Anda di halaman 1dari 30

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

5.0

STANDARD KANDUNGAN DAN


STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK
TATABAHASA

Standard Kandungan Aspek Tatabahasa yang digubal bertujuan menentukan keupayaan


murid menguasai asas berbahasa dengan nahu yang betul. Guru perlu melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini secara penggabungjalinan dengan
kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran lisan, membaca atau menulis.
Aspek
tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid ialah golongan kata, pembentukan kata dan
pembinaan ayat. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran tatabahasa in harus diajar secara
berfokus dan terancang. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru
perlu menetapkan objektif yang mesti dicapai oleh murid dengan merujuk Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran aspek Tatabahasa yang disediakan.
Standard Kandungan Aspek Tatabahasa
Murid patut mengetahui dan boleh:
5.1

Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.

5.2

Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai


situasi dengan betul.

5.3

Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi.

Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa


5.1.1

Memahami dan menggunakan kata nama am konkrit dan penjodoh bilangan


dengan betul mengikut konteks.

5.1.2

Memahami dan menggunakan kata nama khas tak hidup dengan betul mengikut
konteks.

5.1.3

Memahami dan menggunakan kata ganti nama


konteks.

5.1.4

Memahami dan menggunakan kata kerja pasif dengan betul mengikut konteks.

5.1.5

Memahami dan menggunakan kata adjektif dan kata penguat dengan betul
mengikut konteks.

122

tunjuk dengan betul mengikut

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

5.1.6

Memahami dan menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul


mengikut konteks.

5.1.7

Memahami dan menggunakan kata bantu, kata perintah dan kata pemeri dengan
betul mengikut konteks.

5.2.1

Memahami dan menggunakan imbuhan akhiran -an, -kan, -i, imbuhan apitan pada
kata kerja, kata nama dan kata adjektif serta imbuhan pinjaman dengan betul
dalam pelbagai situasi.

5.2.2

Memahami dan menggunakan kata ganda separa dengan betul dalam pelbagai
situasi.

5.2.3

Memahami dan menggunakan kata majmuk bentuk yang telah mantap dengan
betul dalam pelbagai situasi.

5.3.1

Memahami dan membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat yang
betul dalam pelbagai situasi.

5.3.2

Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif dengan betul dalam pelbagai
situasi.

123

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

5.0

STRATEGI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
TATABAHASA

Semasa
merancang
strategi
pengajaran dan pembelajaran bagi
aspek tatabahasa, guru perlu memberi
pertimbangan pada aktiviti yang sesuai
dilaksanakan sebelum, semasa dan
selepas pengajaran dan pembelajaran
yang
diajar.
Pengajaran
dan
pembelajaran kemahiran ini boleh
dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti
secara terancang bagi mencapai
objektif yang telah ditentukan. Guru
boleh merancang strategi pengajaran
dan pembelajaran dengan pelbagai
cara seperti dalam contoh rancangan
mengajar yang disediakan ini.

124

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

TEMA

KESIHATAN

TAJUK

Amalan Pemakanan Seimbang

MASA
STANDARD
PEMBELAJARAN

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja pasif dengan


betul mengikut konteks.
Pada akhir pengajaran murid dapat:

OBJEKTIF

i. menyenaraikan kata kerja pasif dengan betul secara lisan


dan
bertulis.
ii. membina ayat menggunakan kata kerja pasif mengikut
konteks
dengan betul.
Ilmu : Pendidikan Kesihatan, Celik Kewangan

PENGISIAN
KURIKULUM

Nilai : Mementingkan Kesihatan


EMK : Kreatif dan Inovatif
KB

: Menjana Idea, Mengecam

BCB : Bacaan Intensif


SISTEM BAHASA

Tatabahasa: Kata kerja pasif

BAHAN BANTU
BELAJAR

Lembaran kerja, benda maujud

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Murid dapat menyenaraikan lima kata kerja pasif secara lisan


dan bertulis dengan betul.

REFLEKSI

125

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI

CATATAN

Berbual
1. Murid diminta untuk mengambil contoh
makanan yang terdapat di dalam kotak dan
berbual tentangnya
- Kepentingan makanan seimbang
- Kesan pengambilan makanan seimbang
: tidak diserang penyakit
: tidak perlu mengeluarkan
perbelanjaan untuk mendapatkan
rawatan

Ilmu : Pendidikan
Kesihatan
Nilai :Mementingkan
Kesihatan

Benda maujud
KB : Menjana
Idea
Lampiran 1

Ilmu :
Celik Kewangan

Membaca teks dan berbincang


1. Murid diberikan teks syarahan untuk
dibaca secara intensif.

EMK :
Kreatif dan Inovatif

Lampiran 2

2.

Guru dan murid berbincang tentang teks.

BCB : Bacaan
Intensif

3.

Murid diberi penerangan tentang kata kerja


pasif.

KB :
Mengecam

4.

Murid diminta menggarisi kata kerja pasif


yang terdapat dalam teks.

Membina ayat
1.

Murid membina ayat dengan menggunakan


kata kerja pasif yang terdapat dalam teks.

2.

Murid menulis ayat tersebut dalam buku


latihan.

Penilaian
126

KB : Menjana
Idea

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI
1.

Murid menukarkan ayat kata kerja aktif


kepada ayat kata kerja pasif.

CATATAN
Lampiran 3

Pemulihan
1.

Murid menuliskan kata kerja pasif yang betul


berpandukan kata kerja aktif yang diberi.

Lampiran 4

Pengayaan
1.

Murid menulis satu perenggan berita


mengenai kesihatan dengan
menggunakan beberapa ayat yang
mengandungi kata kerja pasif.

127

Lampiran 5

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran 1

ARAHAN :
Guru perlu menyediakan bekas-bekas kecil yang
diisi dengan pelbagai jenis makanan dan dimasukkan
ke dalam sebuah kotak.

Contoh : Nasi
Buah limau
Kacang
Roti
Sayur
Telur
Susu

128

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran 2
Baca teks syarahan di bawah.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Guru Kelas 4 Baiduri, Puan
Iffah Humaira dan rakan-rakan yang dikasihi.
Saya ingin menyampaikan syarahan tentang Amalan Pemakanan Seimbang
dan Kesannya Terhadap Kesihatan.
Kesihatan diri amatlah penting. Sekiranya kesihatan tidak dijaga, kita akan mudah
mendapat penyakit. Zat makanan diperlukan oleh tubuh kita. Zat makanan yang
utama seperti karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan mineral.
Pengambilan makanan yang seimbang hendaklah diamalkan, apatah lagi
sistem pertahanan diri dapat diperkukuh dan penyakit boleh dihindari. Saya
berharap kawan-kawan menjadikan amalan pemakanan seimbang dan beriadah
sebagai budaya hidup.
Sekian, terima kasih.

129

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran 4
Penilaian
Tukarkan ayat aktif di bawah
menjadi ayat pasif.

1.

Wahidah mencuci pinggan di dapur.

2.

.
Mereka meraikan hari lahir Puan Maizura.

3.

.
Pak Sawardi menangkap ikan di laut.

4.

.
Negara Malaysia telah mengalahkan Singapura dalam perlawanan
bola sepak itu.

5.

.
Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memajukan negara kita.

6.

Cikgu Julia menasihati murid-muridnya agar mengulang kaji


pelajaran.

7.

..
Putra Arif membaca buku cerita untuk mengisi masa lapangnya.

8.

..
Harimau yang garang itu menerkam kijang.

9.

.
Mak Rohana sedang menganyam sarung ketupat untuk persediaan
menyambut hari raya.

10.

.
Tukang kebun sedang mencantas pokok bunga.
....

130

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran
Pemulihan
Tukarkan kata kerja aktif di bawah menjadi
kata kerja pasif.

Kata kerja aktif

Kata kerja pasif

Memancing
Memasak
Menghidang
Menggoreng
Merebus
Menutup
Menjaga
Menghindari

131

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran 5
Pengayaan
Karangkan sebuah cerita
dengan menggunakan
perkataan-perkataan diberi.

dimasukkan

ditemani

diberi

dinasihatkan

diserang

dilarang

dibenarkan

Kelas Empat Rajin mempunyai murid seramai 40 orang. Pada minggu ini
seorang murid telah diserang penyakit demam malaria. Dua orang lagi telah
.......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
132

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

TEMA

KESELAMATAN

TAJUK

Keselamatan di Jalan raya

MASA

STANDARD
PEMBELAJARAN

5.3.2

Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif dengan


betul dalam pelbagai situasi.

Pada akhir pengajaran murid dapat:


i.

menulis ayat pasif dengan betul berdasarkan ayat aktif yang


diberi.

ii.

memberi pendapat tentang maklumat yang terdapat dalam


poster

OBJEKTIF

Ilmu : PKJR, Celik Kewangan


PENGISIAN
KURIKULUM

Nilai : Berhati-hati, Patuh


EMK : Kreativiti dan Inovasi
KB

: Menjana Idea, Mengelas,


Membanding Beza, Menyusun Atur

SISTEM BAHASA

Tatabahasa : Ayat aktif, ayat pasif.

BAHAN BANTU
BELAJAR

Poster, keratan akhbar, lembaran kerja, senarai semak

PENILAIAN
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN

Murid dapat menulis ayat pasif berdasarkan ayat aktif yang diberi
dengan betul.

REFLEKSI

133

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI

CATATAN

Bersoal jawab
1. Murid dan guru bersoal jawab tentang
poster keselamatan jalan raya yang
ditunjukkan .
2. Guru dan murid berbual tentang
insuran hayat dan insuran kenderaan
serta kepentingannya sekiranya
berlaku kemalangan.

Ilmu : PKJR,

KB : Menjana Idea

Nilai : Berhati-hati

Lampiran 1

Ilmu:
Celik Kewangan

Membina ayat
1. Murid membina ayat aktif berdasarkan
poster.

KB : Menjana Idea
Lampiran 1

2. Murid membaca ayat aktif yang dibina.


3. Guru menerangkan tentang ayat pasif.
4. Murid dibimbing membina ayat pasif
berdasarkan ayat aktif yang tersedia.
Dengar dan Catat
1. Beberapa orang murid diminta
mengambil kad ayat di dalam kotak dan
membacakan ayat tersebut.

Lampiran 2(i) , 2(ii)

2. Murid lain menentukan sama ada ayat


tersebut ayat aktif atau ayat pasif
dengan mencatatkan dalam senarai
semak yang disediakan.

KB - Mengelas

134

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI

CATATAN

Penilaian
Lampiran 3
1. Murid membina ayat pasif
berdasarkan ayat aktif yang diberi.

Pemulihan
1.

KB : Menyusun Atur

Murid menyusun semula perkataan


menjadi ayat pasif yang betul.

Lampiran 4

Pengayaan
KB : Membanding
Beza

1. Guru mengedarkan satu keratan


akhbar.

Lampiran 5(i), 5(ii)


2. Murid membaca keratan akhbar secara
mentalis dan mengenal pasti ayat aktif
dan ayat pasif.
3. Murid menyalin ayat aktif dan ayat pasif
pada ruangan yang betul.

135

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran 1
Teliti dan bincang maklumat dalam
poster keselamatan jalan raya yang
ditunjukkan di bawah ini.

136

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran 2(i)
Baca dan fahami ayat aktif dan ayat pasif
di bawah ini.

1. Pekerja membaiki jalan yang rosak itu.

2. Sampah sarap dibakar oleh ayah pagi tadi.

3. Rumah itu dilanggar oleh lori pada bahagian depannya.

4. Kakak membelikan ibu seutas rantai.

5. Gadis itu menjahit sehelai baju untuk adiknya.

6. Pembuli jalan raya itu telah ditangkap.

137

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran 2(ii)
Lengkapkan borang di bawah.

SENARAI SEMAK
Dengar bacaan kawan kamu dan tanda ( / ) pada ayat aktif dan ( X ) pada
ayat pasif.

Ayat

Aktif

138

Pasif

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran 3
Penilaian
Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif yang
diberi di bawah ini.

Ayat aktif

: Saya mencuci kasut sekolah.

Ayat pasif

: _____________________________________________ .

Ayat aktif

: Awak mesti menyerahkan surat itu.

Ayat pasif

: _____________________________________________ .

Ayat aktif

: Cikgu Ramlan mengarahkan murid-murid supaya beratur.

Ayat pasif

: _____________________________________________ .

Ayat aktif

: Saya akan memetik bunga itu.

Ayat pasif

: _____________________________________________ .

Ayat aktif

: Kami sudah menyusun jadual itu.

Ayat pasif

: _____________________________________________ .

139

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran 4
Pemulihan
Susun perkataan di bawah menjadi ayat pasif yang
lengkap.

1.

ibu dipakai Topi keledar oleh itu


_____________________________________________________________.

2.

jalan Peraturan mesti kita raya patuhi


_____________________________________________________________ .

3.

disaman cuai Pemandu polis yang itu kereta oleh


_____________________________________________________________ .

4.

dibawa Mangsa oleh kemalangan hospital itu Pak Abu ke


_____________________________________________________________ .

5.

oleh ditunggang Basikal itu cermat adik dengan


_____________________________________________________________ .

6.

tuntun jalan raya semasa Adik saya melintas


____________________________________________________________ .

140

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran 5(i)
Pengayaan
Baca dan fahami berita di bawah.
Kemudian, garisi ayat aktif dan ayat pasif.

