Anda di halaman 1dari 27

Peribahasa| 1

UNIT 8 PERIBAHASA
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. menjelaskan konsep peribahasa 2. menghuraikan jenis-jenis peribahasa, dan 3. mengaplikasikan peribahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

8.0

PENGENALAN

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya . Manakala peribahasa tradisi pula merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1185) makna peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah :pegangan mereka yang teguh kepada biar mati anak jangan mati adat, cukup menerangkan kebudayaan mereka. Kamus Dewan ( 1997 : 375 ) menjelaskan gaya sebagai cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang. Gaya bahasa pula berkenaan cara pemakaian bahasa, iaitu pengetahuan tentang pemilihan, penyusunan, penggunaan sesuatu perkataan dan ayat. Tujuannya untuk menghasilkan bahasa yang persis dan berkesan. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa adalah ungkapan atau kalimatkalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip hidup atau aturan tingkah laku. Meski terkesan konstruktif, langsung terkait budi pekerti, dengan kandungan nasihat, prinsip-prinsip hidup atau aturan tingkah laku.

Peribahasa| 2

Menurut kamus pelajar Cetakan ke-12 Terbitan Khas KBSM ( 1995 ) pula mendefinisikan peribahasa sebagai bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu. Menurut Zaba (1934), peribahasa diertikan sebagai segala susunan cakap yang pendek dan yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak turun temurun kerana sedap didengar dan perkataannya bijak, ringkas, luas dan mempunyai maksud yang mendalam-dipakai akan jadi sebutansebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Oleh sebab itu, apa yang dikatakan dengan bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan itu ialah kerana tiap-tiap satu ini cakap yang mengandungi segala sifat-sifat peribahasa yang telah di sebutkan. Walhal kesemua itu ialah cakap-cakap bijaksana yang ringkas yang telah terbeku dari beberapa zaman dan telah masyhur terpakai pada mulut orang ramai, dan kadang kala diumunkan namanya perkataan orang tua -tua sahaja. Selain itu, peribahasa juga diguna pakai untuk membuat dan menghiasi karangan atau percakapan dan menguatkan tujuan karangan atau sesuatu percakapan. Di samping itu, peribahasa juga boleh dijadikan pedoman hidup kerana maksud dan isinya yang benar dan luas. Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Peribahasa, seperti yang sudah diketahui umum, merupakan satu daripada cabang sastera lama, bukan sahaja bagi bangsa Melayu tetapi juga bagi hampir semua bangsa di dunia. Sebelum ada undangundang yang mengawal perilaku hidup manusia bermasyarakat, orang bijak pandai dalam sesuatu bangsa pada zaman itu telah mencipta beberapa petua, nasihat atau petunjuk sebagai peraturan tatatertib pergaulan, tatasusila dalam pergaulan dan hubungan sesama manusia. Petua, nasihat atau petunjuk itu diambil daripada alam sekeliling, contohnya perangai dan sifat manusia itu sendiri, juga daripada sifat dan tabiat binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot. Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing. 8.1 Ciri dan Tujuan Peribahasa

Peribahasa dikatakan sebagai cerminan watak bangsa yang memilikinya. Di samping itu, peribahasa juga penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa. Ini kerana dalam

Peribahasa| 3

peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya. Peribahasa telah digunakan untuk mengenal peribahasa, di samping membuat ketentuan antara baik buruk serta mencari ketetapan dalam tata cara hidup masyarakat.

Dalam menghasilkan peribahasa, tiga sumber utama telah digunakan oleh masyarakat penuturnya, iaitu yang pertama melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa, kedua melalui penaakulan para bijak pandai dan ketiga menerusi sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci ( Abdullah Hussain, 2003). Hasilnya, peribahasa yang bermain di mulut orang Melayu bukan sahaja mendukung isi yang tepat dan kias ibarat yang tajam, malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan amat teratur, ringkas dan padat. Oleh itu, perlu disedari bahawa peribahasa dalam fungsinya menyampaikan pengajaran, teladan dan sindiran mempunyai ciri pelembut agar pendengar atau pembacanya tidak mudah terasa hati. Pada masa yang sama, unsur didaktik yang dibawa melalui peribahasa juga akan dapat memberi impak yang besar ke atas pemikiran serta perasaan mereka.

Dalam konteks masyarakat, peribahasa mempunyai dua tujuan utama, iaitu menyembunyikan ungkapan atau kata-kata kasar dan penghuraian sistem adat Melayu. Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi bahasa yang lembut ketika berkomunikasi dengan pihak lain. Pada kebiasaannya, masyarakat Melayu tidak gemar berterus terang dalam menyatakan sesuatu yang tidak digemarinya. Contohnya, untuk meluahkan rasa marah terhadap perlakuan seseorang akan diungkapkan peribahasa berikut, Siapa makan lada, dialah terasa pedasnya, Lembu punya susu, sapi dapat nama Menerusi peribahasa juga kata-kata kasar dapat dielakkan penggunaannya dan diganti dengan kata-kata yang lebih halus dan indah bagi menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati. Contohnya dalam menyatakan badan seseorang yang terlalu kurus, maka digunakan peribahasa badannya melidi, sementara bagi menyatakan kebodohan seseorang diganti dengan ungkapan Pak Pandir. Peribahasa dikatakan sebagai susunan perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat Melayu. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmah dan bahasa kiasan ( HSP Bahasa Melayu Tingkatan 4:xiv). Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu.

Peribahasa| 4

Contoh-contoh peribahasa: Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan. Ada gula adalah semut Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul. Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut. Air dicencang tidak akan putus Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula. Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaikbaik semula kerana air dicencang tidak akan putus. Air pun ada pasang surutnya Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.

Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan. Air sama air, sampah ke tepi juga Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih. Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Peribahasa| 5

Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut. Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.

AKTIVITI 8.1 Sila berbincang dengan rakan anda untuk mengisi garisan kosong di bawah. 1. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Maksud : _____________________________________________________________________________ Contoh ayat : _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ 2. Alah bisa, tegal biasa

Maksud : _____________________________________________________________________________ Contoh ayat : _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ 3. Alah membeli, menang memakai

Maksud : _____________________________________________________________________________ Contoh ayat : _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ 4. Alah sabung, menang sorak

Maksud : _____________________________________________________________________________

Peribahasa| 6

Contoh ayat : _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

8.2

Jenis-Jenis Peribahasa

A). Simpulan Bahasa Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan. Contoh: 1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya: (a) ada angin:

mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu. sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.

(b) anak buah:


orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua pejabat atau penghulu. anak saudara.

(c) langgar bahasa:


bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar. tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat.

2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. Contohnya: Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu. muka talam, muka tebal, dan muka tembok. Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.

Peribahasa| 7

tua keladi, tua kutuk, dan tua lengkuas. Bentuk atau ciri Simpulan Bahasa 1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contohnya: anak buah, buah tangan, dan lipas kudung. Anak, buah, dan lipas masing-masingnya sebagai kata nama am. 2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya: ajak-ajak ayam, buat bodoh, dan pasang telinga. Ajak, buat, dan pasang masing-masingnya sebagai kata kerja. 3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya: besar kepala, bodoh sepat, dan kecil hati. Besar, bodoh, dan kecil masing-masingnya sebagai kata adjektif. 4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya: Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk. Semua ini sebagai kata nama khas. 5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contohnya: air pinang, batu buyung, dan makan bulan. Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu. Contoh Simpulan Bahasa dan Maknanya: Simpulan Bahasa ada angin ada hati air muka ajak-ajak ayam ada bakat alas perut Maksudnya berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu rupa atau wajah seseorang tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang mempunyai tokoh atau perwatakan makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan

Peribahasa| 8

anak angkat anak bapa anak buah anak emas angkat kaki atas angin atas pagar ayam tambatan bahasa pasar banyak mulut batu api batu loncatan bau-bau bacang bawah angin bekas tangan beralih akal beralih angin berat hati berat mulut berat tulang berat sebelah berbelah bagi berhati batu berhutang budi bermuka dua bertikam lidah besar hati besar kepala buah hati buah mulut buah tangan bulat hati buruk siku buta hati cahaya mata cakar ayam

yang mengenyangkan anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri anak yang disayangi oleh bapa orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab negara-negara di sebelah barat tidak menyebelahi mana-mana pihak orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya orang yang banyak bercakap orang yang suka menghasut sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati tali persaudaraan yang jauh negara-negara di sebelah timur hasil kerja tangan seseorang berubah fikiran atau pendapat pergi ke sesuatu tempat untuk berehat enggan; malas pendiam atau tidak suka bercakap banyak orang yang malas bekerja tidak berlaku adil sukar untuk membuat keputusan degil dan sukar menerima nasihat patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga tidak jujur bertengkar; berdebat bergembira atau berbangga akan sesuatu degil; sukar menerima pandangan orang lain orang yang dikasihi atau dipuja sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam anak tulisan yang buruk

Peribahasa| 9

campur tangan cari jalan cepat tangan dalam tangan darah daging durian runtuh gaji buta gelap mata harga diri harga mati hati batu hidung tinggi hilang akal ikat perut iri hati isi hati jalan buntu kacang hantu kaki ayam kaki bangku kaki botol kecil hati kepala angin kepala batu kera sumbang khabar angin langkah kanan langkah seribu lidah bercabang lipas kudung lintah darat makan angin makan suap malu-malu kucing mandi peluh mati katak membabi buta

turut serta atau mencampuri urusan orang lain berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu suka mencuri sudah pasti akan diperoleh anak kandung keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta maruah atau kehormatan seseorang harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi degil atau keras hati sombong atau tinggi diri tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri menahan lapar kerana berjimat menyimpan perasaan dengki atau cemburu perasaan dalam hati tidak ada jalan penyelesaian orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain tidak berkasut atau berselipar tidak berkebolehan bermain bola suka minum minuman keras berasa tersinggung atau merajuk perangai yang tidak menentu degil dan tidak mendengar nasihat orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain berita yang belum tentu benarnya bernasib baik cepat-cepat lari kerana ketakutan kata-kata yang tidak dapat dipercayai cepat membuat kerja mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan bersiar-siar untuk berehat menerima rasuah berpura-pura malu di hadapan orang bekerja kuat mati dengan sia-sia melakukan sesuatu tanpa berfikir

Peribahasa| 10

membawa diri membuka jalan membuka tembelang memeras otak menarik diri mencari jalan mencuci mata mencuit hati mengabui mata mengadu domba mengambil angin mengambil berat mengambil hati mengasah bakat muka tembok mulut murai mulut tempayan murah hati naik angin nyawa-nyawa ikan orang atasan otak cair otak kering otak udang paku Belanda panas hati panjang tangan pasang telinga pekak badak pembasuh mulut perang mulut pilih kasih pisau cukur puteri lilin putih hati putih mata

tahu menjaga diri memberi laluan kepada orang lain menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain terlalu kuat berfikir atau belajar tidak turut serta; meletak jawatan berusaha untuk melakukan sesuatu gembira memperhatikan sesuatu yang indah lucu; menggelikan hati cuba memperdaya; menipu memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan sebagainya bersiar-siar untuk berehat memberi sepenuh perhatian dapat memikat atau mempengaruhi latihan untuk mengembangkan bakat tidak berasa malu kuat bercakap atau berbuat bising tidak dapat menyimpan rahsia suka berderma; tidak kedekut terlalu marah hampir-hampir mati orang yang berpangkat tinggi pintar atau bijak kurang siuman bebal atau bodoh barangan yang tetap harganya meradang atau marah suka mencuri mendengar dengan teliti kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi pertengkaran memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki tidak tahan terkena panas matahari ikhlas; jujur mengalami kekecewaan

dan

Peribahasa| 11

rabun ayam rambang mata ringan tangan sampai hati serkap jarang tangan terbuka tangkai jering tawar hati tebal muka telinga kuali telinga lintah telinga nipis terang hati tidur-tidur ayam tin kosong titik peluh B). Perumpamaan

penglihatan yang kurang jelas sukar membuat pilihan suka membuat kerja: menolong orang tergamak melakukan sesuatu kerja membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa menyambut sesuatu dengan senang hati orang yang kedekut tidak mempunyai minat lagi tidak tahu malu tahan hati menerima kemarahan tajam pendengaran cepat marah atau meradang mudah memahami sesuatu tidur yang tidak nyenyak bercakap besar tanpa ilmu hasil usaha yang bersungguh-sungguh (Sumber: http://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htm)

Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama. Contoh perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut. Perumpamaan Maksud Bagai aur dengan tebing tolong-menolong antara satu dengan yang lain Bagai bunyi cempedak jatuh bunyi jatuh yang kuat Bagai bulan dipagari bintang kecantikan gadis yang tiada bandingannya Bagai dihiris dengan sembilu perasaan yang sangat pedih Bagai duri dalam daging sesuatu hal yang tidak menyenangkan Bagai enau dalam belukar melepaskan hanya mementingkan diri sendiri pucuk masing-masing Bagai itik pulang petang berjalan lambat sekali Bagai isi dengan kuku persahabatan yang sangat erat Bagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budi Bagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsara Bagai melepaskan batuk di tangga membuat sesuatu kerja sambil lewa saja Bagai menatang minyak yang penuh mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang

Peribahasa| 12

Bagai mencencang air Bagai mural tercabut ekor Bagai si kudung mendapat cincin

membuat pekerjaan yang sia-sia seseorang yang becok mulutnya orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin pasangan yang sama padan dan sama cantik dengan permata Bagai tikus membaiki labu merosakkan lagi barang yang dibaikinya Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin di hujung tanduk Seperti anak ayam kehilangan ibu berpecah dan hilang tempat bergantung Seperti anjing dengan kucing adik-beradik yang suka bergaduh Seperti anjing dengan bayang-bayang orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada Seperti api dalam sekam dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi Seperti ayam berak kapur muka pucat dan tidak bermaya Seperti bertih digoreng bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti Seperti cacing kepanasan tidak diam atau tenang; selalu gelisah Seperti embun di hujung rumput kasih sayang yang tidak berkekalan Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam seseorang yang mengambil kesempatan daripada dua muka pertelingkahan antara dua pihak Seperti harimau menyembunyikan menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya kukunya Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan mencurahkan air ke daun keladi Seperti katak di bawah tempurung orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar Seperti kera kena belacan tidak suka duduk diam Seperti kera mendapat bunga seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain Seperti kerbau dicucuk hidung seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa Seperti langit dengan bumi perbezaan yang amat ketara Seperti mengajar itik berenang mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita Seperti pahat dengan penukul orang yang hanya bekerja apabila diperintah Seperti pungguk rindu akan bulan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh Seperti rusa masuk ke kampung berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru Seperti tikus jatuh di beras memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka Seperti ular kena palu jalan atau barisan yang bengkang-bengkok

Peribahasa| 13

C).

Pepatah

Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkeratkerat atau berpatah-patah. Sebagai contoh, diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh. Berikut adalah beberapa contoh pepatah Melayu: Pepatah Melayu Maksudnya

Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa. Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita. mati di tengah-tengah. Guruh tak berbunyi, malang tak berbau. Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kalah jadi abu, menang jadi arang. Percaya akan orang yang mengkhianati kita. Kedua-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian tidak kira siapa yang menang atau siapa yang kalah. Kedua-duanya hangus.

Sepandai-pandai tupai melompat, Orang yang pandai akan melakukan kesalahan sesekali. Kalau akhirnya jatuh ke tanah juga. orang itu pandai melakukan jenayah, sekali jatuh pun cukuplah susah. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bekerjasama dan saling menolong. Sehari selembar benang, lama-lama jadi Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga. kain. Biar putih tulang, jangan putih mata. Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya. Genggam bara api, biar sampai jadi Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya. arang. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa berusaha.

Peribahasa| 14

dapat sagunya. Takut kerana salah, berani kerana benar. Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar, berasa berani. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Buang yang jahat, ambil yang baik. Buat baik berpada-pada, buat jahat Lakukan kerja yang baik biarlah ada batasnya tetapi jangan jangan sekali. melakukan kejahatan. Hancur badan dikandung tanah, budi Budi baik dikenang walaupun orangnya sudah mati. yang baik dikenang juga. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin Semakin banyak wang/ilmu, orang itu semakin merendahkan diri. tunduk. Jika kerbau dipegang pada talinya, jika Janji mesti ditepati. manusia dipegang pada janjinya. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita. Orang haus diberi air, orang lapar diberi Mendapat sesuatu yang diingini. nasi. (Sumber: http://www.schoolnet.my/) D). Bidalan

Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran. Contoh bidalan seperti jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak yang bermaksud semakin kaya semakin sombong. Contoh: Bidalan dan Maknanya: Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha] Alur bertempuh, jalan berturut [Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim]

Peribahasa| 15

Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan] Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai [Lebih baik bekerja di bawah pimpinan ketua yang berpengalaman] Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira] Berbuat di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai] Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang [Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain] Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu] Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak] Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap] Berkaul pada keramat [Meminta sesuatu hendaklah kena pada tempatnya]

Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian] Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain] Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan] Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai [Kalau membuat kerja, hendaklah dikaji dahulu dan lakukannya sampal selesai] Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan namun masih bercakap besar]

Peribahasa| 16

Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati [Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia] Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal] Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil (Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah] Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak] Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat] Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati] 501 Biar luka di dada, jangan luka di belakang [Biar kalah selepas berlawan daripada kalah kerana melarikan diri] Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban] Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang [Biar mati mempertahankan kehormatan daripada mati dalam kehinaan] Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan danipada mati kerana membuat kejahatan] Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia] Biar penat badan, asalkan hati suka [Seronok membuat sesuatu kerja walaupun kerja itu susah] Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]

Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit danipada rugi banyak] Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak] Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja]

Peribahasa| 17

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba] Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat [Sesuatu masalah dapat diatasi jika pihak-pihakyangterlibat bersedia untuk berunding] Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu] Cicir dipungut, hilang dicari [jangan melakukan pembaziran] Dalam berselam, cetek bertimba [Sesuaikan sesuatu dengan keadaan] Daripada bersahabat dengan orang bebal, lebih baik berseteru dengan orang berakal [Bermusuh dengan orang pandai lebih elok daripada berkawan dengan orang yang bodoh] Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung] Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik] Daripada hidup bercermin bangkai, Iebih balk mati berkalang tanah [Lebih baik mati danipada hidup menanggung malu dan kehinaan] Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapang [Pendapat ramai lebih baik daripada pendapat individu] Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati] Elok lenggang di tempat data [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya] Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? [Sesuatu yang telah dilakukan tidak dapat ditarik semula]

Peribahasa| 18

Genggam bara api biar sampa jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekenjaan itu sehingga benjaya] Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis segala khtiar barulah berserah kepada Tuhan] Habis alur maka beralu-alu [Jika persetujuan tidak dapat dicapal melalui rundingan, barulah gunakan paksaan] Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang tidakakan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia] Hempas tulang berisi perut [Hidup akan senang jika rajin bekerja] Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai [Hendak mempelajari sesuatu bidang, belajarlah dengan orang yang mahir dalam bidang itu] Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat] Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yang sudah biasa tidak berbekas kepada kita] Hujan tidak sekali jatuh, simpai tidak sekali erat [Sesetengah pekerjaan tidak mungkin dapat diselesaikan sekali gus] Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta] Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing] Jalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah [Berhati-hati dalam semua perkara] Jangan bagai orang patah selera, banyak makan [Pura-pura tidak mahu tetapi dalam hati sangat suka]

Peribahasa| 19

Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [angan sombong apabi ia mendapat sesuatu kelebihan] Jangan berebutkan tembikar pecah [Jangan berkelahi kerana berebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya] Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk] Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orng lain] Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa] Jangan dibiarkan sampai naik ke mata [Sesuatu perkara yang tidak balk jangan dibiarkan sampal melampaul batas] Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh] Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]

Jangan difikir bengkok tebu, bengkok pula manisnya [Jangan disangka bahawa idea yang dikemukakan oleh orang yang jahat itu tidak baik] Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang [Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru] Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus, genting [Perbuatan yang tidak baik (jahat) jangan dibiasakan] Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis [Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak] Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapkan sesuatu kalau tidak cukup syarat] Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri] Jangan puntung berasap jua

Peribahasa| 20

[Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, Jangan diungkit-ungkitkan lagi] Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang] Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar] Jika takut kamu dibenci orang, jangan kamu memerintah [Jika menjadi ketua, akan ada orang yang membenci kita] Jikalau menampi, jangan tumpah padinya [Berhati-hati apabila memilih sesuatu supaya tidak terbuang apa-apa yang baik atau berguna] Jikalau tidak dapat dibaiki, janganlah dipecahkan [Perkara yang tidak dapat kita selesaikan, janganlah kita kusutkan]

E).

Perbilangan

Perbilangan adat, banyak pengertian yang ditafsirkan, antaranya teromba, undang-undang yang tetap dan kata-kata adat. Menurut Aripin Said (1996), perbilangan adat adalah sebagai gundalan adat, iaitu ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga atau asal usul adat lembaga khususnya terdapat dalam kalangan mereka yang memakai Adat Pepatih. Secara ringkasnya, perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi (puisi adat) yang mencerita dan menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau (adat/peraturan). Perbilangan adat ini berasal dan berkembang di daerah Minangkabau dan Palembang yang dikenali sebagai Adat Minangkabau. Di Malaysia, perbilangan adat ini, banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu dipergunakan dalam Adat Pepatih. Seperti puisi lain, perbilangan adat diperturunkan dari mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu generasi. Menurut Alwi Salim (1983), perbilangan adat ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui ketua-ketua adat lembaga yang disebut Buapak. Walaupun begitu perbilangan adat ini mengalami perubahan dan kesesuaian mengikut keadaan dan zaman, seperti pada zaman kedatangan Islam, perbilangan adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang dibuktikan oleh perbilangan ini: Adat bersendi hukum Hukum bersendi Kitabullah Kuat adat, tak gaduhkan hukum Kuat hukum, tak gaduhkan adat

Peribahasa| 21

Ikut hukum, muafakat Ikut adat muafakat. Berdasarkan perbilangan di atas, dapat dikatakan perbilangan tersebut telah mengalami ciri-ciri keislaman. Walaupun terdapat penyesuaian tetapi ciri-ciri masih dipertahankan. Perbilangan adat ini berbentuk bebas, iaitu menggunakan gurindam, syair, pantun dan lain-lain bentuk puisi dalam penyampaiannya. Menurut Zaba yang dipetik oleh Aripin Said (1996): perbilangan adat merupakan puisi melarat yang tidak tetap timbangan suku kata dan rimanya. Namun ia tetap mempunyai susunan, makna yang kemas dan mendalam. Beliau juga memberi contoh-contoh perbilangan adat untuk genre puisi yang digolongkan sebagai gurindam, antaranya: Kelebihan nabi dengan mukjizat Kelebihan umat dengan muafakat Bulat air kerana pembetung Bulat manusia dengan muafakat Air melurut dengan bandaraya Benar melurut dengan muafakatnya. (Zaba 1962,242) Manakala Abdullah Siddik, menyebut perbilangan adat sebagai peribahasa adat, dinyatakan seperti berikut: Raja menobat di dalam alam Penghulu menobat di dalam luak Lembaga menobat di dalam lingkungannya Orang banyak menobat di dalam teratak. (Abdullah Siddik 1975,110) Manakala Siti Hawa Haji Salleh (1987), menyatakan perbilangan adat sejenis puisi yang tidak tertentu bentuknya (sama seperti gurindam dan seloka). Manakala Mohd Yusof Md. Nor (1991), telah menyimpulkan ciri-ciri yang terdapat dalam perbilangan adat, antara lain, adalah: 1. Puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan dalam satu baris 2. Terdapat sisipan berbagai puisi yang lain, misalnya pantun, gurindam, peribahasa dan lain-lain 3. Isinya memuat hal-hal yang berhubungan dengan undang-undang, adat istiadat yang diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat. Perbilangan adat juga mempunyai fungsi kepada masyarakatnya, antaranya ialah untuk membicarakan susun lapis pemerintahan, hubungan keluarga, fungsi dan tugas setiap ahli masyarakat. Perbilangan adat

Peribahasa| 22

juga untuk menyatakan bahawa setiap orang berguna dalam satu-satu masyarakat. Kesimpulannya fungsi perbilangan adat terhadap masyarakatnya, ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Memberi panduan/pendidikan Membentuk /membina masyarakat yang harmoni Satu cara kawalan sosial - dipersetujui bersama Mengekalkan satu norma tertentu dalam masyarakat Menggambarkan corak dan pola hidup bermasyarakat. Menggambarkan pola pemikiran masyakat (kepandaian/kebijaksanaan).

Terdapat berbagai jenis perbilangan adat yang berasaskan sistem sosial Minangkabau, menurut Mohd Taib Osman (1975), antaranya ialah: 1. Metos dan lagenda, iaitu menyatakan asal-usul adat dan alam Minangkabau. Di bawa oleh dua Datuk bersaudara iaitu Datuk Temenggung dan Datuk Pepatih Nan Sebatang, kedatangan bangau putih iaitu orang Minangkabau yang me rantau ke Negeri Sembilan dan perhubungan mereka dengan gagak hitam iaitu orang asli Negeri Sembilan. Adat ini juga disebut teromba iaitu lagu asal usul. 2. Kata-kata istiadat, iaitu susunan kata-kata khas untuk istiadat tertentu seperti pelantikan Penghulu, meminang, perkahwinan, pembahagian harta dan sebarang majlis keramaian. 3. Undang-undang, digunakan dalam menguruskan undang-undang jenayah atau hukum pidana adat yang menyatakan jenis-jenis kesalahan, jenis bukti dan hukuman dan juga undang-undang sivil, mengenai pembahagian harta dan syarat pembahagian harta dan hak. 4. Falsafah, sebahagian besar perbilangan adat termasuk dalam kategori falsafah. Ini kerana katakata falsafah ini disisipkan ke jenis lain. Segalanya terjalin ke dalam satu sistem intelek yang menjadi asas kepada seluruh adat Minangkabau. Berkisarkan tentang konsep dan aspek yang diketengahkan dalam perbilangan adat dinyatakan oleh Alwi Salim (1983), antaranya: 1. Konsep pemerintahan, dalam konsep ini perbilangan adat menyatakan dengan jelas susunan pemerintahan adalah mengikut peringkat-peringkat berikut, iaitu dari peringkat rendah kepada peringkat tertinggi. Ini digambarkan dalam: Raja menobat di dalam alam Penghulu menobat di dalam luak Lembaga menobat di dalam lingkungannya Ibu bapa menobat pada anak buahnya Orang banyak menobat di dalam terataknya

Peribahasa| 23

2. Konsep keadilan, perbilangan adat ini tidak didasarkan kepada pembalasan tetapi didasarkan kepada pemulihan (restitution). Diperturunkan kata-kata ini: Yang mencincang, memapas Yang membunuh membangunkan Yang menjual, memberi balas 3. Aspek ekonomi, kata-kata perbilangan disusun indah dan menunjukkan bahawa kehidupan memerlukan ekonomi yang teguh, didengarkan perbilangan ini: Majlis di tepi air Mendesa di perut kenyang 4. Aspek sosial, masyarakat Adat Pepatih melahirkan perbilangan ini adalah mengikut susunan unilateral-matrilineal. Ia merangkumi pemilihan ketua dalam masyarakat, utamakan nisab sebelah ibu, tanggungjawab, hak, pedoman, pegangan dan juga perpaduan. Ini untuk menunjukkan bahawa masyarakat mempunyai taraf yang sama dan mesti dimuliakan, diperturunkan perbilangan ini: Yang buta penghembus lesung Yang pekak pelepas bedil Yang lumpuh penghuni rumah Yang kuat pembawa beban Yang bingung disuruh-suruh Yang cerdik lawan berunding 5. Aspek adat istiadat, banyak menjurus kepada adat berumah tangga, iaitu dari pertunangan, perkahwinan, penceraian sehingga kepada pembahagian harta. 6. Sistem kewarisan, dalam sistem ini perbilangan adat digunakan untuk pembahagian harta pusaka. Yang mana Buapak dan Datuk Lembaga bertindak sebagai pemegang kuasa. Mengikut Adat Perpatih harta pusaka diperturunkan kepada anak perempuan sahaja dan tanah pusaka tidak dibenarkan dijual atau digadai. Sebagai kesimpulannya, perbilangan adat dapat dikatakan sebagai bentuk puisi klasik yang juga intim dengan kehidupan masyarakat Melayu lama. Sehingga kini perbilangan adat ini masih digunakan oleh kelompok masyarakat yang mengamalkan tatacara Adat Perpatih. F). Kata Hikmat

Kata hikmat merujuk kepada kata-kata punjangga, ulama atau orang bijak pandai. Kata hikmat dijadikan pedoman hidup dan percakapan umum. Bentuknya ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar dan

Peribahasa| 24

dalam. Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat atau kata pujangga ialah perkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi. Ini bermaksud ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup, contohnya bahasa menunjukkan bangsa, bersatu teguh bercerai roboh, maju bangsa maju negara dan sebagainya. Zaba juga menyebut tentang kategori yang sama sebagai lidah pendeta yang didefinisikan sebagai perkataan yang bijak, pendek, sedap, benar dan berisi. Contoh yang lain juga seperti jangan pandang orang yang berkata; pandang apa yang ia kata, kita mesti menanti waktu; waktu tidak menanti kita dan sebagainya.

AKTIVITI 8.2 Bina peta minda untuk memudahkan anda membezakan antara jenis-jenis peribahasa.

8.3

Peribahasa dalam Pendidikan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu khasnya di sekolah, peribahasa mempunyai kedudukan yang sama penting dengan aspek lain. Hal ini kerana peribahasa berupaya untuk berkembang dan relevan dengan bahasa tersebut secara keseluruhannya. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Empat, dalam bahagian Sistem Bahasa, perkara v, halaman xiv dinyatakan bahawa :

Peribahasaperlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murn i masyarakat Malaysia, dan hendaklah diajarkan dalam konteks.

Dalam hal ini, jelas bahawa pembelajaran dan penghayatan peribahasa bertujuan meningkatkan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid. Kemahiran berbahasa ini pula akan diteliti dalam konteks kebolehan murid menggunakan peribahasa dalam aktiviti seharian dan penulisan. Hasil penulisan tentunya akan menjadi lebih indah dan bermutu sekiranya dimuatkan dengan peribahasa yang tepat dan sesuai.

Peribahasa| 25

Sehubungan itu, murid perlu diajar mengenai ciri dan penggunaan peribahasa secara mudah dan tepat. Namun begitu, murid tidak seharusnya digalakkan menghafal sesuatu peribahasa seperti yang lazim dilakukan sebelum ini. Sebaliknya, mereka harus dirangsang agar menggunakan peribahasa dalam pelbagai situasi. Bagi mencapai tujuan ini, beberapa halangan perlu dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antaranya ialah kesukaran murid untuk mengingat sesuatu peribahasa ekoran sifat yang mempunyai pelbagai makna. Selain jumlah dan jenisnya yang banyak, sifat peribahasa yang hanya sesuai untuk keadaan tertentu telah menyebabkan minat dan kecenderungan untuk mempelajarinya menurun.

Selain itu, pengajaran berpusatkan guru turut menyebabkan pengajaran peribahasa tidak begitu berkesan. Guru memberikan penjelasan mengenai maksud peribahasa, manakala murid begitu pasif sebagai penerima maklumat. Akibatnya murid akan berusaha menghafal peribahasa yang diberikan dan tidak menghayatinya sehingga mereka menganggap peribahasa adalah sesuatu yang sukar untuk dipelajari. Justeru itu, sebagai jalan penyelesaian adalah dicadangkan agar pengajaran peribahasa di dalam bilik darjah menggunakan pendekatan kontekstual, iaitu guru bertindak sebagai fasilitator. Menerusi pendekatan ini, pengamatan perlu dilakukan mengenai hubungan antara perkara yang dibandingkan, diikuti dengan menyimpul makna yang simbolik dan terakhir dengan membuat penilaian terhadap ketepatan peribahasa berdasarkan konteks dan situasinya. Dengan cara ini, murid diajar menghayati peribahasa berdasarkan konteks dan situasi.

Dengan strategi pengajaran berdasarkan konteks ini, guru perlu bijak memilih peribahasa yang akan diajar. Guru dicadangkan agar memilih peribahasa yang mudah dan biasa digunakan dalam masyarakat. Guru juga harus mengetahui maksud dan pengertian serta penggunaan peribahasa yang diajar kepada murid. Berikut merupakan contoh pengajaran peribahasa menggunakan konteks situasi.

Remaja di kawasan perumahan itu sanggup menggadai nyawa untuk berlumba haram walaupun telah diberi amaran beberapa kali oleh pihak polis

Jelas sekali peribahasa menggadai nyawa di atas diungkapkan dalam bentuk yang tidak tepat. Peribahasa tersebut sebenarnya lebih sesuai bagi menyatakan perajurit negara yang berjuang mempertahankan tanah air atau pengorbanan yang suci dan bermakna. Justeru itu, peribahasa yang tepat bagi remaja yang berkumba haram seperti yang digambarkan dalam petikan tadi ialah menempah maut. Ini kerana, perbuatan yang dilakukan adalah tidak bermoral.

Peribahasa| 26

Peribahasa yang digunakan dalam karangan dan juga pertuturan sebenarnya bukanlah untuk keperluan makna. Sesebuah karangan dapat difahami tanpa menggunakan peribahasa. Penggunaan peribahasa bertujuan untuk memperindah bahasa dan untuk menimbulkan daya tarikan atau kesan-kesan lain. Karangan dan pertuturan akan lebih menarik jika peribahasa adalah unsur gaya dalam pertuturan dan penulisan. Malah, untuk menggunakan peribahasa dengan baik, seseorang hendaklah betul-betul memahami peribahasa itu dan mengetahu tempat dan ketikanya peribahasa itu diperlukan. Peribahasa tidak wajar dipaksakan ke dalam konteks. Pemaksaan akan menyebabkan karangan atau pertuturan itu tidak menarik. Dengan kata lain, pemaksaan peribahasa dalam sesebuah karangan akan menyebabkan tujuan penggunaannya tidak tercapai.

Peribahasa ini bertujuan untuk membantu para pelajar membuat pengertian yang tepat tentang sesuatu peribahasa supaya penggunaannya sesuai dengan konteks ayat atau karangan begitu juga penggunaanya dalam kehidupan seharian. Tiap-tiap peribahasa diberikan erti dan juga ayat contoh. Ayat contoh ini disediakan dalam susunan tatabahasa yang mudah bagi para pelajar memahami penggunaannya.

RUMUSAN
Penggunaan peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu sangat bergantung pada daya kreativiti seseorang guru. Seseorang guru yang kreatif melihat peribahasa sebagai salah satu bahan pengajaran yang banyak mempunyai unsur-unsur pengajaran, kemasyarakatan, kemahiran berfikir dan sebagainya. Peribahasa boleh diaplikasikan dalam pelbagai kemahiran bahasa seperti penulisan karangan, kemahiran lisan atau bercerita, teka-teki atau kuiz, kemahiran tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. Guru yang kreatif boleh membina sendiri bahan bantu mengajar ini, bagaimanapun bagi guru yang kesuntukan masa, terdapat cd/DVD yang dijual di pasaran berkaitan peribahasa yang sesuai digunakan khususnya di peringkat sekolah rendah.

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. Peribahasa Perumpamaan Pepatah Bidalan 5. Simpulan Bahasa 6. Perbilangan 7. Kata Hikmat

Peribahasa| 27

PENILAIAN KENDIRI
1. Pada pendapat anda, adakah peribahasa masih relevan dalam kehidupan moden hari ini? 2. Bagaimakah peribahasa dapat meningkatkan keperibadian seseorang? Fikirkan. 3. Peribahasa dapat dijadikan sebagai bahan P&P Bahasa Melayu. Pada pandangan anda, bagaimanakah caranya?

RUJUKAN
A. Kadir Ahmad, 1964. Pantun Berkait. Singapura: Malaysia Publishing Limited.

Abdullah Hassan. 2010. Peribahasa. http://blog.upsi.edu.my/AbdullahHassan/ http://peribahasamelayu.com/ http://www.tutor.com.my/stpm/peribahasa/peribahasa.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa

Anda mungkin juga menyukai