Anda di halaman 1dari 2

ALOMORF

Dalam Tatabahasa Dewan oleh Karim et al. (2011)awalan meN- mempunyai 4


alomorf, iaitu: me-, men-, mem-, dan meng-. Manakala dalam Nahu Melayu
Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar dan Morfologi oleh Abdullah Hasan, awalan
meN- mengandungi 6 alomorf, iaitu: me-, men-, mem-, meng-,

meny- dan menge-.


Keadaan ini berlaku kerana Awalan meN- menjadi meng- apabila
digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, gh, kh dan h
(bunyi konsonan) dan semua huruf vokal. Menurut Nik Safiah, perkataan
pinjaman yang huruf pertamanya huruf k, tidak akan mengalami
pengguguran demi mempertahankan etimologi kata asalnya seperti
kabul menjadi mengkabul(kan).
Beliau telah mengklasifikasikan menge- dalam penjelasan
imbuhan meng-. Imbuhan meng- akan bertukar menjadi menge- apabila
diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan Melayu
mahupun kata pinjaman seperti
cat menjadi mengecat.
Berdasarkan penerangan Nik Safiah Karim, terdapat pengecualian pada
kata pinjaman yang bermula dengan gugus konsonan iaitu meng- tidak
berubah menjadi menge- seperti
stor menjadi mengstor
Seperti Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar juga berpendapat
bahawa morfem awalan meng-dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula
dengan huruf k, g, h, kh, gh dan semua vokal. Hanya hurufk yang akan gugur
dalam proses penambahan seperti dalam perkataan-perkataan
berikut. Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir (2009, hlm
9), awalan meny- dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan s dan c.
Dalam proses penambahan, hanya huruf s yang akan gugur seperti
sesuai menjadi menyesuai.
Tiada pula kata dasar yang bermula dengan huruf c yang
menerima imbuhan meny- dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Tiada
penjelasan yang diberikan oleh Nik Safiah Karim mengenai imbuhan
awalan meny-.

Alomorf
15 Dec, 2011 Cemerlang Bahasa admin Permalink

Oleh Kho Thong Eng


Menurut Asmah Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir, edisi kelima, alomorf ialah varian morfem.
Bagi morfem bebas, morfem dengan alomorfnya sama. Namun begitu, bagi sesetengah morfem
terikat, alomorfnya terbahagi kepada beberapa jenis. Jika alomorf sama dengan morfem, alomorf
tersebut disebut sebagai alomorf dasar. Contohnya, alomorf jalan dengan morfem jalan sama.
Oleh itu, bentuk jalan mewakili morfem dan juga alomorfnya. Bagi morfem terikat pula,
alomorf di- sama dengan morfem di-. Oleh itu, bentuk di- boleh mewakili morfem dan
alomorfnya. Jika sesuatu morfem mempunyai banyak alomorf, satu daripada alomorf akan
dipilih untuk melambangkan morfem tersebut. Alomorf yang terpilih sebagai lambang morfem
disebut sebagai alomorf dasar.
Alomorf yang pelbagai terdapat pada sesetengah morfem terikat. Alomorf tersebut terbahagi
kepada tiga jenis, iaitu alomorf lingkungan fonologi, alomorf lingkungan tatabahasa dan alomorf
lingkungan leksikal. Jika bentuk alomorf berkaitan dengan ciri bunyi awal pada kata dasar yang
ditambah morfem terikat, alomorf yang terhasil disebut sebagai alomorf lingkungan fonologi.
Contohnya, morfem meN- mempunyai empat alomorf lingkungan fonologi, iaitu me-, men-,
mem- dan meng-. Alomorf lingkungan fonologi mungkin ditambah pada kata dasar dengan atau
tanpa peleburan fonem atau pengguguran bunyi pada awal kata dasar. Jadual yang berikut
memaparkan kata dasar contoh yang ditambah alomorf lingkungan fonologi me-

Anda mungkin juga menyukai