Anda di halaman 1dari 5

AMALI 4 Mengkaji Fasa-Fasa Bulan Serta Waktu Terbenamnya Bulan.

TUJUAN :
1. Untuk mengkaji fasa-fasa bulan selama 14 hari.
2. Untuk mengenalpasti perubahan altitud dan azimuth bulan selama 14 hari.
3. Untuk mengetahui perkaitan fasa bulan dengan masa terbenam bulan.

PENGENALAN :

Gambar 1.0 Bulan.

Bulan adalah sebuah satelit yang mengelilingi planet lain yang lebih besar
daripadanya seperti bumi (Alfven, 1981). Bulan merupakan satelit semula jadi bumi dan
kelima terbesar dalam sistem suria serta bersaiz ¼ bumi. Pantulan cahaya matahari
mewujudkan cahaya bulan. Bulan berada dalam putaran segerak dengan bumi dan
menunjukkan muka yang sama ditandai mare iaitu gunung berapi. Bulan terbentuk kira-kira
4.5 bilion lalu kesan sisa hentaman bumi dengan objek cakerawala. Di bulan, tidak terdapat
udara mahupan air menyebabkan proses penghakisan tidak berlaku dan tiada bunyi
didengari. Kawah terbesar di bulan adalah Kawah Clavius.

Pergerakan bulan mengelilingi bumi dalam masa sebulan membolehkan kita untuk
melihat bulan dari sudut yang berlainan (Hayashi et al., 1985). Bulan dapat dilihat
disebabkan oleh sinaran matahari yang menyinari permukaan bulan. Bagi fasa bulan kedua
adalah fasa bulan sabit baru. Selepas kira-kira seminggu, bulan mencapai suku pertama
fasa di mana bulan kelihatan separuh terang jika dilihat dari bumi. Separuh lagi yang disinari
oleh matahari menghadap keluar ke angkasa dan jauh dari bumi. Selepas lagi satu minggu
lagi, bulan beralih kepada fasa berlawanan, di mana ia bertentangan dengan matahari di
langit. Hal ini adalah dimana penduduk melihat bulan disinari dengan sepenuhnya dimana
terdapat dalam fasa bulan iaitu bulan purnama. Semasa fasa ini, pada sepanjang malam
tersebut, seluruh permukaan bulan dapat dilihat dengan penuh (Murray & Dermott, 1999).
Fasa bulan diteruskan dengan fasa-fasa yang lain seperti dalam gambar dibawah ini
sehingga kembali kepada anak bulan.

BAHAN DAN RADAS : Telefon berkamera dengan 13 MP, kompas, alat pengukur altitud,
dan komputer riba.

PROSEDUR :

1. Secara berkumpulan, saya dan rakan saya telah memilih lokasi yang sesuai untuk
mengambil gambar bulan dengan jelas. Kami telah melakukan pemerhatian
sebanyak 3 kali iaitu pada jam 6 pagi, 6 petang dan 8.30 malam.
2. Saya dan ahli kumpulan saya telah bergilir-gilir mengambil gambar terbit dan
terbenamnya bulan di kawasan lokasi yang telah dipilih iaitu di hadapan koridor bilik
E 02-03.
3. Altitud dan azimuth bulan diambil dengan menggunakan kompas dan pengukur
altitud di tempat yang sama dan direkodkan di dalam jadual.
4. Setiap terbit dan terbenamnya bulan telah kami gambar dan direkodkan di dalam
komputer riba masing-masing.
5. Kemudian ramalan bulan dan hasil pemerhatian bulan di bandingkan.
6. Perbandingan pemerhatian telah direkodkan.

KEMAHIRAN PROSES SAINS

Pemboleh ubah:

1. Dimalarkan : Kedudukan lokasi untuk mencerap bulan.


2. Dimanipulasi : Hari untuk mengambil gambar bulan.
3. Bergerak balas : Kedudukan dan fasa-fasa bulan.
PERBINCANGAN :

Pada amali ini, kami mula memerhatikan terbit dan terbenamnya bulan serta fasa-
fasa bulan selama dua minggu bermula pada 27 Mac 2017 sehingga 9 April 2017. Kami
telah memilih pandangan daripada hadapan koridor bilik E 02-03 sebagai tempat lokasi
tetap kami untuk memerhati bulan. Berdasarkan kepada ramalan yang kami perolehi, saya
dapati bahawa bulan terbit dan terbenam pada waktu yang berbeza dan fasa bulan adalah
tidak sama bagi setiap hari selama 14 hari amali ini diadakan.

Analisis Fasa Bulan dan Masa Bulan Terbenam

Berdasarkan kepada ramalan fasa bulan yang kami dapati melalui laman web
www.moongiant.com (Moongiant, 2017), pada 27 hingga 31 Mac 2017 bulan tidak akan
kelihatan kerana pada tempoh waktu itu adalah fasa anak bulan. Hal ini demikian kerana
ketika fasa bulan ini pantulan cahaya tidak terpancar ke arah bumi. Keputusan yang kami
perolehi daripada dapatan jadual kami adalah selaras dengan ramalan yang kami perolehi.

Pada 1 hingga 2 Mac 2017 pula diramalkan fasa bulan pada ketika ini adalah bulan sabit.
Diramalkan bahagian kanan bulan akan memantulkan cahaya matahari ke arah bumi dan
menyebabkan bulan akan membentuk bulan sabit (Murray dan Dermott, 1999).

Pada 3 hingga 5 Mac 2017 diramalkan akan menunjukkan bulan separa di mana separa
bulan akan memantulkan cahaya daripada matahari kepada bumi. Namun begitu pada 3
hingga 4 Mac 2017, fasa bulan tidak kelihatan kerana hujan. Manakala pada 5 Mac 2017
fasa bulan yang kelihatan adalah selaras dengan ramalan yang kami perolehi.

Pada 6 hingga 9 Mac 2017 adalah diramalkan bulan sebelum purnama akan muncul yang
mana lebih daripada separuh kawasan bulan akan kelihatan dan saiz kawasan bulan yang
akan kelihatan akan sentiasa bertambah dari hari ke hari. Berdasarkan kepada pemerhatian
yang kami lakukan pada 7 hingga 9 Mac 2017, ramalan adalah selaras dengan dapatan
pemerhatian yang kami dapatkan. Namun begitu pemerhatian pada 6 Mac 2017 tidak dapat
dilakukan kerana pada waktu itu hujan turun dan bulan tidak kelihatan. Hal ini demikian
kerana pada waktu hujan, awan akan melitupi bulan dan menyukarkan pemerhatian bulan
diadakan.

Berdasarkan kepada masa terbenam bulan daripada 27 hingga 9 Mac 2017, masa
terbenam setiap hari adalah semakin panjang berbanding dengan masa pada 27 Mac 2017.
Hal ini demikian disebabkan oleh darjah sudut bumi pada 23.5o telah mempengaruhi
perubahan posisi bulan pada waktu terbenam (Beasant, 1994). Waktu pergerakan untuk
bulan terbenam adalah serupa seperti matahari terbit dan terbenam kerana bulan mengorbit
mengelilingi Bumi sama seperti Bumi mengorbit Matahari pada paksinya. Namun oleh
kerana orbit bulan mempunyai sudut yang condong sebanyak 5o, maka bulan akan
terbenam pada posisi yang berbeza dan masa yang berbeza.

Sepanjang menjalankan amali ini, terdapat beberapa ralat dan juga beberapa
perkara yang boleh diperbaiki dan ditambahbaik. Beberapa ralat yang kami alami adalah
pada awal amali bulan ini, fasa bulan bagi anak bulan tidak kelihatan dan ralat ini
menyukarkan para pelajar untuk meramalkan tempat terbit dan terbenamnya bulan serta
fasa bulan. Selain daripada itu hujan juga mempengaruhi keputusan bulan yang kami
perolehi. Hal ini demikian kerana pada waktu hujan akan melitupi bulan dan para pelajar
akan mengalami kesukaran untuk mencari dan menggambar bulan untuk membuat padanan
dengan gambar ramalan bulan. Selain itu juga keterangan cahaya bulan juga perlu
diperhatikan dengan teliti. Hal ini demikian kerana kamera yang kami gunakan tidak dapat
mengambil gambar bentuk bulan tersebut dengan jelas menyebabkan agak sukar untuk
kami menyatakan fasa bulan dengan tepat.

Penambahbaikan yang perlu dilakukan sepanjang amali ini adalah pelajar harus
mengambil gambar bulan pada waktu tahap kecerahan pantulan cahaya kurang agar pelajar
dapat melihat bentuk fasa bulan yang kelihatan. Selain itu para pelajar juga perlu mengambil
memilih lokasi yang sesuai agar penampakkan bulan itu kelihatan jelas tanpa ada halangan.
Para pelajar juga boleh menggunakan kemudahan telefon pintar untuk mengambil gambar
secara panorama agar perubahan kedudukan bulan tersebut kelihatan dengan jelas.

KESIMPULAN :

Tuntasnya, fasa bulan, kedudukan altitud dan azimuth serta masa terbenam bulan
adalah berubah-ubah selama 14 hari. Fasa bulan selama 14 hari bermula dengan anak
bulan, bulan sabit, dan kemudian bulan purnama. Hal ini demikian kerana pergerakan bulan
mengorbit bumi pada paksinya mempengaruhi keadaan tersebut.
RUJUKAN :

Alfven, H. (1981). The Origin of The Solar System. England: Journal Evolution in the
Universe.

Beasant, P. (1994). 1001 Facts About Space. England: Times Four Publishing Ltd.

Hayashi C., Nakazawa, K., et al. (1985). Formation of The Solar System. Japan: Protostars
and Planets.

Moongiant. (2017). Malaysia:


http://www.moongiant.com/Full_Moon_New_Moon_Calendar.php.

Murray C. D. & Dermott, S. F. (1999). Solar System Dynamics. United States of America:
Library of Congress Cataloging.

Anda mungkin juga menyukai