Anda di halaman 1dari 21

Soalan 1

Terangkan secara ringkas lima teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu berikut :
a.
b.
c.
d.
e.

Improvisasi
Main Peranan
Teater Bercerita
Permainan Bahasa
Bercerita

Pengenalan
Menurut Kamus Pelajar, teknik ialah berkaitan dengan sesuatu bidang yang
khusus , cara atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti seni melukis , karangmengarang dan lain-lain. Kamus Dewan Edisi Keempat pula mendefinisikan teknik
ialah kaedah penciptaan sesuatu hasil seni seperti muzik, mengarang dan
sebagainya. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz ( 2004 ) menyatakan teknik
sebagai pengendalian sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik
darjah untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Menurut Adenan Ayob dan
Khairuddin Mohamad ( 2012 ) teknik merupakan alat yang digunakan oleh guru
bahasa untuk menyampaikan sesuatu bahan pengajaran yang telah dipilih. Bahan
yang dipilih harus sejajar dengan teknik yang digunakan dan seiring dengan kaedah
ditetapkan. Rumusannya teknik adalah sesuatu yang lebih khusus yang berlaku di
dalam bilik darjah berdasarkan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti pengajaran yang
dirancang oleh guru berdasarkan pemilihan strategi, pendekatan dan kaedah yang
akan digunakan. Pemilihan teknik yang tepat akan menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan.
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), menyatakan dalam
pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu terdapat empat jenis teknik yang boleh
diaplikasikan guru dalam penyampaian kandungan pembelajaran iaitu teknik drama ,
teknik permainan bahasa , teknik latih tubi dan teknik bercerita. Menurut Sir John
Pollock (1958), drama ialah satu pertunjukan yang berlaku penyatuan antara
lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku, serta melakonkan atau
meniru watak-watak . Mengandungi persoalan, tindakan, perkembangan, dan
1

klimaks serta kesimpulan. Di dalam teknik drama pula terdapat sembilan teknik
iaitu : mimos , improvisasi , simulasi , pantomim , teater , bercerita , mestamu , dikon
dan main peranan. Tujuan utama teknik drama adalah untuk melatih murid
menggunakan unsur bahasa , unsur paralinguistik seperti jeda , nada dan intonasi ,
selain bukan linguistik aktiviti pembelajaran juga melibatkan komunikasi tanpa lisan
seperti pergerakan anggota badan dan mimik muka dalam menyatakan perasaan
dan pengukuhan terhadap lisan dalam berkomunikasi.

Teknik Improvisasi
Improvisasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perihal (perbuatan)
melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, atau
dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja: memusatkan kebijaksanaan
seseorang pelakon, dan pelakonlah sendiri yang mengatur aksi dan dialognya;
menggubah lagu, gurindam dan sebagainya ketika sedang bermain, membaca dan
sebagainya.
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), menyatakan Improvisasi
adalah teknik drama spontan yang dilakonkan berdasarkan drama , cerpen ,novel ,
prosa klasik dan sebagainya. Melibatkan aktiviti kumpulan kecil. Murid diberi masa
10 hingga 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.
Ciri utama improvisasi ialah kreativiti. Melalui improvisasi kanak-kanak akan
di latih dengan kemahiran berfikir secara kreatif melalui pelbagai rangsangan yang
diwujudkan. Dalam hal ini, Ruth Beall Heinig ( 1993 ) menyarankan beberapa aktiviti,
antaranya termasuklah: Improvisasi berdasarkan gambar atau buku cerita
bergambar. Improvisasi berdasarkan props ( peralatan/ objek ). Improvisasi
berdasarkan dialog. Improvisasi berdasarkan watak / tokoh dan perwatakan.
Improvisasi berdasarkan bunyi atau lagu. Improvisasi berdasarkan situasi seperti
wawancara, perbahasan, debat atau bercerita.

Jenis jenis Improvisasi


2

Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk


kanak kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut:
Permainan Bebas ( Free Play )
Permainan bebas adalah sesuai untuk kanak-kanak prasekolah. Guru
menyediakan peralatan atau objek serta situasi persekitaran yang tertentu. Muridmurid digalakkan bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru. Guru mencipta
senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut.

Contohnya gelung rotan

dijadikan stereng kereta , murid-murid dikehendaki memandu tanpa berlaku


kemalangan sesama rakan. Permainan dengan objek menjadi lebih bermakna
apabila dimasukkan dengan watak-watak tertentu dalam cerita mereka, contohnya
dengan menggunakan anak patung mereka boleh menjiwai dengan bermain secara
spontan bersama rakan-rakan mereka.
Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )
Bahan rangsangan tertentu disediakan untuk memberikan respons secara
spontan bersesuaian dengan

situasi yang diberikan. Guru membimbing dan

menggalakkan murid-murid untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,


mendengar serta mengamati pendapat orang lain. Guru juga harus membantu dan
menggalakkan murid-murid melakukan tugas secara kolaboratif, berfikir secara
kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan
idea orang lain. Improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat persembahan
semata-mata tetapi juga untuk menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan
perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi
yang dihadapi.
Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )
Murid-murid digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog
berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. Boleh menyambungkan dialog
tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti memujuk,
merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan
gaya pengucapan yang sesuai. Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu

(monolog / soliloquise ), berpasangan atau berkumpulan. Aktiviti lain seperti kerusi


panas juga boleh dilaksanakan untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi.
Main Peranan ( Role Play )
Dalam aktiviti ini, murid-murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang
yang lain dan berlainan dengan dirinya. Diberikan peranan tertentu dan meminta
kanak-kanak memikirkan cara watak untuk beraksi dan memberikan respons
terhadap sesuatu situasi. Untuk menghayati watak yang diberikan, kanak-kanak
perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan
beberapa soalan seperti : nama penuh watak ,umur ,latar belakang keluarga
,pekerjaan ,sikap dan tingkah laku hobi atau minat ,keadaan kesihatan dan pelbagai
kemungkinan tentang peribadi watak yang dilakonkan untuk itu juga mereka
digalakkan

untuk

menulis diskripsi watak melukis potret membuat kad pengenalan, buku bank, tanda
nama,dan seumpamanya membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk
kegunaan watak. Guru boleh memilih peranan berdasarkan watak daripada orang
persekitaran murid-murid, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas,
drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar.
Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )
Improvisasi

ini

berbeza

dengan

yang

lain

kerana

improvisasi

ini

menggalakkan kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk,


tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu
persembahan.
Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas
berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.
Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )
Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar
diketahui untuk meneroka isu-isu baru. Contohnya menggunakan pengalaman
menghadiri kenduri kahwin dan sebagainya

dan menggunakan pengalaman

tersebut untuk persiapan keluarga mengadakan majlis perkahwinan. Pengalaman


serta pengetahuan daripada mata pelajaran lain juga boleh digunakan untuk
4

menghasilkan

aktiviti

improvisasi

ini.

Contohnya

murid-murid

mempelajari

Kesultanan Melayu Melaka dalam mata pelajaran Kajian Tempatan ,. mengetahui


susur galur pembesar-pembesar , pakaian adat istiadat dan sebagainya mereka
boleh menggunakan kedua-dua pengalaman tersebut untuk membuat improvisasi.
Teknik Main Peranan
Main Peranan adalah teknik drama yang memerlukan murid-murid
melakonkan watak daripada satu suasana yang dipetik daripada peristiwa, novel,
cerita atau situasi. Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan
menggunakan laras bahasa yang sesuai. Contohnya aktiviti menziarahi orang sakit
dan situasi di pejabat sekolah. Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012).
Teknik ini dilakukan oleh empat hingga lima orang murid dan memegang peranan
tertentu berdasarkan watak yang diberikan kepada mereka.
Mengikut kajian yang telah dibuat di luar negara, kebanyakan keputusan
menunjukkan kesan yang positif. Mark Sutcliffe (2002) dalam kajiannya mendapati
bahawa kaedah Main Peranan akan memberi pemahaman kepada pelajar dan juga
sebagai penghargaan kepada alternatif lain yang digunakan pelajar. Ia akan
menggalakkan pelajar-pelajar untuk mempamerkan idea mereka sendiri dan
seterusnya lebih faham akan posisi atau kedudukan orang lain. Menurut Wahibee
(2004), kaedah Main Peranan adalah satu kaedah yang efektif yang mana pelajar
akan dapat merasai situasi sebenar yang lebih realistik. Dalam kajian yang dibuat
oleh Maciej Karwowski dan Marcin Soszynski (2008), mereka mendapati bahawa
penggunaan kaedah Main Peranan dalam pengajaran dan pembelajaran akan
meningkatkan kreativiti pelajar, merangsang imaginasi pelajar dan meningkatkan
motivasi belajar.
Main peranan menyediakan peluang penerokaan di mana individu dilatih
menjadi lebih peka terhadap perasaan orang lain melalui respons spontan bersama
perbincangan berpandu dan ianya wujud dalam situasi berkumpulan (Shaftel &
Shaftel, 1967:84, cited in Brady, 1985).

Murid-murid main peranan dengan

mencurahkan perasaan sebenar tanpa risiko tentang seorang yang lain berfikir,
merasa dan bertindak balas seperti orang lain melalui dialog.

Semasa main peranan, murid-murid berperlakuan lain daripada peranan dan


tingkah laku biasa. Sebaliknya mereka berwatak tingkah laku orang lain. Oleh
demikian, mereka adalah kurang egosentrik. Mereka dapat celik akal tentang diri
sendiri dan orang lain.
Tujuan main peranan dalam pembelajaran ialah :
1.
2.

Mengembang kepekaan kepada perasaan orang lain;


Membantu murid-murid menjelaskan nilai-nilai yang membantu membuat
keputusan;
Membantu murid-murid melepaskan tekanan dan perasaan;
Mengajar murid-murid menyelesaikan masalah;
Mengembangkan tabii menimbang ekoran-ekoran tingkah laku di kalangan
murid-murid;
Membantu guru mengenal pasti keperluan murid-murid;
Mengembangkan kejeleketan kumpulan;
Mempelajari tingkah laku sosial; dan
Mengajar murid-murid merasa-berfikir-melakon.

3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Main peranan ialah satu kaedah yang memerlukan persediaan yang minimum.
Seorang guru perlu merancang pelaksanaan teknik ini agar perjalanan pembelajaran
dapat berjalan lancar. Langkah yang boleh diambil oleh guru ialah :
1.
2.
3.
4.

Memiilih situasi berpusatkan murid-murid


Menyampakaikan plot sebenar watak-watak utama
Melibatkan lebih daripada satu isu moral untuk perbincangan.
Mewujudkan perdebatan di antara murid-murid sebagai satu
penyelesaian yang sesuai.
5. Guru mungkin menukar nama-nama dalam situasi main peranan.
6. Memberi taklimat dan menyoal pemain dan kelas tentang bentuk peranan
tersebut.
7. Menentukan sama ada main peranan dijalankan secara kelas atau hanya
kumpulan kecil bertanggungjawab atas pemilihan pemain dan taklimat.

Teknik Teater Bercerita


Teater Bercerita merupakan suatu teknik drama. Menurut Adenan Ayob dan
Khairuddin Mohamad ( 2012 ) teknik teater bercerita adalah drama bercorak cerita
yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan antara pencerita dengan pelakon.
Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik. Apabila
pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang berminat boleh keluar

ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan aksi yang disebut oleh
pencerita.
Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang
dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita
pada masa yang sama. Pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan
melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Guru atau murid
boleh menyediakan skrip terlebih dahulu untuk dibaca dan dihayati. Aktiviti ini boleh
mendidik pelajar untuk bertutur dengan intonasi yang betul. Murid lain boleh
mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama,
cerpen, novel, dan prosa klasik.
Teater Bercerita ini melatih murid-murid dengan kemahiran mendengar,
bertutur, pemahaman dan mengarang. Menambah perbendaharaan kata murid ,
.memperbaiki dan memperkayakan penguasaan murid dalam bahasa , mengasah
bakat lakonan murid , memupuk sikap kerjasama di kalangan murid-murid

dan

berhibur sambil belajar.


Dalam mengorganisasikan teknik ini murid-murid boleh disusun dalam bentuk
separuh bulatan , seorang murid dipilih untuk menjadi pencerita , pencerita
memulakan cerita dengan membaca teks disediakan , apabila pencerita menyebut
watak watak tertentu , murid yang akan keluar ke hadapan untuk melakonkan aksi
watak tersebut , aksi watak tersebut boleh disertai dengan dialog. Teknik ini boleh
dirancang lebih awal , di mana murid-murid telah membuat persediaan awal atau
pun boleh dilaksanakan secara spontan bagi kelas murid yang cerdik. Melalui aktiviti
ini pelbagai kemahiran murid dalam berbahasa dicungkil di samping keterampilan
diri mereka.
Dalam persediaan dan perancangan pembelajaran guru perlu mengenal pasti
cerita tersebut boleh dilakonkan oleh murid-muridnya , boleh mencapai objektif
dalam penyampaian isi kandungan pembelajaran dan kemahiran yang ditetapkan ,
masa yang mencukupi , sesuai dengan tahap penguasaan murid mengikut peringkat
umur dan murid-murid bekerjasama dan berminat untuk melaksanakan aktiviti
tersebut untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjaya. Teknik ini
diharapkan dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran di samping membina
7

kreativiti dan inovasi ( elemen merentasi kurikulum ) serta membina keyakinan dan
kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi sesama rakan.
Teknik Permainan Bahasa
Permainan bahasa berkonsepkan belajar sambil bermain. Murid-murid
didedahkan dengan teknik permainan dalam proses pembelajaran mereka.
Michael berman (1981), dalam bukunya Playing And Working With Words
menerangkan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran
yang akan mengekalkan tumpuan dan minat murid kepada proses pembelajaran
yang sedang berlaku. Permainan bahasa merupakan salah satu teknik pengajaran
untuk mempelajari bahasa melalui permainan.
Permainan bahasa adalah suatu teknik yang dinamik. Kebanyakan aktiviti
dalam permainan bahasa menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa , antaranya
kemahiran mendengar , bertutur , membaca dan menulis Adenan Ayob dan
Khairuddin Mohamad (2012). Permainan bahasa dapat merangsang verbal di
kalangan murid-murid , menambah kefasihan dan keyakinan berbahasa. Permainan
bahasa juga dapat mengikis rasa bosan murid-murid dalam pembelajaran mereka.
Permainan bahasa juga dapat berfungsi sebagai alat pemulihan,pengukuhan dan
pengayaan.
Permainan

