Anda di halaman 1dari 24

MPU3031: PENGURUSAN KOKURIKULUM

TUGASAN 2: PERANCANGAN PROJEK

KERTAS KERJA PROGRAM LATIHAN


PERMAINAN BOLA BALING
Nur ‘Aqilah Husna binti Yahaya
Pismp Bmsk1 Sem2

Pensyarah: En. Abdul Aziz bin Abas


TEMPAT
TEMASambil
“Belajar : Bersukan”
:
Institut Pendidikan Guru Kampus
“Badan Cergas, Otak Cerdas” Gaya Kota Kinabalu, Sabah

TARIKH & HARI ANJURAN :


:
20 April 2020 Pelajar Pendidikan Bahasa
Isnin Melayu.

MASA : DENGAN KERJASAMA :


7:30 pagi - 5:30 petang Jabatan Pendidikan Jasmani Dan
Kesihatan, Unit Kokurikulum Dan
Jabatan Pengajian Melayu.
TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas cadangan ini bertujuan mendapatkan kelulusan daripada Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya (IPGKG) untuk menjalankan program Latihan Permainan Bola Baling.
Program ini diadakan dengan harapan berlakunya kerjasama penglibatan guru pelatih
dalam aktiviti permainan bola baling. Program ini juga dapat mendidik guru pelatih berusaha
dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab seperti yang terkandung dalam etika
keguruan ketika mengendalikan program tersebut. Program ini juga bertujuan membentuk
guru pelatih yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian guru
pelatih sebagai insan yang seimbang dari aspek akademik dan kurikulum. Melalui program
ini juga, guru pelatih dapat menanamkan nilai kerjasama sepasukan yang tinggi dalam diri
mereka.
LATAR BELAKANG

Sukan bola baling adalah salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai
sukan untuk kecemerlangan IPGK Gaya dalam Karnival Gerak Kerja Kokurikulum (KAGUM)
di peringkat kebangsaan. Pencapaian bola baling IPGK Gaya adalah kategori baik dan
berpotensi. Pada tahun 2019 IPGK Gaya pernah merangkul kejuaraan dalam perlawanan
persahabatan antara IPG. Hal ini membuktikan bahawa pelatih guru di IPGK Gaya
berpotensi tinggi dalam mengembangkan pencapaian. Pencapaian yang lebih cemerlang
boleh digapai seandainya usaha Program Latihan Bola Baling ini dijalankan di peringkat
institut sebagai landasan mencapai pencapaian yang lebih membanggakan.
Meningkatkan kebolehan, kemahiran
dan bakat guru pelatih dalam sukan Memupuk nilai tanggungjawab dan
bola baling agar mereka dapat kerjasama sepasukan yang tinggi
menjadi guru yang berkemahiran dalam diri guru pelatih agar menjadi
tinggi. guru yang berkualiti

Menyemarakkan Mencungkil bakat guru pelatih


persaingan yang sihat dalam permainan bola baling
di kalangan guru pelatih. OBJEKTI untuk diasah dan dilatih ke
peringkat pencapaian yang
F tinggi.

Memberi pengalaman kepada Mencari pelapis guru pelatih


guru pelatih untuk amanah yang berbakat dalam permainan
dalam menjalankan tugas bola baling untuk menjadi wakil
menguruskan program latihan bagi meraih pencapaian institut.
permainan bola baling.
Guru pelatih dapat
IMPAK PROGRAM pengalaman
menguruskan
program permainan

Negara dapat
Mendidik guru pelatih
melahirkan modal
nilai tanggungjawab,
insan yang
kerjasama, toleransi,
seimbang
disiplin dan amanah
berdasarkan FPK

Melahirkan
masyarakat yang
berkemahiran tinggi, Pihak instittut
berpengetahuan, dapat mencungkil
berpendidikan dan bakat pelajar
berkualiti dalam bidang
sukan
KUMPULAN SASARAN
 Peserta merupakan pelatih
guru semester 2 tahun 1  Bilangan urusetia/AJK
daripada opsyen bahasa program ialah 20 orang.
Inggeris dan Pendidikan
Islam.

 Bilangan penyertaan
 Bilangan peserta ialah 85
termasuk urusetia ialah
orang iaitu 48 perempuan dan
105 orang.
37 lelaki.
Anjuran pelajar Pendidikan Bahasa Melayu
dengan kerjasama Jabatan Pendidikan
Jasmani dan kesihatan, Jabatan Pengajian
ANJURAN Bahasa Melayu serta Unit Kokurikulum

Jabatan Pendidikan Jasmani dan kesihatan


memberi sumbangan dari aspek bahan dan
peralatan yang diperlukan dalam program.
Unit kokurikulum berperanan sebagai
penasihat dalam pengurusan program agar
lebih sistematik

TETAMU KEHORMAT Pengarah IPGK Gaya,


Puan Getrude Jock A.D.K
PERASMIAN
INISIATIF KESEDARAN
WAQAF/BANTUAN KEBAJIKAN

 Pihak Jabatan Pengajian  Ajk publisiti program


Melayu telah menyumbangkan membuat poster untuk
RM100.00 untuk kegunaan mencari sumbangan
program. daripada warga IPG.

 Pihak urusetia telah


 Unit Kokurikulum dan Jabatan melakukan jualan makanan
Pendidikan kesihatan juga ringan sebagai inisiatif untuk
telah menyumbangkan RM mencari dana tambahan
100 untuk kegunaan program. program tersebut
KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI
 Pogram latihan permainan bola baling dilaksanakan bermula dengan taklimat tentang pengenalan
sukan bola baling, kemahiran asas permainan bola baling, peraturan dalam permainan dan teknik-
teknik sukan tersebut.

 Aktiviti ini juga dilaksanakan secara berkumpulan atau berpasukan dan terdapat 4 sesi. Aktiviti ini

juga diajar secara berperingkat iaitu daripada kemahiran yang mudah ke kemahiran yang
sukar.

 Sesi 1 kemahiran asas menangkap dan menerima serta menghantar bola. Sesi 2 kemahiran
menggelecek dan mengacah. Sesi 3 kemahiran menjaring dan mengadang dan sesi 4 sebagai
perlawanan liga persahabatan kumpulan. Liga ini menjadi satu medium untuk peserta
mempraktikkan semua kemahiran asas yang diajarkan dalam perlawanan tersebut.

 Aktiviti ini juga mengajar peserta kaedah kerja berpasukan dan memupuk sikap bersatu hati,
bertanggungjawab dan bertoleransi dalam pasukan.
TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti Butiran Aktiviti
7.30 a.m. – 8.00 a.m. Pendaftaran -Kehadiran peserta (guru pelatih)

8.00 a.m – 8.10 a.m. Nyanyian Lagu Lagu ‘Negaraku’, Lagu ‘Sabah Tanah Airku’,
Lagu ‘IPGM’.

8.10 a.m. – 8.15 a.m. Bacaan doa -Disampaikan oleh Mohd Akmal bin Mohd
Hadi (Timbalan pengarah projek)

8.15 a.m. – 8.30 a.m. Ucapan perasmian -Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh
pengarah.

8.30 a.m. – 9.00 a.m. Taklimat peserta tentang -Penerangan tentang tentatif perjalanan
perjalanan program. program dan sukan bola baling.
-Pembahagian kumpulan peserta.
9.00 a.m. – 9.30 a.m. ‘Warm up’ -Untuk menyediakan peserta dari
senamrobik aspek mental, fizikal, rohani, jasmani
dan sosial.
9.30 a.m. – 10.30 a.m. Sesi 1: -Kemahiran menangkap dan menerima
bola (asas posisi badan, asas posisi
-Kemahiran asas bola baling
tangan, teknik menyerap momentum
(menangkap dan menerima bola)
bola).
-Kemahiran asas bola baling
-Kemahiran menghantar bola (hantaran
(menghantar bola)
atas bahu, hantaran tolak, hantaran
sisi, hantaran lompat, hantaran lantun)
10.30 a.m.–11.30 a.m. Sesi 2: -Kemahiran mengelecek (melantun
bola ke tanah berterusan)
-Kemahiran asas bola baling
(menggelecek dan mengacah) -Kemahiran mengacah (lakuan
gerakkan mengelirukan pihak lawan)
11.30 a.m. - 2.00 p.m. Rehat -Makanan disediakan
-Peserta solat zuhur (muslim)
2.00 p.m. - 3.00 p.m. Sesi 3: -Kemahiran menjaring (jenis jaringan
-Kemahiran menjaring dan atas kepala dan jaringan lantun,
mengadang jaringan gerak keliru dari belakang,
celah kangkang, meleret, jaringan
sisi/paras pinggang, jaringan
menjunam, jaringan sambil
berpusing, jaringan lompat, jaringan
sudut).
-Kemahiran mengadang
(menghalang pihak lawan).
3.00 p.m.- 5.00 p.m. Sesi 4: -Liga persahabatan ini menjadi satu
-Peserta akan dibahagikan medium untuk peserta
kepada pasukan permainan. mempraktikkan semua jenis
kemahiran asas yang diajarkan
-Peserta bertanding secara liga dalam perlawanan tersebut.
persahabatan antara kumpulan.
-Semua peserta melakukan ‘Cooling
down’.
5.00 p.m. – 5.30 p.m. Ucapan penutupan -Untuk menghargai para guru pelatih
dan mengeratkan hubungan silaturahim
sebelum bersurai.
-Memberi cenderahati kepada tetamu
kehormat.
-Memberi hadiah hamper kepada
kumpulan pemenang liga persahabatan
dan kumpulan yang menunjukkan
kepimpinan serta kerja berpasukan
yang terbaik.
-Memberi sijil penyertaan kepada
semua peserta.
5.30p.m. Program selesai -Bersurai secara rasmi
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Penaung : Pengarah IPGK Gaya, Puan
Getrude Jock A.D.K
Penasihat : En. Abdul Aziz bin Abas Pengarah Projek
: Nur ‘Aqilah Husna binti Yahaya
Timbalan Pengarah Projek : Mohd Akmal bin Mohd Hadi
Setiausaha : Muhammad Alif bin muhd Fattah
Timbalan Setiausaha : Hazirah binti Ku Iskandar
Bendahari : Arlisa Dahlia binti Azamuddin
Timbalan Bendahari : Mohd Hasif Khairul bin Attar
AJK PROTOKOL PERANAN / TUGAS
Najah Aliah binti Abd Rahman Mengawasi segala keberlangsungan program.
Anis Nabihah binti Mustafa

AJK MAKANAN PERANAN / TUGAS


Nurfaradilah binti Danny Mengurus makanan urusetia dan peserta.
Anis Nur Syafiqah binti Mizan

AJK PUBLISITI PERANAN / TUGAS


Arilena Masdin Membuat propaganda tentang program “Latihan
Oddysey Roulind Permainan Bola Baling” termasuk media massa
dan dokumentasi.

AJK PERMAINAN PERANAN / TUGAS


Muhd Aiman Haikal bin Osman Menguruskan dan menyediakan peralatan yang
Muhammad ‘Afi bin Tarmizi diperlukan mencukupi.
AJK TEKNIKAL PERANAN / TUGAS
Mohd Syahir bin Shafi Menyediakan P.A sistem dan peralatan ICT.
Danish Syahmi bin Sharifuddin

AJK KESELAMATAN PERANAN / TUGAS


Abdul Rahim bin Abd Rahman Menjaga keselamatan sepanjang program dan
Siti Khadijah binti Maarof menyediakan bantuan kecemasan.

AJK HADIAH / CENDERAMATA PERANAN / TUGAS


Ainul Syahira binti Abdul Halim Mengurus hadiah kepada tetamu kehormat dan
Siti Aisyah binti Rosli sijil kepada peserta.
IMPLIKASI KEWANGAN
HARGA /
JUMLAH JUMLAH
PERKARA KUANTITI UNIT
(RM) (RM)
(RM)
AJK Protokol        
 Buku program untuk VIP 3 buah 1.00 3.00 3.00
AJK Makanan        
 Tengah hari        
o Nasi lemak 105 pek 2.00 210.00 294.00
o Air mineral 105 botol 0.80 84.00

AJK Publisiti        
 Kain rentang (banner) 7X6 kaki2 50.00 50.00 51.00
 Iklan A4 10 helai 0.10 1.00
AJK Teknikal        
 P.A sistem IPG - - - -
AJK Permainan        
 Peralatan IPG - - - -
AJK Keselamatan 1 set 15.00 15.00 15.00
 First Aid
AJK Hadiah dan Cenderamata        
 Cenderamata untuk pengarah 1 30.00 30.00 210.00
 Cenderamata untuk pensyarah 3 25.00 75.00
 Hamper pemenang (peserta) 2 10.00 20.00
 Sijil untuk peserta program 85 1.00 85.00
 Jumlah  573.00
SUMBER KEWANGAN
Sumber Kewangan Jumlah (RM)

1. Jabatan Pengajian Melayu menyumbang


=RM100.00
2. Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menyumbang
=RM100.00
3. Unit Kokurikulum menyumbang
650.00
650.00
=RM100.00
4. Pelajar pendidikan Bahasa Melayu semester 2
60orang RM3.00 =RM180.00
5. Kutipan dana dan jualan AJK program
=RM170.00
Jumlah
Jumlah 650.00
650.00
PENUTUP
Jawatankuasa penganjur berharap agar pihak pentadbir institut menyokong penuh
program ini. Ini adalah penting bagi memberi peluang kepada guru pelatih menimba
ilmu dan pengalaman melalui penganjuran Program Latihan Permainan Bola Baling
ini. Program ini juga dapat mendidik guru pelatih menjalankan tanggungjawab
sepenuhnya terhadap tugas yang diberikan dalam menjayakan program.
Melalui program ini juga guru pelatih dapat menyemai nilai dan etika keguruan
seperti menunaikan tanggungjawab terhadap rakan setugas. Guru pelatih perlu
mengamalkan nilai amanah, bertanggungjawab, berdisiplin, bersatu hati, semangat
berpasukan yang tinggi dan kepimpinan yang cemerlang dalam memastikan program
ini berlangsung dengan jayanya. Atas kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan,
Jawatankuasa Progrm Latihan Permainan Bola Baling dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.
PENGESAHAN DAN SOKONGAN
Disediakan oleh: Disokong oleh :
   
_____________________________ ______________________________
( Nur ‘Aqilah Husna binti Yahaya ) ( Dr Raymie A. Bakar )
Pengarah Program Latihan Bola Baling Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Gaya
Tarikh:
Tarikh:

Disemak oleh :
Disemak dan disokong oleh:
 
_____________________________  
______________________________
( Abdul Aziz bin Abas )
( Irwan bin Isdup )
Mentor / Penasihat Program Latihan
Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPG
Permainan Bola Baling
Kampus Gaya
Tarikh: Tarikh:
 
RUJUKAN
Ab. Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Kokurikulum. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
 
Kementerian Pendidikan. (2012). Ringkasan Eksekutif – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Lee Chin Choy. (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn.Bhd.
 
Mok Soon Sang. (2013). Pengurusan Kokurikulum. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
 
Noriati A Rashid, Lee KeoK Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Siri Pendidikan
Guru: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Edisi Ketiga. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
 
 Teng Boon Tong. (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Petaling Jaya.
Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe. (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai