Anda di halaman 1dari 1

Strategi untuk meningkatkan ingatan

Rehearsal

Strategi ini melibatkan cara menyebut atau membaca berulang kali apa2 yang dibaca tanpa
mengubah bentuknya. Sebagai contohnya, murid mengulang sebut beberapa kali sesuatu
perkataan yang hendak diingati, perkataan tersebut akan tersemat dalam ingatan. Proses
pengulangan atau pengukuhan akan menghasilkan ingatan yang dapat disimpan dalam
IJPA.

Elaboration

Elaboration bermakna mengaitkan dgn cth2 yang konkrit. Pada peringkat awal, murid
dikenalkan huruf dengan bunyi huruf awal dalam perkataan. Murid mengingat huruf a yang
dikatikan dengan arnab, huruf b yang dikaitkan dengan bola dan huruf c yang dikaitkan
dengan cicak.

Organization

Antara bentuk organisasi yang boleh membantu proses mengingat ialah chunking. Chunking
ialah mengumpulkan maklumat ke dalam set lima hingga tujuh item bagi setiap satu
kumpulan. Mudah mengingat nombo telefon dengan menggunakan teknik chunking,
contohnya 605-555-25-25.

Anda mungkin juga menyukai