PENIAGA MAUT KERETA LANGGAR TIANG ELEKTRIK


KAJANG, 13 Mac Seorang peniaga maut terlanggar tiang elektrik. Kejadian
tersebut berlaku ketika hujan lebat petang semalam.
Mangsa Azmi bin Daman, 38 tahun, memandu kereta itu dengan laju.
Rakannya Mahadzir bin Salleh, 36 tahun, cedera di bahagian kepala dan
dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Serdang. Difahamkan, beliau
telah dirawat oleh seorang doktor pakar. Ketika kejadian tersebut berlaku,
mangsa bersama rakannya dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur
selepas balik dari tempat kerja.
Menurut beberapa orang saksi yang melihat kejadian tersebut, kereta
mangsa dipandu dengan laju. Kelajuan itu menyebabkan kereta terbabas dan
melanggar tiang elektrik.
Ibu mangsa, Sharifah binti Yusoff, 58 tahun telah dihubungi oleh pihak
polis. Beliau tidak menyangka akan sikap anaknya yang tergesa-gesa mahu
pulang itu adalah petanda bahawa dia akan kehilangan anak sulungnya buat
selama-lamanya.

141

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Tulis ayat aktif dan ayat pasif yang


diperoleh daripada keratan akhbar dalam
ruangan yang betul.

Lampiran 5(ii)

Ayat aktif

1. .............
.. .
2. .
.
3. .
. .

Ayat pasif

1. .............
.. .
2. .
.
3. .
. .

142

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

TEMA

KEMASYARAKATAN

TAJUK

Kebakaran

MASA
STANDARD
PEMBELAJARAN

5.1.6

Memahami dan menggunakan kata hubung


pancangan keterangan dengan betul mengikut
konteks.

Pada akhir pengajaran murid dapat:


i.

melengkapkan ayat dengan menggunakan kata hubung


pancangan keterangan dengan betul mengikut konteks.

ii.

menulis ayat dengan kata hubung yang betul mengikut


konteks.

OBJEKTIF

Ilmu : Sivik, Celik Kewangan


Nila : Berhati-hati, peka
PENGISIAN KURIKULUM

EMK : Kreativiti dan Inovasi


KP

: Interpersonel

KB

: Menjana Idea

SISTEM BAHASA

Kosa kata: kata hubung pancangan keterangan -kerana,


andai kata, manakala, ketika, agar, supaya

BAHAN BANTU
BELAJAR

Petikan berita, lembaran kerja, kad perkataan

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Murid dapat melengkapkan ayat dengan menggunakan kata


hubung pancangan keterangan dengan betul.

REFLEKSI

143

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI

CATATAN

Membaca
1. Guru bersoal jawab tentang bunyi siren
yang diperdengarkan untuk
mengaitkannya dengan tajuk
kebakaran.

Ilmu : Sivik

KB : menjana idea

Nilai

Lampiran 1

: peka

2. Murid membaca secara mekanis


petikan yang diedarkan.
3. Murid menerangkan risiko yang
dihadapi jika harta benda tidak
dilindungi dengan bimbingan guru.
4. Bersoal jawab tentang cara membantu
mangsa bencana.

Menyenaraikan kata hubung


1. Guru memberi penerangan tentang
kata hubung pancangan.

KP - Interpersonel
Lampiran 1

2. Murid menyenaraikan kata hubung


berdasarkan petikan.
3. Murid membaca ayat yang
mengandungi kata hubung pancangan
keterangan daripada petikan.

144

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI

CATATAN

Membina ayat
1.

Murid dibahagikan kepada beberapa


kumpulan.

2.

Wakil setiap kumpulan diminta


memilih perkataan kata hubung di
dalam sampul surat yang diberi.

3.

Murid diminta membaca kad


perkataan tersebut dan seterusnya
membina ayat menggunakan kata
hubung tersebut secara spontan.

4.

Murid yang lain diminta mencatat ayat


yang dibina oleh rakan mereka.

Nilai : Bekerjasama

KB Menjana
Idea
Sampul surat
Kad perkataan

Menyusun perkataan
1.

2.

Murid menyusun kad perkataan yang


diberi supaya menjadi ayat majmuk
yang lengkap.

EMK :
Kreativiti dan Inovasi

Wakil kumpulan menampal kad


perkataan yang telah disusun pada
papan kapur.

KB Menyusun
Atur
Kad Perkataan

Penilaian
1. Murid melengkapkan ayat dengan kata
hubung pancangan keterangan dengan
betul.

145

Lampiran 2

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

AKTIVITI

PENGISIAN
KURIKULUM

CATATAN

Pemulihan
KB : Mengecam
1.

Murid menggariskan kata hubung


pancangan dalam ayat yang diberi.

Lampiran 3

Pengayaan
KB :
Mengecam
Menjana Idea

1. Murid diminta mencari kata hubung


pancangan daripada maklumat yang
diberi.

Lampiran 4
2. Murid membina ayat menggunakan kata
hubung tersebut.

146

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran 1

Baca dan sebutkan perkataan berwarna di


bawah.

Sebuah Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang


TAPAH, 18 September Suasana gembira sebuah keluarga
menjelang hari raya bertukar menjadi sedih kerana satu kebakaran telah
memusnahkan rumah mereka awal pagi tadi.
Ketua Polis Batang Padang menjelaskan terdapat dua orang kanakkanak tercedera sewaktu kejadian itu. Manakala ibu mereka hanya
mengalami kecederaan ringan ketika cuba menyelamatkan mereka.
Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada penggunaan ubat
nyamuk. Tiada apa-apa yang dapat diselamatkan daripada kebakaran
tersebut kerana api marak terlalu cepat.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat menasihatkan orang ramai
agar lebih berhati-hati supaya kejadian seumpama itu dapat dielakkan.
Pihak Bomba menghadapi kesukaran untuk memadamkan kebakaran
kerana tekanan air di kawasan tersebut rendah manakala air sungai yang
berhampiran pula cetek.
Api hanya dapat dikawal dalam masa 30 minit. Pada masa yang
sama penduduk di kawasan itu melancarkan derma kilat untuk membantu
mangsa kebakaran tersebut.

147

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Susun semula perkataan yang diberi supaya


menjadi ayat majmuk.

1.

2.

panas

ke

demam

kerana

sekolah

bahawa

Azri

memberitahu

tidak

tidak

sihat

Dia

saya

dia

3.
berbunyi

Loceng

itu

saya

menekannya

apabila

4.

awal

tidak

bas

supaya

Ramlah

anaknya

Bangunlah

ketinggalan

5.

berdoa
dan

agar
sihat

148

cergas

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran 2
Penilaian
Lengkapkan ayat di bawah
dengan kata hubung pancangan
keterangan yang sesuai.

sementara

bahawa

ketika

kerana

1.

supaya

Permainan itu ditangguhkan _______________hujan turun dengan


lebatnya.

2.
Kita harus ingat ___________ rajin dan usaha ialah tangga kejayaan.
3.
Kebakaran itu berlaku ____________ mereka sedang tidur.

4.

5.

Zila membaca buku _______________ menunggu loceng berbunyi.

Razak mengurangkan makanan bergula _______________ tidak mendapat


penyakit kencing manis.

149

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran 3
Pemulihan
Garisi kata hubung pancangan dalam ayat di
bawah.

1.

Dia belajar dengan tekun agar lulus dalam peperiksaan.

2.

Azim berlari lintang- pukang apabila dikejar oleh anjing.

3.

Adam dimarahi oleh ibunya kerana malas belajar.

4.

Karim duduk sahaja manakala orang lain sibuk mengemaskan bilik darjah itu.

5.

Dia sering bersenam supaya badannya sentiasa sihat.

6.

Azam mengalami kemalangan ketika pulang dari sekolah.

150

Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

Lampiran 4
Pengayaan

Bina ayat menggunakan kata hubung yang


diperoleh di bawah.

Langkah-Langkah keselamatan untuk mencegah kebakaran.

Kita mestilah memastikan semua suis eletrik dimatikan ketika meninggalkan


rumah.

Pastikan setiap rumah memiliki alat pencegah kebakaran agar kebakaran


dapat dielakkan.

Pastikan mancis disimpan di tempat yang selamat supaya tidak dapat


disalahgunakan oleh kanak-kanak.

Kita harus cepat bertindak andai kata melihat kebakaran berlaku di sesuatu
tempat.

Elakkan daripada menggunakan barangan eletrik yang telah rosak kerana


perbuatan tersebut boleh menyebabkan kebakaran.

151

Anda mungkin juga menyukai