Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB 3093
PENGAJARAN ASPEK SENI BAHASA DAN ASPEK TATABAHASA
BAHASA MELAYU

Nama : MAITHILLI A/P THANGARAJ


No. K/P : 010112-08-0682
Angka Giliran : 2020242340055
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : V3
Nama Pensyarah : EN ZAINAL ARIFF BIN MAT
Tarikh Hantar : 24 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengakuPEMERIKSA
bahawa tugasan adalah hasilMODERATOR
kerja kursus iniPELAJAR
PENGESAHAN kerja saya sendiri kecuali
Markah
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya sayaMarkah
jelaskan sumbernya.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Tandatangan
Tandatangan Pelajar : Tarikh : 24 MAC 2022
------------------
Tandatangan
Cop Pelajar: Cop Tarikh : 24 MAC 2022

Tarikh Tarikh

1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN
TAHUN AKADEMIK: 2022

Program : PISMP Nama Pelajar :


Kod : BBMB3093 Semester/Tahun: SEMESTER
SEMESTER 2/ TAHUN22
III/TAHUN
Nama Kursus : PENGAJARAN ASPEK Ambilan : JUN 2021
SENI BAHASA DAN
ASPEK TATABAHASA Kumpulan : V1, V2, V3, V4, V5, V6 dan V7
BAHASA MELAYU
TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR
PENULISAN ESEI 18 FEBRUARI 2022 07 MAC 2022
PENULISAN RANCANGAN
07 MAC 2022 16 MAC 2022
PENGAJARAN HARIAN
PENULISAN REFLEKTIF 10 MAC 2022 24 MAC 2022

Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:


1. Menghuraikan pendekatan modular dan objektif aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan berkesan (C2,
PLO1, PLO3, CTPS2)
2. Mengaplikasikan pendekatan, kaedah, teknik pengajaran dan pembelajaran aspek seni bahasa dan aspek
tatabahasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara lisan dan bertulis (C3, PLO3, CTPS3)
3. Menghubungkaitkan pelbagai bahan bantu belajar dengan aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa dalam
penghasilan penulisan reflektif (C6, PLO6, LL1)
4. Membincangkan jenis pentaksiran berdasarkan standard prestasi bagi aspek tatabahasa (C5, PLO3,
CTPS1)
5. Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa dengan idea yang
kreatif (C6, PLO3, CTPS4, PLO6, LL2)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3,4 dan 5.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas seperti yang berikut:


1. Menulis dan menghurai pendekatan modular serta objektif aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan
berkesan.
2. Mengaplikasi satu pendekatan, kaedah, teknik pengajaran dan pembelajaran aspek seni bahasa dan
tatabahasa dalam aktiviti pembelajaran dengan memasukkan jenis pentaksiran berdasarkan standard
prestasi bagi aspek tatabahasa.
3. Menghasilkan penulisan reflektif dengan menghubungkaitkan pelbagai bahan bantu belajar dengan
aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa.
4. Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian Aspek Seni Bahasa dan aspek tatabahasa dengan idea yang
2
kreatif dan menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan.

3
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan seperti yang berikut :

TUGASAN 1 (25%)
PENULISAN ESEI

1. Dengan mengemukakan contoh-contoh yang bersesuaian, hasilkan satu penulisan esei berkaitan strategi
pengajaran dan pembelajaran aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa berdasarkan keperluan pengajaran
dan pembelajaran abad ke-21.
2. Penulisan tersebut hendaklah mengandungi:
i. perbincangan tentang pendekatan modular serta objektif aspek seni bahasa dan aspek
tatabahasa berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah dengan berkesan;
ii. pengaplikasian pendekatan, kaedah, teknik pengajaran dan pembelajaran aspek seni bahasa
dan tatabahasa dalam aktiviti pembelajaran; dan
iii. penghuraian pendek tentang jenis pentaksiran berdasarkan standard prestasi bagi aspek tatabahasa.
3. Panjang esei ialah 1000 patah perkataan.

TUGASAN 2 (15%)
PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
KPPB – PRKA3012 DAN RBTS3232

1. Dengan merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(DSKP) dan format Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu (RPH) yang terkini, hasilkan satu
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang berkaitan dengan (PILIH i
ATAU ii):
i. Aspek seni bahasa Bahasa Melayu yang mengandungi:
a. Standard Kandungan (SK) 4.1 – 4.4 (pilih satu SK sahaja);
b. Hasil Pembelajaran merujuk Standard Pembelajaran (SP); dan
c. aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
ATAU
ii. Aspek seni tatabahasa Bahasa Melayu yang mengandungi:
a. Standard Kandungan (SK) 5.1 – 5.2 (pilih satu SK sahaja);
b. Hasil Pembelajaran merujuk Standard Pembelajaran (SP); dan
c. aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2. Tugasan ini merupakan tugasan KPPB dan berkongsi Idea Utama dengan kursus PRKA3012
– Rancangan Pengajaran Harian dan RBTS3232 – Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan untuk
menghasilkan satu penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap bertemakan Guru
Berkesan Pemangkin Pendidikan Berkualiti..

TUGASAN 3 (20%)
PENULISAN REFLEKTIF

1. Dalam Topik 3 dan Topik 7 BMMB3093, anda telah minta untuk menghasilkan pelbagai bahan bantu
belajar aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa Bahasa Melayu.
2. Berdasarkan pengalaman anda dalam menghasil dan mengaplikasikan bahan bantu belajar dalam satu
sesi pengajaran mikro, hasilkan satu bentuk penulisan reflektif berkaitan pengalaman-pengalaman
tersebut.
3. Panjang esei ialah 800 patah perkataan.

4
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1, Tugasan 2 dan Tugasan 3 merupakan tugasan INDIVIDU dalam penulisan esei, membina
rancangan pengajaran harian dan penulisan reflektif.
2. Anda digalakkan untk bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat. Namun
tugasan perlu dihasilkan secara individu. Anda perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat
yang digunakan mestilah merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber Internet.
3. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
4. Format penulisan esei adalah seperti yang berikut:
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri dari iTEMS,
IPG Kampus Ipoh
ii. Pembahagian muka surat adalah seperti yang berikut:
 Kulit – BUTIRAN DAN BORANG PENGESAHAN PELAJAR
 Muka surat i - SOALAN TUGASAN
 Muka surat ii - PENGHARGAAN
 Muka surat iii - KANDUNGAN
 Muka surat 1 – PERBINCANGAN TUGASAN
iii. Fon Arial dengan saiz huruf 11 point.
iv. Langkau 1.5 baris.
v. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA (American
Psychological Association) yang terkini.
vi. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
5. Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta lampirkan senarai rujukan dalam
esei anda.
6. Panjang penulisan esei Tugasan 1 ialah 1000 patah perkataan, manakala Tuagasan 3 ialah
800 patah perkataan.
7. Bilangan patah perkataan WAJIB dinyatakan pada akhir penulisan esei anda.
8. Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
9. Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan.
Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
10. Kerja Kursus ini secara keseluruhannya membawa markah 100% dengan wajaran 60%.

5
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:
2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Perkembangan (Isi topik yang dibincangkan)
2.4 Rumusan dan menjawab persoalan tugasan.
3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat menyokong hujah-hujah yang
anda kemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.
5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam
menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-
kurangnya LIMA SUMBER yang meliputi buku, sumber Internet, jurnal dan bahan- bahan bercetak
yang lain).

Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................. ..................................................
(ZAINAL ARIFF BIN MAT) (KHAIRULANUAR BIN ISMAIL)
Penyelaras Kursus GPMK1012: Pakar Bidang (SME)
Pengantar Bahasa Melayu Komunikasi, Jabatan Pengajian Melayu,
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh
IPG Kampus Ipoh
Tarikh: 28 JANUARI 2022 Tarikh : 4 Februari 2022

Disahkan oleh:

..................................................
(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPG
Kampus Ipoh,
Perak.
Tarikh:

6
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan atas limpahan
rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ketiga, kerja kursus ‘Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa
Bahasa Melayu’ (BMMB 3093), ini dengan jayanya.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mendedikasikan ucapan
penghargaan ini kepada pensyarah saya, En. Zainal Ariff Bin Mat kerana dengan tunjuk ajar
serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Keikhlasan mereka
memberikan bantuan sama ada dari segi masa, tenaga, kemudahan internet dan menyediakan
suasana kondusif untuk membuat kerja kursus serta sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya menyempurnakan tugasan ini, amat saya sanjungi.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang mengambil kursus
BMMB 3093 ini bersama saya, banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya
telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan
kepada mereka.

Akhir madah, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kerja Kursus ketiga
BMMB 3093 ini. Tidak dapat dinafikan, pemberian tugasan kerja kursus ini telah memberikan
saya pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang bermakna serta dapat diaplikasikan di
sekolah kelak nanti.

Tika menunggu tepi perigi,


Terlihat renang ikan haruan,
Tanda jasamu kusanjung tinggi,
Moga tuhan rahmati tuan.
Sekian, terima kasih.

7
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 OBJEKTIF KERJA KURSUS……………………………………………………………..…..


……..9

2.0 PENGENALAN……………………………………………………………………………..…..
….....9

3.0 PENULISAN REFLEKTIF………………………………………………………………………..9-


11

8.0 KESIMPULAN…….……………..…………………………………….………………………..…..11

RUJUKAN………………………………………………………………..………..……………………..13

LAMPIRAN…………………………………………………………………………………………........14

8
1.0 OBJEKTIF KERJA KURSUS

Dalam kerja kursus ini, saya dapat:

I. Menghasilkan penulisan reflektif dengan menghubungkaitkan pelbagai bahan bantu


belajar dengan aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa.

2.0 PENGENALAN

Seperti kita sedia maklum, Bahan Bantu Mengajar (BBM) memainkan peranan penting bagi
mencapi objektif pengajaran. Dengan ini, diharapkan guru Bahasa Melayu haruslah menguasai
Aspek Tatabahasa dan Aspek Seni Bahasa dalam DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
serta meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengakses maklumat berkaitan dengan adanya
teknologi dan maklumat pada alam pendidikan kini ( Mohd. Noorhadi dan Zurinah Tahir, 2017).
Kumpulan kami ditugaskan untuk menghasil bahan auntentik ataupun dikenali sebagai bahan
maujud untuk Aspek Tatabahasa dan Seni Bahasa. Dalam penulisan reflektif ini, saya akan
menyorot mengenai pengalaman saya semasa menghasilkan bahan bantu maujud dalam
Aspek Tatabahasa dan Seni Bahasa. Malahan, perbincangan juga akan lebih terperinci tentang
aspek kelebihan, kekurangan, masalah dan kekangan semasa menghasilkan bahan-bahan
maujud bagi kedua-dua aspek tersebut.

3.0 PENULISAN REFLEKTIF

Dalam Topik 3 dan Topik 7 BMMB3093, kumpulan kami terdiri daripada lima orang pelajar
telah menghasilkan pelbagai bahan antu belajar bahi aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa
Bahasa Melayu. Berdasarkan pengalaman saya dalam menghasil dan mengaplikasikan bahan
bantu belajar dalam satu sesi pengajaran mikro, terdapat kelebihan dan kekurangan bagi bahan
bantu mengajar telah kami hasilkan. Penulisan reflektif ini sangat menarik kerana kami yakin
bahawa kami telah menghasilkan bahan bantu mengajar yang sesuai. Kumpulan saya telah
berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya.

Kumpulan saya ditugaskan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar bahan maujud bagi
pengajaran Aspek Tatabahasa dan Seni Bahasa. Menurut Noresah Baharum (2000),Bahan
Autentik sebagai bahan yang dapat dilihat, disentuh, dipegang dan pada masa yang sama

9
benda itu kelihatan asli dan benar (Amran, Poh Swee Hiang dan Tajuddin Hassan,1996).
Kumpulan saya telah menghasilkan Bahan Maujud bagi Tahun 1 (Aspek Tatabahasa ) dan
Tahun 4 (Aspek Seni Bahasa) dengan menepati standard kandungan serta standard
pembelajaran seperti jadual di bawah.

