Anda di halaman 1dari 6

BAB 3

AYAT PERINTAH

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama
orang kedua seperti awak, engkau, kamu, dan sebagainya yang biasanya digugurkan.
Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat
jenis berikut:

(i) Ayat Suruhan


(ii) Ayat Larangan
(iii) Ayat Silaan
(iv) Ayat Permintaan

3.1 Ayat Suruhan


Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Yang berikut ialah
contoh-contoh ayat suruhan:
1 Pukul ular itu.
2 Pergi dari sini!
3 Ambilah wang ini.
4 Pergilah dari sini.
5 Menangislah sepuas-puas hati.

3.2 Ayat Larangan


Ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata
kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh:
1 Jangan duduk di sini.
2 Usah dikenangkan lagi perkara itu.
3 Janganlah menangis.
4 Usahlah kaupedulikan dia.
5 Dilarang merokok.
6 Ditegah berludah di sini.

3.3 Ayat Silaan


Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan
tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada
permulaan ayat seperti dalam contoh-contoh yang berikut:

Bahagian Dua: Ayat 14


1 Sila datang ke rumah saya.
2 Jemput masuk.
3 Silalah datang ke rumah saya.
4 Jemputlah masuk.

3.4 Ayat Permintaan


Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon
permintaan dan pertolongan, seperti dalam contoh-contoh berikut:
1 Minta tuan benarkan kami masuk.
2 Minta semua murid bertenang.
3 Tolong selesaikan tugasan ini.
4 Tolong tutup tingkap segera.

3.5 Kesalahan Lazim / Contoh

(i) Tolong jangan menangis.


(ii) Minta jangan buat bising di dalam.
(iii) Sila jangan merokok.
(iv) Minta jemput masuk.
(v) Sila jemput minum.
(vi) Usah jangan kamu beritahu dia,
(vii) Sila jemput datang ke rumah saya.
(viii) Minta tolong kamu datang pada hari esok.
(ix) Usah jangan ambil harta orang lagi.
(x) Minta jangan berludah di sini.

3.6 Rumus

Jenis-jenis Penggunaan Ayat contoh


Ayat Perintah

Ayat Suruhan Dalam ayat suruhan, subjek ialah Pergi dari sini!
kata ganti nama orang kedua seperti Pujuk budak itu.
awak, kamu, engkau, dan
sebagainya yang biasanya
digugurkan. Walau bagaimanapun,
untuk tujuan penegasan, subjek
boleh diucapkan.

Bahagian Dua: Ayat 15


Ayat-ayat suruhan boleh
menggunakan partikel -lah untuk Pergilah dari sini.
melembutkannya di samping Ambillah wang ini.
menegaskan predikat. Seperti
dengan konstituen yang menerima
partikel -kah, konstituen yang
menerima partikel -lah pun Tengoklah barang-barang
mengalami proses pendepanan. ini.

Bagi kata kerja transitif yang Menjeritlah sedayamu.


menerima awalan meN-, awalan itu
digugurkan dalam ayat suruhan jenis
ini. Dalam konstruksi ayat suruhan
dan ayat perintah jenis lain yang
mengandungi kata kerja tak transitif
dan menerima awalan, awalan tidak
boleh digugurkan.

Ayat Larangan Ayat larangan dapat Janganlah berlari-lari di


dilembutkan dengan menambahkan sini.
partikel -lah. Ada sejenis ayat Usahlah kaupedulikan dia.
larangan lagi yang bersifat umum
yang tidak menggunakan kata Dilarang merokok.
larangan dan tidak menerima -lah. Ditegah berludah di sini.

Ayat Silaan Seperti ayat-ayat lain juga, Silalah makan kuih ini.
ayat-ayat silaan boleh dilembutkan Jemputlah duduk.
dengan penggunaan partikel
penegas -lah.

Ayat Permintaan Bentuk-bentuk ayat silaan dan Tolong jangan bising.


permintaan biasanya tidak Sila jangan merokok.
membawa pengertian yang negatif
sebagaimana yang terdapat dalam
jenis ayat larangan. Oleh sebab itu
contoh-contoh ayat berikut tidak
dianggap betul.
Bentuk ayat larangan bagi Jangan bising.
contoh ini. Jangan merokok.

Ayat-ayat larangan dapat juga Harap jangan bising.


dilembutkan dengan menggunakan Harap jangan merokok.
perkataan harap pada bahagian
hadapannya.

Bahagian Dua: Ayat 16


3.7 Latihan Pengukuhan
3.7.1 Kenal pasti kesalahan-kesalahan penggunaan ayat perintah dalam ayat di
bawah.
(i) Awak usah jangan bersusah payah kerana saya.
(ii) Sila jemput masuk ke dalam dengan senyap.
(iii) Sila jemput datang ke rumah saya pada hari Ahad ini.
(iv) Minta tolong selesaikan masalah itu segera.
(v) Tolong jangan mengganggu ibu lagi.
(vi) Usah jangan merajuk.
(vii) Tolong minta hantar segera skrip jawapan awak cepat.
(viii) Sila jemput minum.
(ix) Kamu usah jangan melakukan perkara buruk itu lagi.
(x) Minta tolong bapa kamu datang berjumpa saya.

3.7.2 Betulkan kesalahan dalam ayat-ayat di bawah.


(i) Awak usah jangan bersusah payah kerana saya.
Awak usah bersusah payah kerana saya.
Awak jangan bersusah payah kerana saya.
(Penggunaan kata larangan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(ii) Sila jemput masuk ke dalam dengan senyap.


Sila masuk ke dalam dengan senyap.
Jemput masuk ke dalam dengan senyap.
(Penggunaan kata silaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(iii) Sila jemput datang ke rumah saya pada hari Ahad ini.
Sila datang ke rumah saya pada hari Ahad ini.
Jemput datang ke rumah saya pada hari Ahad ini.
(Penggunaan kata silaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(iv) Minta tolong selesaikan masalah itu segera.


Minta selesaikan masalah itu segera.
Tolong selesaikan masalah itu segera.
(Penggunaan kata silaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

Bahagian Dua: Ayat 17


(v) Tolong jangan mengganggu ibu lagi.
Tolong mengganggu ibu lagi.
Jangan mengganggu ibu lagi.
(Penggunaan kata permintaan dan kata larangan tidak boleh hadir
serentak dalam satu ayat.)

(vi) Usah jangan merajuk.


Usah merajuk.
Jangan merajuk.
(Penggunaan kata larangan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(vii) Tolong minta hantar segera skrip jawapan awak cepat.


Tolong minta hantar segera skrip jawapan awak cepat.
Tolong minta hantar segera skrip jawapan awak cepat.
(Penggunaan kata permintaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(viii) Sila jemput minum.


Sila minum.
Jemput minum.
(Penggunaan kata silaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(ix) Kamu usah jangan melakukan perkara buruk itu lagi.


Kamu usah melakukan perkara buruk itu lagi.
Kamu jangan melakukan perkara buruk itu lagi.
(Penggunaan kata larangan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(x) Minta tolong bapa kamu datang berjumpa saya.


Minta tolong bapa kamu datang berjumpa saya.
Minta tolong bapa kamu datang berjumpa saya.
(Penggunaan kata permintaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

Bahagian Dua: Ayat 18


3.7.3 Nyatakan sama ada penggunaan ayat perintah dalam ayat di bawah ini betul
atau salah.

(i) Harap jangan berlaku perkara buruk itu lagi.


(ii) Tolong jangan kerap buat kesalahan.
(iii) Tolong hantarkan buku latihan sebelum hari Rabu.
(iv) Engkau tunggulah dia di sini.
(v) Usah jangan disebut nama orang itu lagi.
(vi) Janganlah dikenangkan lagi perkara buruk itu.
(vii) Sila jemput datang ke majlis perkahwinan anak saya nanti.
(viii) Sila buka tin itu perlahan-lahan.
(ix) Minta tolong jelaskan yuran kelab dengan kadar segera.
(x) Minta benarkan kami masuk.

Rumus jawapan.
(i) Betul
(ii) Salah
(iii) Betul
(iv) Betul
(v) Salah
(vi) Betul
(vii) Salah
(viii) Betul
(ix) Salah
(x) Betul

Bahagian Dua: Ayat 19

Anda mungkin juga menyukai