Anda di halaman 1dari 12

kemahiran Pengajaran: kemahiran

mendengar dan Bertutur


(kOmunikatiF)

Kumpulan 1
Nurizzah Farzana Binti Awang Tangah
Siti Nurazilawati Binti Zulkefli
Aishah Salsabila Ahsim
Zulaikha Binti Hollan
Mary Moris
Komunikatif

v Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang


melibatkan kognitif dan interaksi bahasa.

v Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan


kecekapan komunikatif, khususnya kemahiran mendengar dan bertutur.

v Ketika murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih
dahulu sebelum menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu.

v Proses menggambar makna dalam struktur ayat tertentu memerlukan guru melatih
murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa
yang bermakna.
Pelaksanaan Aktiviti Melibatkan Kaedah
Komunikatif
● Terdapat dua jenis aktiviti komunikasi yang boleh digunakan iaitu aktiviti komunikasi
fungsian dan aktiviti interaksi sosial (Littlewood, 1981).
● Aktiviti komunikasi fungsian: berdasarkan tanggungjawab dan peranan yang perlu
dimainkan oleh murid bagi memenuhi jurang maklumat. Contoh, guru membentuk
sesuatu situasi supaya murid-murid menyelesaikan masalah. Rangsangan untuk
berkomunikasi serta ukuran kejayaan aktiviti ini terdapat dalam situasi tersebut.
● Aktiviti interaksi sosial: aktiviti penggunaan bahasa dalam situasi yang hampir
menyerupai penggunaan bahasa sebenar. Dalam melanakan aktiviti ini, guru perlu
menjadikan kelas sebagai persekitaran sosial.
Tujuan Aktiviti
Komunikatif

v Menyediakan amalan-amalan keseluruhan tugas.


v Meningkatkan motivasi dalam pembelajaran .
v Membolehkan wujudnya pembelajaran semula jadi.
v Mewujudkan konteks atau situasi yang dapat menyokong pembelajaran.

Semasa melakukan aktiviti, murid didedahkan dengan latihan prakomunikatif iaitu


perlu menggunakan kemahiran dan pengetahuan tersebut untuk berinteraksi. Pada
peringkat ini, murid dilatih dengan separuh kemahiran komunikasi. Latihan akan
dibuat secara berualang kali dengan berbagai cara.
Aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam
Kaedah Komunikatif

Penyelesaian
perbincangan Dialog
masalah

Sumbang
Wawancara
saran
Contoh - Contoh Aktiviti Bahasa

Contoh Contoh Contoh


aktiviti aktiviti aktiviti Dialog
Penyelesaian Perbincangan
Masalah
● Guru memberi situasi dan ● Murid berperanan aktif ● Murid didedahkan dengan
soalan tugasan kepada dalam menyatakan aspek-aspek pertuturan
murid. Situasi yang pelbagai pandangan akan sesuatu seperti intonasi bahasa yang
diberikan kepada murid topik atau perkara yang betul, tekanan, nada dan
membolehkan murid telah diberi. Melalui ini, jeda semasa menuturkan
berkomunikasi murid akan dapat dialog-dialog yang perlu
menggunakan bahasa memperkembangkan dibaca dalam sesuatu
mengikut konteks yang pertumbuhan diri dan sosial petikan.
sesuai. mereka dengan baik.
Contoh -Contoh Bagi Jenis Aktiviti

Contoh
Contoh
aktiviti
aktiviti
Wawancara
Sumbang
saran
● Murid menjalankan
● Aktviti ini berbentuk wawancara di hadapan bilik
perbincangan di mana darjah di mana murid
kanak-kanak digalakkan tersebut membentangkan
untuk berfikir secara kreatif hasil perbincangannya
dan aktif untuk bersama rakan-rakan dan
menghuraikan pendapatnya. guru.
Prinsip pengajaran menggunakan
kaedah ini ialah:

a) Kanak-kanak memperoleh bahasa


melalui proses kognitif dan interaksi b) Kanak-kanak menguasai makna
bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa terlebih dahulu dan kemudian
mestilah merangkumi pengajaran barulah mereka dapat
kecekapan bahasa dan komunikatif. menggambarkan makna tersebut
dalam struktur ayat yang tertentu.
c) Pengajaran bertutur mestilah melalui d) Pengajaran bertutur hendaklah
huraian bahasa dalam teks dan wacana, mementingkan pengetahuan tentang
bukan secara ayat pencilan. Bermaksud, bahasa dan penggunaan unsur bahasa
untuk komunikasi yang berkesan, ayat dalam konteksnya. Ianya tidak boleh
tidak dihasilkan secara pencilan. bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau
latih amal unsur-unsur bahasa sahaja.

e) Murid dibenarkan membuat


kesilapan kerana dalam proses
pemerolehan bahasa juga kanak-
kanak akan melakukan kesilapan.
Kesimpulan:
Dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah
komunikatif bertujuan untuk membolehkan murid
menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa) dan
menguasai kecekapan menggunakan unsur-
unsurbahasa yang dipelajari dalam komunikasi bahasa.
Sumber Rujukan

● Kohlberg Favine (2012), PdP Pendekatan Komunikatif BM, diambil daripada


https://www.academia.edu/4436505/PdP_Pendekatan_Komunikatif_BM

● Jaslynn Ong (2013) Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur, diambil daripada
https://www.academia.edu/37647832/Tajuk_1_Kemahiran_Mendengar_dan_Bertutur

● Nazrina Nawawi (2013), Kajian Pendekatan Komunikatif, diambil daripada


https://www.slideshare.net/nazarinanawawi/kajian-pendekatan-komunikatif

● Abdull Sukor Shaari (2013), Pelaksanaan Aktivti Komunikatif Dalam Pengajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes, diambil daripada
http://journalarticle.ukm.my/6750/1/64-78_Sukor.UUM.pdf
Terima
kasih

CREDITS: This presentation


template was created by Slidesgo,
including icons by Flaticon, and
infographics & images by Freepik.

Anda mungkin juga menyukai