Anda di halaman 1dari 18

BMM1064 : SINTAKSIS

FRASA ADJEKTIF

Nur ‘Aqilah Husna binti Yahaya


Pensyarah : En. Othman bin Abd Aziz
PENGENALAN

Asal usul perkataan “sintaksis” ini berasal daripada perkataan Yunani,


iaitu “sun” yang bererti “dengan” dan “tattein” yang bererti “menempatkan
bersama-sama”. Oleh itu, secara etimologi, sintaksis dapat diertikan
sebagai “menempatkan kata-kata secara bersamasama untuk menjadi
kelompok kata atau ayat”. Kata “suntattein” kemudian dikenali sebagai
“syntaxis” dalam bahasa Belanda dan “syntax” dalam bahasa Inggeris.
KONSEP SINTAKSIS
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintakis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga
dikenali sebagai kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk
ayat dalam sesuatu bahasa.

Menurut Arifin (2009), sintaksis merupakan bidang subdisiplin linguistik


yang mempelajari hubungan antara kata dalam turutan yang meliputi tata
susun, frasa tata, susunan klausa dan tata susun kalimat dalam suatu
bahasa.

Menurut Kidalaksana (1993), Sintaksis adalah subsistem bahasa yang mencakup


tentang kata yang sering dianggap bagian gramatikal iaitu morfologi dan cabang
linguistik yang mempelajari tentang kata. Selain itu, beliau juga mendefinisikan sintaksis
sebagai pengaturan dan hubungan antara kata dengan kata atau satuan yang lebih
besar itu dalam bahasa.
FRASA

Menurut Nik Safiah Karim (2008), frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu
susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu
perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

Abdullah Hassan (2006), frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan
atau lebih. Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi
membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang
terletak di bawah klausa.
CONTOH PENGGUNAAN FRASA

Frasa
tikar
segulung tikar Frasa

tikar mengkuang
tikar
segulung tikar
menggulung tikar
tikar mengkuang
menggulung tikar
segulungsegulung
tikartikarmengkuang
mengkuang

Berdasarkan contoh di atas, tikar bukan lagi bertaraf perkataan, tetapi boleh dinamakan frasa
kerana bentuk itu boleh diperluas menjadi segulung tikar, tikar mengkuang, menggulung tikar
dan segulung tikar mengkuang. Binaan frasa dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada
frasa nama, frasa kerja frasa adjektif dan frasa seni nama
JENIS FRASA

Frasa
Nama

Frasa Frasa
Frasa
Kerja Adjektif

Frasa Sendi
Nama
FRASA ADJEKTIF

Frasa adjektif  ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur


intinya. Frasa adjektif merupakan komponen penting dalam proses
melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada
satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan
kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang
demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan
dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.
FRASA ADJEKTIF
SEBAGAI PREDIKAT
• Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam
hal ini, frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.
Contoh ayat :

Ayat 1 : Baju itu sudah lusuh

• Dalam contoh di atas, [baju itu] merupakan subjek frasa nama manakala
[sudah lusuh + kata adjektif].
• Dalam susunan songsang pula, predikat frasa adjektif boleh dikedepankan
seperti contoh ayat di bawah:

Ayat 2 : Sudah lusuh baju itu.

• Dalam contoh ayat 2 ini, ayat ini merupakan ayat songsang kerana
predikat di hadapan manakala subjek dibelakang [predikat + subjek].
Frasa boleh hadir sama ada di hadapan atau di belakang ayat.
FRASA ADJEKTIF SEBAGAI UNSUR
KETERANGAN & PENERANG

• Frasa adjektif boleh hadir sebagai unsur keterangan dan penerang mengikut kesesuaian
ayat. Sebagai contoh jika frasa adjektif bertindak sebagai keterangan, kedudukannya
dalam predikat ayat adalah selepas kata kerja manakal jika frasa adjektif bertindak
sebagai penerang, kedudukannya adalah selepas kata nama.

Unsur Contoh Ayat Adjektif


Keterangan 1. Air sungai itu mengalir deras sekali.
[Kata Kerja + Frasa Adjektif] 2. Ainul berpidato petah sekali.

Penerang 1. Syahira murid paling bijak.


[Kata Nama + Frasa Adjektif] 2. Lantai itu licin.
KATA BANTU DALAM FRASA ADJEKTIF

• Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Ada
kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat.
Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah, belum,
masih, harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat. Terdapat juga kata
bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya,
masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum sangat cekap, sungguh
masih muda, sungguh telah pandai.

Kata Bantu Contoh Ayat

Sebelum penguat 1.  Kedudukan kereta itu


masih amat jauh.

Selepas penguat 1. Anak bongsunya


itu sungguh masih muda.
KATA PENGUAT DALAM FRASA
ADJEKTIF

Terletak di hadapan kata adjektif.


Hadapan Contoh : terlalu, paling

Terletak di belakang kata adjektif.


Belakang Contoh: sekali, benar, nian
Kata Penguat
Kedudukannya bebas, iaitu boleh di
Bebas hadapan atau di belakang.
Contoh: amat, sungguh

Hadir berderetan sebelum kata adjektif dan


Berderetan binaan frasa.
Contoh: sungguh amat, terlalu amat
CONTOH AYAT KATA PENGUAT DALAM
FRASA ADJEKTIF

Kata Penguat Contoh Ayat

Hadapan Lukisan itu paling cantik.

Belakang Taman bunga mawar itu indah nian.

Bebas Rumah itu amat besar. / Rumah itu besar amat.

Berderetan Kelakuan Huda terlalu amat sopan.


BINAAN FRASA ADJEKTIF
• Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau rangkaian kata
yang mengandungi kata adjektif sebagai inti. Binaan frasa terdiri daripada
2 jenis iaitu;
Binaan Frasa
Adjektif

Binaan satu Binaan dua


perkataan perkataan

[kata adjektif + kata adjektif]


Terdiri daripada satu jenis kata dua kata adjektif yang
adjektif seperti rajin, nakal, menekankan unsur
tinggi, baik, pucat, kosong, keserasian makna,
sederhana, cemas, sepandai, berlawanan dan deretan
kemerah-merahan dan terbaik dua kata adjektif.
BINAAN FRASA ADJEKTIF
(SATU PERKATAAN)
• Frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan boleh terdiri daripada kata tunggal,
kata terbitan atau kata ganda. Binaan ini terdiri daripada satu kata dasar (kata adjektif)
seperti rajin, tinggi,nakal, baik dan pucat. Kata adjektif juga boleh terdiri daripada
perkataan berimbuhan misalnya sepandai, kemerah-merahan, terbaik dan sebagainya.
Contoh ayat seperti berikut:

Binaan satu perkataan Contoh ayat

Kotor Syafiq mencuci kasutnya yang kotor itu.

Sepandai Dina tidak sepandai Yati dalam subjek matematik.

Kabur Penglihatan datuk kabur tanpa cermin mata.


BINAAN FRASA ADJEKTIF
(DUA PERKATAAN)
Frasa adjektif yang terdiri daripada dua perkataan menekankan unsur keserasian makna,
maknanya berlawanan dan deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan
oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Dua kata adjektif yang menekankan unsur
keserasian makna contohnya riang gembira, letih lesu, lemak manis, kurus kering, penat lelah
dan cantik molek. Dua kata adjektif yang berlawanan makna pula contohnya ialah tinggi rendah,
pahit manis, tua muda, kecil besar, miskin kaya dan baik buruk. Seterusnya, dua kata adjektif
berderetan pula misalnya tinggi lampai, gemuk gedempol dan kaya raya.

Binaan dua perkataan Contoh ayat


Letih lesu Ayah tetap bekerja meskipun badan letih lesu.
Cantik molek Zalikha kelihatan cantik molek berbaju Kurung.
Miskin kaya Miskin kaya bukanlah tali ukur ikatan persahabatan.
KESIMPULAN

• Jelaslah bidang sintaksis adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,

dan binaan ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-

hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Unsur-unsur yang dikaji

dalam sintaksis adalah ayat, klausa, dan frasa. Perkataan daripada sudut binaan sintaksis

ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis, iaituayat,

klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan

frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek terbentuk oleh frasa nama, manakala frasa

predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja(FK), frasa adjektif

(FA) dan frasa sendi nama (FS). Hasil dari binaan perkataan, frasa dan klausa ialah satu ayat
RUJUKAN

• Abdullah Hassan, (2006). Sintaksis Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
PTS Profesional

• Arifin, Zainal, (2009). Evaluasi Pembelajaran. PT. Remaja Rosdakarya: Bandung

• Kridalaksana, (1993). Kamus Linguistik: Edisi Ketiga. Jakarta: Gramedia Pustaka Umum

• Nik Safiah Karim, (2008). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur

• Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1. Siri Pendidikan Guru Oxfard Fajar.UG
Graphic Services Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai