Anda di halaman 1dari 23

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)1

1.0 PENDAHULUAN
Sepanjang bulan Oktober, beberapa pencerapan di langit telah dilakukan untuk
memerhatikan tentang pergerakan bumi dan objek-objek angkasa.

Pencerapan ini adalah

bertujuan untuk memahami hubungan antara bumi dan objek-objek di angkasa. Secara logiknya,
sekiranya dipandang ke langit mata waktu malam dengan mata kasar kita mampu melihat bulan,
bintang dan pembentukan buruj.

Namun yang demikian,

supaya lebih memahami dan

membantu untuk menyiapkan kertas kerja ini, saya telah menggunakan aplikasi komputer
Stellarium seperti yang dicadangkan agar dapat melihat kedudukan objek - objek yang terkini
dan dapat mengaitkannya dengan pergerakan bumi dan bulan.
2.0 PEMERHATIAN
Pemerhatian telah dibuat selama 4 hari pada bulan Oktober iaitu bertarikah 8,12,26, dan
30 Oktober 2014. Pencerapan yang dilakukan pada 4 hari tersebut seperti memerhati langit
dengan mata kasar dan menggunakan aplikasi Stellarium yang dicadangkan.

Berdasarkan

pemerhatian pada lima hari tersebut, telah didapati adanya perbezaan antara satu sama lain antara
tarikh-tarikh tersebut yang mempunyai hubungan antara bumi dan objek-objek samawi. Antara
perubahan yang paling ketara adalah fasa bulan yang berbeza. Fasa bulan adalah peringkat
perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi iaitu
sebulan ijtimak. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka
kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah.
Perubahan ini mengakibatkan permukaan bulan yang bercahaya dilihat dari bumi dalam keadaan
yang berbeza-beza bentuk. Akibatnya terjadilah fasa-fasa bulan.
Di samping melihat perubahan fasa-fasa bulan, melalui pemerhatian tersebut juga dapat
melihat pergerakan bulan pada tarikh berkenaan dari jam ke jam, ianya dilihat berbeza arah
pergerakan serta jarak bulan dan bumi. Selain itu juga, beberapa objek-objek lain juga dapat
dilihat melalui pemerhatian Stellarium seperti buruj, planet yang kedudukannya hampir dengan
bumi.

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)2

3.0 REFLEKSI

Tarikh
8 Oktober
2014

Masa
9.57
Malam

Refleksi
Pencerapan pada tarikh ini didapati telah berlaku gerhana bulan yang
boleh dilihat dengan pandangan mata kasar.
Fenomena
gerhana adalah fenomena astronomi yang terjadi sebuah kejadian
angkasa bergerak ke dalam bayangan sebuah benda angkasa lain.
Istilah ini umumnya gerhana bulan ini berlaku apabila kedudukan
bulan berada sejajar dengan bumi dan matahari. Selain itu ianya juga
terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosferabumi.

Rajah 1 : fasa-fasa bulan


Bumi, bulan dan matahari daripada sumber
http://ppgsnruzeiman.blogspot.com/p/unit-11-bumi-bulan-

Namun, gerhana juga terjadi pada fenomena lain yang tidak


berhubungan dengan Bumi atau Bulan, misalnya pada planet lain
dan satelit yang dimiliki planet lain. Peristiwa gerhana ada dua iaitu
gerhana bulan dan gerhana matahari. (Artikel, Gerhana bulan Penuh di
Malaysia 8 Oktober 2014)http://lamansesawang.com/berita/gerhanabulan-penuh-di-malaysia-pada-8-oktober-2014.html
Rajah 3 : Proses kejadian Gerhana Bulan
Sumber : Artikel, Gerhana bulan Penuh di Malaysia 8 Oktober 2014

Pada tarikh tersebut, bulan dapat dilihat dengan pandangan mata kasar
kerana mendapat pantulan cahaya matahari yang penuh.Ketika

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)3

pencerapan ini bulan dilihat pada bahagian timur. Perubahan


perubahan bulan yang dikenali sebagai fasa bulan menunjukkan
pergerakan bulan yang dapat dilihat di bumi. Bulan mengambil masa
selama 27 hari untuk melengkapkan pusingannya. Pergerakan bulan
ini juga menyebabkan berlakunya kejadian siang dan malam.

Ketika pencerapan dilakukan pada waktu ini, kelihatan jarak bulan


semakin hampir dengan bumi pada ketika ini. Didapati pada langit
tersebut, kelihatan gugusan bintang yang dikenali sebagai Aries,
Pisces.

10.03
malam

Kelihatan bulan bergerak ke bahagian selatan. Pada sudut ini kelihatan


gugusan bintang Aquarius, Capricon

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)4

12 Oktober
2014

1.54 pagi

Pencerapan pada 12 oktober, bulan mula muncul jam 10 ke atas.


Antara buruj yang kelihatan ialah Taurus dan Aries.

10.42
malam

Fasa bulan pada tarikh ini adalah bulan purnama lama atau dikenali sebagai
bulan bungkuk.

1.44 pagi

Pada waktu ini, bulan kelihatan bergerak ke arah utara. Jaraknya


dengan bumi semakin jauh. Pada jam ini, kelihatan buruj Taurus,
Gemini dan Onion. Buruj Orion memiliki banyak kelebihan dalam
menunjuk ke arah utara.

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)5

3.34 pagi

Pada jam ini, bulan dapat dilihyat dibahagian utara. Pada jam ini dapat
dilihat planet Musytari (Jupiter). Menurut ahli astronomi, planet ini
dapat dilihat sehingga bulan disember, memandangkan planet Musytari
ini planet terbesar, ianya dikatakan dapat dilihat sepanjang tahun.
Bagi ahli astronomi amatur, ia merupakan musim mencerap planet
tersebut. Pada sesetengah masa ia merupakan objek yang paling cerah
selepas bulan. Ia boleh mencapai magnitude -2.94.

Jupiter akan berada pada kedudukan opposition (Istiqbal) setiap tahun.


Ini bermakna Jupiter akan berada dekat dengan orbit bumi. Ia akan
berada di kedudukan bertentangan dengan Matahari manakala Bumi
berada di tengah-tengah.

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)6

Bulan kelihatan berada jauh dari bumi. Pada jam ini, di bahagian utara
kelihatan buruj Pisces dan Aries.

5.48 pagi

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)7

26 Oktober
2014

7.28
malam

Seawal jam 7.28 malam bulan telah muncul dilangit namun ianya tidak
berapa jelas dilihat. Fasa bulan pada masa kini adalah bulan sabit baru
iaitu selepas fasa bulan baru. Pada masa ini hanya sebahagian kecil
permukaan bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari yang
menghadap Bumi.Pencerapan pada tarikh ini juga turut kelihatan
planet Marikh dan Zuhal.
Di sebelah barat juga, kelihatan buruj scorpian dan sagitarius.

Gambar fasa bulan sabit baru pada pencerapan hari ini. Pada jam 9 malam
bulan sudah tidak kelihatan.

Jupiter juga dapat dilihat sehingga subuh di bahagian timur. Cahaya


yang terang dari Jupiter adalah kerana posisinya yang hampir dengan
Matahari. Pada Bahagian timur ini kelihatan buruj cancer, scorpian.

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)8

9.40
malam

30 Oktober
2014

22.5122.53
malam

Pencerapan pada malam ini kelihatan perbezaan sangat ketara pada


bentuk bulan. Bulan pada malam ni kini dalam fasa bulan setengah.
Separuh daripada di bahagian kiri diterangi cahaya matahari. Bahagian
yang diterangi cahaya matahari semakin berkurangan memasuki fasa
seterusnya.

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)9

4.42 pagi

Kedudukan bulan pada bahagian barat kelihatan buruj capricon dan


sagitarius. Bulan hanya dapat dilihat di langit sehingga jam 1 pagi.

Planet Zuhal kelihatan di bahagian Timur sehingga jam 6 pagi.


kelihatan ketika penceparan adalah buruj Cancer dan Leo.

Turut

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)10

4.0 PERBINCANGAN
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan selama empat hari iaitu bertarikah 8,12,26, dan
30 Oktober 2014.

Pada keempat-empat hari tersebut, telah dilihat dengan jelas bahawa

berlakunya perbezaan antara satu hari dengan hari yang lain. Antara yang paling ketara adalah
bentuk bulan akibat perubahan fasa bulan. Perubahan bentuk Bulan ini kelihatan berbeza-beza
kerana Bulan bergerak mengelilingi Bumi. Apabila bulan bergerak mengelilingi Bumi, bentuk
Bulan akan kelihatan berbeza-beza kerana kedudukan relatif Bumi dan Matahari kepada
bulan.Bulan tidak mengeluarkan cahaya. Ia hanya memantulkan cahaya daripada Matahari.
Walaupun Bulan kelihatan bercahaya di langit malam, bentuknya berbeza-beza dari
semasa ke semasa. Sepanjang pemerhatian dengan bantuan aplikasi komputer Stellium , bulan
dilihat bentuknya bulat, separuh bulat atau berbentuk sabit.Malah pada sesetengah malam, Bulan
langsung tidak kelihatan di langit.Bentuk-bentuk Bulan yang berlainan itu dikenali sebagai fasa
Bulan. Semasa Bulan mengorbit Bumi, bahagian yang disinari Matahari, iaitu bahagian yang kita
lihat akan melalui suatu tempoh perubahan atau fasa. Fasa Bulan terjadi kerana luas permukaan
Bulan yang memantulkan cahaya ke Bumi adalah berbeza dari semasa ke semasa.Bulan
mengambil masa 29 hari untuk melengkapkan satu siri fasa.
Anak Bulan berlaku apabila permukaan Bulan yang gelap menghadap Bumi. Jadi, Bulan
kelihatan gelap dan tidak dapat dilihat di langit malam.Fasa Bulan selepas anak bulan ialah
bulan sabit baru. Pada masa ini hanya sebahagian kecil permukaan bulan yang diterangi oleh
cahaya Matahari yang menghadap Bumi. Semakin lama, semakin besar permukaan Bulan yang
diterangi oleh cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulan beransur-ansur beralih ke
Bulan separa, purnama Baru dan akhir sekali Bulan Purnama.Manakala semasa Bulan Purnama
berlaku , keseluruhan bahagian terang permukaan Bulan menghadap Bumi.Kemudian, semakin
lama,semakin kecil permukaan Bulan yang diterangi cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi
fasa Bulan beralih ke purnama lama,Bulan separa dan Bulan Sabit lama.Tempoh masa untuk satu
urutan fasa Bulan yang lengkap ialah 29 hari. Urutan fasa ini akan berulang semula secara
seragam.

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)11

Di samping perubahan bulan, dalam pemerhatian pada empat hari tersebut, kelihatan kumpulankumpulan bintang yang mengindahkan langit malam. Kumpulan bintang dikenali sebagai buruj.
Bintang-bintang di langit dikelaskan dalam bentuk gugusan bintang yang mempunyai pola
tertentu (buruj) untuk memudahkan lokasinya ditentukan. Kesatuan Astronomi Antarabangsa
(IAU) telah merangka satu glob bintang (Celestial Sphere) untuk memetakan kedudukan sesuatu
buruj pada satu-satu masa. Kesemua bintang (kecuali Matahari) telah ditentukan kedudukannya
dalam 88 buruj oleh IAU.
Buruj-buruj yang kelihatan dilangit adalah berbeza-berza terutama diperhatikan pada arah
barat, utara, timur mahupun selatan. Menurut ahli astronomi, perbezaan daya graviti Matahari
dan bulan terhadap unjuran khatulistiwa Bumi boleh menyebabkan perubahan atau anjakan paksi
putaran Bumi. Kejadian ini dipanggil precession of equinoxes. (Ahmad Shahir 23 Ogos 2013 :
Fasa- fasa bulan).

Disebabkan fenomena ini, kedudukan buruj berubah dari semasa ke

semasa.Buruj yang terdapat pada permukaan langit sentisa berubah mengikut musim. Perubahan
ini adalah disebabkan oleh orbit Bumi yang mengelilingi Matahari.

Antara buruj yang sering

kelihatan ketika membuat pemerhatian dibuat pada bulan Oktober ialah Aquarius, Scorpio,
Capricorn, Pisces, Aries, Gemini dan juga Leo.
Yang menarik, melalui pemerhatian menggunakan aplikasi komputer Stellium turut kelihatan
planet-planet seperti Marikh, Musytari dan juga Zuhal di langit.Musytari memulakan kempen
bulan Oktober ini dengan muncul kembali ke langit sebelah pagi. Ketinggiannya akan bertambah
dari sehari ke sehari. Menjelang minggu ke-3 bulan Oktober, sekitar jam 6.30 pagi, planet ini
sudah berada pada ketinggian 14 darjah, cukup tinggi untuk menarik perhatian kita. Planet ini
walaupun ketika ini berada di 'sebalik' matahari nun jauh di sebelah 'sana' sistem suria, ia masih
bersinar dengan terang kerana saiznya yang sungguh besar membalikan begitu banyak cahaya
dari matahari. Nantikan juga kemunculan planet Zuhrah berhampiran dengannya pada bulan
hadapan.

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)12

Menurut kajian Astronomi, Planet Marikh mula muncul kembali ke langit sebelah pagi.
Namun ia masih terlalu kelam dan hampir dengan matahari untuk menarik sebarang perhatian
daripada kita. Akhir bulan ini, Marikh sudah menjarakkan diri dari matahari sejauh 14 darjah.
Zuhal akan berada menghabiskan masanya sepanjang bulan Oktober berdampingan dengan
bintang 'kembar' Castor dan Pollux di dalam buruj Gemini. Ketiga-tiga objek ini akan
membentuk satu garisan yang hampir lurus, dengan Zuhal berada di kanan sekali, diikuti bintang
Pollux dan Castor di kiri sekali. Pandang ke arah mata angin Timur dan sedikit ke kiri.
Menjelang akhir bulan Oktober, Zuhrah akan kelihatan semakin rendah ke kaki langit, dan
menuju semakin hampir ke planet Musytari. (Sumber :Shahgazer, Fenomena planet bulan
Oktober).

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)13

5.0 FASA-FASA BULAN


Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari
bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan
kedudukan bumi, bulan dan matahari. Separuh dari permukaan bulan sentiasa diterangi matahari
(kecuali ketika gerhana bulan), dan terang tetapi bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari
100%

(bulan

mengambang)

hingga

0%

(anak

bulan

atau

bulan

gelap

Fasa fasa bulan disebabkan peredaran Bulan mengelilingi Matahari dan cahaya Matahari yang
jatuh ke permukaannya merupakan fasa yang kita dapat lihat. Kita cuma melihat sebahagian
sahaja permukaan Bulan dari Bumi kerana ia berputar mengelilingi Bumi

Gambar rajah : contoh fasa-fasa bulan dalam sebulan pada bulan May 2009.

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)14

Terdapat lapan fasa bulan iaitu :


1. Anak Bulan / Bulan Baru

Berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari iaitu sebaris atau

bersilangan dengan Matahari.

Ketika ini bahagian permukaan Bulan yang gelap akan menghadap kearah Bumi.
Oleh itu Bulan tidak kelihatan pada mata kasar.

2. Bulan Sabit Baru

Sebahagian kecil iaitu 1% - 4% sahaja permukaan Bulan yang disinari cahaya

Matahari menghadap Bumi.

3. Bulan Separa Pertama

Separuh iaitu 50% daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya

matahari menghadap bumi.

4. Bulan Purnama Baru

Lebih separuh iaitu 55% - 99% daripada bahagian permukaan bulan yang disinari

cahaya matahari menghadap bumi.

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)15

5. Bulan Purnama

Berlaku apabila bulan berada di sebelah bertentangan dengan bumi dan matahari.

Pada kedudukan ini seluruh permukaan bulan yang disinari cahaya matahari akan

menghadap bumi.

6. Bulan Purnama Lama

Lebih separuh iaitu 55% - 99% daripada bahagian permukaan bulan yang disinari

cahaya matahari menghadap bumi.

7. Bulan Separa Akhir

Separuh iaitu 50% daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya

matahari menghadap bumi.

8. Bulan Sabit Lama

Sebahagian kecil iaitu 1% - 4% sahaja permukaan Bulan yang disinari cahaya

Matahari menghadap Bumi.

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)16

BENTUK DAN FAA-FASA BULAN

GAMBARAJAH CARA=CARA PEREDARAN BULAN MENGELILINGI BUMI

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)17

6.0 REFLEKSI PEMERHATIAN TERHADAP FASA-FASA BULAN


Pemermahian terhadap fasa-fasa bulan ini telah dilakukan selama 5 sesi iaitu pada:
i-

19 SEPTEMBER 2014 MBERSAMAAN 24 ZULKAEDAH 1435 H.

Bulan Sabit Lama

Sebahagian kecil iaitu 1% - 4% sahaja permukaan Bulan yang disinari cahaya Matahari
menghadap Bumi

ii-

10 OKTOBER 2014 M BERSAMAAN 15 ZULHIJJAH 1435 H

. Bulan Purnama

Berlaku apabila bulan berada di sebelah bertentangan dengan bumi dan matahari..
Pada kedudukan ini seluruh permukaan bulan yang disinari cahaya matahari akan
menghadap bumi.

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)18

iii-

31 OKTOBER 2014 M BERSAMAAN 7 MUHARRAM 1436 H

Bulan Separa Pertama

Separuh iaitu 50% daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya matahari
menghadap bumi.

iv-

14 NOVEMBER 2014 M BERSAMAAN21 MUHARRAM 1436 H

Bulan Separa Akhir

Separuh iaitu 50% daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya matahari
menghadap bumi.

v-

26 NOVEMBER 2014 M BERSAMAAN 3 SAFAR 1436 H

Bulan Sabit Baru

Sebahagian kecil iaitu 1% - 4% sahaja permukaan Bulan yang disinari cahaya

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)19

Matahari menghadap Bumi.

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)20

7.0 LAKARAN FASA-FASA BULAN MENGIKUT TARIKH YANG DITETAPKAN :

19 SEPTEMBER 2014
M
BERSAMAAN
24 ZULKAEDAH 1435

10 OKTOBER 2014 M

31 OKTOBER 2014 M

14 NOVEMBER 2014 M

26 NOVEMBER 2014 M

BERSAMAAN

BERSAMAAN

BERSAMAAN

BERSAMAAN

15 ZULHIJJAH 1435 H

7 MUHARRAM 1436 H

21 MUHARRAM 1436 H

3 SAFAR 1436 H

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)21

8.0 KEPENTINGAN DAN KESAN-KESAN FASA-FASA BULAN


Bagi umat Islam diseluruh dunia , mereka menggunakan perubahan fasa fasa bulan ini
untuk mencipta kalendar yang dikenali sebagai Kalendar Qamari. Kalendar Qamari atau juga
dikenali sebagai Kalendar Bulan atau Kalendar Lunar merupakan satu sistem kalendar yang
berdasarkan kepada fasa bulan. Kalendar yang terkenal menggunakan sistem ini ialah Kalendar
Islam . Kalendar Islam mempunyai 12 bulan .Ia digunakan oleh orang-orang Islam di semua
pelusuk bumi terutamanya dalam menentukan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan keagamaan.
Selain fenomena fasa bulan, putaran bumi dari barat ke timur juga menyebabkan matahari
terbit dari sebelah timur dan terbenam di barat. Satu putaran bumi mengambil masa 24 jam
Antara kesan putaran bumi ialah kejadian siang dan malam .Ini kerana semasa berputar
permukaan bumi yang menghadap matahari akan mengalami siang dan permukaan bumi yang
terlindung mengalami malam.Seterusnya pembiasan angin lazim dan arus lautan juga
menyumbang kepada fenomena pasang surut air laut . Tarikan graviti bulan akan menarik air laut
di permukaan bumi yang mengadap bulan menyebabkan air pasang.

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)22

9.0 KESIMPULAN
Walaupun selama empat hari memerhati langit sama ada dengan mata kasar ataupun
dengan bantuan aplikasi Stellium betapa kagumnya melihat keindahan langit pada waktu malam.
Pada sebelum ini, kita tidak mengetahui akan perihal planet-planet lain kecuali Bumi.
Memerhati menggunakan aplikasi Stellium yang paling mengujakan ialah jika diperhatikan
betul-betul dilangit tersebut boleh dilihat sebenarnya planet-planet di luar angkasa juga dapat
dilihat langit bumi pada waktu malam.
Tidak dinafikan kesilapan sepanjang melakukan pencerapan sekiranya terdapat kesilapan
disepanjang pemerhatian sama ada mencerap menggunakan mata kasar mahupun aplikasi
Stellium. Namun, sepanjang pencerapan, dapat diperhatikan perubahan-perubahan pergerakan
bulan dan bentuk dari jam ke jam dan hari ke hari.
Sebagai seorang individu yang berpeluang membuat pencerapan, secara peribadinya
ianya dapat menarik minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ilmu cakerawala yang begitu
mengujakan dan mendidik jiwa agar lebih bersyukur dan kagum pada sang pencipta. Melakukan
pencerapan ini memberipeluang kepada saya untuk mengetahui secara meluas tentang keajaiban
yang terdapat di alam cakerawala. Kaedah pencerapan ini amat disarankan kepada pelajar agar
melakukan dirumah dengan membuat pencerapan sekurang-kurangnya empat jam agar dapat
memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan kognitif mereka yang menjurus ke arah
masa depan belia yang lebih cemerlang.

BUMI DAN ANGKASA (HBSC4203)23

BIBLIOGRAFI

Ahmad Shahir, 23 Ogos 201.Fasa- fasa bulan. Di akses pada 15 Oktober 2014 melalui
laman web http://shahircikgusains.blogspot.com/2013/08/2.html
Buruj http://worthlesspress.wordpress.com/
Dr.Norizan Ahmad, Dr Rosmawati,Dr Siti Hendon (2014 ) Earth And Space.OUM
http://fourseasongirl.wordpress.com/
https://ml.scribd.com/doc/.../Nota-Geografi
https://ml.scribd.com/doc/.../Nota-Geografi

Lutgen .E.J ( 2011 ) Foundation of Earth Science : pearson Education


Peter Ling Chee Chong( 2012 ) SPM :Oxford Fajar Sdn.Bhd
Shahgazer, 4 September 2004. Fenomena planet bulan Oktober. Di akses pada 15
Oktober 2014 melalui laman web http://www.falak-online.net/forum/viewtopic.php?t=44
www.andrewchoo.edu.my

Anda mungkin juga menyukai