Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan

Perkataan dialog berasal daripada dua perkataan Greek iaitu dia yang bermaksud ‘melalui’
dan logos yang bermaksud ‘perkataan’. Gabungan dua perkataan ini iaitu dialog membawa
maksud perbincangan, wacana, ucapan, pertuturan atau percakapan. Menurut Ibnu Manzur
(2000), dialog membawa maksud mengembalikan percakapan atau perkataan antara orang
yang saling bercakap. Dialog juga merupakan perbualan, perbincangan, percakapan yang
memerlukan komitmen antara dua pihak atau lebih (Abd. Rahman, 2017). Dialog dalam
sesuatu drama berfungsi untuk menyampaikan mesej dan pemikiran pengarang kepada
penonton. Pemikiran atau gagasan pengarang ini akan disampaikan melalui dialog
daripada pelakon atau watak-watak yang berinteraksi dalam drama. Penggunaan gaya
bahasa, seni bahasa, tatabahasa dan aksi yang baik akan menunjukkan kecemerlangan
sesebuah drama itu sama ada ia dapat difahami oleh penonton atau tidak. Dialog dalam
skrip drama perlulah mempunyai struktur yang saling berkait antara satu elemen
dengan satu elemen yang lain untuk menghasilkan sesuatu karya yang bermutu. Skrip
drama yang mempunyai teknik dialog yang baik juga akan dapat memberikan gambaran
yang jelas tentang pemikiran pengarang melalui tema, watak, plot serta struktur
dramatiknya. Oleh yang demikian, kerja kursus yang akan saya laksanakan pada kali ini
adalah berkisar tentang teknik dialog dari segi konsepnya, prinsip pelaksanaannya,
aplikasinya dalam drama berdasarkan aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa, unsur
kemahiran insaniah yang wujud dalam dialog drama yang dihasilkan, kelebihan dan
kekurangannya serta aplikasinya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

1.0 Konsep teknik dialog

Teknik merupakan strategi atau cara-cara yang digunakan oleh seseorang untuk mencapai
hasil yang maksimum ketika melakukan sesuatu. Teknik dicipta dan ditentukan sebelum
pelaksanaan PdP. Setiap teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang
digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang dipegang.

Teknik dialog telah dibangunkan oleh Michelle Commeyras pada tahun 1991.
Konsep utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan kemahiran bahasa
khususnya kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur serta unsur
paralinguistik seperti jeda, nada dan intonasi dengan berkesan dalam sesuatu interaksi.
Teknik dialog adalah sesuatu yang bertentangan dengan monolog atau naratif kerana ia
melibatkan pertuturan antara dua orang atau lebih. Dialog merupakan satu aktiviti yang
melibatkan soal jawab antara dua pihak dan berperanan menjelaskan realiti sebenar yang
berlaku dalam sesebuah masyarakat (Azarudin & Azman, 2016).
Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang murid-murid untuk
menghubungkan perasaan mereka dengan mata pelajaran yang dipelajari. Teknik ini juga
dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid di samping
menyuburkan sahsiah mereka.

Matlamat teknik dialog dalam keterampilan membaca khususnya adalah untuk


menggalakkan pelajar menggunakan gaya pemikiran reklektif yang munasabah. Teknik ini
membolehkan pelajar untuk membuat keputusan tentang perkara yang dipercayai oleh
mereka tentang sesuatu cerita dan menggalakan pembaca untuk membaca semula teks
yang dibaca untuk mengesahkan maklumat bagi membuat pertimbangan, tafsiran, penilaian
dan kerelevenan alternatif yang bersaing antara satu dengan yang lain.

