Anda di halaman 1dari 4

Tajuk Besar : Bahasa Melayu merupakan

salah satu bahasa di dunia yang tergolong


dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa
yang bersifat derivatif. Jenis bahasa yang
sedemikian membentuk kebanyakan
perkataannya melalui proses
pengimbuhan.
Imbuhan boleh
digabungkan serentak dengan kata dasar,
sama ada imbuhan itu mendahului,
menyisipi atau mengikuti kata dasar
tersebut.
Buktikan pernyataan di atas dengan
mengemukakan contoh contoh yang
sesuai.

*Memang

diketahui umum bahawa bahasa


Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia
yang tergolong ke dalam jenis bahasa
aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif.
*Jenis bahasa yang sedemikian membentuk
kebanyakan perkataannya melalui proses
pengimbuhan atau penggabungan morfem kata
dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan
mendatar, iaitu imbuhan digabungkan serentak
dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu
mendahului (awalan), menyisipi (sisipan), atau
mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.

* Kata dasar sambung, misalnya dapat menerima serentak awalan, sisipan dan

akhiran, seperti dalam perkataan kesinambungan ( ke-+s + -in- +ambung+


-an).
* Bentuk perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan, seperti sambung,
digolongkan sebagai kata tunggal , manakala bentuk yang menerima
imbuhan, seperti sisipan sinambung (s + -in+ ambung), awalan bersambung
(ber- + sambung), akhiran sambungan (sambung + -an), dan apitan
kesinambung-an ( ke- + s + -in- + ambung + -an), disebut kata terbitan.
* Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini dapat menerbitkan sekian
banyak perkataan melalui percantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan.
* Dalam bahasa Melayu, misalnya, sebagai satu bukti yang jelas dan nyata,
daripada satu kata dasar jalan dapat diterbitkan bentuk-bentuk perkataan
baharu yang berikut: menjalankan, dijalankan, menjalani, dijalani, pejalan,
perjalanan, sejalan, berjalan, berjalan-jalan, terjalan, penjalan , jalanan dan
jalan raya.
* Selain itu, kata dasar serap juga dapat diterbitkan bentuk-bentuk perkataan
yang baharu seperti menyerap, menyerapkan, diserapkan, diserapi, penyerap,
penyerapan, terserap, terserapkan, serapan, keterserapan, daya serap dan
kedayaserapan.

Contoh lain yang menunjukkan bahasa bersifat


aglutinatif dan derivatif iaitu perkataan ajar dapat
diterbitkan bentuk-bentuk perkataan yang baharu
seperti ajaran, pengajaran, mengajar, mengajarkan,
diajar, diajarkan, berajar, belajar, mengajari, pelajaran,
berpelajaran, pembelajaran, pengajar, mempelajari,
terpelajar dan pemelajaran.
Jadi, memang tidak disangkalkan lagi bahawa bahasa
Melayu bersifat aglutinatif dan derivatif melalui buktibukti yang ditunjukkan di atas.

Anda mungkin juga menyukai