Anda di halaman 1dari 2

2.

0 PENGENALAN

Secara umumnya, peribahasa merupakan perbendaharaan berharga yang


mempamerkan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Noraini Abd. Shukor,2016; Koh Boh
Boon,1992) dalam sastera tradisional yang mempunyai keindahan dan kesantunan serta
bahasa kiasan dalam pertuturan seharian rakyat di alam nusantara. Berbeza pula buah fikiran
Parameswaran (2006) yang menyatakan bahawa daya berfikir sesuatu masyarakat ditentukan
oleh peribahasa yang dituturkan disebabkan peribahasa mengandungi unsur-unsur alam
budaya, pemikiran dan pedoman bagi suatu masyarakat. Kesudahannya, peribahasa
mengandungi makna tersurat mahupun tersirat misalnya perbandingan dibuat antara tingkah
laku atau kejadian dengan unsur alam (Junaini Kasdan et al., 2016).

Pada hemat saya, peribahasa disampaikan dalam susunan kelompok kata pendek yang
merangkumi pegangan hidup dari segi kebijaksanaan, kebenaran dan moral demi menjaga hati
seseorang (Tangaprabhu Murthy & Mary Fatimah Subet, 2018; Wolfgang dan Mieder, 2004;
Kaujien, 1991). Dalam kajian ini, penulis akan memilih 10 peribahasa Melayu bagi menilai dan
membincangkan makna semantik bagi memahami pemikiran masyarakat Melayu.

3.0 ANALISIS PERIBAHASA DALAM JURNAL

Perbincangan analisis bermula dengan peribahasa yang pertama ialah tanam lalang tak
akan tumbuh padi. Peribahasa ini diklasifikasikan sebagai bidalan iaitu menunjukkan makna
tersirat di sebalik susunan kata-kata (Muhammad Zaid Daud, 2018). Dengan keadaan
sedemikian, peribahasa tanam lalang tak akan tumbuh padi membawa definisi kejahatan akan
dibalas dengan kejahatan. Jika ditelusuri akar peribahasa ini berunsur makna selapis yang
wujudnya berdasarkan suatu peristiwa yang telah berlaku kepada penutur mahupun dicetus
daripada pengalaman penutur. Lalang ini biasanya tumbuh di tanah yang sama dengan padi
dan dianggap sebagai rumpai. Kedua-dua tumbuhan ini sangat serupa sehingga padi memberi
biji gandum manakala lalang di akhirnya dirujuk sebagai "padi palsu". Lalang dikatakan jahat
kerana ia menyerupai padi yang mengelirukan para petani. Secara ringkasnya, sekiranya jika
kita melakukan kejahatan, maka kita akan dibalas dengan kejahatan juga. Peribahasa ini
sebenarnya tidak begitu rumit untuk difahami walaupun makna konotasi semantik kerana
peribahasa itu ditulis secara terus-terang tetapi mungkin sesetengah orang tidak tahu
peribahasa ini menerangkan kejahatan seseorang.

Perbincangan diteruskan dengan penganalisisan peribahasa yang kedua iaitu tanam tebu
di tepi bibir. Peribahasa ini ditakrifkan sebagai sikap seseorang yang pandai mengayat namun
ada niat jahat yang tersembunyi. Sudah pasti domain ‘sikap’ sangat bersesuaian diberikan
kepada peribahasa ini. Hal ini menggambarkan sikap seseorang yang kuat mengampu dan
memuji demi kepentingan diri. Kebiasaannya jurujual, peniaga dan ahli politik yang bijak
bermain kata dengan mulut yang manis. Peribahasa ini berfokuskan “mengeluarkan perkataan
yang manis-manis” kerana perkataan “tebu” dalam peribahasa tersebut merupakan sejenis
tumbuhan yang menghasilkan air yang manis untuk dijadikan gula. Maka tebu di sini
melambangkan kemanisan. Peribahasa ini mempunyai maksud tersirat yang mungkin tidak
dapat difahami oleh orang lain apabila disampaikan. Mereka mungkin akan menganggap
bahawa orang yang menyampaikan peribahasa tersebut sedang memuji ayat-ayat daripada
mulut mereka sangat manis.

Peribahasa yang ketiga ialah melepaskan anjing tersepit. Seseorang itu ingin menolong
anjing yang tersepit tetapi anjing tersebut tidak membalas jasa orang itu dan sebaliknya anjing
tersebut mengejar orang itu untuk melepaskan geramnya. Peribahasa ini agak senang untuk
difahami orang kerana peribahasa ini terus-terang.

Peribahasa akhirnya yang terkandung dalam artikel ini ialah masuk kandang kambing
mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Peribahasa ini bermaksud kita haruslah
menyesuaikan diri walaupun di mana sahaja kita berada. Peribahasa ini diibaratkan
menggunakan kambing dan kerbau. Bayangkan sekiranya seekor kerbau memasuki kandang
kambing, pastinya semua kambing akan terkejut. Apa yang boleh dilakukan oleh kerbau ialah
menyesuaikan diri dan mengembek. Begitu juga kita sebagai manusia, kita haruslah
menyesuaikan diri berdasarkan tempat yang kita berada dengan cara yang sopan dan beradab.

4.0 KESIMPULAN

Ringkasnya, peribahasa Melayu merupakan satu susunan bahasa yang menarik, indah,
berlapik dan memiliki ciri kehalusan budi pekerti pencipta dan penuturnya. Hal ini menyebabkan
peribahasa dalam masyarakat Melayu tidak terkira sehingga mampu dibuat kamus. Maka,
masih banyak lagi peribahasa-peribahasa yang tidak diselidik dan dianalisa secara bersistem
berpandukan teori. Semoga keindahan peribahasa ini dapat dijaga dan diteruskan
penggunaannya dalam perbualan seharian agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Anda mungkin juga menyukai