bahasa

mampu

mewujudkan

konteks

pembelajaran

dan

perkembangan berfikir murid. Guru perlu membuat penelitian terhadap struktur dan
isi kandungan pembelajaran untuk membangunkan kerangka teknik ini. Antara
contoh permainan bahasa yang sering digunakan oleh guru ialah teka silang kata ,
sahibba , teka-teki dan sebagainya lagi.
Teknik Bercerita
Teknik bercerita adalah sesuai untuk membina kecekapan berbahasa kerana
cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan
pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tata bahasa dapat disampaikan
melalui teknik ini. Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012 ).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bercerita membawa maksud


mengisahkan sesuatu cerita, bercakap dan berbual. Dalam konteks pembelajaran
Bahasa Melayu teknik bercerita ialah penyampaian isi kandungan pelajaran yang
terancang

menggunakan

teknik

bercerita.

Cerita-cerita

yang

disampaikan

mempunyai unsur-unsur tertentu dari aspek kosa kata, tata bahasa, nilai dan
sebagainya yang menjurus kepada pembelajaran bahasa. Lazimnya murid-murid
suka mendengar cerita, cerita-cerita yang disampaikan dapat menarik minat untuk
menumpukan perhatian mereka terhadap pembelajaran.

Soalan 2
Anda dikehendaki memilih salah satu daripada teknik tersebut dan huraikan
secara terperinci.

Sejak turun temurun bercerita merupakan suatu genre disampaikan dengan


pelbagai tujuan , sebagai hiburan, sebagai nasihat , sebagai penyampaian ilmu
pengetahuan , menghubungkaitkan salasilah , sebagai sejarah dan pelbagai lagi
maksud. Kita juga pernah mendengar peranan penglipur lara bercerita ; Tok
Selampit dan Awang Bathil misalnya merupakan penglipur lara yang terkenal dalam
kisah penceritaan dalam masyarakat Melayu. Dalam pengajaran dan pembelajaran
masa kini teknik bercerita dapat dipersembahkan dalam pelbagai cara sama ada
bercerita secara langsung , menggunakan audio rakaman dan juga audio visual.
Penceritaan menjadi lebih menarik dengan adanya kesan-kesan bunyi melatari
penceritaan yang disampaikan.
Teknik bercerita sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa
kerana cerita dapat menarik minat dan perhatian murid-murid. Jika guru masuk ke
dalam kelas dan bertanya , Nak dengar cerita tak ? , Nescaya murid-murid akan
menjawab nak . Segala arahan guru akan dipatuhi ketika itu demi hendak
mendengar cerita yang akan disampaikan guru. Teknik bercerita dalam proses
pengajaran

dan

pembelajaran

bermanfaat

kepada

murid

dalam

usaha

memperkembangkan aspek kognitif , afektif dan psikomotor. Melalui penceritaan ,


murid boleh mendapatkan maklumat dalam sesuatu kisah . Cerita juga memaparkan
model-model tingkah laku yang ditunjukkan oleh watak-watak. Teknik bercerita
melibatkan penceritaan berkenaan dengan cerita-cerita teladan, kisah benar ,
salasilah , cerpen , dokumentari dan sebagainya. Cerita-cerita ini mempunyai nilainilai murni yang perlu dicontohi di dalam membentuk sahsiah yang tinggi di dalam
diri seseorang murid itu. Contohnya guru menceritakan cerita Arnab dan Kura-kura
. Di dalam cerita ini, terdapat pelbagai nilai murni yang boleh dicontohi antaranya
10

usaha tangga kejayaan, tidak berputus asa , sifat sombong merugikan diri dan
jangan memandang rendah terhadap orang lain.. Melalui penceritaan ini, muridmurid didedahkan dengan nilai murni

untuk diaplikasikan di dalam kehidupan

seharian mereka.
Teknik ini mampu melatih murid menguasai kemahiran mendengar. Semasa
aktiviti bercerita dijalankan, kemahiran mendengar adalah amat dititikberatkan. Guru
bercerita atau memberikan penerangan kepada murid-murid. Mereka akan
mendengar dengan teliti sewaktu guru sedang bercerita. Sesi soal jawab dengan
murid-murid dapat menilai kemahiran mendengar murid-muridnya semasa proses
bercerita sedang dijalankan. Murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat
mengenal pasti setiap isi penting yang semasa sesi bercerita sedang dijalankan dan
dapat menjawab setiap soalan dengan tepat.
Suasana pembelajaran juga menjadi lebih seronok dan gembira.
Proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisi banyak melibatkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Dengan menggunakan teknik
bercerita ini juga guru boleh meminta murid-murid untuk bercerita , mereka dapat
menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyampaikan cerita. Melalui proses
penceritaan ini, guru dapat mewujudkan pembelajaran secara koperatif di dalam
proses pembelajaran. Murid-murid dapat menentukan gaya pembelajaran yang
diingini oleh mereka. Proses penceritaan ini merangkumi pelbagai cara dan kaedah.
Salah satu cara yang dapat menarik minat murid-murid ialah dengan memberikan
satu tajuk kepada murid-murid.. Teknik ini adalah lebih berkesan jika dibandingkan
guru sahaja yang bercerita iaitu melakukan penerangan kepada kelas.
Tujuan utama bercerita adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur
bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik
muka, gerak tangan, kepala dan sebagainya) dengan berkesan dalam sesuatu
interaksi

bahasa

atau

perbuatan.

