Anda di halaman 1dari 12

HBML1103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


SEMESTER MEI / 2014

HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI

83010201561001

NO. KAD PENGENALAN

830102-01-5610

NO. TELEFON

012-4456362

E-MEL

sayang_0283@yahoo.com

OUM ALOR SETAR KEDAH

PUSAT PEMBELAJARAN

HBML1103

ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN

2.0

DEFINISI DAN KONSEP PERIBAHASA

3.0

CIRI-CIRI KEPENTINGAN PENGAJARAN PERIBAHASA

DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


4.0 STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN PERIBAHASA YANG
SESUAI

5.0 PENUTUP

11

RUJUKAN

12

HBML1103
1.0 Pengenalan
Penggunaan peribahasa melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan seharian dan
pemikiran bangsa melayu. Peribahasa berperanan sebagai nasiha, tunjuk ajar, peraturan dan
juga memberi semangat kepada kita. Penciptaan peribahasa sangat terikat dengan adat istiadat
Melayu lama. Oleh itu, menerusi peribahasa dapat dikaji struktur sosial bangsa melayu lama,
sikap, aktiviti kehidupan serta falsafah pegangan hidup mereka. Demikian juga peribahasa
dapat dicipta berdasarkan hidup turut memancarkan nilai dan budi orang melayu (Wilkinson ,
1907). Peribahasa juga berperanan sebagai hukum adat dan nasihat moral dalam mengawal
tindak tanduk anggota masyarakatnya. Penciptaannya yang berdasarkan fenomena sebenar
kehidupan masyarakat (Hamilton, 1947) turut menyerlahkan pemikiran bangsa melayu
tentang alam kehidupan yang mereka tempuhi. Peribahasa melayu juga mencerminkan
kebijaksanaan penutur bahasa melayu. Ia diungkapkan menerusi bahasa yang indah-indah.
Setiap ungkapan yang tercipta disusun dan dipadankan dengan sedemikian rupa untuk
membolehkan idea, rasa dan buah fikiran pengungkapnya dapat diserlahkan dengan lebih
bermakna. Dengan itu, menerusi peribahasa penutur bahasa melayu berjaya mengungkap
falsafah yang mendalam tentang aspek-aspek ketamadunan, pemikiran dan moral bangsa
melayu sejak sekian lama (Abdul Samad Idris, 1990). Sebagai kesinambungannya, peribahasa
terus dicipta dan berkembang dalam kalangan masyarakat pada hari ini sejajar dengan
peredaran masa dan tuntutan persekitaran. Peribahasa terus tercipta mengikut peredaran
zaman. Ungkapannya juga mengikut edaran zaman. Sehubungan itu, amat bertetapan sekali
aspek peribahasa turut dimuatkan ke dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
Dalam proses pengajaran-pembelajaran subjek Bahasa Melayu khasnya di sekolah, peribahasa
mempunyai kedudukan yang sama penting dengan aspek lain. Hal ini kerana peribahasa
berupaya untuk berkembang dan releven dengan bahasa tersebut secara keseluruhannya.
Peribahasa...kosa kata dan peribahasa yang diajar harus digabungkan secara terancang
dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya melalui aktiviti lakonan atau perbahasan
membaca teks yang mengandungi kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai
genri penulisan. Dengan itu jelas bahawa pembelajaran dan penghayatan peribahasa bertujuan
meningkatkankeupayaan berbahasa dalam kalangan murid. Kemahiran berbahasa ini pula
akan diteliti dalam konteks kebolehan pelajar menggunakan peribahasa dalam aktviti seharian
dan penulisan. Hasil penulisan tentunya akan menjadi lebih indah dan bermuatkan dengan
peribahasa yang tepat dan sesuai. Justeru itu, murid perlu diajar mengenai ciri dan
penggunaan peribahasa secara mudah dan tepat. Namun begitu murid tidak seharusnya
3

HBML1103
digalakkan menghafal sesuatu peribahasa seperti yang lazim dilakukan sebelum ini.
Sebaliknya, mereka harus dirangsang agar menggunakan peribahasa dalam pelbagai situasi.
Oleh itu, beberapa halangan perlu dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Antaranya ialah kesukaran murid untuk mengingati sesuatu peribahasa ekoran
sifatnya yang mempunyai pelbagai makna. Selain jumlah dan jenisnya yang banyak, sifat
peribahasa yang hanya sesuai untuk keadaan tertentu telah menyebabkan minat dan
kecenderungan untuk mempelajarinya menurun. Justeru itu, guru perlu bijak memilih
peribahasa yang akan diajar. Guru dicadangkan agar memilih peribahasa yang mudah dan
biasa digunakan dalam masyarakat. Guru juga harus mengetahui maksud dan pengertian serta
penggunakan peribahasa yang diajar kepada murid. Dengan itu, sebagai seorang guru kita
perlulah kreatif untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan. Walaupun begitu cara dean
teknik mungkin berbeza sesuai dengan ungkapan Lain hulu, lain parang, Lain dahulu, lain
sekarang.

2.0 Definisi dan konsep peribahasa


Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian
atausecara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang
diciptaselepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan
dalam budaya

Melayu.Keindahan

peribahasa

merupakan

cara

sesuatu

peribahasa

itu digunakan, yang membinaminda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta
dengan menggunakan bahasaMelayu moden yang menempakan pelbagai unsur.Peribahasa itu
ialah rangkaian-rangkaian perkataan yang tetap; tersimpul dan terbeku dengansusunansusunan yang khas dan dipakai dengan erti yang khas dan dipakai dengan erti yangkhas yang
berlainan daripada asalnya.- Zainal Abidin Ahmad (Za'ba), Ilmu MengarangMelayu,
DBP(1965).Zaba juga menakrifkan peribahasa sebagai susunan kata yang pendekdengan
makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.Peribahasa
ditakrifkanKeris Mas sebagai percakapan atau ujaran-ujaran yang mengandungikebijaksanaan
fikir dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedapdidengar dan
benar pada perasaan dan fikiran.Abdullah Husain menakrifkan peribahasa itu sama tuanya
dengan bahasa sesuatu bangsadan peribahasa mula-mula digunakan apabila manusia mulai
mengenal peradaban ketikaorganisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik dengan
yang buruk perlu diadakanuntuk menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan perhubungan
sesama manusia.Peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranannya yang istimewa,
bukan sahaja memperkaya khazanah bahasa bahkan lebih penting daripada itu memancarkan
4

HBML1103
pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir atau keperluan akal budi masyarakat pengguna
bahasa itu.-Awang Sariyan Peribahasa mengandungi ciri-ciri komunikasi moden,
keringkasan, ketepatan dan kepadatanmaklumat.-Awang Sariyan (Pengantar), Titian Bahasa,
Mohd Adnan Mohd Ariffin, DBP(1992)Oleh sebab cakap-cakap itu dibentuk dengan satu
ikatan bahasa yang indah, maka melekatlahdi mulut orang ramai, lalu di pakai untuk menjadi
bandingan , teladan dan pengajaran.-Mohd Yusod Mustafa, Mestika Bahasa, DBP (1965)Tiga
sumber yang disenaraikan berkaitan peribahasa ialah peribahasa merupakan pengalamanhidup
rakyat jelata, merupakan pengamatan orang arif bijaksana dan kandungan kitab suci.Abdullah Hussain

Jenis-jenis peribahasa
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan
danmempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan
tersebut.Contohnya
Kaki bangku - tidak pandai bermain bola
Buka mulut - bercakap
Pepatah
Pepatah merupakan kalimah-kalimah yang mengkiaskan sesuatu keadaan dalam masyarakat.
Pepatah bermaksud patah-patah perkataan yang disusun untuk mematahkan kata-kata orang
lain dan bersifat menerangkan sesuatu yang benar dan sukar untuk disangkal kebenaran itu.
Menerusi pepatah , ajaran dan petua hidup diucapkan dengan ayat yang padat, tetapi
mempunyai makna yang dalam. Ayatnya pendek dan kata-katanya dan kata-katanya dipatahpatahkan misalnya,Takut kerana salah, berani kerana benar. Maksudnya: Seseorang yang
bersalah akan berasa takut untuk berhadapan dengan orangramai tetapi jika dia benar, dia
akan berani berhadapan dengan sesiapa sahaja untukmenegakkan kebenarannya. Pendengar
pula harus cekap dan bijak ketika menyusun danmenghuraikan maknanya. Contoh-contoh lain
seperti Tak Lekang dek panas, tak lapuk dek hujan dan Bapa borek anak rintik.

Bidalan
Bidalan dan pepatah tidak jauh bezanya cuma bidalan lebih kerap digunakan dan lebih
dekatkepada masyarakat dan terdapat bandingan serta teladan. Bidalan lebih kerap
digunakan berbanding dengan pepatah kerana mengandungi nilai, ilmu dan pengajaran.

HBML1103
Misalnya, Sesaldahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya dan Alah bisa, tegal
biasa.

Perbilangan
Struktur perbilangan hampir sama dengan bidalan dan pepatah tetapi perbilangan
disusun berangkap-rangkap seperti puisi. Setiap rangkap perbilangan boleh terdiri daripada
dua barisatau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan
atau perkiraan. Isinya menyamai undang-undang tetapi yang membincangkan tentang adat
istiadat atau peraturan masyarakat. Misalnya,Hidup dikandung adat,mati dikandung tanah
Siapa menjala siapa terjun,Siapa bersalahsiapa bertimbang, Siapa membunuh siapa kena
bunuh.

Perumpamaan
Perumpamaan digolongkan dalam peribahasa berlapis kerana mengandungi makna tersirat
dan tersurat. Perumpamaan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu golongan yang
menyatakan perbandingan makna secara terang yang dimulakan dengan perkataan seperti,
umpama, laksana, bagai, bak dan ibarat. Misalnya Bagai limau masam sekerat, bagai perahu
karam sebelah dan Seperti katak bawah tempurung. Jenis kedua pula ialah golongan yang
tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan, tetapi mempunyai makna yang
tersirat. Misalnya, Siapa makan cili terasa pedasnya dan Genggam bara api biar sampai
jadi arang.

3.0 Ciri-ciri kepentingan pengajaran peribahasa dalam pengajaran BahasaMelayu


Pengajaran peribahasa amat penting diterapkan dalam pengajaran bahasa Melayu. Tanpa
disedari atau tidak peribahasa mudah memberi semangat, keinsafan dan saling bertolak
ansurantara kita. Rahman Shaari (1993:88) berpendapat bahawa aspek peribahasa harus
dianggapsebagai sama pentingnya dengan aspek-aspek lain dalam pengajaran bahasa Melayu.
Inikerana

prinsip

peribahasa adalah

hidup

dan

berkembang

seiring

dengan

perkembangan bahasa secara keseluruhannya.Pengajaran peribahasa dalam pengajaran bahasa


Melayu amat penting untuk memddik pelajarlebih menghargai keunikan bahasa sendiri.
Warga asing amat teruja apabila mempelajari peribahasa Melayu, ini kan pula penutur jati
akan lebih menghargainya apabila diajar dan memahaminya.Peribahasa sebagai alat penting
untuk merakam pemikiran dan mengungkapkan peradabanMelayu sentiasa menjadi perhatian
pengkaji-pengkaji walaupun tidak banyak kajian yangtelah dijalankan secara serius. Ahmad
6

HBML1103
Fuad Mat Hassan dan Zaitul Azma Zainon Hamzah(2010) melalui kajian mereka
Pengkategorian Peribahasa Melayu Berdasarkan Aspek Nilai dan Pemikiran: Satu Analisis
Pragmatik telah mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu yang menonjolkan aspek nilai
dan pemikiran Melayu dan mengenal pasti penggunaan bahasayang tersurat dan tersirat dalam
peribahasa Melayu untuk menyampaikan mesej pemikiran.Begitu juga pengajaran peribahasa
juga dapat melahirkan generasi yang bijak bahasa.Sebelum ini negara kita telah diserang
dengan kemasukan bahasa asing dalam kata pengatar bahasa Melayu. Ini terjadi apabila kita
kekurangan pakar bahasa yang dapat melahirkan kataistilah baru untuk diguna pakai.Dengan
menerapkan pengajaran peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu juga dapat menerapkan
kemahiran membezakan maksud tersurat dan tersirat. Pelajar sekarang amat lemah untuk
memahami istilah yang tersirat.Jadi dengan menitik-beratkan kemahiran peribahasa ini
diharapkan pelajar lebih bijak berbahasa Melayu.Dalam peribahasa tersirat makna yang cukup
mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih
lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah
bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan
sehariannya. Peribahasa telah digunakanuntuk mengenal peradaban, di samping membuat
ketentuan antara baik-buruk serta mencariketetapan dalam tatacara hidup bermasyarakat.
Mohd. Tajuddin Bin Hj. Abdul Rahman(1986: iv) berpendapat bahawa seseorang yang dapat
menggunakan peribahasa berkenaan ditempat-tempat yang betul, baik dalam percakapan
mahupun tulisan, akan memberikan satugambaran tentang kemahiran menggunakan sesuatu
bahasa.Selain itu juga, kepentingan pengajaran peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu
juga diharap dapat melahirkan warga negara yang berbangga dengan bahasa negara sendiri.
Olehitu, peribahasa Melayu amat wajar diberi pengajaran di setiap peringkat persekolahan
sebagaisuatu kelangsungan kepada perkembangan tersebut. Menurut Koh Boh Boon
(1982:196), peribahasa Melayu seharusnya diajar kepada murid-murid di sekolah supaya
mereka dapatmenikmati dan menghayati keindahannya, malah menggunakannya untuk
melahirkan fikiran dan perasaan dengan tepat dan halus. Sesungguhnya peribahasa Melayu
adalah elemen yang penting dalam kemahiran berbahasa.Mohamad Radzi Salleh (1999) pula
dalam kajian yang bertajuk Peribahasa dalam Masyarakat Melayu Satu Analisis Pemikiran
dan Cerminan Falsafah menganalisis pemikiran masyarakatMelayu dahulu yang menjana
pemikiran mencipta peribahasa yang unik serta mengandungimakna yang cukup mendalam.
Pengkaji juga mencari dan melihat falsafah sebenar yang terkandung di sebalik peribahasa.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Melayudahulu berjaya menjana pemikiran
menggunakan unsur-unsur alam di sekeliling mereka untuk mencipta peribahasa dan simpulan
7

HBML1103
bahasa yang mengandungi falsafah yang cukup mendalam dan terpendam dengan pelbagai
nilai moral, pandangan hidup, aspirasi, kepercayaan dan pengetahuan yang didukung oleh
masyarakat penciptanya.

4.0 Strategi dan teknik pengajaran peribahasa yang sesuai


Banyak teori pendekatan yang telah dikemukakan oleh ramai ahli penyelidik dan
pendidikan boleh digunakan dalam pengajaran peribahasa Melayu, antaranya ialah
pendekatan kontekstual, induktif, deduktif, dan banyak lagi. Pendekatan pengajaran yang
dipilih guna mestilah bersesuaian dengan kandungan dan objektif pengajaran yang turut
disertakankaedah, teknik dan bahan yang sejajar dengan pendekatan tersebut. Pengisian
pengajaran dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menarik pasti dapat meransang dan
membantu meningkatkan pemahaman terhadap maksud dan konsep sesuatu peribahasa
itu.Oleh itu, peribahasa Melayu amat wajar diberi pengajaran di setiap peringkat persekolahan
sebagai suatu kelangsungan kepada perkembangan tersebut. Menurut Koh Boh Boon
(1982:196), peribahasa Melayu seharusnya diajar kepada murid-murid di sekolah supaya
mereka dapat menikmati dan menghayati keindahannya, malah menggunakannya untuk
melahirkan fikiran dan perasaan dengan tepat dan halus
Atas kepentingan pendidikan, pengajaran peribahasa Melayu amat wajar dilaksanakan
secaraterancang dan

bijaksana bagi menghindari halangan dan

kesukaran

murid

memahami,meminati dan mengingati sesuatu peribahasa Melayu yang memang banyak


terkandung dalam kitab orang Melayu.Oleh itu, seorang pengajar atau guru hendaklah
berusaha untuk mempermudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini,
pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang
menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini
bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat
pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.Penguasaan
peribahasa Melayu di kalangan pelajar di sekolah mahupun peringkat pengajiantinggi perlu
dipupuk kembali dan dikembangkan. Justeru itu, bagi meningkatkan minat,kefahaman dan
penggunaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar baik di sekolah rendah,menengah atau
universiti, satu reka bentuk, strategi, kaedah atau pendekatan berkesan perludirancang oleh
guru atau pengajar.Koh Boh Bon (1982:198) menyarankan pendekatan pengajaran peribahasa
Melayu dengancara berkesan ialah menerusi pendekatan kontekstual. R.J Wingfield
(1968:231) pula berpendapat bahawa dalam pengajaran peribahasa pelajar-pelajar perlu
didedahkan dengan budaya bangsa peribahasa itu dan peribahasa yang diajar perlu dipilih
8

HBML1103
dengan teliti untuk memberi kefahaman dan galakan kepada mereka untuk terus
menggunakannya.Sementara itu, Nathesan (1989:69) berpendapat bahawa simpulan bahasa
seharusnya diberi perhatian yang wajar dalam penulisan dan penuturan. Corak pengajaran
simpulan bahasa bukan sekadar menghafal tetapi harus diajar untuk menikmati dan
menggunakannya secarameluas dalam kehidupan harian mereka. Cover, D.J (1971:51-53)
berpendapat bahawa peribahasa boleh diajar dengan empat teknik supaya pelajar dapat
menguasai peribahasaMelayu dengan baik. Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada
kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau
kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran,
nilai dan sikap yang ingin dipupuk. Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah
kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau
taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj.
Abdul Aziz dalam bukunya PengajianMelayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh
didefinisikan sebagai pengendalian suatuorganisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik
darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
TEKNIK MAIN PERANAN
Pengenalan Main Peranan
Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu
peranan,sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian bertindak
atau beraksisebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Main peranan
kadangkaladisebut juga sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang mementingkan
interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan. Main peranan
sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan ,
kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana peranan yang
diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para murid hendaklah diberi peluang
menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada
melalui pembacaan atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Disamping itu,
guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.
Langkah-langkan Main Peranan.
a) Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakan.

HBML1103
b) Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan, watak-watak yang terlibat
dalam situasi itu dan tempoh berlakon.
c) Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon.
d) Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian masalahyang
timbul dalam situasi .
e) Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan
masalah.
f) Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


Pengenalan Permainan Bahasa
Permainan

bahasa

adalah

salah

satu

cara

dalam

mempelajari

bahasa

melalui

teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktivitiyang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid
antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Teknik ini sesuai
digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah
rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran
yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid. Permainan bahasa bukanlah
merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan
dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada murid
mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan
bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubungkaitnya dengan
kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.

Langkah-langkah Permainan Bahasa.


a) Secara Berkumpulan
Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Bilangan ahli dalam
satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan
murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan murid
dalam banyak kumpulan.
b) Secara Berpasangan
Aktiviti

berpasangan

merupakan

satu

bentuk

gerak

kerja

yang

efektif

dalam

melibatkan penyertaan murid. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih
10

HBML1103
banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan
murid.
c) Secara Individu
Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan
untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru
dalam sesuatu masa tertentu.
5.0 Penutup
Peribahasa Melayu merupakan satu susunan bahasa yang menarik, indah, berlapik
danmemiliki ciri kehalusan budi pekerti pencipta dan penuturnya.Peribahasa Melayu
umpamanadi budaya Melayu yang harus dipelihara dan seharusnya dijadikan gula-gula mulut
setiaporang yang bertutur dalam bahasa Melayu.Pemikiran dan falsafah bangsa Melayu
diungkapkan menggunakan bahasa yang bersumberkan alam flora, alam fauna, alam benda
dan alam semesta bagi menyampaikan teladan, perbandingan, pengajaran, sejarah, nilai dan
peraturan hidup dan sebagainya.Hal ini dikukuhkan lagi dengan agama Islam yang menjadi
paksi serta landasan kepada pemikiran dan kebudayaan bangsa Melayu. Dengan hanya
beberapa kata berangkap, peribahasa diungkapkan bagi menggambarkan budaya berbahasa
dan pemikiran tinggi bangsaMelayu.Sehubungan dengan itu, penelitian terhadap peribahasa
Melayu telah dapat menjawab bahawa bahasa tidak hanya menentukan kebudayaan tetapi juga
menentukan pola fikiran bangsa Melayu. Justeru itu, dalam era globalisasi pada hari ini,
penggunaan peribahasa amat penting dalammemartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Oleh itu, dalam era moden ininilai dan norma masyarakat Melayu juga
kadangkala tergugat akibat daripada penggunaan bahasa yang terlalu berterus terang dan
terbuka. Namun begitu, dalam konteks masyarakat Melayu yang kaya dan mementingkan
nilai norma serta adap sopan, sikap keterbukaan ini masih perlu dibataskan. Dalam kaitan ini,
hati budiorang Melayu sebagai pemilik peribahasa ini akan dapat dikenali dengan jelas selaras
denganungkapan Bahasa Jiwa Bangsa dan Bahasa Menunjukkan Bangsa.
Oleh itu, tidak dapat tidak kita sebagai pendidik perlu berusaha mengenengahkan
penggunaan peribahasa dalam wacana penulisan, khususnyan dalam bidang pengajaran, amat
sesuai dilaksanakan kerana ia secara tidak langsung dapat mendidik generasi muda menjadi
warga yang berkeperibadian mulia.

( 2775 Patah perkataan )


11

HBML1103
Rujukan
A. Khaled Mat Nor. (2008). Peribahasa SPM . Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Abdullah

Hussain.

(2004). Kamus

istimewa

peribahasa

Melayu.

Kuala

Lumpur:

DewanBahasa dan Pustaka.


Zainal Abidin Bin Ahmad (Zaba) (1962). Ilmu MengarangMelayu. Kuala Lumpur :
DewanBahasa dan Pustaka.
Zarina Ibrahim (2003). Retorik Iklan : Unsur pisteis dan figur yang mendokongnya dalam
iklan cetak (Majalah Wanita 2000-2002) Latihan Ilmiah, Akademi Pengajian
Melayu,Universiti Malaya.
Zaitul Azma Zainon Hamzah (2011).Peribahasa Melayu :penelitian makna & nilai.Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Aziz Deraman. (2007). Pengukuhan bahasa dan pemikiran Melayu serantau. Dlm
Irwandy(pnyt.).Bahasa dan pemikiran Melayu/Indonesia menyonsong 2025
(hlm 3-22).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2002).Koleksi Terindah Peribahasa Melayu. Pahang: PTS Publications &
Distributor Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar (1993).Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Brown, C.C. (1951). Malay sayings. Singapore: Graham Brash (pte) Ltd.
Edwar Djamanis. (1985). Memahami dan menghargai peribahasa. Dewan Bahasa, 29
(5),338-344.
Indrawati Zahid. (1998). Peribahasa Melayu: Satu klasifikasi yang tiada penentu.
Jurnal Dewan Bahasa, 42 (11), 978-984.
Mohd Sharani Mohamad. (2000). 1001 peribahasa Melayu. Singapore: System Publishing
House Pte. Ltd

12

Anda mungkin juga menyukai