Anda di halaman 1dari 20

Teknik Improvisasi

Penyampai

Sarimah bt Ratiman

Definisi
Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi

bermaksud perihal(perbuatan) Melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal,secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja.

Menurut Som Hj. Nor (1994) Improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan petunjuk.

Teknik Improvisasi
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,khususnya pengajaran bahasa. kanak-kanak dirangsang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.

teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi dan dialog dibina sendiri oleh pelakon/ murid. murid mencipta satu idea baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri. improvisasi memerlukan murid mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi.

Tujuan utama improvisasi;


melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya.

Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid samping dapat menyuburkan sahsiah murid

Pendekatan Improvasasi
Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan -murid melakonkan sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. -jika keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog murid. - yang penting ialah bagaimana murid dapat menggabungkan idea dengan arahan atau rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan

Tidak perlu pentas yang sempurna -Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan

dengan pentas yang sempurna atau keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan meminta murid mementaskan sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan idea.

Menyediakan saranan
Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan untuk menjana idea murid

Tidak perlu penonton


Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal demi membentuk keyakinan murid. Mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka dipertontonkan. Setelah murid yakin, barulah dimulai dengan perbincangan atau pasca nilai. Komen atau teguran yang positif perlu diberikan. minta murid lain di dalam kelas memberi komen berdasarkan aksi spontan rakan mereka.

Aktiviti berkumpulan
Guru hendaklah menggalakkan murid-murid berkerja secara kumpulan dengan natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan sosial murid lebih luas.

Bijak melayani permintaan Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa mematahkan minat mereka untuk beraksi secara spontan.

Peranan Improvisasi dalam P&P Bahasa Melayu


Meningkatkan daya imaginasi Merangsang kemahiran berbahasa Mewujudkan suasana menyeronokkan Pembelajaran kolaboratif Pengurusan masa Meningkatkan keyakinan diri

Jenis-jenis Improvisasi
1. Improvisasi berdasarkan situasi
Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.
contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak Suatu malam semuamainan (patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka. Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain Dapat meneka siapakah anda?

2. Improvisasi berdasarkan gambar

Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam kumpulan atau secara individu.

3. Improvisasi berdasarkan petikan cerita

Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku .Murid dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamatmenggunakan petikan adalah untuk menguji kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya.

4. Improvisasi berdasarkan objek

Teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan melakukan sesuatu. Contoh objek yang boleh digunakan adalah seperti anak patung, surat khabar dan kostum.

5. Improvisasi berdasarkan tokoh/watak


Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti Hang Tuah.

6 . Improvisasi berdasarkan bunyi


Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan lirik boleh diadaptasi melalui teknik ini.

sekian seadanya.

Anda mungkin juga menyukai