Anda di halaman 1dari 1

Pendahuluan

Pada 13 hingga 17 Mac 2017 yang lalu saya telah ditugaskan untuk menjalankan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Lubang Buaya, Sipitang.
Proses ini mengambil masa selama seminggu di sekolah tersebut. Program ini
sememangnya memberi peluang kepada para guru pelatih untuk menambah pengalaman
dan merasa menjadi seorang guru di sekolah rendah. Hal ini demikian kerana terdapat
banyak keadaan dan situasi yang yang boleh dipelajari dan dapat menjadi teladan kepada
para guru pelatih agar menjadi guru sekolah rendah yang berkualiti dan professional.

Pada 13 Mac yang lalu, saya telah menghadirkan diri di sekolah seawal jam 6.20 pagi. Saya
telah di sambut baik oleh guru besar SK. Lubang Buaya apabila saya sampai di sekolah
tersebut. Guru besar kemudiannya mengetuai saya ke pejabat beliau untuk perbincangan
seterusnya. Guru besar tersebut terus bertanyakan borang kehadiran dan borang penilaian
sebaik sahaja kami sampai di dalam pejabatnya. Guru besar SK. Lubang Buaya pada waktu
itu adalah En. John @ Labo Ating. Beliau berbangsa Lundayeh dan berasal dari Sipitang.
Beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin orangnya. Selepas
perbincangan kami di pejabatnya berakhir, beliau kemudiannya membawa saya ke bilik guru
untuk mendapatkan tempat duduk untuk saya sepanjang seminggu tersebut.

Anda mungkin juga menyukai