Penggunaannya

dapat

mendorong

dan

merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran


yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan,
memberi dan berkongsi sesuatu. Bercerita berperanan sebagai ragam pembelajaran
iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Teknik bercerita

11

juga dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada


pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012)
persediaan

untuk

menggunakan

teknik

bercerita

menggariskan 7 langkah
dalam

pengajaran

dan

pembelajaran iaitu :
8. Pilih cerita yang bersesuaian dengan umur, kecerdasan dan minat
murid dan suaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak
disampaikan.
9. Kaji sesuatu cerita dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
10. Hafaz frasa atau ayat-ayat yang penting.
11. Latih murid bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid.
12. Guru bercerita dalam keadaan selesa.
13. Guru boleh menggunakan gambar atau alat-alat bantu yang lain.
14. Sediakan bahan-bahan bahasa yang hendak disampaikan.
Cerita-cerita yang dipilih oleh guru hendaklah bersesuaian dengan tahap
umur khalayak murid. Murid-murid di tahap satu dan tahap dua di sekolah rendah
mempunyai tahap kognitif yang berbeza , oleh yang demikian cerita yang dipilih
hendak mengikut kesesuaian. Sebagai contoh cerita Arnab dan kura-kura adalah
sesuai untuk diceritakan di tahun satu tetapi cerita ini menjadi tidak releven untuk
murid-murid tahun enam kerana mereka telah terdedah dengan pelbagai
pengalaman hidup yang lebih mencabar dan mengalami sosialisasi yang lebih luas.
Cerita-cerita yang dipilih oleh guru hendaklah mempunyai kaitan dengan
unsur-unsur bahasa seiring dengan isi kandungan pembelajaran Bahasa Melayu.
Laras bahasa yang bersesuaian digunakan dengan tepat untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif ditetapkan. Istilah-istilah yang sukar
hendaklah

diterangkan

kepada

murid-murid

supaya

dapat

menambah

perbendaharaan kata kepada murid-murid. Pemilihan cerita yang bersesuaian juga


dapat mempengaruhi objektif pembelajaran terutamanya mempunyai kaitan dengan
tema dan topik yang diajar pada masa tersebut.
Untuk menjadikan suasana penceritaan lebih menarik , guru seharusnya
menghafaz frasa-frasa atau ayat-ayat yang terkandung di dalam cerita tersebut
sebagai panduan supaya tidak tersasar dari cerita yang sebenar ingin disampaikan.
12

Penceritaan yang hanya membaca teks boleh menimbulkan suasana kebosanan


kerana wujud kongkongan dalam penyampaian. Penceritaan akan lebih menarik
apabila disampaikan dalam situasi yang bersahaja di samping kombinasi komunikasi
tanpa lisan seperti pergerakan anggota badan , mimik muka serta aksi seiring
dengan apa yang dituturkan. Contohnya apabila guru menceritakan harimau
menerkam aksi guru mungkin menggayakan tangan yang menerkam , untuk
menimbulkan suasana lebih dramatik mungkin guru boleh menunjukkan aksi
menerkam seorang murid. Situasi ini boleh menambah tarikan jalan cerita di
samping menumpukan perhatian murid terhadap pembelajaran.
Sekiranya sesi penceritaan melibatkan murid , mungkin agak sukar bagi
murid sekolah rendah hendak bercerita secara bersahaja dan membina penceritaan
secara spontan. Seelok-eloknya guru memberitahu murid sekurang-kurangnya
seminggu sebelum sesi pembelajaran supaya murid-murid lebih bersedia di samping
membuat rujukan atau membuat nota ringkas tentang tajuk yang hendak
dibincangkan. Contohnya Melawat Ke Tempat Bersejarah , bukan semua murid
mempunyai pengalaman melawat tempat-tempat bersejarah , maka sekiranya tiada
persediaan murid-murid akan gagal bercerita dan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi pasif. Murid-murid yang ingin bercerita juga memerlukan
masa untuk berlatih dari aspek menghafaz teks, menggayakan aksi dan jika perlu
menyediakan props yang bersesuaian.
Dalam sesi bercerita ,keselesaan amat penting , dalam menyampaikan
cerita ,guru atau murid perlu mengingat frasa atau ayat-ayat yang menjadi teras
penceritaan.

Penceritaan akan terganggu sekiranya situasi penceritaan yang

tersekat-sekat akibat lupa atau gemuruh. Oleh yang demikian pencerita seharusnya
mempunyai sikap tenang supaya lebih selesa semasa bercerita. Bilik darjah yang
kondusif juga mempengaruhi keselesaan semasa sesi bercerita berlangsung. Oleh
yang demikian guru perlu mengambil perhatian pelbagai aspek seperti ruang kelas ,
kesihatan murid , suasana bising atau tidak dan pelbagai lagi.
Penggunaan alat bantuan bercerita menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan di samping meningkatkan daya ingatan murid. Guru
boleh menyediakan props yang bersesuaian untuk sesi bercerita. Di samping itu
gambar-gambar , perkataan-perkataan yang berkaitan dapat ditunjukkan untuk
13

murid-murid perhatikan. Di samping mendengar cerita murid-murid dapat menguasai


kemahiran membaca serta menulis terutamanya dalam sesi soal jawab dan
pengukuhan di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat bantuan
mengajar semasa sesi bercerita menjadikan cerita lebih menarik dan dapat
meningkatkan daya kognitif , efektif dan psikomotor murid-murid.
Oleh yang demikian teknik bercerita boleh menjadikan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik dan berkesan. Penggunaan teknik
bercerita juga dapat menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran kerana
mereka tidak terkongkong dan lebih santai di dalam kelas. Di samping itu teknik ini
dapat memupuk keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai , mempunyai
keyakinan diri dan mempunyai semangat kerjasama terutamanya semasa sesi soal
jawab dan perbincangan bersama guru dan rakan-rakan.

14

Soalan 3
Anda dikehendaki mengaitkan teknik tersebut dengan pengajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah dan nyatakan implikasi pengaplikasiannya.

Teknik bercerita mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan teknikteknik yang lain dalam pengajaran Bahasa Melayu. Adenan Ayob dan Khairuddin
Mohamad (2012).
Dalam

penyampaian

cerita,guru

dapat

membina

suasana

yang

menyenangkan dan mengasyikkan. Cerita merupakan salah satu bentuk dalam seni
sastera yang memiliki keindahan serta kenikmatan. Setiap penulis cerita akan
memasukkan pelbagai unsur yang berkaitan dengan kehidupan untuk menarik minat
pembaca. Cerita-cerita yang digarap sama ada berasaskan peristiwa yang benarbenar berlaku atau rekaan semata-mata diselitkan dengan pelbagai unsur
berhubung dengan perasaan dan tingkah laku ; suka , duka , gembira , kecewa ,
dendam , marah , kasih , sayang , lucu , kecerdikan , kebodohan dan sebagainya.
Permainan perasaan di dalam cerita dapat membangkitkan suatu perasaan ingin
tahu dan mengikuti cerita tersebut. Oleh yang demikian teknik bercerita ini
mempunyai kekuatan tarikan yang kuat kepada murid-murid untuk mengikuti apa
seterusnya terjadi atau atau apa kesudahan penceritaan tersebut. Dengan kekuatan
inilah dapat digunakan oleh guru untuk menarik minat terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
Cerita-cerita yang dipilih guru berkisar tentang pemupukan nilai-nilai murni ,
ini kerana pemupukan nilai positif merupakan salah satu elemen penting dalam
proses pengajaran pembelajaran terutamanya dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah

( KSSR ). Kisah-kisah teladan melalui cerita binatang untuk murid tahap

satu yang disampaikan sarat dengan pemupukan nilai-nilai murni, secara tidak
langsung sikap jujur, berani, amanah, bekerjasama, tolak ansur, kasih sayang,
menghargai masa, setia serta pelbagai sikap positif dapat diterap dan ditanam
dalam pembentukan sahsiah murid-murid. Di samping pembelajaran terhadap isi
15

kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu murid juga dibentuk akhlak mereka
supaya dapat menjadi warga yang harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Teknik bercerita adalah suatu aktiviti yang menarik. Aksi guru semasa
bercerita dari aspek intonasi , jeda , perlakuan tanpa lisan , penggunaan props ,
kad gambar , kad perkataan dan kostum dapat meningkatkan pemahaman murid
terhadap sesuatu tajuk yang dipelajari. Dalam sesi bercerita murid dapat menguasai
kemahiran mendengar dengan baik. Kemahiran ini seterusnya dikembangkan
kepada kemahiran menulis dan membaca. Penceritaan juga dapat meningkatkan
pemahaman murid-murid terhadap isi pelajaran. Ini kerana penyediaan pengalaman
pembelajaran secara langsung , murid-murid dapat mendekati atau memahami
watak, tokoh , peranan ,sifat dengan jelas melalui intonasi , mimik muka , gerakan
anggota badan pencerita. Aktiviti susulan seperti soal jawab , penyoalan dan
penerangan dapat menjelaskan lagi maksud cerita dan isi kandungan pelajaran
sekiranya berlaku kekeliruan dan ketidakfahaman murid-murid.
Bagi murid-murid yang lemah dalam pelajaran ,penceritaan menjadikan
pelajaran lebih bermakna kerana minat mereka boleh dipupuk untuk mengikuti sesi
pembelajaran. Sekiranya guru masuk ke dalam kelas terus meminta murid membina
ayat , terus menyoal terhadap tajuk pembelajaran atau menulis karangan, tarikan
mereka terhadap pelajaran akan terbantut. Kekangan ini dapat diatasi kerana
mereka lebih santai untuk belajar di samping ada sesuatu yang mereka ingin tahu
di sebalik cerita guru. Murid-murid juga menjadi lebih seronok dan tidak tertekan
terutamanya penampilan dan gaya guru bercerita bersifat bersahaja. Bagi murid
murid yang lebih pandai , mereka biasanya mempunyai keyakinan diri yang lebih
tinggi. Oleh yang demikian guru boleh menggunakan kelebihan ini untuk memupuk
bakat murid dalam bercerita. Guru boleh menyediakan bahan cerita untuk mereka
membaca dan menceritakan semula kepada rakan-rakan di dalam kelas.
Namun dalam mengaplikasikan teknik bercerita ini juga mempunyai
kelemahan atau kekurangannya. Perkara pertama ialah berkaitan dengan si
pencerita. Bercerita adalah suatu seni yang menggabungkan komunikasi lisan dan
tanpa lisan. Bukan semua guru mempunyai perwatakan yang bagus untuk
berdrama. Bercerita memerlukan kemahiran lisan dari segi intonasi , kejelasan
16

sebutan , nada yang sesuai dijalinkan pula dengan aksi gerak badan , mimik muka ,
spontan atau bersahaja , tidak kaku dan yang penting dapat menarik minat khalayak
untuk terus mengikuti cerita yang disampaikan. Kegagalan pencerita menguasai
kemahiran

ini

menjadikan

teknik

bercerita

sesuatu

yang

tidak

menarik,

membosankan dan objektif pengajaran dan pembelajaran juga tidak mendatangkan


impak yang maksimum. Oleh yang demikian teknik ini hanya sesuai bagi seseorang
guru yang mempunyai kemahiran dalam bercerita.
Dalam menyediakan cerita yang ingin disampaikan juga memerlukan masa ,
kajian , mengumpul dan memilih bahan cerita yang sesuai dengan tajuk. Tambahan
pula menyediakan bahan-bahan sokongan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
sama ada props , kad gambar , kad perkataan , lembaran kerja dan sebagainya. Ini
menjadikan beban tugas guru makin bertambah. Guru perlu memilih cerita-cerita
yang bersesuaian dari segi laras bahasa , isi kandungan , menarik , mempunyai
kaitan dengan topik , mengandungi nilai-nilai murni dan dapat disampaikan dengan
mudah. Peringkat persediaan ini tidak boleh dipandang mudah kerana akan
mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung kelak.
Kebanyakan cerita yang disampaikan guru berkisar dengan cerita rekaan ,
ditokok tambah , mengandungi unsur-unsur legitimasi , metos ,lagenda dan unsurunsur khayalan. Perkara sebegini sedikit sebanyak memberi kesan dari aspek
penghayatan dalam diri murid-murid. Contohnya Lagenda Mahsuri yang terkenal
dengan unsur-unsur yang tidak masuk akal , Pandak Maya yang menjumpai kerak
nasi yang menangis lalu di bawa pulang kepada isterinya....Mahsuri pula apabila di
tikam dengan tombak, darah putih yang keluar dari tubuhnya. Unsur-unsur diluar
batasan pemikiran murid-murid kadang-kadang menjadi suatu persoalan yang tidak
terjawab. Mereka benar-benar percaya cerita tersebut berlaku seperti yang
diceritakan guru. Perkara sebegini adalah bertentangan dengan agama kerana
mempunyai unsur-unsur tahyul dan khurafat yang boleh menjejaskan akidah bagi
yang beragama Islam sekiranya tidak diterangkan oleh guru.
Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012),Tujuan utama
menggunakan teknik bercerita dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah untuk
membina kecekapan berbahasa dan teknik ini mampu meningkatkan kemahiran
berbahasa di kalangan murid. Namun dalam bercerita , pencerita kebiasaannya
17

