Anda di halaman 1dari 17

PENGAPLIKASIKAN KAEDAH

DAN TEKNIK PENGAJARAN


KEMAHIRAN MEMBACA
Disediakan oleh : Lee Kwen Yau
DEFINISI DAN KONSEP

• Sarjana pendidikan barat Frank Smith (1980)


mendefinisikan membaca sebagai proses
memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas
lambang-lambang bercetak dan bertulis
• Steinberg (1982) menyatakan proses membaca
sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya
adalah memberikan maklumat melalui bentuk-
bentuk bertulis.
• Menurut tokoh pendidikan tempatan Zulkifley Hamid
(1994) pula, membaca ialah proses pembaca
mengenal lambang-lambang tulisan,
menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang
dilambangkan dan mendapatkan makna bagi
bentuk tulisan tersebut.
• Siti Hajar Abdul Aziz (2011), membaca ialah satu
tindakan komunikasi, iaitu satu proses berfikir yang
melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang
disampaikan oleh penulis dan pembaca melalui
perantaraan lambing-lambang Bahasa.
Pada pendapat saya, kemahiran membaca
merujuk kepada keupayaan seseorang
membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan
kelancaran yang betul serta memahami fakta,
kebolehan mengingati fakta dan membuat
interpretasi secara bijak dan analisis.
MATLAMAT KEMAHIRAN
MEMBACA
• Berdasarkan DSKP, kemahiran membaca mempunyai matlamat seperti
yang berikut:
Membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda, dan
kelancaran yang betul

matlamat

Pemahaman dan
penaakulan pelbagai
Menghayati teks
bahan secara kritis yang dibaca
JENIS BACAAN
• Bacaan Mekanis
• Bacaan Mentalis
• Bacaan Intensif
• Bacaan Ekstensif
BACAAN MEKANIS
• Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf
dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan
yang betul. Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri
daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.
BACAAN MENTALIS
• Bacaan mentalis atau dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan
bacaan secara senyap. Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan,
sementara aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak
ditekankan dalam bacaan ini.

BACAAN INTENSIF
• Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan
memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir
apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, bacaan intensif
memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciriciri tatabahasa,
meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian
bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan bacaan
intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada
guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh murid.
BACAAN EKSTENSIF
• Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti
membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi
tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitikberatkan aspek
pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan
menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan
mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut
kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan
keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

KAEDAH PENGAJARAN
• Pandang sebut
• abjad
PANDANG SEBUT
• Pelajaran dimulakan dengan mmperkenalkan perkataan dan bukannya
huruf atau suku kata.
• Aktiviti dalam melaksanakan kemahiran ini lebih memfokuskan murid untuk
memandang dan menyebut apa yang dilihat oleh mereka.
• Pengajaran bacaan tidak dimulakan dengan mengenal dan menghafal
huruf atau abjad secara satu persatu tetapi akan diperkenalkan dengan
perkataan atau ayat lengkap dan disertai dengan gambar.
• Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenal
lambang-lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang
yang membentuk sesuatu perkataan.
• Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid
dengan menggunakan kad-kad perkataan.
• Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu
beberapa kali.
• Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan
bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang
ditunjukkan.
KAEDAH ABJAD/HURUF
• Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam
mengajar mengeja dan membaca perkataan.
• Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a
– z.
• Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-
huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan
pada peringkat ini.
• Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan
seterusnya perkataan.
1. Memperkenalkan huruf : a - z
2. Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
3. Menggabungkan huruf konsonan dan vokal : ba, be, bi, bo, bu
4. Membentuk perkataan daripada suku kata : ba + tu = batu
5. Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
• Kekuatan kaedah ini adalah kerana ianya sesuai dengan binaan perkataan
bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
• Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan
baru yang belum dipelajarinya.
• Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.

Anda mungkin juga menyukai