Anda di halaman 1dari 38

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

PENGENALAN Penelitian terhadap korpus sesuatu bahasa tidak lengkap jika tidak meneliti sintaksis. Sintaksis merupakan satu bidang kajian tentang tatacara binaan dan cara frasa, klausa dan ayat dibentuk. Bidang kajian sintaksis init telah dipelopori oleh Noam Chomsky. Sintaksis dapat didefinisikan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan dan kelompok perkataan untuk membentuk ayat sesuatu bahasa. Menurut Abdullah Hassan (2005), sintaksis ialah bidang ilmu yang mengkaji binaan ayat,iaitu bagaimana kata disusun menjadi frasa, dan bagaimana frasa disusun menjadi ayat. Kajian ini melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membentuk ayat. Dua aspek kajian, iaitu proses unsur sintaksis bergabung dan cara pembinaan struktur ayat serta fungsi. Bidang sintaksis bukan sahaja melihat kehadiran jenis dan ragam ayat, tetapi juga rumus pembinaan unsur subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, terdapat juga ciri-ciri lain yang dipertimbangkan dalam pembinaan ayat, iaitu penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat , termasuklah penanda kasus, penanda kala dan unsur keserasian. Dalam bahasa Inggeris penanda kasus amat penting dalam menentukan kegramatisan ayat yang dibina. Begitu juga, penanda kala bagi ayat bahasa Inggeris ditanda dengan past tense. Sebaliknya, bahasa Melayu hanya menggunakan perkataan sedang, sudah dan akan untuk menentukan kala atau waktu sesuatu kerja itu dilakukan. Unsur keserasian juga penting dalam pembentukan ayat. Tanpa memperlihatkan unsur keserasian ini ayat yang dibentuk tidak akan menjadi gramatis. Ayat-ayat yang tidak menentu maknanya atau binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat termasuk dalam analisis atau persoalan sintaksis. Dalam menghasilkan ayat yang gramatis, seseorang itu perlu tahu dan mahir dalam beberapa aspek seperti mematuhi struktur binaat ayat,memahami hukum tatabahasa bahasa Melayu dan menyedari bahawa kegramatisan ayat itu mestilah bermakna. Sintaksis dianggap peringkat susunan binaan yang amat penting dalam apa jua bahasa. Terbukti apabila ayat menduduki tempat paling atas dalam tatatingkat kajian sintaksis oleh diikuti klausa dan frasa.

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Kajian ini untuk memenuhi keperluan individu sebagai guru bahasa untuk menguasai ilmu sintaksis kerana ilmu inilah akan menunjangi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas , 2. Ilmu sintaksis dapat memberikan kecekapan kepada seseorang pendidik tentang bidang sintaksis dan boleh menjadi tempat rujukan para pelajar untuk membina ayat. 3. Kajian ini juga dapat memantapkan pengetahuan guru tentang hukum atau rumus-rumus tatabahasa untuk membentuk ayat bahasa Melayu .

KAEDAH KAJIAN Saya mendapat sumber rujukan di perpustakaan,internet dan bacaan buku dan perbincangan dengan beberapa orang rakan saya.

BATASAN KAJIAN Kajian ini melibatkan bidang sintaksis bahasa Melayu iaitu bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat bahasa Melayu iaitu binaan frasa,ayat dasar,ayat tunggal,ayat majmuk dan ragam ayat. Kajian ini akan memperincikan tentang binaan sintaksis dan kajian kesalahan sintaksis atau ayat dalam majalah picisan.

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

2.0 BINAAN SINTAKSIS 2.1 BINAAN FRASA Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua patah perkataan ataupun satu patah perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua patah perkataan atau lebih. Perbezaan frasa dengan klausa ialah frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Dalam satu susunan tatabahasa, frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen kepada frasa itu sendiri. Contoh frasa: Rumah Rumah papan Sebuah rumah Sebuah rumah papan Rumah papan besar Dalam contoh di atas, rumah bukan lagi bertaraf perkataan, tetapi boleh dinamakan frasa kerana bentuk itu boleh diperluas menjadi rumah papan,sebuah rumah, sebuah rumah papan, dan rumah papan besar. Binaan frasa dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Satu perkataan dapat menjadi frasa apabila perkataan itu menduduki fungsi utama ayat iaitu subjek dan predikat. Contohnya perkataan buku, bermain atau cantik bertaraf perkataan dalam kedudukannya sebagai unsur di luar ayat. Jika dalam ayat, perkataan tersebut naik taraf menjadi frasa apabila menduduki fungsi frasa subjek atau predikat. Terdapat empat jenis frasa iaitu: 1. Frasa nama (FN) 2. Frasa kerja (FK) 3. Frasa adjektif / sifat (FA) 4. Fasa Sendi Nama (FSN)

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

2.1.1 Binaan Frasa Nama (FN) Fasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Konstituen atau unsure yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti juga disebut unsur utama, iaitu unsur yang wajib ada bagi

membentuk sesuatu jenis frasa. Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah unsur inti tersebut. Contohnya : 1. Kakak menuntut di universiti. 2. Kakak sulung keluarga itu menuntut di universiti. Dalam ayat (1), unsur inti bagi subjek ayat itu ialah frasa nama kakak yang hanya terdiri daripada satu perkataan. Ayat (2) pula menunjukkan bahawa unsur inti bagi frasa nama boleh diikuti oleh penerang. Inti ialah unsure yang menjadi fokus utama bagi sesuatu frasa, manakala penerang merupakan penjelasan yang menerangkan makna inti tersebut. Misalnya, dalam frasa kakak sulung keluarga itu, intinya ialah kakak , manakala sulung keluarga itu ialah penerang yang menerangkan abang. Contoh inti + penerang bagi binaan frasa nama adalah seperti berikut:

Frasa Nama Inti Mesyuarat Pensyarah klinik Penerang Agung tahunan Instutut pendidikan guru Pakar kanak-kanak

Terdapat juga unsur bukan nama yang boleh menjadi inti dan menduduki subjek frasa nama, iaitu apabila unsure itu memainkan tugas dan berfungsi sebagai kata nama. Contohnya, seperti kata kata kerja berlumba dan menderma serta kata adjektif hitam dalam ayat-ayat berikut : 3. Berlumba di jalan raya membahayakan diri sendiri. 4. Menderma amalan terpuji

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

5. Hitam itu menawan. Sesuatu ayat yang sempurna boleh terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan predikat seperti contoh berikut : Subjek (Frasa Nama) 6. Wilayah Perseketuan 7. Puan Norihan 8. Kereta putih 9. Kanak-kanak itu Predikat ( Frasa Nama) ibu negara Malaysia guru sekolah menengah kepunyaan bapa murid tahun satu

2.1.2 Susunan Konstituen Frasa Nama Dalam pembinaan frasa nama, ada peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituennya,iaitu unsur yang hadir dahulu dan unsur yang hadir kemudian. Peraturan-peraturan itu adalah seperti berikut : 2.1.2.1 Peraturan D M (Hukum D-M) D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini unsure yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsure yang menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contohnya : 10. Guru ( D-diterangkan ) bahasa ( M menerangkan ) 11. Baju ( D-diterangkan ) kemeja ( M- menerangkan) Mengikut peraturan ini, penggunaan unsur-unsur frasa nama yang bertentangan dengan peraturan D-M adalah salah dan tidak dapat diterima seperti contoh-contoh berikut *Aminah Restoran, * Gigi Klinik ,* Krinting Rambut Salun kerana intinya berada di bahagian belakang. Hukum D-M ini mempunyai pengecualian iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan. Contohnya: 12. Perdana (penerang M) menteri (diterangkan -D) 13. Ibu ( penerang - M) pejabat (diterangkan D )
Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

2.1.2.2 Bilangan dan Panggilan Apabila unsur penerang itu terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan atau nama panggilan dan gelaran, maka penerang demikian boleh juga mendahului inti, iaitu hadir di hadapan frasa nama, seperti dalam contoh-contoh di bawah :

i)

Bilangan Frasa Nama Bilangan Dua Sekawan Ketiga-tiga Penjodoh Bilangan Orang Helai Calon Burung Sapu tangan Inti

ii)

Nama panggilan dan gelaran

Frasa Nama Panggilan / gelaran Puan Tun Raja Si Sang Juriah Mahathir Anis Tompok Buaya Inti

2.1.2.3 Penerang Inti mungkin juga mempunyai penerang lebih daripada satu. Peraturan kedudukan penerang-penerang ini adalah seperti berikut a) Kata Adjektif (KA) yang menerangkan kata inti. Penerang adjektif yang menerangkan inti harus hadir sesudah inti, diikuti oleh penerang yang lain manakala penentu hadir di belakang sekali. Inti + penerang (KA) + penerang

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

(KN) + penentu, contohnya, pejabat + lama + persatuan + itu dan keluaran + kasar+ Negara + ini. b) Unsur penerang yang juga merupakan binaan frasa tersendiri yang mengandungi unsur-unsur inti dan penerang. Unsur penerang menerangkan unsure inti yang ada pada perasa penerang dan bukan menerangkan unsure inti bagi frasa nama. 2.1.2.3 Kesimpulan Binaan frasa nama dalam bahasa Melayu mempunyai binaan yang kompleks. Jika dipandang dari sudut kedudukan unsure-unsurnya, binaan frasa nama boleh digambarkan seperti , Bil + Penj. Bil + Gel + KNln + Pen + Pent . Walau bagaimanapun,tidak semua frasa nama mesti mengandungi setiap unsur yang disenaraikan.

2.1.2 FRASA KERJA Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa seperti contoh yang berikut: Subjek 14. Budak itu 15. Atlet itu 16. Wangnya Predikat ( Frasa Kerja) menjerit sekuat-kuat hatinya. berlari sepantas kilat. tersimpan dalam Amanah Saham.

Frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek, iaitu tidak diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkannya, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

2.1.2.1 BINAAN FRASA KERJA Binaan frasa kerja terdiri daripada dua jenis iaitu: 1. Binaan frasa kerja tanpa objek 2. Binaan frasa kerja yang mengandungi objek 2.2.2.1.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek. Frasa kerja yang tidak mengandungi objek,yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek melengkapkannya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif. Biasanya ayat aktif yang mempunyai kata kerja tak transitif tidak boleh dipasifkan. Tiga jenis kata kerja transitif iaitu : 1. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. 2. Kata kerja tak transitif dengan pelengkap. 3. Kata kerja tak transitif dengan penerang. Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Kata kerja tak transitif ini tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. Kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan pelengkap ialah kata kerja yang mengandungi makna yang sempurna. Contohnya : 17. Semua penumpang duduk. 18. Rumah itu runtuh. 19. Mereka semua hadir. 20. Kanak-kanak itu berlari. Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap Kata kerja tak transitif dengan pelengkap ini tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak menerima unsur pelengkap.Unsur-unsur yang diterima bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan.Antara kata kerja tak transitif demikian seperti beransur, tinggal,menjadi,berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan dan sebagainya. Unsur yang menjadi pelengkap ini dibahagikan kepada tiga jenis :

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

i)

Kata Adjektif sebagai pelengkap

Pelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh, jahat, baik, lemah,miskin, adil dan sebagainya. Kata adjektif ini hadir selepas kata kerja tak transitif untuk melengkapkannya. Contohnya : 21. Keadaanya menjadi genting. 22. Kesihatan ibunya beransur baik. 23. Kehidupan nelayan itu miskin. 24. Kakinya semakin kuat.

ii)

Frasa Sendi Nama sebagai Pelengkap Frasa Sendi Nama yang hadir selepas kata kerja tak transitif mendukung

makna tempat sebagai unsur yang melengkapkan kata kerja tersebut. Contoh kata kerja demikian seperti berada,tinggal, menetap, bermastautin,membelok dan singgah. Contoh ayat: 25. Mereka berada di kedai. 26. Dia tinggal di Sungai Petani. 27. Sahabat saya menetap di Kuala Lumpur. 28. Kami bermastautin di sini. 29. Keretanya membelok ke kanan. 30. Kereta api singgah di stesen.

iii)

Kata Nama sebagai Pelengkap

Kata nama dijadikan pelengkap kata kerja tak transitif. Kata nama ini boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif. Dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap demikian. Pertama, kata kerja yang berimbuhan ber-....kan. Contohnya : 31. Dia bertilamkan lantai. 32. Pengemis itu berbantalkan lengan.

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

Kedua, kata kerja tak transitif yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap ialah menjadi dan ada. Contohnya : 33. Dia menjadi polis. 34. Ayah ada misai. Kata Kerja Tak Transitif dengan Penerang Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. Kata nama ini menjadi penerang dan bukanlah pelengkap kerana kata nama ini boleh ditiadakan tanpa mengubah maksud ayat. Contohnya : Subjek Frasa Kerja Kata Kerja 35. Lelaki itu 36. Kanak-kanak itu 37. Mereka 38. Keluarganya berseluar berbaju bersawah berkedai Penerang jean. Melayu. padi. kopi.

2.2.1.1.2 Binaan Frasa Keja dengan Objek Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif. Seterusnya objek boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan. Contohnya: Subjek Frasa Kerja Kata Kerja 39. Kami 40. Budak itu 41. Pemburu 42. Dia Makan Membaca Menembak menjalankan Objek Ayam goreng itu Buku Harimau itu tugasnya Dengan senapang Dengan baik Keterangan

10

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

Dalam ayat-ayat di atas, kata kerja diikuti oleh frasa nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja sebelumnya.Unsur-unsur seperti kata bantu dan keterangan juga hadir dalam frasa kerja dengan objek. Ayat-ayat yang mengandungi frasa nama sebagai objek itu boleh dipasifkan. Contoh-contohnya ialah: 43. Kami makan ayam goreng itu..... Dipasifkan ... Ayam goreng itu kami makan. 44. Mereka menjalankan tugasnya dengan baik ...... dipasifkan ...... Tugasnya dijalankan olehnya dengan baik. Budak itu membaca buku. .....dipasifkan.... Buku itu dibaca oleh budak itu. Perkataan seperti goreng,tugasnya dan buku menjadi subjek atau unsur yang diterangkan dalam ayat yang dipasifkan. Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek boleh dibahagikan kepada dua jenis : i) Frasa kerja yang mengandungi satu objek. Contoh : Mesin itu mengepam air Ubat itu dapat menyihatkan badan. Terdapat perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat dan frasa nama yang mengikutinya boleh digugurkan. Contohnya: Keputusan itu amat menyakitkan (saya). Filem itu sungguh menyeronokkan (kami).

ii)

Frasa kerja yang mengandungi dua objek Kata kerja transitif boleh menerima dua kata nama sebagai objek dalam ayat aktif. Objek-objek ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza dan boleh disebut objek tepat dan objek sipi Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja. Contoh ayat ialah:

45. Ahmad menhadiahkan buku kepada Ali (aktif) 46. Ahmad menghadiahi Ali buku (aktif). 47. Ali dihadiahi buku oleh Ahmad (pasif)
Salawati radzali 710305025150

11

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

Manakala,objek sipi ialah objek yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja. Contohnya : 48. Wanita itu membeli baju untuk anaknya. 49. Wanita itu membelikan anaknya baju. 50. Anaknya dibelikan baju oleh wanita itu.

Frasa Kerja dengan Kata Bantu Kata bantu menjadi salah satu unsur dalam binaan ayat yang mengandungi kata kerja . Dalam ayat, unsur kata bantu boleh disertai oleh kata penguat. Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna dari kedua-dua jenis kata bantu iaitu : a). Kata bantu aspek menerangkan aspek waktu bagi kata kerja. Contoh-contoh kata bantu aspek ialah sudah,sedang,belum, telah , masih dan akan. Contoh ayatnya : 51. Saya telah membaca surat itu. 52. Mak Minah sedang menunggu teksi. b) Kata bantu ragam ialah kata bantu yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja ialah perkataan yang menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perbuatan itu dilakukan. Contoh kata bantu ragam ialah hendak, boleh,mahu, dapat, harus, mungkin,patut dan mesti. Contoh ayat-ayat ialah : 53. Kita mesti taat kepada kedua ibu bapa. 54. Saya mungkin hadir ke majlis itu. Terdapat kata bantu aspek dan kata bantu ragam yang boleh hadir serentak dalam sebaris ayat, seperti : 55. Kata bantu aspek + kata bantu ragam iaitu belum +hendak, sedang+ hendak, akan + dapat Contoh ayat : Kanak-kanak itu belum hendak mandi lagi. Dia belum dapat tidur lagi

12

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

56. Kata bantu ragam + kata bantu aspek iaitu mesti +i kan.harus + sudah,mesti + telah Contoh ayat : Pelancong itu mesti akan datang lagi. Dia mesti telah tidur lena.

Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen Frasa kerja yang mengandungi kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif boleh menerima ayat komplemen. Ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Contohnya: 57. Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen , contoh ayatnya ialah : i) Polis telah melaporkan bahawa kes kecurian berlaku di kawasan tersebut. ii) Laporan itu menyebut bahawa keadaan kesesakan lalu lintas telah terkawal. 58. Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen, contoh ayatnya: i) Kami semua beranggapan bahawa masalah itu dapat diselesaikan dengan aman. ii) Pegawai itu tahu bahawa kejayaan projek itu terjamin.

Frasa Kerja dengan Unsur Keterangan Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan ini berfungsi sebagai frasa adverva. Dalam frasa kerja tak transitif,unsur keterangan hadir selepas kata kerja manakala dalam frasa kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Frasa sendi nama, frasa adjektif dan frasa nama merupakan unsur keterangan. Unsur ini terbahagi kepada lapan jenis iaitu : Keterangan tempat atau arah Saya bekerja di Kuala Kangsar Keterangan waktu Tugasnya bermuka pada pukul 8:00 pagi. Keterangan cara Kereta itu memotong dengan laju.