Terdapat dua fasa teknik dialog iaitu fasa bacaan dan fasa perbincangan. Fasa
bacaan merupakan satu elemen penting dalam teknik dialog iaitu cerita adalah untuk dibaca
dan dibincangkan. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memilih cerita yang berupaya
memandu pelajar untuk berbincang mengenai sesuatu isu atau persoalan daripada pelbagai
perspektif. Fasa perbincangan pula adalah sebahagian konsep yang paling penting dalam
teknik ini yang memerlukan pelajar untuk menilai kebenaran dan kerelevan sebab-sebab
yang mereka kemukakan dalam perbincangan. Hal ini bagi mengukuhkan sebab-sebab
tersebut berdasarkan kerelevenannya dan mengelakkannya daripada dihakimi oleh guru. Ia
juga memberi peluang kepada pelajar untuk menilai pemikiran mereka sendiri.

            Pada akhir teknik dialog, pelajar akan dapat berfikir berkaitan sesuatu topik dari
pelbagai aspek dan boleh menyatakan pendirian mereka berkaitan persoalan utama topik
tersebut dengan lebih mendalam. Kesimpulannya, konsep atau matlamat utama teknik
dialog adalah untuk melibatkan pelajar dalam perbincangan yang bermakna dan mendalam
berkaitan apa yang telah dibaca tanpa guru sebagai ketua perbincangan dan untuk menilai
kebenaran dan kerelevenan bahan bacaan serta melatih pelajar menggunakan semua
kemahiran bahasa dan unsur paralinguistik dengan baik.

2.0 Prinsip pelaksanaan teknik dialog

Pelaksanaan teknik dialog dapat melibatkan murid secara aktif dan menyeluruh. Antara
prinsip pelaksanaan teknik dialog ialah guru hanya akan bertindak sebagai pembimbing
sahaja untuk membimbing murid melaksanakan teknik dialog dengan tepat. Ini bermakna,
guru tidak akan terlibat sebagai ketua pembincangan dalam pelaksanaan teknik dialog.
Seterusnya, prinsip sebelum pelaksanaan teknik dialog ialah perbincangan yang akan dibuat
perlu mempunyai cerita yang sesuai dan berkait dengan tema dan pengalaman, mempunyai
nilai, unsur kecindan serta menarik. Selain itu, cerita yang akan dijadikan dialog perlulah
mempunyai penceritaan atau turutan. Maksudnya, cerita tersebut perlu mempunyai
permulaan, perkembangan, perumitan, klimaks dan peleraian. Seterusnya, pelaksanaan
teknik dialog perlu menggunakan perkataan, frasa atau ayat yang sesuai dan harus
menekanan sebutan serta intonasi yang betul dan jelas. Tambahan lagi, setiap dialog yang
ingin diluahkan perlu mempunyai jeda, kelancaran, kelantangan dan kepelbagaian atau
variasi suara mengikut situasi yang tertentu. Variasi suara perlulah mengikut cerita yang
disampaikan contohnya penggunaan suara kanak-kanak untuk watak kanak-kanak dan
sebagainya. Prinsip pelaksaannya juga perlu menggunakan bahasa yang jelas, ringkas dan
mudah difahami. Melalui prinsip pelaksanaan teknik dialog yang telah dinyatakan, peluang
yang lebih luas dapat diberikan kepada murid dan menggalakkan mereka untuk berkreativiti
melalui kemahiran intelek dan pertuturan.

Seterusnya, prinsip pelaksanaan teknik dialog mesti melibatkan lebih daripada seorang
pelajar supaya perbualan dan perbincangan dapat dilaksanakan. Perbincangan perlu
berkaitan dengan isu, topik dan situasi yang ingin diulas. Tambahan lagi, prinsip
pelaksanaan teknik dialog memerlukan kesediaan murid untuk mendengar, memberi
respond dan menghafal isi-isi penting sebelum berdialog. Seterusnya, soalan hendaklah
disediakan oleh guru selepas sesi dialog untuk menguji kefahaman murid dan membolehkan
murid menggulung isi cerita dengan baik menggunakan perkataan sendiri. Di samping itu,
prinsip teknik dialog adalah untuk membantu murid-murid mengukuhkan dan
mengaplikasikan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita ke dalam diri mereka.
Seterusnya, prinsip pelaksanaan teknik dialog juga memerlukan hubungan mata dan bahasa
badan. Hubungan mata adalah untuk menarik perhatian pendengar dan mengekalkan
tumpuan mereka manakala bahasa badan diperlukan untuk menjelaskan cerita dengan
berkesan dan tidak keterlaluan. Izharnya, murid perlu peka dengan reaksi pendengar dan
gangguan yang berlaku di sekeliling.

