Anda di halaman 1dari 10

Tugasan 2 – Individu

Secara individu, anda dikehendaki memberi ulasan secara kritis tentang komponen
Seni dalam Pendidikan bagi penghasilan produk tersebut melalui rujukan sumber
terkini.

Aspek – aspek harus merangkumi teori pembelajaran, konsep asas dan elemen Seni
dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

I. Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan Edisi ke – 4, seni didefinisikan sebagai karya yang


diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung
mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan
penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting.

Secara umumnya seni adalah hal – hal yang berkaitan dengan keindahan atau
estetika yang merangkumi aspek – aspek jasmani dan rohani atau proses penciptaan yang
memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang nyata. Daripada perspektif pendidikan pula,
seni adalah dapat dikaitkan dengan cara penyampaian sesuatu maksud yang bermakna
agar ianya menjadi lebih menarik dan lebih mudah untuk difahami oleh para pelajar. Seni
Dalam Pendidikan adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni muzik, dan
seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat mengembangkan potensi dalam diri murid,
meluaskan daya imaginasi mereka, persepsi dan konsepsi mereka serta dapat membantu
para pelajar untuk menjadi pelajar berkembang dengan baik dari segi intelek, sahsiah dan
sosial mereka. John Dewey (1919) ada menyatakan bahawa pendidikan adalah suatu
proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak –
kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelek iaitu kebebasan untuk
melatih kecerdasan melalui seni. Melalui pengajaran Seni Dalam Pendidikan, proses
pembelajaran murid – murid akan menjadi lebih seronok dan bermakna. Hal ini demikian
kerana penintegrasian tiga mata pelajaran seni iaitu seni visual, pergerakan dan muzik akan
dapat menarik minat murid – murid sekolah rendah.

Pengetahuan asas Pendidikan Seni Visual terdiri daripada 2 bahagian iaitu 4 bidang
kegiatan dan asas seni reka. 4 bidang kegiatan terdiri daripada menggambar, membuat
corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Asas
seni reka pula terdiri daripada unsur seni reka, prinsip seni reka dan struktur rekaan. Unsur
seni terdiri daripada 6 elemen asas yang penting dalam komposisi sesuatu karya seni visual.
Antaranya adalah garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang, dan warna. Muzik pula adalah
sejenis seni yang dibentuk berdasarkan organisasi bunyi dalam masa (Kamien, 2008).
Terdapat 7 konsep muzik asas dalam Pendidikan Muzik iaitu irama, melodi, warna ton,
harmoni, ekspresi, bentuk, dan tekstur. Pergerakkan adalah seseorang yang bergerak dan
menghasilkan rentak serta aliran dari satu tempat ke tempat lain sama ada menggunakan
ruang diri ataupun ruang am. Konsep asas pergerakan terdiri daripada 4 komponen iaitu
kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kualiti pergerakan dan hubungan.
II. Analisis Kit Persembahan

Kit persembahan yang saya telah lakukan adalah berdasarkan kepada tajuk “Benda
hidup dan tidak hidup” mengikut silibus buku teks Tahun 1. Kit persembahan saya adalah
sebuah lagu yang mempunyai pergerakan, dan flash cards. Dalam kit persembahan ini,
saya telah mengintegrasikan dan menerapkan 2 jenis seni iaitu seni muzik dan seni visual.

Saya menerapkan seni muzik pada awal aktiviti iaitu dengan nyanyian lagu “Benda
hidup dan tidak hidup” menggunakan melodi “Are You Sleeping”. Persembahan kit saya
dimulakan dengan seni muzik kerana muzik dapat menarik perhatian para pelajar,
menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap sesi pembelajaran dan mengurangkan
tingkah laku pasif. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh
Hamisan (2010), yang mendapati bahawa rangasangan muzik dapat menarik perhatian
pelajar, menaikkan semangat para pelajar dan meningkatkan prestasi pelajar. Kajian
Franklin et al. (2008) dalam buku Arts for Art’s Sake? The Impact of Arts Education yang
ditulis oleh Ellen et al. (2013) juga menyatakan bahawa, pemuzik mempunyai prestasi yang
lebih baik dalam tugas – tugas memori kerja lisan dan juga tugas – tugas ingatan jangka
panjang lisan daripada bukan pemuzik. Saya juga telah membuat improvisasi dari segi lirik
dengan menukarkan lirik yang bersesuaian dengan topik. Lirik lagu asal telah ditukar kepada
ciri – ciri benda hidup dan tidak hidup. Dengan cara ini pelajar akan lebih mudah untuk
memahami dan menghafal ciri – ciri tersebut dalam suasana yang seronok selaras dengan
kenyataan Hj. Abd Fatah (1994), seorang pelajar yang dapat mengintegrasikan kedua fungsi
otak dengan harmoni akan belajar dengan seronok dan dapat menjadi pelajar yang
seimbang.

Saya juga ada mengintegrasikan seni pergerakan dalam aktiviti nyanyian. Dalam
aktiviti tersebut, para pelajar akan menyanyi sambil melakukan pergerakan yang
bersesuaian dengan lirik dan diketuai oleh guru. Berdasarkan kepada teori Emily Jaques –
Dalcroze (1986), pergerakan dalam muzik dapat memperkukuhkan lagi pengetahuan para
pelajar. Dalcroze juga telah mengenalpasti 9 keinginan asas kanak-kanak dan bergerak
adalah salah satu daripadanya. Selain daripada itu Howard Gardner juga telah menyatakan
bahawa terdapat 9 Teori Kecerdasan Pelbagai dan kinestetik badan adalah salah satu
kecerdasan yang telah disenaraikan. Pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestetik badan
memerlukan pembelajaran melalui pergerakan otot-otot mereka. Oleh itu dengan adanya
seni pergerakan di dalam nyanyian tersebut maka pelajar akan lebih mudah untuk
menghafal dan memahaminya.

