Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN MUZIK

Muzik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman


tentang elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata
dan istilah muzik, dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman
tentang perkara tersebut seterusnya membawa kepada kemahiran membaca,
menulis, menganalisis dan menilai karya muzik.













KONSEP MUZIK

7 konsep muzik ialah:
Irama
Melodi
Ekspresi
Bentuk
Harmoni
Warna Ton
Tekstur


IRAMA

Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa (duration) dan
tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.
Detik
Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang berulang dan
berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik.
Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik
seperti dalam carta 1, 2 dan 3.



Meter
Secara konvensionalnya, detik dihimpukan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan
seterusnya. Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar.
Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan
dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa seperti berikut:
Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar.
Angka di sebelah baw ah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik
berkenaan sama ada not krocet(4), minim(2), kuaver(8) dan sebagainya.
Meter diklasifikasikan meter lazim dan meter tak lazim.
(a) Meter lazim
Meter , dan dikenali sebagai meter lazim.
Dalam meter lazim duaan , setiap bar mengandungi dua detik krocet.
Setiap detik krocet bersamaan dengan nilai dua kuaver.
(b) Meter Tak Lazim
Meter merupakan meter tak lazim duaan. Setiap detik mempunyai
persamaan nilai masa tiga kuaver. Setiap krocet bertitik mewakili tiga
kuaver.






Tekanan
Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama seringkali
terdapat detik yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan
yang lebih daripada detik-detik lain. Menguatkan detik tertentu
diertikan sebagai memberi tekanan. Simbol ( ^ dan > ) digunakan
sebagai tanda tekanan pada detik yang berkenaan.


Tempo
Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah
lagu. Sesetengah lagu boleh dicipta dalam tempo cepat, lambat atau
sederhana. Tempo boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti
Allegro, Andante dan Moderato


Corak Irama
Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap ( rehat ) disusun
menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata.
Semasa menulis corak irama, pembahagian meter adalah penting sebagai
panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar agas menepati bilangan detik
yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan.


( a ) Corak Irama Rentak
Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk
mengiringi lagu. Corak irama rentak memberi identiti kepada sesebuah
lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz, Inang, Masri, Asli, Sumazau
dan Joget.
Satu corak irama yang dinyanyikan atau dimainkan secara instrumental
berulang-ulang dalam sesebuah lagu lazimnya sebagai ir ingan dan
harmoni.
















MELODI

Melodi adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun
atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek
yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic
dan not diubah.

Pic
Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau
bunyi rendah.


Skel
Skel adalah suatu siri pic yang disusun secara menaik atau menurun
mengikut jeda tertentu dan mew ujudkan kesan nada atau tonaliti. Dalam
muzik KBSR, hanya dua jenis skel sahaja yang ditegaskan iaitu skel Major
dan skel minor (harmonik).

Frasa
Frasa adalah sekumpulan not yang membentuk satu unit penyataan muzik
yang signifikan atau satu keratan lagu.






EKSPRESI

Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan
oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat
disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.
Mud
Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu
dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan. Mud
lazimnya dinyatakan sebagai riang, sedih, bersemangat dan sebagainya.
Dinamik
Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang
dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat
dan istilah seperti beransur lembut dan beransur kuat.


BENTUK

Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik.
Segmen muzik ini boleh terdir i daripada motif, frasa dan seksyen. Segmensegmen
muzik ini boleh diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk
sesebuah karya muzik.






HARMONI

Harmoni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau
lebih not yang berbunyi serentak. Ini melibatkan kaunter melodi yang terdiri
daripada dua lapisan suara, dalam bentuk kaunter melodi, kord, dron dan
ostinato.

WARNA TON

Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh
sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan.
Contoh :
i) Dram bes - bunyi berat
ii) Kastanet - bunyi ringan

TEKSTUR

Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam
sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada
bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan.






TEKNIK VOKAL

Dalam Seni Muzik terdapat 2 (dua) unsur yaitu : Vokal dan Instrument.
Vokal adalah alunan nada-nada yang keluar dari suara manusia.
Instrument adalah nada-nada yang keluar dari alat muzik yang digunakan.
TEKNIK VOKAL adalah : Cara memproduksi suara yang baik dan benar, sehingga
suara yang keluar terdengar jelas, indah, merdu, dan nyaring.
UNSUR-UNSUR TEKNIK VOKAL :
1. Artikulasi, adalah cara pengucapan kata demi kata yang baik dan jelas.
2. Pernafasan, adalah usaha untuk menghirup udara sebanyak-banyaknya,
kemudian disimpan, dan dikeluarkan sedikit demi sedikit sesuai dengan
keperluan.
Pernafasan di bagi tiga jenis, yaitu :
- Pernafasan Dada : Sesuai untuk nada-nada rendah, penyanyi mudah lelah.
- Pernafasan Perut : udara cepat habis, kurang sesuai digunakan dalam
menyanyi, kerana akan cepat lelah.
- Pernafasan Diafragma : adalah pernafasan yang paling sesuai digunakan
untuk menyanyi, kerana udara yang digunakan akan mudah diatur
pemakaiannya, mempunyai kekuatan dan stabiliti vokal yang baik.
3. Phrasering, adalah aturan pengeluaran suara yang baik dan benar sehingga
mudah difaham dan sesuai dengan kaedah-kaedah yang berlaku.
4. Sikap Badan, adalah posisi badan ketika seseorang sedang nyanyi, boleh
dilakukan sambil duduk, atau berdiri, yang penting saluran pernafasan tidak
terganggu.
5. Resonansi, adalah usaha untuk memperindah suara dengan mefungsikan
rongga-rongga udara yang turut bergetar disekitar mulut dan tenggorokan.
6. Vibrato, adalah usaha untuk memperindah sebuah lagu dengan cara
memberi gelombang/ suara yang bergetar teratur, biasanya di terapkan di
setiap akhir sebuah kalimat lagu.
7. Improvisasi, adalah usaha memperindah lagu dengan merubah/menambah
sebagian melodi lagu dengan profesional, tanpa merubah melodi pokoknya.
8. Intonasi, adalah tinggi rendahnya suatu nada yang harus dijangkau dengan
tepat.
Syarat-syarat terbentuknya Intonasi yang baik :
a. Pendengaran yang baik
b. Kawalan pernafasan
c. Rasa musikal.
Nada, adalah bunyi yang memiliki getaran teratur tiap detiknya.
Sifat nada ada 4 iaitu :
a. FITCH yaitu ketepatan jangkauan nada.
b. DURASI yaitu lamanya sebuah nada harus dibunyikan
c. INTENSITAS NADA yaitu keras,lembutnya nada yang harus dibunyikan.
d. TIMBRE yaitu warna suara yang berbeda tiap-tiap orang.
AMBITUS SUARA adalah luas wilayah nada yang mampu dijangkau oleh seseorang.
Seorang penyanyi professional harus mampu menjangkau nada-nada dari yang
paling rendah sampai yang paling tinggi sesuai dengan kemampuannya.
CRESCENDO adalah suara pelan berangsur-angsur keras.
DESCRESCENDO adalah suara keras berangsur-angsur pelan.
STACATO adalah suara dalam bernyanyi yang terpatah-patah.
SUARA MANUSIA DIBAGI 3 (TIGA) :
Suara Wanita Dewasa ;
a. Sopran (suara tinggi wanita)
b. Messo Sopran (suara sedang wanita)
c. Alto (suara rendah wanita)
Suara Lelaki Dewasa :
a. Tenor (suara tinggi lelaki)
b. Bariton (suara sedang lelaki)
c. Bass (suara rendah lelaki)
Suara Anak-anak :
a. Tinggi
b. Rendah.





















BIBLIOGRAFI

Semasa menjalankan kajian ini, saya telah melayari beberapa laman web internet
antaranya


1. http://cepspenza.blogspot.com/

2. http: // apps.emoe.gov.my/lpm/files

3. http: // app.msn.com.my


4. http: // fsm.upsl.edu.my




















RUMUSAN

Melalui tugasan ini dapatlah saya simpulkan bahawa muzik mempunyai 7 konsep
asas iaitu irama, melodi, ekspresi, bentuk, harmoni, warna ton dan tekstur saling
berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa salah satu konsep tersebut, maka
pincanglah muzik. Selain itu, saya juga dapat mengetahui teknik-teknik vokal di
dalam muzik. Seterusnya saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya dalam
muzik setelah melakukan kerja kursus ini. Saya juga dapat mengeratkan hubungan
antara rakan-rakan apabila melakukan kerja kursus ini.











INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU
16109 PENGKALAN CHEPA
KOTA BHARU ,KELANTAN


KERJA KURSUS PENDEK
PENGAJIAN MUZIK
PPISMP SEMESTER 1



NAMA : MOHAMAD ZAHRAN BIN MOHD HALIL
NO I/C : 900524-08-5855
KUMPULAN / UNIT : PPISMP BM/PJ/MU
PENSYARAH PEMBIMBING : 1. PUAN ROKIAH BT AHMAD
2. PUAN NOOR RAZANA BT
MOHD NORDDIN
TARIKH SERAHAN : 07 / 08 / 2008









BIL PERKARA M/S
1 PENGHARGAAN
2 KONSEP MUZIK
3 TEKNIK-TEKNIK VOKAL
4 RUMUSAN
5 BIBLIOGRAFI
6 LAMPIRAN
7 KOLABORASI

Anda mungkin juga menyukai