Anda di halaman 1dari 20

APLIKASI SENI DALAM PENDIDIKAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMMB3052: SENI DALAM PENDIDIKAN

AHMAD FAIZAL BIN AHMAD TERIDI


FEEZATUL AZWANIE BINTI BASAHALI
NUR ‘AQILAH HUSNA BINTI YAHAYA

PISMP SEM 2 BMSK1


PENDAHULUAN
Seni dalam pendidikan melibatkan tiga elemen penting dalam proses PdP
iaitu elemen seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Penyatuan
ketiga-tiga elemen seni ini membolehkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran murid-murid berlaku dengan lebih efektif dan menarik
perhatian murid. Seni dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga
komponen akan melengkaplan otak kanak dan otak kiri. Pengintegrasian
inilah membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang yang meliputi
Falsafah Pendidikan Negara (FPK) iaitu keseimbangan dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.
APLIKASI SENI DALAM
PENDIDIKAN

SENI
MUZIK

SENI
PERGERAKAN
DSKP BAHASA MELAYU TAHAP 1 TAHUN 2

TEMA: Kelestarian Alam Sekitar & Teknologi Maklumat dan Komunikasi


(TMK)

TAJUK: Si Tukang Kayu

FOKUS UTAMA

Standard Kandungan:
4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa sastera.

Standard Pembelajaran:
4.2.2 Menyanyikan lagu dengan sebutan dan intonasi yang sesuai serta
melakukan aksi mengikut lirik.
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHAP 1 TAHUN 2

FOKUS SAMPINGAN

Standard Kandungan:
6.1 Membaca, membina dan menulis perkataan yang terdiri daripada tiga
suku kata atau lebih dengan betul.

Standard Pembelajaran:
6.1.1 Membaca perkataan yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih
dengan betul.

6.1.2 Membina perkataan yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih
dengan betul.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Menyebut dan memahami keseluruhan seni kata lagu ‘Tukang Kayu’


2. Murid dapat mengaplikasikan lirik lagu tersebut dalam bentuk nyanyian
dengan intonasi yang betul beserta aksi.
3. Murid dapat mengenalpasti perkataan tiga suku kata atau lebih
berdasarkan petikan kisah ‘Si Tukang Kayu’
4. Murid dapat membina perkataan daripada tiga suku kata atau lebih
berkaitan Pendidikan Islam.
PROSEDUR AKTIVITI

1. Guru menguji kefahaman murid sedia ada tentang suasana di hutan.


2. Guru memaparkan gambar pokok-pokok kayu di hutan di hadapan kelas.
3. Guru menayangkan video dan seni kata lagu “Tukang Kayu” menggunakan
pemancar laser (LCD).
4. Guru akan membimbing murid menyanyi lagu tersebut menggunakan
intonasi yang sesuai dengan iringan muzik.
5. Murid menunjukkan aksi sebagai seorang pemotong kayu berdasarkan lirik
lagu tersebut.
6. Kemudian, murid membaca petikan kisah ‘Si Tukang Kayu’.
7. Murid mencari dan menyebut perkataan secara lisan yang mengandungi
tiga suku kata atau lebih berdasarkan petikan.
8. Guru menjelaskan konsep suku kata kepada murid.
9. Murid membina suku kata berdasarkan gambar berkaitan Pendidikan Islam
dalam lembaran kerja yang disediakan.
10. Setelah itu, guru meminta murid melukis dan mewarna gambar pokok kayu
di hutan.
11. Akhir sekali, guru akan bersoal jawab dengan murid tentang pembelajaran
hari ini. Sesi pembelajaran tamat.
SENI MUZIK DAN PERGERAKAN Katakan padaku
Lagu “Tukang Kayu”
Hai tukang kayu
Bagaimana caranya
Memotong kayu

Lihat … lihat …
Kawanku
Beginilah caranya
Memotong Kayu

https://www.youtube.com/watch?v=hVjCafQqsSg
(ulang semula)
CERITA SI TUKANG KAYU
(Petikan Teks)
Ali, adalah seorang penebang kayu. Suatu hari dia
kehilangan kapaknya. Dia berasa sangat sedih dan
cemas kerana kapaknya itu telah menemaninya selama
10 tahun.
Tiba-tiba , munculnya seorang lelaki tua di tepi
sungai. Dia sambil memegang kapak emas
sambil menanyakan Ali bahawa kapak ini
adalah kepunyaannya atau tidak? Ali telah
jawab bukan kapaknya.
Kemudian, lelaki tua itu mengambil kapak perak
dan menanyakan Ali sama ada kapak itu
kepunyaan dia atau tidak. Ali telah menjawab
bukan. Akhirnya, lelaki tua telah mengambil
kapak yang buruk dan menanyakan Ali. Kali ini,
Ali telah mengangguk kepala dan menjawab
kapak ini kepunyaannya.
Lelaki tua telah tersentuh dengan sikap jujur
yang diamalkan oleh seorang penebang kayu
yang miskin, malahan dia telah menghadiahkan
ketiga-tiga kapak kepada penebang kayu
tersebut.
SISTEM BAHASA
LEMBARAN KERJA MURID
SENI VISUAL : MELUKIS DAN MEWARNA
PERBINCANGAN GURU DAN MURID PADA
AKHIR PDP
1. Guru bercerita mengenai nilai-nilai murni yang terdapat dalam kisah ”Si
Tukang Kayu” seperti kejujuran, kerajinan, keikhlasan.
2. Guru juga berbincang tentang kefahaman konsep suku kata dengan murid.
3. Murid memberi maklum balas bahawa mereka memahami konsep suku
kata.
4. Murid menyatakan perasaan gembira ketika menyanyikan lagu “Tukang
Kayu” dan seronok melakukan aktiviti melukis dan mewarna.
5. Guru melekatkan hasil lukisan murid di sudut kelas sebagai hiasan dan
pembelajaran.
APLIKASI SENI DALAM PENDIDIKAN
APLIKASI SENI VISUAL
Murid-murid melukis dan mewarna lukisan pokok di hutan.

APLIKASI SENI MUZIK


Murid-murid menyanyi lagu ‘Tukang Kayu’.

APLIKASI SENI PERGERAKAN


Murid-murid menyanyi sambil membuat pergerakan mengikut seni kata
lagu ‘Tukang Kayu’.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai