tutorial ( 2 jam )

2+(

1. Tindak balas Al(p) + Cu ak)

3+

Al (ak) + Cu(p) boleh

digunakan untuk membina sel voltan.


(a) Lukiskan sel voltan tersebut.
(b) Label anod dan katod serta tandakan arah pengaliran elektron
dan ion pada sel voltan yang telah dilukis.
(c) Tulis persamaan tindak balas setengah yang berlaku di katod dan
anod.
2. Satu tiub-U diisi dengan asid sulfirik cair sehingga parasnya adalah
lebih kurang 6 cm dari mulut tiub itu. Larutan kalium manganat(VII)
berasid dituangkan ke dalam lengan kiri sehingga 4 cm tinggi diikuti
dengan larutan kalium iodida di lengan kanan dengan ketinggian 4
cm juga. Kemudian elektrod karbon diletak ke dalam kedua-dua
lengan. Seterusnya, kedua-dua elektrod itu disambung kepada
sebuah galvanometer.
(Petunjuk: Ion manganat (VII) berasid merupakan satu agen
pengoksidaan dan ion iodida merupakan satu agen
penurunan)
(a) Lukiskan sel voltan tersebut.
(b) Apakah akan diperhatikan pada jarum galvanometer?
Jelaskan pemerhatian anda.
(c) Label anod dan katod serta tandakan arah pengaliran
elektron pada sel voltan yang telah dilukis.
(d) Tulis persamaan tindak balas setengah yang berlaku di katod dan
anod.

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Perbincangan (1 jam)

Aktiviti PPIK 4 untuk mengkaji jenis bateri


1. Anda dibekalkan dengan beberapa bateri berikut .

Sel kering

Sel alkali

Sel merkuri

Akumulator Asid-Plumbum

Sel Nikel kadmium


Tentukan terminal positif dan negatif setiap sel yang tersebut dia atas
dan nyatakan kegunannya.

2. Terdapat sel kimia lain seperti logam nikel hidrida (NiMH), lithium-ion (Liion), lithium-polimer (Li-Poly), sel bahanapi and sel solar. Nyatakan
kegunaan setiap sel ini.
Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan-soalan berikut:
Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti tersebut?
Dari bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah
rendah yang berkaitan dengan topik berkenaan?
Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Perbincangan (2 jam)

Aktivti Eksperimen 4 untuk mengkaji pemindahan elektron pada satu jarak


EKSPERIMEN 4

Tujuan

: Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan


untuk pemindahan elektron pada satu jarak.
-3

Bahan

-3

: 2.0 moldm asid sulfurik, 0.5 moldm larutan ferum(II) sulfat


(disediakan semasa larutan ini digunakan sahaja), 0.2 moldm

-3

-3

larutan kalim manganat(VII) berasid, 0.5 moldm larutan kalium


-3

iodida, 0.2 moldm kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 moldm

-3

larutan kalium tiosianat dan larutan kanji 1 % .


Alat Radas

: Tiub - U, galvanometer, penyambung klip buaya, elektrod karbon,


kaki retot dan pemegang, tabung uji, penitis dan penutup satu
lubang.

Prosedur :
1. Letakkan tiub U pada pemegang kaki retot.
2. Masukkan asid sulfurik cair ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari
mulut tiub-U.
3. Dengan menggunakan penitis, tambahkan dengan berhati-hati larutan
0.5 moldm

-3

ferum(II) sulfat ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan

ferum(II) sulfat mencapai 3 cm.


-3

4. Seterusnya dengan berhati-hati, tambahkan 0.2 moldm larutan kalium


dikromat (VI) berasid ke lengan tiub-U yang satu lagi.
5. Letakkan elektrod karbon ke dalam setiap satu lengan tiub-U.
6. Sambungkan elektrod ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, tentukan elektrod
yang bertindak sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak
sebagai terminal negatif.

7. Biarkan radas tersebut selama 30 minit, perhatikan sebarang


perubahan yang berlaku.
3

8. Gunakan penitis yang bersih, keluarkan 1 cm larutan ferum(II) sulfat dari


tiub-U dam masukkannnya ke dalam tabung uji.Tambah beberapa titis
-3

larutan 0.2 mol dm kalium tiosianat ke dalam tabung uji tersebut.


Rekodkan pemerhatian anda.
-3

9. Ulangi langkah 1 hingga 7 menggunakan larutan 0.5 moldm kalium


iodida dan 0.2 moldm

-3

larutan kalium manganat (VII) berasid bagi

menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat(VI)


berasid
10. Ulangi langkah 8 untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan kanji
1 %.

Galvanometer

Elektrod
karbon

Larutan ferum
(II) sulfat

Larutan berasid
kalium dikromat (VI)

Tiub-U
Asid sulfurik

Rajah 2

Soalan:
1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks
yang dijalankan dalam amali ini.
(ii) Dalam seIiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen
penurunan.
2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks
tersebut.
3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan.
4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali
di atas.
5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk
menggantikan asid sulfurik?

TAJUK 8 ELEKTROKIMIA: DAYA GERAK ELEKTRIK SEL

SINOPSIS
Apabila tindak balas redoks berlaku dalam satu sel kimia, perbezaan nilai
keupayaan elektrod di antara anod dan katod ialah daya gerak elektrik
(d.g.e.) sel kimia tersebut. Pengaliran elektron boleh berlaku dalam sel kimia
disebabkan oleh perbezaan nilai keupayaan elektrod. Keupayaan elektrod
ialah beza keupayaan untuk tindak balas yang berlaku pada sesuatu
elektrod.
HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan konsep daya gerak elektrik sel


(d.g.e.sel = E sel )

Menerangkan konsep keupayaan elektrod piawai (E )

Menerangkan konsep keupayaan penurunan piawai (E

Mengira nilai d.g.e sel piawai (E

sel )

dari nilai-nilai E

red

red )

yang

diberi
KERANGKA TAJUK-TAJUK

ELEKTROKIM
IA

8.1
Daya
Gerak
Elektrik
Sel

8.2
Keupayaan
Elektrod
Piawai

8.3
Keupaya
an
Penurun
an
Piawai

8.4
Pengiraan
d.g.e.sel
piawai

ISI KANDUNGAN
8.1

Daya Gerak Elektrik Sel (d.g.e.sel = E sel )

Dalam sel Zn-Cu yang telah dibincang dalam Tajuk 7, apakah yang
menyebabkan elektron bergerak dari anod ke katod secara spontan di litar
luar? Elektron dapat bergerak secara spontan dari anod ke katod dalam satu
sel kimia disebabkan oleh perbezaan tenaga keupay aan. Tenaga
keupayaan elektron di anod adalah lebih tinggi daripada di katod, maka
elektron dapat bergerak secara spontan ke katod.
Perbezaan keupayaan antara dua elektrod dalam satu sel kimia memberi
satu daya penggerak (driving force) untuk elektron bergerak. Maka,
perbezaan keupayaan ini dipanggil daya gerak elektrik sel (d.g.e. sel).
Daya gerak elektrik sel diwakili oleh simbol E sel. Daya gerak elektrik sel juga
digelar sebagai keupayaan sel. Oleh kerana Esel diukur dalam volt, E sel juga
dipanggil sebagai voltan sel.
Nilai d.g.e. sel untuk sesuatu sel kimia yang tertentu bergantung kepada
kepekatan bahan dan hasil tindak balas, dan suhu tindak balas. Dalam
keadaan piawai, kepekatan bahan dan hasil tindak balas ialah 1 moldm

-3

dan suhu ialah 25 C. Untuk bahan dan hasil tindak balas dalam bentuk gas,
kepekatan piawai ialah pada tekanan 1 atm.
Dalam keadaan piawai, d.g.e. sel digelar sebagai daya gerak elektrik
piawai dan diwakili oleh simbol E

sel .

sel

juga dikenali sebagai keupayaan

sel piawai. Daya gerak elektrik sel diukur dalam unit volt (V). Satu volt ialah
perbezaan tenaga keupayaan 1J untuk 1C cas elektrik bergerak.
Contoh: D.g.e piawai untuk sel Zn-Cu yang telah dipelajari di Tajuk 7 ialah
1.10 V. Kaedah untuk memperoleh nilai ini akan dibincang dalam bahagian
8.4.

8.2

Keupayaan Elektrod Piawai (E )

Keupayaan elektrod piawai (E ) adalah beza keupayaan untuk tindak balas

yang berlaku pada sesuatu elektrod. Nilai E bergantung kepada


kepekatan, suhu dan tekanan bahan tindak balas dan hasil tindak balas
yang ada pada elektrod itu. Keadaan piawai ialah kepekatan pada
-3

1mol dm , suhu pada 25 C dan tekanan pada 1 atm (101 325 Pa).
8.2.1 Keupayaan Elektrod Piawai Logam

Rajah 1: Elektrod Kuprum


Untuk logam seperti kuprum, apabila sebatang logam kuprum dicelup dalam
larutan yang mengandungi ion-ion kuprum (Rajah 1), maka keseimbangan
berikut tercapai:
Cu (p)

2+

Cu (ak) + 2e

Keseimbangan ini bergantung kepada kecenderungan logam kuprum


menjadi ion kuprum dan juga tenaga penghidratan ion kuprum. Elektron
yang dibebaskan terkumpul pada batang logam kuprum. Oleh sebab itu,
batang logam kuprum yang bercas negatif akan menarik ion -ion kuprum
yang bercas positif. Keadaan ini menghasilkan beza keupayaan di antara
logam kuprum dengan larutannya dan disebut keupayaan elektrod kuprum.
60

Jika kepekatan dan suhu adalah pada keadan piawai, maka keupayaan
elektrod itu digelar sebagai keupayaan elektrod piawai logam kuprum.
8.2.2 Keupayaan Elektrod Piawai Bukan Logam
Untuk bukan logam seperti gas hidrogen, apabila gas hidrogen dialirkan
masuk ke dalam satu tiub yang mengandungi satu elektrod lengai yang
bersentuhan dengan larutan asid cair (Rajah 2), keseimbangan berikut
tercapai:
H2 (g)

2H (ak) + 2e

Keadaan ini juga akan menghasilkan beza keupayaan di antara gas


hidrogen dengan larutan asid cair yang mengandungi ion -ion hidrogen
dan disebut keupayaan elektrod hidrogen. Jika kepekatan, suhu dan
tekanan gas adalah pada keadan piawai, maka keupayaan elektrod itu
digelar sebagai keupayaan elektrod piawai hidrogen.

Rajah 2: Elektrod Hidrogen

8.2.3 Nilai-nilai Keupayaan Elektrod


Perhatikan bahawa adalah mustahil untuk mengukur nilai keupayaan
elektrod piawai kerana litar elektrod adalah tidak lengkap (Rujuk Rajah 1
dan Rajah 2). Masalah ini diatasi dengan menggunakan elektrod hidrogen
piawai. Nilai elektrod hidrogen piawai ditetapkan pada nilai sifar . Jadi,
apabila elektrod yang lain disambung kepada elektrod hidrogen, bacaan
voltmeter yang disambung antara kedua-dua elektrod ialah nilai keupayaan
elektrod itu. Nilai negatif diberi kepada elektrod yang bertindak sebagai anod
(elektrod negatif) apabila disambung kepada elektrod hidrogen. Sebaliknya,
nilai positif diberi kepada elektrod yang bertindak sebagai katod (elektrod
positif) apabila disambung kepada elektrod hidrogen. Sila rujuk cont ohcontoh pada Jadual 1 di bahagian 8.3.

8.3

Keupayaan Penurunan Piawai (E

red )

Jika tindak balas elektrod ditulis dalam bentuk penurunan, maka keupayaan
elektrod piawai dikenali sebagai keupayaan penurunan piawai (E

red )

elektrod tersebut. Ia merupakan beza keupayaan untuk tindak balas


setengah yang berlaku sama ada di katod atau anod. Jadual 1 di bawah
menunjukkan beberapa nilai keupayaan penurunan piawai (E

red ).

Jadual 1

8.3.1 Menentukan agen pengoksidaan dan agen penurunan daripada


nilai E
(a) Nilai E

red

red

yang negatif

Dengan merujuk Jadual 1, keupayaan penurunan piawai untuk elektrod zink


boleh ditulis secara ringkas sebagai E

2+
Zn /Zn

= - 0.76 V. Ini bermaksud

apabila elektrod zink disambung ke elektrod hidrogen untuk membentuk satu


litar lengkap, elektrod zink adalah elektrod negatif, iaitu anod. Tindak balas
setengah yang berlaku di anod adalah pengoksidaan. Maka, persamaan di
anod adalah:
2+

Zn(p) Zn (ak) + 2e

E = + 0.76 V

(Perhatian: Apabila persamaan di Jadual 1 diterbalikkan, nilai negatif


menjadi positif)
Oleh kerana zink telah dioksidasikan, maka zink adalah satu agen
penurunan. Kesimpulannya, semakin negatif nilai E

red

untuk sesuatu unsur

logam, semakin tinggi kuasa penurunan untuk logam itu. Contohnya, litium
adalah agen penurunan yang lebih baik berbanding zink.

Memikir

Penerangan di atas adalah merujuk kepada unsur logam sebagai


agen penurunan. Bagaimanakah pula dengan kuasa penurunan
untuk unsur bukan logam?

(b) Nilai E

red

yang positif

Keupayaan penurunan piawai untuk elektrod kuprum boleh ditulis secara


ringkas sebagai E

Cu

2+

/Cu

= + 0.34 V. Ini bermaksud apabila elektrod kuprum

disambung ke elektrod hidrogen untuk membentuk satu litar lengkap, elektrod


kuprum adalah elektrod positif, iaitu katod. Tindak balas setengah yang
berlaku di katod adalah penurunan. Maka, persamaan di katod adalah:
2+

Oleh kerana ion Cu

2+

Cu (ak) + 2 e Cu(p)

E = + 0.76 V

telah diturunkan, maka Cu

2+

adalah satu agen

pengoksidaan. Kesimpulannya, semakin positif nilai E

red

untuk sesuatu ion

logam, semakin tinggi kuasa pengoksidaan untuk ion logam itu. Contohnya,
ion argentum adalah agen pengoksidaan yang lebih baik berbanding ion
kuprum (II).

Memikir

Penerangan di atas adalah merujuk kepada ion logam sebagai


agen pengoksidaan. Bagaimanakah pula dengan kuasa
pengoksidaan untuk ion bukan logam?

Latihan

Salah satu kegunaan nilai-nilai keupayaan penurunan piawai (E

red )

ialah ia boleh digunakan untuk menentukan kekuatan agen


pengoksidaan atau agen penurunan.
Dengan merujuk kepada Jadual 1, jawap soalan-soalan yang berikut:
(a) Mengapakah bahan di sebelah kiri persamaan setengah
merupakan agen pengoksidaan dan kua sa
pengoksidaannya semakin meningkat dari bawah ke atas
jadual tersebut?
(b) Mengapakah bahan di sebelah kanan persamaan setengah
merupakan agen penurunan dan kuasa penurunannya
semakin meningkat dari atas ke bawah jadual tersebut?

Layari Internet

Melayari internet untuk mengumpul maklumat tentang kegunaan


keupayaan penurunan piawai (E

red )

agen pengoksidaan dan penurunan.

dalam menentukan kekuatan relatif

8.4

Pengiraan Nilai d.g.e Sel Piawai (E

(a)

Jika dua nilai E


dari nilai-nilai E
E

red

sel

Contoh:
E

red

sel )

dari Nilai-nilai E

diberi, nilai d.g.e sel piawai, E

sel,

red

boleh diperoleh

dengan menggunakan formula:

=E

red

(katod) E

red (anod)

unt uk se l k im ia Zn -Cu

sel

=E

red

(katod) E

red (anod)

= 0.34 V - (- 0.76 V)
= 1.10 V
(Petunjuk: Elektrod yang mempunyai nilai yang lebih negatif
adalah anod dan nilai yang lebih positif adalah katod)

(b)

Jika tindak balas redoks diberi, untuk menentukan E

sel ,

langkah yang

pertama ialah menulis persamaan pengoksidaan dan penurunan


berdasarkan persamaan yang diberi. Untuk sel kimia, anod adalah
elektrod negatif di mana elektron dibebas dan pengoksidaan
berlaku di situ. Sebaliknya, katod adalah elektrod positif di mana
elektron diterima dan penurunan berlaku di situ. Dengan cara ini,
anod dan katod dapat ditentukan daripada tindak redoks yang diberi.
Contohnya, untuk sel kimia Zn-Cu, persamaan tindak balas redoks
adalah:
2+

2+

Zn (p) + Cu (ak) Zn (ak) + Cu (p).

Maka persamaan setengah adalah:


2+

Anod:

Zn(p) Zn (ak) + 2e

Katod:

Cu (ak) + 2 e Cu(p)

2+

Maka, E

sel

Pengoksidaan

=E

red

(katod) E

Penurunan
red (anod)

= 0.34 V - (- 0.76 V)
= 1.10 V

Latihan

1.

Tentukan nilai E

sel

untuk satu sel kimia yang dibina dari sel-sel

setengah yang berikut:


(a) E

(b) E

Zn

2+

/Zn

= - 0.76 V dan E MnO4 -,H+/Mn 2+ = + 1.23 V

2+
MnO4 ,H+/Mn

= + 1.23 V dan E

Mg

2+

/Mg

= - 2.37 V

Untuk setiap kes di atas, tentukan katod dan anod .


2.

Satu tindak balas sesuatu sel kimia adalah seperti yang berikut:
-

2 I (ak) + Ag (ak)

I 2(ak) + 2Ag(p)

Dengan bantuan Jadual 1, tentukan nilai E

sel

Tentukan agen pengoksidaan dan penurunan dalam sel kimia itu.

Tutorial ( 2 jam )

1.

Diberi:
E

Cu

Zn

2+

2+

/Cu

= + 0.34 V

/Zn

= - 0.76 V

2+
MnO4 ,H+/Mn

Mg

2+

/Mg

= + 1.23 V

= - 2.37 V

Berdasarkan maklumat di atas, tentukan agen pengoksidaan dan agen


penurunan yang paling kuat.
2.

Diberi tindak redoks seperti yang berikut boleh berlaku:

2+

Fe(p) + Cu (ak)

2+

Fe (ak) + Cu(p)

(a)

Lukis satu sel kimia untuk tindak balas di atas.

(b)

Labelkan anod dan katod pada sel kimia yang telah dilukis dan
tandakan arah pengaliran elektron.

(c)

Dengan bantuan Jadual 1, tentukan nilai E

(d)

Tulis persamaan setengah yang berlaku di katod dan anod.

(e)

Tentukan agen pengoksidaan dan agen penurunan yang


digunakan dalam sel kimia ini.
69

sel

untuk sel kimia ini.

TAJUK 9 ELEKTROKIMIA:
PERUBAHAN SPONTAN TINDAK BALAS
REDOKS
KESAN KEPEKATAN KE ATAS D.G.E. SEL
SINOPSIS
Nilai d.g.e. sel yang diperoleh daripada E

red

dua elektrod yang berlainan

dapat digunakan untuk meramal sama ada tindak balas redoks itu boleh
berlaku secara spontan atau tidak. Jika nilai d.g.e. adalah positif, maka
tindak balas spontan diramalkan akan berlaku. Sebaliknya, jika nilai d.g.e.
adalah negatif, maka tindak balas spontan diramalkan tidak akan berlaku.
Nilai d.g.e. sel yang diperoleh daripada E

red

dua elektrod yang berlainan


-3

merujuk kepada keadaan piawai, iaitu: kepekatan larutan pada 1 moldm ,


0

suhu pada 25 C dan tekanan gas pada 1 atm (101325 Pa). Apabila
keadaan-keadaan ini berubah, nilai d.g.e. sel akan turut berubah. Kesan
perubahan dapat diterangkan secara kualitatitif dengan menggunakan
Prinsip Le Chatelier manakala Persamaan Nernst digunakan untuk
pengiraan secara kuantitatif.

HASIL PEMBELAJARAN

Meramalkan perubahan spontan tindak balas redoks

Menerangkan kesan kepekatan ion ke atas daya gerak elektrik


sel (d.g.e.sel = E sel )

Menggunakan persamaan Nernst untuk mengira daya gerak


elektrik sel (d.g.e.sel = E sel ) apabila kepekatan ion berubah

Menggunakan persamaan Nernst untuk menentukan pemalar


keseimbangan tindak balas redoks

KERANGKA TAJUK-TAJUK

ELEKTROKIM
IA

9.3
Persamaan Nernst

9.2

9.1
Perubahan
Spontan
Tindak Balas
Redoks

Kesan
Kepekatan Ion Ke
atas Daya Gerak
Elektrik Sel

ISI KANDUNGAN
9.1

Perubahan Spontan Tindak Balas redoks

Nilai d.g.e. sel yang diperoleh daripada E

red

dua elektrod yang berlainan

dapat digunakan untuk meramal sama ada tindak balas redoks itu boleh
berlaku secara spontan atau tidak. Jika nilai d.g.e. adalah positif, maka
tindak balas spontan diramalkan akan berlaku. Sebaliknya, jika nilai d.g.e.
adalah negatif, maka tindak balas spontan diramalkan tidak akan berlaku.
Perbincangan yang selanjutnya dalam topik ini bukan sahaja merujuk
kepada tindak balas redoks yang berlaku di sel kimia, tetapi juga merujuk
kepada tindak balas redoks yang berlaku secara am. Oleh itu, adalah wajar
untuk menulis formula d.g.e. sel kepada bentuk am seperti yang berikut:

d.g.e = E = E

red (proses

penurunan) - E

red (proses

pengoksidaan)

Perhatikan bahawa perkataan sel tidak ditulis dalam formula di atas untuk
menunjukkan bahawa ia merujuk kepada semua tindak balas redoks secara
am dan bukan sahaja merujuk kepada tindak balas redoks yang berlaku
dalam sel kimia. Perkataan katod telah diganti dengan proses penurunan
dan perkataan anod diganti dengan proses pengoksidaan.

Contoh: Dengan menggunakan Jadual 1 dalam Tajuk 8, ramalkan sama


ada tindak balas berikut berlaku secara spontan dalam keadaan piawai.
+

(a)

2Ag(p) + 2H (ak) 2Ag (ak) + H2(g)

(b)

Cl 2(g) + 2Br (ak) 2Cl (ak) + Br2(c)

Penyelesaian:
(a)

Pengoksidaan: 2Ag(p) 2Ag (ak) + 2e


Penurunan:

E =E

2H (ak) + 2e H2(g)

red (proses

penurunan) - E

red (proses

pengoksidaan)

= (0.00 V) (+0.80 V) = - 0.80 V


Nilai negatif menunjukkan tindak balas tidak spontan dan ini
bermaksud argentum tidak akan bertindakbalas dengan asid
+

(ion H ).
(b)

Pengoksidaan: 2Br (ak) Br2(c) + 2e


Penurunan:

E =E

Cl 2(g) + 2e 2Cl (ak)

red (proses

penurunan) - E

red (proses

pengoksidaan)

= (+ 1.36 V) (+ 1.07 V) = + 0.29 V


Nilai positif menunjukkan tindak balas spontan dan ini
bermaksud gas klorin akan bertindakbalas dengan larutan
akues bromida (ion bromida).

Latihan

Dengan menggunakan Jadual 1 dalam Tajuk 8, ramalkan sama ada


tindak balas berikut berlaku secara spontan dalam keadaan piawai.

9.2

2+

(a)

Cu(p) + 2H (ak) Cu (ak) + H 2(g)

(b)

Cl 2(g) + 2I (ak) 2Cl (ak) + I 2(p)

Kesan Kepekatan Ion ke atas Daya Gerak Elektrik Sel


(d.g.e.sel = E sel )

Di Tajuk 8, pengiraan daya gerak elektrik sel cuma merujuk kepada keadaan
-3

piawai di mana kepekatan larutan adalah pada 1 moldm , suhu pada 25 C


dan tekanan gas pada 1 atm(101325 Pa). Apabila keadaan-keadaan ini
berubah, nilai d.g.e. sel akan turut berubah. Nilai E sel bergantung kepada
kepekatan ion, suhu, nilai pH larutan dan kesan pembentukan kompleks.
Perhatikan bahawa untuk keadaan bukan piawai, simbol E sel digunakan dan
bukan E

sel .

Jika hanya kepekatan ion berubah dan semua keadaan yang lain tetap tidak
berubah, kesan perubahan kepekatan ion ke atas nilai Esel boleh diramalkan
secara kualitatif dengan menggunakan Prinsip Le Chatelier.
Contohnya, dalam sel kimia Zn-Cu, jika hanya kepekatan ion Cu

2+

berkurang, maka mengikut Prinsip Le Chatelier, keseimbangan tindak balas


2+

Cu (ak) + 2e Cu (p) akan beralih ke kiri, iaitu kecenderungan untuk


pembentukan Cu(p) dikurangkan dan ini akan mengakibatkan nilai E

red

berkurang (menjadi kurang positif). Akibatnya, nilai Esel akan berkurang.


[ Peringatan: E sel = E
di sini]

red (katod)

-E

red(anod)

dan logam kuprum adalah katod

Jika hanya kepekatan ion Zn

2+

bertambah, maka mengikut Prinsip Le


2+

Chatelier, keseimbangan tindak balas Zn (ak) + 2e Zn (p) akan


beralih ke kanan, iaitu kecenderungan untuk pembentukan Zn(p) bertambah
dan ini akan mengakibatkan nilai E

red

bertambah (menjadi kurang negatif).

Akibatnya, nilai Esel akan berkurang


[ Peringatan: Esel = E

red(katod)

-E

red (anod)

dan logam zink adalah anod di

sini]

Latihan

Dengan menggunakan Prinsip Le Chatelier dan Jadual 1 dalam Tajuk


8, ramalkan E sel berkurang atau bertambah untuk sel kimia Zn
-Cu dalam keadaan-keadaan yang berikut:
(a)

Kepekatan ion Cu

2+

bertambah dan kepekatan ion Zn

2+

tidak

berubah. Suhu dan tekanan adalah pada keadaan piawai


(b)

Kepekatan ion Zn

2+

berkurang dan kepekatan ion Cu

2+

tidak

berubah. Suhu dan tekanan adalah pada keadaan piawai

9.3

Persamaan Nernst

Persamaan Nernst digunakan untuk pengiraan secara kuantitatif kesan


perubahan kepekatan ion ke atas daya gerak elektrik sel, Esel .
Persamaan Nernst boleh ditulis sebagai:

Esel = E

sel

lg Q

(Perhatian: lg Q = log10Q)
-1

-1

R = Pemalar universal = 8.31 JK mol


T = Suhu mutlak dalam unit Kelvin

Q = Hasil bahagi tindak balas (mempunyai bentuk yang sama dengan


pemalar keseimbangan)
n = Bilangan elektron yang terlibat
F = Pemalar Faraday = 96 500 Cmol

-1

Pada suhu piawai T= 25 C = 298 K dan nilai-nilai R dan F digantikan ke


dalam persamaan Nernst, persamaan boleh diringkaskan sebagai:

Esel = E

sel

lg Q

Persamaan Nernst ini boleh digunakan untuk:

menentukan nilai daya gerak elektrik sel, Esel , pada keadaan


tidak piawai

menentukan kepekatan bahan atau hasil tindak balas jika Esel


dapat diukur

menentukan pemalar keseimbangan tindak balas redoks

Contoh 1
Untuk sel kimia Zn-Cu, persamaan redoks adalah:
2+

2+

Zn (p) + Cu (ak) Zn (ak) + Cu (p)


Diberi:
Kepekatan larutan zink sulfat = 1 moldm

-3

Kepekatan larutan kuprum (II) sulfat = 0.5 moldm


E

2+

/Cu

= + 0.34 V

2+
Zn /Zn

= - 0.76 V

Cu

-3

Suhu dan tekanan adalah pada keadaan piawai

Tentukan:

(a) daya gerak elektrik sel pada keadaan piawai (E sel ).


(b) daya gerak elektrik sel pada keadaan yang tersebut di atas (Esel)
Penyelesaian

sel

(a)

(b)

Esel = E

= E (katod) - E (anod) = 0.34 V (-0.76 V) =1.10 V

sel

lg Q = 1.10 V
= 1.10 V

2+

lg

= 1.10 V 0.01 V
= 1.09 V

2+

lg ([Zn ]/[Cu ])

Contoh 2
Jika sel Zn-Cu dalam Contoh 1 mempunyai Esel = 1.13 V dan kepekatan larutan
-3

kuprum (II) sulfat adalah 1 moldm , kirakan kepekatan larutan zink sulfat.
Penyelesaian
Esel = E

sel

lg Q
2+

1.13 V = 1.10 V

2+

lg ([Zn ]/[Cu ])
2+

= 1.10 V

lg ([Zn ]/1)

2+

lg [Zn ] = - 0.03 x

= - 1.014

2+

[Zn ] = 0.1 M (tepat kepada 1 tempat perpuluhan)


Contoh 3
Tindak balas redoks yang berlaku dalam sel kimia Zn-Cu ialah:
2+

2+

Zn (p) + Cu (ak) Zn (ak) + Cu (p)


Dengan menggunakan persamaan Nernst, kirakan nilai pemalar keseimbangan,
Kc, bagi sistem sel tersebut.
Penyelesaian
2+

2+

Kc = [Zn ]/[Cu ]
Dengan menggunakan persamaan Nernst:
Esel = E

sel

2+

lg Q = 1.10 V

Pada keseimbangan, Esel = 0.


Maka, 1.10 V =

2+

2+

lg ([Zn ]/[Cu ]) =

lg Kc = 37.3
Kc = 1.9 x 10

37

2+

lg ([Zn ]/[Cu ])

lg Kc

Latihan

1.

Untuk satu sel kimia Mg-Cu, hitungkan


(a) E

sel.

(Rujuk Jadual 1 di Tajuk 8 untuk nilai-nilai E red yang berkaitan)

(b) kepekatan ion Cu

2+

jika daya gerak eletrik sel adalah 2.69 V

-3

pada suhu 25 C dan kepekatan ion magnesium adalah 1 moldm .


2.

Satu sel kimia mempunyai tindak balas redoks seperti yang berikut:
Cr2O72- (ak) + 14 H+(ak) + 6I- (ak) 2Cr3+(ak) + 3I2(p) + 7H2O(c)
Diberi:

E sel = 0.79 V
[Cr2O72-] = [H+] = [I- ] = 1 moldm-3
3+
-5
-3
[Cr ] = 1 x 10 moldm
Hitungkan nilai daya gerak elektrik sel ini pada suhu 298 K.
3.

Cari nilai pemalar keseimbangan untuk sistem tindak balas di soalan 2.

Layari Internet

Melayari internet untuk mengumpul maklumat tentang kegunaan


Persaman Nernst.

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial ( 2 jam )

1. Dengan menggunakan nilai E

red

yang diberi dalam Jadual 1 di

Tajuk 8, ramalkan sama ada tindak balas redoks berikut berlaku


secara spontan atau tidak.
2+

(a)

Sn (ak) dan Zn(p)

(b)

Fe (ak) dan Ag (p)

(c)

I2 (p) dan Br (ak)

2+

2. Satu sel kimia dibina dengan menggunakan tindak balas yang berikut:
+

2+

Zn (p) + 2Ag (ak) Zn (ak) + 2Ag (p)


Apakah kesan terhadap E

sel

jika

(a)

elektrod zink dengan luas permukaan yang lebih besar


digunakan?

(b)

pepejal zink nitrat ditambah di kawasan elektrod zink?

(c)

pepejal argentum nitrat ditambah di kawasan elektrod


argntum?

(d)

air tulen ditambah di kawasan elektrod zink?

3. Dengan merujuk kepada sel kimia di soalan 2 dan juga dengan


yang diberi dalam Jadual 1 di Tajuk 8, jawab

menggunakan nilai E red


soala-soalan yang berikut.

sel

(a)

Kira nilai E

(b)

Kira nilai Esel jika kepekatan zink nitrat ialah 2 M dan


keadaan yang lain masih dalam keadaan piawai.

(c)

Jika Esel ialah 1.50 V, apakah perubahan pada kepekatan


argentum nitrat jika keadaan yang lain masih dalam
keadaan piawai?

(d)

Cari nilai pemalar keseimbangan untuk sistem tindak balas


tersebut.

untuk sel kimia itu.

TAJUK 11

ELEKTROKIMIA
PROSES ELEKTROLISIS
ELEKTROLISIS DLM KEADAAN LEBURAN
ELEKTROLISIS DLM LARUTAN AKUES
HUKUM FARADAY

SINOPSIS
Elektrolisis ialah satu proses penguraian elektrolit kepada komponennya
dengan menggunakan tenaga elektrik, misalnya penggunaan elektrik dalam
pengekstrakan logam aluminium dari bijihnya. Dalam sel kimia pula, berlaku
perubahan kimia bagi menghasilkan tenaga elektrik, misalny a dalam sebuah
sel kering. Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang prose s
elektrolisis, elektrolisis dalam keadaan leburan dan larutan akues serta
Hukum Faraday.
HASIL PEMBELAJARAN

Mengenali proses elektrolisis

Menerangkan proses elektrolisis untuk sebatian berbentuk leburan

Menerangkan Proses elektrolisis untuk sebatian berbentuk larutan akues

Menggunakan Hukum Faraday dalam pengiraan kuantitatif proses


elektrolisis.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

11.1 Proses Elektrolisis


11.2 Proses Elektrolisis dalam keadaan

Elektrolisis

leburan
11.3 Proses Elektrolisis dalam larutan
akues
11.4 Hukum Faraday

ISI KANDUNGAN
11.1

Proses elektrolisis

Untuk menerangkan proses elektrolisis beberapa istilah perlu diperkenalkan


terlebih dahulu :

Elektrolit ialah sebatian yang mengkonduksi arus elektrik dan


terurai kepada komponen-komponennya dalam proses elektrolisis

Elektrod ialah konduktor dalam bentuk dawai, batang atau plat yang
membawa arus elektrik ke dalam dan keluar dari sel elektrolisis

Elektrod lengai ialah elektrod yang tidak mengalami apa-apa


perubahan / tindakbalas kimia dalam proses elektrolisis contohnya
grafit dan platinum

Katod ialah elektrod negatif dan anod ialah elektrod positif

Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada komponenkomponennya dengan menggunakan tenaga elektrik
Bateri
Anod

Katod

Larutan
Elektrolit

Rajah 11.1 Sel Elektrolisis


Dalam sel elektrolisis :
1. Elektrod yang disambungkan kepada kutub positif sel bateri
dinamakan anod. Jadi anod bercas positif. Manakala elektrod
yang disambungkan ke kutub negatif dinamakan katod. Katod
bercas negatif

2. Proses pengoksidaan berlaku di anod manakala proses


penurunan berlaku di katod.
3. Dalam elektrolit terdapat ion-ion bercas positif dan negatif . Ion-ion
akan bergerak ke elektrod yang bertentangan casnya iaitu ion-ion
positif (kation) akan bergerak ke katod (elektrod bercas negatif)
manakala ion bercas negatif (anion) akan bergerak ke anod (elektrod
bercas positif).
4. Pada kedua-dua elektrod proses nyahcas berlaku.
5. Elektron akan mengalir pada litar luar dari anod ke katod.
Peringatan

Dalam sel elektrolisis: katod bercas negatif manakala anod bercas positif.

Dalam sel kimia: katod merupakan elektrod positif manakala anod


merupakan elektrod negatif.

Dalam kedua-dua sel didapati :


Pengoksidaan berlaku di anod dan penurunan berlaku di katod

11.2

Proses elektrolisis dalam keadaan leburan

Contoh : Elektrolisis leburan plumbum(II) bromida


Leburan plumbum bromida hanya mempunyai ion Pb
PbBr2
Katod (-ve)

Pb

2+

+ 2Br

2+

dan Br sahaja.

Anod (+ve)

Rajah 11.2 Elektrolisis leburan plumbum bromida

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Katod

Anod

Pemerhatian:

Pemerhatian:

Terbentuk pepejal kelabu

Terhasil wap perang

Persamaan setengah

Persamaan setengah

Pb

2+

+ 2e

Pb

2Br

Br2 + 2e

( penurunan)

(pengoksidaan)

Penerangan:

Penerangan:

Ion Pb(II) bercas positif akan bergerak ke Ion Br- bercas negatif akan
katod yang bercas negatif. Ion Pb

2+

bergerak ke anod (+ve). Ion


-

akan menerima dua elektron untuk

Br akan kehilangan satu

membentuk atom plumbum.

elektron untuk membentuk


atom bromin. Setiap dua atom
bromin akan berpadu
membentuk molekul bromin.

Tindakbalas di katod di mana ion


plumbum(II) menerima elektron

Tindakbalas ion bromin

dinamakan tindakbalas penurunan

kehilangan elektron
dinamakan tindakbalas
pengoksidaan

84

11.3

Proses elektrolisis dalam larutan akues

Contoh : Elektrolisis larutan akues plumbum(II) nitrat


Pb(NO3)2

Pb

2+

+ 2NO
3

H2O

+ OH

Terdapat empat jenis ion yang dihasilkan. Terdapat persaingan antara ionion untuk dinyahcaskan. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan
ion untuk dinyahcaskan, iaitu:

Kedudukan ion-ion dalam siri elektrokimia

Kepekatan ion-ion

Jenis elektrod

11.3.1 Faktor kedudukan Ion-ion dalam siri elektrokimia


Siri elektrokimia dapat menunjukkan kemudahan sesuatu logam untuk
membentuk kation. Lebih elektropositif logam itu lebih mudah kation
terbentuk.
M(p)

Mn

n+

+ ne

Oleh itu, tertib nyahcas ion ialah sonsangan tertib keelektropositifan logam.
M

n+

+ ne

M(p)

Kesimpulannya, semakin rendah kedudukan ion dalam siri elektrokimia


semakin mudah ion itu dinyahcaskan. Konsep ini boleh diaplikasikan untuk
kedua-dua kaion dan anion.

85

Kation
K

Anion
+

Mn + ne

Ca

2+

Na

Mg

M(p)

X n X + ne

SO

2+

Kemudahan nyahcas

Cl

semakin bertambah

Br

3+

Al

Zn

2+

Fe

2+

Sn

2+

Pb

2+

3-

NO

2-

OH

H (H3O )
Cu

2+

Ag

Au

3+

Rajah 11.3 Siri Elektrokimia

Dengan merujuk Jadual 1 dalam Tajuk 8 iaitu Jadual Keupayaan Penurunan


Piawai, kenyataan berikut boleh dibuat:

Penurunan berlaku di katod.


untuk sesuatu ion positif, maka ion itu yang akan

Lebih positif nilai E red


dinyahcas.

Pengoksidaan berlaku di anod.


untuk sesuatu ion negatif, maka ion itu yang

Lebih negatif nilai E red


akan dinyahcas.

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1.

Satu larutan mengandungi ion Cu

2+

dan ion Zn

2+

dielektrolisiskan.

Ion manakah yang akan dinyahcaskan?

2.

Apakah yang terhasil di katod dan anod apabila larutan akues


kalium nitrat (V) dielektrolisiskan dengan menggunakan elektrod
platinum?

11.3.2 Faktor kepekatan ion-ion


Jika kepekatan sesuatu ion itu lebih tinggi, ion itu lebih diutamakan untuk
dinyahcaskan. Misalnya dalam satu larutan akues terdapat ion-ion berikut
:
-1

kepekatan ion halida = 10 mol / dm


kepekatan ion OH

-7

= 10 mol / dm

-3

-3

Didapati ion halida 10 kali lebih pekat dari ion OH . Oleh yang demikian ion
halida akan dinyahcaskan kerana kepekatannya tinggi.
Sekiranya terdapat dua ion yang kedudukannya sangat jauh dalam Siri
Elektrokimia, faktor kepekatan menjadi tidak penting lagi. Contohnya jika
+

terdapat ion Na dan H dalam sesuatu larutan, maka ion H akan


dinyahcaskan. Persamaan ion setengah :
+

2H + 2e
+

Na + e

H2(g) gas hidrogen akan dibebaskan


Na(p)

( tindakbalas ini TIDAK BERLAKU)

1.

2-

Sekiranya terdapat ion OH dan SO4 dalam sesuatu larutan, ion


yang manakah akan dinyacaskan terlebih dahulu? Bincangkan.

2.

Apakah ion-ion yang akan dinyahcaskan apabila bahan-bahan


berikut dielektrolisiskan? Tuliskan persamaan tindak balas yang
berlaku di anod dan katod. Apakah pemerhatian yang akan
diperolehi? (Kedua-dua elektrod yang digunakan ialah platinum.)
(a)

larutan natrium klorida pekat

(b)

larutan kalium klorida cair

(c)

Larutan plumbum (II) nitrat

11.3.3 Faktor jenis elektrod


Tindak balas yang berlaku bergantung kepada jenis elektrod yang digunakan.
Kemudahan nyahcas oleh ion-ion tidak sama bagi tiap-tiap elektrod. Ion-ion
yang tidak boleh dinyahcaskan dengan kemudahan biasa di elektrod tertentu
dikatakan mempunyai keupayaan melampau di elektrod tersebut. Faktor
jenis elektrod akan lebih memberi kesan tertib ion dinyahcaskan berbanding
dengan faktor Siri Elektrokimia dan faktor kepekatan ion.

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Contoh 1:
Elektrolisis I - Larutan natrium klorida dielektrolisiskan dengan
menggunakan elektrod platinum.
Eleketrlisis II - Larutan natrium klorida dielektrolisiskan dengan menggunakan
anod platinum dan katod merkuri.
Perhatikan hasil berbeza akan diperolehi:
Elektrod Platinum
Persamaan tindak balas:
+

2H + 2e

H2(g)

Katod Merkuri
Persamaan tindak balas:
+

Na + e

Na(p)

Pemerhatian:

Pemerhatian:

Gas hidrogen akan dibebaskan

Terbentuk amalgam merkuri

Penerangan:

Penerangan:

Ion H dinyahcaskan dan membentuk


+

Ion Na dinyahcaskan menjadi

gas hidrogen. ion Na akan tertinggal

logam natrium. Logam ini larut

dalam larutan.

ke dalam katod merkuri


akhirnya membentuk amalgam
+

merkuri. Ion H kekal dalam


larutan.

Memikir

Apakah yang terhasil di anod dalam kedua-dua kes dalam Contoh 1


di atas?

Contoh 2:
Elektrolisis I - larutan akues zink nitrat cair dielektrolisis dengan dengan
menggunakan elektrod platinum.
Elektrolisis II - larutan akues zink nitrat cair dielektrolisis dengan menggunakan
elektrod zink.
Perhatikan hasil berbeza akan diperolehi:

Elektrod Platinum

Elektrod Zink

Katod:

Katod:

Persamaan setengah

Persamaan setengah

2H + 2e

H2(g)

Zn

2+

+ 2e

Pemerhatian:

Zn(p) Pemerhatian:

Gas hidrogen akan dibebaskan

Logam Zn akan terenap di


elektrod

Penerangan:

Penerangan:

Ion H dinyahcaskan kerana ion H


terletak lebih bawah dari ion Zn

2+

Ion Zn

2+

dalam

menjadi logam Zn. Hidrogen

dinyahcaskan

Siri Elektrokimia. Ion Zn akan tertinggal

dikatakan mempunyai

dalam larutan

keupayaan melampau pada

2+

elektrod Zn dan ia tidak


dinyahcaskan.

Memikir

Apakah yang terhasil di anod dalam kedua-dua kes dalam Contoh 2


di atas?

Latihan

1.

Apakah yang berlaku dalam elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat


dalam keadaan-keadaan berikut :
(a)

Menggunakan elektrod platinum

(b)

Menggunakan elektrod kuprum

Kenalpastikan ion-ion yang akan dinyahcaskan apabila elektrolisis


berlaku. Tuliskan persamaan ion yang berlaku di anod dan katod.
Apakah pemerhatian yang akan diperolehi?
11.4 Hukum Faraday
Hukum Pertama Faraday menyatakan bahawa amaun bahan yang terhasil
semasa elektrolisis adalah berkadar langsung dengan amaun cas elektrik yang
mengalir melalui elektrolit. Amaun cas diberi oleh simbol Q dan diberi oleh
formula
Q=Ixt
di mana:

Q = amaun cas dalam Coulomb (C)


I = arus yang mengalir dalam Ampere(A)
t = masa yang diambil dalam saat (s)

Pemalar Faraday diberi oleh formula:


F = NA e
di mana:

F = Pemalar Faraday = 96500 C mol


NA = Pemalar Avogadro( 6.02 x 10
e = cas eleltron ( 1.6 x 10

-19

C)

-1

23

-1

mol )

Contoh Pengiraan:
Satu larutan kuprum (II) sulfat dielektrolisiskan dengan menggunakan arus
0.150A selama 5 jam. Hitung jisim kuprum yang terenap pada
katod. (Diberi J.A R Cu=63.5)
Penyelesaian:
Kuantiti cas elektrik yang digunakan, Q
=Ixt
= 0.150A X (5 X 60 X 60) saat
= 2700 C
Oleh kerana 1 mol elektron = 1F = 96500 C
Maka, bilangan mol elektron yang terlibat = 2700 / 96500 = 0.028
Daripada persamaan ion : Cu

2+

+ 2e Cu

2 mol elektron akan mengenapkan 1 mol kuprum.


Maka, 0.028 mol elektron akan mengenapkan X 0.028 = 0.014 mol kuprum
Jadi, jisim kuprum yang terenap = 0.014 X 63.5
=0.889 gram

Hukum Kedua Faraday menyatakan bahawa amaun bahan yang berlainan


yang terhasil (sama ada terenap, terbebas atau terlarut) oleh amaun cas
elektrik yang sama adalah berkadar songsang dengan cas yang ada pada ion
tersebut.
+

Ini bermakna 1F elektrik akan menyahcaskan 1 mol Ag atau mol Pb

2+

atau

3+

1/3 mol Al . Dengan lain perkataan, 1F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan


+

satu mol Ag , 2F diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Pb


diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Al

3+

2+

dan 3F

. Ini dapat dilihat dengan lebih

jelas lagi dengan berpandukan persamaan ion yang berikut:


+

Ag + e Ag
+

(1F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Ag )


Pb

2+

+ 2e Pb
2+

(2F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Pb )


3+

Al

+ 3e Ag
3+

(3F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Al )

Contoh Pengiraan:
Dengan merujuk Rajah 11.4, didapati 0.32 gram argentum terenap. Kirakan
(a)

jisim kuprum yang terenap dan

(b)

isipadu oksigen yang dikumpulkan pada suhu bilik.


[ Jisim atom relatif: Ag = 108, Cu = 63.5 dan isipadu molar gas pada suhu
3

bilik = 24.0 dm ]

H2SO4

O2(g)

H2(g)
Elektrod Cu

Pt (-)

Elektrod Ag

Pt (+)

Larutan CuSO4

larutan AgNO3
Sumber
Elektrik

Rajah 11.4 Radas bagi coulometri


Penyelesaian
(a)

Bilangan mol argentum yang terenap = 0.32/108 = 2.96 X 10


Maka, bilangan mol kuprum yang terenap = X 2.96 X 10

-3

-3

-3

Jisim kuprum = ( X 2.96 X 10 ) X 63.5 = 0.094 gram

(b)

Persamaan ion : 2H + 2e H2(g)


Maka, bilangan mol hidrogen yang terbebas = X 2.96 X 10
-3

Isipadu hidrogen yang terbebas = ( X 2.96 X 10 ) X 24 dm


= 0.0355 dm

-3
3

Latihan

1.

Hitung isipadu gas (pada s.t.p.) yang dibebaskan pada anod


apabila asid sulfurik dielektrolisiskan selama 20jam dengan
menggunakan 0.025A arus elektrik.
3

(Isipadu molar gas pada s.t.p = 22.4 dm )


2.

Apabia 5.0A arus elektrik dialirkan melalui kalsium klorida lebur


selama 20 minit, 2.21 gram gas klorin dihasilkan. Jika cas per
elektron=1.6 X 10

-19

C , hitung pemalar Avogadro [Cl=35.5]

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat untuk membanding beza


antara sel elektrolisis dengan sel elektrokimia

Tutorial ( 2 jam )
1.

Hitung masa yang diperlukan untuk menyadur suatu bahan


dengan kromium agar tebal kromium ialah 0.01 cm. Luas bahan itu
ialah
2

200cm . dan arus elektrik yang digunakan ialah 1.0A. Ketumpatan


kromium ialah 7.19 g cm
2.

-3

Natrium borat, NaBO3 boleh disediakan dengan pengoksidanan


elektrolisis boraks, Na2B4O7 :
Na2B4O7 + 10NaOH

4NaBO3 + 5H2O + 8Na+ + 8e

Hitung jumlah NaBO3 yang diperolehi dalam masa 12.0 jam jika
arus elektrik digunakan 20.0A.
3.

Apabila 0.45A arus elektrik dialirkan melalui larutan nikel (II) sulfat
selama 1.0jam, 0.5 gram nikel dihasilkan. Jika pemalar Avogadro
= 6.02 X 10

4.

23

-1

mol . Hitung cas pada satu elektron [Ni=58.7].

Satu arus elektrik membebaskan 0.056 gram aluminium daripada


aluminium oksida. Jika arus elektrik yang sama digunakan untuk
elektrolisis larutan argentum nitrat, hitung bilangan mol argentum
yang dienapkan [Al=207].

5.

Dengan merujuk Jadual 1 di Tajuk 8, jelaskan mengapa florin tidak


boleh disediakan melalui elektrolisis larutan natrium florida.

6.

Satu larutan kalium iodida yang mengandungi beberapa titis


fenolptalein dielektrolisiskan,. Selepas beberapa ketika, huraikan
apakah yang akan kelihatan di anod dan katod.

TAJUK 12

ELEKTROKIMIA:
- PENGGUNAAN KOMERSIAL ELEKTROLISIS
- KERJA ELEKTRIK DALAM ELEKTROLISIS

SINOPSIS
Elektrolisis memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita.
Contohnya sumber air minuman mungkin tercemar oleh ion logam tertentu
yang dihasilkan menerusi efluen industri. Proses elektrolisis digunakan untuk
membantu mengeluarkan ion-ion logam tersebut bagi membolehkan sumber
air menjadi bersih dan selamat untuk diminum. Dalam tajuk ini anda akan
mempelajari tentang tujuh kegunaan elektrolisis serta mengira kerja elektrik
yang digunakan dalam proses elektrolisis.

HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan 7 penggunaan komersial elektrolisis

Mengira kerja maksima daripada sel kimia.