13

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

Keterangan tujuan / harapan Kita bertindak demi agama dan Negara. Keterangan alat Ibu memotong roti dengan pisau. Keterangan penyertaan Dia datang dengan rakannya. Keterangan hal Saya ingin bertanya perkara tersebut. Keterangan perbandingan Lelaki itu berlagak seperti orang bujang. Kesimpulan Frasa kerja merupakan satu binaan yang kompleks. Setiap binaannya mempunyai unsur-unsur seperti kata kerja transitif, kata kerja tak transitif, kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan. Tetapi tidak semua frasa kerja mempunyai setiap unsure yang disenaraikan.Unsur-unsur seperti kata bantu dan keterangan serta ayat komplemen bagi kata kerja tak transitif boleh digugurkan secara pilihan.

FRASA ADJEKTIF Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai unsur intinya. Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat dalam susunan ayat biasa seperti contoh yang berikut : Ayat Subjek 1. Pelajar itu 2. Bajunya 3. Almari kayu itu Predikat ( Frasa Adjektif) Cerdik sungguh. Mahal sekali. Sangat kukuh.

Predikat frasa adjektif boleh dikedepankan dalam susunan ayat songsang seperti ayat-ayat di bawah : 4. Cerdik sungguh pelajar itu. 5. Mahal sekali bajunya. 6. Sangat kukuh almari kayu itu.

14

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

Dalam ayat-ayat di atas frasa adjektif boleh menjadi unsur penerang dan unsur keterangan.. Frasa adjektif sebagai penerang hadir dalam predikat ayat selepas kata nama seperti dalam ayat (7) dan (8). Manakala, frasa adjektif sebagai unsure keterangan, kedudukannya dalam predikat ayat selepas kata kerja seperti ayat (9) dan (10) yang berikut : 7. Dia murid paling cerdik. 8. Wani anak manja. 9. Kanak-kanak itu bercakap sungguh petah. 10. Kapal itu belayar perlahan. Selain kata adjektif,kata bantu dan kata penguat juga boleh disertakan sebagai unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kedua-dua unsure ini boleh hadir di hadapan atau di belakangnya. Contohnya : Frasa Adjektif Kata Bantu Penguat (hadapan) Belum Sudah masih Terlalu Amat terlalu Tajam Ranum Baik Cantik Laju awal Sangat Sekali Betul Kata Adjektif Penguat (belakang)

Contoh ayat : 11. Parang itu belum tajam. 12. Buah mangga itu sudah ranum sangat. 13. Hatinya terlalu baik. 14. Puteri itu amat cantik. 15. Motosikal itu laju betul. 16. Kedatangannya masih terlalu awal. Kata bantu boleh hadir sebelum dan sesudah kata penguat. Sebagai contoh, dalam ayat (16), kata bantu masih hadir sebelum kata penguat terlalu.Dalam frasa

15

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

sungguh masih penat dan benar telah sihat pula kata bantu masih dan telah hadir selepas kata penguat sungguh dan benar. Dalam frasa adjektif terdapat tiga jenis kata penguat iaitu, kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas. Kata Penguat Hadapan. Perkataan yang terletak di hadapan atau sebelum kata adjektif ialah kata penguat hadapan, Contoh : 17. Pakaiannya agak cantik. 18. Rumahnya paling jauh. 19. Ibunya terlalu garang. Kata Penguat Belakang Penguat belakang ialah perkataan yang letaknya selepas kata adjektif. Contoh : 20. Pemandangan waktu senja indah nian. 21. Bunyi seruling itu merdu sekali. 22. Adiknya nakal benar. Kata Penguat Bebas Penguat bebas ialah perkataan yang hadir sebelum dan selepas kata adjektif. Contoh: 23. Pokok kelapa itu sangat tinggi. 24. Pokok kelapa itu tinggi sangat. 25. Lautan Pasifik amat dalam. 26. Lautan Pasifik dalam amat. Kata adjektif juga boleh terdiri daripada perkataan berimbuhan seperti terbersih, sesedap dan kekuning-kuningan seperti dalam ayat-ayat berikut : 27. Mereka menang pertandingan kampong terbersih. 28. Masakannya tidak sesedap masakan ibu. 29. Warna pakaiannya kekuning-kuningan.

16

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

2.1.4 FRASA SENDI NAMA Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.Contohnya kata sendi nama dalam bahasa Melayu ialah dari, daripada, ke, kepada,pada, untuk.oleh, di,akan,bagi,

hingga,dengan, tentang,sampai dan sebagainya. Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama menduduki bahagia predikat ayat.

Binaan Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama mempunyai tiga pola binaan seperti yang berikut: a) Kata Sendi Nama + Frasa Nama Kata sendi nama dalam frasa sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu frasa nama sebagai pelengkap. Contohnya :

Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Sejak Daripada Untuk Dengan pada Semalam Kapas Murid cemerlang Kesabarannya Waktu itu Frasa Nama

Contoh ayat : 30. Abang tidak pulang sejak tadi. 31. Gambarnya tergantung pada dinding rumah. 32. Hadiah itu untuk murid cemerlang.

17

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

b) Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama Binaan ini terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti oleh frasa nama yang didahului oleh kata arah sebagai unsur pilihan. Walau bagaimanapun, frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa kata arah. Contohnya:

Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Arah Frasa Nama

Di Ke Dari Dengan untuk

Belakang Dalam Hujung Belakang luar

Rumah Bilik gelap Balai Parang negara

Contoh ayat : 33. Reban ayam di belakang rumah. 34. Pemuda itu masuk ke dalam bilik gelap.

c) Kata Sendi Nama + Kata Arah +Frasa Nama + Frasa Keterangan Satu lagi binaan frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti unsur keterangan yang hadir secara pilihan. Contohnya :

Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Arah Frasa Keterangan

Ke Dari Di

Negeri Jepun Johor Pangkuan ibunya

Pada tahun lalu Dengan ibunya Setiap waktu

18

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

Dengan dalam

Rombongannya perlawanan

Pada hari

sepanjang

Di sekolah kami

Contoh ayat : 35. Mereka ke negeri Jepun pada tahun lalu. 36. Aliff dari Johor dengan ibunya.

d) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan Frasa sendi nama juga boleh terbentuk daripada kata sendi nama diikuti oleh kata arah,frasa nama dan frasa keterangan. Contohnya seperti jadual berikut :

Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Ke Dari Di pada Selatan Belakang Atas hujung Negeri Jerman Kata Arah Frasa Nama Frasa Nama Keterangan Pada musim panas Dengan secara tibatiba Saban hari Untuk diri kepentingan

19

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

2.2 AYAT Ahli-ahli bahasa berpendapat ayat ialah unit yang paling tinggi,terbesar dan pengucapan yang paling tinggi dalam tatabahasa. Ini kerana tatabahasa ialah peraturan yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa. Setiap bahasa mempunyai ayat yang berbagai-bagai bentuk dan bilangan yang tidak terhad. Unsur yang terkandung dalam ayat ialah klausa dan bilangan klausa dalam sesuatu ayat menentukan jenis ayat tersebut, sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk. Secara umumnya, ayat hanya terdiri daripasa dua bentuk, iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti. Ayat terbitan yang juga dikenali sebagai ayat transformasi. Proses perubahan atau penerbitan ayat boleh berlaku melalui proses seperti peluasan, penggantian,pengguguran atau

penyusunan semua unsur-unsur atau konstituennya yang terkandung dalam sesuatu ayat dasar. Ada juga pakar bahasa yang menyatakan bahawa binaan ayat mengandungi ayat inti atau dasar dan ayat majmuk. Ayat tunggal pula ialah ayat dasar atau inti yang mengalami peluasan tetapi masih mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat majmuk pula mengandungi lebih satu klausa .

2.2.1 KLAUSA Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. Antara contoh klausa adalah seperti berikut: 1. Kamu / pandai 2. Pakaiannya / basah 3. Mereka / berehat Dalam ayat 1, 2, dan 3 menyatakan subjek bagi klausa ialah kamu, pakaiannya dan mereka. Predikatnya pula ialah datang, basah dan berehat. Jika klausa diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, iaitu dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, klausa tersebut akan menjadi ayat yang gramatis seperti contoh:

20

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

4. Dia tidak datang. 5. Pakaiannya basah. 6. Mereka berehat. Klausa menjadi konstituen kepada ayat dan terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa terikat (tak bebas). Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna, manakala klausa tak bebas tidak dapat berdiri sendiri kerana maknanya bergantung kepada klausa bebas. Lihat contoh berikut : 7. Dia tidak datang jika tidak mendapat keizinan. 8. Pakaiannya basah kerana hujan lebat. 9. Mereka berehat apabila tiba masanya. Ayat ayat (7),(8) dan(9) terdiri daripada dua klausa, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Unsur dia tidak datang, pakaiannya basah dan mereka berehat merupakan klausa bebas yang terbentuk dalam ayat yang mengandungi klausa lain,iaitu jika tidak mendapat keizinan, kerana hujan lebat dan apabila tiba masanya. Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan dinamakan klausa utama. Sebaliknya,klausa yang didahului dengan kata hubung jika, kerana dan apabila dinamakan klausa tak bebas kerana maknanya tidak lengkap jika tidak disertai klausa utama. 2.2.2 FRASA Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan,ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Dalam suatu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa sendiri. Contonya: 10. Burung merpati terbang melayang. 11. Anak kecil itu sedang tidur. 12. Ali mengahwini anak Pak Haji Osman.

21

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

Sebagaimana yang telah dinyatakan, frasa dapat juga di fahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang menjadi potensi untuk menjadi unit yang

mengandungi dua perkataan atau lebih. Misalnya,bentuk kata burung ialah frasa kerana bentuknya boleh diperluaskan menjadi seekor burung, burung merpati, seekor burung merpati dan sebagainya seperti rajah berikut :

Frasa burung seekor burung burung merpati seekor anak burung seekor anak burung merpati

Oleh itu, dalam binaan seekor anak burung merpati, kita bertemu dengan sebuah frasa, burung merpati, yang dipancangkan ke dalam sebuah frasa lain, anak burung merpati dan seterusnya ke dalam sebuah lagi frasa lain,seekor anak burung merpati. 2.2.3 PERKATAAN Konstituen klausa ialah frasa manakala konstituen frasa ialah perkataan. Perkataan boleh ditakrifkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang membawa maksud bahawa kata boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi.Sebagai contoh, bentuk seperti baju, orang, negeri, mana,dia, dan itu masing-masing merupakan bentuk perkataan oleh sebab sifatnya sebagai bentuk tatabahasa yang bebas dan terkecil serta mengandungi erti. Perkataan terdiri daripada beberapa jenis golongan perkataan yang utama iaitu golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa golongan perkataan bukan utama seperti kata sendi nama, kata hubung dan sebagainya.

22

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

2.2.4 AYAT DASAR Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti, iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal dan ayat majmuk. Dalam bahasa Melayu, pola atau struktur binaan ayat dasar mempunyai bentuk yang tetap, iaitu empat pola iaitu: Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN ) Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK ) Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA ) Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS) Pembahagian ayat dasar atau ayat inti kepada empat pola ini adalah berdasarkan unsur-unsur yang terdapat dalam konstituen subjek dan konstituen predikat ayatayat itu. Konstituen subjek pada umumnya diisi oleh frasa nama, manakala konstituen predikat boleh diisi oleh empat jenis, sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.Contoh ayat mengikut pola dasar bahasa Melayu adalah seperti berikut : Pola Pola 1 Subjek Fasa Nama 1.Ahmad 2.Budak itu Pola 2 Frasa Nama 3.Padi 4.Burung itu Pola 3 Frasa Nama 5.Murid-murid 6.Bapanya Pola 4 Frasa Nama 7.Kertas soalan 8.Pejabat syarikatnya Predikat Frasa Nama guru adik saya Frasa Kerja menguning membuat sarang Frasa Adjektif rajin selalu sibuk Frasa Sendi Nama di dalam almari di Putrajaya

23

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

Contoh ayat dasar di atas menunjukkan bahawa konstituen subjek dan predikat boleh terdiri daripada satu,dua atau beberapa perkataan. Misalnya ayat Ahmad guru, hanya mengandungi satu perkataan,sama ada bagi konstituen subjek atau predikat. Keadaan ini boleh berlaku asalkan binaan tersebut masih berbentuk frasa.

2.3 AYAT TUNGGAL Ayat yang mempunyai satu klausa sahaja dinamakan ayat tunggal, iaitu yang

mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ciri ini menunjukkan persamaan antara ayat tunggal dan ayat dasar. Selain itu ahli tatabahasa bahasa Melayu yang lain juga berpendapat bahawa ayat tunggal ialah ayat yang diperluaskan daripada ayat dasar dan mempunyai satu subjek dan satu predikat. Contoh-contoh ayat di bawah ialah ayat yang diperkembangkan daripada pola ayat dasar di atas: 1 a. Ahmad guru Matematik di sekolah kami. 2a. Padi yang ditanam sejak empat bulan yang lalu mulai menguning. 3a. Murid-murid itu sungguh rajin. 4a. Pejabatnya yang indah di Putrajaya.. Ayat 1a dan 2a mengalami peluasan subjek dan predikatnya. Predikat ayat 3a juga mengalami peluasan. Subjek ayat 4a mengalami peluasan, iaitu di bahagian subjek yang indah.Walau bagaimanapun,bukan semua ayat tunggal terdiri daripada subjek yang diikuti predikat. Ada susunan yang berbeza, iaitu predikat ( seluruh atau sebahagian ) mendahului subjek, seperti dalam ayat songsang berikut : 5a. Fatimah ke Melaka pagi tadi. 5b. Ke Melaka Fatimah pagi tadi. 6a. Buku itu di atas meja. 6b. Di atas meja buku itu. Perbezaan seterusnya antara ayat tunggal dan ayat dasar ialah semua ayat dasar terdiri daripada ayat penyata, manakala ayat tunggal terdiri daripada ayat Tanya,ayat perintah,ayat seruan dan sebagainya.Kesimpulannya, persamaam

24

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

antara yat dasar dan ayat tunggal ialah kedua-duanya mempunyai satu kostituen subjek dan predikat.

2.4 AYAT MAJMUK Ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal menurut Kamus Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al.2002) Pencantuman ini menyebabkan ayat majmuk itu mempunyai lebih daripada dua subjek atau lebih daripada dua predikat.Ayat majmuk juga boleh terdiri daripada sederetan ayat tunggal yang dicantumkan menjadi satu mengikut kaedah tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Ayat majmuk juga dikenali sebagai ayat berlapis, seperti contoh berikut : 7. Anita membaca buku sambil mendengar radio. 8. Kami membuat kerja sekolah semasa adik tidur di dalam bilik. 9. Dia memakai baju yang dijahit oleh ibunya. Ayat-ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat yang disambungkan oleh dua unsur yang disebut kata hubung. Kata hubung yang digunakan dalam membentuk ayat majmuk daripada ayat tunggal ialah sambil, walaupun, yang, bahawa, dan, kerana, supaya, atau, padahal, walhal, dan sebagainya. Pembahagian ini dapat digambarkan seperti berikut : Ayat Majmuk Ayat 1 Anita membaca buku. Kami membuat kerja sekolah. Dia memakai baju. Kata Hubung (sambil) (semasa) (yang) Ayat 2 Anita mendengar radio. Adik tidur di dalam bilik. Baju dijahit oleh ibu.

Contoh di atas menunjukkan bahawa ada beberapa jenis ayat majmuk. Dengan berdasarkan cara ayat-ayat itu dibentuk, ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu ayat majmuk gabungan,ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran.

25

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

2.4.1 Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan atau dicantumkan menjadi satu

dengan menggunakan kata penghubung dan, atau, tetapi, sambil, dan sebagainya, seperti contoh : 10. Murid-murid berlari dan menyanyi. 11. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk. 12. Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat. Ayat-ayat yang disambungkan ini setara sifatnya,iaitu boleh berdiri sendiri dan sama taraf. Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab-sebab ayat tersebut disusun berturut-turut. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim, et. al 2002), ayatayat ini juga boleh disambungkan tanpa kata hubung. Apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda,iaitu disuarakan sebagai deretan pernyataan, sebagai contoh : 13. Guru berucap di dewan besar, memerhatikan tingkah laku pelajar. 14. Peserta senam robik melompat-lompat, girang, berpeluh-peluh. Dalam contoh di atas, tanda koma(,) yang ditebalkan dalam kedua-dua ayat di atas berfungsi sebagai penghubung atau penyambung ayat.

2.4.1.1 Jenis-jenis Ayat Majmuk Gabungan Ayat gabungan dibentuk dengan menggunakan beberapa kata hubung. Penggunaan kata hubung yang berbeza ini sekurang-kurangnya menghasilkan tiga jenis gabungan utama : i) Gabungan yang susunan faktanya berurutan, yakni satu demi satu.Ayatayat yang dibentuk menggunakan kata hubung seperti dan, lalu.lagi, serta dan sambil.Contohnya:

26

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

15. Beliau memandang saya sambil tersenyum 16. Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak. 17. Ali bercakap kuat serta menepuk-nepuk dadanya. 18. Ayahnya banyak pengalaman lagi besar pengaruhnya. 19. Mereka bangun lalu turun ke serambi.

ii)

Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan Contohnya : seperti tetapi, sebaliknya, padahal, dan melainkan.

20. Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali. 21. Malam hujan dingin,sebaliknya musim kemarau panas. 22. Ramai pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah , padahal peraturan tidak membenarkan pelajar berbuat demikian. 23. Bukan orang jahat yang menang, melainkan orang yang sentiasa berbuat baik.

iii)

Gabungan yang susunannya menggabungkan dua ayat atau lebih, menggunakan kata hubung yang berpasangan seperti lebih baik... daripada, apakah....ataupun, adakah......atau(pun), sama ada...atau, dan sebagainya. Contohnya:

24. Daripada kita makan gaji, lebih baik bekerja sendiri. 25. Lebih baik mereka pergi menaiki bas daripada menaiki kereta sendiri. 26. Apakah menteri akan hadir di majlis itu atau wakilnya? 27. Adakah berita itu benar atau (pun) khabar angin sahaja? 28. Sama ada berita itu benar atau tidak belum pasti. 2.4.2 Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang kedudukannnya tidak sama iaitu ada ayat-ayatnya tidak boleh berdiri sendiri. Ayat jenis ini terdiri daripada satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian ayat induk itu. Ayat-ayat ini dipancangkan menggunakan kata hubung seperti yang dan bahawa dan kata hubung yang membawa maksud keterangan.