Secara rumusan, prinsip pelaksanaan teknik dialog dalam PdP ialah pertama, murid
harus dipastikan sudah bersedia sebelum sesi perbincangan dan dialog dijalankan. Perkara
ini penting memastikan setiap aktiviti atau produktiviti yang dibuat dan diperoleh adalah
berkualiti dan dapat menepati objektif dan sasaran yang telah ditetapkan. Selain itu,
persedian murid juga membantu dalam melicinkan proses PdP menggunakan teknik
tersebut. Murid seharusnya didedahkan dengan konsep dialog terlebih dahulu. Dengan ini
mereka mengetahui situasi dan cara berdialog yang sebenar dengan tepat. Seterusnya,
ujaran dialog perlu dibuat secara berpasangan atau berkumpulan. Ketiga, pemilihan watak
atau dialog perlu sesuai dengan minat, kebolehan, umur, dan pengalaman murid serta
sesuai dengan objektif yang ingin dicapai dalam proses PdP. Murid harus menghayati watak
yang diberikan kepada mereka secara menyeluruh supaya penyampaian akan lebih
berkesan.
Keempat, alat bantu mengajar seperti kosa kata baharu, improvisasi lagu dan
sebagainya boleh digunakan untuk menarik perhatian murid sebelum sesi dialog dimulakan.
Sesi dialog haruslah dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik dan mempunyai
kaitan dengan dialog yang akan digunakan. Oleh yang demikian, guru hendaklah
menggunakan alat bantu mengajar yang mampu menarik perhatian murid untuk penglibatan
mereka. Kenyataan ini disokong oleh Hamdan, Abdul Rahim & Yasin, Hayazi (2010) yang
menyatakan bahawa ABM adalah penting dalam proses PdP kerana ia dapat meransang
minat murid untuk belajar dan melibatkan diri di dalam kelas. Dengan penggunaan ABM
tersebut, ia akan dapat membantu guru-guru menerangkan sesuatu perkara dan konsep isi
kandungan pembelajaran dengan lebih tepat berbanding penerangan secara lisan. Antara
contohnya ialah penggunaan video, gambar rangsangan, kad situasi, skrip dialog dan
sebagainya Guru yang bertindak sebagai pembimbing pula boleh duduk atau berdiri selagi
semua murid boleh melihat guru tersebut dengan jelas.

Seterusnya, hasil atau isi pembacaan dan penyampaian dialog harus dibincangkan oleh
semua murid untuk menilai kebenaran dan kerelevenan dialog atau pembincangan yang
telah mereka jalankan. Akhir sekali, prinsip pelaksanaan teknik dialog adalah untuk
melibatkan pelajar dalam perbincangan yang bermakna dan mendalam berkaitan apa yang
telah dibaca dan pelajar perlu menggunakan semua kemahiran bahasa dan unsur
paralinguistik dengan baik.

3.0 Aplikasi teknik dialog dalam drama berdasarkan aspek seni bahasa dan aspek
tatabahasa

Pemilihan watak dan dialog yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur, kesediaan dan
pengalaman murid serta objektif PdP adalah penting sebelum teknik dialog dapat
diaplikasikan oleh semua murid dengan baik. Pengaplikasian teknik dialog dalam drama
yang telah dibuat dan dipilih iaitu drama K.I.T.A (lampiran 1) dilihat dapat menerapkan unsur
seni bahasa dan unsur tatabahasa dengan sangat mendalam.