Mengira kerja minima yang diperlukan untuk menghasilkan


tindakbalas elektrolisis.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Elektrolisis

12.1 Penggunaan Komersial Elektrolisis


12.2 Pengiraan Kerja Maksimum
Dalam Sel Kimia
12.3 Pengiraan Kerja Minimum
Elektrolisis

ISI KANDUNGAN
12.1

Kegunaan elektrolisis

Terdapat beberapa kegunaan elektrolis. Antaranya ialah :


12.1.1 Pengekstrakan logam
Logam-logam seperti natrium, kalium, magnesium dan aluminium diekstrak dari
bijihnya menerusi proses elektrolisis. Banyak tenaga digunakan dalam proses
elektroslisi pengekstrakan logam yang mengakibatkan proses ini menjadi
mahal.
Contohnya aluminium diekstrak dai bijih bauksit (aluminium oksida) :
Katod (karbon)
Al

3+

+ 3e

Anod (karbon)
Al

2-

2O

O2 + 4e

Rajah 12.1 Pengekstrakan logam aluminium dari bijih bauksit


12.1.2 Pembuatan Bahan Kimia
Bahan kimia seperti klorin, natrium hidroksida, natrium klorat(I) atau natrium
Klorat(V) boleh dihasilkan dari eklektrolisis larutan pekat air garam. Contohnya
hidrolisis larutan garam pekat dengan katod merkuri boleh menghasilkan
hidrogen, klorin dan natrium hidroksida

Katod (merkuri)

Anod (titanium)
+

terdapat ion-ion Na dan H dan cuma


+

terdapat ion- ion OH dan Cl

ion Na akan dinyahcas.

dan cuma ion Cl akan


dinyahcas.

Na + e

Na + Hg

Na
2Cl

NaHg

Cl2 + 2e

2NaHg + 2H2O 2NaOH + H2 + 2Hg

Apabila larutan natrium klorida tepu (air garam) dielektrolisiskan, hidrogen, klorin
dan natrium hidroksida akan dihasilkan :
2NaCl(ak) + 2H2O(c)

2NaOH(ak) + H2(g) + Cl2(g)

12.1.3 Penulenan logam


Banyak logam dapat ditulenkan menerusi proses elektrolisis. Contohnya, logam
kuprum dan zink. Dalam proses penulenan logam kuprum, katod adalah
kuprum tulen, anod adalah kuprum tak tulen dan elektrolit adalah larutan
kuprum (II) sulfat. Semasa elektrolisis, kuprum tulen terenap di katod manakala
anod
kuprum akan terhakis (melarut / diionkan).

Rajah 12.2 Penulenan logam kuprum

12.1.4 Penyaduran logam


Penyaduran logam bertujuan untuk mencantikan barangan atau alatan atau
menjadikannya lebih tahan terhadap kakisan. Kromium, argentum dan nikel
biasanya digunakan untuk tujuan ini. Penyaduran logam juga dikenali
sebagai pengelekstrosaduran. Barangan atau peralatan yang hendak
disadurkan dijadikan katod. Anod adalah logam saduran yang tulen dan
elektrolit ialah
larutan yang mengandungi ion logam saduran.

Rajah 12.3 Penyaduran logam kuprum kepada sudu besi

12.1.5 Penganodan
Aluminium sangat tahan kakisan kerana kehadiran satu lapisan nipis aluminium
oksida yang melindungi aluminium dari serangan asid dan udara. Penganodan
ialah proses elektrolisis dengan memendapkan lapisan nipis aluminium oksida
pada permukaan barangan aluminium yang bertindak sebagai anod. Katod
ialah elektrod yang terdiri dari kuprum, plumbum atau aluminium. Elektrolit yang
digunakan dalam penganodan ialah asid sulfurik cair. Tujuan barangan
aluminium dianodkan supaya barangan itu lebih tahan terhadap kakisan dan
boleh diwarnakan.

Proses elektrolisis menyebabkan oksigen yang terhasil di anod aluminium


bertindak balas dengan aluminium dan menghasilkan aluminium oksida.
2-

2O O2 + 4e

Rajah 12.4 Barangan yang dihasilkan dari proses penganodan


12.1.6 Rawatan Efluen
Sungai, tasik dan air bawah tanah adalah sumber utama air untuk minuman.
Sumber air ini perlu dirawat terlebih dahulu sebelum digunakan sebagai air
minuman. Punca air ini tercemar disebabkan oleh pembuangan efluen dari
kilang yang dicemari oleh ion-ion nikel, kadmium dan kromium. Sumber air mesti
melalui tiga proses :
a)

proses penurasan (untuk membuang barangan terampai /kotoran)

b)

proses pengklorinan (untuk membunuh kuman) dan

c)

proses elektrolisis (untuk menyingkirkan ion-ion logam seperti nikel,


kadmium dan kromium)

Apabila air tercemar dielektrolisiskan, ion-ion logam dioksidakan kepada logam,


dengan ini ion logam tercemar dapat disingkirkan dari air.
Cr

3+

Cd
Ni

(ak) + 3e

Cr(p)

E = -0.91V

(ak) + 2e

Cd(p)

E = -0.41V

(ak) + 2e

Ni(p)

E = -0.25V

2+

2+

12.1.7 Penyaduran Plastik


Penyaduran plastik dibuat bertujuan untuk mencantikkan barangan atau
mengurangkan berat alatan tersebut. Dalam proses penyaduran plastik,
barangan atau peralatan plastik yang hendak disadurkan dijadikan katod
dengan cara disapu dengan serbuk grafit. Anod yang digunakan adalah logam
saduran yang tulen dan elektrolit ialah larutan yang mengandungi ion logam
saduran.

Rajah 12.5 : Contoh barangan plastik yang disadurkan dengan kromium


12.2 Mengira kerja elektrik dalam sel kimia
Semasa elektrolisis dijalankan, tenaga elektrik diperlukan untuk tindak balas
kimia berlaku. Sumber tenaga boleh diperolehdari satu sel kimia.Tenaga atau
kerja elektrik setara dengan hasil darab antara daya gerak elektrik (Esel)
dengan jumlah cas (nF) yang mengalir menerusi litar.
Kerja elektrik = W elektrik = nFEsel
Kerja maksimum dari sel kimia dikira sebagai = Wmaksima = W elektrik
= nFEsel
Tanda negatif menunjukkan bahawa kerja dilakukan oleh sistem terhadap
persekitaran. Sistem itu kehilangan tenaga, maka nilainya akan menjadi
negatif. Kerja elektrik ini adalah tenaga maksimum yang dapat diperoleh
dari sesuatu sumber sel kimia yang tertentu dengan d.g.e.= Esel.

Unit yang digunakan:

W = kerja dalam Joule (J),


nF = jumlah cas elektrik yang diperlukan (C)
E = d.g.e. yang digunakan dalam volt (V)

Kerja yang dilakukan boleh juga dinyatakan dalam unit kWj dan
6

1 kWj = 3.6 x 10 J
12.3 Mengira kerja elektrik minimum semasa elektrolisis
Teanaga dari sel kimia atau sumber elektrik lain diperlukan untuk proses
elektrolisis berlaku. Maka formula yang digunakan untuk pengiraan
adalah sama, iaitu: W elektrik = nFEsel
Contoh:
Kira kerja elektrik minimum yang diperlukan untuk menghasilkan 1kg aluminium
3+

melalui elektrolisis ion Al apabila d.g.e. yang digunakan ialah 4.5 V. Nyatakan
jawapan anda dalam (a) Joule dan (b) kWj. (Jisim atom relatif: Al= 27)
Penyelesaian:
(a)

Bilangan mol bahan = n = 1000/27


Jumlah cas elektrik = nF= (1000/27) x (3 x 96 500) C
Kerja elektrik = nFE = (1000/27) x (3 x 96 500) x 4.5 J
= 48 250 000 J

(b)

1 kWj = 3.6 x 10 J
6

W = (48 250 000 J /3.6 x 10 ) kWj


= 13.4 kWj

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat tentang penggunaan


komersial elektrolisis

Tutorial ( 2 jam )

1.

Salah satu kegunaan elektrolisis ialah penyaduran plastik. Plastik


merupakan satu insulator. Bagaimana penyaduran plastik dengan
kuprum dapat dilakukan?

2.

Kitar semula aluminium adalah lebih berfaedah dari pengekstrakan


aluminium. Bincangkan kebenaran kenyataan tersebut

3.

Apakah d.g.e. minimum yang diperlukan untuk penunelan 1 kg


kuprum jika sebanyak 50 MJ tenaga diperlukan?
-1

[ 1 F = 96 500 C mol , J.A.R. Cu = 64.5 ]


4

Satu kuantiti tenaga elektrik menghasilkan 10.0 gram argentum apabila


dialirkan melalui larutan argentum nitrat. Jika kuantiti elektrik yang sama
digunakan untuk larutan kuprum (II) klorida, berapakah jisim kuprum
yang akan dienapkan?

TAJUK 13

KIMIA NUKLEAR: RADIOAKTIVITI

SINOPSIS
Sesetengah nukleus atom tidak stabil dan mereput secara spontan dengan
memancarkan sinaran radioaktif alfa, beta dan gama. Bahan yang
mempunyai nukleus yang tidak stabil ini digelar sebagai bahan radioaktif.
Dalam tajuk ini, anda akan mempelajari tentang tindak balas kimia yang
berlaku dalam bahan radioaktif ini serta pola kestabilan nuklear.

HASIL PEMBELAJARAN

Mendefinisi konsep radioaktiviti

Menerangkan tentang jenis dan sifat sinaran radioaktif

Menulis persamaan tindak balas pereputan radioaktif

Menerangkan tentang pola kestabilan nuklear

Menerangkan tentang transmutasi nuklear

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KIMIA
NUKLEAR

13.1
Konsep
Radioakti
viti

13.2

13.3.

13.4

Jenis
dan
Sifat
Sinaran
Radioak
tif

Persamaa
n Tindak
Balas
Pereputan
Radioaktif

Pola
Kestabil
an
Nuklear

13.5
Transmutasi
Nuklear

ISI KANDUNGAN
13.1

Radioaktiviti

Radioaktivi adalah satu proses pereputan radioaktif yang berlaku secara


spontan apabila nukleus sesuatu atom adalah tidak stabil. Proses pereputan ini
dapat menstabilkan nukleus sauatu atom kerana tenaga dibebaskan. Bahan
yang mengalami proses ini digelar sebagai bahan radioaktif. Apabila pereputan
radioaktif berlaku, sinaran radioaktif dipancarkan. Sinaran radioaktif yang boleh
dipancarkan adalah seperti zarah alfa (), sinar beta () dan sinar gamma ().
Contohnya, uranium-238 akan mereput secara spontan untuk memancarkan
zarah alfa dan thorium-234 terbentuk.
13.2

Jenis dan Sifat Sinaran Radioaktif

Apabila pereputan radioaktif berlaku, sinaran radioaktif seperti zarah alfa (),
sinar beta () dan sinar gamma () dipancarkan. Sinaran-sinaran ini
mempunyai tenaga. Tenaga ini diperoleh daripada tenaga yang telah
dibebaskan semasa pereputan radioaktif berlaku. Sifat-sifat sinaran radioaktif
adalah seperti yang berikut:
Sifat
Sifat Semula
Jadi
Simbol
Cas
Jisim
Kuasa
Penembusan
Relatif
Kuasa
Pengionan
Halaju
Kesan Medan
Elektrik
Kesan Medan
Magnet

zarah alfa
Nukleus
helium
atau
2+
-24
6.64 x 10 g
1
(paling
rendah)

Jenis Sinaran
zarah beta
Sinar gamma
Elektron
Sejenis sinaran
berhalaju
elektromagnet yang
tinggi
bertenaga tinggi

atau
10
-28
9.11 x 10 g
0
100
(sederhana)

10 000
(paling tinggi)

Paling tinggi

Sederhana

Paling rendah

10% halaju
cahaya
Dipesongkan
sedikit
Dipesonkan
sedikit

90% halaju
cahaya

sama dengan halaju


cahaya

Dipesongkan

Tidak dipesongkan

Dipesongkan

Tidak dipesongkan

13.3 Persamaan Tindak Balas Pereputan Radioaktif


Apabila pereputan radioaktif berlaku, tindak balas nuklear yang mungkin
berlaku adalah pereputan , pereputan , pereputan, pancaran positron
atau tangkapan elektron. Tindak balas nuklear ini dapat ditulis dalam bentuk
persamaan dengan mengimbangkan nombor proton dan nombor jisim. Nombor
proton juga dikenali sebagai nombor atom yang mewakili jumlah bilangan
proton dalam satu nukleus atom. Nombor jisim mewakili jumlah bilangan proton
dan neutron. Contohnya, atom uranium dengan nombor proton 92 dan nombor
jisim
238 diwakil sebagai

Pereputan
Dalam reputan jenis ini, zarah alfa dibebaskan dan nukleus asal akan ditukar
ke atom lain. Contohnya, apabila uranium-238 mereput, zarah dibebaskan
dan atom thorium-234 dibentuk. Persamaan tindak balas ini adalah:

+
Perhatikan bahawa nombor jisim adalah seimbang di sebelah kiri dan kanan
(238 = 234 + 4 ) dan begitu juga untuk nombor proton (92 = 90 + 2).
Pereputan
Dalam reputan jenis ini, zarah beta dibebaskan dan nukleus asal akan ditukar
ke atom lain. Contohnya, apabila iodin-131 mereput, zarah dibebaskan dan
atom xenon-131 dibentuk. Persamaan tindak balas ini adalah:

+
Perhatikan bahawa nombor jisim adalah seimbang di sebelah kiri dan
kanan
(131 = 131 + 0 ) dan begitu juga untuk nombor proton (53 = 541).

Pereputan
Dalam reputan jenis ini, sinar gamma dibebaskan dan nukleus asal tidak
berubah dari segi nombor proton dan nombor jisim tetapi kandungan
tenaga nukleus telah berkurang. Pereputan gamma biasanya berlaku dalam
kebanyakan tindak balas pereputan radioaktif kerana ia mewakili kehilangan
tenaga untuk kestabilan nukleus berlaku. Secara amnya, sinar gamma tidak
ditulis dalam persamaan tindak balas pereputan radioaktif.
Pancaran Positron
Positron adalah satu zarah yang mempunyai jisim yang sama seperti
elektron tetapi casnya adalah 1+ dan diwakili oleh simbol

. Contohnya,

karbon-11 mereput menjadi boron-11 dengan memancar positron dan tindak


balasnya adalah:

Pancaran positron memberi kesan mengubah proton ke neutron seperti


ditunjukkan di bawah:

+ Tangkapan Elektron
Sesetengah nukleus mengalami pereputan radioaktif dengan menangkap
elektron daripada awan elektron di sekelilingnya. Contohnya, rubidium81 megalami pereputan jenis ini untuk menjadi kripton-81 yang lebih
stabil.

Seperti pancaran positron, tangkapan elektron memberi kesan mengubah


proton ke neutron seperti ditunjukkan di bawah:
+

Latihan

1. Mengapakah bukan semua nukleus atom mengalami


pereputan radioaktif? Jelaskan jawapan anda.
2. Mengapakah apabila berlakunya kebocoran bahan radioaktif,
sinar gamma dikatakan lebih berbahaya berbanding dengan zarah
alfa?
3. Imbangkan persamaan-persamaan yang berikut:

(a)

(b)
+

Layari Internet

Melayari

internet

untuk

mengumpul

maklumat

tentang

pentingnya pengurusan yang sesuai (simpanan dan pelupusan)


untuk bahan radioaktif.

13.4 Pola Kestabilan Nuklear


Pola kestabilan nukleus sesuatu atom dipengaruhi oleh nisbah neutron
ke proton.
(a)

Jika nisbah neutron:proton = 1:1, maka sesuatu atom adalah stabil dan
tiada pereputan radioaktif akan berlaku. Atom itu dikatakan berada
pada
kawasan kestabilan (belt of stability).

Bil. neutron
Kawasan kestabilan
(belt of stability)
Nisbah n:p = 1:1

Bil. proton
Rajah 1: Graf neutron lawan proton

(b)

Jika nisbah n:p adalah tinggi, iaitu atom itu terletak di atas kawasan
kestabilan, maka nukleus atom itu akan mengalami pereputan radioaktif
dengan memancarkan zarah . Apabila ini berlaku, bilangan neutron
akan berkurang dan bilangan proton akan bertambah dan sekali gus
akan mengurangkan nisbah n:p

(c)

Jika nisbah n:p adalah rendah, iaitu atom itu terletak di bawah
kawasan kestabilan, maka nukleus atom itu akan mengalami pancaran
positron atau tangkapan elektron . Apabila ini berlaku, bilangan neutron
akan bertambah dan bilangan proton akan berkurang dan sekali gus
akan menambahkan nisbah n:p

(d)

Jika nukleus dengan no. proton 84, maka nukleus ini akan
mengalami pereputan radioaktif dengan memancarkan pancaran .
Pemancaran ini akan mengurangkan kedua-dua bilangan proton
dan bilangan neutron.

13.5 Transmutasi Nuklear


Transmutasi nuklear adalah satu tindak balas yang berlaku apabila
sesuatu nukleus dibedil oleh sesuatu neutron atau dibedil oleh satu
zarah bercas. Nukleus yang telah dibedil akan mengubah identitinya.
(a)

Nuleus dibedil oleh sesuatu neutron


Contoh:

58
26

Fe +

59
26

Fe

59

Co +

27

1
0

1
0

59
27

Co +

59
26

60
27

Fe

0
1

Co

Kegunaan: Untuk penghasilan isotop yang digunakan dalam bidang


perubatan dan penyelidikan sains.

(b)

Nukleus dibedil oleh satu zarah bercas seperti zarah alfa atau proton
Contoh:

14
7

N+

He
zarah
2

17
8

O +

1
1

Kegunaan: Untuk mensintesis logam berat dan menyelidik struktur


asas jirim.

[Perhatikan bahawa setiap persamaan di atas adalah persamaan


seimbang di mana nombor proton dan nombor jisimnya adalah
seimbang di sebelah kiri dan kanan.]

Latihan

1. Ramalkan jenis pereputan radioaktif yang mungkin berlaku


pada nukleus yang berikut: [Petunjuk: Cari nisbah n:p]
(a)
(b)
(c)

2. Mengapakah transmutasi nuklear yang melibatkan pembedilan


neutron lebih mudah dikendalikan berbanding dengan yang
melibatkan proton atau zarah alfa?

Tutorial ( 2 jam )

1. Yang manakah antara nukleus dalam Kumpulan 16 yang berikut


diramalkan akan mengalami pereputan radioaktif?

Untuk setiap nukleus yang dijangka akan mengalami pereputan


radioaktif, nyatakan sinaran radioaktif yang akan dipancarkan.
2. Tulis persamaan seimbang untuk proses transmutasi nuklear
yang berikut:
(a) Uranium-238 dengan nombor proton 92 dibedil oleh neutron
untuk menghasilkan uranium -239.
(b) Nitrogen-14 dengan nombor proton 7 dibedil oleh proton untuk
menghasilkan zarah alfa dan karbon-11.

TAJUK 14

KIMIA NUKLEAR :
-

KADAR PEREPUTAN RADIOAKTIF

PROSES PEMBELAHAN NUKLEAR

PROSES PELAKURAN NUKLEAR

SINOPSIS
Dalam tajuk ini, anda akan mempelajari tentang kadar pereputan radioaktif.
Kadar ini memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan sifat dan
kegunaan sesuatu bahan radioaktif.
Selain itu, anda juga akan mempelajari tentang proses pembelahan dan
pelakuran nuklear.
HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan kadar pereputan radioaktif

Menerangkan proses pembelahan nuklear

Menerangkan proses pelakuran nuklear

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kimia Nuklear

14.1 Kadar pereputan radioaktif


14.2 Proses pembelahan nuklear
14.3 Proses Pelakuran nuklear

ISI KANDUNGAN
14.1

Kadar pereputan radioaktif

Pereputan radioaktif ialah proses di mana nukleus yang tidak stabil


memancarkan sinaran radioaktif seperti sinar alfa, beta dan gama. Keaktifan
suatu sampel radioaktif ialah kadar reputan sampel radioaktif tersebut. Nukelusnukleus di dalam satu sampel bahan radioaktif mereput pada kadar yang
berlainan kerana keradioaktifan ialah proses yang rawak. Walau bagaimana
pun, kadar pereputan ditakrif sebagai:
Kadar reputan = Bilangan reputan sesaat
= Bilangan zarah yang dipancarkan sesaat
Kadar pereputan radioaktif adalah kadar tindak balas tertib pertama
dan persamaan kadarnya adalah:
Kadar reputan = kN
di mana k = pemalar kadar/pemalar pereputan
N = kuantiti bahan
Kuantiti bahan boleh dinyatakan dalam kuantiti jisim, kepekatan, peratusan
atau bilangan keaktifan seunit masa.
Setengah hayat ialah masa yang diperlukan untuk kuantiti bahan radioaktif
yang tertentu untuk mereput menjadi setengah dari nilai asalnya.Simbol
setengah hayat ialah t1/2 .

Bi
la
ng
an
K
ea
kti
fa
n/
sa
at

Rajah 14.1 : Geraf bilangan keaktifan lawan masa


Rajah 14.1 menunjukkan satu graf kadar pereputan suatu bahan radioaktif.
Kuantiti bahan dinyatakan dalam unit keaktifan sesaat. Apakah setengah
hayat, t1/2 , untuk bahan radioaktif ini?
Perhubungan antara pemalar kadar (k) dan setengah hayat (t1/2)
ialah k = 0.693/ t1/2
Persamaan untuk graf yang ditunjukkan di atas ialah:
ln (Nt/N0) = - kt
di mana Nt = kuantiti bahan radioaaktif pada masa tertentu,t
N0 = kuantiti bahan radioaaktif pada keadaan awal.

Radioisotop yang berlainan mempunyai t1/2 yang berlainan.


Contoh:
Radioisotop
Radon-220

Simbol

Rn

Setengah Hayat
56 saat

Teknetium-99m

Tc

6 jam

Natrium-24

Na

15 jam

8 hari

15 hari

Iodin-131
Fosforus-32
Radium-226
Karbon-14
Uranium-238

Ra
C
U

1620 tahun
5730 tahun
4500 juta tahun

Maklumat setengah hayat karbon-14 boleh digunakan untuk pentarikhan


karbon. Pentarikhan karbon adalah satu kaedah yang digunakan untuk
menentukan umur bahan organik seperti batu, fosil dan tumbuhan.
Prinsipnya ialah :
1. Nisbah C-14 kepada C-12 dalam atmosfera adalah tetap.
2. Melalui fotosintesis, C-14 dimasukkan dalam tumbuhan.
3. Apabila tumbuhan itu dimakan oleh binatang,
C-14 juga dimasukkan ke dalam badan binatang itu.
4. Oleh kerana tumbuhan dan binatang mempunyai pengambilan
sebatian karbon yang tetap, maka mereka berupaya untuk menetapkan
nisbah tetap C-14 kepada C-12 yang serupa dengan atmosfera.
5. Apabila tumbuhan atau binatang itu mati, mereka tidak dapat lagi
mengambil sebatian karbon yang baharu untuk mengganti balik C-14
yang telah hilang melalui proses pereputan radioaktif.

6. Maka nisbah C-14 kepada C-12 berkurang. Dengan mengukur nisbah


ini dalam batu/fosil dan kemudian banding nisbah ini dengan nisbah
yang ada dalam atmosfera, umur batu/fosil itu dapat ditentukan.
7. Contohnya, jika nisbah itu berkurang sebanyak separuh, maka kita
boleh simpulkan bahawa batu/fosil itu telah melalui satu setengah
hayat, iaitu
5715 tahun.
8. Walau bagaimana pun, kaedah ini tidak boleh digunakan untuk
menganggar batu/fosil yang lebih daripada 50 000 tahun kerana
keaktifannya adalah terlalu rendah untuk diukur dengan tepat. Dalam
kes ini radioisotop lain digunakan, contohnya, Uranium-238.
Contoh Pengiraan Separuh Hayat:
Keaktifan satu sampel radioaktif didapati tinggal 6.25% dari nilai asalnya
selepas 288 s. Berapakah setengah hayat sampel itu?
Penyelesaian
Setengah hayat = t1/2
t1/2
100%
4 t1/2 = 288 s
t1/2 = 72 s

t1/2
50%

t1/2
25%

t1/2
12.5%

6.25%

14.2

Proses Pembelahan Nuklear

Proses Pembelahan nuklear berlaku apabila satu nukleus yang berat dibedil
oleh satu neutron yang berhalaju rendah dan menyebabkan nukleus yang
berat ini dipecah belah kepada dua nukleus yang berlainan yang mempunyai
berat yang sederhana. Contohnya seperti persamaan berikut :

n +

Ba +

Kr + 3

Proses pembelahan nuklear merupakan satu proses yang berlaku dalam


reaktor nuklear untuk menghasilkan tenaga nuklear. Proses pembelahan
nuklear juga merupakan satu proses yang berlaku dalam senjata nuklear,
contohnya bom atom. Pembelahan nuklear merupakan satu proses eksotermik
di mana banyak haba dihasilkan

Rajah 14.2 Pembelahan nuklear


Pembelahan nuklear adalah satu tindak balas rantai .Jika proses itu tidak
dikawal, ia akan mengakibatkan letupan merbahaya. Walau bagaimana
pun, untuk tindak balas rantai itu berlaku, satu jisim minimum uranium mesti
digunakan. Jisim minimum itu dipanggil jisim genting/kritikal (critical mass).

Jisim genting/kritikal uranium adalah 1kg. Jisim subgenting/subkritikal ialah jisim


yang kurang daripada jisim genting. Jika jisim uranium adalah jisim subgenting,
maka tindak balas rantai akan berhenti. Jisim supergenting/superkritikal ialah
jisim yang lebih daripada jisim genting. Jika jisim uranium adalah jisim
supergenting, maka tindak balas rantai akan dipecutkan.
Dalam satu proses pembelahan nuklear, terdapat kehilangan jisim. Kehilangan
jisim inilah yang menyumbang kepada pembebasan haba yang banyak.
2

Formula pengiraan tenaga ini ialah = E= mc .


8

-1

(m = kehilangan jisim, c = halaju cahaya = 3x 10 ms )


Contoh Pengiraan:

Ba

Kr + 3 n + tenaga

Diberi jisim atom seperti berikut :


U = 235.04 u.j.a

Kr = 91.91 u.j.a

Ba = 140.91 u.j.a.

n = 1.01 u.j.a.

Kirakan nilai kehilangan jisim dan tenaga yang dibebaskan.


(1 u.j.a = 1.66 x 10

-27

kg )

Penyelesaian :
Kehilangan jisim, m
= (235.04 + 1.01) [ 140.91 + 91.91 + 3(1.01)]
= 0.20 u.j.a. = 0.20 x 1.66 x 10
Tenaga yang dibebaskan , E = mc
= 3.32 x 10

-28

8 2

-27

kg = 3.32 x 10

x (3.0 x 10 ) J = 2.988 x 10

-11

-28

kg

Rajah 14.3 Reaktor Nuklear

Memikir

Pembelahan nuklear merupakan satu tindak balas berantai. Tenaga yang


dibebaskan oleh pembelahan nukleus adalah sangat besar berbanding
dengan tenaga yang dibebaskan oleh tindakbalas kimia biasa. Untuk
tujuan keselamatan,
1.

bagaimanakah halaju neutron dalam satu reaktor nuklear


dapat diperlahankan ?

2.

bagaimanakah bilangan neutron dalam satu reaktor nuklear dapat


dikurangkan ?

14.3

Proses Pelakuran Nuklear

Proses pelakuran nuklear berlaku apabila dua nukleus yang ringan


bercantum untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat. Ia adalah satu
tindak balas eksotermik di mana banyak tenaga akan dibebaskan.
Contoh tindak balas pelakuran nuklear

H +

He +

n + tenaga

Rajah 14.4 Pelakuran Nuklear

Pelakuran berlaku pada suhu yang sangat tinggi supaya nukleus-nukleus


ringan mempunyai tenaga kinetik yang cukup besar untuk mengatasi tolakan
elektrik antara satu nukleus dengan yang lain. Tindakbalas pelakuran sentiasa
berlaku
di permukaan matahari kerana terdapat banyak gas hidrogen di situ dan
suhunya amat tinggi.
Pelakuran tidak digunakan untuk menghasilkan tenaga dalam industri atau
makmal. Ini disebabkan suhu setinggi 40 000 000 K diperlukan bagi
menghasilkan tindakbalasnya. Tiada bahan di dunia ini dapat menahan suhu
yang begitu tinggi. Penyelidikan telah dijalankan berkenaan dengan satu
alat

yang dipanggil tokamak yang menggunakan medan magnet yang kuat untuk
menahan suhu tinggi. Suhu setinggi 3 000 000 K sahaja telah dicapai setakat ini.
Seperti proses pembelahan nuklear, terdapat juga kehilangan jisim dalam
pelakuran nuklear. Kehilangan jisim inilah yang menyumbang kepada
2

pembebasan haba yang banyak. Formula pengiraan tenaga ini ialah = E= mc .


8

-1

(m = kehilangan jisim, c = halaju cahaya = 3x 10 ms )


Contoh Pengiraan:
Tindakbalas pelakuran berlaku seperti dalam persamaan berikut

H +

He +

n + tenaga

Kirakan kehilangan jisim dantenaga yang dibebaskan. Diberi :

H = 2.0141 u.j.a
H

= 3.1605 u.j.a

He = 4. 00260 u.j.a.
n

= 1.00867 u.j.a.

Penyelesaian
Kehilangan jisim , m
= (2.01401 + 3.01605) ( 4.00260 + 1.00867) u.j.a.
= 0.01888 u.j.a = 0.01888 x 1.66 x 10
Tenaga yang dibebaskan , E
2

= mc

= (3.134 x 10
= 2.82 x 10

-29

-12

8 2

kg) x (3.0 x 10 ) J

-27

kg = 3.134 x 10

-29

kg

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat mengenai tenaga nuklear


sebagai sumber tenaga

Tutorial ( 2 jam )

1.

Waktu

keaktifan / minit

8.00 pagi

648

9.30 pagi

162

-1

Berdasarkan maklumat di atas tentang satu sampel radioaktif,


tentukan setengah hayatnya.
2.

Antara ciri isotop Karbon 14 berikut , manakah yang


membolehkannya digunakan untuk penentuan umur objek purba?
A.

Kuantiti karbon-14 dalam objek hidup adalah tetap.

B.

Kuantiti karbon-14 dalam objek yang sudah mati semakin


berkurangan.

C.

Karbon-14 mempunya setengah hayat yang panjang.

D.

Karbon-14 memancarkan zarah beta.

3.

Barium-141 ialah radioisotop yang mempunyai setengah hayat 18 minit.


Satu sampel barium-141 disediakan mengandungi 8000 atom.
Lengkapkan jadual berikut
Masa / minit

Bilangan atom

Bilangan atom

barium yang belum

barium yang sudah

reput

reput

8000

18
36
54

4.

Bahan radioaktif X dan Y masing masing mempunyai setengah hayat 40


minit dan 20 minit. Pada awalnya sampel X dan sampel Y mempunyai
bilangan atom yang sama. Selepas 80 minit , berapakah nisbah
bilangan atom X yang masih radioaktif kepada atom Y yang masih
radioaktif ?

Anda mungkin juga menyukai