27

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif (ayat relatif)

Ayat relatif ialah ayat yang dipancangkan kepada ayat utama melalui penggunaan yang seperti contoh berikut : 29. Wanita itu memakai barang kemas yang mahal. 30. Kanak-kanak yang comel itu anak buah saya. 31. Perompak yang menyamun bank itu telah ditangkap. Contoh di atas menunjukkan ayat-ayat kecil telah dipancangkan kepada ayat induk dengan menggunakan kata hubung yang. Proses pembentukan ayat majmuk dalam contoh-contoh di atas mengalami tingkat-tingkat seperti berikut: Ayat 29 Pertama Kedua Ketiga : Wanita itu memakai barang kemas yang mahal :Wanita itu memakai barang kemas. Barang kemas itu mahal. :Wanita itu memakai barang kemas + barang kemas itu mahal. : Wanita itu memakai barang kemas yang mahal.

ii)

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen (ayat komplemen)

Ayat komplemen ialah ayat yang dipancangkan kepada ayat utama sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut. Ayat komplemen dihubungkan dengan ayat induk menggunakan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. Contoh: 32. Dia mengakui bahawa anaknya itu nakal. 33. Nenek itu yakin bahawa anaknya akan pulang. 34. Agak sukar untuk mereka melarikan diri. Ayat komplemen berbeza daripada ayat relatif dari segi hubungan ayat-ayat kecil dengan ayat induk adalah bagi melengkapkan kata kerja yang terdapat dalam ayat induk tersebut. Penggunaan kata hubung bahawa dan untuk bertujuan untuk menandakan hubungan tersebut. Proses pemancangan dapat digambarkan seperti berikut :`

28

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

Ayat 32:

Dia mengakui bahawa anaknya itu nakal.

Pertama : Dia mengakui (sesuatu) Kedua : Ketiga : Anaknya itu nakal. Dia mengakui bahawa anaknya itu nakal.

iii)

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan (Ayat Keterangan)

Ayat Majmuk Keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Contohnya : 35. Kita mesti berjimat cermat agar senang di kemudian hari. 36. Beg itu sudah tiada ketika saya masuk tadi. 37. Kami akan menunaikan haji jika tiada aral melintang. Contoh di atas menunjukkan bahawa terdapat satu ayat induk yang dapat berdiri sendiri dan satu ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri. Ayat induk dan ayat kecil ini dapat dihubungkan dengan menggunakan kata hubung seperti agar, ketika, jika, sewaktu, oleh sebab, lantaran, meskipun, bagaimanapun, namun, semasa,sehingga,jikalau,sekiranya, supaya dan sebagainya. Proses

pemancangan dapat digambarkan seperti berikut : Pertama :Kita mesti berjimat cermat (ayat induk) Kedua :Senang kemudian hari ( ayat keterangan) Ketiga : Kita mesti berjimat cermat agar senang di kemudian hari.

2.4.3 Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa jenis ayat majmuk. Ayat ini selalunya lebih panjang dan perlu diujarkan atau dituliskan dengan berhati-hati agar ayat itu bermakna dan dapat difahami oleh orang lain. Contohnya:

29

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

38. Aliff masih membersihkan rumah tetapi adik-adiknya yang sudah keletihan telah lama berhenti berehat. Ayat majmuk campuran ini terdiri daripada satu ayat tunggal, iaitu Aliff masih membersihkan rumah diikuti oleh satu ayat majmuk yang menggunakan kata relatif yang, yang sudah keletihan, manakala ayat induknya ialah adik-adiknya telah lama berhenti berehat. Ayat tunggal tersebut dihubungkan dengan ayat majmuk itu menggunakan kata hubung tetapi. 39. Mereka berhenti bermain apabila hujan turun kerana ditakuti mendapat demam. Ayat di atas, terdiri daripada satu ayat tunggal iaitu Mereka berhenti bermain diikuti dengan satu ayat majmuk pancangan yang menggunakan kata hubung kerana, iaitu kerana ditakuti mendapat demam, manakala ayat induknya ialah hujan turun. Ayat tunggal tersebut dihubungkan dengan ayat majmuk itu menggunakan kata hubung apabila. Daripada dua contoh ayat di atas, jelas kelihatan bahawa ayat bahasa Melayu sebenarnya boleh terdiri daripada berbagai-bagai bentuk. Di samping ayat tunggal,ayat bahasa Melayu dibentuk melalui proses pemajmukan.

2.5 RAGAM AYAT Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul, manakala ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Dalam bahasa Melayu, hubungan antara ayat aktif dan ayat pasif,umumnya melibatkan perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan. Contoh ayat seperti berikut : 40. a) Aminah subjek b) memasak lauk itu. objek

Lauk itu dimasak oleh Aminah.

30

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

2.5.1 Ayat Aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang menutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat aktif : 41. Saya menyaksikan kemalangan itu berlaku. 42. Dia mengelamun sepanjang hari. Dalam ayat di atas, subjek yang diterangkan ialah saya dan dia, manakala kata kerjanya pula ialah menyaksikan dan mengalamun. Ayat aktif dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut a) Ayat Aktif Transitif Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul dan ayat ini mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau penyambut. Contoh: Ayat Aktif Transitif Subjek Kata Kerja Transitif 43. Pekerja itu 44. Air hujan 45. Taufan 46. Anak ayam mencuci membasahi memusnahkan mencari Predikat Objek bangunan bajunya harta benda ibunya

Ayat aktif yang mengandungi kata kerja transitif boleh mengandungi dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat tep[at dan objek sipi seperti contoh berikut :

Ayat Aktif Transitif Subjek Kata Kerja Transitif 47. Guru 48. Ibu 49. Abang menghadiahi menjahitkan membelukan Predikat Objek tepat muridnya adik emak Objek Sipi jam tangan baju kurung beg tangan

31

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

Dalam jadual di atas, objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut langsung kepada kata kerja transitif, manakala objek sipi ialah objek yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja. Ayat aktif transitif yang mengandungi dua objek ini boleh diubah binaannya seperti yang berikut

Ayat Aktif Transitif Subjek Kata Kerja Transitif 50. Guru 51. Ibu 52. Abang menghadiahi menjahitkan membelukan Predikat Objek tepat jam tangan baju kurung beg tangan Frasa Sendi Nama kepada muridnya untuk adik untuk emak

Objek tepat yang asal telah mendapat kata sendi nama di hadapannya lalu terbentuklah frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan, manakala objek sipi yang asal pula menjadi objek tepat yang baharu. b) Ayat Aktif Tak Transitif Ayat aktif tak transitif ialah mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yang tidak diikuti oleh sebarang frasa nama sebagai objek atau penyambut. Ayat ini dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut : i) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan. Ayat jenis ini boleh mengandungi frasa keterangan secara pilihan, iaitu sama ada hendak mengekalkannya ataupun hendak ditiadakan. Contoh: 53. a) Pekerja itu sedang berehat di bawah jambatan. b) Pekerja itu sedang berehat. 54. a) Kertas soalan itu bercetak di kedua-dua halaman. b) ii) Kertas soalan itu bercetak, Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. Ayat jenis ini mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk

32

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan. Contoh: 55. a) Bas itu menghala ke timur. b) Bas itu menghala. 56. a) Penyakitnya beransur sembuh. b) Penyakit beransur. Ayat-ayat (b) menunjukkan ayat yang tidak gramatis dan tidak sempurna maksudnya. Hal ini menunjukkan bahawa bagi ayat-ayat sedemikian, unsur keterangan tidak boleh ditiadakan. 2.5.2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan seperti contoh berikut : 57. Bangunan dicuci oleh pekerja itu. 58. Bajunya dibasahi hujan. 59. Buku itu kami baca Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu : a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. Ayat pasif jenis ini mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter- . Contoh : Ayat Pasif Subjek Kata Kerja Pasif 60. Akhbar itu 61. Makanan itu 62. Rumahnya Dibaca Dimasak terbina Predikat Objek + FN Oleh bapa Oleh emak Oleh jurubina Keterangan Semalam Sebentar tadi Dalam masa setahun

Untuk ayat pasif yang menggunakan imbuhan kata kerja pasif di- seperti di atas, kata sendi nama oleh yang mengikuti kata kerja pasif itu secara langsung boleh digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat. Hal ini berbeza dengan kata kerja pasif

33

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

dengan imbuhan ter- iaitu kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan kerana boleh menjejaskan maksud ayat. Ayat pasif juga boleh dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke- ..-an. Dalam ayat-ayat begini, bahagian oleh + frasa nama biasanya tidak diperlukan. Ayat Pasif Subjek 63. Muird-murid itu 64. Mereka semua 65. Sapu tangannya Predikat kehujanan sepanjang hari. kegusaran. bersulam dengan benang emas.

b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua. Ayat pasif jenis ini menggunakan kata ganti diri seperti saya, aku, ku, engkau, kau, anda, kami, dan kita yang diikuti secara langsung oleh kata kerja dasar.Contoh : Ayat Pasif Subjek Predikat Fasa Kerja Pasif dengan KGD 1 & 2 66. Bukunya 67. Kekayaan ini 68. Hutangnya 69. Barang itu sudah saya kembalikan akan kita raikan belum kau jelaskan mesti awak pulangkan Keterangan semalam. bersama-sama. sepenuhnya. kesemuanya.

Penggunaan kata ganti diri sedemikian tidak boleh menerima kata kerja berimbuhan di + oleh dalam ayat pasif. Ayat-ayat ini akan dianggap tidak gramatis jika memakai imbuhan tersebut.

c) Ayat pasif dengan perkataan kena hadir sebelum kata kerja Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Contoh:

34

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

Ayat Pasif Subjek Kata Kena Kata kerja Dasar 70. Barang itu 71. Pencuri Itu 72. Permata itu 73. Mereka kena kena kena kena rampas pukul curi marah oleh kastam. oleh penduduk kampung. oleh perompak. oleh guru. Predikat Oleh + Frasa Nama

Binaan oleh + frasa nama dalam ayat di atas boleh digugurkan secara pilihan tanpa merosakkan maksud ayat.

35

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

KAJIAN KESALAHAN SINTAKSIS

36

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

KESIMPULAN Ilmu tentang ilmu sintaksis amat mustahak dikuasai oleh semua guru bahasa Melayu. Pengetahuan tentang ilmu ini akan membantu melancarkan sesi pengajaran di dalam kelas. Ini adalah kerana sintaksis bukan sahaja melibatkan jenis dan ragam ayat tetapi juga rumus pembinaan unsure subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat bahasa Melayu. Selain itu , terdapat ciri lain yang perlu dipertimbangkan dalam pembinaan ayat, iaitu aspek tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Tatatingkat sintaksis bermula daripada frasa, klausa dan seterusnya ayat. Ayat-ayat pula akan menjadi ayat yang sempurna jika mengandungi subjek dan predikat.Predikat bagi pola ayat biasa bahasa Melayu terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Setiap frasa dinamakan demikian kerana unsure inti bagi frasa tersebut terdiri daripada, sama ada kata kerja,kata nama, kata adjektif atau kata sendi nama dengan frasa nama sebagai subjek. Dari segi binaan ayat pula terdiri daripada ayat dasar, ayat tunggal, ayat majmuk dan ragam ayat. Penggunaan bahasa kita sehari-sehari akan melibatkan ayat tunggal dan ayat majmuk. Ayat majmuk merupakan ayat tunggal yang dicantumkan dan ayat majmuk ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu ayat majmuk gabungan, pancangan dan campuran. Jelaslah menunjukkan di sini ilmu sintaksis mengkaji persoalan

bentuk,struktur dan binaan ayat merupakan bidang yang amat penting dalam penganalisisan sesuatu bahasa.

37

Salawati radzali 710305025150

Kajian Kesalahan Sintaksis Dalam Majalah

2013

38

Salawati radzali 710305025150

Anda mungkin juga menyukai