Saya juga telah menerapkan seni visual pada aktiviti kedua dan ketiga iaitu melalui
kad piring dan kertas kosong. Pada kad piring tersebut terdapat gambar, sampul surat dan
corak bunga – bungaan. Hal ini demikian kerana kanak-kanak amat mudah untuk tertarik
kepada gambar yang berwarna-warni. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh
Rusnah Yusuf (2016), beliau mengatakan bahawa bahan bantu mengajar berbentuk kad
imbasan bergambar dapat meningkatkan lagi kemahiran setiap pelajar di dalam kelas
terutama sekali dalam kemahiran membaca di samping dapat meningkatkan lagi minat
murid terhadap pelajaran tersebut.
III. Langkah-langkah penggunaan kit persembahan “Benda Hidup dan Tidak
Hidup”.

1. Pada awal aktiviti ini, guru mengetuai nyanyian sebuah lagu yang bertajuk
“Hidup dan tidak hidup” yang dinyayikan dengan menggunakan melodi lagu
“Are you sleeping?”.
2. Selepas menyanyikan lagu tadi, guru akan bertanya akan ciri – ciri benda
hidup dan tidak hidup berdasarkan lirik lagu yang dinyanyikan kepada para
pelajar.
3. Setelah itu, guru akan mengedarkan kad yang mempunyai gambar yang
berlainan antara satu sama lain kepada setiap pelajar. Satu persatu pelajar
akan berdiri lalu mengatakan adakah benda itu hidup atau tidak dan
menyatakan sebab mereka.
4. Selepas itu, para pelajar akan membuka sampul yang dilekatkan pada kad
untuk mendapatkan jawapan yang sebenar.
5. Selepas itu, guru akan membahagikan setiap pelajar kepada 2 kumpulan
kecil. Para pelajar dibahagikan berdasarkan bentuk lukisan yang dilekatkan
pada belakang kad mereka.
6. Kemudian, setiap kumpulan akan diberikan kertas kosong dan diminta untuk
melukiskan benda hidup dan tidak hidup yang mereka nampak di dalam dan
di luar bilik darjah.
7. Selepas 5 minit setiap kumpulan akan membentangkan dapatan setiap
kumpulan di hadapan kelas.
8. Setelah habis, setiap kumpulan akan kembali ke tempat duduk masing –
masing dan guru akan meminta semua pelajar untuk menyatakan kembali ciri
– ciri benda hidup dan tidak hidup.
9. Sesi ini akan habis dengan menyanyikan semula lagu “Hidup dan tidak
hidup”.

IV. Kesimpulan

Secara keseluruhan Seni Dalam Pendidikan dapat menjadikan pengajaran lebih


seronok dan lebih bermakna. Kit persembahan ini dapat membantu para guru untuk
melahirkan pelajar yang dapat membina, mengadaptasi serta dapat mengubah suai segala
ilmu yang ada agar dapat menyesuaikan diri dan dapat mencapai tahap keseimbangan diri
dalam masa yang singkat. Selain daripada itu ia juga dapat membantu melahirkan pelajar
yang holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS). Hal ini demikian
kerana kit persembahan ini telah menerapkan pelbagai jenis seni yang dapat membantu
guru untuk melahirkan pelajar yang holistik. Pengajaran ini juga akan dapat melahirkan
masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan berkualiti. Saya berharap agar dengan
adanya kit persembahan ini maka sesi pengajaran dan pembelajaran yang diadakan di
dalam kelas akan lebih bermakna dan boleh difahami oleh murid – murid.

V. Rujukan
Dewey, J. (1919). Philosophy East and West. University of Hawai'i Press.

Gardner, H. (1953). The Mind's New Science: A History of Cognitive Revolution. New York.

Kamien, R. (2008). Music: An Appreciation, Brief Edition. McGraw - Hill Education.

Kamus Dewan Edisi ke - 4. (2017). http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=seni.

Rashid, N. A. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.

Winner Ellen, G. T. (2013). Educational Research and Innovation Art for Art's Sake? The
Impact of Arts Education . OECD Publishing.
LAMPIRAN
BENDA HIDUP DAN TAK HIDUP

Melodi: “Are you sleeping (Frère Jacques)”

Mari buat bulatan .. 2x


Besar dan bulat .. 2x
Semua berpegang tangan .. 2x
Gembira .. 2x

Haiwan benda hidup


Tumbuhan benda hidup
Kenapa
Mengapa
Ia boleh bernafas
Makan dan membesar
Ia hidup .. 2x

Kerusi tak hidup


Meja tak hidup
Kenapa
Mengapa
Ia tidak bernafas
Makan dan membesar
Tak hidup .. 2x

Mari buat bulatan .. 2x


Besar dan bulat .. 2x
Semua bertepuk tangan .. 2x
Gembira .. 2x

KAD PIRING
Gambar 1.0 Contoh kad piring bagi benda tidak hidup.

Gambar 2.0 Contoh kad piring bagi benda hidup.

Anda mungkin juga menyukai