Anda di halaman 1dari 16

Strategi mengajar

kemahiran tulisan dan


menulis
KEMAHIRAN TULISAN

DEFINISI
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang
telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi
melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis
adalah proses memindahkan lambang-lambang
bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan
bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat
komunikasi.
CARA-CARA MENGATASI MASALAH
TULISAN
 Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam
peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas.

 Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh


yang jelas dan betul, sesuai dengan tahap keupayaan murid
secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.

 Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-


murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan
disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan
betul.
 Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis
perlulah disediakan dengan
sempurna.

 Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan


individu.

 Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai


seseorang kanak-kanak
iItu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah
pemadam.
Strategi mengajar kemahiran
menulis
 Terapi fisio dan terapi cara kerja
 Aktiviti koordinasi motor dan tangan
 Aktiviti pembentukan huruf
 Meniru tulisan
 Ejaan
 Rencana
 Membina ayat mudah
Terapi fisio dan terapi cara kerja
 Terapi fisio membantu murid seperti cerebral palsy
atau lumpuh untuk menggerakkan psikomotornya
untuk menjalankan aktiviti harian atau
pembelajaran.
 Terapi cara kerja melatih murid dalam membuat
kerja atau aktiviti yang mendatangkan hasil. Murid
juga akan diajar untuk melakukan kerja-kerja yang
membantunya dalam kehidupan seharian seperti
memasak, mendobi, menukang dan sebagainya.
 Terapi ini dapay meningkatkan keyakinan
diridengan mempercayai keupayaan dan kebolehan
diri dalam meningkatkan kualiti mereka dan untuk
membantu orang lain
Aktiviti koordinasi motor & tangan
 Perkembangan fizikal amat ditekankan dalam aspek kemahiran menulis
terutama motor halus.
 Perkembangan motor halus ialah pertumbuhan atau perkembangan
otot-otot kecil pada bahagian jari seorang kanak-kanak yang
membolehkan mereka memegang objek-objek kecil seperti pensil, guli
dan sebagainya dengan cekap.
 Bagi aktiviti menulis, kanak-kanak haruslah diberi lembaran kerja
dimana mereka harus menyambungkan titik-titik untuk membentuk
gambar atau tulisan. Selain itu, mereka juga boleh membuat latihan
seperti :

 Menulis dari kiri ke kanan


 Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.
 Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir,lantai tanpa
menggunakan alat tulis
Aktiviti pembentukan huruf
• Menulis huruf vokal dan huruf konsonan
Keupayaan menguasai kemahiran menulis huruf vokal dan huruf konsonan
mengikut urutan yang betul. Guru menyebut huruf vokal kepada murid dan minta
murid menulis huruf tersebut.

• Menulis suku kata terbuka


Cantumkan huruf yang diberi bagi membentuk suku kata terbuka.
Guru meminta murid mencantumkan huruf yang diberi bagi membentuk suku
kata terbuka kemudian murid mencantumkan huruf yang diberi bagi membentuk
suku kata terbuka pada ruangan yang disediakan.

• Menulis suku kata imbuhan


guru haruslah memberi satu perkataan dasar kepada pelajar untuk dijadikan
kata berimbuhan
Meniru tulisan
 Meniru ialah aktiviti melakar sesuatu objek atau gambar
berpandukan gambar objek tersebut. Dalam aktiviti meniru ini,
pelajar perlu ditegaskan supaya mengambil kira semua aspek
yang terdapat dalam gambar objek yang ditiru. Dari segi
bahan atau objek yang ditiru, guru boleh memulakan dengan
gambar objek yang ditiru secara beransur-ansur.
 Strategi ini kemudiannya digunakan untuk melatih pelajar
meniru bentuk-bentuk huruf. Aktiviti meniru ini akan
membantu pelajar membina keyakinan diri untuk melakar
secara bebas dan pada masa yang sama dapat melatih
tangan dan mata untuk berkoordinasi.
Ejaan
• Kebolehan pelajar memilih huruf bagi melambangkan bunyi-bunyi
dalam sesuatu perkataan.

• Kemahiran ini dikuasai selepas pelajar membentuk huruf-huruf


dalam bahasa yang dipelajari.

• penguasaan kemahiran ejaan penting dalam kemahiran menulis di


mana idea yang ingin disampaikan perlu dicatat dengan
menggunakan perkataan yang dieja dengan betul.

• Sebagai contoh:
• A untuk ayam
• B untuk bapa
Menulis ayat mudah
• Keupayaan pelajar menguasai kemahiran dengan
menulis ayat-ayat mudah.Contoh latihan seperti
menyusun dan menulis perkataan menjadi ayat
yang betul.

• Sebagai contoh guru meminta murid menyusun dan


menulis semula perkataan menjadi ayat mudah.
Murid akan menyusun dan menulis semula
perkataan menjadi ayat mudah.
Rencana
 Guru meminta pelajar untuk menulis karangan yang ringkas
atau menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan
supaya menjadi sebuah karangan lengkap.

 Pelajar juga hendaklah diberi peluang untuk menulis


karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan
oleh guru.
PENILAIAN KEMAHIRAN
MENULIS
Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :


- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan
Jenis kemahiran menulis
 .Kemahiran Menulis Laporan
Pada umumnya untuk menyediakan laporan adalahseperti yang
berikut:
 Memilih topic sekiranya tidak diberikan.
 Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
 Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topic.
 Membuat nota .
 Menyerdiakan kerangka laporan.
 Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang
dipetik.
 Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik
yang lain yang sesuai.
 Menyemak draf.
 Membuat pemurnian dan menulis draf kedua.
 Menerbitkan laporan.
 Kemahiran Menulis Cepat
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan
kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain.
Oleh itu , memerlukan kreteria seperti berikut:
 Kelajuan menulis.
 Tulisan yang boleh dibaca.
 Kandungannya difahami. Seseorang yang boleh menulis dengan
cepat dapat menulis lebih banyak maklumat. Dalam peperiksaan
dengan jangka masa yang terhad tetapi memerlukan banyak isi
jawapan yang boleh ditulis.

Kebolehan menulis cepat juga dapat menjimatkan masa. Syarat


pra-menulis cepat bagi ia akan dapat membantu untuk
menyampaikan banyak maklumat atau fakta dalam ingatan semasa
menjawab soalan peperiksaan. Murid juga boleh mengingat kembali
fakta atau maklumat dengan cepat. Penyediaan alat tulis yang baik
juga penting dalam penulisan cepat seperti pensel yang tajam atau
pen yang sempurna.
Sekian….

Anda mungkin juga menyukai