BAHAN MAUJUD BAGI ASPEK TATABAHASA


TAHUN STANDARD KANDUNGAN (SK) STANDARD PEMBELAJARAN (SP)
1 5.1 Memahami fungsi dan 5.1.1 Memahami dan mengenalpasti
menggunakan golongan kata penggunaan kata mengikut konteks
mengikut konteks. (penjodoh bilangan).
Jadual 1.0 : Aspek Tatabahasa

BAHAN MAUJUD BAGI ASPEK SENI BAHASA


TAHUN STANDARD KANDUNGAN (SK) STANDARD PEMBELAJARAN (SP)
4 4.3 Menghasilkan bahan sastera 4.3.2 Mengubah suai cerita secara
dengan menyerapkan keindahan berpandu, dan
dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara
mempersembahkannya secara kreatif.
kreatif.
Jadual 2.0 : Aspek Seni Bahasa

Bahan Maujud digunakan dalam Aspek Tatabahasa Tahun 1 seperti anggur, kunci, daun,
baju dan sebagainya dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan kerana murid dapat
menyentuh objek-objek tersebut. Jadi, saya sebagai guru mudah untuk memperkenalkan
penjodoh bilangan kepada anak murid. Pengaplikasian bahan maujud sebegini dalam proses
PdP akan menarik minat murid untuk belajar dan mengelakkan rasa jemu. Lebih-lebih lagi, saya
berpendapat bahawa bahan maujud wajar digunakan bagi Tahun 1 kerana tahap penguasaan
mereka tentang tajuk Penjodoh Bilangan berada pada tahap paling rendah serta bahan maujud
mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu murid memperoleh pengalaman
belajar yang berfaedah (Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G, 1963).

Dengan konteks yang sama, bahan maujud turut digunakan dalam pengajaran Aspek Seni
Bahasa Tahun 4. Tamsilnya, gambar berpandu dan poster menerangkan perkara-perkara yang
sukar dan kompleks dengan lebih mudah dan jelas sebagai visual. Kelebihanya, murid dapat
menjana idea dan menghasilkan cerita pendek berdasarkan gambar berpandu dengan senang.

10
Dari segi kelemahan bagi bahan maujud yang kumpulan saya gunakan, bahan ini sukar
untuk disediakan sebagai bahan bantu mengajar. Hal ini tercetus apabila guru terpaksa mencari
dan menyediakan setiap bahan yang bersesuaian tajuk penjodoh bilangan.
Walaubagaimanapun, bahan maujud seperti bahan bercetak pula mudah disediakan bagi
mencapai hasrat proses PdP. Dengan kekangan sedemikian, guru seharusnya menguasai
kaedah dan teknik yang ingin digunakan dalam bahan maujud tersebut (Abdullah, 2016).
Diskusi saya mengenai kelemahan bahan maujud ini turut merangkumi masalah pelasanaan
yang tidak sistematik. Sementelahan, guru harus merancang dengan rapi tentang penggunaan
bahan maujud.

Pengalaman tentang proses penyediaan bahan bantu mengajar iaitu bahan maujud,
kumpulan saya dapat idea daripada sumber internet dan pelbagai video dari aplikasi ‘Youtube’.
Saya membantu kumpulan saya untuk mencari gambar berpandu dan menghasilkan poster
untuk Aspek Seni Bahasa bagi Tahun 4. Gambar berpandu yang telah saya cari, sesuai bagi
Tahun 4 untuk menulis cerita pendek.

Jika kita lihat dari segi masalah, kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai
sumber rujukan untuk menghasilkan bahan maujud untuk Aspek Tatabahasa dan Seni Bahasa.
Tambahan pula, saya kurang berpengetahuan tentang penghasilan bahan maujud bagi kedua-
dua aspek ini. Oleh itu, saya terpaksa meneliti dan mempertimbangkan kelebihan dan
kekurangan bagi setiap bahan maujud yang kumpulan kami hasilkan. Nota-nota yang telah
diberikan oleh En Zainal iaitu Nota Kuliah 3 dan 7, telah kami gunakan untuk menghasilkan
bahan-bahan maujud tersebut. En Zainal juga telah memberikan bimbingan semasa kuliah agar
kami tidak berlengah dan menangguhkan tugasan tutorial. Jika beliau tidak melakukan perkara
ini, nescaya kami tidak dapat menyiapkan tugasan tutorial itu dan akan melakukannya pada
masa-masa akhir. Dengan ini, kami dapat menghantar tugasan pada masa yang ditetapkan dan
bahan maujud yang kami hasilkan turut berkualiti.

Sementara menyiapkan tugasan ini, kami telah belajar untuk bekerjasama. Kami
menghasilkan bahan maujud dengan berbincang secara Bersama. Komitmen dan
bertanggungjawab perlu ditunjukkan sangat sewaktu melakukan kerja berkumpulan jika tidak,
tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan.

4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, pengaplikasikan bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar amat
penting dalam PdP khususnya dalam pengajaran aspek tatabahasa serta aspek seni bahasa

11
(Putri & Hidayat, 2013) berdasarkan tahap kemampuan seseorang murid (Gasong, 2018). BBB
adalah medium yang berkesan untuk mempertingkatkan pemahaman murid mengenai sesuatu
konsep seni bahasa dan tatabahasa yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, guru perlulah
mengimplementasikan penggunaan BBM dalam menjalankan PdP agar dapat mencapai
matlamat seperti yang diharapkan oleh pihak kerajaan sekaligus dapat meningkatkan kualiti
pendidikan negara kita ini.

(840 patah perkataan)

12
RUJUKAN

Abdullah, (2016). Bab 2 Kajian Literasi. http://studentsrepo.um.edu.my/3415/5/Bab2.pdf.


Amran, Poh Swee Hiang dan Tajuddin Hassan (1996). Pengurusan Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Aspek Seni Bahasa Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahun 4
SK/SJK. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Aspek Tatabahasa Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahun 1
SK/SJK. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Gasong (2018). Belajar Dan Pembelajaran. In Google Books. Deepublish.
https://books.google.com.my/books?
hl=en&lr=&id=3rljDwAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA162&dq=KEPENTINGAN+BAHAN+BANTU+BELA
JAR&ots=tkGbBxdgxY&sig=Ozo120rCYSOvcZpU91ivHLuy2j8#v=onepage&q&f=false
Mohd. Noorhadi dan Zurinah Tahir (2017). Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi
Maklumat Dalam Pendidikan IPTA. Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 12,
1823-1884.
Noresah Baharum (2000).“Kamus Dewan Sebagai Templat Penyusunan Kamus Besar
Bahasa Melayu”, dlm. Seminar Perkamusan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia.
Nota kuliah Topik 3. Diakses pada 19 Mac 2022 :
https://classroom.google.com/u/1/c/NDY1NzU4NTUyNzQ2/m/NDc1NTMzNzAwODcx/details.
Nota kuliah Topik 7. Diakses pada 19 Mac 2022 :
https://classroom.google.com/u/1/c/NDY1NzU4NTUyNzQ2/m/NDU5ODE2NjQ2NTA2/details
Putri & Hidayat (2013). Hubungan Antara Pemanfaatan Bahan Pustaka Perpustakaan Sekolah
Dengan Minat Belajar Siswa (Studi Deskripsi Korelasi terhadap Siswa SMA Negeri 1
Bandung).
Edulib, 3(1). https://doi.org/10.17509/edulib.v3i1.4147

13
LAMPIRAN

Bahan maujud Tatabahasa : Penjodoh Bilangan (Tahun 1)

Bahan maujud gambar berpandu Aspek Seni Bahasa : Cerita pendek (Tahun 4)

14
15

Anda mungkin juga menyukai