tidak menggunakan bahasa baku sepenuhnya malahan menggunakan dialek


setempat untuk menjadikan sesuatu cerita mudah difahami murid dan menimbulkan
suasana seronok. Situasi ini sebenarnya boleh menggugat penguasaan Bahasa
Melayu di kalangan murid-murid. Objektif kemahiran berbahasa yang ingin dicapai
tidak dapat dicapai. Di samping itu dalam meningkatkan kemahiran berbahasa murid
memainkan peranan untuk bercerita agar penguasaan kemahiran berbahasa dimiliki
oleh murid semaksimum yang mungkin. Bagi murid yang berketerampilan dan
berpotensi, perkara ini tidak menjadi masalah , tetapi bagi murid-murid yang lembap
dan lemah dalam pelajaran Bahasa Melayu mereka mungkin terpinggir atau menarik
diri dalam pembelajaran. Faktor malu , tidak berkeyakinan , gagap dan gemuruh
dalam diri menjadikan teknik bercerita tidak begitu sesuai dilaksanakan.
Sebagai kesimpulannya , teknik bercerita mempunyai pro dan kontra dalam
pelaksanaan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru yang prihatin
pelbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam menjadikan teknik ini sebagai pilihan
dalam penyampaian isi kandungan pelajaran Bahasa Melayu. Seorang guru yang
peka dan inovatif seharusnya dapat menyesuaikan kepelbagaian teknik dengan
khalayak muridnya. Ini kerana murid-murid mempunyai pelbagai kecerdasan dalam
memperoleh ilmu pengetahuan mereka. Namun teknik bercerita dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan sekiranya dapat diaplikasi dengan
sebaik mungkin.

18

Refleksi
Alhamdulillah , bersyukur kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan
limpah kurnia-Nya saya dapat meneruskan sesi pengajian semester ini. Kursus
BMM3173 iaitu Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu merupakan suatu kursus yang
banyak memberi pendedahan kepada saya dalam mendalami pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
Saya tidak pernah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah , oleh
yang demikian mulanya agak sukar bagi saya mendalami kursus ini., terutamanya
perkataan-perkataan , istilah-istilah yang langsung tidak pernah didengari dan
difahami. Dalam sesi perkuliahan pertama pensyarah pembimbing En Muhammad
Khairi Bin Mohamed Nor membincangkan Teori Huraian Bahasa , terdapat istilah
Nahu Tradisional , Tatabahasa Struktural ,Tatabahasa Transformasi Generatif dan
Teori Fungsional. Kuliah yang berikutnya saya diperkenalkan pula dengan Kaedah
Natural ,Kaedah Oral-Aural , teknik drama , improvisasi ,mestamu , dikon dan
pelbagai perkataan yang tidak pernah didengar sebelum ini. Betapa ceteknya ilmu
dalam kursus ini.
Sebagai langkah mendalami kursus ini, saya telah membeli sebuah buku
yang berjudul Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu yang ditulis oleh Adenan Ayob
dan Khairuddin Bin Mohamad keluaran Oxford Fajar Sdn Bhd cetakan tahun 2012.
Saya berpuas hati dengan isi kandungan buku ini kerana banyak membantu saya
membekalkan ilmu pengetahuan dalam mengikuti kursus BMM3173 semester ini.
Buku ini menjadi rujukan utama saya dalam membuat rujukan menyediakan kerja
kursus ini. Alhamdulillah dengan bahan-bahan tambahan dan buku-buku rujukan lain
saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin.
Kekangan dengan tugas seharian sebagai seorang guru di samping
menyiapkan pelbagai tugasan sememangnya begitu mencabar. Namun dengan
sokongan rakan-rakan seperjuangan dalam memberi semangat dan bimbingan
menyiapkan kerja kursus , saya sedaya mungkin membuat yang terbaik. Kepada
19

rakan-rakan terima kasih diucapkan , kepada keluarga yang sentiasa memahami


semoga Allah memberkati kita semua. Buat pensyarah pembimbing En Muhammad
Khairi Bin Mohamed Nor , terima kasih yang tidak terhingga kerana membekalkan
saya dengan ilmu yang cukup bermanfaat sebagai bekalan menjadi guru yang lebih
sempurna. Segala ilmu dan bakti yang dicurahkan , Insya Allah akan saya
pergunakan dalam mendidik anak bangsa menjadi warga yang berguna.

Terima Kasih,

MOHD SANUSI BIN SIDIK


740428-02-5123
PPG KOHORT 2
AMBILAN FEBRUARI 2012
KUMPULAN M

20

BIBLIOGRAFI

Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad. 2012. Kaedah Pengajaran Bahasa


Melayu. Oxford Fajar Sdn Bhd. Shah Alam.
A-Wahibee, K. M. (2004). Revival of Role-play: The Effectiveness of Role-play
Activities In Learning English As A Foreign Language By Saudi College
Students. Language And Translation , 25-48.
Heinig R. B. 1993.Improvisations With Favourite Tales : Integrating Drama Into The
Reading/Writing Classroom. Heineman Educational. Porthmouth.
Kamus Dewan. http://www.prpm.dbp.gov.my
Maciej Karwowski, M. S. (2008). How to develop creative imagination? Assumption,
Aims, And Effectiveness Of Role Playing Training In Creativity
(RPTC). Thinking Skill And Creativity , 163-171.
Sutcliffe, M. (2002, October). The Press Briefing Role Play. Retrieved October,
2009, from Economics Network Web Site:
http://www.economicsnetwork.ac.uk/showcase/sutcliffe_press

21

Anda mungkin juga menyukai