3.1 Aplikasi teknik dialog berdasarkan aspek seni bahasa

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan


mengapresiasi keindahan bahasa dan memahami serta menghargai bahasa melalui
pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik
hibur. Murid dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui
penulisan dan lisan. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa
yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan
menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan
ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang
yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan
seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni
bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
Berdasarkan skrip drama yang telah dipilih, teknik dialog telah diaplikasikan
dalam aspek seni bahasa melalui penyampaian sajak, seloka, simpulan bahasa,
peribahasa, bahasa kiasan, nyanyian dan pantun yang disampaikan oleh murid-
murid.
Sajak, seloka dan pantun nasihat telah dimasukkan dalam skrip drama
K.I.T.A. Sajak dan seloka tersebut akan disampaikan oleh dua orang murid. Seorang
murid akan memegang watak ibu dan seorang lagi akan memegang watak bapa
yang akan menyampaikan sajak dan seloka tersebut kepada anaknya. Pantun empat
kerat pula akan disampaikan oleh seorang rakan kepada rakan-rakannya yang lain.
Sajak dan seloka tersebut berkisar tentang nasihat seorang ibu kepada anaknya
untuk selalu berkelakuan baik dan menghormati orang lain. Melalui sajak, seloka dan
pantun ini, nilai hormat-menghormati, bertolak ansur, taat serta patuh kepada ibu
bapa dapat diterapkan dalam diri murid secara tidak langsung. Penggunaan dan
pengaplikasian teknik dialog yang telah diterapkan dalam sajak ini bertepatan
dengan Standard kandungan dan Standard pembelajaran dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4 seperti yang ditunjukkan dalam jadual
dibawah;

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


4.3 Menghasilkan bahan sastera 4.3.1 Mengubah suai puisi secara
dengan menyerapkan keindahan berpandu dan mempersembahkannya
dan kesantunan bahasa serta secara kreatif
mempersembahkannya secara
kreatif.
Jadual 1: SK dan SP tahun 4

Seterusnya, peribahasa seperti simpulan bahasa dan kiasan juga telah


dimasukkan dalam skrip drama K.I.T.A. Simpulan bahasa iaitu kacang hantu,
peribahasa seperti anjing dan kucing dan kiasan seperti hati sudah ‘mendidih’ telah
digunakan untuk meningkatkan keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi
keindahan bahasa dengan lebih baik. Keindahan bahasa yang digunakan semasa
aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran
berbahasa mereka. Penggunaan dan pengaplikasian teknik dialog yang telah
diterapkan dalam peribahasa ini bertepatan dengan Standard kandungan dan
Standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Tahun 4 seperti yang ditunjukkan dalam jadual dibawah;

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


4.1 Mengaplikasikan unsur 4.1 Bercerita dan mengujarkan dialog yang
keindahan dan kesantunan mengandungi peribahasa.
bahasa dalam bahan sastera.

Jadual 2: SK dan SP tahun 4

Penggunaan simpulan bahasa dan peribahasa dalam sulaman komunikasi


memerlukan kognitif aras tinggi untuk difahami (Nor Hashimah 2014). Peribahasa
yang belum pernah ditemui murid akan membolehkan mereka untuk membuat
penerokaan dan memerlukan penggunaan kognitif mereka untuk mencari
maksudnya. Cara yang boleh dijalankan untuk memahami peribahasa dengan lebih
baik adalah dengan melakukan pembelajaran secara koperatif antara murid dengan
murid. Apabila murid sudah faham, mereka akan dapat bercerita mengenai
peribahasa yang diujarkan dengan lebih baik. Maka, objektif pembelajaran juga akan
dapat dicapai dengan mudah.

Akhir sekali, teknik dialog diaplikasikan dalam drama berdasarkan aspek seni
bahasa melalui lagu yang liriknya telah diimprovisasikan dan dinyanyikan oleh murid.
Menurut Shamsudin dan Abdul Rasid (2013), aspek seni bahasa merujuk kepada
keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa melalui
pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks pendekatan didik hibur. Oleh itu,
nyanyian adalah salah satu aspek seni bahasa yang sangat sesuai untuk
diaplikasikan dalam dialog. Berdasarkan skrip dialog drama K.I.T.A, sebanyak 5
buah lagu akan dinyanyikan oleh murid berdasarkan watak mereka sendiri.
Penggunaan dan pengaplikasian teknik dialog yang telah diterapkan dalam nyanyian
ini bertepatan dengan Standard kandungan dan Standard pembelajaran dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4 seperti yang
ditunjukkan;
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
4.3 Menghasilkan bahan sastera 4.3.3 Mengubah suai seni kata lagu
dengan menyerapkan keindahan dan mempersembahkannya secara
dan kesantunan bahasa serta kreatif.
mempersembahkannya secara
kreatif.
Jadual 3: SK dan SP tahun 4

3.2 Aplikasi teknik dialog berdasarkan aspek tatabahasa

Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Menurut Abdullah


Hassan (2005), morfologi merupakan satu bidang ilmu pengkajian bentuk perkataan.
Morfologi turut mengkaji struktur, bentuk dan golongan ayat (Siti Hajar, 2008). Unsur-
unsur morfologi secara umumnya terbina daripada struktur yang unsur-unsurnya
lebih kecil. Sintaksis pula ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur
dan binaan ayat. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2010), sintaksis adalah bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan serta konstruksi ayat. Sintaksis
bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi ia juga mengkaji hukum atau
rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk sesebuah ayat.

Berdasarkan skrip drama yang dipilih, terdapat beberapa pengaplikasian


teknik dialog daripada aspek tatabahasa yang telah diterapkan. Aspek tatabahasa
seperti penggunaan kata ganti nama yang betul telah diterapkan dalam skrip drama
K.I.T.A. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan kata ganti nama diri yang digunakan
oleh watak-watak untuk mewakili diri mereka sendiri apabila bercakap. Mereka
menggunakan perkataan ‘saya’, ‘aku’ dan ‘kamek’ untuk mewakili diri mereka sendiri.
Seterusnya, mereka menggunakan perkataan ‘awak’, ‘engkau’ dan ‘kamu’ ketika
berbual dengan seseorang. Akhir sekali, mereka menggunakan perkataan ‘dia’ untuk
merujuk kepada orang yang ketika. Pengaplikasian aspek tatabahasa ini dapat
mencapai objektif dalam Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam
rajah di bawah;

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


5.1 Memahami dan menggunakan 5.1.1 Memahami dan menggunakan
golongan kata mengikut konteks. kata nama mengikut konteks tidak
formal;
(iii) kata ganti nama
Jadual 4: SK dan SP tahun 4

Seterusnya, pengaplikasiannya juga dapat dilihat melalui penggunaan kata


adjektif yang digunakan dalam skrip drama tersebut. Kata adjektif adalah kata yang
menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat dan sebagainya.
Dalam skrip drama, perkataan kata adjektif iaitu lambat dan perlahan telah
digunakan dengan tepat. Selain itu, kata adjektif jenis perasaan juga telah
dimasukkan dalam skrip drama. Penggunaan kata adjektif iaitu marah, sayang, rindu
dan malu menggambarkan perasaan seseorang berdasarkan situasi tertentu. Akhir
sekali, perkataan masin dan busuk juga merupakan kata adjektif jenis pancaindera
yang telah digunakan dalam skrip drama iaitu ketika Kiran mengutuk rakannya Aman
tentang bekalan makanan yang dibawa. Pengaplikasian aspek tatabahasa menerusi
teknik dialog sesuai dengan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
dalam rajah di bawah;

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


5.1 Memahami dan menggunakan 5.1.3 Memahami dan menggunakan
kata adjektif mengikut konteks;
golongan kata mengikut konteks.
(i) cara
(ii) perasaan
(iii) pancaindera

Jadual 5: SK dan SP tahun 4

Tambahan lagi, murid juga dilihat dapat menggunakan kata tugas seperti kata
hubung, kata sendi nama dan kata nafi dalam teknik dialog dengan baik.
Penggunaan kata hubung iaitu walaupun, tetapi, atau, agar, dan, hingga, lalu dan
kerana telah digunakan dalam konteks yang betul. Murid dapat memahami
penggunaan kata tugas menggunakan kata hubung yang betul melalui sambungan
ayat dalam dialog yang telah dicipta. Seterusnya, penggunaan kata sendi nama oleh,
dari, daripada, di, ke dan bagi juga diletakkan dalam skrip drama. Murid dapat
merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain dengan tepat
apabila teknik dialog diaplikasikan. Akhir sekali, kata nafi juga telah digunakan dalam
teknik dialog untuk menafikan sesuatu penyataan. Pengaplikasian aspek tatabahasa
menerusi teknik dialog sesuai dengan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran dalam rajah di bawah;

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


5.1 Memahami dan menggunakan 5.1.4 Memahami dan menggunakan
golongan kata mengikut konteks. kata tugas mengikut konteks;
(i) kata hubung
(ii) kata sendi nama
(iii) kata nafi

Jadual 6: SK dan SP tahun 4

Pengaplikasian aspek tatabahasa menerusi teknik dialog juga telah


diterapkan dan memenuhi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam
rajah-rajah di bawah;

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


5.2 Memahami dan menggunakan 5.2.1 Memahami dan menggunakan
bentuk kata mengikut konteks. kata berimbuhan mengikut konteks;
(i) kata berimbuhan awalan
(ii) kata berimbuhan akhiran
(iii) kata berimbuhan apitan

Jadual 7: SK dan SP tahun 4

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


5.2 Memahami dan menggunakan 5.2.2 Memahami dan menggunakan
bentuk kata mengikut konteks. kata majmuk mengikut konteks;
(ii) kata majmuk mantap

Jadual 8: SK dan SP tahun 4

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


5.2 Memahami dan menggunakan 5.2.3 Memahami dan menggunakan
bentuk kata mengikut konteks. kata ganda mengikut konteks;
(i) kata ganda penuh
(ii) kata ganda separa

Jadual 9: SK dan SP tahun 4

SK SP
5.3 Memahami dan membina ayat 5.3.1 Memahami dan membina
mengikut konteks. pelbagai ayat tunggal dan ayat
majmuk mengikut konteks.

SK SP
5.3 Memahami dan membina ayat 5.3.2 Memahami dan membina
mengikut konteks. pelbagai jenis ayat mengikut konteks;
(i) ayat penyata
(ii) ayat tanya

Jadual 11: SK dan SP tahun 4

Melalui pengaplikasian teknik dialog berdasarkan aspek tatabahasa, murid


dapat memahami dan menggunakan golongan kata, bentuk kata dan membina ayat
mengikut konteks dengan baik. Ini kerana, dialog-dialog tersebut menggunakan kata
berimbuhan seperti kata berimbuhan awalan, kata berimbuhan akhiran dan kata
berimbuhan apitan mengikut konteks ayat yang betul. Perkara ini secara tidak
langsung akan membolehkan murid mempelajari, memahami dan dapat
menggunakan kata berimbuhan dengan betul apabila bertutur atau menulis.

Berdasarkan dialog skrip drama yang  dipilih juga, aspek tatabahasa yang
diaplikasikan ialah penggunaan kata majmuk. Penggunaan kata majmuk bebas
seperti tanggunggungjawab ada dimasukkan dalam dialog yang disediakan.
Seterusnya, penggunaan kata ganda. Penggunaan kata ganda penuh seperti sama-
sama, berkali-kali dan apa-apa telah wujud dalam skrip drama. Kata ganda penuh
merupakan gandaan perkataan sebanyak dua kali. Manakala kata ganda separa
terbentuk apabila sebahagian kata sahaja yang digandakan. Contoh dalam skrip
ialah perkataan lelaki. Akhir sekali, murid dapat memahami dan membina pelbagai
ayat tunggal, ayat majmuk, ayat penyata dan ayat tanya. Ini kerana, penggunaan
ayat-ayat ini banyak diletakkan dan diaplikasikan dalam skrip drama K.I.T.A.

4.0 Unsur kemahiran insaniah dalam dialog drama

Kemahiran insaniah merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain


pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan. Dalam dialog drama
K.I.TA, kemahiran insaniah yang dapat diperoleh ialah kemahiran berkomunikasi.
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai pemindahan maklumat dan makna daripada satu
pihak (penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). Kemahiran ini memerlukan mereka
untuk mendengar pendapat, memberi maklum balas dan membuat pembentangan secara
jelas dengan yakin. Melalui drama ini, murid akan mempunyai kebolehan menyampaikan
idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh yakin secara lisan dan bertulis.
Seterusnya, melalui pendengaran yang aktif pula, murid akan dapat memberi maklum balas
yang sesuai berdasarkan situasi. Setelah pementasan drama juga, murid akan mempunyai
kebolehan untuk membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan
bersesuaian dengan tahap pendengar. Hal ini kerana, setiap dialog yang diujarkan akan
dibalas dengan jawapan atau tindak balas yang sesuai. Contohnya, daripada petikan dialog
ini ialah:

Mei Li : (memangil dengan suara yang cemas) Ali! Ali! Ke sini cepat Ali! Kau kena tengok
apa yang aku tengok ni!

Ali : (menggeleng kepala) Mei Li… Mei Li... kau dengan perangai cemas kau memang
tak boleh dipisahkan padahal aku tahu tiada apa-apa yang besar pun yang berlaku kan?
Kenapa pula kali ni? Nasi lemak yang kau nak tu dah habis?

Kemahiran komunikasi boleh dilihat apabila murid dapat memberi maklum balas
terhadap situasi dengan tepat sama ada melalui penyataan atau soalan. Seterusnya,
kemahiran insaniah yang dapat dilihat dan diperoleh ialah pemikiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah. Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasikan
pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan. Melaui petikan dialog
daripada skrip drama K.I.T.A iaitu:

Kiran : Baiklah amma. Kiran janji Kiran akan mengubah semua yang terjadi ini kepada
sesuatu yang lebih baik. Disebabkan masalah ini dicipta oleh Kiran sendiri, maka Kiran
akan selesaikan dengan cara Kiran sendiri.

Appa : Anakku, ingat lah janji yang kau telah buat ketika ini dan hayatilah seloka daripada
ayahandamu ini.

Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah boleh dilihat dari kebolehan
mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif serta kebolehan membuat keputusan
berdasarkan bukti yang kukuh. Kiran akhirnya memikirkan cara menyelesaikan masalah
pergaduhan yang terjadi dengan membuat pemohonan maaf kepada setiap seorang rakan-
rakan yang telah disakiti olehnya secara individu. Keputusan pemohonan maaf dibuat
berdasarkan bukti yang kukuh mengenai sikapnya yang kurang baik iaitu mencampakkan
bekalan makanan orang lain dan mengejek makanan kaum lain.
Akhir sekali, unsur kemahiran insaniah yang dapat diperoleh ialah kemahiran kerja
berpasukan dan kemahiran kepimpinan. Kemahiran kepimpinan melibatkan keupayaan
untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti manakala kemahiran kerja
berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai
latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. Contoh kemahiran kerja
berpasukan dan kemahiran kepimpinan dapat dilihat melalui dialog berikut:

Tan : *mengangkat buku* Sekarang kita sambung pelajaran kita tadi, ya? Jika ikut
jawapan ini, Aman dan Ikram, kamu berdua sudah salah maa untuk soalan 3. Jadi,
saya akan terangkan kepada kamu cara mencari jawapan yang sebenar ya.

Ikram : Baik, Tan. Tolong terangkan perlahan-lahan ya kerana saya sukar untuk
memahami topik ini.

Tan : Baiklah. Kamu berdua salah kerana kamu berdua terlupa untuk menambah angka
10 sebelum melakukan operasi pendaraban. Jika kamu buat operasi yang betul,
kamu akan mendapat jawapan yang betul.

Aman : Oh begitu… Baik, terima kasih, Tan!

Melalui dialog ini, kemahiran kerja berpasukan dapat dibuktikan melalui kebolehan murid
membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja bersama secara efektif
untuk mencapai objektif yang sama. Kemahiran kepimpinan pula dapat dilihat melalui sifat
Tan sebagai ketua kumpulan yang pandai mengurus dan menjayakan sesebuah organisasi
ke arah kecemerlangan. Seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan. Ini kerana,
kepemimpinan yang cemerlang juga merupakan wadah bagi menguatkan perpaduan antara
kaum, mengelakkan konflik dan memangkin rakyat sesebuah negara itu bergerak mencapai
matlamat yang sama di samping mampu mempengaruhi mereka untuk menjadi warga yang
baik (Mohd. Dom, 2011 dan Ahmad, Ghazali & Hassan, 2011).

6.0 Kelebihan dan kekurangan teknik dialog

Buat rajah baru buat esei

KELEBIHAN KEKURANGAN
 memotivasikan serta menimbulkan minat  Murid-murid cenderung untuk menghafal
murid untuk belajar intipati cerita tetapi kurang memahami
dapat melatih murid menguasai kemahiran Kemahiran menulis kurang dititikberatkan
membaca dan mendengar dan bertutur
dapat memupuk nilai murni ke dalam diri Penyampaian objektif pelajaran kurang
murid jelas
dapat menambah pengetahuan murid dan Menimbulkan perasaan gelisah kepada
melatih murid menyusun idea secara murid introvert/ tidak mempunyai kemahiran
teratur bahasa yang baik
dapat melibatkan murid secara aktif dalam Mengambil masa yang agak lama
sesi berdialog

KELEBIHAN TEKNIK DIALOG

Terdapat beberapa kelebihan teknik dialog, antaranya ialah teknik ini menggalakkan pelajar
membuat keputusan berkaitan dengan apa yang mereka baca dan apa yang mereka
percaya  tentang sesuatu cerita. Selain itu, teknik ini juga menggalakan pelajar untuk
membaca semula teks yang dibaca  untuk mengesahkan ataupun menjelaskan sesuatu
maklumat dengan lebih terperinci dan mendalam. Seterusnya, teknik dialog ini dapat
menggalakkan pelajar untuk mempertimbangkan kepelbagaian tafsiran dalam bahan yang
dibaca agar dapat membuat keputusan dengan betul dan bijak. Teknik ini juga turut
menggalakkan pelajar untuk menilai penerimaan dan kerelevan tafsiran dan bahan yang
dibaca bersaing antara satu dengan yang lain.

7.0 Aplikasi teknik dialog dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Buat eumusan apa yg didapati dalam penggunaan dialog drama, bagaimana boleh aplikasi?

Guna kaedah

-simulasi (setiap org ada watak dan ada dialog)

Lakonan (setiap org ada watak dan ada dialog)

Bercerita (dari cerita tu murid bincang, jadikan dia satu cerita dialog)

Main peranan (setiap org ada watak dan akan berdialog) / sama ada spontan

Perbincangan (mereka kena berdialog)

8.0 Rumusan

Rumusan keseluruhan

RUJUKAN
Nor Hashimah Jalaluddin. 2014. Pemartabatan Bahasa Melayu: Mengenali Falsafah Bahasa
Melayu.Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu.

Norhuda Salleh. 2014. Tepak Sirih: Komunikasi Bukan Lisan dalam Adat Perkahwinan
Melayu. Jurnal Komunikasi. Jilid 30 (Special Issue), 177-190.

Rogayah Osman. 2012. Kesisteman Metafora Simpulan Bahasa: Analisis Semantik Kognitif.
Tesis PhD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shamsudin Othman & Abdul Rasid Jamian. 2013. Pelaksanaan elemen sastera dalam
pengajaran dan pembelajaran seni bahasa kurikulum standard sekolah rendah. Jurnal
Bahasa 1(2): 292-312

Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai