Anda di halaman 1dari 2

Bulan

Bulan adalah satu-satunya satelit bumi dan tidak mempunyai sumber cahaya sendiri, cahaya yang
terdapat pada bulan sebenarnya berasal dari pantulan cahaya Matahari. Di bulan tidak ada udara
ataupun air dan permukaan bulan terdapat banyak kawah kawah yang terhasil disebabkan oleh
hentaman komet atau asteroid. Apabila tiadanya udara dan air di bulan menyebabkan tidak adanya
pengikisan yang menyebabkan kawah-kawah di bulan dan kawah-kawah berusia jutaan tahun itu masih
utuh. Di antara kawah terbesar di bulan adalah Copernicus dengan diameter 90 kilometer dan
kedalaman 30 kilometer. Jarak antara bumi dan bulan rata-rata 384.403 km iaitu sekitar 30 kali diameter
Bumi

Fungsi bulan secara tidak langsung melindungi Bumi dari hentaman benda langit seperti komet dan
asteroid. Tambahan lagi,masyarakat Islam di serata dunia berpandukan kepada bulan untuk kalendar
hijrah dan juga melihat pada anak bulan untuk menentukan tarikh mula berpuasa dan perayaan hari
raya. Graviti bulan juga membantu memperlambatkan putaran bumi malah tarikan graviti bulan pula
menyebabkan terjadinya kejadian air pasang surut di bumi dan membantu penyesuaian perubahan
musim daripada cuaca yang ekstrem dan kejadian malam dan siang yang terlalu pendek.

Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya apa yang menyebabkan terjadinya fasa-fasa bulan?
Kenapa bulan berubah-ubah bentuk setiap hari? Untuk lebih memahami, lihat gambaran yang dibuat di
bawah.

Gambar rajah di atas hanyalah untuk gambaran sahaja untuk lebih memahami bagaimana bentuk bulan
yang kita nampak setiap hari berbeza-beza . Daripada gambar, sinaran matahari datangnya dari sebelah
kanan. Bumi pula berada di tengah gambar. Garis putus-putus antara bumi dan bulan pula menunjukkan
sudut pandangan kita di bumi ke arah bulan. Gambar pada sebelah luarnya adalah bulan yang kita
nampak dan nama fasa bulan tersebut.

Seperti bumi, bulan juga memiliki sisi siang dan sisi malam. Dari sudut pandang kita dari bumi, setiap
malam kita melihat berbagai fasa perubahan penampakan bulan. Bulan memiliki banyak fasa, yang biasa
kita dengar diantaranya ialah Bulan sabit dan purnama. Selama sebulan kita melihat perubahan bulan
dari bulan sabit ke purnama dan seterusnya. Perubahan dalam bentuk dan ukuran ini adalah disebabkan
oleh pencahayaan yang berbeza dipantulkan oleh matahari ke bumi. Ini kerana bulan sentiasa berputar
mengelilingi bumi, maka dari itu muncullah bentuk bulan yang berbeza-beza.
Bulan purnama adalah keadaan ketika Bulan nampak bulat sempurna dari Bumi. Pada saat itu, Bumi
terletak hampir segaris di antara Matahari dan Bulan, sehingga seluruh permukaan Bulan yang diterangi
Matahari terlihat jelas dari arah Bumi

Anda mungkin juga menyukai