Anda di halaman 1dari 6

Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu

Semantik merupakan satu bidang semantik yang mempelajari tentang makna.


Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan
daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah
dan antropologi.
Odgen dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) memberikan 16
pengertian dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan
suatu peristiwa yang diharapkan.
Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan
apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada
pendengar.
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaari menyatakan semantik
merupakan kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang
membawa maksud "erti yang penting".
Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantik -
adalah cabang linguistik - yang berperanan semata-mata untuk meneliti - makna kata -
bagaimana asal mulanya - bagaimanaperkembangannya dan apakah sebab-sebab
terjadi perubahan makna dalam sejarah bahasa.
Rumusan : Kata semantik bidang linguistik yang mempelajari hubungan antara
tanda-tanda linguistik dengan hal-hal yang ditandainya. Mempelajari makna atau erti dalam
bahasa.

************
Makna memainkan peranan penting dalam pemakaian bahasa.
a) makna dan simbol
b) pemberian makna kepada setiap simbol
c) abstrak dan konkrit


Ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Ayat yang
mempunyai lebih daripada satu makna.
Dalam situasi ayat yang taksa, pembaca meneka makna ayat tersebut mengikut
kefahaman mereka . Namun, ayat itu memberi makna lain jika konteks ayat ditambah.
Ayat taksa yang tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar
ataupun pembaca. Ayat taksa yang tidak menepati nahu yang tepat membuat pembaca
keliru.
Ayat taksa tidak jelas dan kabur iaitu dari segi logik ayat.
Ayat yang betul dan tepat nahunya tetapi jika tidak dibaca dengan intonasi yang
betul akan menimbulkan ketaksaan makna.
Ketaksaan yang berlaku pada perkataan akan menyebabkan seluruh
ayat mengalami ketaksaan.
Percanggahan makna dalam ayat ekoran penggunaan dua kata yang tidak sama
erti dan berlawanan maksud menyebabkan ketaksaan. Contoh jemput hadir.
kedatangan diwajibkan.
Kesimpulan : Sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang
berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan atau ujaran
bolehlah didefinisikan sebagai ketaksaan makna.
J enis ketaksaan makna :
a) Kekaburan rujukan : contoh belukar - hutan
b)ketidakpastian makna : makna yang tidak jelas, contoh; buku adik
c) kurang ketentuan pada makna item : contoh ; jiran
d) pertentangan pada penentuan makna item : arahan kurang jelas, pertentangan
tafsiran
Faktor ketaksaan makna :
hubungan makna dengan alam
ketaksaan leksikel iaitu homomim dan akibat polesemi.
Sesuatu kata mempunyai lebih daripada satu makna dan setiap makna menghasilkan
pentafsiran yang berlainan dalam ayat. Contoh; bunga (di taman, anak gadis)
***********
Jenis-jenis makna
1)Makna Denotatif : makna deskriptik dan makna leksikal. Makna yang bersifat
objektif, makna sebenar, makna asal, makna mutlak dan makna dasar.
2)Makna Konotatif : makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun
negatif. Ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.
3)Makna Konseptual : makna konsep dapat menentukan makna, memahami ujaran
atau membuat interpretasi dengan mentakrif, memahami, memutus buah fikiran. Tanpa
konsep, kita tidak dapat mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Bergantung
pada konteks ayat atau situasi penggunaannya maka makna konseptual atau makna
situasional sering juga disebut makna gramatikal. Contoh : konotasi antara perempuan dan
wanita adalah berbeza tetapi mempunyai makna yang sama.
4)Makna Leksikal : berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata dalam sesuatu
bahasa; makna sesuatu perkataan itu sendiri iaitu tanpa melihat penggunaannya dalam
ayat. Leksikograf ialah penyusun kamus. Leksikologiialah kajian tentang makna dan
penggunaan perkataan. Leksikon ialah kamus, perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau
sesuatu bidang.
a) Semantik Leksikal: makna dan referensi, denotasi dan konotasi, analisis
ekstensional dan analisis intensional ; analisis komponensial; dan Kesinoniman,
keantoniman, kehomomiman dan kehiponiman
b)Fonologi leksikal : kata, nada dan maksud
c) Kata kerja leksikal : kata kerja perbuatan dan bukan perbuatan
5)Makna Etimologis : kajian tentang asal usul dan perkembangan perkataan. Istilah
etimologi daripada Yunani iaitu eumos bermaksud betul atau benar dan logos yang
bermaksud ilmu. Bahasa yang diambil daripada bahasa lain atau
diubah disebut etimon. Menurut Ullman, terdapat enam sebab perubahan makna
iaitu linguistik, sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan perkataan baru.
a) Prinsip Etimologis sebagai usaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata.
Sejarah formal dan semantik ini harus dikesan sepanjang zaman sehingga mencapai tahap
nahu bahasa yang lebih tua dan seandainya kata yang ditelaah itu adalah kata pinjaman
sehingga mencapai nahu bahasa sumber pinjaman. Contoh, etimologi merupakan usaha
sejarah; kopi dari Arab iaitu qahwah yang dipinjam daripada bahasa Turki
iaitu kaveh kemudian kosa kata Eropah iaitu caffe dan akhirnya bahasa Melayu
menjadi kopi.
6)Faktor Perubahan Makna : Makna bahasa diperoleh daripada ujaran dan tulisan.
Perubahan makna berlaku disebabkan oleh :
a) Faktor perkembangan bahasa itu sendiri; contoh tangan & menangani
b) Faktor tanggapan penutur; contoh : abang
c) Faktor peluasan maksud; semangat (roh, jiwa - perasaan )
d) Faktor pembatasan atau penyempitan maksud; contoh: daging, sarjana, pendeta
e)Faktor tujuan simbolik atau stilistik; contoh : bunga dan kumbang (gadis dan
teruna), maksud personifikasi dalam puisi.
7)Makna Afektif : berkaitan dengan perasaan dan emosi bukannya fikiran atau daya
fikir. Istilah sering digunakan secara eksplisit (lontaran suara/intonasi) sama ada afektif yang
positif atau negatif. Makna afektif adalah makna yang muncul sebagai akibat reaksi
pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa akibat reaksi pendengar yang
dipengaruhi unsur perasaan atau emosional. Contoh ayat, "bangun, nak" (kasar atau halus).
8)Makna Gramatikal : makna baru yang wujud akibat daripada proses
pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan. Contoh; batas, batasan, membatas,
perbatasan, terbatas dan lain-lain lagi. Proses gramatikal atau pengimbuhan asli atau
pinjaman (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) yang berlaku pada kata dasar boleh
mengubah golongan kata dan makna.
9)Makna Tematik : disampaikan melalui susunan bunyi , susunan kata, fokus dan
juga tekanan. Ayat tersebut dapat dilihat dalam ayat pasif dan ayat aktif. Adik menendang
bola. Bola ditendang oleh adik yang mempunyai nilai komunikasi yang berbeza. Contoh; Ali
anak doktor Kasim kemalangan semalam. Makna tematik akan difahami setelah
dikomunikasikan oleh pembaca atau penulis baik melalui urutan kata-kata,
fokus pembicaraan mahupun tekanan suara. Contoh ; Saya sayang awak. @ Saya
sayaaaaaang awak!. Makna tidak akan terhasil melalui penulisan kerana penekanan dan
fokus dalam ayat tersebut tidak jelas sepertimana ayat yang diujarkan.
10)Makna Gaya : Gaya penulisan atau perkataan yang digunakan oleh penulis
dalam karya mereka seperti novel, sajak, cerpen dan sebagainya. Gaya bahasa apabila
bercakap, menulis dapat dinilai dari sudut perkataan, ikatan ayatnya, jalan bahasanya
atau bentuk peribahasanya. Hal ini berkaitan kemajuan yang dikecapi oleh masyarakat
pada hari ini, sifat ketamadunan dan adat resam. Gaya bahasa ini mengenai :
a) Bahasa figuratif : perluasan makna bagi sesuatu perkataan sehingga
menimbulkan kepelbagaian makna bagi perkataan tersebut. Penulis karya yang kreatif akan
membawa pembaca ke dunia baru dengan bahasa figuratif. Contoh metafora (
perbandingan antara dua benda untuk memberi persamaan sifat objek, contoh Aliah jinak-
jinak merpati), alusi (rujukan ringkas kepada orang, tempat atau peristiwa yang terkenal
dengan grafik, contoh: syurga di telapak kaki ibu), Simile ( perbandingan bersifat eksplisit
iaitu perbandingan secara langsung yang sama dengan benda lain, contoh : seperti, sama,
bagaikan, sebagai, laksana dan sama ), Personifikasi ( menggambarkan benda-benda
bukan hidup dengan sifat-sifat kemanusiaan seolah-olah hidup seperti manusia, contoh
: daun melambai, bukit mengamuk), Ironi ( menyatakan sesuatu dengan maksud yang
berlawanan, bukan maksud sebenar tetapi lebih pada sindiran atau penipuan, contoh
: Awaklah paling cantik .Hakikatnya tidak cantik. ),Hiperbola (gaya bahasa melebihi maksud
perkataan. Perkara yang kecil diperbesarkan., contoh : Matanya merah menyala,menyinga
dan sebagainya)
b)Bahasa Dialek : variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh
kumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat. Ragam bahasa dialek berbeza dengan
suatu ragam bahasa lain berdasarkan ciri-ciri penyebutannya, kosa kata, tatabahasa dan
suasana sosial tertentu. Dialek yang popular ialah dari Terengganu, Kelantan, Negeri
Sembilan, Kedah, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Perak dan Kedah.
c)Gaya bahasa berirama : Gaya bahasa puisi yang bertujuan untuk memperindah
bahasa dan menimbulkan daya tarikan atau kesan-kesan lain. Antara bahasa berirama yang
boleh diaplikasikan pengarang ialah pantun, syair, sajak, pepatah atau bidalan serta bait-bait
lagu. Karya klasik menggunakan bahasa berirama seperti prosa-prosa berbentuk hikayat,
cerita-cerita panji.
d)Ekspresi pengarang : Gaya penulisan seseorang membuktikan karyanya asli,
memperlihatkan identiti diri dan tidak dan diketahui penulisannya dipengaruhi oleh
pengarang lain atau tidak. Gaya penulisan sama ada lebih baik, menarik atau sebaliknya
membosankan. Pengaruh gaya penulis lain dapat membuka minda dan ruang lingkup
pemikiran seseorang penulis. Peniruan juga merupakan proses pembelajaran untuk menulis
bagi mencari identiti sendiri.
11)Makna Asosiatif : makna yang sama dengan lambang atau perlambangan
digunakan untuk menyatakan konsep lain yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan
atau ciri yang ada konsep asal kata tersebut. (Contoh: putih berasosiasi dengan sesuatu
yang suci dan kesucian. )
12)Makna Stilistik : makna dalam sebuah kata yang menunjukkan lingkungan sosial
penggunaannya. ( Contoh : naik : bergerak ke atas, mendaki, menumpang, bertambah,
kembang )Makna stilistik lebih banyak ditampilkan dalam gaya bahasa iaitu penilaian
bahawa penuturnya berbudi bahasa atau tidak.
13)Makna kolokatif : Makna yang berhubungan dengan kata-kata tertentu dan
hanya merangkumi kata-kata yang bersesuaian dengannya. (Contoh : cantik dan tampan
bermaksud indah. Walau bagaimanapun tampan tidak dapat berkolokasi dengan kata gadis.)
14) Makna kata : Makna kata adalah makna dasar sesebuah kata berhubung
dengan makna sesuatu perkataan apabila berada dalam sesuatu konteks ayat. ( Contoh :
makan; memasukkan sesuatu ke dalam mulut, makan hati : tersinggung atau tersentuh )
15) Makna istilah : mempunyai makna yang pasti , jelas dan tidak meragukan
meskipun tidak berada dalam konteks ayat. Istilah hanya digunakan pada bidang ilmu atau
kegiatan tertentu. (Contoh : lengan dan tangan ; dalam bidang kedoktoran mempunyai
makna yang berbeza.)
16)Makna Idiom : satuan bahasa (kata, frasa, kalimat) yang maknanya tidak dapat
diramalkan dari makna leksikal dan makna gramatikal dalam pembentukannya. Terdiri
daripada dua bentuk iaitu idiom penuh( idiom yang secara keseluruhannya merupakan satu
kesatuan dengan makna) dan idiom sebahagian (masih ada unsur yang memiliki makna
leksikalnya sendiri tetapi terdapat kekeliruan terhadap penggunaan idiom, ungkapan dan
metafora).
17)Makna Peribahasa : suatu kiasan/bahasa/bunga bahasa dalam kata-kata yang
menggunakan kalimat/kelompok kata untuk menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu.
Maksudnya berlainan daripada makna asalnya. Tujuannya adalah sebagai kiasan, teladan
dan pengajaran untuk menghiasi karangan dan percakapan.
18)Makna kontekstual : berkaitan dengan atau menurut konteks. Menurut Abdullah
Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra'in Shaari,(2009), makna kontekstual sebagai makna
sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks. Makna konteks boleh
berkenaan dengan situasi iaitu tempat, waktu dan lingkungan penggunaan bahasa
itu. (Contoh : Kepala : rambut di kepala, sebagai kepala sekolah, kepala surat)
19)Makna Referensial : perkataan yang mempunyai referen atau acuannya.
Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh tergolong sebagai perkataan yang
mempunyai makna referensial. (Contoh : makan, cerdik, kasut dan lain-lain).

************************

Peribahasa ialah satu bayangan falsafah dan pemikiran bangsa yang memperkaya
khazanah bangsa. Selain itu, peribahasa memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara
berfikir dan kepekaan akal budi yang tinggi bagi masyarakat pengguna bahasa itu.
Peribahasa mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang
membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam
sekeliling sebagai pedoman kepada masyarakat.
Peribahasa sebagai petua, nasihat atau petunjuk sebagai tatatertib pergaulan,
tatasusila dalam pergaulan dan hubungan sesama manusia sebelum kewujudan undang-
undang. Peribahasa digunakan sebagai komunikasi yang mengajar kita untuk berkomunikasi
secara lembut dan berbudi bahasa.
Peribahasa mempunyai pengertian tertentu dan digunakan oleh masyarakat dahulu
untuk menyampaikan sesuatu maksud tersirat secara halus sebagai kiasan, sindiran dan
teguran bagi menyembunyikan kata-kata kesat atau kasar. Susunan pada peribahasa
adalah tetap dan tidak boleh ditukar (ayat pasif menjadi ayat aktif)
Cabang peribahasa ada banyak pendapat.
a) Rubiah Aksah (2005) menyatakan ada lima cabang iaitu simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, bidalan, serta kata-kata hikmah.
b) Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1993) ada empat cabang iaitu simpulan
bahasa, pepatah, perumpamaan dan bidalan.
c) Za'ba :terbahagi kepada dua iaitu 1. peribahasa; pepatah, perbilangan, bidalan,
perumpamaan, lidah pendeta. 2. kiasan ; kiasan, ibarat dan tamsil (persamaan sebagai
umpama (misal), misalan, contoh.
Perumpamaan : susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas
berlainan daripada apa yang diucapkan atau ditulis dalam ayat itu atau yang
membandingakn sesuatu dengan benda lain. Setiap kata dalam perumpamaan adalah
diumpamakan dengan sikap dan perangai manusia atau corak hidup masyarakat.
Perumpamaan menggunakan kata bandingan seperti macam, umpama, bak,
laksana dan seperti, bagai, ibarat.
Kata bandingan dalam perumpamaan di hadapan ayat. Contoh ; Laksana golok
kayu, ditetak tak makan dijual tak laku, Bagai burung dalam sangkar, mata terlepas badan
terkurung, Umpama membungkus api.
Kata bandingan dalam perumpamaan di tengah-tengah ayat. Contoh ; Pantas
seperti lipas kudung, Pekak macam badak.
Perumpamaan yang tidak menggunakan kata penunjuk ini biasanya berkaitan
dengan pelbagai perkara seperti persaudaraan, hati dan pendirian, usaha dan sebagainya.
Contohnya; bersaksi ke lutut, potong hidung rosak muka, getah meleleh ke pangkal, daun
melayang jauh,
Pepatah berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang dan peraturan
masyarakat. Bersifat sangat ringkas, berkerat-kerat atau berpatah-patah dan mementingkan
ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran.
Nilai-nilai murni dalam pepatah untuk menyatukan anggota sesebuah masyarakat,
membentuk tamadun, gambaran tentang sikap dan nilai anggota masyarakat, pendidikan,
membentuk keperibadian agar lebih bijaksana dan penyayang.
Bidalan adalah kata-kata yang sering kali disebut dan diucapkan yang
mengandungi nasihat, peringatan, bimbingan, teladan, dan sebagainya. Hampir
menyerupai pepatah tetapi terdapat perbezaan di mana bidalan lebih kerap digunakan
dalam kehidupan seharian kerana mempunyai perbandingan dan teladan tertentu yang
boleh dijadikan sebagai pedoman hidup.
Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti, hendaklah, jangan, lebih baik,
biar, harus, usah dan ini yang membezakannya dengan perumpamaan. (contoh; jangan
pijak terpijak, biar bodoh bersuluh, jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit,
baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang.
Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan
mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal.
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah yang membawa
maksud yang tepat dan padat.
Menurut Za'ba, simpulan bahasa terhasil daripada:
a) perbandingan atau kiasan cerita masyhur. (Contoh; Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai
Malang)
b) benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling (Contoh ; mandi kerbau, kutu
embun)
c) kepercayaan orang ramai. (Contoh; harimau berantai, buruk siku)
d) kebiasaan atau resaman bahasa. (Contoh; ada hati, gila bahasa, beri muka)
Ciri-ciri simpulan bahasa terbentuk daripada;
a) penggunaan kata nama ( anak buah, buah tangan, lipas kudung)
b) penggunaan kata kerja ( ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang telinga.
c) kata adjektif ( besar kepala, bodoh sepat, kecil hati)
d) kata nama khas ( Abu Jahal, Mat Jenin, Pak Kaduk)
e) nilai kepercayaan (air pinang, batu buyung dan makan bulan)
f) berkaitan dengan tubuh badan; (gigi air, mata keranjang, telinga kuali, lidah
bercabang)
g) berkaitan dengan haiwan (saudara anjing, akal kancil, biawak hidup)
h) berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan ( durian runtuh, diam ubi, tangkai jering)
i) lain-lain kategori ; ( cincin tanda, jadi abu, serkap jarang, kurang ajar)
*****************


Semantik : kajian makna
Pragmatik : menghuraikan makna berdasarkan konteks.
Sintaksis : pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan) tentang susunan kata
dalam ayat.
Sinonim :sama erti/makna
Antonim : berlawanan
Hiponim : kata yang terangkum dalam makna kata yang lain [ Binatang
(Hiponim/Superordinat) : Lembu, kambing, ayam, itik (Hipernem/subordinet) ]. Terdiri
daripada 2 jenis iaitu hiponim tulen dan hiponim umum.
Polisem : mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu
sama lain. [hulu sungai : hulu parang , pangkal lidah : pangkal pokok]
Homomim : mempunyai kesamaan bunyi dan ejaan tetapi berbeza makna. [kata
banyak makna seperti gugur, bunga, dingin]
Homograf : mempunyai kesamaan ejaan dengan perkataan lain tetapi berbeza
makna [ semak, rendang, perang ]
Homofon : perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza
maknanya
Leksikografi : kajian tentang makna dan penggunaan perkataan. Kamus ekabahasa,
dwibahasa dan aneka bahasa.
morfem : satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi tertentu;
Contoh 'Perumahan ' ;'rumah' : morfem bebas manakala 'per-' dan '-an' morfem terikat.
fonem : unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata.
fonetik : ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan
lambang yang menunjukkan sebutannya.
wacana : kesatuan ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan, pertukaran idea
dalam bentuk tulisan atau lisan.
Lakuan bahasa : ketika berkomunikasi, setiap pertuturan mempunyai makna yang
tersirat [ pernyataan, amaran, perintah, menanya soalan, membuat janji, ugutan ]

Anda mungkin juga menyukai