Anda di halaman 1dari 7

Kandungan

Penghargaan 2

1.0 Pengenalan 3
2.0 Kekuatan Pengajaran dan Pembelajaran
3.0 Kelemahan Pengajaran dan Pembelajaran 4
4.0 Cadangan Penambahbaikan
5.0 Penutup

Rujukan 5

Lampiran 6

1
Penghargaan

Alhamdullilah hirrabil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah dan kurnianya, dapat saya selesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh
jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Pn.Hjh.Norehan Binti Muhamad,
pensyrah kursus Seni dalam Pendidikan kerana banyak memberikan tunjuk ajar kepada
saya untuk menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna dan baik. Pelbagai ilmu telah saya
perolehi sepanjang saya menyiapkan tugasan ini yang sejajar dengan anjakan opic h
dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal
pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Sebelum
saya mengundur diri, terimalah serangkap mutiara kata daripada saya sebagai renungan
dan amalan.

“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun.Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.”

2
Laporan Reflektif Seni Dalam Pendidikan

1.0 Pengenalan

Pendidikan seni merupakan suatu bidang ilmu yang dapat menarik minat murid untuk
belajar. Sesebuah kurikulum memerlukan keindahan seni untuk mewarnai pembelajaran
murid agar murid tidak berasa cepat bosan dalam mengikuti sesi pembelajaran di dalam
kelas. Seni dilihat penting sebagai salah satu elemen yang perlu ada dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ke arah
PAK-21. Elemen-elemen yang ditekankan antaranya adalah seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Seni visual adalah melibatkan lukisan sesuatu objek, manakala seni pergerakan
adalah menjurus kepada pespektif ruang dan lokomotor. Berbeza pula dengan seni muzik
yang membabitkan interprestasi jiwa seseorang terhadap alunan muzik yang didengar.

2.0 Kekuatan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dijalankan

Proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik adalah adanya elemen Seni Dalam
Pendidikan (SDP) supaya wujudnya kepelbagaian teknik dan strategi dalam pembelajaran.
Teknik dan strategi yang sistematik dapat memastikan murid-murid mendapat input yang
sepenuhnya dalam pembelajaran yang diajar. Kekuatan sesebuah PdP adalah yang mampu
menarik perhatian murid untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesi PdP yang
dijalankan.

Set induksi guru tersebut adalah dengan menayangkan video lagu “Sayang Semuanya”
yang bertemakan kekeluargaan kepada murid-murid. Video lagu tersebut telah berjaya
mencuri perhatian murid untuk meneruskan pembelajaran pada hari itu. Semasa video
tersebut ditayangkan, guru turut melakukan demonstrasi pergerakan yang terdapat di dalam
video tersebut Selepas itu, guru pula meminta murid-murid untuk melakukan pergerakan
tersebut bersama dengannya. Maka, seni pergerakan telah diaplikasikan secara tidak
langsung.

Kemahiran muzik dengan gerakan ini dapat memupuk keyakinan diri, disiplin dan estetika
murid dalam pembelajaran. Semua murid akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran
kerana mereka dikehendaki untuk melakukan pergerakan berdasarkan apa yang ditunjukkan
oleh guru. Sehubungan itu, nilai-nilai murni dalam kalangan murid juga telah berjaya dibina
oleh guru melalui penerapan elemen seni muzik ini. Pergerakan yang dilakukan ini adalah
bertujuan untuk membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan
lokomotor murid-murid. Hal ini juga sekali gus memantapkan tahap kecerdasan fizikal,
pengetahuan dan sikap murid di dalam kelas.

3
Tayangan video nyanyian juga terkandungnya pelbagai elemen unsur seni seperti ruang,
warna, bentuk dan rupa. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti murid-
murid melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid
diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual malah meningkatkan lagi
kepekaan terhadap alam persekitarannya. Kanak-kanak menyukai sesuatu yang berwarna-
warni. Oleh itu, tayangan video nyanyian ini telah memenuhi kehendak kanak-kanak yang
sememangnya menyukai sesuatu yang dapat menarik perhatian.

3.0 Kelemahan pelaksanaan PdP yang dijalankan

Setiap pelaksanaan PdP pasti akan adanya kelemahan. Kelemahan pertama didapati
apabila ada sesetengah murid dilihat tidak mengikuti pergerakan yang ditunjukkan oleh guru
sepenuhnya. Mereka lebih tertumpu pada tayangan video yang dipaparkan pada papan
putih. Oleh itu, adalah baiknya guru merakam sendiri pergerakan yang akan dilakukan oleh
murid dengan menggunakan muzik yang sedia ada. Pergerakan yang dilakukan itu pasti
akan memudahkan murid-murid untuk menirunya. Malah, gerakan murid juga akan mudah
dikawal oleh guru. Dengan cara ini, murid akan lebih menghargai pengorbanan dan
kesungguhan yang dilakukan oleh guru mereka.

Umum ketahui bahawa kanak-kanak amat suka bergerak. Selain itu, guru digalakkan
memberikan peluang kepada murid-murid untuk melakukan pergerakan tersebut secara
bebas agar mereka dapat meluahkan kreativiti masing-masing. Hal ini kerana kemungkinan
ada segelintir murid yang tidak dapat mengikuti pergerakan yang dilakukan oleh guru. Murid-
murid pasti akan gembira dan seronok apabila diberikan peluang untuk beraksi di hadapan
murid-murid yang lain. Proses ini sekali gus dapat meningkatkan kreativiti pelajar dalam
melakukan seni pergerakan.

4.0 Cadangan Penambahbaikan

Antara cadangan penambaikan untuk mengatasi kelemahan yang dinyatakan adalah guru
boleh membuat kolaborasi dengan guru lain secara talian. Mungkin guru boleh melakukan
kerjasama dengan guru muzik untuk menghasilkan lagu yang sesuai dengan tahap murid
yang diajar. Melalui kolaborasi ini, video nyanyian “Sayang Semuanya” pasti akan menjadi
lebih menarik. Hal ini kerana guru terlibat secara langsung dalam video tersebut. Guru juga
boleh melibatkan beberapa orang pelajar dalam video tersebut untuk melakukan
pergerakan. Murid-murid akan rasa dihargai kerana mereka juga ada di dalam video
nyanyian tersebut. Semestinya, pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menyeronokkan dan menarik. Guru juga dicadangkan untuk hanya membabitkan
pergerakan asas sahaja kepada murid seperti berjalan,memusing, menolak dan

4
seumpamanya. Pergerakan sebegini lebih mudah diikuti oleh pelajar berbanding dengan
pergerakan yang kompleks. Justeru itu, melalui cadangan penambahbaikan ini, diharapkan
kelemahan tersebut dapat diatasi dengan baik.

5.0 Penutup

Konklusinya, Seni Dalam Pendidikan yang mengintergrasikan tiga komponen tersebut dapat
melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri murid-murid. Bermula daripada
pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek akan berlaku. Aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan secara tidak langsung
melatih deria mengalami pelbagai peristiwa. Dengan mengadakan penggabungjalinan
aktiviti, kefahaman terhadap Seni Dalam Pendidikan dapat dipertingkatkan lagi.

(750 P.P)

Rujukan

Idayu Binti Abdul Said, M. N. (2017). Analisis kandungan terhadap aktiviti seni bagi
pendidikan awal kanak-kanak . Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 55-63.

Isbell, R. &. (2002). Creativity and the arts with young children. New York: Thomson Delmer
Learning.

Kusumastuti, E. (n.d.). Pendidikan Seni untuk sekolah dasar. Retrieved Mac 25, 2020, from
Academia.edu: http://www.academia.edu

Pica, R. (2000). Experiances in movement with music,activities and theory. New York:
Thomson Delmer Learning.

Salmah, A. (1998). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn.
Bhd.

5
Lampiran

Gambar 1- Guru meminta murid bangun untuk melakukan pergerakan

Gambar 2- Guru menunjukkan memulakan pengajaran dan pembelajaran

Gambar 3- Guru menayangkan video nyanyian “Sayang Semuanya

6
Sumber youtube- Arzonairi Zahari Channel

Anda mungkin juga menyukai